Hubungan aku dengan Waqie semakin hari semakin baik walaupun pertelingkahan masih terjadi namun entah mengapa aku tidak lagi sakit hati dengan gurauan atau kata-katanya. Maklumlah kami sekarang berkawan dan dalam proses untuk saling mengenali diri sendiri. Sejak ibu meninggal dunia, Waqie banyak berubah dan kelihatan lebih mesra dengan pekerjanya, senyuman diwajahnya juga makin dapat dilihat sehingga ada pelajar praktikal yang memuji kekacakannya apabila senyum. Entah mengapa aku rasa cemburu apabila pelajar itu memujinya, untuk apa aku perlu cemburu jika hubungan kami tidak akan bertahan lama. Takkan aku dah jatuh cinta dengan dia? ehh Lara tak boleh, kau tak boleh jatuh cinta dengan dia, tak boleh!. Emm Raeyi pula semakin hari semakin mendesak namun aku cuba untuk mengelak. Dia sering menghantar pesanan kepadaku namun aku hanya membalas sebanyak tiga kali dengan alasan aku sibuk dengan kerjaku, harap-harap dia tidak dapat menghidu pembohonganku. Rasa cintaku tak ada lagi untuk Raeyi, semakin aku dekat dengan Waqie semakin jauh perasaan aku terhadap Raeyi. Selama tiga tahun yang lalu, aku menanti kasih dari Raeyi namun setelah dia meluahkan isi hatinya aku langsung tidak rasa bahagia. Resah, itulah yang aku rasa, bagi aku luahannya seolah-olah memberi aku bebanan yang sangat berat. Apakah aku benar-benar sudah jatuh cinta dengan Waqie? Ya Allah, aku keliru dengan perasaan aku sendiri, bantulah hambamu ini. 'Amboi cik Lara Ariana termenung jauh nampak', sergah Waqie meleraikan segala lamunanku. 'Mana ada termenung, saya..err..saya cuma..hah', kataku gagap. Dia tergelak melihat aku mulai gelabah apabila disergah olehnya, ketawanya makin menjadi-jadi sehingga pekerja yang masih belum pulang melihat kearah kami berdua. Aku mencubit lengannya lalu menariknya untuk duduk, ketawanya masih lagi bersisa namumku hanya membiarkannya sambil mencebikkan muka. 'Dah habis ketawa monyet?', tanyaku apabila tawanya mula reda. 'Dah Puan Lara Ariana', katanya seraya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Aku hanya mendiamkan diri sambil mengemas barang-barangku untuk pulang. 'Jom, saya nak bawa awak kesuatu tempat', ajaknya namun aku tetap membisu, merajuklah konon. Dia tersenyum lagi melihat aku lalu mencapai tangan aku dan menggenggamnya dengan erat sambil berlalu keluar dari syarikat.
'Kau mahu bawa aku pergi mana ne monyet?', tanyaku dengan nada sedikit marah. 'Nak bawa awak ke suatu tempat yang awak tak pernah pergi', jawabnya selamba. Aku pun mendiamkan diri, hanya bunyi lagu dari radio kereta Waqie yan kedengaran, aku pun tak tahu dia mahu bawa aku kemana namun yang aku pasti dia kelihatan begitu gembira pada hari ini. 'Dah sampai silakan Puan Lara Ariana', katanya sambil membukakan pintu kereta untukku. Aku memandang sekeliling, betapa indahnya pemandangan yang dapat dilihat dari atas bukit itu. Semuanya kelihatan kecil dari atas namun sangat cantik dan menenangkan mata yang memandang, dengan angin malam yang mulai menyapa tubuh betapa indahnya suasana ini. Dia juga sedang menikmati keindahan malam ini, lapang terasa segala bebanan kerja bila menghirup udara yang nyaman dari atas bukit ini. 'Kenapa awak bawa saya kesini', tanyaku namun dia masih tenang menghirup udara segar sambil mendepakan tangannya. 'Sebab saya tak ada teman nak pergi sini', jawabnya selamba sambil tersenyum tanpa membuka matanya. Lelaki yang berdiri disebelah aku sekarang sangat jauh berbeza dengan lelaki yang aku nikahi dulu, sekarang Waqie lebih caring, peramah, romantik dan mungkin memang perangai dia kot yang suka menyakat orang. Perasaan yang aku rasa sekarang adakah perasaan bahagia? Aku pun keliru juga sebenarnya namun perasaan yang lahir dihatiku ini benar tak pernah ku duga jadi begini. 'Boleh saya tanya awak sesuatu?', tanyaku. 'Tanyalah kalau boleh jawab, saya jawablah kalau tak awak bagilah tips sikit', guraunya seraya memandang aku. 'Err..saya..emm', kataku gugup apabila dia ayik memandangku tanpa kelip. Aku sebenarnya tidak suka apabila dipandang sebegitu dan kegugupan aku membuatkannya tergelak, mungkin mengerti akan ketidakselesaanku dipandang sebegitu. 'Rupa-rupanya Puan Lara Ariana seorang yang pemalu, ingatkan seorang yang tak pernah gentar bila dipandang', tuturnya seraya tersenyum. 'Kalau orang tu tengok kita macam nak telan kita siapa yang tak gentar', balasku membuatkan dia tergelak. 'Okaylah, saya tak pandang awak lagi. Nak pandang isteri pun salah kar? Apa dia soalan Puan Lara Ariana tadi?', ucapnya. 'Tak salah Encik Liwauddin Waqie, lagi-lagi kalau isteri Encik tu cantik', balasku seraya tergelak.
 |
| Melihat keindahan bintang bersama-sama |
'Dulu sebelum awak kahwin dengan saya, awak takkan tak ada mak we?', tanyaku. 'Wow, soalan yang sangat susah macam mana nak jawab ne?', guraunya. 'Nak jawapan jujur atau bohong?', tanyanya pula. 'Ingat ini rancangan 'betul ker bohong' ker macam kat dalam tv tu?', balasku seraya memukul bahunya. 'Okaylah kitakan
bestfriend jadi kenalah jujur. hoy-hoy!', katanya lagi. 'Hoy-hoy', lalu dia menepak dahiku dan sebaliknya. 'Sebenarnya sebelum saya di "paksa" kahwin dengan awak memang saya ada
girlfriend tapi dia dekat
oversea study', terangnya sambil tersenyum. 'Habis tu kalau awak "dipaksa" kahwin dengan saya kenapa awak tak lamar saja
girlfriend awak tu?', jawabku dengan nada sedikit marah lalu memalingkan wajahku kearah lain. 'Tak sangka ya Puan Lara Ariana pun pandai merajuk juga. Lara Ariana, sebenarnya saya nak bagitahu apa sesuatu tapi boleh tak awak pandang saya dulu', tuturnya lembut seraya memegang bahu aku dan memusingkan badanku agar berhadapan dengannya. 'Siapa yang merajuk? saya bukan apa, nanti
girlfriend awak pulang dari
oversea saya tak nak rambut saya ditarik sebab rampas
boyfriend dia', tuturku sehingga mebuatkan Waqie tergelak mendengar kata-kataku itu. 'Saya dah hantar banyak email kepada dia tapi tak ada satu pun yang dia
reply, so itu bukan salah saya lagipun arwah ibu yang nak sangat kita disatukan. Akhirnya saya terima semua ne dengan redha berkahwin dengan seorang wanita bernama Lara Ariana yang sangat garang, kuat mengata dan sentiasa nak menang', ucapnya seraya tersenyum. 'Tapi dalam kegarangannya..', belum sempat Waqie menghabiskan kata-katanya telefon Lara berbunyi secara tiba-tiba. Lara menarik nafas sebelum melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon dan tak lain tak bukan pemanggil itu adalah Raeyi. Dia mengerling sekilas kearah Waqie yang hanya tersenyum melihatnya, panggilan itu langsung tidak diendahkannya sehingga akhirnya pemanggil itu mengalah. 'Kenapa tak jawab? gaduh dengan boyfriend ke?', tanyanya sambil tersenyum. 'Tak adalah, tak kenal pun siapa pemanggilnya. Emm boleh kita balik sekarang tak saya dah penatlah', pintaku seraya berjalan menuju ke kereta namun belum sempat aku melangkah, Waqie menarik tanganku dan membawaku kepelukannya.
 |
| Menarik tangan Lara sebelum memeluknya |
Aku terkedu seketika dengan perbuatannya. Bisaku rasa degupan jantungnya dan begitu juga degupan jantungku yang semakin rancak mendendangkan irama. Aku tidak tahu maksud pelukannya kali ini untuk apa . 'Seorang sahabat harus memberi kekuatan kepada sahabatnya yang lemah', tuturnya lembut di telingaku. Pelukan terlerai apabila telefonku berbunyi sekali lagi, lantas dia memaut lenganku menuju kearah keretanya dan sekali lagi panggilan Raeyi tidak ku endahkan. Semakin aku takut untuk berhadapan dengan Raeyi walaupun aku tidak pernah memberi harapan kepadanya namun aku takut jika dia menyangka aku punyai perasaan padanya. Jika dahulu mungkin jawapan aku adalah ya namun sekarang langsung tiada seebis kasih lagi buatnya, perasaanku kepadanya hanya sekadar sahabat biasa sahaja. Sekali lagi telefonku berbunyi namun kali ini bunyi mesej pula dan dengan pelahan aku membuka mesej itu. 'Ariana, awak kat mana ne? sorry kalau ganggu awak, saya tahu awak busy tapi saya cuma nak tahu keadaan awak saja'. Aku berfikir seketika sambil mengerling kearah Waqie yang sedang memandu dengan tenang. Sepuluh minit kemudian baru aku membalas mesej Raeyi, 'Sorry Yiyi, saya busy sangatlah sebab tu tak dapat nak angkat call awak. Nanti kita chit-chat okay, saya ada kerja ne. Take care', jawabku ringkas. 'Okay, take care too. IMYSM', balasnya pula. Terkedu aku membaca mesej terakhirnya IMYSM, aduii makin bertambah beban otak aku ne, macam mana aku nak terangkan kat Raeyi yang aku sebenarnya tak ada feeling dah dekat dia? macam mana ne? Arghh. 'Awak okay tak Puan Lara Ariana?', tanya Waqie barangkali dia dapat mambaca riak wajahku. 'Hah? Emm..Okay', jawabku gugup. Dia tergelak lagi melihat kegugupan aku dan aku yang merasa malu diketawakan menarik telinganya sekuat-kuatnya sehingga dia menjerit kesakitan. Dia pun membalas dengan mencubit pipiku, 'Arghh! sakitlah rosak pipi saya tahu, ingatkan abang dah jauh tak adalah orang nak cubit pipi saya lagi rupa-rupanya awak dah mewarisi sikap dia', kataku geram. Dia tertawa mendengar kata-kata aku. 'Siapa suruh comel sangat', jawabnya membuat aku tersipu malu lantas memukul dan mengigit lengannya. 'Auchh! saya tengah memandu ne,jalan bukit lagi kalau eya pun nak bermanja tunggulah sampai rumah dulu', katanya seraya mengenyitkan mata. Aku hanya menahan malu dek kata-katanya lalu berhenti mencubitnya. 'Saya gurau je lah', pujuknya sambil mencuit pipiku lagi. 'Saya pun gurau juga', balasku sambil menjelirkan lidah kepadanya. Kami pun ketawa dan menyanyi didalam kereta melewati hari yang semakin gelap. 'Ya Allah terima kasih atas anugerahmu yang terindah ini', doa Waqie dalam hati.
 |
| Membawa Lara ke kereta |
Comments
Post a Comment