'Lara, Lara', sergah Nadz menyedarkan aku dari lamunan. 'Lara, kau okay kar ne? Aku tengok sejak dua menjak ini kau macam orang hilang arah jak? Apa masalah kau ne sebenarnya?', tanya Nadz risau. 'Tak ada apa-apalah Cik Nadz. Aku okay jak cuma biasalah baru kebah dari demam tu yang mood macam ini', bohongku seraya tersenyum kepada Nadz. Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku, sejak terserempak dengan Jay di shopping mall hari itu siang malam aku terus dihantui bayangan masa lalu dengannya. Oleh kerana itu, Waqie terpaksa menjadi 'Security' diluar bilikku setiap malam sebab risaukan aku konon. Aku langsung tidak endahkan dirinya sejak kejadian hari itu, sakit hati aku dipermainkan sebegitu lagi-lagi saat aku sedang sakit dan tidak berdaya. Walaupun dia cuba memujuk namun aku langsung tak terpujuk, biar dia belajar hargai orang dan tak sewenang-wenangnya melukai hati wanita lebih-lebih lagi isterinya. Maafkan aku Waqie tapi sekarang bukanlah masa untuk aku bergurau dengan kau kerana ada hal yang lebih besar sedang meniti aku didepan, salah satunya Jay masa lalu yang aku tak ingin ungkit biar sedikit pun. Kemunculannya menyebabkan lukaku berdarah berdarah kembali lebih-lebih lagi melihat senyuman dia yang suatu ketika dahulu pernah untukku. Sejak aku mengenali Raeyi, aku sudah belajar melupai Jay dan persahabatan yang aku hulur kepada Raeyi disambut dengan tulus sehingga membuatku terjatuh kepadanya namun ternyata ku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. 'Raeyi kenapa kau lambat untuk mengakui perasaan kau terhadap aku? kenapa tidak dari dulu lagi Raeyi saat hatiku hanya untukmu, saat luka dihatiku mulai sembuh? Kenapa Raeyi, Kenapa?', tuturku dalam hati seraya mengeluh. 'Aik mengeluh panjang nampak, kau gaduh dengan Waqie lagi kar Lara?', tanyanya. 'Kau ingat aku ne tak ada kerja lain kar? asyik nak bergaduh je dengan dia tu', balasku seraya menjeling kearah Nadz. 'Tak adalah aku tanya jak pun', katanya sambil tersengih.
 |
| Banyak termenung apabila Jay muncul semula |
'Aku terfikir jugalah Nadz, kalau mama dan papa tak jodohkan aku dengan Waqie mesti sekarang aku bahagia bersama Raeyi', kataku. 'Lara, apa yang terjadi dalam hidup kita ne ada hikmah semuanya. Tak semestinya kau tak bahagia bila kau dijodohkan dengan Waqie. Mungkin sekarang kau tak bahagia tapi siapa tahu suatu hari nanti? yang paling penting restu keluarga korang akan menjamin kebahagian dalam perkhawinan ini', nasihat Nadz. 'Tapi perangai Waqie tu memang teruklah Nadz, aku macam dah tak tahan lagi. Aku..aku nak bercerai dengan dia', kataku tegas menyebabkan Nadz terlopong. 'Astagafirullah, mengucap Lara. Tuhan paling bencikan orang yang meruntuhkan masjid sendiri, kau jangan buat kerja gila Lara apa kau dah lupa kar pesan ibu kau', kata Nadz tegas mengingatkanku dengan pesanan ibu. Waqie memanglah cukup sempurna dan tak heran kalau ramai wanita berebut mahu menjadi isterinya. Dia tampan, kaya dan punyai segalanya namun dia bukanlah lelaki idamanku, aku inginkan seorang lelaki yang boleh membimbingku menjadi seornag isteri yang baik dan itu kekurangan Waqie. 'Apakah Waqie yang tertulis di Luh Mahfuz ku?', tanya hatiku seraya menghadiahkan senyuman kepada Nadz yang menanti jawapan dari bibirku. 'Aku tahulah ustazah. Dah jom balik ofis nanti karang tak pasal-pasal bos kesayangan kau tu membebel pula, pekak telinga aku nanti', jawabku sambil tergelak. Kami pun melangkah keluar dari restoran yang selalu kami kunjungi yang terkenal dengan asam laksa yang sangat sedap. Asam laksa mengingatkan aku kepada Raeyi pula, sudah terlalu lama aku tidak bersua muka dengan lelaki itu. 'Hai Ariana,
long time no see ', tegur satu suara lalu kami berpaling. 'Aik? Lara je kar? Ertinya saya ne selalulah awak nampak kan?', gurau Nadz kepada Raeyi seraya tersenyum. 'Eyalah, senior Nad
long time no see too', balasnya lalu kami semua tergelak dan mulai meneruskan langkah untuk pulang kepejabat.
 |
| Raeyi muncul tiba-tiba |
'By the way Yiyi, Where have you been?', tanyaku. 'Tak pergi mana-mana pun cuma sejak kebelakangan ne saya sibuk sangat sebab tu lama tak makan sama-sama korang', katanya. 'Eh, kau
parking mana Raeyi? dihujung dunia kar?', gurau Nadz apabila menyedari Raeyi masih mengikuti langkah kami. 'Eya, hujung dunia dekat blok sebelum bangunan syarikat yang besar tu', jawabnya sudah cukup untuk membuatkan aku dengan Nadz berdebar. Bimbang dia mengetahui lokasi syarikat kami, nanti tak pasal-pasal dia cari aku sampai ke ofis apa pula kata ayah nanti. Maklumlah perkhawinan kami ne memang rahsia kerana atas permintaan aku dan Waqie kami tidak mahu ada seorang wartawan pun yang datang untuk membuat liputan sebab itu majlis hanya dia buat dekat rumah sahaja. 'Eh, korang kerja kat mana ya?', tanyanya lagi. Gulp! aku dan Nadz menelan air liur tidak tahu apa yang harus diperkatakan namun belum sempat kami menjawab, satu suara sudah menegur dari belakang. 'Hai Nadz, baru habis makan kar?', tegur Waqie menyebabkan langkah kami terhenti dan menoleh kearahnya. Dia mengerling kearah aku yang berdiri disebelah Raeyi namun aku hanya mengendahkan kerlingannya. Wajah Raeyi sedikit berkerut apabila Waqie memandangnya mungkin sedang berfikir siapakah lelaki yang sedang berdiri dihadapan kami. 'Eh, bos saya ingatkan siapalah tadi. Aah baru habis makan, ne nak balik ofis lah ne', balas Nadz seraya tersengih kepadaku. 'Inikah bos korang yang garang tu? handsome juga ya', bisik Waqie kepadaku lalu aku tersenyum sambil terpandang Waqie yang kelihatan seperti harimau yang mahu menelan mangsanya. 'Oh ya lupa pula, bos ini Raeyi Ronny kawan kitorang masa praktikal dulu dan Raeyi ini bos kitorang Liwauddin Waqie', perkenal Nadz sambil tersenyum. Mereka pun berjabat tangan lama seperti sedang berbicara dari mata ke mata.
Deringan telefon Raeyi akhirnya meleraikan mereka dan akhirnya Raeyi meminta diri untuk kembali ke pejabatnya. 'Okay Ariana, senior Nadz saya minta diri dulu ya', katanya menghadiahkan Nadz sebuah senyuman manakala dengan aku dia mengenyitkan matanya sambil megerling kearah Waqie. 'Dah Yiyi, pergilah balik karang hilang pula kerja awak tu', ucapku menyebabkan Waqie memandang dengan renungan yang tajam. 'Awak ne Ariana, gara-gara awak cipta nama manja tulah sampai sekarang semua orang panggil saya dengan nama tu. Okaylah saya pergi dulu', katanya seraya berlalu. Kami menghantar kelibat Raeyi sehingga kabur dari pandangan dan mula berjalan menuju ke pejabat tanpa mempedulikan Waqie dibelakang. 'Yiyi, yaii entah apa yang manja dengan nama tu', tuturnya pelahan namun masih dapat didengari oleh aku dan Nadz. 'Aik? dia cemburulah Lara', bisik Nadz sambil tergelak apabila Waqie sudah memotong kami. 'Nak cemburu apanya?', cebikku lantas memanjangkan langkahku mengejar Waqie. 'Ada orang cemburu bila kita panggil orang lain dengan nama manja', sindirku sambil sedaya upaya meyelarikan langkah kami. 'Tak kuasa nak cemburu, setakat nama macam budak tu', balasnya melajukan lagi langkahnya. 'Ops! terasa kar?', tanyau seraya tergelak dan berhenti tak kuasa aku nak mengejar dengan kasut tumit tinggiku. Nadz hanya tersenyum melihat telatah kami manakala manakala Waqie terus sahaja masuk tanpa mempedulikan kami lagi. 'Dah jom masuk dah lewat 5 minit dah ne, aku tahulah company ne ayah suami kau yang punya tapi aku ne bukan menantu kesayangan dia so sebelum kerjaya aku berakhir disini baik kita naik cepat', kata Nadz. 'Eh eleh! tak ada maknanya semua tu', gumamku.
Baru aku hendak melabuhkan punggung, telefon sudah berdering. 'Ish, orang ne selalu
on time kalau nak buat
call, tak bagi aku bernafas langsung', gumam hatiku lalu mengangkat telefon. 'Puan Lara Ariana, tolong bawa
file minute of meeting,
URGENT! jangan nak bergosip lagi kat sana', arahnya lalu menamatkan panggilan sebelum sempat aku membalas apa-apa. Aku mengambil file yang diminta oleh Monyet tak sedar diri tu lalu masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk sehingga membuatkan dia sedikit terkejut. 'Sejak bila Puan Lara Ariana tak tahu beradab ne?', sindirnya. 'Ops! Sorry bos lupa ketuk sebab file ne berat sangat tak sempat nak ketuk. By the Way Stop calling me Puan', kataku tegas sambil meletakkan file itu di atas mejanya. Aku menjelingnya sekilas apabila dia asyik merenungku, tidak selesa dengan situasi itu aku mulai mengangkat kaki untuk keluar. 'Ops! ada apa-apa lagi bos?', tanyaku seraya berpaling semula memandangnya. 'Oh ya, batalkan semua temujanji saya pada petang ne sebab malam ne kita akan keluar', tuturnya sambil tersenyum. 'Maaflah saya ada temujanji dengan Yiyi, lagipun buat apa nak keluar dengan monyet tak sedar diri macam awak?', balasku sedikit tegas mebuatkannya menarik nafas mungkin cuba mengawal emosinya. 'Apa hubungan awak dengan Yiyi tu ar? nama dia pun saya dah geli nak sebut. Nama elok-elok Raeyi jadi Yiyi, awak ne suka merosakkan nama oranglah', ucapnya. 'Siapa dia? Apa hubungan saya dengan dia, itu bukan urusan awak yang penting itu hak saya nak keluar dengan siapa-siapa pun', balasku selamba menyebabkan dia mengerutkan dahinya. 'Eh Kejap, kau cemburu ya monyet?', tekaku lalu pelahan-lahan menghampirinya. Lara memandang tepat ke mata Waqie namun Waqie masih cuba mengawal perasaannya, debaran dihatinya agar tidak dapat dihidu oleh Lara. Waqie mula rasa lemas apabila Lara semakin hampir dengan wajahnya. 'Tak kuasa aku nak cemburu dengan si Yiyi tu', tempisnya seraya menjauhkan jaraknya dari Lara. Kelihatan Lara tidak puas hati dengan jawapan itu namun dia sudah malas untuk memikirkannya lalu mengangkat kaki keluar dari bilik Waqie. Akhirnya, Waqie menarik nafas lega sambil meletakkan tangannya didada, terasa degupan jantung yang masih berdegup dengan pantas. 'Kenapa jadi macam ini? Apa yang tak kena dengan hati aku ne?', bisik hatinya.
Comments
Post a Comment