Rasa Yang Terpendam 6
'Adui hai sayang, kenapalah sayang buat hal time-time macam ini?, sayang tahu tak, Waqie ada interview hari ini dekat syarikat mentua sayang itu', kata Waqie. 'Karang tak pasal-pasal mentua sayang tak nak ambil Waqie kerja, sayang nak makan apa? nak duduk kat rumah saja sampai buruk lepas tu kena jual?', sambung Waqie lagi. Sekumpulan remaja yang kebetulan lalu di jalan itu tertawa melihat Waqie yang sedang berbicara dengan tayar keretanya. Waqie menyedari kelakuan mereka lalu berkata, 'Apa? Korang tak pernah tengok tayar orang pancit kah? Apa korang tak pernah cakap dengan kereta kar?, marahnya dengan angkuh sekali. Kumpulan remaja itu hanya berlalu pergi tanpa mengendahkannya manakala Waqie melihat mereka hingga kabur dari pandangannya. Selepas itu, dia mulai menghubungi rakan-rakannya untuk meminta pertolongan. Dalam usaha untuk meminta pertolongan tanpa sedar Waqie berjalan kebahagian jalan yang masih basah dan berlumpur dek hujan semalam untuk mencari line. Dan secara tiba-tiba, Pushhhhh ! sebuah kereta lalu dan tanpa sengaja tersembur Waqie di bahu jalan sehingga pakaiannya basah dan berlumpur. Waqie menjerit ke arah kereta itu namun pemandunya tidak peduli. 'Baik punya orang, kau berani kotorkan pakaian aku', jeritnya. Walaupun begitu, dia sempat menangkap nombor pendaftaran kereta itu. 'SAA 5108 J, kau tunggulah, aku jumpa kereta kau lagi, tahulah apa aku nak buat', katanya sendiri.
Lara bergegas masuk ke pejabat, dia hampir sahaja lewat untuk tiba. Jika dia berhenti untuk meminta maaf kepada lelaki yang tersembur air lumpur pasti sekarang ini dia masih bergelut dengan lelaki itu. 'Fuhh, Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati lelaki itu untuk memaafkanku, sesungguhnya aku tidak nampak dia berdiri dibahu jalan tadi, Ya Allah', doanya dalam hati seraya memulakan kerjanya. Sedang Lara sibuk menyiapkan kerja-kerjanya, Lara terpandang Nadz yang sedang duduk dihujung koridor dengan wajah yang muram dan kusam lalu dia mendekatinya. 'Tak sangka pula penyakit aku yang suka mengelamun boleh berjangkit', sindir Lara. Nadz berpaling dan menghadiahkan senyuman hambar kepada Lara. 'Nadz, jodoh takkan kemanalah, kan aku dah kata dengan kau jangan terlalu mengharap. Dulu kau juga yang kata macam ini dengan aku', nasihat Lara mengerti apa yang telah terjadi kepada Nadz. 'Sudahlah sekarang ini masa untuk kerja, so nanti kita cer lepas kerja okay,' cadang Lara. Nadz mengangguk seraya mengukir senyuman hambar. Saat Lara hendak kembali ke mejanya semula, dia terpandang seorang lelaki terpinga-pinga dengan pakai seperti seorang jurujual. 'Maaf Encik, jurujual tak dibenarkan masuk ke premis ini', kata Lara sambil tersenyum. 'Memangnya muka saya yang handsome ini nampak macam seorang jurujaul kar?', tanya Waqie tegas sambil mengerling ke arah Lara.
'Habis tu, kalau bukan jurujual apa? jurutera?', balas Lara seraya tergelak. 'Awak tak kenal siapa saya, saya nak jumpa dengan Datuk Luqman, boleh Cik tak sedar diri ini tunjukkan saya bilik Datuk Luqman?', kata Waqie dengan sombongnya. 'Emm, Encik ada buat appointment kar? setahu saya Datuk Luqman tak ada appointment dengan siapa-siapa hari ini, apalagi dengan jurujual. Tak pernah! ', balas Lara pula. 'Ehh, Perempuan ini kan..', belum sempat dia menghabiskan kata-katanya kelihatan ayahnya keluar dari bilik. Waqie tersenyum sambil mengerling kearah Lara, 'Ayah..', panggil Waqie. Berderau darah Lara mendengar perkataan itu, nafasnya turun naik dan terasa seperti jantungnya ingin terhenti. 'Ayah?? Datuk Luqman?? Jurujual??..', kata Lara dalam hati sambil menepak dahinya atas kebodohannya. Datuk Luqman menoleh ke arah Waqie lalu tersenyum.' Eh,Waqie.. sampai juga anak papa ya. Ni kenapa pakaian macam jurujual ne?', tanya Datuk Luqman kepada anak sulungnya. 'Ish, ayah ne Waqie yang kacak begini ayah kata macam jurujual?', cebik Waqie sambil terpandang Lara yang menahan gelaknya. 'Ni Waqie pinjam baju Akmal, tadi ada orang tak bertanggungjawab simbah Waqie dengan air lumpur. Habis basah baju Waqie, lepas tu datang pejabat ada nenek tua tu kata Waqie ne jurujual', tambah Waqie sambil menjeling kearah Lara.
'Ya Allah, double trouble aku kena. Emm dia juga yang aku simbah dengan air lumpur, selamatkan aku Ya Allah', doa Lara dalam hati. 'Lara..', panggil Datuk Luqman menyedarkan Lara untuk berpijak dibumi yang nyata semula. 'Ya Datuk', jawab Lara lalu menghampiri Datuk dengan bukunya. 'Awak masuk ke dalam bilik saya, saya nak perkenalkan awak dengan anak saya', arah Datuk Luqman sambil tersenyum. Waqie tersenyum sinis manakala Lara sudah menyumpah dalam hati. Sebaik keluar dari bilik Datuk Luqman, Lara mula merasakan penderitaannya akan bermula apabila Datuk Luqman memaklumkan bahawa Waqie akan mula bekerja minggu depan. Yang lebih menyeksakan ialah Lara akan menjadi setiausaha kepada Waqie, berbeza dengan Waqie baginya ia merupakan kemenangan bila Lara akan bekerja dibawahnya. 'Lepas ini, aku nak tengok kehebatan kau, Lara', kata waqie dalam hati seraya tersenyum. Semasa pulang, Nadz menceritakan kisah cintanya dengan Ismail yang tidak pernah kesampaian. Nadz dan Ismail bertemu semasa kami praktikal dulu, sikap Ismail yang caring telah membuatkan Nadz mula jatuh hati padanya. Namun kisah cinta Ismail sangatlah misteri sehinggakan Lara dan Nadz bingung kerana beberapa kakitangan mengatakan bahawa Ismail sudah mempunyai tunang. Bak kata orang, kelip-kelip ku sangka api, kalau api mana puntungnya. Kalau betul dah berpunya, mana buktinya.
Waqie atau nama sebenarnya Liwauddin Waqie adalah anak kepada Datuk Luqman. Sebenarnya Waqie adalah lelaki yang sangat soleh cuma dia tidak mahu menunjukkan kepada orang. Dia sengaja bersikap dingin dengan orang disekeilingnya kerana dia tidak mahu orang lain mengambil kesempatan atasnya. 'Remember Qie, after a month if you can't find a wife, ayah akan kahwinkan kamu dengan anak sahabat ayah. Itu janji kitakan selepas Qie tamat belajar'. kata Datuk Luqman. Masih segar diingatannya kata-kata ayahnya. Betapa bodohnya dirinya membuat perjanjian dengan ayahnya hanya semata-mata tidak mahu ayahnya mengambil tindakan undang-undang terhadap sahabatnya yang telah memukulnya dahulu. 'Tempoh sebulan bermula dari sekarang, aish cepatnya masa berlalu. Mana aku nak cari perempuan nak buat bini ini?'. getus hati waqie. Dalam kekusutan berfikir, tiba-tiba terbayang-bayang wajah Lara Ariana yang menggelabah saat ayahnya memberitahu bahawa Lara akan bekerja dibawahnya. Waqie tersenyum sendiri sambil menutup matanya. 'Lara, Lara.. you wait and see..'. sambungnya seraya menutup matanya. Akhirnya dia terlena. Disatu sudut yang lain, Lara mula berdoa agar diberi kekuatan untuk berhadapan dengan Waqie. Jelas terpamer keresahan diwajah gadis itu sehinggakan dia tidak dapat melelapkan matanya.
'

![]() |
| 1st met Lara Ariana with Liwauddin Waqie |
'

Comments
Post a Comment