Rasa Yang Terpendam 16

Hari ini Raeyi ingin bertemu dengan aku selepas waktu bekerja, so maknanya aku tak perlu tumpang si monyet tu pulang dan tak perlu nak gaduh dengan dia sepanjang perjalanan. 'Oii Monyet, hari ini aku balik sendiri kau tak payah nak tunggu aku', kataku kepada Waqie seraya meletakkan fail yang diminta diatas mejanya. 'Kau nak pergi mana?', tanyanya sedikit curiga. 'Kau dah lupakah dengan perjanjian kita? dilarang masuk campur urusan aku', kataky mengingatkannya. Riak wajahnya seperti tidak berpuas hati dengan jawapan aku namun masih bisa dia menyembunyikannya. 'Suka hati kaulah, tapi jangan balik lambat sangat nanti ada spot check mengejut dari Yang Dipertuan Agung kita dan kau tiada dirumah, mati kita dibom', katanya seraya tergelak. Aku hanya melemparkan senyuman manis kepadanya dan aku tersangat faham dengan spot check yang dimaksudkan olehnya, itu tak lain tak bukan daripada kedua-dua orang tua kami kerana mereka sering sahaja datang secara mengejut. 'Apa yang penting sangat Yiyi nak bagitahu aku ne? sampai tak boleh cakap dekat telefon', bisik hatiku penasaran. 'Oii mak cik, berangan jauh nampak', kejut Nadz. 'Mentang-mentanglah laki dia bos senang-senanglah nak mengkhayalkan?', tambah Nadz lagi. 'Ish kau ne Nadz, kat ofis tak ada istilah laki tahu', kataku sedikit tegas. 'Eyalah Puan Lara Ariana', balasnya pendek seraya tergelak. 'Perangai kau ne dah sama dah sekarang dengan bos aku ya, habis tu bakal Puan Nadz Eyra macam mana dengan bakal suami Encik Ismail tu?', tanyaku pula. 'Macam biasalah Lara, aku pun tak tahu apa nama hubungan kami ne. Nak kata kawan tak juga sebab gaya dia dengan aku macam lebih dari kawan atau aku saja yang perasan lebih kot. Tapi bila ada lelaki lain komen dekat Facebook aku mulalah dia soal siasat, emm aku pun bingung Lara pendek cerita Encik Ismail tu memang misteri', luah hati Nadz. Bisa dilihat sedikit kekecewaan diwajahnya namun masih bisa menutup dengan senyuman hambar. 'Tak apalah Nadz dah memang begitu perangai si Ismail tu, kau sabar sajalah okay. Aku yakin ada hikmah disebalik semua ne', nasihatku. 'Eyalah aku tahulah Puan Lara', katanya sambil tergelak. 'Petang ne Raeyi nak jumpa akulah Nadz, dia kata ada hal penting yang dia nak bagitahu aku', ujarku.

Dari reaksi Nadz, aku tahu dia tidak suka aku menemui Raeyi lagi kerana aku kini sudah menjadi isteri orang namun aku juga ingin tahu apa yang Raeyi ingin perkatakan. Selama ini aku tidak pernah berjumpa dengan Raeyi berdua kerana sentiasa ditemani oleh Nadz namun hari ini aku mahu berjumpa dengannya bereempat mata sahaja. Selesai mengemas meja kerja, aku mulai berlalu pergi untuk menemui Raeyi kerana dia akan menjemput aku dikedai makan tempat kami selalu makan bersama sejak akhir-akhir ini. Semasa aku meninggalkan mejaku, monyet tak sedar diri tu masih belum keluar lagi barangkali masih ada kerja yang ingin diselesaikan. 'Kita nak pergi mana ne?', tanyaku kepada Raeyi yang sedang memandu dengan tenang. 'Nak pergi tempat yang sesuai sikit untuk berbicara tentang hati', balasnya seraya tersenyum kepadaku namun entah kenapa aku gusar mendengar kenyataannya itu. 'Tenang, bukankah ini saat yang kau tunggu-tunggu selama ini Lara', bisik hatiku namun disaat ini hanya wajah Waqie yang berada diingatan. 'Ariana kita dah sampai', ujarnya seraya mengejutkan aku dari lamunan. Aku hanya menghadiahkan senyuman kepadanya dan mengekori langkahnya dari belakang dengan perasaan yang gusar. 'Silakan Ariana', pelawanya agar aku duduk, dia memilih tempat duduk diluar kerana pemandangannya lebih cantik dikala matahari mahu terbenam. 'Okay Ariana sebenarnya dah lama dah tunggu saat ne tapi tak ada masa yang sesuai dan saya rasa sekarang adalah masanya untuk berbicara soal hati', tuturnya sedikit gugup namun digagahkan dirinya agar lebih berani. 'Ariana, selama ini saya memang sukakan awak. Dari hari awak mula sakat saya, saya dah ada feeling dekat awak tapi saya terpaksa batalkan niat hati saya untuk bersama awak. Awak ingatkan saya pernah cakap dekat awak yang Helmi kata awak minat kat dia? sebab tulah saya tak bagitahu kat awak perasaan saya. Dan saya sesali semua itu kerana melepaskan peluang yang pernah terbuka untuk saya' tambahnya lagi sudah cukup membuatkan jantungku sukar untuk bernafas, air mata seperti ingin keluar namun aku cuba untuk menahannya. 'Raeyi kenapa baru sekarang kau nak bagitahu aku tentang perasan kau? Kenapa setelah aku sudah menjadi isteri orang Raeyi, kenapa?', tanyaku dalam hati.

Raeyi meluahkan perasaanya terhadap Lara
'Ariana, sudi tak awak..', belum habis dia menuturkan kata-katanya telefon bimbitku berbunyi. Bilaku lihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon, aku terkejut apabila melihat nama "Monyet". 'Apalagi yang monyet ne mahu ?', kata hatiku seraya menjawab panggilannya. 'Lara Ariana.. awak kat mana? ibu.. ibu', katanya putus-putus menimbulkan rasa risau dihati. 'Kenapa ne , awak okay kar? Kenapa denga ibu? Awak ambil saya sekarang !', kataku lalau menamatkan panggilan itu. 'Maaf Yiyi tapi saya kena pergi, ada emergency dekat rumah. Kita bincang lain kali ya', kataku. 'Emergency? saya hantar awak okay?', pintanya namun aku menolak dengan mengatakan abang akan mengambil aku. Sepanjang perjalanan Waqie hanya diam dan tenang memandu tidak seperti hari-hari yang biasa pasti penuh dengan pertelingkahan dan peperangan mulut antaranya dengan Lara. Lara hairan apabila Waqie menuju Hospital, bermacam-macam soalan dia mindanya namun tidak pula dia bertanya kepada Waqie. Dia menarik aku keluar dari kereta dan sambil menggenggam erat tanganku seolah-olah meminta kekuatan dariku, kami pun berjalan masuk ke dalam hospital dimana kelihatan mama, papa, abang, ayah dan Qira sedang menunggu diluar sambil menangis. 'Mama, siapa yang sakit?', tanyaku seraya memeluk mama. Aku memandang wajah mereka satu persatu untuk meminta jawapan namun semuanya hanya terdiam dan menangis sahaja. Tidak lama kemudian seorang doktor yang ku kira dalam lingkungan 30an keluar dan bercakap sesuatu dengan ayah dan pada saat itu baru aku perasan, ibu tidak ada diluar bersama kami. 'Ya Allah ibu, ibu sakit apa?', tanyaku pada mama dan saat itu air mata mula merembes keluar. 'Lara sabar nak, sabar. Dah pergi jenguk ibu, dia nak jumpa Waqie dan Lara. Waqie pergi nak jumpa ibu bawa Lara sekali', arah ayah kepada Waqie. Waqie yang berdiri di penjuru berjalan menuju kearahku dan mencapai tanganku untuk pergi berjumpa dengan ibu. Aku tahu dia sedang bersedih tapi dia tetap tabah atau mungkin dia tidak mahu nampak lemah dihadapan ibu. Genggaman tangannya makin kuat apabila kami mula menjejak masuk kebilik ibu, 'Please give me a strength', katanya separuh berbisik namun masih mampu aku dengar.

Reaksi bebeza apabila membuat dan menerima panggilan
'Qie jaga Lara baik-baik tahu, jangan sia-siakan dia. Ibu harap korang berdua dapat hidup bahagia hinggan keakhir hayat dan cepat-cepatlah bagi mama,papa dan ayah cucu biar diorang tak sunyi', kata ibu kepada kami walaupun kelihatan lemah namun wanita ini masih mampu untuk berbicara. 'Ibu jangan cakap macam tu tak baik tahu, ibu kena ada disisi kitorang juga biar ibu yang jaga cucu ibu nanti, kan awak?', kataku kepada ibu memberi harapan walaupun aku tidak pasti dengan apa yang aku perkatakan. 'Betul tu ibu, kitorang dah rancang nak ada anak kembar, biar satu ibu dan ayah yang jaga, yang satu pula mama dan papa yang jaga. Apa-apapun sekarang ibu kena rehat biar ibu semakin sihat. Jangan cakap yang bukan-bukan lagi ibu', Kata Waqie memberi semangat kepada ibu. Lelaki ini masih tabah berbicara dengan tanpa menitiskan air mata atau mungkin memang sudah ditakdirkan lelaki sukar untuk mengalirkan airmata. Setelah kami berjumpa dengan ibu giliran mama, papa, abang dan Qira pula menjenguknya. Pada saat ayah menjenguk ibu tidak disangka ia adalah saat terakhir ibu apabila ibu menghembuskan nafas terakhirnya didalam pelukan ayah, betapa kuatnya cinta antara mereka namun ajal memisahkan mereka. Ibu selamat dikebumikan selepas Zohor dan ternyata ramai tetamu serta sanak saudara yang datang untuk menziarahi ibu buat kali terakhir. Kehilangan yang cukup besar buat anggota keluarga Datuk Luqman terutamanya buat Waqie dan Qira, seharian Qira menangis serta tidak mahu makan namun akhirnya setelah dipujuk oleh abangnya, dia menjamah juga makanann yang telah aku sediakan. Aku menemani Qira seharian dan cuba untuk menenangkannya sehingga akhirnya dia terlelap mungkin kerana terlalu penat menangis seharian. Setelah itu, aku meninggalkan Qira dibawah jagaan Mak Mah agar aku bisa mencari Waqie yang tidak dapat ku temui seharian ini kerana sibuk menguruskan adik kesayangannya. Melalui tingkap dari dalam rumah, aku dapat lihat kelibat seseorang yang aku kenali lalu menuju kearahnya.

'Cantiklah bintang malam ne, banyak sangat', ujarku seraya melabuhkan punggungku disebelah Waqie namun dia tetap berdiam diri memandang langit yang cantik dihiasi kerlipan bintang-bintang. 'Awak nak jadi sahabat saya tak?', tanyaku pula untuk menarik perhatiannya. 'Kalau nak jadi sahabat saya, awak kena "hoy-hoy" dulu dengan saya lepas tu kita officially jadi sahabat, bukan sembarang sahabat tahu tapi sahabat baik', tambahku lagi dan kelihatanWaqie tertarik dengan kata-kataku. 'Boleh juga tapi "hoy-hoy" tu macam mana?', tanyanya bingung. Aku tergelak sedikit lalu menerangkan tentang "hoy-hoy", sebenarnya aku tiru cara pelakon drama korea 'My girlfriend is Gu-Mi-Ho' kerana aku sangat tertarik dengan cara itu apabila mereka menyebut "hoy-hoy" jari telunjuk mereka akan bersatu dan mereka secara rasminya menjadi sahabat. 'Hoy-hoy, macam ne?' tanya Waqie seraya meluruskan jari telujuknya dan aku pun turut berbuat demikian lalu dengan serentak kami menyebut "hoy-hoy". 'Tapi tak bestlah kalau macam ne saja, tak ada kesan lain. Apakah buat macam ne, Hoy-hoy', katanya seraya mengulangi perbuatan itu semula dan apabila jari telunjuk kami sudah bertemu dia pun menepak dahi aku membuatkan aku sedikit terkejut. 'Auch! sakitlah monyet' tempikku. 'Macam ne baru best', katanya sambil tergelak menampakkan lesung pipitnya. Aku yang tidak mahu kalah pun membalas perbuatannya lantas kami ketawa dek kerana perangai kebudak-budakan kami. Sedang aku asyik tertawa, tiba-tiba Waqie menarik aku kedalam pelukannya seraya membuatkan jantungku berdegup dengan pantas apabila dia memeluk aku. Aku tergumam, kelu tak tahu nak buat apa, terasa hangat pelukan tubuhnya. 'Seorang sahabat juga patut berikan sebuah pelukan untuk sahabatnya yang sedang lemah dan perlukan sokongan', katanya sepi. Aku hanya terdiam dan membiarkan diriku dipeluk olehnya, tak tahu mengapa tapi terasa hilang segala bebanan dihati ini yang tinggal hanyalah sebuah rasa yang aku sendiri tidak pasti apakah ia. 'Adakah aku sudah jatuh cinta dengan monyet tak sedar diri ini?', bisik hatiku. Akhirnya, kami bersama-sama melihat keindahan bintang dilangit tanpa sedar seorang lelaki tua sedang tersenyum melihat kami dari dalam rumah.

Hoy-hoy lepas tu kita jadi sahabat

Memeluk Lara meminta kekuatan 

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2