Rasa Yang Terpendam 10

Waqie meraup wajahnya sambil memandang komputer ribanya, kepalanya bingung memikirkan tentang sikap kekasih hatinya, Mia. Telah banyak email yang dihantar namun tiada satu pun yang dibalas. Akhirnya, dia menarik nafas panjang dan mula menaip email baru. 'Mia, mungkin jodoh kita sampai disini sahaja', kata Waqie setelah selesai menaip lalu dia pun menutup laptopnya dan baring di atas katilnya. 'Kenapalah ayah pilih perempuan tu jadi calon isteri aku? tapi tak apa Lara kau nak sangatkan jadi isteri aku. Kau tunggu dan lihatlah nanti', kata Waqie seraya tersenyum sendiri. Hari yang ditunggu pun tiba, Lara tak senang duduk didalam bilik sambil memegang telefon bimbitnya. 'Lara, kau boleh duduk diam tak? aku boleh naik pening tengok kau mundar-mandir macam ini', kata Nadz yang geram melihat telatah sahabatnya. 'Nadz, kau rasa betulkah apa yang aku buat ini? sempat lagi nak lari ini Nadz', tanya Lara menggeletar. 'Kau nak lari? kau sanggup nak hampakan diorang semua ne lepas itu memalukan keluarga Datuk Luqman dan keluarga kau? kenapa kau tak fikir masak-masak sebelum setuju dulu?', tanya Nadz pula. 'Alah, mana aku tahu yang aku kena kahwin dengan monyet tu', jawapnya. Nadz hanya ketawa mendengar Lara memanggil Waqie 'monyet', tidak lama kemudian Aliya dan sahabat karib Lara yang lain datang dan memenuhi ruang bilik Lara.  Saat itu, dia teringatkan Raeyi, dia tidak menjemput Raeyi kerana dia tidak mahu Raeyi tahu akan pernikahannya. Dia tahu Waqie tidak mungkin mahu hidup bersamanya selama-lamanya dan bila Waqie tinggalkannya, dia masih ada Raeyi sebagai kekuatan walaupun dia sendiri tidak pasti apa akan terjadi selepas ini. 'Wah Lara, cantiknya muka pengantin kita ini kan?', kata Aliya kepada sahabat-sahabat lain. 'Aliya dengan Zaidi bila lagi nak naik pelamin, kawan kita seorang ini pandai sembunyikan cinta hati dia kan? tup tup dah dapat kad jemputan kahwin dia', gurau Rara pula. Lalu mereka semua tergelak, hanya Tuha yang tahu perasaan Lara ketika itu, betapa gementarnya dia namun disembunyikan dihadpan teman-temannya.

Akhirnya dengan sekali lafaz, Lara Ariana sah menjadi isteri kepada Liwauddin Waqie lelaki yang angkuh dan ego. Keluarga mereka senang melihat gelagat mereka apabila disuruh untuk mengambil gambar kahwin, Lara hanya menahan hati apabila Waqie dengan sewenang-wenangnya merangkul pinggang dan memeluknya dengan erat. Selain itu, dia mencium pipi dan dahi Lara berkali-kali sudah cukup membuatkan Lara panas hati. 'Ayah, menantu ayah ini cantik kan? tapi malu-malu pula, itu yang buat Qie tambah sayang kat dia', kata Waqie kepada ayahnya sambil mengeratkan pelukannya. Lara hanya tersenyum paksa, 'Wekk sayanglah sangat macamlah aku tak tahu ini semua lakonan dia sahaja. Nak muntah aku dengar, dia ne dah boleh dapat anugerah pelakon terbaik dah', kata Lara dalam hati sambil mencubit lengan suaminya. 'Auch!', jerit Waqie menyebabkan semua keluarga memandang mereka. 'Apa main cubit-cubit ne sayang, kalau ya pun nak bermanja tunggulah nanti malam', katanya sambil menarik hidung mancung isterinya. Lara terkedu mendengarnya manakala semua keluarga pula sudah tersenyum mendengar kata-kata Waqie. 'Qie ne janganlah cakap macam tu, tengok merona merah dah wajah menantu mama ini', kata Datin Roziah sambil mencium kedua belah pipi Lara. Selesai sahaja majlis akad nikah dirumah Lara, pengantin terus diarak kerumah keluarga lelaki untuk majlis persandingan. Ternyata keluarga Waqie amat besar juga, ayahnya punyai seorang kak dan adik, anak-anak mereka sudah besar dan berkahwin serta punyai anak. Manakala Datin Roziah pulak punyai 5 orang adik beradik, banglo tiga tingkat itu dipenuhi oleh keluarga rapat Datuk Luqman dan beberapa keluarga Lara. Akhirnya semua keluarga mula meminta diri untuk pulang kerumah masing-masing termasuk papa dan mamaku serta Nadz. Aku berat hati untuk melepaskan Nadz pergi tetapi takkan dia nak bermalam dirumah Datuk Luqman pula. 'Adik, layan suami tu baik-baik tahu', kata abangnya sambil tergelak. 'Abang ne tak pernah ubah-ubah perangai tahu, lepas ini kamu pula yang papa kahwinkan', balas papa mereka. Zairi hanya tergelak sakan kerana dapat mengenakan adiknya walaupun hakikatnya dia akan merindui adiknya selepas ini. 'Lara ingat pesan mama tahu, dah jadi isteri orang sekarang kena pandai jaga suami tahu', pesan mama lalu mencium pipi anak kesayangannya. Setelah itu, mereka bersalaman pula dengan Datu Luqman dan Datin Roziah. Datin Roziah mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada papa dan mama Lara.

Gambar pernikahan Lara Ariana dengan Liwauddin Waqie

Berpura-pura sebagai pasangan yang bahagia


'Qie pergilah bawa Lara tidur dah jauh malam dah ne', arah Datuk Luqman. 'Baik ayah, mari sayang kita tidur boleh main cubit-cubit kan', katanya sambil tertawa. Lara hanya menahan malu mendengar kata-kata Waqie sambil dalam hatinya menahan geram. 'Ayah, ibu Lara naik tidur dulu ya. Ibu pun kena rehatlah, Lara tengok ibu dah penat sangat dah ini', katanya sambil mengenggam tangan Datin Roziah dan mencium kedua belah pipi wanita tua itu. Waqie sengaja merangkul pinggang Lara walaupun Lara sudah mencebikkan bibirnya namun Waqie tidak mempedulikannya. 'Sejuk hati saya tengok diorang berdua abang, saya harap lepas ini mereka akan bahagia hingga ke Jannah', kata Datin Roziah seraya tersenyum sambil terbatuk. 'Dahlah, jom awak pun kena rehat. Batuk awak dah makin teruk dah tu', kata Datuk Luqman sambil mengurut belakang isterinya dan membantunya menuju kebilik mereka. 'Welcome to our paradise, sayang. Silakan masuk princess Lara', kata Waqie. Lara pelik dengan sikapnya namun dengan gentar dia melangkah juga masuk kebilik Waqie. Cantik, kemas dan rapi sekali susunan bilik itu dan yang paling menarik minat Lara adalah bilik itu dicat dengan warna merah, warna kegemarannya. Waqie yang melihat Lara memandang persekitaran biliknya mula terfikir satu idea. Dia menarik tangan Lara sehingga Lara terduduk dikerusi, Lara terkejut dengan perbuatan Waqie itu lalu dia mengundurkan dirinya kebelakang sedikit. Namun Waqie tetap maju sehingga Lara tiada tempat lagi untuk berlari. Dengupan jantung Lara semakin kuat,'Kau nak buat apa ini? Kau jangan macam-macam, aku.. aku..', bergetar suara Lara hendak menghabiskan ayatnya, saat itu bibir Waqie terasa semakin dekat dengan wajahnya. 'Abang..ops!', merona merah muka Qira terpandangkan Lara dan Waqie. 'Sorry abang, adik lupa yang Kak Lara pun dah tinggal kat bilik ini juga', katanya malu. Lara menarik nafas lega walaupun sebenarnya dia juga malu namun kehadiran Qira membantunya untuk melepaskan diri dari Waqie. 'Ayah panggil abang kejap', kata Qira dan terus berlalu.

Senyuman paksa Lara Ariana


'Tak guna punya monyetttt', jerit Lara dalam hati. 'Adakah patut aku ne dia suruh tidur dekat sofa sedangkan dia enak-enak tidur di katil, aduii sakitnya pinggang aku. Kalau ikutkan hati aku, aku nak cekik-cekik monyet tu', tambahnya lagi. Itu adalah perjanjian yang telah dibuat olehnya dengan Waqie, dia akan tidur disofa asalkan Waqie tidak mengganggu ataupun menyentuhnya. 'Bodohnya aku buat perjanjian itu, lepas ini entah apalagi perjanjian yang akan dia buat', katanya geram seraya membaling bantalnya kearah Waqie yang sedang tidur lena dikatil. Apabila bantal itu megena tepat kearah Waqie, Lara menutup mulutnya dengan tangan takut-takut Waqie tersedar dan membuat sesuatu kepadanya. 'Kenapa sayang, awak tak boleh tidur ya tanpa saya?', kata Waqie tiba-tiba. Terkejut Lara mendengarnya lalu dengan pantas menarik selimut untuk menutupi tubuhnya sehingga wajahnya. Waqie mulai tersenyum nakal dan pelahan-lahan dia menarik selimut Lara, Lara semakin takut apabila wajahnya mula terdedah. Kelihatan bibir Waqie mula dimuncungkan kearah wajahnya dan sepantas kilat, 'Bushhhh!', satu tumbukan hinggap diwajah Waqie. 'Aduii, aw aw', kata Waqie menahan sakit. 'Kuat juga perempuan ne ya', tambahnya lagi. Pandangannya mula berpinar-pinar dan akhirnya dia jatuh pengsan. 'Monyet ne aku ingat kuat sangatlah, baru tumbukan wanita dia dah boleh pengsan, fuhh!! terima kasih buku lima', kata Lara seraya tersenyum dan meneruskan tidurnya tanpa mempedulikan keadaan Waqie.

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2