PELANGI CINTA

Pelangi cinta mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Shasha Isabella dan Rieyrie Rieyana yang telah berteman baik sejak dari kecil lagi. Keakraban mereka menyebabkan mereka saling memerlukan antara satu sama lain sebab itulah kemana sahaja mereka pergi mesti bersama-sama. Kehadiran mereka di kolej tidak disenangi oleh kumpulan JAS (Jennifer, Aireen dan Sally) kerana sikap mereka yang sering menjadi perhatian. Perbezaan mereka jelas ketara dari segi percintaan, tidak ada kekasih yang bertahan lama dengan mereka. Shasha percaya kepada cinta muka buku walaupun dia sudah pernah kecewa dua kali namun dia tetap tidak berputus asa untuk mencari cinta sejatinya sehinggalah dia berkenalan dengan Bob. Manakala Rieyrie pula hanya menilai seseorang berdasarkan paras rupa tanpa melihat ketulusan hati lelaki tersebut sebab itu dia minat dengan senior di kolejnya, Aziz. Mereka terlalu sibuk mengejar sesuatu yang tidak pasti dan tanpa disedari dua makhluk ciptaan Tuhan datang menyapa dengan cara perkenalan yang berbeza. Rahman bagi Shasha amat menjengkelkan dan meyakitkan hatinya sehinggalah benci Rahman bertukar cinta. Adjey hadir dalam hidup Rieyrie sebagai seorang teman baik yang bagi Rieyrie sangat memahami dirinya namun baginya cukuplah hanya sekadar teman sahaja, walaupun Adjey menyimpan perasaan terhadapnya. Klimaks berlaku apabila hubungan persahabatan Shasha dan Rieyrie mula rapuh kerana Bob dan Aziz. Ditambah lagi dengan kumpulan JAS yang sentiasa menyakitkan hati mereka. Mampukah persahabatan yang telah lama dijalin bersatu kembali?  Dan mampukah mereka mendapatkan pelangi cinta setelah dibadai hujan panaas? Saksikanlah Pelangi cinta.



Cinta ibarat hujan panas yang membadai,
Namun setelah ia berlalu,
Akan timbul pelangi indah menghiasi langit


PELANGI CINTA





Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2