Rasa Yang Terpendam 4

'Apa yang awak nampak?'. Ringkas mesej dari Raeyi, aku hanya tersenyum membacanya. 'Apa yang awak tahu?', balasku pulak. Raeyi pun mula menceritakan segalanya, ternyata tepat jangkaanku, Helmi memang tahu yang aku meminatinya. Aku perasan perubahan sikap Helmi semasa minggu kedua dia menjalani latihan industri, aku seolah-olah dapat meneka dari gayanya. Pasti Diah yang memberitahu sahabat Helmi kerana aku pernah meminta Facebook Helmi dengan Diah, lagipun Diah mengenali sahabat Helmi kerana mereka menjalani praktikal ditempat yang sama. Apapun aku tak salahkan Diah, aku menjelaskan kepada Raeyi bahawa ini semua hanyalah salah faham dan meminta dia menjelaskan kepada Helmi agar tidak timbul sebarang kontrolversi. Giliran aku memberitahu apa yang aku nampak kepada Raeyi. Aku menceritakan kisah aku ternampak dia dengan Memey bersignal mata sambil masing-masing tersenyum. Memey menghantar mesej kepadanya mungkin untuk meminta izin pulang lalu dia mengangguk seraya tersenyum.

'Actually, memang saya menyukai seseorang kat situ tapi saya rasa orang tu tak tahu kot atau maybe dia tahu tapi dia tak pasti pula', kataku untuk memberinya petunjuk. Dengan pantas dia membalas mesej aku, ' Si Helmi kar? hahaha'. 'Bukanlah, seseorang yang bertakhta di hati', balasku menyembunyikan perkara sebenar. Dia membalas lagi, ' Si Frankie kar?.. hahaha. Aku tidak juga memberitahu walaupun berkali-kali dia memaksa kerana aku takut kemesraan kami sebagai sahabat akan bertukar dingin jika dia tahu akan isi hatiku. Akhirnya, aku tidak membalas mesejnya dan hanya membiarkan dia dengan tanda tanya. Keesokan harinya, aku pergi kepejabat pada waktu tengah hari untuk parti perpisahan aku buat kali kedua. Sepatutnya bulan lalu aku sudah tamat menjalani latihan industri tetapi tak sangka selepas parti perpisahan aku, mereka melanjutkan lagi tempoh praktikal aku. Semasa aku tiba di pejabat, trainee yang pertama aku nampak adalah Raeyi, aku menghadiahkan sneyuman kepada sahabat-sahabat yang lain. 'Awak lagi', kata Raeyi. Aku menegur mereka sebelum aku naik ke tingkat atas untuk bertemu dengan majikanku.

Jam5 petang barulah aku mengangkat kaki untuk pulang dan aku bersalaman dengan semua kakitangan di jabatanku. Tak dapat dibendung air mataku ini tetap mengalir juga. Kesedihan yang teramat sangat yang tak dapat aku sembunyikan sehinggakan Ismail berkata, 'Tak payahlah nangis Lara, bila-bila masa awak boleh datang kesini. Tempat ini sentiasa terbuka untuk awak'. Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa hanya air mata yang menitis. 'Tak apa Lara, isnin awak datang lagi'. kata Bandy. 'Yang saya risau nanti bila isnin dia datang menangis lagi'. sampuk Ismail sambil gelak. Aku turut tergelak sama, semasa aku hendak menuruni tangga kelihatan kelibat Raeyi sudah berada diluar. Aku berlari-lari menuruni tangga kerana aku ingin mengembalikan sapu tangannya busuknya semula. Diluar pejabat, John sedang berbual dengan seorang staff manakala Herald menegur aku, aku mula menyalami mereka dan meminta maaf atas semuanya.

' Sorry sangat-sangat kalau saya terpukul, tercubit.. sengaja aku menekankan ayat itu seraya itu Raeyi menyingsing T-shirtnya dan mempamerkan kesan cubitan dilengannya. 'Biarlah itu jadi kenangan'.sambungku lagi.  Aku selalu mencubitnya kerana geram dengan tingkah lakunya. 'Thanks for everything'..airmata gugur lagi, tak dapat dibendung kesedihan yang ku rasakan saat itu. 'Janganlah nangis Lara, kemarin awak nangis hari ini pun awak nangis, lama-lama saya pun terikut menangis sama'. kata Herald sayu. Raeyi hanya memandang aku, lalu dia mulai berkata, 'Sudahlah menangis Lara'. Bertambah sayu hatiku mendengar kata-katanya. Aku membuka tas tanganku dan mengeluarkan sapu tangan Raeyi lalu dengan kasar aku membaling nya sehingga sapu tangan itu landing di bahu Raeyi. 'Nah! sapu tangan busuk awak', kataku sombong. Raeyi hanya tersenyum dan berkata 'Aik, wangi dah sapu tangan ne'. Aku tidak membalas apa-apa sebaliknya hanya mencebikkan muka. Sememangnya semua trainee rapat dengan aku atau mungkin perlu aku katakan selesa dengan aku walaupun mereka baru sahaja memulakan latihan industri mereka. Berbeza dengan Raeyi, Dian, Helmi dan Haslina, mereka memang sudah hampir 3bulan praktikal disitu manakala trainee lain baru sahaja memulakan latihan industri mereka. Namun, aku bersyukur kerana aku dapat mengenali mereka semua. Raeyi menyalami aku sebanyak 3kali sebelum aku meminta diri untuk pulang. Buat kali terakhirnya, sempat lagi aku mencubit lengannya walaupun dia mengadu kesakitan. Hanya Helmi yang tidak aku temui semasa hari terakhirku menjejakkan kaki di pejabat itu. 

Bunyi telefon bimbit mengejutkan aku dari lamunanku, panggilan dari mama. Aku tersenyum dan menjawab panggilan itu. Lara merupakan seorang gadis yang sederhana, hitam manis, tinggi dan berambut  panjang. Perwatakannya yang peramah, kreatif dan sikapnya yang suka membantu menjadikan dia seorang gadis yang luar biasa. Meskipun dia tidak kaya namun dia mempunyai keistimewaan tersendiri sehinggakan semua sahabatnya suka untuk mendekatinya. Selain itu, kakitangan juga suka untuk berkerjasama dengannya kerana dia berani untuk mengambil apa jua cabaran dan tugasan walaupun bukan mudah untuk dia menjayakan namun dia tidak pernah berputus asa. Dia bukanlah gadis yang sempurna tentulah dia punyai kekurangan namun kekurangan itu dia jadikan kekuatan untuk terus maju ke hadapan. 

Lara Adriana

'

Raeyi Ronnie

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2