Rasa Yang Terpendam 19

Kepalaku berdenyut dan terasa amat berat apabila aku cuba untuk bangun manakala badanku terasa amat sakit sekali. 'Adui, sakitnya kepala ne macam nak ketuk guna tukul jak', gumamku sendiri. Aku memegang dadaku yang terasa perit dan tekak yang kering lalu aku perasan sesuatu ke atas diriku. 'Monyet..!!', jeritku sambil menutup tubuhku menggunakan comforter. 'Kenapa awak? Awak okay kar?', tanya Waqie tergopoh-gopoh mungkin kerana berlari menaiki tangga. Ish! tak guna punya lelaki, dia buat tak tahu pulak. Aku mencapai bantal disisiku dan dengan tenaga yang aku ada,aku lemparkan bantal itu ke arahnya sehingga mengenai wajahnya. 'Kau ne kenapa? dah kena sawan kar apa?', tempiaknya. 'Kau tanya aku kenapa? Apa kau dah buat dengan aku semalam ar? Macam mana baju aku boleh tertukar ne?', tanyaku dengan nada marah. 'Oh pasal tu ker?', tuturnya seraya tersenyum sambil mula melangkah kearahku yang masih berada diatas katil. Aku menarik comforter menutupi tubuhku sehingga ke paras leher apabila Waqie semakin mendekat kepadaku. 'Tak sangka pula kan Puan Lara Ariana punyai bentuk badan yang sangat wow!', bisiknya ketelingaku cukup membuatkan suhu badanku semakin terasa panas. 'Kau buat apa dengan aku ar?', tanyaku sedikit gemuruh. 'Alah macam awak tak tahu kalau lelaki dah nampak perempuan depan mata, lagi-lagi tengah tak sedarkan diri takkan nak lepaskan peluang', ucapnya. Air mataku mula merembes,'Tak guna kau, aku.. aku.. aku akan buat laporan polis atas perbuatan kau kepada aku. Jangan ingat kau boleh terlepas', kataku dengan marah, suaraku ditinggikan walaupun aku sudah tidak berdaya lagi. Waqie tergelak mendengar kata-kataku, 'Apa? Lapor polis? nak bagitahu polis apa?', katanya sambil tergelak. 'Encik polis saya nak buat laporan, suami saya tolong salinkan baju saya lepas tu dia rogol saya. Macam tu?', tambahnya lagi. Air mata masih bergenang, tidak aku sangka Waqie suka mengambil kesempatan keatas perempuan dalam keadaan tidak berdaya.

Ketawa mendengar kata-kata Lara
Kedengaran ketawa Waqie masih belum reda sedangkan aku sudah merasa berat, aku hanya menunduk dan langsung tidak disedari oleh Waqie tangisan yang mulai membasahi pipiku. Saat aku mengangkat wajahku, terasa kepalaku terlalu berat mungkin kerana semalaman aku menangis mengenangkan kisah laluku. 'Kenapa kau tak faham perasaan aku Waqie? Kenapa saat aku perlukan seseorang kau pula ambil kesempatan?', desis hatiku. 'Auch! Aduhhh', kelapaku terasa semakin berat. Waqie terhenti ketawa apabila menyedari aku sedang dalam kesakitan. 'Awak? awak okay kar? Sorry lah saya main-main saja. Bukan saya yang salinkan pakaian awak malah saya tak sentuh awak pun. Qira yang tolong salinkan pakaian awak semasa dia datang ke sini semalam. Awak, awak okay kar ne?', tuturnya dengan nada risau namun aku sudah tidak mahu mempedulikannya. Aku merebahkan diriku lalu menarik comforter menutupi seluruh tubuhku, aku benci dengan Waqie, dalam keadaan aku yang tidak sihat pun di amasih boleh bergurau langsung tidak memikirkan perasaanku. 'Awak, awak..', ucapnya pelahan seraya mengoyangkan badanku. 'Jangan sentuh saya!', kataku tegas. 'Tolong keluar dari sini, aku tak nak diganggu terutamanya oleh kau', tambahku lagi. 'Baiklah, saya minta maaf bukan niat saya nak main-mainkan awak cuma saya nak gembirakan awak jak. Saya keluar dulu, kalau ada apa-apa awak panggil saya okay', tuturnya seraya melangkah keluar dari bilik aku apabila aku hanya terdiam tanpa sebarang kata. 'Main-main konon, agak-agaklah nak main-main dengan orang yang tengah sakit. Cubalah bawakan breakfast ker apa ker, ne tak dia boleh bergurau macam tu. Wow I'm impressed Monyet!', gumamku sendiri. Semakin aku benci dengan lelaki bernama Liwauddin Waqie, dia memang tidak tahu cara untuk menghargai wanita malah dia lebih suka menyakiti mereka. Akhirnya, aku melelapkan mata semula apabila kepalaku berdenyut kembali, aku perlukan rehat yang cukup. 

Perubahan Lara 
'Lara, apa pendapat awak kalau kita putus?', tanya Jay. Aku seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari bibirnya lebih-lebih lagi panggilan sayang sudah berubah kepada nama. 'Tapi kenapa?', tanyaku pula. 'Entahlah Lara tapi terasa berat untuk aku buat keputusan ne namun aku rasa ini yang terbaik untuk kita. Kalau boleh kita stop sekejap',  ucapnya. 'Stop? tapi kenapa? kita tak ada apa-apa masalah pun sebelum ini Jay. Sejak kau pulang dari kursus tu, aku tengok kau semakin berubah. Sikap kau dengan aku tak seperti dulu lagi, kau sudah ada pengganti aku kar?', tuturku pelahan menahan segala kesedihan yang tersimpan di hati ini. 'Jay, andai kau tahu betapa peritnya kehidupan aku sepanjang pemergianmu kau mungkin tak dapat bayangkan bagaimana aku menghadapi ahli keluargamu demi untuk mempertahankan cinta dan janji yang kita bina', bisik hatiku sambil cuba menahan airmata daripad bergenang. 'Aku..aku tak dapat bertahan lagi Lara, aku tak tahan dengan semua dugaan ini', katanya pelahan. 'Tapi kita dah janjikan untuk lalui semua ne bersama-sama. Remember two is better than one', pujukku lembut sambil menggenggam tangannya. 'Entahlah Lara tapi memang aku dah tak boleh lagi', katanya seraya meleraikan genggaman tanganku. Dari riak wajahnya jelas terpancar rasa bersalah terhadapku namun tersimpan juga suatu rahsia yang tidak ku ketahui. Dia sangat jauh berbeza berbanding Jay yang aku kenal dahulu, hatiku kuat mengatakan dia sudah ada perempuan lain. Terasa sangat berat ujian ini, aku seperti hilang arah kerana siang malam aku menangis dan bertelingkah dengannya kerana perpisahan yang tak aku ingini. 'Lara, kau okay kawan?', tanya Ninie seraya mengejutkan aku dari lamunan panjang. Saat itu, aku berada di semester akhir namun perhatianku terganggu kerana hubungan aku dan Jay. 


Senyum menyembunyikan kesedihan 
'Okay', jawapku ringkas seraya memandang kehadapan semula. Pensyarah didepan sedang berbuih memberikan penerangan sedangkan aku hanya mengelamun dibelakang kelas. Kelihatan Aliya dan Ninie risau melihat keadaanku yang sudah tidak seceria dulu dan lebih banyak mendiamkan diri. Aku adalah orang yang paling ceria dan terkenal dengan perangai yang gila-gila di kolej sebab itulah mereka risau apabila melihat aku menjadi seorang yang pendiam tiba-tiba. Badanku juga sudah semakin susut lantaran terlalu menangis mengenangkan hubungan aku dengan Jay. 'Kawan, kau ada masalah kar?', tanya Ninie lagi semasa kami sedang makan. 'Mana ada, aku okaylah cuma penat sikit kot', bohongku. 'Alah kawan, kau tu memang pandai berlakon tapi kalau berbohong langsung tak pandai. Kenapa kau ada masalah dengan si Abang kar?', teka Aliya. Sebenarnya panggilan abang dan sayang diberikan oleh sahabat-sahabatku kepada aku dan Jay sebab itu mereka mengelarnya abang juga. 'Tak lah kami okay jak. Makanlah nanti lambat pergi daftar tuk praktikal', kataku sambil menyuapkan makanan kedalam mulutku walaupun terasa perit namun ku cuba untuk menghabiskan makanan itu agar mereka tidak bertanya lagi. Mereka melihat aku dengan seribu persoalan namun buat masa ini aku tidak mau menceritakan apa-apa kepada mereka. 'Jangan risaulah aku okay, oh ya petang ne aku pergi dating tahu jadi sorry tidak dapat join kamu tengok wayang', ucapku sambil menghadiahkan senyuman palsu. 'Eyalah macam kamu dating, ada boyfriend kan Rara', gurau Aliya. 'Eya macam kamulah, saya tidak', kata Rara membuatkan kami semua tergelak. Untuk seketika, aku terasa bebanankku mengurang apabila ketawa bersama-sama mereka namun ada perkara yang harus aku tempuhi walaupun aku tak cukup kuat. 

Betapa indahnya pemandangan pantai dikala waktu hampir senja dengan ombak yang memukul persisiran pantai dan matahari yang mulai hendak terbenam. Inilah tempat dimana buat kali pertamanya semasa ulang tahun aku yang ke-19 tahun, Jay membawa aku untuk melihat matahari terbenam. Aku sukakan suasana damai dan udara yang nyaman dikala waktu hampir senja, tempat ne jugalah dia menyanyikan aku lagu Dealova nyanyian Once sempena hadiah ulang tahunku. Katanya lagu itu menggambarkan perasaannya terhadapku namun sekarang aku harus berpijak diatas bumi yang nyata. 'Cantik kan pemandangan hari ini, kau masih ingatkah pertama kali kau bawa aku ke sini?', tanyaku pelahan namun dia hanya mengangguk. 'Sorry Lara, tapi kita kena akhiri semua ini. Maafkan saya kerana tak boleh jadi kekasih yang baik untuk awak, saya banyak menyusahkan awak tapi saya dah tak ada perasaan terhadap awak. Saya dah cuba Lara tapi saya tak boleh', ucapnya. 'Maksud kau? selama ini rasa kau terhadap aku hanyalah gurauan semata-mata? Kau permainkan aku?', tanyaku bertubi-tubi. 'Bukan, semua tu bukan gurauan dan awak adalah perempuan yang sangat baik cuma saya tak layak untuk awak', katanya. 'Alah cakap sajalah kau sudah dapat perempuan lain dekat tempat kau kursus hari itu. Buat apa mahu tipu lagi, lebih menyakitkan kalau kau tipu dan makin buat aku rasa sakit', kataku  diiringi air mata yang tidak tertahan lagi. Akhirnya terkeluar juga kata-kata itu, sejak seminggu yang lalu aku membuka akaun Facebooknya, ada seorang perempuan menghantar pesanan kepadanya dengan keadaan yang mesra sekali namun bila aku tanya siapa wanita itu dia  hanya berdiam diri. Kami mula bertelingkah mengenai perempuan yang ku kira sebagai orang ketiga dalam perhubungan kami dan kelihatan dia sangat marah dengan kenyataan aku namun aku perlukan penjelasan atas apa yang telah terjadi. 

Terkejut mendengar kata-kata Jay 
'Kau dengar sini Lara, biar dunia tunggang terbalik sebanyak sepuluh kali pun, aku takkan kembali kepada kau!', katanya dengan suara yang ditinggikan sambil berlalu meninggalkan aku yang mulai rebah. Tanpa menoleh dia hanya berlalu pergi, itulah kata-kata terakhir darinya dan ia amat menyakitkan apabila insan yang pernah berjanji untuk sehidup semati denganku mengucapkan kata-kata itu. Aku merasa seperti hari esok sudah tiada lagi untukku, aku berharap agar semua ini hanyalah mimpi ngeri yang akan berakhir apabila aku terjaga dari tidur keesokan harinya. Saat aku sampai kerumah, aku membetulkan mekap untuk menutupi kesedihanku agar tidak dapat dikesan oleh mama. Kedengaran suara yang riuh rendah dari dalam rumah mungkin ada tetamu atau jiran-jiran yang datang membawa gosip yang sangat menyakitkan hati. 'Lara, baru pulang sayang?', tegur mama kepadaku. 'Err. eya mama, Lara adalah latihan menari tadi tu yang lewat sikit', bohongku seraya melihat tetamu mama kelihatannya bukan orang sembarangan. 'Lah, kenapa tak suruh abang ambil? Kan mama dah kata bahaya Lara pulang malam-malam begini', kata mama. 'Alah mama tahulah abang tu macam mana dengan adik, asyik nak membuli jer', kataku seraya memuncungkan mulut. 'Eh lupa pula, ne uncle Man dan Aunty Ziah sahabat mama dan papa', kata mama lalu aku menyapa mereka. 'Apa khabar Uncle, Aunty sorrylah saya berbau jadi segan nak salam, tak apa Lara naik dulu bersihkan diri lepas tu boleh peluk-peluk sekali', gurauku sambil berlalu. Sebenarnya aku tiada mood nak melayan tetamu tapi mama dan papa tak ajar aku untuk kurang ajar. Kedengaran mereka begitu gembira bercerita sedangkan aku dalam kesedihan mengenangkan cinta yang telah berakhir. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2