'Nadz banyak pula orang dekat shopping mall hari ini kan?', tuturku. 'Alhamdulillah, eya lah penat juga berhimpit dengan diorang ini. Tapi apa-apapun kita dapat beli banyak barang dan tak sia-sia aku berebut untuk beli novel tadi', katanya setelah membasahkan tekaknya. Oleh kerana hari ini cuti, aku pun menghabiskan masa aku dengan Nadz untuk
shopping lagipun gaji baru keluar. Kami membasahkan tekak di Starbucks apabila kaki mula terasa lenguh setelah hampir 2 jam kami berpusing-pusing mencari barang keperluan dan gadget baru. 'Lara, suami kau tahu tak kau keluar ne?', tanyanya tiba-tiba. 'Kenapa? aku nak kena bagitahu dia kar kemana aku nak pergi?', jawabku. 'Ya Allah, Puan Lara syurga kau tu sekarang dibawah telapak kaki dia tahu. Even kau nak keluar pergi jemur kain pun kau kena minta izin tahu.', katanya. 'Eya kar? aku lupa lah nak bagitahu dia lagipun kau tahulah kami kan hidup bukan macam suami isteri. Kejap ya biar aku mesej dia', tuturku seraya menghadiahkan senyuman kepada Nadz. Nadz hanya menggeleng kepala melihat telatahku sambil menikmati minumannya manakala aku pula mencari ayat yang sesuai untuk dihantar kepada monyet tak sedar diri tu. 'Monyet, lupa nak bagitahu sebab masa saya keluar awak masih tidur. Saya keluar shopping dengan Nadz, kejap lagi baliklah In Sha Allah', taipku lalu menekan butang send. Tidak lama kemudian, dia membalas mesej aku 'Dear Madam Lara Ariana, saya telah membaca mesej awak dan terima kasih kerana sudi untuk memaklumkan kepada saya tentang keberadaan awak sekarang. Walaupun begitu, silalah pulang awak sebab saya belum makan lagi dari pagi dan saya sedang kelaparan. Yours sincerely, Monyet tak sedar diri', balasnya membuatkan aku tertawa apabila membacanya. 'Senyum-senyum nampak macam dapat mesej dari buah hati saja. Ops! memang buah hati pun, buah hati yang halal dan sah', gurau Nadz namun aku tidak membalas kata-katanya sebaliknya hanya membalas mesej Waqie. 'Dear Monyet tak sedar diri, saya tak ada bawa beras, kuali, gas, dapur gas dan yang sewaktu dengannya jadi bukan masalah saya kalau awak kelaparan dirumah. Lagipun kat dalam
fridge banyak pisang makan je lah itukan
favourite food monyet. Yours sincerely, Puan Lara Ariana', balasku ringkas.
 |
| Shopping with Nadz |
'Eyalah darling oii, baliklah sebelum lunch. Saya nak awak yang masak', balasnya pula. Sedang aku sibuk hendak membalas mesejnya, tiba-tiba Nadz mencuit lengan aku. 'Itu bukan Memey kar?', ucapnya seraya menuding jarinya kearah wanita yang sedang jalan berkepit dengan seorang lelaki. Mereka kelihatan amat mesra sekali namun wajah lelaki itu ditutupi oleh pengunjung
shopping mall ini. 'Eya itu memang Memey dan mungkin lelaki sebelah dia tu tunang dia seperti yang Raeyi katakan', terangku. 'Kesian Raeyi kan ditinggalkan begitu je oleh Memey, itulah Raeyi ada orang depan mata buat-buat tak nampak sekarang bila orang depan mata dah tak sudi baru sibuk nak meluahkan isi hati', sindir Nadz seraya mengerling kearahku. 'Biarlah Nadz dah tertulis nak buat macam mana kan?', balasku sambil melihat semula kearah Memey, aku seperti mengenali susuk tubuh tunangnya itu namun didunia ne bukan dia saja yang punya bentuk tubuh begitu. Peristiwa empat tahun lalu muncul kembali diingatanku namun cepat-cepat ku tempis perasaan itu, kalau boleh aku tak mahu berjumpa dengan dia lagi. Dia yang telah membuatkan aku hampir kehilangan separuh dari jiwa aku dan aku hampir saja merosakkan masa depanku kerana dia tetapi syukur kerana aku kuat semangat untuk mengejar impianku. Cinta memang dahsyat kerana ia boleh membuatkan seorang manusia yang berfikiran waras menjadi gila kerana cinta. Walaubagaimanapun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana membawa aku keluar dari kegilaan itu dan kerana percaya dengan-Nya aku berdiri disini menjadi seorang wanita yang berjaya dan kuat untuk meneruskan perjuangan dimuka bumi ini. 'Cinta ibarat hujan panas yang muncul secara tiba-tiba, namun setelah ia berlalu akan muncul pelangi indah yang menghiasi langit', bisik hatiku dan kata-kata ini aku sematkan dalam diriku. 'Jom Nadz, kita pulang monyet tu tak makan lagilah kat rumah nanti kena gastrik, mama aku mulalah ceramah aku 7 hari 7malam', tuturku seraya tergelak. 'Amboii, dulu tak kisah pun kena ceramah 7 hari 7malam. Takkan bunga-bunga cinta dah menusuk kalbu?', sindir Nadz seraya tergelak lalu aku mencubit pipinya tanda geram dengan kata-katanya. 'Aku dah kata kau ne salah bidang, patutnya kau jadi peguam bukan akauntan', kataku geram.
'Alamak, nature call lah Lara, jom pergi toilet kejap', ucapnya. 'Alah kau ne, tadi tak nak buang. Cepatlah aku tunggu kat luar saja', jawabku. Nadz menyerahkan barang-barangnya kepadaku lalu dengan tergopoh-gopoh masuk ke tandas awam yang terletak didalam
shopping mall tu. Aku tersenyum melihat telatah Nadz sehingga terlupa untuk membalas mesej Waqie, aku mengeluarkan telefon bimbitku semula namun apabila aku ingin membalas mesejnya satu suara menyapa aku. 'Hola', sapanya. Suara itu membuatkan jantungku berdegup dengan pantas, aku dapat merasa darahku mulai naik hingga ke kepala seperti gunung berapi yang ingin meletup. Aku memandang kearah suara itu dan kakiku mula terasa lemah tatkala melihat dia berada berdiri dihadapanku, aku ingin berlalu dari situ namun kakiku ibarat telah digam agar tidak bisa bergerak. 'Awak apa khabar Lara', tanyanya lagi seraya menghadiahkan aku senyuman namun senyuman itu langsung tidak memberi aku ketenangan. Aku menarik nafas pelahan lalu membalas senyumannya. 'Awak nampak saya masih berdiri disini, syukur Alhamdulillah saya masih hidup', jawabku tenang menyembunyikan segala perasaan. 'Awak masih tak berubahlah, masih lagi Lara yang dulu pernah ..', tuturnya namun tidak dihabiskan ayat itu apabila kelihatan Memey yang keluar dari tandas mula datang kepadanya. 'Abang jom.', ucapnya mesra lalu memandang sekilas kearahku. 'Lara?', tuturnya lagi seraya memaut lengan Jay. Eya Jay, lelaki yang suatu ketika dulu pernah berjanji untuk sehidup dan semati bersamaku namun dia jugalah lelaki yang menghancurkan semua impian itu. 'Oh ya lupa pula nak kenalkan. Lara this is my fiancee dan Abang ini sahabat sayang dulu masa praktikal sama-sama',tambahnya lagi apabila melihat Jay yang memandang aku tanpa kelip. 'Abang kenal Lara ker?', tanya lagi. 'Mestilah kenal, Lara ne dulu..', katanya namun aku terus memotong ayatnya. 'Kitorang dulu pernah jadi jiran, okaylah Memey saya kena pergi dulu sebab saya ada hal lagi ne. By the way, nice to meet you back Mey', kataku sambil memeluknya. Aku berlalu pergi meninggalkan mereka apabila Nadz sudah keluar dari tandas, tanpa berlengah aku membawa Nadz keluar dari shopping mall tu secepat yang mungkin.
 |
| Bertemu dengan Jay dan Memey |
'Kau okay kar ne Lara? Siapa yang kau jumpa masa aku dalam tandas tadi?', tanya Nadz apabila melihat aku hanya mendiamkan diri sejak dari keluar dari shopping mall tu. 'Aku okay lah Nadz cuma penat sikit kot. Maklumlah kita shopping sampai tak ingat dunia', jawabku sambil tergelak menyembunyikan perasaan resahku. Jujur pertemuan dengan Jay bukanlah satu pertemuan yang aku nanti-nantikan selama ini malah aku berharap agar aku takkan pernah bertemu dengannya selepas kejadian empat tahun lalu. Kalau Jay tunang Memey ertinya Memey tinggalkan Raeyi untuk bersama Jay tetapi kenapa Jay tinggalkan aku?. Ternyata dunia ini sangat kecil untuk kami semua. Benarlah kata orang, biar terpisah sejauh mana pun andai ditakdirkan bertemu semula pasti akan bersua juga dan sekarang aku sedang melaluinya. Betapa peritnya perasaan ini lebih-lebih lagi apabila dia memilih Memey, dahulu Raeyi pendam perasaannya kepadaku kerana Memey dan kini Jay bersama Memey pula. 'Ya Allah kuatkanlah hati hambamu menghadapi dugaan ini', doaku dalam hati. 'Tak nak turun kar Puan Lara?', sergah Nadz mengejutkan aku dari lamunan. 'Hah, dah sampai kar? laju juga kau drive ya', gurauku. 'Takut monyet kau kelaparan kat rumah, tu hah dia dah tunggu tu', katanya sambil menuding jari kearah Waqie yang sedang berdiri di muka pintu menanti kepulanganku. Setelah Nadz meminta izin untuk pulang, aku pun berjalan ke arah Waqie yang sedang setia menunggu dengan wajah seriusnya. 'Kenapa lambat pulang? tak tahukah suami kat rumah sedang kelaparan', tuturnya namun dalam nada gurau tetapi aku tidak ada mood untuk membalasnya. 'Maafkan saya, ne saya ada belikan awak Meat ball spaghetti', balasku lalu menyerahkan bungkusan makanan kepadanya. 'Saya masuk dalam dulu ya', ucapku lagi. Aku mengurung diriku didalam bilik dan menghempapkan tubuhku ke katil sambil menekap wajahku.
 |
| Waqie heran dengan sikap Lara |
'Sayang, abang janji walauapapun yang terjadi hanya sayanglah yang bertakhta dihati abang. Takkan lagi abang membuka pintu hati abang untuk perempuan lain, biarlah sayang yang last', tutur seorang pemuda sambil menggengam tangan kekasihnya. Gadis itu terharu apabila mendengar kata-kata kekasihnya, walaupun hubungan mereka mendapat tentangan dari keluarga namun mereka tekad untuk menghadapinya bersama-sama. 'Abang nak tahu tak, kak ipar abang kata sayang ne tak layak langsung untuk abang jika nak dibandiangkan dengan kekasih abang yang sebelum ini, sayang sangat jauh berbeza', bicara gadis itu lembut. 'Dia memang macam tu sayang tapi abang harap sayang akan tetap bertahan demi cinta kita berdua, biar kita berjuang mempertahankan semua ini. Janji dengan abang ya, sayang takkan tinggalkan abang', ucapnya pula. Itulah janji antara Lara dan Jay pada suatu ketika dahulu namun janji itu diingkari apabila Jay pergi ke untuk menghadiri kursus perbengkelan selama 6bulan. Sekembalinya dari menyertai kursus itu, sikapnya terhadap Lara mulai berubah sehingga membuatkan Lara kecewa dan terluka. Waktu itu, Lara berada di semester akhir sebelum menjalani latihan industri, berbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa Lara tempuhi sendiri tanpa Jay padahal mereka telah melakar janji untuk bersama-sama menghadapi ujian ne. 'Lara..awak okay tak? ', ucap Waqie seraya meletakkan tangannya di dahi Lara. 'Ya Allah panasnya', katanya seraya berdiri ingin mengambil telefon bimbitnya namun belum sempat berdiri tangannya ditarik oleh Lara yang sedang menutup mata. 'Jangan tinggalkan saya', ucapnya lemah lalu Waqie duduk kembali disisi Lara. 'Saya takkan tinggalkan awak sampai bila-bila', ucapnya lembut ditelinga Lara sambil mengusap lembut wajah isterinya. Kelihatan Lara mulai terlena kembali apabila dia ada disisi, dia tidak tahu apa yang terjadi kepada Lara hari ini namun dapat dirasakan isterinya itu sedang sakit menahan segala keperitan. 'You make me worries, madam Lara Ariana', tuturnya lalu memeluk isterinya. Akhirnya, mereka terlena.
 |
Pulang dengan wajah murung
|
Comments
Post a Comment