Sudah hampir sebulan aku tinggal berdua dengan monyet yang menyakitkan hati dan usia perkhawinan kami juga sudah mencecah 2 bulan namun kami hidup ibarat orang asing di rumah itu. Aku dengan hal aku manakala dia dengan hal dia, pendek kata di rumah ini ibarat aku tinggal sendiri dan dia tidak wujud begitu jugalah dengan dia. Pernah sekali mama dan papa datang melawat untuk melihat keadaan kami namun apabila mereka datang rumah begitu semak dan tidak dikemas akibat terlalu sibuk. Apa lagi mama tak habis-habis meleteri aku sedangkan si monyet tu asyik menahan gelaknya sahaja namun masih sempat berpura-pura membela aku depan mama. Ehh! dasar monyet betul, sebenarnya memang salah aku juga sebab sengaja tidak mengemas rumah kononnya nak kenakan monyet tu tapi tup-tup aku pula yang kena oleh mama. Maklumlah monyet tu kan rajin tak suka tengok rumah bersepah dan kotor jadi aku sengaja nak mencari pasal dengan dia tapi tak sangka pula hari tu mama dan papa datang, habis telinga aku bersih dicuci. Hari ini cuti dapatlah aku berehat daripada sebarang gangguan dan kepenatann setelah lima hari bekerja. Namun, aku lupa bukan aku sahaja makhluk yang tinggal dirumah ne, baru aku hendak menyambung tidur selepas mandi tiba-tiba kedengaran bunyi muzik yang sangat kuat dari bawah rumah dan itu pastinya tak lain tak bukan.. Monyet Waqie! Arghh... merosakkan hari cuti aku sahaja, dia memang sengaja nak kena dengan aku ne. Aku pun turun ke bawah dengan sebuah patung
pooh aku, sempat aku memakai bedak tebal-tebal nak mengenakan monyet dibawah tu. Saat aku turun dengan wajah lesu yang sengaja aku mimikkan agar lakonanku berkesan, aku melihat monyet tu tengah asyik menari seperti orang yang tak sedar diri dengan tarian yang entah apa-apa mahu tergelak juga aku melihat aksinya. 'Mon..yet.. boleh kurangkan sound tu sikit tak?', kataku dengan suara yang menggerunkan namun tidak didengari. Aku pun meghampirinya dan berdiri disebelahnya namun tidak disedari juga. 'Mon..yett, boleh kurangkan volume lagu ne tak?', tanyaku dengan suara yang menggerunkan sambil mencuit bahunya.
 |
| Terjatuh semasa perebutan |
'Mak! hantuuuu..', teriak Waqie seraya terduduk di sofa. Lara tergelak melihat Waqie yang ketakutan sampai terduduk di sofa, tidak disangka Waqie yang angkuh, sombong dan suka menyakitkan hati itu rupanya seorang yang penakut. Waqie yang sedar dirinya telah diperbodohkan bangun semula lalu menguatkan lagi lagu tariannya. Betapa geram rasanya apabila Lara mengenakannya disaat dia sedang asyik menari, Lara menghabiskan sisa ketawanya lalu berdiri di hadapan Waqie. 'Boleh tak kau kurangkan sound lagu ne sampai nak pekak telinga aku mendengarnya, tak apa kau hebat sangat menari. Ini tarian pun entah macam apa-apa, macam tarian beruk', kata Lara. 'Tak boleh sebab aku mahu teruskan tarian beruk ne dan kau kalau jealous cakaplah sekurang-kurangnya aku lagi hebat menari dari kau', balasnya dengan muka selamba seakan-akan mencabar Lara. 'Kau cabar kehebatan aku kar? mari sini kita lawan', cabar Lara seraya menarik alat kawalan untuk bersaing dengan Waqie. Waqie menerima cabaran tersebut kerana dia tidak pernah sedar akan kehebatan Lara dalam tarian, tidak pernah menyedari hobi dan minat Lara sebelum ini. Setelah bersaing dalam 5 pusingan, Waqie masih kalah kepada Lara namun dia tetap tidak mahu kalah dengan Lara lebih-lebih lagi apabila melihat Lara dengan selamba mengalahkannya. Dia pun merampas alat kawalan Lara menyebabkan Lara hilang tumpuannya. Akhirnya, terjadilah peristiwa rebut-merebut antara mereka dan dek kerana bunyi lagu yang kuat, mereka langsung tidak menyedari kehadiran mama, papa dan abang Lara yang sudah memasuki perkarangan rumah mereka apabila melihat rumah langsung tidak berkunci. Saat mereka sedang sibuk berebut dan tidak mahu mengalah, tiba-tiba..'Assalamualaikum..', salam papa seraya terkejut melihat Lara yang sudah jatuh diatas Waqie. Papanya tersenyum melihat mereka begitu juga abang dan mama Lara. 'Wow! adik bilik kan ada?', kata abang Lara seraya mengejutkan mereka. Lara memukul bahu Waqie apabila mereka sudah berdiri, Lara malu apabila keluarganya melihat situasi yang tidak sepatutnya apalagi ruang tamu sudah semak kerana perebutan mereka tadi.
 |
| Piknik, Piknik |
'Guess what?', tanya mama tiba-tiba. 'Erk, Lara dapat adik baru', teka Waqie seraya tergelak menampakkan lesung pipitnya yang baru aku perasaan selama ini. Maklumlah kalau suka sangat sakitkan hati orang manalah kita nak tahu ambil tahu tentang dia. 'No, no, no you're wrong sweetheart', kata mama. 'We're going to sleep here for a 2days 1night', kata mama, papa dan abang Lara serentak membuatkan Waqie dan Lara saling berpandangan. 'What? 2days?', kata mereka pula serentak sambil berpandangan. 'Yeah sayang, mama ne rindu sangat dengan adik, so kitorang cadang nak tidur sini selama dua hari lagipun adik dengan Qie tak kerja kan hujung minggu dapatlah kita habiskan masa bersama', kata papa dengan gembiranya. Aku bukannya tak suka mereka tinggal kat sini tapi kalau diorang tahu aku dan Waqie tidur dibilik yang berasingan, mampuslah jawabnya dibebel selama 7 hari 7 malam. 'Why honey? Lara tak suka ya mama tidur kat ini?', tanya mama dengan wajah yang berpura-pura sedih. Sekarang dah tahukan bakat lakonan aku ne dari siapa? aku mencuit tangan Waqie memberi mesej dari lirikan mata yang aku rasa dia pun fahami. 'Err..mama, papa dan abang, bukan macam tu lah, kitorang suka sebenarnya at least adalah yang temankan kami dua hari ini', kata Waqie sambil tersenyum paksa. 'Betul tu, mama, papa dan abang rehat kejap, biar kitorang siapkan bilik untuk mama, papa dan abang okay?', kata Lara. 'Baiklah', kata mama lalu Lara menarik tangan Waqie untuk naik ke tingkat. Tanpa pengetahuan mereka, aku dan Waqie memindahkan sebahagian baju aku kedalam bilik Waqie dan begitu juga sebaliknya. Selepas itu, gambar perkhawinan kami aku letakkan semula agar mama tidak dapat mengesan apa-apa. Apabila sudah berpuas hati baru kami turun semula sambil berpegangan tangan memulakan segala lakonan.
 |
| Piknik bersama keluarga |
'Betul tak pilihan mama dan papa?', tanya mama kepadaku tiba-tiba. 'Mama yakin Waqie boleh bahagiakan Lara sebab tu mama nak korang berdua bersatu lagipun Waqie tu baik orangnya Lara. Susah nak cari suami macam dia tahu, Lara beruntung dapat dia', tambah mama lagi seraya melarikan pandangannya ke arah Waqie yang sedang sibuk membantu papa dan abang menghidupkan api untuk aktiviti BBQ kami. Aku hanya tersenyum dengan kata-kata mama walaupun hakikatnya aku dengan Waqie tak ubah seperti Tom & Jerry mungkin juga lebih teruk dari itu. Andai mama tahu keadaan kami yang sebenarnya pasti mama faham kenapa kami tak boleh hidup bersama. Hujung minggu bersama keluargaku berkelah ditepi pantai memang sangat memenatkan tapi aku rindukan saat ini walaupun sekarang sudah berbeza kerana aku sudah punyai suami iaitu monyet tak sedar diri yang sentiasa menyakitkan hati aku. 'Ma, perkhawinan kami hanya sekadar atas kertas sahaja ma. Suatu hari nanti kami akan berpisah apabila sudah tiba masanya kerana kami tak sehaluan ma', bisik hatiku. Mungkin juga perkhawinan ini suatu kesilapan yang tidak seharusnya terjadi namun aku redha dengan ketentuan Ilahi jika ini yang tercatat dalam takdir hidupku. Kini hubungan aku bersama Raeyi mula kembali seperti dahulu, seperti zaman latihan praktikal kami namun apa yang aku rasakan terhadap Raeyi sudah tidak sama lagi. Jika dulu wajah dan gelagatnya yang aku rindu entah mengapa sekarang perasaanku kepadanya tak lebih dari seorang sahabat. 'Duhai hati, siapakah yang bertakhta dihati ini?', tanyaku sendiri kepada hati. 'Raeyi mengapa kau tiba disaat aku menjadi milik orang lain, mengapa tidak dulu saat hatiku masih untukmu Raeyi'. Masih segar diingatanku apabila Raeyi lebih memilih Memey daripada aku, terasa hatiku seperti dipermain-mainkan namun aku tak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana pilihan bukan ditanganku. 'Handsome kan monyet yang tak sedar diri tu?', tanya Waqie tiba-tiba seraya mengejutkan Lara dari lamunan. 'Bekkk, memang tak sedar diri', getus Lara. 'Kalau tak handsome tak adalah Puan Lara Ariana tengok sampai tak berkelip sampai Encik Liwauddin Waqie dah duduk kat sebelah pun pandangan masih tak beralih. Beranganlah tu kan, aku berlari ketempat kau sambil menjerit 'Lara Ariana, I LOVE YOU!', tambahnya lagi. 'Ehh perasan tahu', kataku seraya menjentik dahinya dan berlalu dari situ manakala dia hanya tergelak melihatku.
Comments
Post a Comment