Rasa Yang Terpendam 12

'Oii monyet tangkap gambar aku, aku nak tukar profile picture kat Facebooklah', arah Lara kepada suaminya. 'Ehh, suka hati kau saja panggil aku monyet, macamlah cantik sangat', kata Waqie. 'Oh, kau tak nak tolong tak apa, nanti apalah perasaan ibu kalau tahu anak lelaki kesayangan dia langsung tak tahu nak layan isteriny yang paling susah nak dapat kat dunia ne. Orang putih kata Limited edition!', jawab Lara. Tanpa membalas kata-kata Lara, Waqie terus mengambil kamera ditangan Lara lalu menangkap gambarnya. Lara pun menyerlahkan bakat modelingnya dihadapan Waqie namun suaminya hanya membuat muka menyampah walaupun pada hakikatnya memang Lara seorang yang berbakat dalam Modeling. 'Kau nak penuhkah 2gb memory ne dengan gambar kau yang perasan cantik kar?', tanya Waqie. '2gb tak cukuplah monyet kalau nak gambar saya. Alah tak payah risaulah kalau memory tu full, masih ada memory telefon awak kan?', jawab Lara seraya mempamerkan senyuman manisnya. 'Ish, perempuan ini aku kenakan dia, dia kenakan aku balik pula. Memang dahsyatlah dia ne', kata Waqie dalam hati. Waqie meneruskan tugasnya sebagai juru gambar manakala Lara hanya tersenyum gembira kerana dapat mengenakan Waqie. 'Ehh, kau ne perasaan cantik sangatlah. Aku nak termuntah tengok gaya kau bergambar tahu tak?', geram Waqie. 'Oh ya kar? tak tahu pula. Okaylah thank you monyet', katanya selamba lalu merampas kamera dari tangan suaminya. 'Monyet jom kita pergi atas sana', ajak Lara. 'Eh, tak naklah aku. Malas nak layan kau, kau pergilah seorang-seorang', balas Waqie. Lara terus berjalan hingga kepuncak bukit manakala Waqie hanya menanti di tempat dia mengambil gambar tadi. 'Tolonggggg..', jerit Lara tiba-tiba. Waqie terkejut mendengar jeritan Lara pantas berlari keatas dan puas dia melihat sekeliling namun tiada kelibat Lara. Saat itu, dia teringat pesan ibunya agar menjaga Lara sebaik-baiknya. Datin Roziah yang menyuruh Waqie membawa Lara untuk melihat pemandangan pulau ini dari atas bukit dan kini jika terjadi sesuatu kepada Lara, pasti dia tidak akan dimaafkan oleh mentua dan keluarganya. Tiba-tiba matanya ditutup dari belakang oleh seseorang. 'Auchakkk !', kata Lara seraya tertawa melihat wajah suaminya yang sedikit pucat. 'Sayang juga awak kat saya rupanya ya?', tambah Lara lagi. Waqie dengan wajah geram menarik hidung Lara dengan sekuat-kuatnya, Lara membalas dengan menepak dahi suaminya. Akhirnya, mereka berkejar-kejaran kerana masing-masing tidak mahu mengaku kalah.

Gambar honeymoon

Oii Monyet tangkap gambar aku


'Mana dia pergi ne?', tanya Raeyi sedikit cemas. Raeyi mundar-mandir dibalkoni apartmentnya, sudah hampir seminggu Lara tidak menemuinya juga tidak membalas mesejnya. Raeyi terkenang saat dia pertama kali mulai rapat dengan Lara, saat yang sangat indah baginya namun tidak disedari oleh Lara perasaan yang telah timbul pada saat itu. Sikap Lara yang mudah mesra dan sentiasa menyakatnya menimbulkan bibit-bibit cinta didalam hatinya namun Helmi menyebabkan Raeyi terpaksa memendam rasanya. Jujur memang dia cemburu apabila melihat Lara bercakap dengan mesra sekali dengan pelatih-pelatih yang lain namun silap dia juga kerana memasang jurang antara mereka. 'Maafkan aku Ariana, aku bodoh kerana membiarkan mu jauh dariku namun kini ku ingin tebus semua masa yang telah terbuang begitu sahaja', katanya dalam hati. Saat hari terakhir Lara praktikal, Raeyi sangat sedih dan tidak sanggup Lara pergi didepan matanya lalu dia pun sengaja kerja lebih masa agar tidak melihat kesedihan Lara. Tak pula disangka, Lara datang kepadanya pada saat dia sedang sibuk menyiapkan kerjanya. Saat terakhir Lara bersamanya di syarikat itu, Lara menghadiahkan gula-gula Chocolair dan sampai ke hari ini dia masih menyimpan kata-kata semangat yang Lara berikan padanya agar dia berhenti merokok. Raeyi mula berhenti merokok apabila Memey meninggalkannya untuk bersama dengan lelaki lain. Pada saat itu, dia mulai rindukan senyuman, tingkah dan gelagat Lara lalu dia pun membawa dirinya yang terluka mencari Lara Ariana. Betapa hebat penangan wanita bernama Lara Ariana sehingga membuatkan Raeyi Ronnie dan Helmi menyimpan rasa. Mungkin sikap ambil berat Lara kepada mereka membuatkan dirinya disenangi oleh mereka semua lantas timbul sikap berdaya saing antara Helmi dan Raeyi. Raeyi sangat kecewa apabila Lara memilih Helmi sebagai pasangan tariannya manakala dia dipasangkan denga Aliya. Oleh yang demikian, dia nekad untuk membuat Lara cemburu namun rancangannya memakan dirinya sendiri apabila dia ternampak Lara asyik bergayut dengan telefonnya sambil tersenyum bahagia. 'Lara tahukah engkau, aku telah jatuh cinta padamu sejak kau mula menyakatku. Sapaanmu sangat lembut namun bisa membuat seluruh tubuhku menggelatar apabila melihat dan mendengar suaramu', bisik hatinya.

'Rae, kau tengok si Lara tu orangnya macam mana?', tanya Helmi tiba-tiba. 'Emm, Lara tu gila-gila suka menyakat orang tapi dia tu baik dan peramah. Aku senang berkawan dengan dia, ada sahaja gelagat dia yang boleh buat aku sentiasa tersenyum', kata Raeyi pula. Helmi melihat sahabatnya tanpa kelip, tidak disangka yang Raeyi boleh berkata sebegitu kerana setahunya Raeyi adalah makhluk yang sukar untuk bercakap tentang wanita apalagi menerangkan ciri-ciri wanita itu. 'Aku pun sukalah berkawan dengan dia tu, dia selalu membantu dalam apa jua kerja. Yang aku suka dia caring dan lucu, tak jemu aku melihat gelagat dia. Hahaha', tambah Helmi seraya tertawa. 'Amboi, dah lupa girlfriend kar? ', sindir Raeyi. 'Alah, bukan aku nak tackle Lara tapi nak berkawan saja, mana tahu ada jodoh nanti. Lagipun dia memang minat kat aku kan?', katanya seraya tersenyum. Masih terngiang-ngiang di telinga Raeyi mendengar kata-kata Helmi 3tahun lalu, dia lupa dengan kenyataan bahawa Lara menyimpan perasaan terhadap Helmi namun satu kebodohannya kerana saat Lara mulai mendekat dengannya, dia pula menjauh. 'Mungkin kalau aku bagitahu Lara tentang perasaan aku padanya tiga tahun lalu, sekarang aku sudah boleh melamarnya', bisiknya sendiri. 'Ahh..', dengus Raeyi seperti teringat sesuatu sambil menepuk-nepuk dahinya. 'Aku lupa yang Lara pernah bagitahu kat aku bahawa dia ada minat dengan seseorang dan pernah sekali Lara seperti meluahkan perasaannya namun kenapa aku tak perasan? arghhh!', katanya sendiri separuh menjerit. 'Apakah masih ada ruang untuk aku bersama Lara kembali? Mampukah kenangan tiga tahun lalu disemai kembali?', tanya Raeyi sendiri. Dia tidak pasti namun hatinya meronta-ronta merindui Lara, wanita itu memang hebat kerana bisa membuat lelaki terpikat dengan kelakuanya. Bukan itu sahaja, lebih banyak pelatih-pelatih ditempat mereka praktikal dulu senang untuk berurusan dengan Lara meskipun dia dibahagian Human Resource namun semua pelatih akan merujuk kepadanya jika ada apa-apa kemusykilan berbanding bertanya terus kepada kakitangan. Pendek kata, dia akan jadi wakillah kepada semua pelatih. 'Hebatnya seorang wanita bernama Lara Ariana', kata Raeyi dan akhirnya dia terlena.

Lara sering mendengar masalah sahabatnya
Dua minggu honeymoon bersama keluarga cukup membuatkan Lara Ariana gembira lagi-lagi dapat mengenakan insan bernama Liwauddin Waqie. Waqie pula semakin menyampah melihat gelagat Lara yang tak habis-habis mengenakan dirinya. 'Kau tunggulah Lara Ariana, sampai rumah nanti tahulah aku nak buat apa dengan kau', geramnya dalam hati. Kedengaran ibunya, Datin Roziah batuk-batuk tanpa henti membuatkan dia dalam keadaan tertanya-tanya apa sebenarnya sakit ibunya. 'Ibu, ibu okay tak? ', tanya Lara risau. Datuk Luqman dan Qira memegang Datin Roziah membantunya untuk berdiri dan masuk kedalam van keluarga mereka. 'Okay sayang, batuk sikit saja ne, biasalah orang tua-tua', jawabnya lemah namun masih mampu menghadiahkan senyuman kepada menantunya. 'Kalau ibu sakit, marilah kita pergi kehospital. Lara boleh temankan', cadang Lara. 'Tak apa, ibu sihat batuk sikit aja ne. Lara macam mana seronok tak honeymoon dengan semua family?', tanya Datin Roziah mengubah topik. 'Ibu sakit apa ayah?', giliran Waqie pula bertanya kepada Datuk Luqman. Lara tidak menjawab soalan Datin Roziah sebaliknya dia lebih fokus kepada Datuk Luqman untuk menjawab soalan Waqie, Qira juga tertarik untuk mendengar. Datuk Luqman sedar dengan pandangan anak-anaknya mulai kaget namun disembunyikan perasaan itu agar tidak dapat dihidu oleh anak-anaknya, belum tiba masanya lagi mereka mengetahui perkara sebenar. 'Korang ne tengok ayah macam pesalah yang dah buat kesalahan membunuh pulak, kan ibu dah kata tak ada apa-apa. Tak payah risaulah, dah jom kita balik hari semakin lewat ne', Kata Datuk Luqman lalu masuk keperut van. Kelihatan Waqie tidak puas hati dengan jawapan ayahnya lalu dia berfikir sejenak. 'Darling, awak nak honeymoon lagi kat sini kar? kitorang semua dah penat nak balik rehat', kata isterinya seraya menjelirkan lidah kepadanya. Dia pun masuk ke dalam van lalu duduk sebelah Lara sambil menarik hidung isterinya tanpa disedari oleh ayah dan ibunya. 'Lain kali kacau saya lagi kalau berani, kita tengok nanti kat rumah siapa raja', kata Waqie serius dan cukup untuk membuatkan Lara takut. 'Lelaki ini nekad pula, habislah aku kalau macam ini', bisik hatinya. Dia tidak membalas kata-kata Waqie hanya perasaan takut yang menyelubunginya sekarang, mereka pun bertolak untuk pulang kerumah.

Muka menyampah Waqie terpaksa menjadi photographer Lara

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 2