Rasa Yang Terpendam 7
'Ariana..', panggil suatu suara. Berdegup kencang jantung Lara mendengar suara itu, suara yang dulu sering di nanti olehnya, suara yang membuatkannya tersenyum dan suara yang telah membuatnya salah anggap. Lara berpaling kearah suara itu, Nadz juga turut menoleh. 'Yiyi ??', tanya Lara seolah-olah tidak menyangka Raeyi berada di depan matannya. 'Awak ini tak pernah berubahlah, dari dulu sampai sekarang asyik panggil saya dengan nama itu saja', kata Raeyi seraya tersenyum. 'Apa khabar Ariana? dan senior Nadz pun ada kat sini? ', tanya Raeyi pua. Nadz menghadiahkan senyuman kepada Raeyi dan mempelawanya untuk menyertai mereka makan bersama. 'Saya sihat, tak sangka dapat jumpa awak kat lagi. Oh ya saya dengan Nadz satu tempat kerja, kitorang kerja kat depan itu saja'. Jelas Lara dengan wajah yang berseri-seri. Nadz hanya jadi pemerhati yang setia dan hanya berbicara sepatah dua patah sahaja agar Raeyi tidak terasa dengan sikapnya yang pendiam, maklumlah dia pun ada masalah juga. Akhirnya, mereka keluar dari kedai makan itu. 'Okaylah Ariana, senior Nadz, saya minta diri dulu. Harap kita bertemu lagi', kata Raeyi. 'Okay Yiyi'. balas Lara sepatah sambil menghadiahkan satu cubitan dilengan Raeyi. Nadz hanya menghadiahkan Raeyi senyuman seraya tergelak dengan riak wajah Raeyi apabila dicubit oleh sahabatnya.
Hanya Raeyi seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama Ariana manakala aku pula memanggilnya Yiyi. Aku tak sangka boleh bertemu dengannya semula, apakah ini takdir?, tanya Lara sendiri dalam hati. 'Amboii, sejak keluar dari restoran itu, senyuman kau tak pandai kurang nampak'. kata Nadz seraya menyedarkan sahabatnya dari angau. 'Nadz, kau rasa ini jodoh kami kar? 3 tahun kami terpisah dan sekarang terjumpa semula, takdir nak menyatukan kami semula kot', kata Lara dengan senyuman yang tak lekang di bibir. 'Dah, dah banyaklah kau punya takdir. Ini takdir kita untuk kerja aku rasa dah memanggil ini. Karang marah pula bos baru kau tu'. Kata Nadz sambil mengerling kearah Lara. Wajah Lara terus berubah, senyumannya hilang dan mukanya mula masam mencuka. 'Ish! aku bencilah dengan c Waqie tak sedar diri itu, kerja dia hari-hari siksa aku saja. Lara, buatkan Bos kopi, Lara ambil kain Bos kat dobi.. Lara ini, Lara itu, bencilah dengan dia tu. Macam-macam dia kenakan aku, tak cukup dengan itu..'.Lara tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Nadz mencuit tangannya. 'Apa?', tanya Lara sambil memandang kearah Nadz. Nadz memuncungkan mulutnya agar Lara melihat kehadapan. Apabila Lara memandang kehadapan, kelihatan Waqie sedang berdiri di 1blok rumah kedai. Dia yang mendengar rungutan Lara tadi berhenti apabila melihat tuan punya badan. Waqie memandang mereka berdua dengan wajah serius, Nadz dan Lara sudah menelan liur ambil berpandangan sesama sendiri.
'Nadz awak boleh pergi kepejabat sekarang kalau awak masih nak kerja disini', arah Waqie kepada Nadz. Nadz teragak-agak untuk meninggalkan sahabatnya sendiri kerana baginya dia tidak kisah kehilangan kerja ini asalkan sahabatnya tidak diapa-apakan. Lara menggangguk kepada Nadz untuk memintanya supaya beredar kerana dia tidak mahu Nadz terkena tempias akibat percakapannya tadi, biarlah dia yang menanggungnya. Nadz pun berlalu pergi dengan hati yang berat. 'Ya Allah, lindungilah sahabatku', doanya dalam hati. 'Lara Ariana, come and follow me baby', kata Waqie sambil tersenyum dan menarik tangan Lara. Lara terpaksa akur walaupun dia tidak tahu kemana lelaki ini hendak membawanya pergi, dia hanya berserah kepada Tuhan sahaja. Waqie membawa Lara masuk ke Giant dan memberikan troli kepada Lara, Lara menolak troli itu sambil mencebikkan mukanya. Lara hampir ternganga apabila melihat Waqie yang tidak henti memilih barang dan memasukkan kedalam troli. Lara terfikir sesuatu dan mulai tersenyum dengan wajah yang penuh makna. Semasa mereka berada di bahagian makanan ringan, Lara memang sudah tersenyum gembira namun menyembunyikan kegembiraannya agar Waqie tidak perasan. Tanpa Waqie sedari, Lara pun memasukkan beberapa snek dan coklat kegemarannya. 'Biar kau bankrap bayar semua ini', kata Lara sendiri sambil tersenyum puas. Akhirnya, Waqie ke kaunter pembayaran stelah hampir penuh troli itu dimuatkan dengan barang yang telah dipilih. Sebenarnya, bukan semua barang itu diperlukan tapi kerana ingin mengenakan Lara, dia sengaja membeli banyak barang. Nanti akan disedekahkan kepada Mak Mah dan anak-anaknya yang sudah dia anggap seperti keluarganya sendiri. Waqie mula terkejut apabila banyak snek dan coklat di scan oleh pekerja itu, seingatnya dia tidak ada mengambil coklat dan snek yang begitu banyak. Lantas dia memandang kearah Lara yang pura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya. 'Kau berani kenakan aku lagi ya, tak apa lepas ini kita tengok siapa yang menang', kata Waqie dalam hati sambil tersenyum.
'Ehh, Waqieeee kau memamg lelaki yang tak guna, arghhh!', jerit Lara dalam hati. Hanya itu yang mampu dia lakukan selepas apa yang Waqie buat kepadanya. Dia menolak semua barang yang Waqie beli sehingga ke tempat parking, tidak cukup dengan itu, Lara mengangkat semua barang itu kepejabat. Sakit kakinya mengangkat semua barang itu, sudahlah dia memakai kasut tumit tinggi hari itu. Waqie hanya ketawa didalam bilik pejabatnya melihat muka Lara yang menahan marahnya apabila diperlakukan begitu olehnya. Puas hatinya mengenakan Lara, 'Siapa suruh kau berani kenakan aku dalam dia kan? berbaloi aku belikan kau snek dan coklat tapi kau kena sakit-sakit mengangkat semua barang-barang tu.Hahahaha', gelak Waqie sendiri tanpa disedar Datuk Luqman sedang memerhati tingkahnya. 'Amboi bahagianya Qie sekarang ayah tengok', kata Datuk Luqman sambil tersenyum melihat anak terunanya. 'Bila boleh bawa bakal menantu ayah kerumah?', tanya Datuk Luqman. Waqie terkesima mendengar soalan ayahnya, dia seakan-akan sudah lupa perjanjiannya dengan ayahnya. 'Alah ayah ini, sabarlah tempoh sebulan pun belum habis lagikan?', jawab Waqie. 'Ayah tak kisah tapi ayah berharap sangat sebelum tempoh sebulan itu habis Waqie dah bawa dia jumpa ayah', kata Datuk Luqman pula lalu keluar dari bilik anaknya. 'Waqie janji ayah', balasnya walaupun dia sebenarnya tidak akan dapat menunaikan permintaan ayahnya dalam waktu terdekat ini kerana kekasih hatinya masih sibuk dengan dunia glamour dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi. 'Silap-silap hari bulan, aku biar saja ayah jodohkan aku dengan anak sahabat dia itu, alah tak teruk sangat pun nanti kalau tak suka cerai sajalah', kata Waqie. 'Astagafirullah, Ya Allah apa aku cakap ini? Maafkan hambamu Ya Allah', katanya istigfar.
Hanya Raeyi seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama Ariana manakala aku pula memanggilnya Yiyi. Aku tak sangka boleh bertemu dengannya semula, apakah ini takdir?, tanya Lara sendiri dalam hati. 'Amboii, sejak keluar dari restoran itu, senyuman kau tak pandai kurang nampak'. kata Nadz seraya menyedarkan sahabatnya dari angau. 'Nadz, kau rasa ini jodoh kami kar? 3 tahun kami terpisah dan sekarang terjumpa semula, takdir nak menyatukan kami semula kot', kata Lara dengan senyuman yang tak lekang di bibir. 'Dah, dah banyaklah kau punya takdir. Ini takdir kita untuk kerja aku rasa dah memanggil ini. Karang marah pula bos baru kau tu'. Kata Nadz sambil mengerling kearah Lara. Wajah Lara terus berubah, senyumannya hilang dan mukanya mula masam mencuka. 'Ish! aku bencilah dengan c Waqie tak sedar diri itu, kerja dia hari-hari siksa aku saja. Lara, buatkan Bos kopi, Lara ambil kain Bos kat dobi.. Lara ini, Lara itu, bencilah dengan dia tu. Macam-macam dia kenakan aku, tak cukup dengan itu..'.Lara tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Nadz mencuit tangannya. 'Apa?', tanya Lara sambil memandang kearah Nadz. Nadz memuncungkan mulutnya agar Lara melihat kehadapan. Apabila Lara memandang kehadapan, kelihatan Waqie sedang berdiri di 1blok rumah kedai. Dia yang mendengar rungutan Lara tadi berhenti apabila melihat tuan punya badan. Waqie memandang mereka berdua dengan wajah serius, Nadz dan Lara sudah menelan liur ambil berpandangan sesama sendiri.
'Nadz awak boleh pergi kepejabat sekarang kalau awak masih nak kerja disini', arah Waqie kepada Nadz. Nadz teragak-agak untuk meninggalkan sahabatnya sendiri kerana baginya dia tidak kisah kehilangan kerja ini asalkan sahabatnya tidak diapa-apakan. Lara menggangguk kepada Nadz untuk memintanya supaya beredar kerana dia tidak mahu Nadz terkena tempias akibat percakapannya tadi, biarlah dia yang menanggungnya. Nadz pun berlalu pergi dengan hati yang berat. 'Ya Allah, lindungilah sahabatku', doanya dalam hati. 'Lara Ariana, come and follow me baby', kata Waqie sambil tersenyum dan menarik tangan Lara. Lara terpaksa akur walaupun dia tidak tahu kemana lelaki ini hendak membawanya pergi, dia hanya berserah kepada Tuhan sahaja. Waqie membawa Lara masuk ke Giant dan memberikan troli kepada Lara, Lara menolak troli itu sambil mencebikkan mukanya. Lara hampir ternganga apabila melihat Waqie yang tidak henti memilih barang dan memasukkan kedalam troli. Lara terfikir sesuatu dan mulai tersenyum dengan wajah yang penuh makna. Semasa mereka berada di bahagian makanan ringan, Lara memang sudah tersenyum gembira namun menyembunyikan kegembiraannya agar Waqie tidak perasan. Tanpa Waqie sedari, Lara pun memasukkan beberapa snek dan coklat kegemarannya. 'Biar kau bankrap bayar semua ini', kata Lara sendiri sambil tersenyum puas. Akhirnya, Waqie ke kaunter pembayaran stelah hampir penuh troli itu dimuatkan dengan barang yang telah dipilih. Sebenarnya, bukan semua barang itu diperlukan tapi kerana ingin mengenakan Lara, dia sengaja membeli banyak barang. Nanti akan disedekahkan kepada Mak Mah dan anak-anaknya yang sudah dia anggap seperti keluarganya sendiri. Waqie mula terkejut apabila banyak snek dan coklat di scan oleh pekerja itu, seingatnya dia tidak ada mengambil coklat dan snek yang begitu banyak. Lantas dia memandang kearah Lara yang pura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya. 'Kau berani kenakan aku lagi ya, tak apa lepas ini kita tengok siapa yang menang', kata Waqie dalam hati sambil tersenyum.
![]() |
| Waqie tersenyum melihat gelagat Lara yang tak tentu arah bila di sakat olehnya. |

Comments
Post a Comment