'Wah, Wah pengantin baru dah sampailah', sapa Nadz padaku. Aku mencuit lengannya sambil melihat sekeliling tidak mahu pekerja lain mendengar kata-kata Nadz. Kelihatan Waqie yang baru tiba membuatkan mood aku untuk bekerja hilang serta merta. 'Kenapalah aku kena kerja dia bawah dia? lepas ne lagi teruk aku kena oleh monyet hutan tropika ne', omel Lara dalam hati. 'Good morning boss, berseri-seri nampak hari ini', gurau Nadz. 'Morning Nadz, biasalah berseri-seri dapat isteri yang sangatlah..' dia tidak menghabiskan kata-katanya sebaliknya dia mengerling kearah aku. Aku mula membesarkan mataku, menanti jika dia ingin menyerang aku dengan kata-kata pedas. 'Oh ya Nadz, tolong bagitahu setiausaha saya sepatutnya dia sampai awal dari bos dia supaya tak terhegeh-hegeh nanti nak siapkan dokumen untuk meeting hari ini. Lagipun tak baik mengumpat awal-awal pagi ini lagi-lagi umpat bos, nanti silap-silap haribulan hilang pekerjaan takkan nak harapkan suami saja keluar duitkan', tambah Waqie lagi dan sudah cukup untuk membuatkan telinga Lara menjadi semakin panas dan panas. Waqie sempat mengenyitkan matanya kepada Lara sebelum berlalu meninggalkan mereka. Ingin sahaja Lara membaling tas tangannya kearah lelaki bernama Waqie namun perbuatannya dapat dihidu oleh Nadz. 'Biarkanlah Nadz, biar dia rasa macam mana sakitnya hati aku ini. Kau tak dengar kah apa yang dia cakap tadi? dia kata aku mengumpat dia, bila masa aku umpat dia tu. Ehhhh', marah Lara pelahan tidak mahu perbuatannya dihidu oleh pekerja lain. 'Astagafirullah Lara, mengucap boleh tak? tarik nafas tu panjang-panjang. Kau kena sedar dia tu suami kau Lara, kau kena hormat dia sebagai suami.', nasihat Nadz. 'Layak kar dia tu dipanggil suami, aku tak kira aku tak nak habiskan seumur hidup aku dengan monyet tu', kata Lara masih dalam nada marah. 'Dah, dah kau tenangka fikiran kau. Tak baik cakap macam tu, silap-silap haribulan Tuhan letakkan rasa cinta kat hati kau dekat dia baru tahu. Dah pergi kerja jangan ganggu aku, silap-silap hilang kerja aku nanti kalau suami kau nampak aku bercerita sahaja Pergi, pergi sana buat kerja', halau Nadz seraya ketawa melihat telatah sahabatnya. Lara menarik nafasnya sedalam-dalamnya dan mempamerkan senyuman paksa di wajahnya sambil berlalu ke meja kerjanya. 'Okay, just wait and see Liwauddin Waqie', bisik hatinya.
 |
| Senyuman kemenangan Waqie mengenakan Lara |
Waktu tengah hari aku habiskan dengan makan bersama Nadz tanpa mempedulikan Waqie. Siapa dia tak penting langsung bagiku, dia cumalah insan yang akan menyusahkan seumur hidup aku dan dia yang selalu menyakiti aku. 'Arghh ! aku benci kau Liwauddin Waqie, kau selalu sahaja ada cara untuk membuatkan hatiku terbakar',getus hatinya sambil mengetuk-ngetuk pinggannya. 'Lara, everyone is watching you', kata Nadz sambil menghadiahkan senyuman kepada mata yang memandang meja mereka. Lara yang tersedar akan perbuatannya mula rasa malu dan menepuk dahinya merasakan betapa bodohnya dirinya kerana membiarkan dirinya menjadi bahan tontonan ramai. 'Sudahlah tu Lara, kau sakit hati kat sini, dia pula senang hati ketawakan kau. Tak ada gunanya baik kau makan lagi kenyang perut kau', cadang Nadz. 'Ehh.. Nadzz aku gerr..' tak sempat Lara menghabiskan ayatnya, tiba-tiba mereka di sapa oleh seseorang. 'Ariana, Nadz..hai apa khabar?', sapa Raeyi seraya melabuhkan punggungnya disebelah Lara. 'Hai, khabar baik, awak pula?', jawab Lara riang dan dengan serta merta hilang semua marahnya kepada Waqie. Nadz yang hendak menjawab pertanyaan Raeyi terdiam dan menggeleng kepala melihat perubahan pada riak wajah sahabatnya. 'Sahlah memang dia ne masih angau dekat si Raeyi ne', getus hati Nadz. 'Saya sihat jer, awak pergi mana dua minggu tak ada khabar?', tanya Raeyi membuatkan Lara hampir tersedak semasa hendak meneguk air. 'Emm.. saya, ne saya pergi
outstation tu yang busy sangat tu', bohong Lara. 'Eya Raeyi, busy sangat dia tu, lagipun bos baru kitorang garang sangat. Asyik membebel saja, semua tak kena kan Lara kan?', sindir Nadz. Dia sebenarnya tidak suka melihat sahabatnya berbohong namun pasti ada sebab kenapa Lara berbuat sedemikian. 'Eya betul tu', balas Lara seraya menyembunyikan rasa bersalahnya.
'Ariana awak
free tak hujung minggu ne?', tanya Raeyi lagi apabila mereka melangkah keluar dari restoran Sri Kenanga yang terletak tidak jauh dari syarikat Datuk Luqman. 'Err.. hujung minggu ne? alah saya tak tahu lagilah yiyi mana tahu bos suruh kerja hujung minggu sebab kadang-kadang diorang ada aktiviti so terpaksa kerjalah sebab saya kan secretary dia', bohong Lara lagi, sebenarnya dia takut ibu punya rancangan mendadak jadi dia takut untuk berjanji kepada Raeyi. Nadz hanya tersenyum mendengar pembohongan Lara, dia memang mengagumi bakat semula jadi sahabatnya yang pandai berlakon sehingga orang pun boleh percaya dengan kata-katanya. 'Oh macam tu kar? ', kata Raeyi pula sedikit kecewa dengan jawapan Lara. 'Macam ne lah kalau saya tak kerja hari tu, saya call awak okay lepas tu kita bertiga akan keluar bersama, okay', kata Lara sambil tersenyum dan jawapannya kini membuatkan Raeyi seakan gembira. Akhirnya Lara dan Nadz meminta diri untuk kembali kepejabat manakala Raeyi hanya melihat sehingga bayangan mereka hilang dari pandangan mata Raeyi. Raeyi kemudiannya tersenyum sendiri mengenangkan ajakannya kepada Lara tadi. Apakah itu dinamakan Karma kerana pernah sekali menolak untuk keluar makan bersama Lara semasa mereka praktikal dulu? Sekarang dia tahu bagaimana rasanya ditolak dan di mulai faham apa yang dirasai oleh Lara apabila dia langsung tidak menghubungi Lara untuk memberikan jawapan kepada ajakannya. 'Ariana, Ariana Yiyi rindukan kemesraan kita dulu, tingkahlaku awak yang suka mencubit lengan saya. Semua tentang awak saya suka Ariana', bisik hatinya sambil tersenyum dan meneruskan perjalanannya untuk pulang kepejabat. Sanggup dia datang sejauh ini untuk makan tengah hari semata-mata ingin terserempak dengan Lara dan hari ini dia begitu gembira apabila dia terserempak dengan Lara.
'Bye Lara, aku balik dulu ya', pamit Nadz. 'Eh Nadz aku nak tumpang kaulah boleh tak?', tanya Lara. 'Lara bukanya tak boleh malah aku lagi suka kalau kau tumpang aku tetapi masalahnya kau tu sekarang dah ada suami, jadi kau kena tunggu suami kau nanti apa pulak kata mentua kau', kata Nadz seraya mengingatkan Lara tentang statusnya sekarang. 'Dan 'suami' tu lah yang aku nak elakkan cik Nadz, tak nak aku tumpang dia pulang nanti dia turunkan aku kat tengah jalan macam mana?', duga Lara sambil mencebikkan bibirnya. Dalam mereka asyik berbahas, Waqie keluar dari biliknya dan tanpa berkata apa-apa dia terus menarik tangan Lara untuk pulang. Lara yang terkejut dengan tindakannya tidak sempat berkata apa-apa hanya mampu menurut sahaja namun langkah Waqie semakin pantas hingga membuatkan Lara yang memakai ksut bertumit tinggi hampir terjatuh. 'Ouch ! sakitlah monyet', tempiak Lara seraya melepaskan tangannya dari pegangan Waqie hingga menyebabkan suaminya turut terhenti. 'Oh sakit rupanya, aku ingat tak sakit tadi tu yang saja nak buat eksperimen. Nak tahu apa keburukan memakai kasut tumit tinggi dan sekarang saya dah tahu dah', katanya selamba seperti orang yang tiada perasaan. Waqie meneruskan langkahnya ketempat letak keretanya tanpa mempedulikan kesakitan yang Lara sedang alami. 'Kau nak ikut kar tak nak ne? kalau tak nak aku balik dulu', katanya kepada Lara yang sedang menahan kesakitan kakinya. Tanpa menunggu jawapan dari Lara, Waqie terus memandu keretanya keluar dari perkarangan syarikat itu. Lara terkejut dengan tindakan Lara dan berasa sangat sakit hati dengan perbuatannya. Akhirnya, air mata menuruni pipi Lara, tak pernah disangka bahawa Waqie adalah lelaki yang sangat teruk. Dia mengambil telefonnya dan hendak mendail nombor Nadz namun tiba-tiba kereta Waqie muncul semula. Dia menyeka airmatanya agar tidak dapat dilihat oleh Waqie, Waqie keluar dari kereta sambil membawa selipar
flipper dan ubat penahan sakit lalu diserahkan kepada Lara. Dengan wajah angkuh dia memberikan slipar itu, Lara yang terkejut dengan tindakannya pula mula menahana malu dek tuduhannya terhadap Waqie. Setelah Lara menukar kasut tumit tingginya kepada selipar barulah dia berjalan terjengket-jengket menaiki kereta Waqie. Tanpa sepatah kata, akhirnya mereka pulang ke rumah.
 |
| Lara menangis apabila menyangka Waqie meninggalkannya |
Comments
Post a Comment