Rasa Yang Terpendam 3

Kelihatan Helmi berdiri dan keluar dari restoran secara tiba-tiba. 'Dia pergi mana Jeff?, tanyaku. 'Dia merajuk order lambat sampai, jadi dia pun keluarlah', gurau Jeff. Setahu aku tadi Helmi ada menanyakan aku jika di restoran ini ada tandas, pasti dia pergi ketandas. Tanpaku sedar, rupa-rupanya Raeyi yang duduk dihadapanku sedang memerhati aku melihat Helmi keluar dari restoran itu. 'Pergilah pujuk, mana tahu ada chance', kata Raeyi tiba-tiba. Aku terkejut dengan kenyataan Raeyi, kenapa dia berkata sebegitu?. 'Apa maksud awak?, tanyaku bingung. 'Tak adalah, mana tahu ada peluang lagikan, mana tahu kalau awak pergi pujuk hati dia boleh cair', kata Raeyi. Jantungku seakan ingin gugur, apakah selama ini Helmi tahu yang aku menyimpan perasaan terhadapnya? Tapi kenapa Raeyi pun boleh tahu perkara ini?. 'Kenapa pula mesti saya yang pujuk? Lagipun itu girlfriend orang tahu', balasku. 'Sebab awak yang paling sesuai untuk pujuk dia, mana tahukan dia boleh berubah hati dan bagi awak peluang', tambah Raeyi. 'Sorry, saya tak suka rampas hak orang', kataku tegas dan kuat sedikit sehingga rakan-rakan lain melihat aku dan Raeyi. Mereka gelak dan menyetujui kata-kataku.

Aku tertunduk sedikit dan menyambung makanku sambil memandang Raeyi tanpa berkelip dengan seribu soalan di minda. Raeyi yang menyedari aku hanya melihatnya tersenyum kepadaku. Aku bertanya perlahan,' Apa yang awak tahu?'. Raeyi tersenyum dan membalas kata-kataku 'Tak ada apa-apa', sambil ketawa. Aku tak puas hati dengan jawapannya, mesti ada cerita disebalik apa yang diperkatakan oleh Raeyi. Kebetulan pada hari itu, adalah hari terakhir aku menjalani latihan industriku tetapi Raeyi telah membuka cerita yang sudah terkubur lama. Sepanjang kami makan tengah hari, mataku tidak lepas memandang Raeyi. Raeyi perasaan tetapi hanya ketawa dan tersenyum melihat tingkahku yang mula tak senang duduk. Dalam perjalanan pulang ke pejabat semula, aku asyik bertanya soalan yang sama kepada Raeyi, 'Apa yang awak tahu?', soalku tanpa henti. Raeyi hanya membiarkan aku dengan tanda tanya dan ketawa melihat gelagatku.

Hari itu adalah hari yang paling menyedihkan bagiku kerana ia merupakan hari terakhirku setelah genap setengah tahun menjalankan latihan indusrti. Sepatutnya tempoh aku menjalani latihan industri ialah 4 bulan 2 minggu sahaja tetapi syarikat itu menyambung lagi sehingga genap setengah tahun. Aku dan Aliya mula menyalami semua kakitangan dan mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar mereka. Airmata mula mengalir mendengar kata-kata dan nasihat yang mereka berikan. Selain itu, aku juga menyalami sahabatku yang lain kerana telah memberikan kerjasama dalam menjayakan persembahan kami pada minggu lalu. Saat aku pergi ke jabatan Raeyi, kelihatan dia tekun menyiapkan kerjanya walaupun saat itu semua kakitangan sudah bersedia untuk pulang. Hujan yang turun pada hari itu seolah-olah memberitahu isi hatiku yang terpendam terhadap insan bernama Raeyi. Aku melihat Memey masuk dan aku menyalaminya, dia menggenggam tanganku dengan erat sekali. 'Aik kuatnya awak salam saya', sindirku seolah-olah dapat memahami erti genggaman itu. 'Sengaja', balasnya sepatah sambil tersenyum. Aku pun berlalu dari jabatan Raeyi, niatku untuk berbicara dengannya tidak kesampaian kerana Memey.

Aku naik ke tempatku dan mula mengemas, semua barang-barang aku masukkan dalam Eco bag tiba-tiba aku terpandang sapu tangan Raeyi yang aku seluk dari poket belakang seluarnya semasa dia menghantar surat ke jabatan pentadbiran. Setelah itu, aku mengambil buah limau yang pernah aku minta beberapa minggu yang lalu, semasa aku melalui mejanya. Aku memasukkan semuanya kedalam begku dan mula menuruni tangga, esok aku diminta datang untuk parti perpisahan aku. Hujan turun amat lebat dan sukar untuk aku bergerak ke tempat letak kereta Khairul, aku selalu menumpang Khairul untuk pulang ke rumah kerana jalan kami sehala. Aku mula resah melihat Raeyi tiada diluar pejabat seperti biasa lalu bertanya kepada Jenny. 'Jenny, Raeyi mana?. 'Oh dia ada kerja yang harus disiapkan hari ini juga, saya mahu tolong dia tapi saya kena pulang awal', balas Jenny. 'Siapa lagi kat tingkat atas itu?', tanyaku untuk mendapatkan kepastian takut Memey masih diatas kerana aku tidak nampak kelibatnya dibawah. 'Mungkin hanya Raeyi je kat atas, eh lupa Memey pun masih kat atas mungkin sedang membantu  dia siapkan kerja tu', sambung Jenny. Aku terdiam dan berharap sangat hujan takkan berhenti kerana aku masih perlu menemuinya.

Akhirnya, Memey pun keluar dari pejabat dan terus meredah hujan untuk pulang. Aku masuk semula kedalam pejabat dan pergi ke jabatan Raeyi lalu duduk di meja sebelahnya. Raeyi hanya memandang komputer sambil tangannya sibuk menanda sesuatu dikertas. 'Amboi nampaknya bersungguh betul awak nak dapat award kan, sambil sanggup overtime ', kataku. 'Mana ada, kerja ini perlu disiapkan hari ini juga', katanya seerius tanpa memandangku. 'Apa yang awak tahu? cakaplah kat saya',  tanyaku memulakan bicara. 'Tahu apa? tak ada apa-apalah', balasnya ringkas. 'Tak apalah, kalau awak tak nak bagitahu saya pun tak nak bagitahu apa yang saya nampak hari tu', pancingku. Dia tetap fokus dengan kerjanya, 'Apa yang awak nampak?' soalnya pula. 'Saya nampak awak dan girlfriend awak.. opss! rahsia mana boleh bagitahu', balasku mengenakannya. 'Okay nanti malam, saya mesej awak', katanya. 'Kenapa malam? kenapa tak boleh bagitahu sekarang?', tanyaku tidak puas hati. 'Malamkan romantik', katanya sambil tersenyum memandangku. Kak Elsalina yang melihat kami duduk berdua di sana mula tersenyum dan berkata, 'Aik, Lara awak tunggu Raeyi ka?', sambil tersenyum dengan penuh makna sebelum berlalu keluar. Aku hanya tersenyum manakala Raeyi tidak memberi sebarang reaksi pun.

'Okay kita deal, saya bagitahu apa yang saya tahu dan awak bagitahu apa yang awak nampak', cadang Raeyi. 'Okay, saya tunggu mesej awak', balasku seraya ingin berdiri namun aku duduk dan membuka semula tas tanganku. Aku mengeluarkan gula-gula Chocolair yang masih ada dan memberikannya setelah itu aku berkata, 'Owh ya, sapu tangan awak yang busuk ini awak nak bagi saya ka?', tanyaku sambil tersenyum. 'Jangan', balasnya ringkas tanpa melihat kearahku. 'Kenapa sapu tangan ini mak we awak yang bagi ka?', tanyaku dengan penuh debar. 'Bukanlah', balasnya sepatah.  Tanpa mempedulikannya, aku terus keluar dari jabatannya, sapu tangannya tidak aku pulangkan sebaliknya aku membawa ia pulang ke rumah. Dia pun tidak menghalang atau meminta aku memulangkannya, mungkin ini bukan pemberian dari mak we dia kot. Aku tersenyum sendiri menghapuskan kesedihan aku meninggalkan dia di sini. Pittt, pittt bunyi hon menyedarkan Lara dari lamunannya. Nadz hanya mengerutkan dahi melalui jalan yang mulai sesak sambil mengerling ke arah Lara. 'Amboi, baru sedar tuan puteri? tersedar dari lamunan yang tak pernah henti?', sindir Nadz. Lara tidak membalas kata-kata sahabat baiknya tetapi dia hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada Nadz.



Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2