ANTARA KITA


Mungkin bibir bisa berkata 
Bahawa aku benci padamu
Namun hatiku Kan tersakiti
Kerana egoku kepadamu

Mungkin depanmu ku geram
Tingkah lakumu menyakitiku
Namun dalam diam
Ku mulai sayangi kamu

C/o Kasih, Ku Mulai sedari
Aku telah jatuh cinta denganmu
Ohh sayang gurauanmu
Membuka ruang dihatiku

Mungkinkah takdir menyatukan kita
Dalam gurau yang telah terbina
Walaupun engkau sudah berpunya
Apakah cintaku kau tak rasa

Repeat C/o

Aku tak bisa sehari tanpamu
Gelak tawamu mencuri hatiku
Aku tak mampu tanpa guraumu
Yang membuat ku senyum selalu


Lagu ini mengisahkan tentang seorang gadis dan jejaka. Jejaka itu selalu sahaj menyakitinya dan mereka berdua pantang bersua muka. Namun, dek kerana teman-teman mereka yang selalu memadankan mereka berdua benci si gadis mula bertukar sayang. Walaupun ada ketika dia memang sakit hati dengan kelakuan si jejaka namun dia tetap kuat untuk melawan. si Gadis terlalu ego untuk mengakui perasaannya. Si Gadis tekad tidak mahu lagi memendam rasa kerana si Jejaka sudah mempunyai gadis idamannya. Dengan egonya, dia menerima cinta seorang lelaki walaupun dia bahagia pada mulanya. Apabila lelaki itu mula meninggalkannya, dia sedar bahawa perkara yang lebih indah adalah bertikam lidah dengan Jejaka itu berbanding berkasih dengan lelaki yang melukainya. Kini hanya masa yang akan menentukan segalanya, apakah mereka layak untuk bersama melayari bahtera atau pun ini hanyalah suatu kenangan yang akan pudar dimakan masa.


Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2