Rasa Yang Terpendam 11

Lara yang hendak kebawah setelah selesai menyiapkan dirinya menjenguk seketika kearah ruangan bilik itu. 'Mana pula monyet tu pergi?', tanyanya dalam hati. Apabila dia mengejutkan suaminya pagi tadi untuk menunaikan solat subuh, Waqie terus keluar dari bilik itu dan sehingga sekarang tidak kembali lagi. Baru dia hendak melangkah menuruni tangga, tangannya ditarik oleh Waqie dan membawanya untuk masuk kebilik semula. Lara mulai resah dengan tindakan Waqie, kelihatan matanya sedikit biru akibat tumbukannya semalam. 'Kau tunggu aku, aku nak bersiap kejap. Awas kalau ingkar!', arahnya tegas. Lara hanya mencebikkan bibirnya seraya menarik sebuah majalah lalu membacanya tanpa mempedulikan Waqie. Tidak lama kemudian, suaminya keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. 'Tak tahu malu betullah monyet ini, boleh pula dia pakai macam tu depan aku', katanya dalam hati sambil mengerling kearah suaminya. 'Jangan nak curi-curi tengok orang pakai baju. Aku tahulah body aku ne fit dan seksi', kata Waqie sambil tersenyum. 'Ehh, seksi konon body macam monyet adalah, harapkan saja body tu fit tapi baru kena tumbukan wanita yag tak seberapa terus pengsan pula. hahaha', tempis Lara sambil tertawa. Waqie kehilangan kata-kata lalu membaling tualanya kearah isterinya. Lara yang sedang membaca majalah terkejut apabila tuala itu hingga dimukanya dan dengan perasaan yang geram dia menuju kearah suaminya lalu membaling semula tuala itu kearah Waqie. Namun Waqie mengelak dan terus berlari keatas katil, Lara yang tidak dapat menahan rasa geramnya naik ke atas katil dan mencapai bantal lalu memukul suaminya. Waqie yang cuba mengelak memegang bahu Lara sehingga menyebabkan Waqie terjatuh diatas isterinya. Jantung berdegup dengan pantas apabila kedua-dua mata mula bertaut antara satu sama lain. 'Aba...ngggg', suara Qira kedengaran. Mereka cepat-cepat bangun dan duduk, Qira yang terlihat kejadian yang tidak sepatutnya buat kali kedua merasa sangat malu begitu juga Lara merah padan mukanya. 'Sorry, abang ibu suruh turun breakfast', kata Qira pantas dan sedikit tersenyum.

'Kalau nak turun bawah mesti kelihatan mesra biar ayah dan ibu tengok betapa bahagianya Lara Ariana berkahwin dengan Liwauddin Waqie', arah Waqie seraya menggenggam tangan isterinya. 'Eleh banyaklah monyet ne punya bahagia', getus hatinya namun hanya membiarkan kelakuan Waqie. Datuk Luqman dan Datin Roziah tersenyum melihat menantu dan anaknya menuju ke meja makan sambil berpegangan tangan. Bahkan hendak duduk pun Waqie menarik kerusi untuk Lara duduk, Lara menyampah melihat kepura-puraan Waqie namun senyuman tak lekang dibibir bila berhadapan dengan mentuanya. 'Qie, kenapa dengan mata Qie tu?', tanya Datuk Luqman tiba-tiba. Hampir tersedak Lara mendengar kata-kata Datuk Luqman, Qira pula hanya tersenyum melihat telatah kak iparnya. 'Emm, semalam masa Qie tutup lampu, Qie terjatuh dan terkena birai katil. Tulah mata Qie jadi macam ini', bohong Waqie. 'Sakit lagikah sayang? itulah ayah semalam Lara nak letak ubat tapi dia kata tak apa-apa. Kejap lagi Lara letak ubat ya sayang', kata Lara sambil memegang mata Waqie yang biru dek tumbukannya. Waqie meluat mendengar kata-kata Lara namun dia hanya bisa tersenyum sambil memegang wajah Lara. 'Tulah jangan lain kali jangan gelojoh sangat', kata ayahnya. Lara tersipu malu lalu menunduk sedikit. 'Abang ne, malulah budak-budak nanti. Emm dah fikir nak honeymoon kat mana?',tanya Datin Roziah. 'Alah ibu,Qie banyak kerjalah rasanya tak sempat nak honeymoon dalam masa terdekat ne kan sayang?', katanya seraya memandang isterinya memberi isyarat agar membantunya. 'Ehh tak payah nak bagi isyaratlah, aku pun tak ingin nak honeymoon dengan kau', getus hatinya. 'Eyalah ibu, banyak sangat kerja sekarang ne', sokong Lara.

'Aik? korang ne macam lupa pulak siapa bos dekat syarikat tu. Ayah dah putuskan kita sekeluarga akn pergi honeymoon, lagipun ayah dan ibu dah lama tak pergi honeymoon', kata Datuk Luqman sambil mengenyitkan mata kepada isterinya. 'Tapi ayah kerja kat syarikat tu siapa nak buat?', tanya Waqie tidak setuju dengan cadangan ayahnya. 'Tak payah nak risau sangat dengan syarikat tu, semuanya ayah dah uruskan. Kita akan bertolak esok pagi ke sebuah pulau'. kata ayahnya. Waqie terpaksa mengalah kerana dia tahu kalau kata ayahnya putih maka putihlah jadinya. Kelihatan Datin Roziah tersenyum gembira mendengar cadangan suaminya, Lara seperti dapat merasa ada perkara yang disembunyikan oleh wanita tua itu namun dia tidak tahu perkara apa. 'Kau packing barang-barang aku ne, jangan sampai ada yang tertinggal tahu', arah Waqie. 'Eh, kenapa pula aku yang kena kemas? barang kau , kau kemaslah sendirilah buat apa nak suruh-suruh orang pula', kata Lara. 'Kau tu isteri aku so kau kenalah siapkan segala keperluan aku. Siapa suruh kau terhegeh-hegeh sangat nak kahwin dengan aku, aku tahulah aku ne kacak, kaya dan bergaya. Memang idaman semua wanitalah', balas Waqie sambil memuji dirinya sendiri. 'Wekkk, kacak? bergaya? kau ingat aku ne nak sangatkah kahwin dengan kau tu? alah aku buat ne semua demi kebahagiaan orang tua akulah kalau tak, tak ingin aku nak menghadap muka monyet macam kau setiap hari', marah Lara. 'Dah tu kenapa kau tak bahagiakan orang tua kau dengan mengkhawini lelaki lain? kenapa aku?', tanya Waqie. 'Kau ingat aku tahukah yang aku akan dinikahkah dengan kau? kalau aku tahu memang aku tak setuju punyalah', jawab Lara. 'Dah tu kenapa kau tak lari saja dengan boyfriend kau? tak payahlah kau susah-susahkan nak hidup dengan aku. Opss! tapi adakah lelaki yang nak dengan kau ne?', sindir Lara. Lara hanya terdiam mendengar kata-kata Waqie sambil meneruskan kerjanya. 'Kalau Raeyi suka dekat aku dah lama aku kahwin dengan dia tapi nak buat macam mana kan. Takdir dah tulis macam ne', kata Lara dalam hati.

Keesokan harinya, Datuk Luqman sekeluarga keluar untuk pergi honeymoon. Mak Mah juga diajak oleh Datuk Luqman bercuti sekali agar dapat membantu Datin Roziah. Lara hanya berdiam diri sepanjang perjalanan walaupun ada ketika Datin Roziah menanyakannya soalan namun hanya sepatah yang dijawabnya. Kata-kata Waqie sangat menyinggung perasaannya, 'Sayang kenapa ini? sayang tak sihatkah? Dah mari baring kat bahu Qie', bicara Waqie lembut sahaja bila berhadapan dengan ibunya. Lara hanya membiarkan perlakuan Waqie walaupun sebenarnya hatinya amat sakit dengan kata-kata lelaki itu semalam. 'Sayanglah sangat, ehh meluat betul aku dengan segala kepura-puraan ini', geram Lara dalam hati. Datin Roziah hanya tersenyum melihat tingkah mereka. 'Ya Allah, kau hiasilah hubungan mereka dengan sinar kebahagiaan. Janganlah biarkan orang lain memisahkan mereka melainkan dengan kehendakmu Ya Allah', doanya dalam hati. Akhirnya, mereka tiba ke pulau dimana ia pulau itu dimiliki oleh Datuk Luqman dan resort disitu diberi nama Liwauddin Waqira. Datuk Luqman membawa kami tinggal di Chalet dan tentunya aku akan tinggal bersama monyet yang menyakitkan hatiku. Lara menunaikan solat Asar lalu bersiap-siap untuk bersiar-siar ditepi pantai namun rancangan Lara terbengkalai apabila Waqie membawanya untuk jalan-jalan disekitar resort itu. Waqie sedar sikap Lara yang banyak berdiam diri sejak dari semalam lagi namun dia tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk isterinya. 'Kat sini ada sebuah kolam renang, kat depan itu pula ada padang golf..', terang Waqie namun tiada satu pun yang menarik minat Lara. Waqie menarik nafas panjang-panjang lalu berkata 'Okay saya minta maaf pasal semalam tu, saya tahu saya salah tapi awak tak payahlah nak merajuk sampai macam ne sekali. Nanti apa pulak kata ayah dan ibu bila nampak wajah awak muram saja', pujuk Waqie. 'Biarlah, biar ayah dan ibu awak tahu yang kita tak bahagia, sekurang-kurangnya diaorang akan fikir cara untuk pisahkan kita pula', balas Lara.

Honeymoon bersama family 


'Aduii susahnya nak pujuk tunggul kayu tu, keras macam batulah', kata Waqie sendiri. 'Lara Ariana, saya minta maaf, saya minta maaf, minta maaf , minta maaf'', katanya sendiri tanpa menyedari kehadiran Lara dihadapannya. 'Saya maafkan awak monyet', balas Lara smbil tertawa. 'Awak maafkan saya?', tanya Waqie . 'Eya tapi dengan syarat', kata Lara. 'Apapun syaratnya saya terima asalkan saya boleh tidur lena malam ini tanpa rasa bersalah', balas Waqier gembira. 'Syarat yang pertama, saya kena tidur dikatil manakala awak pula tidur kat sofa dan kedua awak hanya boleh bermesra dengan saya dihadapan orang tua kita sahaja. Ketiga, awak dilarang sama sekali menyentuh saya ataupun membuat keputusan tanpa persetujuan dari saya. Keempat saya nak awak cari rumah untuk kita berdua agar kita ada ruang privacy sendiri dan syarat yang terakhir, saya tak nak awak masuk campur dalam urusan saya. Deal?', tanya Lara setelah semua syarat dikemukakan. 'Okay deal', kata Waqie. 'Okay sekarang saya nak tidur, penat sangat sehari ini. Excuse me this is my place', kata Lara seraya menolak Waqie untuk turun dari katil. Lara baring dikatil lalu cuba untuk melelapkan matanya. 'Oh ya, igat syarat-syarat tu ya. Jangan nak ambil kesempatan pula dan good night monyet', kata Lara. Waqie pula yang geram melihatnya yang sedang enak tidur diatas katil. 'Kenapalah aku ne bodoh sangat setuju dengan kata-kata dia tadi', katanya dalam hati. Akhirnya Waqie terlelap juga di sofa walaupun tidak selesa namun apakan daya.

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2