Semasa kami sampai kerumah, kelihatan ayah dan ibu sedang menonton televisyen bersama-sama sambil berbual dengan rancak sekali. Aku mengagumi cinta mereka walaupun sudah berusia namun masih romantik, ayah dan ibu sangat baik dan mesra begitu juga Qira tetapi makhluk yang bernama Liwauddin Waqie itu lain daripada yang lain. 'Amat jauh bezanya, jangan-jangan anak angkat', bisik hatiku sambil mengerlingnya. Dia yang perasaan kerlinganku sengaja membulatkan matanya. 'Aik lambat balik hari ini, kenapa dengan kaki Lara tu?', kata ayah mematikan pertelingkahan kami yang hampir tercetus. 'Tadi ada mak cik tu ayah bergaya sangat nak pergi kerja pun pakai kasut tinggi, tu yang Qie tolong tadi kalau tak kesian mak cik tu terpaksa tidur dekat parking lot tu', jelasnya seraya menjeling kearah ku yang sedang menyalami ayah dan ibu. Aku hendak membalas kata-katanya namun ibu terlebih dahulu memotong. 'Qie ne tak baik tahu buat macam tu, Lara ne kan isteri Qie jadi kena layan dia baik-baik. Lara, lain kali kalau Qie buli Lara bagitahu ibu biar ibu pukul dia', kata ibu memberikan aku sokongan lalu aku pun memulakan serangan balasku. 'Lara takkan terseliuh ibu kalau tak orang tu tarik tangan Lara sampai Lara terpelecok. Tu yang kaki Lara terseliuh', kataku sambil sengaja memanjakan suaraku. 'Ya Allah, Qie ayah pun tak pernah buat macam tu dengan ibu. Qie tu suami kena jaga ister ne baik-baik bukannya nak biarkan dia sakit macam ini. Dah pergi bawa Lara berehat kat atas, nanti Qie urut kaki Lara', arah Datuk Luqman dan nak tak nak Waqie terpaksa menurut. Dia menarik kasar tangan Lara lalu membawanya naik manakal Lara pun terhinjut-hinjut memanjat tangan dek pegangan Waqie. Datuk Luqman yang melihat kelakuan Waqie hanya menggelengkan kepalanya. 'Ikut perangai abanglah tu, keras hati dan egois', kata Datin Roziah seraya tersenyum. 'Abang pula yang kena haih, abang harap dia boleh jadi suami yang terbaik untuk Lara bukan nak siksa anak sahabat baik abang tu', jelasnya. 'In Sha Allah bang, kita doa sama-sama ya', kata Datin Roziah penuh pengharapan dengan tubuh yang semakin hari semakin lemah.
 |
| Menarik tangan Lara dengan kasar |
Selesai mandi dan solat maghrib, aku turun kebawah untuk membantu Mak Mah memasak walaupun aku sebenarnya tidak pandai memasak tetapi aku tidak mahu keluarga Datuk Luqman punyai tanggapan buruk kepadaku, malu nama baik papa nanti. Monyet tu aku biarkan sendiri diblik biar dia bebas melompat sini-sana. 'Mak mah, ada apa yang Lara boleh tolong?', tanyaku tiba-tiba menyebabkan Mak Mah sedikit terkejut. 'Opocot! Lara ne buat Mak Mah terkejuat saja, tak ada apa-apa biar Mak Mah buat semuanya', kata wanita lewat 40an tu sambil tersenyum. 'Alah Mak Mah sekali-sekala Lara nak juga tolong, nak belajar masak daripada Mak Mah. Lara mana pandai masak lauk-lauk hebat macam ne', kataku sambil mengaul kari kepala ikan yang sedang dimasak oleh Mak Mah. Sepanjang memasak Mak Mah asyik bercerita tentang kisah hidupnya semasa muda manakala aku hanya menjadi pendengar yang terhibur dengan ceritanya. Selesai memasak aku menyuruh Mak Mah untuk menghidangkan dahulu makanan sementara aku pergi menunaikan solat isyak dan memanggil mereka semua untuk turun makan. Aku mengetuk pintu berkali-kali namun monyet didalam tu tetap tidak mahu membukanya. 'Darlinggg... buka pintu ne, Lara nak masuk solat isyak', kataku dengan nada geram. 'Kak Lara buat apa ketuk-ketuk pintu ne?', tanya Qira yang muncul dari belakangku. 'Ini ha, abang kesayangan Qira tu dah pekak agaknya berkali-kali akak ketuk tapi tak pandai nak dengar-dengar. Akak nak solat ne', kataku geram. 'Oh mungkin abang tengah solat tu kak, tak apalah Akak solat kat bilik Qira saja dulu', katanya memberi cadangan. 'Solat? tak pernah-pernah aku nampak monyet tu solat, sengaja dia nak balas dendam kat aku ne', bisik hati Lara lalu mengekori langkah Qira kebiliknya. Usai solat isyak aku kembali semula kebilik untuk memanggil monyet turun makan dan kali ini pintu bilik tidak berkunci. AKu lihat dia sedang senang-lenang mendengar muzik menggunakan
headset sambil melayari
Facebook. 'Wow, hebatnya lama betul dia solat', sindirku dalam hati. 'Turun makan monyet', kataku setelah membuka
headset ditelinganya. 'Awak ajak saya makan kar ?', tanyanya dengan muka selamba. 'Taklah saya ajak monyet makan', balasku. 'Oh, saya ingatkan saya tadi', katanya selamba seraya ingin memakai
headset semula namun dengan pantas aku memukul lengannya. 'Ibu suruh turun makanlah. Ish !', kataku geram dan mula melangkah untuk berlalu dari situ namun pantas dia menarik tangan aku. 'Saya akan turun makan, kalau awak
kiss saya dulu', katanya sambil mengenyitkan matanya. 'Owh, nak
kiss dulu ya, Pakk ! nahh
kiss tu akan tahan sampai bila-bila', kataku setelah satu tamparan hinggap dipipinya. Dia hanya tersenyum dan menuruti langkahku untuk turun makan.
'Abang saya rasa ada baiknya kalau Qie dan Lara tinggal sendiri, biar mereka hidup berdikari sikit. Menurut abang?', tanya Datin Roziah kepada Diatuk Luqman. 'Bagus juga idea awak tu, biar mereka lebih mesra dan rapat. Lagipun biar Qie tu belajar cara nak jaga bini. Besuk abang akan cakap dengan Qie, biar diorang tinggal di rumah banglo kita dulu.', kata Datuk Luqman. Datin Roziah hanya tersenyum apabila suaminya setuju dengan cadangannya. Datuk Luqman dapat melihat kegembiraan isterinya dan semakin hari isterinya seperti sedang berjuang untuk hidup walaupun tubuhnya makin lemah namun dia masih kuat untuk meneruskan hidupnya. Keesokan harinya, Datuk Luqman mengemukakan cadangannya dengan isterinya kepada Waqie dan Lara. Ternyata mereka berdua sangat suka dan gembira dengan cadangan itu, apabila tinggal berdua tiada yang akan memerhati segala kelakuan mereka. Hujung minggu ini mereka akan berpindah apabila banglo kecil itu sudah dibersihkan sepenuhnya, Datuk Luqman menghadiahkan banglo dua tingkat itu sebagai hadiah perkhawinan mereka berdua. Apabila Lara menapak masuk ke perkarangan rumah banglo yang sederhana kecil itu, dia sangat teruja melihat halamannya yang luas serta mempunyai pangkin dan pondok yang boleh digunakan untuk bersantai bersama-sama keluarga. Dikelilingi dengan tanaman bunga dan kolam renang kecil berbentuk hati. Nampaknya citarasa Datin Roziah sama dengan Lara yang turut meminati bentuk hati. 'Oi, suka-suka hati kau saja ya duduk bersantai disana, beg kau ne sapa yang nak angkat?', tempiak Waqie seraya menyedarkan Lara dari igauan mimpi indah. Dia lupa yang dia kena meneruskan hidupnya bersama dengan monyet ne namun entah sampai bila kepura-puraan ne akan berakhir. 'Kau dengar sini ya, mulai dari hari ini kita akan hidup berdasarkan peraturan perjanjian. Aku dah siapkan perjanjian dan kau kena patuhi semuanya.', katanya tegas. 'Kalau aku tak setuju dengan perjanjian kau tu macam mana? ', tanya Lara. 'Tak adil kau buat perjanjian sendiri kan?', tambahnya lagi. 'Okay, kau boleh tambah atau ubah sikit', balasnya sambil memasukkan barang-barangnya kedalam rumah.
 |
| Tidak puas hati dengan perjanjian Waqie |
'Perjanjian pertama, rumah ne mesti kemas dan rapi sentiasa sebab aku tak suka rumah yang serabut. Jadi kau kena kemaskannya setiap hari', kata Waqie. 'Apa? aku, eh eleh suka suki kau saja nak suruh aku kemas rumah ne seorang-seorang. Aku tak setuju, perjanjian ne tak berasas', balas Lara sedikit geram. 'Okaylah, perjanjian kedua, semua pakai kotor aku kena cuci dan mesti wangi. Ketiga, aku tak suka minum kopi so kau jangan pandai-pandai nak buatkan aku kopi. Keempat, kena awal kalau nak ikut aku pergi kerja kalau tak kena tinggal dan drivelah sendiri. Dan yang terakhir, aku akan tidur dekat master room kau boleh pilih mana-mana dua bilik yang masih kosong. Macam mana?', tanyanya selamba. 'Yang kelima tu aku setuju tapi yang perjanjian dari satu hinggan keempat aku tak nak langsung. Perjanjian apa kau buat ne? tak masuk akal langsung. Kenapa aku kena kemas sorang-sorang, kau ingat aku nak kar buatkan kau kopi hari-hari dan cuci baju kau lepas tu tumpang kereta kau. Hello, buat sendiri okay dan aku pun ada kereta buat apa nak tumpang kau, nanti petang aku suruh abang aku hantarkan kereta aku kesini', balas Lara geram. Waqie terdiam dan kehilangan kata-kata. 'Okay ini pula perjanjian aku. Pertama, dilarang masuk kebilik aku suka suki. Kedua, dilarang sentuh barang-barang aku. Ketiga, dilarang sentuh aku walau sedikit pun. Keempat, dilarang dekat dengan bilik aku, kalau nak apa-apa kau boleh call lepas tu aku keluar. Last but not least, aku rasa kita kena akhiri hubungan yang penuh kepura-puraan ne, bila dah tiba masanya nanti aku nak kita bawa haluan masing-masing lagipun untuk apa kita nak bersamakan kalau tak saling cinta kan?', kata Lara sambil menyerahkan surat yang berisi segala perjanjian untuk ditandatangani. Waqie terdiam sebentar, entah mengapa tiba-tiba hatinya rasa berat mendengarkan perjanjian kelima itu namun di biarkan ego menutupi rasanya. 'Okay aku setuju, betul juga kata kau tu buat apa nak bersama kalau tak saling cinta. Sampai masanya kita akan akhiri dengan penceraian juga', katanya lalu menandatangani surat perjanjian itu. 'Dan perjanjian kau tu tak masuk akal, aku rasa kau kena cari yang masuk akal sikit sebab aku tak nak tanda tangan pun perjanjian mengarut kau tu', katanya seraya berdiri dan mengangkat barang-barangnya kebilik. Hari esok merupakan hari pertama mereka tinggal berdua didalam rumah yang sama.
 |
| Terdiam mendengar perjanjian kelima Lara |
Comments
Post a Comment