Rasa Yang Terpendam 8
'Abang kita kena usaha supaya Waqie kahwin cepat, abang kahwinkan sajalah dengan anak sahabat abang tu. Saya berkenan juga dengan budak tu abang', pinta Datin Roziah kepada suaminya. 'Bukan saya tak nak tapi saya nak bagi ruang dengan Qie, nanti apa pula kata dia bila saya paksa dia. Awak kena ingat dia satu-satunya anak lelaki saya tahu? Lagipun saya dah biarkan anak Zaidin kerja dibawa dia, biar mereka saling mengenali. Tak payah risau sangatlah', pujuk Datuk Luqman. Datin Roziah terdiam, dia berharap anaknya dapat mendirikan rumahtangga sebelum dia menutup mata. Penyakit barah payudara yang dihidapi olehnya sudah berada diperingkat akhir kerana sel kanser telah merebak kebahagian rahimnya. 'Saya bukan apa abang tapi saya nak sangat tengok dia kahwin sebelum saya..', air mata Datin Roziah mula mengalir menahan sebak. Datuk Luqman memeluk isterinya memberi kekuatan, demi untuk isterinya dia sanggup meminta pertolongan dengan sahabat Waqie iaitu Akmal untuk memukul anaknya. Dia tahu perangai anak lelakinya, dia tidak pernah membesar-besarkan keadaan dan kerana itu dia membuat perjanjian dengan ayahnya. 'Sudahlah sayang, saya akan pastikan awak dapat lihat anak lelaki awak tu bersanding atas pelamin. Jangan cakap macam tu lagi, awak tak boleh tinggalkan saya, Qie dan Qira. Kami semua perlukan awak sayang', kata Datuk Luqman seraya mengetatkan lagi pelukannya.
'Apa khawin pa?', tanya Lara kepada papanya. 'Lara, Lara sayang papa dan mama kan? please Lara, tolonglah tunaikan permintaan papa ini'. Rayu papanya. 'Tapi pa, Lara baru 23tahun. Kerjaya Lara pun belum stabil lagi inikan pula nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.Mama..', kata Lara meminta simpati. Tak disangka-sangka yang papanya akan menjodohkannya dengan lelaki yang tak pernah dikenali dan dicintai. 'Ma, pa, adik masih nak hidup dengan mama, papa dan abang. Adik nak jaga korang semua', pujuknya. 'Abang setuju! kata abang Lara yang datang secara tiba-tiba. Lara mula tersenyum mendengar kata-kata abangnya, dia tahu abangnya tak mahu berpisah dengannya walaupun mereka sering bertikam lidah dirumah. 'Abang setuju sangat adik ini dikahwinkan..haha', sambung abang lagi. Bagai berderau darah Lara mendengarnya. 'Pa daripada Lara yang papa kahwinkan, baik papa kahwinkan saja Encik Zairi Larman biar papa cepat dapat cucu dan biar abang ne matang sikit', marah Lara. 'Lara, papa dan mama harap sangat Lara dapat tunaikan permintaan kami sayang. Kasihanilah ibunya sayang, hasrat seorang ibu untuk yang terakhir kalinya. Lagipun papa dan mama memang dah lama berkawan rapat dengan diorang tu anaknya pun baik, hormat orang tua dan yang paling penting dia kuat agama', kata papa Lara mengharapkan persetujuan Lara. 'Lara anggaplah ini permintaan mama yang terakhir juga sayang', sampuk Puan Lana Adriana. 'Mama.. apa mama cakap ini?', tanya Lara dan saat itu manik-manik airmata mula menuruni pipinya yang gebu. Akhirnya, Lara mengangguk tanda setuju. Dia tidak mahu melihat kesedihan di wajah papa dan mamanya.
Raeyi tersenyum sendiri apabila terimbau kembali kejadian tengah hari tadi. Saat dia bertemu dengan Lara, dia nekad kali ini, dia akan memastikan Lara menjadi miliknya biar apa pun cabaran yang mendatang. 'Ariana, Ariana.. Yiyi akan pastikan Ariana menjadi milik Yiyi', katanya dalam hati. Lara seolah-olah baru bangun dari mimpi yang buruk, tanpa disangka dalam masa 2minggu lagi dia akan menjadi isteri orang. Walaupun tanpa cinta, dia nekad untuk menunaikan permintaan orang tuanya kerana dia sangat sayangkan keluarganya. Buat seketika dia lupa pertemuannya dengan Raeyi tengah hari kemarin. Tiba-tiba ada bunyi mesej masuk dan Lara dengan malasnya membuka peti masuk di telefonnya. 'Nadz, kau ini hujung minggu pun tak boleh bagi aku rehatlah', getus hatinya. 'Good Morning Ariana, are u still using this number?'. pesanan dari Raeyi. Lara bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihatnya dalam skrin telefon. Buat pertama kalinya selama 3 tahun Raeyi menghubunginya semula. 'Good morning Yiyi, i never change my number :P hehe'. balas Lara pula. Raeyi mengajak Lara keluar untuk bersiar-siar dan tanpa berfikir Lara terus setuju dengan pelawaan Raeyi tetapi dia akan membawa Nadz semula kerana dia takut rasa kekok dengan Raeyi.
Semasa dalam perjalanan untuk bertemu dengan Raeyi, Lara menceritakan semua hal yang telah tejadi kepadanya. Nadz seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya, dalam masa 2minggu lagi Lara akan menjadi isteri orang. 'Lara, kau tu mahu jadi isteri orang sudah 2minggu dari sekarang tapi masih mahu jumpa si Raeyi ini?', tanya Nadz. 'Nadz, aku pun tak duga semua ini tapi aku tak sanggup nak tengok parents aku sedih so aku setujulah', balas Lara. 'Jadi kau korbankan kebahagiaan kau? aku tabik dengan kau Lara sebab kau anak yang baik tapi lepas ini kau tak boleh jumpa Raeyi lagi', nasihat Nadz. 'Alah sekarang masih bolehkan, aku belum jadi milik lelaki itu lagi. hahahaha', gurau Lara. 'Kau ne memanglah Lara,ehh', geram Nadz. Lara hanya tergelak melihat telatah sahabatnya namun dalam hatinya dia mengakui kebenaran kata-kata Nadz. Apakah ini takdirmu Ya Allah? Saat aku bertemu kembali dengan Raeyi kau telah menetapkan pula jodohku.
'Apa khawin pa?', tanya Lara kepada papanya. 'Lara, Lara sayang papa dan mama kan? please Lara, tolonglah tunaikan permintaan papa ini'. Rayu papanya. 'Tapi pa, Lara baru 23tahun. Kerjaya Lara pun belum stabil lagi inikan pula nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.Mama..', kata Lara meminta simpati. Tak disangka-sangka yang papanya akan menjodohkannya dengan lelaki yang tak pernah dikenali dan dicintai. 'Ma, pa, adik masih nak hidup dengan mama, papa dan abang. Adik nak jaga korang semua', pujuknya. 'Abang setuju! kata abang Lara yang datang secara tiba-tiba. Lara mula tersenyum mendengar kata-kata abangnya, dia tahu abangnya tak mahu berpisah dengannya walaupun mereka sering bertikam lidah dirumah. 'Abang setuju sangat adik ini dikahwinkan..haha', sambung abang lagi. Bagai berderau darah Lara mendengarnya. 'Pa daripada Lara yang papa kahwinkan, baik papa kahwinkan saja Encik Zairi Larman biar papa cepat dapat cucu dan biar abang ne matang sikit', marah Lara. 'Lara, papa dan mama harap sangat Lara dapat tunaikan permintaan kami sayang. Kasihanilah ibunya sayang, hasrat seorang ibu untuk yang terakhir kalinya. Lagipun papa dan mama memang dah lama berkawan rapat dengan diorang tu anaknya pun baik, hormat orang tua dan yang paling penting dia kuat agama', kata papa Lara mengharapkan persetujuan Lara. 'Lara anggaplah ini permintaan mama yang terakhir juga sayang', sampuk Puan Lana Adriana. 'Mama.. apa mama cakap ini?', tanya Lara dan saat itu manik-manik airmata mula menuruni pipinya yang gebu. Akhirnya, Lara mengangguk tanda setuju. Dia tidak mahu melihat kesedihan di wajah papa dan mamanya.
Raeyi tersenyum sendiri apabila terimbau kembali kejadian tengah hari tadi. Saat dia bertemu dengan Lara, dia nekad kali ini, dia akan memastikan Lara menjadi miliknya biar apa pun cabaran yang mendatang. 'Ariana, Ariana.. Yiyi akan pastikan Ariana menjadi milik Yiyi', katanya dalam hati. Lara seolah-olah baru bangun dari mimpi yang buruk, tanpa disangka dalam masa 2minggu lagi dia akan menjadi isteri orang. Walaupun tanpa cinta, dia nekad untuk menunaikan permintaan orang tuanya kerana dia sangat sayangkan keluarganya. Buat seketika dia lupa pertemuannya dengan Raeyi tengah hari kemarin. Tiba-tiba ada bunyi mesej masuk dan Lara dengan malasnya membuka peti masuk di telefonnya. 'Nadz, kau ini hujung minggu pun tak boleh bagi aku rehatlah', getus hatinya. 'Good Morning Ariana, are u still using this number?'. pesanan dari Raeyi. Lara bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihatnya dalam skrin telefon. Buat pertama kalinya selama 3 tahun Raeyi menghubunginya semula. 'Good morning Yiyi, i never change my number :P hehe'. balas Lara pula. Raeyi mengajak Lara keluar untuk bersiar-siar dan tanpa berfikir Lara terus setuju dengan pelawaan Raeyi tetapi dia akan membawa Nadz semula kerana dia takut rasa kekok dengan Raeyi.
![]() |
| Saat cinta itu datang kenapa masih ada yang menghalang?? |

Comments
Post a Comment