Rasa Yang Terpendam 9
Semakin hari Raeyi dan Lara semakin rapat semula namun Lara harus sedar dan berpijak dibumi yang nyata kembali kerana dalam masa beberapa hari lagi, dia akan menjadi isteri orang. Mereka berjalan menyusuri pantai, Lara kelihatan begitu tenang menikmati keindahan anugerah Ilahi. Raeyi hanya tersenyum melihat wajah tenang wanita idamannya. Dari dulu hingga ke hari ini, dia memang tidak dapat menafikan cintanya terhadap wanita ini sangat kuat dan menebal namun kerana Helmi dia terpaksa memasang jurang antara dia dan Lara. Setelah mendengar cerita Helmi 3 tahun dahulu, hatinya seperti hancur dan berkecai lagi-lagi kelakuan Lara seperti membuktikkan kebenaran kata-kata Helmi. Selain itu, Lara seperti lebih memberikan tumpuan kepada Helmi berbanding dirinya. Masih segar diingatnya setiap tingkah laku Lara untuk menyakatnya, dia pasti tersenyum bila melihat wajah Lara muncul di jabatan mereka. Mereka duduk di persisiran pantai sambil melihat matahari terbenam. 'So macam mana?? bila awak nak mendirikan masjid bersama Memey?', tanya Lara membuka bicara. 'Masjid? haha. Tak ada orang yang nak dengan saya, hubungan Memey dengan saya tak sampai kemana pun. Dia dah jumpa pasangan hidup dia', terang Raeyi sambil tersenyum. 'Mungkin lepas ini, kita tak bolehlah jumpa selalu', kata Lara tiba-tiba. Raeyi terkedu mendengar kata-kata Lara namun disembunyikan perasaan itu. 'Tapi kenapa Ariana??', tanyanya tenang. 'Tak adalah sebab lepas ini, saya akan sibuk sikit dan kena pergi buat outstation selalu', jawab Lara sambil tersenyum menyembunyikan perkara sebenar. Akhirnya mereka berlalu pergi walaupun berat hati Raeyi melepaskan Lara, dia seakan takut tidak dapat menemui wanita ini semula. Kata-kata Lara amat menyentap jiwa Raeyi, 'Apakah aku akan kehilanganmu lagi, Lara?', tanya dalam hati.
Hari ini Lara akan bertemu dengan keluarga bakal suaminya. Ikutkan hatinya dia tidak ingin pun bertemu dengan mereka namun kerana janji yang telah terpatri, dia harus akur juga. Lara meneliti luar rumah keluarga bakal suaminya, tersengam indah banglo 3 tingkat dengan halaman rumah yang luar serta mempunyai kolam renang berbentuk hati. 'Aww, comelnya kolam renang tu. Kaya juga bakal suami aku ne ya, tak rugi kahwin dengan dia lepas ini aku nak shopping apa pun tinggal minta saja. hahaha', kata Lara sambil berangan. 'Dah, dah jangan nak berangan disini', kata abangnya seraya menyedarkan Lara dari angannya. Lara mencebikkan mukanya kepada abangnya, tanpa mempedulikan abangnya dia berlalu dan menuju kearah papa dan mamanya. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang wanita berusia 4oan membuka pintu lalu mempersilakan mereka masuk. Kedatangan mereka disambut oleh Datuk Luqman sehinggakan membuat Lara sedikit terkedu dan nafasnya mula turun naik. 'Jangan katakan aku akan disatukan dengan..', katanya dalam hati. 'Papa, mama dah siap ini,' kata seorang gadis berusia 20an sambil memegang tangan seorang wanita yang ku kira seusia dengan mamaku namun wanita itu kelihatan lemah dan bibirnya sedikit pucat. Mama berpelukan dengan wanita itu dan ku lihat airmata mama menangis tidak tahu apa rahsia yang mereka simpan. Aku pun datang kearah mereka, menyalami tangan dan memeluk wanita itu. Gadis itu tersenyum gembira melihat aku. 'Kak inilah yang akan nikah dengan abang Qie ya', tanya gadis itu.
'Qira, mana ma..,' kata Waqie namun tak sempat dia menghabiskan kata-katanya apabila terpandang wajah seorang wanita yang sangat dikenali olehnya. 'Kau..??', kata mereka serentak. Datuk Luqman hanya tersenyum melihat telatah mereka, dia sedar Lara dan Waqie berkelakuan seperti Tom dan Jerry yang tak pernah berbaik. Namun, jauh disudut hatinya, dia yakin bahawa Lara adalah wanita yang terbaik untuk Waqie. 'What? Kahwin? dengan dia, ayah?', Waqie hampir tersedak mendengar kata-kata ayahnya. Dia tersenyum paksa apabila semua orang melihat kearahnya, Lara hanya mampu menahan geram di hati. 'Dia ingat aku nak sangatkah kahwin dengan dia tu? ish, dasar monyet tak sedar diri', getusnya dalam hati. Lara memijak kaki Waqie apabila Waqie berkata begitu, Waqie yang duduk dihadapannya terjerit lalu mengerling kearah Lara yang berpura-pura tidak tahu. 'Qiekan dah janji dengan ayah dan ibu nak kahwin lepas belajar, ayah pun berkenan sangat dengan Lara ne. Dahlah cantik, sopan-santun , baik dan seorang pekerja yang rajin', puji ayahnya. Naik sakit telinga Waqie mendengarnya, Lara pulak sudah merona merah wajahnya dipuji sebegitu. Waqie merenung lama kearah Lara manakal Lara hanya mengendahkan pandangan Waqie, secara tiba-tiba terukir senyuman dibibir Waqie, senyuman yang amat menakutkan buat Lara. 'Ayah, ibu, Uncle dan Aunt sebenarnya dah lama Qie suka dengan Lara ne cuma Qie malu nak mengaku sebab takut bertepuk sebelah tapi Qie tak sangka pula Lara pun punyai rasa yang sama', kata-katanya membuatkan Lara ingin muntah. 'Kalau boleh Qie nak percepatkan pernikahan ini, dah lama sangat Qie tunggu saat ini ayah', tambahnya lagi sambil mengenyitkan mata kearah Lara. Lara hanya mecebikkan bibirnya.
'Tak sabar nampak bakal suami adik nak kahwin, mesti nak dapat anak banyak-banyak ne', bisik Zairi ketelinga adiknya. Makin merah merona wajah Lara dan sepantas kilat dia mencubit lengan Zairi. Zairi hanya tergelak melihat wajah adiknya. 'Aik Man, tak sabar nampaknya anak teruna kau ne', gurau papa Lara. 'Eloklah tu Din, benda elok buat apa nak lambat-lambatkan', kata Datuk Luqman pula. 'Beginilah, abang Din, Lana biar kami uruskan semua persiapan pernikahan lagipun ini pernikahan pertama dalam keluarga kita. Ibu syukur sangat Qie dan Lara saling suka, ne semua berkat doa ibulah ne', kata Datin Roziah sayu namun masih mampu tersenyum. Untuk seketika, Lara dan Waqie menatap setiap wajah insan yang mereka sayangi sehingga mata Lara dan Waqie betaut namun cepat-cepat Lara melarikan pandangannya. Malam itu, banglo Datuk Luqman meriah dengan gelak tawa dan gurauan mereka. 'Ya Allah, aku rela derita asalkan aku maasih mampu melihat tawa mereka', doa Lara dalam hati. 'Ya Allah, tidak ku pinta derita namun ku masih tetap mencari bahagia', doa Waqie pula. Setelah itu, mereka saling berpandangan namun ego menciptakan jurang antara mereka.
Hari ini Lara akan bertemu dengan keluarga bakal suaminya. Ikutkan hatinya dia tidak ingin pun bertemu dengan mereka namun kerana janji yang telah terpatri, dia harus akur juga. Lara meneliti luar rumah keluarga bakal suaminya, tersengam indah banglo 3 tingkat dengan halaman rumah yang luar serta mempunyai kolam renang berbentuk hati. 'Aww, comelnya kolam renang tu. Kaya juga bakal suami aku ne ya, tak rugi kahwin dengan dia lepas ini aku nak shopping apa pun tinggal minta saja. hahaha', kata Lara sambil berangan. 'Dah, dah jangan nak berangan disini', kata abangnya seraya menyedarkan Lara dari angannya. Lara mencebikkan mukanya kepada abangnya, tanpa mempedulikan abangnya dia berlalu dan menuju kearah papa dan mamanya. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang wanita berusia 4oan membuka pintu lalu mempersilakan mereka masuk. Kedatangan mereka disambut oleh Datuk Luqman sehinggakan membuat Lara sedikit terkedu dan nafasnya mula turun naik. 'Jangan katakan aku akan disatukan dengan..', katanya dalam hati. 'Papa, mama dah siap ini,' kata seorang gadis berusia 20an sambil memegang tangan seorang wanita yang ku kira seusia dengan mamaku namun wanita itu kelihatan lemah dan bibirnya sedikit pucat. Mama berpelukan dengan wanita itu dan ku lihat airmata mama menangis tidak tahu apa rahsia yang mereka simpan. Aku pun datang kearah mereka, menyalami tangan dan memeluk wanita itu. Gadis itu tersenyum gembira melihat aku. 'Kak inilah yang akan nikah dengan abang Qie ya', tanya gadis itu.
'Qira, mana ma..,' kata Waqie namun tak sempat dia menghabiskan kata-katanya apabila terpandang wajah seorang wanita yang sangat dikenali olehnya. 'Kau..??', kata mereka serentak. Datuk Luqman hanya tersenyum melihat telatah mereka, dia sedar Lara dan Waqie berkelakuan seperti Tom dan Jerry yang tak pernah berbaik. Namun, jauh disudut hatinya, dia yakin bahawa Lara adalah wanita yang terbaik untuk Waqie. 'What? Kahwin? dengan dia, ayah?', Waqie hampir tersedak mendengar kata-kata ayahnya. Dia tersenyum paksa apabila semua orang melihat kearahnya, Lara hanya mampu menahan geram di hati. 'Dia ingat aku nak sangatkah kahwin dengan dia tu? ish, dasar monyet tak sedar diri', getusnya dalam hati. Lara memijak kaki Waqie apabila Waqie berkata begitu, Waqie yang duduk dihadapannya terjerit lalu mengerling kearah Lara yang berpura-pura tidak tahu. 'Qiekan dah janji dengan ayah dan ibu nak kahwin lepas belajar, ayah pun berkenan sangat dengan Lara ne. Dahlah cantik, sopan-santun , baik dan seorang pekerja yang rajin', puji ayahnya. Naik sakit telinga Waqie mendengarnya, Lara pulak sudah merona merah wajahnya dipuji sebegitu. Waqie merenung lama kearah Lara manakal Lara hanya mengendahkan pandangan Waqie, secara tiba-tiba terukir senyuman dibibir Waqie, senyuman yang amat menakutkan buat Lara. 'Ayah, ibu, Uncle dan Aunt sebenarnya dah lama Qie suka dengan Lara ne cuma Qie malu nak mengaku sebab takut bertepuk sebelah tapi Qie tak sangka pula Lara pun punyai rasa yang sama', kata-katanya membuatkan Lara ingin muntah. 'Kalau boleh Qie nak percepatkan pernikahan ini, dah lama sangat Qie tunggu saat ini ayah', tambahnya lagi sambil mengenyitkan mata kearah Lara. Lara hanya mecebikkan bibirnya.
![]() |
| Ibarat Tom & Jerry |

Comments
Post a Comment