Rasa Yang Terpendam 5
'Lara, aku tengok kau ini sejak balik dari Sabah Credit banyak termenung dan mengelamun saja. Kau okay ka ini?', tanya Nadz bimbang dengan keadaan sahabat baiknya. 'Aku okaylah Nadz, kau tak payah risau sangat cuma aku terimbau kenangan lama saja', kata Lara seraya menghadiahkan sahabatnya senyuman. Memang benar pun, aku terimbau kenangan aku bersama Raeyi, aku hairan kenapa aku tak boleh lupakan dia. Lara kembali ke lamunannya. 'Hello Credit Control Department', kata Raeyi. 'Hello Raeyi, boleh tak awak naik ke atas dekat Mini Hall, sekarang okay'. Kataku dengan pantas. 'Okay', suara Raeyi membalas dihujung talian. Aku pun menanti kehadiran Raeyi tapi kelibatnya tidak jugak muncul-muncul sehinggalah Helmi dan Fredy datang. Akhirnya, Helmi, Fredy & Khairul yang membantu aku menyusun atur kerusi untuk meeting. 'Betapa geramnya hati aku dengan makhluk Tuhan bernama Raeyi, ehhh ikutkan hati ingin aku cekik-cekik dia hidup-hidup'.Marah Lara dalam hati. Tiba-tiba dia mendapat satu idea, dia mula mendail nombor sambil tersenyum. 'Hello Credit Department', sapa Raeyi. Lara jadi serba tak kena. 'Emm, John ada?', tanya Lara pura-pura. 'Tiada', balasnya sepatah. Makin geram hati Lara tapi dia menyabarkan dirinya, lalu bertanya lagi, 'Kenapa awak tak naik ke Mini Hall tadi?'. ucap Lara dengan nada yang terkawal. 'Oh', jawab Raeyi. Tanpa melengahkan masa, Lara terus meletakkan gagang telefon. 'Ehh, ada lagi manusia macam ini zaman sekarang rupanya, geramnya!', teriak Lara dalam hati.
Sejak kejadian itu, Lara amat geram dengan lelaki bernama Raeyi sebab itulah dia menyanjungi sikap Helmi. Jujur memang Lara menyimpan minat terhadap Helmi namun dia tahu, dia tak mungkin bisa memiliki Helmi. Setiap hari, dia berharap sangat dapat menghantar surat atau berurusan di jabatan Helmi kerana sekurang-kurangnya dia dapat melihat Helmi. 'Geram betul aku dengan si Raeyi tu', luah Lara kepada Aliya dan Nadz.
Aliya dan Nadz melihat Lara dengan wajah yang bingung sehinggalah Lara menceritakan kejadian yang telah berlaku kepadanya. Aliya dan Nadz hanya tertawa mendengar cerita Lara dan menasihati Lara agar bersabar. Pernah lagi sekali, Lara meminjamkan payung kepada Raeyi dan Helmi semasa hujan lebat namun hanya Helmi yang menggunakannya manakala Raeyi hanya meredah hujan itu. Nadz yang melihat situasi itu pun berasa hairan dengan kelakuan Raeyi namun dia hanya mampu tersenyum. Sehinggalah pada suatu hari, Koordinator praktikal menyuruh Aliya, Lara, Helmi dan John tetapi tempat John digantikan dengan Raeyi untuk membuat hiasan sempena Chinese New Year yang akan berlangsung pada bulan Februari. Pada masa itu, Lara sepatutnya sudah tidak ada di organisasi itu namun nasib menyebelahi kerana tempoh Lara lanjutkan sehingga hujung bulan Februari.
Disinilah segalanya bermula, titik-titik kemesraan mula terjalin antara Raeyi dan Lara. Aliya membahagikan tugas dimana Lara akan menjadi pembantu Helmi dan Raeyi akan di bantu olehnya. Tentunya Lara gembira kerana dia akan membantu Helmi, Miss B tidak pernah memberi arahan dengan jelas sehingga mereka terpaksa mengubah apa yang sudah dipasang. Namun, mereka hanya menurut walaupun dalam hati mereka sangat geram dengan kelakuan Miss B. Pada suatu hari, dua orang Trainee baru melapor diri manakala Aliya, Lara, Helmi & Raeyi masih meneruskan kerja-kerja decoration mereka. Tiba-tiba, Aliya dipanggil oleh Miss B untuk membawa pelatih baru mengelilingi persekitaran pejabat manakala Helmi terpaksa mengambil barang dari stor untuk marketing. Tinggallah Raeyi dan Lara menyiapkan kerja-kerja itu. Sedang mereka asyik menghias koridor masuk tingkat dua, tiba-tiba pelatih baru, Erwan turun dari tingkat tiga dan saat itu Lara terpandang mereka. Dalam hati Lara berkata dalam hati, 'Pakai heels pulak dia', seraya tersenyum dan berpaling untuk memberitahu Raeyi. 'Fuiiyoo, dia pakai heels lah', kata Raeyi seraya ketawa kepadaku. Aku menahan gelakku dan sedikit terkejut kerana kami berdua terfikir pekara yang sama.
Sebelah petang, Miss B mengarah kami untuk pergi membeli bunga untuk diletakkan dalam pasu. Aku, Aliya dan Raeyi terpaksa pergi mencari bunga di kedai berhampiran. Sedih jugalah Helmi tak ada bersama kerana dia sudah keluar untuk buat marketing. Kam bertiga berjalan di Megalong sambil membawa bunga dan dari situ baru aku tahu bahawa Raeyi ini rupanya pandai bercakap. Hari demi hari, aku semakin mengenali Raeyi dan ternyata dia tidaklah seteruk yang aku sangka. Aku pula semakin giat mengacaunya kerana dia hanya tertawa bila aku berkata apa-apa jadi aku pun semakin suka menganggunya. Teringat kata-kata Nadz, 'Jangan saja nanti bukan si Helmi yang ada feeling tapi si Raeyi tu', kata Nadz. Seminggu selepas aktiviti Cross Country, aku dan Aliya mengajak John, Lung, Khairul, Raeyi, Helmi, Dian & Nadz makan di Pizza Hut. Kebetulan juga hari itu merupakan hari terakhir Nadz, Lung dan aku tetapi aku akan datang lagi kepejabat esok untuk menggenapkan tempoh seminggu. Orang yang paling aku harap ada ketika itu adalah Helmi namun dia keluar lewat untuk rehat kerana terpaksa menyiapkan kerjanya. Aku sangka Helmi tidak dapat turut serta dan mula rasa kecewa. Tanpaku sedari, Raeyi sudah duduk dihadapanku dan mula menyiapkan Mr Crab yang masih ada dalam peganganku sekarang. Banyak gelagat yang mencuit hati kami lebih-lebih lagi aku memang suka menyakatnya, dia pula hanya senyum tanpa membalas. Tidak lama kemudian Helmi muncul dan Dian memberi ruang agar Helmi duduk disebelah aku. Aku menghadiahkan mereka Pen sebagai tanda kenangan.
Semasa aku pulang, aku melihat Raeyi sedang duduk di luar pejabat lalu aku mendekatinya dan menyalaminya. Dia hanya tersenyum tanpa sebarang kata. Begitulah hari-hariku, lama-kelamaan aku mulai menyimpan rasa terhadap Raeyi. Gelagatnya yang mencuit hati dan kadang-kadang apa yang aku perkatakan, dia akan ikut serta mendengar lalu ketawa. 'Bilalah awak nak habis ini?'. pertanyaan yang selalu diutarakan padaku. Dari gaya dan kelakuan Raeyi, aku sangkakan dia juga punyai perasaan yang sama terhadapku namun aku silap menduga kerana apabila hatiku sudah mulai suka, dia pulak memlih yang lain. Sepanjang bulan Februari, aktiviti kami penuh dengan latihan menari sahaja dan aku sebagai kapten tarian mereka punyai tugas yang sangat berat. Minggu CNY celebration, kami mempersembahkan 3 tarian yang berlainan langkah dan aku bersyukur kerana berjaya menjayakannya. Jujur aku mahu berpasangan dengan Raeyi dalam tarian tetapi mungkin betul kata Nadz, nanti Raeyi akan perasaan tentang perasaanku terhadapnya. Aku nampak dia sedikit kecewa saat aku memadankannya dengan Aliya, namun apa daya. Dalam tarian inilah, aku mengajarnya menari sambil memegang tangannya. Bila aku memegang tangannya, dia akan berkata, 'Pegang lama-lama sikitlah', guraunya sambil tersenyum. Selain itu, kau juga mengelap wajahnya dengan tisu dan saat itu pula Helmi melihat dengan pandang yang lain. Paling banyak aku dera dia adalah dengan mencubit lengannya, siapa suruh dia nakal tak dengar cakap.
Lara tersenyum lagi namun cepat-cepat dia mematikan senyumannya apabila terlihat Nadz asyik memerhatinya. Dia pun menyambung semula kerjanya sambil berkata dalam hati, 'Ternyata kenangan indah itu amat sukar untuk dilupakan', sambil senyum lebar. Nadz dari jauh hanya memerhati. 'Kawan aku ini memang sah dah gila', katanya sendiri dan berlalu ke meja kerjanya semula dengan perasan penuh tanda tanya.

![]() |
| Lara Ariana dan Raeyi Ronnie mula berteman rapat |

Comments
Post a Comment