Rasa Yang Terpendam 28

'Alah, kita dah nak balik kar?', soal Lara. Waqie tersenyum melihat telatah isterinya. 'Eyalah Ling, takkan kita nak honeymoon lama-lama kat sini', jawab Waqie. 'Tapi kan kita masih ada cuti selama seminggu lagi. Kenapa tak habiskan kat sini jak?', tanya Lara lagi. Waqie tersenyum lagi, kini baru dia tahu perangai Lara yang sebenar. Patutulah mama kata Lara ne adalah anak dia yang paling manja. Sepanjang dia mengenali Lara, belum pernah Lara bersikap manja dengannya. Namun dia tetap kagum dengan sikap dan tingkah laku isterinya yang berpendirian, berani, tegas dan cekap dalam melakukan tugasan. 'Mulalah mengelamun tu. Entah tengah fikirkan siapa', sergah Lara. 'Pandai betul Ling teka kan. Memang Dar tak boleh kalau tak fikirkan dia walau sesaat pun', ucap Waqie sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. 'Baguslah tu', balas Lara ringkas lalu memalingkan wajahnya ke luar tingkap chalet mereka. 'Dah mula dah perangai manja dia', desis hati Waqie lalu memegang tangan Lara namun Lara masih kaku memandang permandangan diluar tingkap. 'Look at me, Ling', ucap Waqie. Lara masih membisu. Waqie menarik wajah Lara agar bertentangan mata dengannya. 'Listen, the person that I always think about, I can't forget, I love is you Ling. Ling tak ada gantinya kerana sudah tertulis di Luh Mahfuz yang Ling ditakdirkan untuk hidup bersama-sama dengan Dar. And you have to believe with you destiny', pujuk Waqie seraya mengucup dahi isterinya. Lara hanya membiarkan saja kelakuan Waqie. Mungkin memang salahnya kerana cepat sangat berburuk sangka dengan Waqie. 'Let's make a promise', ujar Lara. 'Anthing for you Ling', balas Waqie sambil mengetatkan genggaman tangannya. 'Selepas ini, walauapapun dugaan yang mendatang, promise me that we'll always face it together. Jika ada salahfaham, Ling nak kita bincang dulu dan cari jalan keluar bersama-sama', tutur Lara sambil mengeluarkan jari kelingkingnya untuk ditujukan kepada Waqie. 'Kalau Dar tak nak?', gurau Waqie. 'Tak nak sudah', ucap Lara seraya melepaskan genggaman tangannya berpura-pura merajuk. 'Dar gurau jaklah Ling. Takkan itu pun nak merajuk', pujuk Waqie. Lara menjelirkan lidahnya dan cuba untuk berlalu namun pantas Waqie mencapai perelangan tangan Lara. Tanpa menanti reaksi Lara, Waqie mengeluarkan jari kelingkingnya dan mereka pun berjanji. 'I love you, Ling. Please remember it always', kata Waqie. Lara tersenyum riang. 'I love you too, Dar', balasnya. 'Dah pergi packing barang kita kejap lagi nak check out ne', arah Waqie. 'Amboi tak nak tolong bini kar?', ucap Lara. 'Eyalah biar Dar yang packing, Ling duduk jak tengok', ujar Waqie lalu mereka berdua tergelak.

'Kejutan apa lagi ne Dar?', soal Lara namun Waqie tetap tenang memandu. 'Tak nak bagitahu tak apalah', ucap Lara dengan nada merajuk. Waqie tersenyum. 'Kalau Dar bagitahu, bukan kejutanlah namanya Ling. Diam-diam kejap lagi tahulah apa kejutan tu', ujar Waqie. Sejak mereka kembali dari berbulan madu, tidak pernah henti Waqie membuat kejutan kepada Lara. Di pejabat juga dia sering memberikan bunga dan anak patung kepada Lara dihadapan semua kakitangan. Kadang-kadang segan juga tapi biarlah suami aku juga yang buat macam tu. Akhirnya, Waqie berhenti di hadapan sebuah butik perkhawinan. Kelihatan Nadz bersama Reza sudah menunggu di depan pintu butik. 'Siapa yang nak khawin? Nadz dan Reza kar?', desis hati Lara seraya tersenyum memandang Nadz. Reza adalah lelaki yang berjaya menambat hati Nadz. Berbanding Ismail, aku lebih menyenangi Reza kerana sikapnya yang begitu prihatin, berfikiran terbuka, matang dan yang paling penting seorang lelaki yang boleh membimbing Nadz. 'Hai Nadz, nak khawin pun tak bagitahu kawan ya', sindirku kepada Nadz. Nadz mengerutkan dahinya. 'Hello Puan Lara, yang nak khawin tu awak bukan saya', ujarnya. Kini giliran aku pula mengerutkan dahiku sambil memandang Waqie meminta kepastian. 'Dah jom masuk', ajak Waqie tanpa mempedulikan soalan aku. 'Wow, Lara cantiknya kau. Lebih berseri dari orang yang belum khawin tahu', puji Nadz. 'Kau ne ada-ada sajalah Nadz. Tunggu giliran kau nanti lagi cantik dari aku', balas Lara. Nadz tumpang gembira dengan kebahagian yang dikecapi oleh Lara, mudah-mudahan berkekalan sehingga ke akhirnya. 'Then how about me? Tak ada orang nak puji kar?', soal Waqie. 'Segak dan bergaya', jawab Reza. Lara dan Nadz saling berpandangan lalu mereka tergelak. 'Amboi, dah pandai membodek ya', sindir Nadz. 'Saya puji ikhlas apa', kata Reza membelah diri. 'Okay, sekarang giliran pengapit pula cuba baju', arah Lara lalu menarik Nadz ke fitting room. Reza hanya menurut tanpa dipaksa.

'Lara..', panggil Nadz sebaik sahaja dia keluar dari fitting room. Lara terpaku melihat Nadz. Reza yang kebetulan sudah keluar dari fitting room juga terpaku melihat keayuan Nadz dengan baju kebaya moden yang berwarna ungu dikenakan dengan tudung, menambahkan lagi kemanisan Nadz. 'Wow.. Nadz you look so beautiful', puji Lara disetujui oleh Waqie. Nadz mula merona merah apabila semua mata tertumpu kepadanya. 'Ehem.. tutup mulut tu sikit Reza nanti masuk lalat pula', tegur Waqie seraya menyedarkan Reza yng dari tadi tidak berpaling dari memandang Nadz. Waqie dan Lara tersenyum melihat telatah mereka yang malu-malu kucing. 'Korang berdua memang padanlah, bagai pinang dibelah dua. Reza jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia dikebas orang', kataku. Mereka tergelak. 'Kalau ikutkan saya, besuk juga saya bawa dia khawin tapi tunggula majlis korang habis dulu', terang Reza seraya mengenyitkan mata ke arah Nadz. Lara dan Waqie tergelak melihat Nadz yang sudah merona merah mukanya. 'Dar, kenapa kita kena sanding balik?', soal Lara. Waqie mencuit hidung isterinya. 'Kita kenalah sanding semula sebab hari itu, keluarga kita saja yang hadir sekarang nak bagitahu satu dunia yang Ling ne milik Dar seorang saja', ujar Waqie seraya mengenyitkan mata ke arah Lara. Dia mengangguk tanda faham dengan maksud Waqie. Selesai mencuba baju, mereka keluar dari butik perkhawinan tu. 'Apa kata kita pergi makan. Lagipun dah lunch time dah ne', cadang Waqie. 'Okay tapi bos yang belanja', gurau Nadz lalu mereka tertawa. 'Amboi Nadz, dah pandai bodek bos ya. Okay saya belanja tapi nanti potong jak gaji Nadz', gurau Waqie pula. 'Janganlah macam tu bos. Tak apalah biar saya belanja diri sendiri', ucap Nadz seraya mereka semua tergelak. Waqie dan Reza menuju ke tempat perking kereta manakala Lara dan Nadz masih lagi berdiri di depan pintu butik itu. 'Lara, kau tak nak jemput Raeyi kar?', soal Nadz menyebabkan Lara tersentak. Dia hampir terlupa tentang kisah cintanya dengan Raeyi yang tidak ada kesudahan. 'Emm..nanti kau tolong bagi dia kad jemputan ya', arah Lara. Nadz terkejut dengan kenyataannya. 'Kenapa pula aku? kau bagilah dia sendiri, lagi baik', kata Nadz. 'Alah, kau tolonglah sahabat kau ne Nadz. Please', rayu Lara. Dia tidak tahu macam mana mahu berhadapan dengan Raeyi nanti. 'Kau ne memang suka lari dari masalah kah Lara?', sindir Nadz. Lara tergelak. 'Aha, lari dari masalah cinta', jawabnya. Nadz hanya berdiam diri. 'Tolonglah Nadz, untuk kali ne jak', pinta Lara. 'Eyalah, eyalah. Dah jom, dorang dah tunggu kita tu', balasnya lalu mereka berjalan ke tempat Waqie dan Reza.

Datuk R masuk ke dalam apartment dengan memegan briefcasenya. Di sebelah tangan kanannya, kelihatan sebuah sampul seperti kad jemputan. Datuk R merehatkan dirinya disofa, mungkin juga penat seharian berkerja. Memey menghampirinya dengan membawa segelas air sirap lalu meletakkannya di atas meja. Dengan hanya berpakaian baju tidur yang nipis, dia duduk diatas paha Datuk R. Wangian yang dipakainya membuatkan nafsu Datuk R melonjak naik. 'Sayang.. kenapa ini?', soalnya. Datuk R tersenyum melihatnya, betapa gebunya kulit wanita yang baru berusia 20an keatas ini. Memey amat pandai mengambil hati Datuk R dari dulu hingga sekarang. 'Tak ada apa-apa sayang. Cuma penat sikit', jawab Datuk R. 'You nak I urut tak?', soalnya lagi. 'Tak apa sayang, sekejap lagi biar I yang urut you', jawab Datuk R sambil tersengih. Memey ketawa sambil meraba dada Datuk R. 'Apa kata you pergi mandi dulu, lepas tu kita makan sama-sama. I ada beli makanan kat luar tadi', cadang Memey dan Datuk R hanya menurut. Memey mengambil briefcase Datuk R dan sampul surat yang terletak di atas meja ruang tamu. Dia tertarik melihat sampul surat itu. Ingin sahaja dilihat isi kandungannya tapi takut Datuk R memarahinya nanti. Mana tahu itu adalah hal yang sulit. Namun hatinya tetap dipanggil-panggil untuk membuka sampul surat itu. 'Mana tahu jemputan ke majlis-majlis VIP, boleh juga aku ikut', desis hatinya. Apabila dia membuka sampul surat itu, dia tersentak melihat isi kandungannya. 'JEMPUTAN KE MAJLIS PERKHAWINAN LIWAUDDIN WAQIE DATUK LUQMAN & LARA ARIANA MOHD ZAIDIN', ucapnya dengan mulut yang hampir terlopong. Tidak percaya dengan apa yang dibacanya. 'Kau memang tak guna Lara, semua pun kau nak rampas. Kau tunggulah apa aku akan buat dengan kau nanti', bisik hatinya. 'Sayang..', ucap Datuk R sambil memeluk pinggang Memey dari belakang. Memey cuba menahan amarahnya agar tidak terlampias dengan Datuk R. 'Silap-silap, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran', desis hatinya lagi lalu berpaling memandang Datuk R.

'Nadz, kau dah bagi Raeyi kad jemputan kar?', tanya Lara dengan nada berbisik. 'Belum. Macam mana nak bagi kalau jumpa dia pun tak', jawab Nadz tanpa memandang ke arah Lara. Dia sibuk menyiapkan kerja-kerja yang masih bertimbun. 'Baguslah tu sebab aku ingat, aku nak bagi dia sendirilah. Aku nak ajak Waqie sekali', ujar Lara lalu Nadz berpaling ke arahnya. 'Akhirnya, kau berani juga berhadapan dengan dia', ucap Nadz. Lara hanya tersenyum. 'Tapi memang betullah, kau kena terangkan sendiri kepada dia baru dia faham. Aku doakan segalanya berjalan dengan lancar. Dah sekarang kau pergi balik tempat kau sebelum aku hilang kerja', ucap Nadz membuatkan Lara tergelak. 'Petang ne Dar free tak?', soal Lara sambil menyerahkan fail yang diminta oleh Waqie. 'Aik? sejak bila Dar tukar PA ne?', soal Waqie pula. Lara tergelak menyedari kebodohannya. 'Bukankah semua jadual Dar, Ling yang aturkan', ucap Waqie. 'Eya, petang ne Dar ada meeting dengan Datuk Rashidi', jawap Lara sedikit gugup. Waqie yang dari tadi sedang khusyuk membuat kerjany terhenti dan memandang wajah isterinya. 'Ling nak bawa Dar dating ya?', teka Waqie sambil meghampiri Lara. 'Eh, tak adalah. Ling nak bawa Dar jumpa dengan seseorang tapi tak apalah Dar kan ada hal petang ne', jawabnya. Waqie mengenggam jari jemari isterinya. 'Dar,sini office nanti apa pula staff lain kata', tutur Lara. 'Pedulilah, Dar tak kisah pun', ujarnya. 'Sebenarnya, Ling ada urusan yang belum selesai lagi dengan orang tu. Seba tulah, nak ajak Dar jumpa dia sekali', terangnya. Waqie mengerutkan dahinya. 'Kenapa? Ling ada hutang kar dengan orang tu?', soal Waqie. Lara tergelak dengan soalan Waqie. 'Kenapa pula gelak?', tanyanya lagi. 'Tak adalah, muka Ling ne macam rupa orang yang kuat berhutang kar?', soal Lara pula. Waqie tersenyum. 'Okay, kalau macam tu nanti petang pergi bersama', ujar Waqie. 'Tapi Dar kan ada meeting dengan Datuk Rashidi', ucapnya. 'Urusan Ling lebih penting buat Dar. Don't worry I'll take care of it', ucapnya memberikan Lara satu kepastian. 'Kalu macam tu, biar Ling maklumkan kepada dia', tutur Lara memberikan kata putus. 'Thank you', ujarnya lagi. 'For what?', soal Waqie. 'For being understanding', jawabnya lembut.

Memey menjadi tidak keruan sejak dia melihat kad jemputan perkhawinan itu. Dia asyik berfikir tentang Lara sahaja. 'Lara kau ne memang perempuan tak tahu malu. Dulu Raeyi sekarang Waqie pula', tempiaknya. 'Aku tak boleh biarkan perkhawinan mereka berlangsung. Tak boleh', teriaknya sendiri. 'Aku kena buat sesuatu', katanya lagi lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia mula mendail nombor seseorang. 'Hello, saya ada tugas untuk awak', ucapnya dihujung talian seraya tersenyum sendiri. Selepas itu, dia bersiap-siap untuk keluar mahu berjumpa dengan orang yang baru dihubunginya tadi. Dia pun berjalan dengan tergesa-gesa menuju ke arah lif dan tanpa disedari, dia terlanggar seseorang. 'Maafkan saya cik. Cik tak apa-apa kah?', soal suara itu. Memey berpaling kearahnya. 'Raeyi?', tegurnya mematikan niatnya hendak memaki lelaki ini tadi. 'Eh, Memey. Awak rupanya, sorrrylah saya tak sengaja tadi', ucapnya. Raeyi mula melihat penampilan Memey yang agak jarang. Seingatnya, dia tidak pernah melihat Memey berpakain begini kerana selalunya Memey memakai tudung. 'Wah, awak dah berubahlah', kata Raeyi. 'Alah, tak salahkan berubah. Lagipun ini pilihan saya', jawabnya. Raeyi hanya mengangguk. 'Awak nak pergi mana ne?', tanya Memey. 'Saya balik rumah tadi ambil barang sekejap sekarang ini saya nak pergi lunch', terangnya. 'Ouh awak tinggal kat sini kar?', soal Memey. 'Eya, dah lama dah pun', jawabnya. 'Ouh, eyakah? saya baru je pindah dekat sini. Senang sikit nak pergi kerja', katanya. 'Apa kata kita lunch sama-sama?', cadang Memey. 'Huh?', Raeyi terkejut mendengar cadangannya. 'Awak belum makan lagikan, biar saya belanja awak makan kali ne', tuturnya. Raeyi tidak punyai pilihan lain selain bersetuju mengikutnya. Tit,tit,tit. Telefon bimbit Raeyi berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Memey melihat Raeyi tersenyum membaca pesanan itu mungkin juga pesanan dari Lara. 'Emm tunang awak okay kar kalau kita makan sama-sama ne?', tanya Raeyi. 'Dia okay sajalah', balas Memey. Hati Raeyi berbunga apabila menerima pesanan ringkas daripada Lara sebentar tadi mengatakan hasratnya ingin berjumpa. Sudah terlalu lama, dia tidak bertemu dengan wanita itu kerana dia asyik sibuk dengan kerjanya kebelakangan ini. Hasratnya untuk melamar Lara juga terbantut apabila Lara pergi bercuti hari itu. Mungkin ini peluangnya untuk melamar Lara dan dia harus bersedia. Memey meluat melihat senyuman Raeyi yang tak pernah putus-putus dari tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2