Rasa Yang Terpendam 2

'Lara, Lara', panggil Nadz. Lara terhenti dari lamunannya dan menghadiahkan senyuman dengan sahabat karibnya. 'Kau ini kenapa Lara? sejak dari tadi termenung lepas itu pandai pulak senyum-senyum sendiri. Kau dah angau ingat c Raeyi kah?', tanya Nadz. Lara hanya tersenyum. 'Tak ada apa-apalah Nadz, dah jom masuk kerja karang bos marah pulak kita rest lama-lama', kata Lara sambil tersenyum. Mereka berdua beriringan untuk masuk kerja semula. Hai semua, mesti korang nak tahu kan siapa pulak Nadz ini. Shh diam-diam okay, karang c Nadz dengar aku cakap seorang-seorang lagi dia risau nanti. Nadz adalah sahabat yang aku temui semasa kami menjalankan latihan industri disebuah syarikat perbankan. Dia adalah sahabat yang palingku percaya dan memahamiku, dia mengetahui semua kisah cintaku yang tidak kesampaian terutamanya kisah aku, Helmi dan Raeyi.

Persahabatan aku dengan Nad tidaklah lama sangat pun tapi kerana keserasian kami, aku mulai suka berteman dengannya. Aku juga mempunyai sahabat yang lain seperti Aliya, Rara, Mila & Ninie, mereka adalah sahabat karibku semasa aku di U. Merangkap juga teman seperjuangan, teman bersuka-ria, bergila-gila dan berbelanja. Namun, kini kami sudah membawa haluan masing-masing hanya berhubung melalui Facebook sahaja. Aliya kini bekerja di sebuah syarikat permodelan manakala Rara menguruskan perniagaan ayahnya. Mila pula balik ke kampung halaman dan berbakti untuk orang-orang kampungnya, maklumlah diakan bakal doktor. Emm Ninie pulak dah kahwin dah sahabat aku seorang ini, hahaha bestnya dia bahagia. Mereka semua dah ada pasangan masing-masing kecuali aku dan Rara, bukan memilih tapi aku takut terluka lagi. Aku mahu mencari seorang lelaki yang mencintai kekuranganku, membimbingku menjadi lebih baik dan paling penting menjadi seorang wanita yang sentiasa berada di belakangnya walau apa jua keadaan.

Inilah kisah aku,emm kisah cinta yang tak kesampaian, hati yang selalu disakiti dan terluka. Pengalaman banyak mengajar aku agar lebih kuat untuk menghadapi dugaan di muka bumi ini. Pernah aku terluka sehingga aku lupa untuk berpijak di bumi yang nyata ini, lupa pada Pencipta Yang Maha Esa. Aku bersyukur kerana berkat ujian itu, aku berjaya sampai ke tahap ini. Aku sedar ada perkara yang lebih baik menunggu aku dan biarlah kesilapan masa lalu terkubur layu. Aku berterima kasih kepada Azhar kerana melukai aku, tanpa luka itu aku takkan belajar erti kehidupan. Aku tak salahkan dia kerana aku tahu ada yang lebih baik dari dia menantiku. Lara menarik nafas panjang untuk menahan air mata yang hampir gugur. Lappy yang terbuka dibiarkan sahaja. "Hei, Cik Lara", sergah Nadz. Lara terkejut dari lamunannya dan berpaling kearah Nadz. 'Amboi, dalam sehari berapa kali kau nak stalker c Raeyi ini ar?', tanya Nadz. Lara tersenyum dan menutup lappy nya. 'Emm Cik Nadz, awak itu tak ada kerja lain ke? Asyik nak tengok apa saya buat saja. Takkan tak biasakan Stalker kekasih gelap', sindir Lara lalu ketawa. Nadz mula geram dan mencubit pipi sahabatnya. 'Ehh, aku rasakan kau ini tak sesuai jadi setiausahalah, kau sesuai jadi lawyer sebab bila orang tanya kau kenakan balik', kata Nadz. Lara ketawa melihat telatah sahabatnya. Lama-kelamaan Nadz pun ikut gelak sama, bising ruang meja Lara oleh gelak tawa mereka. 'Ehem, Gelak sakan nampak', tegur Charles majikan mereka. Mereka pun berhenti ketawa dan mula tersipu malu.

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12