Rasa Yang Terpendam 20
'Lara, Lara', sergah Nadz menyedarkan aku dari lamunan. 'Lara, kau okay kar ne? Aku tengok sejak dua menjak ini kau macam orang hilang arah jak? Apa masalah kau ne sebenarnya?', tanya Nadz risau. 'Tak ada apa-apalah Cik Nadz. Aku okay jak cuma biasalah baru kebah dari demam tu yang mood macam ini', bohongku seraya tersenyum kepada Nadz. Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku, sejak terserempak dengan Jay di shopping mall hari itu siang malam aku terus dihantui bayangan masa lalu dengannya. Oleh kerana itu, Waqie terpaksa menjadi 'Security' diluar bilikku setiap malam sebab risaukan aku konon. Aku langsung tidak endahkan dirinya sejak kejadian hari itu, sakit hati aku dipermainkan sebegitu lagi-lagi saat aku sedang sakit dan tidak berdaya. Walaupun dia cuba memujuk namun aku langsung tak terpujuk, biar dia belajar hargai orang dan tak sewenang-wenangnya melukai hati wanita lebih-lebih lagi isterinya. Maafkan aku Waqie tapi sekarang bukanlah masa untuk a...