Cinta Satukan Kita 7
‘Kau
tak keluar kemana-manakah hari ini Far?’, soalku. Farina yang sedang sibuk
mengemas kini status ‘Facebook’nya hanya mengelengkan kepala. Aku menggelengkan
kepala. ‘Amboi, mentang-mentanglahh ada internet satu Malaysia. Bukan main lagi
kau, hari- hari kemas kini status ya’, sindirku. Farina hanya tersengih. Aku
masuk kedalam bilik dan mengambil komputer ribaku. Aku juga tidak mahu kalah
dengan Farina. Aku membuka ruangan
friend request, dah berapa lama aku tak on facebook inilah jadinya. Aku meneliti
setiap orang yang mahu menjadi rakanku di facebook. Aku hanya akan approve
orang yang aku kenali, yang lain minta maaf bukan sebab sombong tapi malas nak
layan terutama yang cuma guna gambar kartun sebagai profil mereka. ‘Amboi, cepatnya cik Farina menjadi mutual friend Encik Adam’, sindirku. ‘Dah
lamalah, kau saja baru tahu tu’, ujarnya. Aku hanya menccebikkan bibir. ‘Khairul
Daniel? Biar betul?’, ucapku seolah tak percaya. ‘Dia add aku jadi friend dia?’,
Misha seakan tidak percaya. Aku membuka profilnya. ‘Khairul Daniel in a relationship with Katherina Keihl’,
Misha membaca info yang tertulis di lama facebook Khairul Daniel.
Dia
mengklik profil Katherina Keihl. Wanita itu memang sangat bergaya dan sangat
jauh berbeza jika di bandingkan dengannya. Tiba-tiba ada rasa cemburu di hati
kecilnya. Siapa aku untuk berasa cemburu. Aku hanya tunang sementara. Apabila
Katherina kembali, segalanya akan menjadi miliknya bukan milik aku. ‘Sayangnya,
bercinta dengan orang lain tapi bertunang dengan orang lain’, desis hatiku
sendiri. Sedang aku sibuk melihat gambar Khairul Daniel dengan kekasihnya,
tiba-tiba Hisyam chat aku. Mengacau betullah.
Macam-macam pula dia tanya aku. Aku hanya menjawab beberapa soalannya, lepas tu
aku turn off chat. Malas nak layan. Aku
memandang Farina yang dari tadi asyik sibuk bermain Facebook. ‘Kakak kita mana
Far?’, soalku. Baru aku teringat, bukan kami berdua saja yang tinggal di rumah
ne sekarang. Farina menjongketkan bahu. ‘Entah, dia keluar kot dengan kawan
dia’, ujar Farina. Aku hanya mengangguk. Selepas itu, aku membiarkan Farina
dengan laman sosialnya manakala aku sibuk membuat research. Siapa tahu boleh
dapat idea untuk rekaanku nanti. Bunyi mesej telefon menganggu fokusku. ‘Siapa
pula kali ini?’, omelku sendiri.
‘Oi,
kau buat apa tu?’, Khairul Daniel @ apeun
namja (lelaki jahat)
‘Buat
bodoh’, jawabku ringkas.
‘Jom
keluar? Nak tak? Boringlah’, balasnya lagi.
Aku
berfikir seketika sebelum membalas mesejnya. ‘Ishh, lamanya nak balas mesej
aku? Dia buat apa ah?’, soal Khairul Daniel sendiri. Dia mundar mandir di ruang
tamu sambil memandang Iphone 5 yang terletak di atas meja. Khairil Daniel
menjadi pemerhati setia. ‘Daripada tunggu balasan mesej tu, lebih baik terus
jak jemput dia kat rumah. Bila abang dah ada kat sana, takkan dia nak tolak
kan’, Khairil Daniel memberi cadangan sambil berlalu naik ke bilik bersama buku
pemberian Misha. Khairul Daniel memandang Khairil Daniel yang sedang mendaki
tangan. ‘Buat pertama kali, otak kau bagi cadangan yang bernas’, jeritnya
seraya berlari keatas menuju kebiliknya. Misha memandang telefon nokianya. ‘Kenapa
dia tak hantar mesej ne? Sepatutnya dia tanyalah kenapa aku tak balas mesej
dia. Takkan dia tak nak tahu aku buat apa sampai tak balas mesej dia. Apalah
dia ne, atau dia dah ada orang temankan dia’, fikir Misha sendiri. ‘Yang aku
sibuk fikir pasal dia ne dah kenapa? Stop it Misha! Focus on your work’,
tuturnya.
Farina
menjeling Misha yang duduk di hadapannya. Dari tadi dia lihat temannya tidak
keruan. Sengaja tidak mahu menegur kerana dia tahu Misha takkan mahu mengaku
jika apa yang diperkatakannya adalah benar. Sedari tadi, dia chatting dengan
Adam. Hatinya rasa berbunga-bunga tetapi dia tidak mahu menyimpan harapan yang
terlalu tinggi. Takut dirinya akan terlukai. Semenjak dua menjak ini, dia sedar
hubungannya dengan Adam terlalu rapat. Pada waktu malam, Adam akan menghantar
ucapan selamat malam kepadanya begitu juga pada siang hari. Di tempat kerja,
mereka akan mengekalkan hubungan antara bos dan pekerja tetapi luar syarikat
mereka tak ubah seperti teman baik. ‘Oi Farina!’, sergah Misha menyedarkan
Farina dari angannya. ‘Senyum sampai ke telinga kau ya’, perli Misha. Farina
hanya tersengih menahan malu. ‘Far, aku nak tanya kau sikit ne’, ujar Misha. Farina
berhenti menaip dan memberi sepenuh perhatian kepada Misha. ‘Apa dia?’, soalnya
bingung. ‘Kau dah ada kekasih hatikah?’, soal Misha menyebabkan Farina serba
tak kena. ‘Huh? Tak adalah’, jawabnya gugup. Misha memandang Farina mencari
kepastian.
‘Assalamualaikum’,
suara Marsha memberi salam. ‘Waalaikumussalam’, jawab kami serentak. Aku
bingkas bangun dan membuka pintu pagar. Farina menarik nafas lega. Bimbang juga
jika dirinya tertangkap. ‘Kak, dari mana
tadi?’, soalku. Marsha menghadiahkan senyuman kepadaku. ‘Beli barang dapur.
Malam ini kita makan sedap sikit ya’, ujar Marsha seraya berlalu ke dapur
dengan barangan yang di beli tadi. Aku menghantar langkah Marsha. Perubahan
Marsha merupakan perkara yang terbaik namun kenapa hatiku merasa ada sesuatu
yang tidak kena?. Mungkin perasaan aku jak tu. Selang 30 minit kemudian,
kedengaran bunyi hon kereta di hadapan rumah kami. Kami bertiga berpandangan. ‘Siapa
tu?’, soal kami serentak. ‘Pergilah tengok Misha’, arah Marsha. Aku menurut
tanpa sebarang bantahan. Di luar kelihatan kereta Suzuki swift warna merah
milik lelaki yang sangat aku kenali. ‘Hai, sayang’, sapanya dari luar
pagar. ‘Eh, meluat aku!’, ucapku seraya
menjelirkan lidah kepadanya. ‘Siapa tu Misha’, soal Farina dan Marsha sambil
menjengah ke pintu. ‘Lah, kenapa tak jemput dia masuk?’, soal Farina seraya
berjalan menuju ke pintu pagar untuk membuka pintu. ‘Hai girls, saya datang ini
sebab nak bawa tunang saya keluar. Hope you don’t mind’, ujarnya sambil
mengerdik mata kepadaku.
‘Mesti
awak terharu kan?’, soalnya membuka keheningan suasana dalam kereta. ‘Terharu?
Sebab?’, aku berbasa-basi. Khairul Daniel tersenyum. ‘Mesti awak tak sangka
saya datang bawa awak keluar. Mesti awak ingat, saya akan mesej awak semula
bila awak tak balas mesej saya, kan?’, tanyanya bertubi-tubi. Sesak rasanya
dada aku mendengar pertanyaannya. Macam mana dia boleh tahu apa yang ada di
fikiran aku. ‘Tak adalah, lagipun saya busy sebab tu saya tak balas mesej awak,
maklumlah saya kan ada projek besar selaku pelajar praktikal’, nafiku. ‘Eleh,
yalah. Tak nak mengaku pulak’, sambungnya lagi. Ya, memang betul tapi cukuplah
awak tahu tak perlu nak suarakan dengan saya. Omelku sendiri. ‘Emm, kita nak
pergi mana ne?’, aku cuba mengubah topik perbualan. ‘Datinglah’, jawabnya seraya
tersenyum.
Suasana
yang sangat mendamaikan buat Dania Ayerina. Kehidupan sebagai seorang artis menyebabkan Dania
Ayerina tidak punya waktu untuk bersendirian. Hari ini dia keluar sendiri tanpa
pengurus dan pemandunya. Perdana Park adalah tempat yang paling sesuai untuk
bersenam dan menenangkan fikiran. Muzik yang dialunkan juga memberi ketenangan
kepada para pengunjung. Dania Ayerina memakai jaket berwarna merah jambu dengan
tracksuit hitam. Kasut dan topi jenama Nike membantu penyamarannya. Dia bersenam
seperti biasa tidak mahu menarik perhatian orang awam. Siapa tahu ada peminat
setianya di sini. ‘Okay Dania, act
natural’, ucapnya sendiri sambil melakukan renggangan otot. Edryan keluar dari perut kereta setelah menukar kasut sukan. ‘Sejak dua menjak ini aku
tengok si Adam tu dah malas nak joging.
Dulu bukan main lagi, dia beria-ia mahu aku temankan dia’, desis hatinya
sambil merenggangkan otot. Selesai merenggangkan otot, dia memulakan lariannya.
Banyak juga pengunjung yang datang ke Perdana Park ini. Ada yang bersenam, ada
yang berdating dan ada juga pelancong asing. Pastinya mahu menyaksikan air
pancur pukul 7 malam nanti. Sedang dia berlari, dia terlihat wanita di
hadapannya. ‘Kenapa perempuan ini lari tak tengok depan’, desis hatinya.
Dania
Ayerina duduk di tepi kolam air pancur Perdana Park. Sebentar lagi persembahan
air pancur akan bermula. ‘Baru lari 3 round aku dah penat padahal dulu aku ini
atlet sekolah. Ini mesti sebab aku jarang jogging ini’, omelnya sendiri. Oleh
kerana, peluh mula mengalir dari kepala Dania membuka topi sambil meleraikan
rambutnya yang panjang mengurai. Dia lupa dirinya sedang berada di tempat orang
awam. Walaupun matahari sudah berlabuh namun lampu di Perdana Park cukup terang
untu melihat manusia yang ada di situ. ‘Dania Ayerina’, jerit seorang gadis.
Jeritannya mengundang perhatian orang ramai. Sementalah itu juga, persembahan
air pancur bermula namun tumpuan pengunjung tempatan teralih kepada Dania
Ayerina. ‘Kak, boleh ambil gambar tak?’, soal seorang lagi gadis. Tidak kurang
juga dengan mak cik-mak cik yang berada di situ, tidak mahu melepaskan peluang
untuk bergambar dengan artis popular. Dania Ayerina mengangguk namun semakin
lama semakin ramai yang mengerumuninya sehinggakan dia berasa tidak selesa. ‘Alamak,
macam mana ini’, desis hatinya. Tiba-tiba, dia terkejut apabila ada tangan yang
cuba meraba punggungnya. ‘Kenapa ini semua harus terjadi hari ini? Luna, Mel,
tolong aku’, dia mula memanggil nama pengurus dan pemandunya dalam hati.
‘Tumpang
lalu, maafkan saya’, ucap satu suara. Dania Ayerina memandang kearah suara itu.
‘Edryan’, ucapnya seraya memandang tepat ke anak mata Edryan. ‘Cik Dania, kita
kena cepat penggambaran dah nak bermula’, ujar Edryan seraya memegang tangan
Dania. ‘Boleh saya tahu, abang ini siapa? Boyfriend Kak Dania kar?’, soal
seorang lelaki remaja. Edryan dan Dania Ayerina saling berpandangan. ‘Saya
manager Dania Ayerina’, ucapnya seraya membawa Dania Ayerina keluar dari situ.
Silap cakap jadi kontrolversi pula nanti. Lagipun banyak kamera yang mengambil
gambar kami, aku yakin esok mesti banyak yang post dekat facebook. ‘Are you okay?’,
soal Edryan risau apabila melihat Dania Ayerina hanya berdiam diri. Hatinya
mula berbunga dan memainkan lagu-lagu riang. ‘Dah tahu diri tu popular, janganlah
keluar sendiri. Nasib baik saya ada, kalau tak ada macam mana’, nasihatnya.
Dania Ayerina masih menundukkan diri. ‘Saya tahulah saya ini memang hero awak
dari dulu lagi’, ucapnya tanpa sedar. Dania Ayerina mengangkat muka memandang
Edryan. Dia mula salah tingkah. ‘Emm, awak masuklah kedalam kereta nanti tak
pasal-pasal peminat awak menyerang lagi’, ujarnya. ‘Saya balik dulu’, Edryan
menjadi tidak keruan. Sedang dia hendak berlalu, Dania Ayerina menarik
tangannya. ‘Thank you, Hero’, ucapnya
diiringi dengan senyuman. Edryan hanya mengangguk dan berlalu.
‘Ya
Allah, apa yang kau dah buat tadi Ed?’, ucapnya sendiri. Perasaannya mula
bercampur baur. ‘Bukankah hari tu, kau suruh dia pergi. Hari apa pula yang
terjadi?’, soalnya sendiri. Edryan mulai bingung. Perasaannya tak terungkapkan.
Dengan lafaz Bismillah, dia menghidupkan enjin kereta dan mula memandu pulang
ke rumah. Dania Ayerina menghantar pemergian Edryan dengan senyuman yang sangat
bermakna. ‘Thank you, Hero’, ucapnya lalu
menghidupkan enjin kereta. ‘Assalamualaikum’, Edryan memberi salam. ‘Waalaikumussalam’,
jawab Puan Kamariah yang sedang duduk di ruang tamu sambil membaca buku. Puan
Kamariah menghadiahkan senyuman kepada Edryan. ‘Kenapa Ed jogging sendiri?’,
soal Puan Kamariah. Edryan mengambil tempat duduk disebelah Puan Kamariah. ‘Nak
buat macam mana Ummi, Adam tu dah malas nak jogging sekarang’, ,guraunya. ‘Ed
nak minum? Ummi boleh tolong ambilkan’, ujar Puan Kamariah. Edryan hanya
menggeleng kepala. ‘Okay’, balas Puan Kamariah. Seketika kemudian, dia
memerhati riak wajah Edryan. Berseri-seri. ‘Ummi tengok Ed sekarang ini
berseri-seri saja. Ed dah ada girlfriend
kar?’,soal Puan Kamariah. Edryan pura-pura batuk. ‘Emm, tak adalah Ummi. Eh, Ed
naik dulu ya nak mandi. Bau peluh’, Ujarnya dengan suara bergetar-getar. Puan
Kamariah tersenyum melihat tingkah Edryan.
‘Ummi,
tengoklah abang ini’, jerit Nina Amalina dari arah tangga. Langkah Edryan
terhenti. ‘Adam, Nina, Kenapa tu?’, soal Puan Kamariah. Kelihatan Nina Amalina
berlari turun dari tangga manakala Adam mengejar dari belakang. ‘Abang Ed,
tengoklah abang tu’, adu Nina Amalina sambil bersembunyi dibelakang Edryan.
‘Ed, kau tengoklah Nina tu’, adu Adam pula. Puan Kamariah berdiri menghampiri
kedua-dua anaknya. Dia menarik telinga Adam dan Nina serentak. ‘Korang dua ini
dah tua-tua pun, perangai masih macam budak-budak’, marah Puan Kamariah.
‘Aduii, Ummi sakit Ummi’, Adam dan Nina mengerang kesakitan. Edryan hanya
tersenyum sambil menggelengkan kepala. ‘Ummi, abang yang kacau Nina dulu’, adu
Nina Amalina. ‘Mana ada, Nina yang kacau Adam dulu’, Adam juga tidak mahu
mengalah. Edryan meneruskan langkah naik ke tingkat atas. ‘Mungkin kalau adik
aku masih ada,kami pun akan jadi macam Adam dan Nina’, fikirnya sendiri. Jauh
dari benak hatinya, dia masih berharap agar adiknya dapat ditemui. ‘Abang yakin
Yana masih hidup. Cepat atau lambat, kita pasti akan bertemu’, ucapnya.
‘Wah,
comelnya’, puji Misha apabila melihat patung Pooh kegemarannya. Khairul Daniel
tersengih. ‘Umur dah 22 tahun pun masih nak main dengan patung kah?’, sindir
Khairul Daniel. Misha tidak mempedulikan sindiran Khairul Daniel. ‘OMG !!
patung pororo pun ada kat sini’, ucap Misha teruja. Khairul Daniel memandang
sekeliling mereka. Ramai mata yang mula melihat kearah mereka. ‘Dah jom, biar
awak melekat dekat dinding kedai ini pun saya takkan belikan awak patung tu’,
ujarnya seraya menarik lengan Misha. ‘Siapa kata saya nak awak yang belikan
saya? Saya boleh minta beli dengan orang lainlah’, Misha tidak mahu mengalah.
Langkah Khairul Daniel terhenti. ‘Siapa? Awak nak minta dengan siapa?’,
soalnya. Misha tersengih. ‘Adalah. Awak ingat saya ne tak ada peminatkah?’,
ucap Misha dengan bangga. ‘Mesti orang yang bagi awak tu orang gila’, ujarnya
diiringi dengan ketawa. Misha mendengus geram. Kalau ikutkan hati mahu saja dia
ketuk kepala lelaki di hadapannya ne. ‘Dahlah jom balik dah lewat dah ne’,
arahnya seraya berjalan tanpa menunggu
Misha. ‘Lambat saya tinggalkan’, ugutnya lagi. Misha ternganga sebentar. ‘Aku
boleh naik teksilah’, jawab Misha. Khairul Daniel tersenyum gembira. Seketika
iPhone miliknya berbunyi menandakan ada mesej sampai. ‘Hello darling, how are you? Miss you so much’, matanya seakan tidak
percaya dengan apa yang di baca. ‘Kenapa tercegat lagi ini? Tadi kata dah lewat
nak balik sekarang apa pula masalahnya?’, soal Misha bingung.
Misha
pelik dengan perubahan sikap Khairul Daniel. Sepanjang perjalanan pulang, dia
hanya mendiamkan diri. ‘Kenapa dengan dia? Ada masalahkah?’, soalnya sendiri dalam
hati. ‘Yah, gwaenchanayo ?’, Misha
cuba membuka bicara. ‘Huh?’, Khairul Daniel seakan baru tersedar dari lamunan.
‘Memandu pun boleh mengelamun ya. Ingat kat girlfriend
lah tu’, sindir Misha. Riak wajah Khairul Daniel berubah namun dia cuba untuk
berpura-pura di hadapan Misha. ‘Emm, tapi apa-apapun saya nak ucapkan terima
kasih sebab awak sudi bawa saya jalan-jalan hari ini. I will always remember this day’,
ucap Misha jujur. Khairul Daniel mengerling kearah Misha. ‘Awak ingat saya bawa
awak jalan hari ini percumakah? Nanti bila awak dah ada kerja dan bergaji,
giliran awak pula untuk bawa saya jalan-jalan. Saya tak nak yang dalam Sabah
atau Malaysia, saya nak pergi luar negara’, guraunya. Mulut Misha terlopong.
‘Ya, nanti saya bawa awak melancong ke North Korea ya’, ucap Misha geram. ‘Okay
juga tu, saya belum pernah ke sana. Nak juga saya tengok rupa North Korea tu
macam mana’, makin galak Khairul Daniel mengenakan Misha. Akhirnya Misha
mengalah. ‘Ishh’, dengusnya. ‘Sampai’, ucap Khairul Daniel. Misha membuka pintu
kereta dan melangkah keluar. ‘Selamat malam dan mimpi indah. Kerja keras tahu,
nanti kita nak pergi North Korea’, sindir Khairul Daniel meyebabkan Misha
berpaling semula kearahnya. Misha menjeling dengan tajam. ‘Jangan risau saya janji
bila saya dah kerja dan ada duit banyak, saya akan bawa awak pergi North Korea
menggunakan jet peribadi’, balas Misha. Khairul Daniel tersenyum. ‘Okay, saya
pegang janji awak tu’, ucapnya seraya berlalu pergi. Misha seakan tidak percaya
dengan sikap lelaki itu. ‘Ish’, dia mendengus geram. Tanpa sedar, Marsha sedang
memerhati dari dalam rumah. ‘Berbahagia selagi kau mampu, Misha’, ucapnya.
‘Morning
Encik Edryan’, tegur pekerjanya. ‘Morning’, jawabnya sambil menghadiahkan
senyuman manis kepada pekerjanya. Adam juga mula melangkah masuk kedalam
pejabat. ‘Morning bos, hari ini pukul 8pagi Monday meeting. Lepas tu, pukul
11pagi ada briefing tentang pertunjukan fesyen minggu depan dan bos akan attend dinner bersama share holder yang lain pukul 8 malam
ini’, terang Fiza. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Dinner tu, Ceo
pergi tak?’, soal Adam. ‘Ya dan Ceolah yang arahkan bos untuk ikut serta’,
tambah Fiza lagi. Adam mengangguk tanda faham. ‘Awak boleh pergi buat kerja
awak’, arah Adam. Kelihatan semua pelajar praktikal sibuk menyiapkan rekaan
mereka. ‘Fafa, aku dengar banyak VIP datang semasa pertunjukan fesyen nanti’,
ujar Azie a.k.a Azlan. ‘Eh, babe aku nervouslah’, ucap Farhan a.k.a Fafa pula.
Aku, Farina dan Khairunissa hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. ‘Wahh, babe cantik rekaan kau ya’, puji Azlan
kepada Farina. Rekaan Farina memang sangat cantik dan bergaya. Gaya muslimah
yang di terapan dalam rekaannya sangat menarik. ‘Alah simple jaklah , babe.
Rekaan kau lagi menarik’, puji Farina pula. Rekaan Azlan juga tidak kurang
hebatnya, lagipun Cuma dia yang memilik model lelaki untuk memperagakan hasil
rekaannya. ‘Annyeong’, tegur satu
suara. Kami semua berpaling kearah suara itu. ‘Oh, Unnie’, ujarku apabila melihat Dania Ayerina.
‘Okay
tak?’,soalku kepada Dania Ayerina. ‘Tak ada apa yang nak ubah dah ini memang
dah cukup cantik dan menarik. Cuma lepas ini unnie kena control makan sikit, ya
lah takut pulak nanti baju ini tak muat masa hari peragaan’, guraunya. Misha
tersenyum puas. Akhirnya dapat juga dia menyiapkan rekaan baju untuk Dania
Ayerina. ‘Unnie sukalah simple dan elegant. Baju ini unnie boleh pakai masa
anugerah bintang popular nanti. Lepas tu untuk photo shoot pun baju ne masih di
kira bergaya’, tambahnya lagi. Misha tersenyum lagi. ‘Kalau Unnie suka, saya
pun puas hati’, tuturku seraya memeluk Dania Ayerina. ‘Gumawo, Misha’, ucapnya. Aku melepaskan pelukanku. ‘Sepatutnya saya
yang berterima kasih kepada unnie’, ujarku. ‘Aniyo, unnie nak berterima kasih sebab Misha sudi pilih unnie. Ini
cukup bermakna buat unnie’, ujarnya. Misha bingung dengan kenyataan yang di
ucapkan oleh Dania Ayerina. ‘Kenapa pula?’, soalku bingung. Dania Ayerina
berdiri dan memegang bahuku. ‘Jeongmal
gumawo’, ucapnya seraya memelukku erat.
‘Ne, araso unnie’, aku
membalas pelukannya. Tanpa disedari ada telinga yang sedang mendengar dari luar
bilik tersebut. Dia menarik nafas perlahan. ‘ Terima kasih juga Misha’, ucapnya
dalam hati. Edryan berlalu dari kawasan bilik itu.
Khairul
Daniel menarik nafas perlahan. Seketika kemudian, dia merenung iPhone di
tangan. Sekali lagi dia mendapat mesej dari orang yang sangat dirinduinya
selama ini. Entah mengapa, mesej itu mengundang seribu satu keresahan. ‘I will be back soon. Just wait for another
3months’, dia membaca berkali-kali mesej itu. ‘Tiga bulan?’, ucapnya seraya
mengeluh. Dia membuka galeri di dalam iPhone dan menyelak setiap gambar. Dia
tersenyum sendiri apabila melihat gambar candid Misha yang ditangkapnya
kemarin. ‘Misha, Misha, comel juga kau ini ya’, pujinya sendiri. Seketika
kemudian dia seakan tersedar dari khayalan. ‘Eh, apa aku cakap tadi?
Astagafirullah, Khairul Daniel kenapa semakin hari kau semakin berperangai
pelik ini? Apasal kau senyum-senyum sendiri tengok gambar Misha tu?’, soalnya
sendiri tanpa menyedari Datin Linda sedang memerhati tingkahnya. ‘Khairul sedar
Khairul’, ucapnya lagi. ‘Apa yang kau kena sedar ini Khairul?’, soal Datin
Linda dari pintu pejabatnya. Khairul Daniel terkejut dengan kehadiran Datin
Linda. Dia cuba berlagak tenang. ‘Apa dah kena dengan kau ini Khairul? Dah gila
ya bercakap sendiri? Itulah nenek suruh kau khawin cepat-cepat kau tak nak.
Tengok sekarang, ini dah jadi kes parah ini’, omel Datin Linda. Malu dibuatnya
Khairul Daniel. ‘Tak ada apalah nek, tadi tu Khairul cakap seorang-seorang
sebab Khairul tengah praktis. Khairul ingat nak ikut audition pilih kasih
nanti’, nafinya. Datin Linda menjeling Khairul Daniel. ‘Kau ingat
mentang-mentang nenek dah tua, nenek senang di tipulah’, sindir Datin Linda.
Khairul Daniel hanya tersengih. ‘Kenapa nenek datang sini?’, soalnya mahu
mengubah topik perbualan. Datin Linda mengerutkan dahi.
Dania
Ayerina tersenyum gembira. Misha dan Farina hanya berjalan mengekorinya dari
belakang. ‘Lah, kenapa jalan lambat sangat? Ppali
wa, nae dongsaeng’, tuturnya menyebabkan Misha dan Farina tertawa. ‘Mianhae Unnie’, tutur Misha. Dania
Ayerina menarik tangan Misha dan Farina lalu membawa mereka masuk ke kedai
Padini. ‘Hari ini korang temankan Unnie
shopping ya’, ucapnya dengan perasaan yang gembira. ‘Ne’, jawab Misha dan Farina serentak. Mereka pun berjalan masuk
dari satu kedai ke satu kedai di Suria Sabah. Dania Ayerina memang kaki
shopping tetapi masalahnya tiada satupun barang yang dia beli untuk dirinya
sendiri. Semuanya adalah untuk Misha dan Farina sehinggakan mulut mereka
terlopong. Tak sangka pula semasa mereka pulang kerja tadi, Dania Ayerina sudah
siap menunggu di luar pejabat untuk membawa mereka berjalan. Dania Ayerina
hanya memakai sweeter bersama seluar jeans dan hari ini kiranya hari bertuah
Misha dan Farina kerana dapat melihat wajah Dania Ayerina tanpa secalit mekap
di muka. Tetap anggun dan ayu walaupun tanpa mekap. Ada beberapa mata yang
asyik memandang Dania Ayerina barangkali mereka cuba mengingat wajah wanita
ini. Rupanya beginilah kehidupan seorang artis, asyik di kejar peminat. Mereka
akhirnya berhenti untuk makan malam di Pizza Hut. Dania Ayerina memesan makanan
untuk mereka bertiga. ‘Enjoy tak ikut unnie shopping?’, soalnya dengan senyuman
yang tak lekang dari bibir yang manis. Misha dan Farina sangat menyenangi Dania
Ayerina. ‘Sangat enjoy, tapi Unnie barang ini banyak sangatlah’, ucap Misha.
Farina mengangguk tanda setuju. Dania Ayerina hanya tertawa.
‘Alah
sikit jak tu. Unnie bosanlah tak tahu nak buat apa sebab tu Unnie bawa kroang
shopping’, ujarnya. Misha dan Farina saling berpandangan. ‘Tapi.. unnie benda
ini bukan murah’, tambah Farina lagi. Dania Ayerina tersenyum. Kagum dengan
keperibadian dua sahabat di hadapannya. ‘Alah anggap sajalah Unnie buat amal
Jariah. Lagipun, unnie nak sangat ada adik tahu tapi nak buat macam mana dah
takdir unnie jadi anak tunggal’, tuturnya dengan riak wajah sedih. Misha dan
Farina merasa serba salah. ‘Unnie,
Gumapta’, kata Misha seraya mengenggam tangan Dania Ayerina. Farina juga berbuat
demikian. ‘Jeongmal gumawo’, ucap
Farina. Akhirnya, mereka bertiga tersenyum. ‘Oii babe, apasal dengan kau ini?’,
tegur Shila. Marsha memandang kearah Shila. ‘Tak ada apa-apalah babe, aku
tengah fikir ini nak kerja kat mana lepas praktikal ini’, bohongnya. Shila
tersengih. ‘Babe, tak payah nak bohonglah. Aku kenal sangat dengan kau ini’,
tutur Shila sambil menghisap rokoknya. ‘Babe, kau tahukan apa pun yang terjadi
aku akan sentiasa sokong kau’, tambah Shila lagi seraya memegan bahu
sahabatnya. Shila sebenarnya seorang yang berhati mulia tetapi di sering di
pinggirkan oleh keluarganya sebab itu hidupnya jadi tidak ketentuan.
Hidup
diselubungi oleh maksiat dan dosa. Arak menjadi peneman dan penghilang
masalahnya. Ibu dan ayahnya bercerai semasa dia masih kecil lagi. Sejak dari
itu, Shila membenci ayahnya kerana mempunyai perempuan lain selain ibunya.
Semasa SPM, ibunya meninggal dunia akibat sakit buah pinggang. Selepas kematian
ibunya, dia nekad hidup sendiri tanpa memperdulikan ayahnya. Perniagaan yang di
tinggalkan oleh arwah ibunya diteruskan namun setiap malam Shila sering ke
kelab malam untuk menghiburkan diri. Siang dia akan menjadi bos yang tegas.
‘Thank you, babe’, ucap Marsha. Shila tersenyum. ‘Sekarang aku dah tahu apa
yang harus aku lakukan. Macam apa yang kau kata babe, hidup ini tak pernah adil dan kita sering
menjadi mangsa ketidak adilan’, ujar Marsha. Shila bingung. ‘Kau nak buat apa?
Kalau pasal kerja kau tak usah risau, kau kerja saja dengan aku. Aku boleh
jadikan kau penolong pengarah’, dia menawarkan diri. Marsha ketawa. ‘Aku nak
buat apa yang aku sepatutnya lakukan. Amboii, kau nak jadikan aku penolong
pengarah? Kau tu tahu apa pasal business’, gurau Marsha. Shila ketawa lagi. ‘Enough babe, let’s enjoy the night’,
jeritnya seraya menuju ke pintu masuk kelab malam yang selalu mereka kunjungi.
‘Let’s go’, jerit Marsha juga.
‘Misha, Misha, just wait and see’,
desis hatinya sendiri.
Comments
Post a Comment