Cinta Satukan Kita 6



Aku dan Farina sibuk mencari dari satu kedai ke kedai yang lain. ‘Misha, senang lagi design baju tahu. Susahnya nak cari hadiah untuk budak tu’, omel Farina. Misha mengangguk tanda setuju. ‘Aku pun tak tahu nak bagi apalah Far. Khairil tu bukan boleh baca fikiran dia. Aku ingat nak bagi dia mainan yang biasa budak main tapi dia tu macam tak minat saja dengan benda tu semualah’, Misha mula berputus asa. Mereka pun duduk di sebuah kerusi sambil memerhati manusia yang sedang sibuk membeli belah. ‘Misha, itu Marsha kan?’, ujar Farina seraya memuncungkan mulutnya kearah Marsha. Ada seorang lelaki yang asyik mengekorinya. ‘Siapa pula lelaki tu?’, soalku. ‘Entah, boyfriend dia kot’, jawab Farina acuh tak acuh. Misha berfikir seketika. ‘Aku mesti siasat perkara ne’, dia nekad lalu berdiri tetapi sempat di halang oleh Farina. ‘Mwo?’, soalku. ‘Babo, Kau nak dia marah kau dekat sinikah? Biarkan dia, dia dah besar taulah dia jaga diri’, marah Farina. ‘Tapi Far, biar macam mana pun dia tetap kakak aku’, ucap Misha lemah. ‘Masalahnya, dia tak pernah anggap kau sebagai adik dia. Don’t worry okay, aku rasa lelaki itu boyfriend dia. Biasalah kalau couple kan gaduh-gaduh sayang’, Farina meyakinkan Misha. ‘Ya tak ya juga kan’, Misha mengalah. Farina tersenyum. ‘Kaja’, ajaknya lalu mereka meneruskan pencarian.

‘Marsha, Marsha’, panggil Rahiman. Marsha hanya meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Rahiman. ‘Marsha, please dengar dulu apa yang saya nak cakap’, rayu Rahiman. Marsha berhenti apabila tiba di parking lot. Kawasan yang tidak ramai orang dan baginya sesuai untuk berbincang. ‘What do you want?’, soalnya angkuh. ‘Aku, aku nak bertanggungjawab dengan kau. Aku tahu aku salah tapi malam tu.’, Rahiman cuba menjelaskan keadaan sebenar. ‘Stop it, Rahiman. Aku tak nak dengar penjelasan kau lagi’, bentak Marsha. Rahiman menggempal tangannya. ‘Macam mana kalau awak mengandung?’, soalnya tiba-tiba. Marsha tersentap dengan soalan itu. Tidak pernah dia terfikir soal itu. Rahiman mula tersenyum apabila melihat reaksi Marsha. ‘Saya akan gugurkan!’, ujarnya. Rahiman terkejut mendengar jawapannya. ‘Marsha, awak tak boleh buat macam itu. Anak tu anak saya dan awak tahukan haram menggugurkan kandungan’, pujuk Rahiman. Manik jernih mula membasahi pipi Marsha. Dia memalingkan wajahnya. ‘Kenapa kau nak cakap soal haram dengan aku sedangkan kau dah buat benda yang haram dengan aku. Kau tahukan aku tak suka kau tapi kenapa kau tak pernah berhenti dari mengejar aku. Banyak lagi perempuan diluar sana yang lebih baik dari aku. Kenapa Rahiman, Kenapa?’, jeritnya diikuti dengan air mata. Perasaannya tidak tertahan lagi.

Rahiman mula risau melihat keadaan Marsha. Dia cuba untuk menenangkan wanita itu tapi dia tidak tahu bagaimana. Sekali lagi Rahiman tewas dengan dirinya sendiri. ‘Maafkan saya Marsha, saya tak tahu pula untuk mencintai seseorang memerlukan sebab yang tertentu. Kenapa saya tak pernah berhenti mengejar awak kerana satu saat nanti awak pasti akan penat berlari dan saat itu awak akan sedar ada seseorang di belakang awak yang tak pernah penat mengejar awak. Saya tak tahu kenapa awak benci sangat dengan saya. Buruk sangatkah rupa saya ini? Adakah saya tak layak untuk mencintai awak?’, luah Rahiman. Marsha mengetap bibir. ‘Awak memang tak layak untuk dicintai oleh saya. Dan dengar sini baik-baik, saya takkan pernah mencintai awak! Andai awak lelaki yang terakhir didunia ini pun, saya takkan PILIH AWAK!! so please stay away from my sight’, herdiknya seraya berlalu meninggalkan Rahiman. Sakit itulah yang dirasakan olehnya. Dunia kelihatan gelap dan kelabu. Hatinya juga terasa tawar. Rahiman terduduk di situ.

‘Misha, awak free tak malam ne?’, soal Edryan. Misha menghadiahkan sebuah senyuman kepada Edryan. ‘Free, kenapa ya Encik?’, soalnya bingung. ‘Baguslah tu. Lagi satu kalau berdua dengan saya tak payahlah nak berencik-encik. Formal sangatlah’, ujarnya. Misha mula tersengih. ‘Kalau macam tu boleh tak saya panggil encik Edryan ‘Oppa’ lepas ini?’, soalnya. ‘Oppa?’, Edryan bingung. Misha mengangguk. ‘Oppa’ tu maksudnya ‘abang’. Orang Korea selalu panggil orang yang lebih tua dari mereka ‘Oppa’, terang Misha. Edryan tersengih. ‘Okaylah kalau macam tu’, jawab Edryan. Fanatik betul budak ini dengan Korea, telah Edryan. ‘Jeongmal? Kahamsamida Oppa. Nampaknya saya dah ada ‘Oppa’ dan ‘Unni’, ujar Misha. ‘Unni’, apa pula maksud ‘unni’? soal Edryan lagi. ‘Unni’ maksudnya kakak’, terang Misha. ‘Then who’s your ‘Unni’? soal Edryan lagi. ‘Kak Dania Ayerina’, jawabnya. Edryan ketawa. ‘Waeyo oppa?’, soal Misha. ‘Tak ada apa-apa, unni kamu tu memang fanatik dengan Korea’, ucapnya tanpa sedar. Misha memandangnya hairan. ‘Nampaknya Oppa kenal sangat dengan unni’, telah Misha. Edryan terdiam. ‘Misha, Oppa lupa pula masih ada kerja yang masih belum di siapkan. Kamu teruskan kerja nanti petang tunggu oppa tahu’, arahnya. Misha hanya mengangguk walaupun masih hairan dengan kelakuan Edryan.

‘Misha, kau dah jumpakah hadiah untuk budak psycho tu?’, soal Farina. Misha ketawa mendengar gelaran Farina terhadap Khairil Danel. ‘Dah’, jawabnya sepatah. ‘Apa kau bagi dengan dia?’, soal Farina ingin tahu. ‘Tak adalah special sangat, aku cuba bagi buku jak’, jawabnya. ‘Buku apa?’, Farina masih ingin tahu dengan lebih lanjut. ‘Buku kosong saja. Kau kata dia psycho kan sebab tu aku hadiahka dia buku supaya dia dapat tulis apa yang terbuku dalam hati dia. Mungkin dia tak dapat luahkan tapi sekurang-kurangnya dia boleh tulis’, terang Misha. Farina mengangkat kening mendengar penerangan Misha. ‘Wow, bertuah Khairil Daniel sebab ‘tunang’ abang dia ambil berat dengan dia’, usik Farina sengaja menegaskan perkataan ‘tunang’. Mereka berdua tertawa. ‘Eh Far macam mana persiapan kau untuk Fashion show nanti?’, soal Misha.  ‘Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dengan sedikit sentuhan lagi,  rekaan aku akan siap’, ujar Farina dengan penuh semangat. Misha turut tumpang gembira. ‘Kau pula macam mana?’, soal Farina. ‘Unni aku busy sikit minggu ini so aku kena tunggu minggu depan untuk menyempurnakan rekaan aku’, terangnya. Farina memegang bahu Misha. ‘Gwaenchana. Ingat kata papa aku’, ujar Farina. ‘Biar lambat asal selamat’, ucap mereka serentak disertai dengan tawa. ‘Kaja’, ajak Farina.  Mereka pun mula berjalan keluar.

Hyung’, tegur Adam. Edryan tertawa. ‘Kau pun dah terjangkit dengan virus Korea juga?’, usik Edryan. ‘Macam mana tak terjangkit, satu syarikat pun dah start panggil ‘oppa’, ‘unni’ dan ada juga yang panggil ‘ahjumma’, ujar Adam sambil menggelengkan kepala. ‘Tapi kau perasaan tak? Kehadiran budak-budak praktikal ne memeriahkan lagi suasana syarikat kita. Aku cadang nak serap mereka terus selepas tamat tempoh praktikal nanti’, Adam mengangguk tanda setuju dengan cadangan Edryan. ‘Aku setuju sangat’, jawab Adam. ‘Aku perasan sejak dua menjak ne, kau asyik keluar malam. Kau pergi mana ar?’, soal Edryan mahukan kepastian. Adam jadi tidak keruan. ‘Eh, itu pun diaorang Farina’, Adam mengubah topik. ‘Are you ready girls?’, soal Adam. ‘Oppa? Odi ngoya?’, soalku. ‘Ikut jaklah Misha’, arah Edryan. ‘Ne’, jawabku. ‘Kaja’, ajak Adam. Farina tersengih mendengar kata-kata Adam. ‘Sayang’, panggil satu suara. Kami semua berpaling kearah suara itu. Apa pula yang dia buat kat sini ini?. ‘Oppa, Chakkanmanyo’, Misha meminta izin kemudian berlalu menuju kearah Khairul Daniel. Edryan dan Adam saling berpandangan. ‘Mengacau betullah dia ne’, luah Farina tanpa sedar. Riak wajah Adam berubah apabila Farina tidak berkelip memandang Khairul Daniel dan Misha.

‘Kau nak apa?’, soal Misha. Khairul Daniel cuba mengawal perasaan agar mereka yang melihat dari jauh tidak syak apa-apa. ‘Kau nak pergi mana?’, soal Khairul Daniel. Misha mencebikkan bibir. ‘It’s none of your business,’ tegasnya. Khairul Daniel membuntangkan mata mendengar jawapan daripada mulut ‘tunangnya’. ‘Aku ini tunang kau, so mana kau pergi kau kena beritahu aku sebab nanti ada apa-apa hal senang aku nak cari kau’, alasannya. Misha tersenyum sinis. Sejak bila pula aku ini jadi tunang dia yang sah? Banyak cantik muka dia. Khairul Daniel mengerutkan dahi melihat reaksi Misha. ‘kenapa pula dia tersenyum sendiri ini?’, telahnya sendiri. ‘Apa yang lucu sangat?’, soalnya. Misha menggeleng kepala. ‘Saya rasa lebih baik awak pulang saja. Lagipun hari ini saya ada hal dengan Encik Edryan, Encik Adam dan Farina. See you again, daa’, ucapnya seraya berlalu meninggalkan Khairul Daniel. Edryan yang dari tadi asyik memandang dari jauh mula rasa iri. ‘Bahagia betul Misha dengan Khairul Daniel’, desis hatinya. Khairul Daniel masih berdiri kaku di sisi keretanya. ‘Apa patut aku buat ini?’, soalnya sendiri. ‘Takkan aku nak biarkan dia pergi dengan lelaki lain? Tapi kenapa juga aku nak kisah kalau dia pergi dengan lelaki lain?’, hatinya mula keliru. Apabila Misha mula memasuki kereta Edryan, dia menjadi tidak keruan. Suatu rasa yang tidak menyenangkan mula menyelubungi hatinya.

Misha menyampah melihat lelaki yang asyik tersengih sendiri di temat duduk belakang. Dia ini tak hidup kot kalau tak menganggu ketenteraman aku. Entah hantu apa yang merasuk dia? Tiba-tiba nak ikut kami. Aku menjelingnya berkali-kali tetapi dia tetap berlagak cool. ‘Misha, awak memang minat Korea kah?’, soal Edryan memecah suasana. ‘Ne, Oppa. Jeongmal Chuwae’, jawabku sambil menjeling Khairul Daniel. Edryan tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih. ‘Kalau macam tu nanti ajarlah Oppa bahasa Korea yang awak tahu, boleh?’, pinta Edryan. Misha jadi malu sendiri. Manalah aku pakar betul bahasa korea ini. Apa yang aku selalu cakap adalah apa yang biasa aku dengar dalam movie atau drama Korea saja. ‘Okay oppa, tapi saya tak tahu banyak. Sikit-sikit bolehlah’, jawabku jujur. ‘Kalau kamu nak, Oppa boleh hantar kamu belajar bahasa Korea. Yuran biar oppa tanggung’, cadang Edryan. ‘Wahh, Jeongmal?’, soalku sambil menepuk tangan. ‘Oppa memang baik hati. Jarang jumpa orang macam Oppa ini’, sindirku seraya memegang bahu Edryan. Khairul Daniel berdehem. Tidak sanggup melihat kemesraan Misha dan Edryan. ‘Orang zaman sekarang ne Ed, selalu lupa asal usul. Kenapa nak banggakan bahasa orang lain sedangkan bahasa kita pun bukannya teruk sangat’, sindirnya.  Edryan hanya tersenyum. ‘Lagi satu Ed, kebanyakan orang Korea ini semuanya palsu. Maklumlah plastic surgery. Tapi hairan juga kenapa ramai wanita melayu fanatic sangat dengan mereka sedangkan lelaki melayu belum pupus lagi’, ucap Khairul Daniel sambil mengenyitkan mata kepada Misha.

‘Yucks’, Misha menyampah. ‘Oppa tahu tak? Memang kebanyakan orang Korea ini palsu tetapi Misha tahu menilai mana satu original mana satu palsu. Lagipun bukan lelaki melayu tak laku tapi lelaki melayu sekarang ini bukan boleh harap sangat pun. Kebanyakannya menyakitkan hati’, Misha juga tidak mahu mengalah. Khairul Daniel mengigit bibir. ‘Kecuali Oppa. Oppa sangat berbeza dari lelaki melayu yang lain. Untung siapa yang jadi isteri oppa’, puji Misha menyebabkan Khairul Daniel terdiam.  Akhirnya, Khairul Daniel mendiamkan diri dan mula bermain dengan telefon bimbitnya. Sesekali dia mengerling kearah Misha dan Edryan yang dari tadi asyik ketawa. ‘Aku ini tak wujudkah?’, marahnya dalam hati. Edryan memandu masuk ke perkarangan rumah banglo tiga tingkat. Selepas meletakkan keretanya di garaj, dia menjemput Misha dan Khairul Daniel untuk masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian, Adam dan Farina tiba dan menyusuri mereka. Selepas bersalaman dengan ahli keluarga Edryan dan Adam, mereka menuju ke meja makan untuk menjamu selera.  ‘Far, kau rasalah air tangan bakal mak mentua kau malam ini. Bertuah kau’, bisikku di telinga Farina. Hampir tersedak Farina mendengar kata-kataku. Semua mata tertumpu kearah Farina. ‘Kenapa Farina masakan aunt tak sedapkah?’, soal Puan Kamariah. Misha hanya tersengih. Wajah Farina mula merona merah apabila semua mata memandangnya. ‘Sedap aunt, entahlah siapa yang sebut nama Farina’, ujarnya sambil mencubit paha Misha yang duduk disebelahnya. Wajah Misha berkerut menahan kesakitan. Tak sangka Puan Kamariah sangat pandai memasak. Selama ini, Puan Kamariah yang menjaga makan minum anak-anaknya tanpa mengharapkan pembantu rumah.

Selesai solat berjemaah, kami semua berkumpul di ruang tamu. Aku meneliti setiap inci ruang itu. Meja yang tersusun kemas dan ada sebuah rak yang memenuhi piala dan medal milih anak-anak Puan Kamariah. Di dinding pula kelihatan gambar keluarga mereka yang bersaiz besar. Lancar Puan Kamariah bercerita mengenai kisah Adam semasa kecil. ‘Biarpun Adam dan Edryan ini seumur tapi Edryan lagi matang dari Adam. Maklumlah terlampau manja. Dulu masa kecil Adam suka pakai baju perempuan’, cerita Puan Kamariah. Muka Adam merona merah apabila kami semua tertawa. ‘Sebentar ya, aunt ambil gambar Adam masa kecil dulu’, Puan Kamariah bertambah ceria. ‘Ummi, janganlah. Nina halanglah ummi’, pinta Adam kepada Nina Amalina tetapi langsung tidak di endahkan oleh adik bungsonya. Seketika kemudian, Puan Kamariah tiba dengan sebuah album yang memuatkan gambar-gambar mereka semasa kecil. ‘Baba, tengoklah ummi’, Adam mengadu kepada Encik Idham. ‘Alah Dam, bukan selalu pun. Lagipun kau memang comellah dulu’, Edryan menambah. Encik Idham hanya menggelengkan kepala. Kami tertawa melihat gambar Adam. Memang comel dan lucu. Khairul Daniel juga turut sama terhibur. ‘Aunt ini gambar siapa?’, soalku apabila melihat gambar seorang bayi perempuan. Puan Kamariah memandang Edryan yang hanya bersikap tenang. ‘Eh, lupa pula tadi aunt ada potong buah. Sekejap ya aunt pergi ambil,’ Puan Kamariah mengubah topik tidak mahu menyinggung perasaan Edryan.

Tepat jam 9 malam, barulah kami beransur pulang. Edryan singgah di office untuk mengambil kereta Khairul Daniel. Selepas itu, dengan baik hatinya Khairul Daniel menawarkan diri untuk menghantar aku dan Farina pulang. Sepanjang perjalanan, kami hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana kepenatan. Setibanya di hadapan rumah sewa, kami di kejutkan dengan kehadiran Marsha. ‘Dia buat apa di sini?’, soalku sendiri. Farina juga terkejut melihat Marsha. Farina turun dari kereta begitu juga aku tetapi Khairul Daniel menahan tanganku. ‘Mwo?’, bentakku.  ‘Eh, tak payah nak menjeritlah’, marahnya.  Misha mengemaskan rambutnya. ‘ Apa lagi?’, soal Misha geram. ‘Mesra betul kau dengan ‘oppa’ kau tu ya. Siap bercakap Korea lagi’, ujar Khairul Daniel. Misha geram sendiri. ‘Kenapa kau nak..’, kata-katanya mati disitu. ‘Wait a minute, are you jealous?’, telah Misha. Khairul Daniel tidak tentu arah. ‘Hah? What? Aku cemburu dengan kau? Pleaselah, tak kuasa aku nak cemburu dengan kau. Lagipun nanti girlfriend aku pulang ke Malaysia, aku akan bersama dia bukan kau’, ucapnya dengan ego. Misha mengangkat kening. ‘Aku berdoa dia pulang cepat supaya aku tak perlu menipu lagi’, ucap Misha. Khairul Daniel tersenyum sinis. ‘ Kau berdoa dia pulang cepat supaya kau boleh larikan diri dari bayar hutang kau kan?’, kata-kata tu terkeluar dari mulut Khairul Daniel tanpa sengaja. Misha terkedu. Khairul Daniel menampar bibirnya sendiri. ‘Jangan risau, aku pasti akan bayar baki hutang aku tu. Nanti kau beritahu berapa jumlahnya, okay. Chalca’, ucapnya seraya keluar dari kereta. Aku cuba untuk tersenyum walaupun payah. Ya Allah, aku hampir terlupa tentang tu.

‘Misha, Farina, Kak nak minta maaf sebab selama ini kak selalu berkasar dengan kamu berdua. Kak menyesali perbuatan kak’, luah Marsha diiringi dengan air mata. Aku dan Farina seakan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Marsha. Jujur saat inilah yang aku nantikan selama ini. Aku memeluk Marsha dengan erat. Ya Allah, syukur Alhamdulillah kerana kau satukan kami berdua. ‘Kak, Misha tak pernah simpan semua tu dalam hati. Kak adalah satu-satunya saudara yang Misha miliki. Air dicincang takkan putus kak’, air mata mula membasahi pipiku. Tak dapat digambarkan perasaanku sekarang ini. Farina juga memeluk kami dengan erat. ‘Korang janganlah nak berdrama malam-malam ini’, ujar Farina seraya mengeratkan lagi pelukan. Mulai hari ini, Marsha akan tinggal bersama kami. Di saat Misha dan Farina sedang lena dibuai mimpi, Marsha keluar menuju ke ruang tamu. Dia berfikir sendiri. ‘Betulkah apa yang aku buat ini?’, fikirnya sambil mengigit jari. Dia memegang rantai milik Misha yang di ambil tanpa pengetahuan orang tuanya. ‘Patut aku hantar dia saja pulang kepada keluarga asalnya, biar dia tak menyemak lagi di rumah aku’, dia berfikir lagi. Seketika kemudian, Marsha tersenyum sendiri. ‘Itu adalah jalan yang terbaik buat kami’, putusnya sebelum masuk ke bilik untuk menyambung tidurnya.  Keesokan paginya, Marsha bangun awal untuk menyediakan sarapan buat mereka. Begitu juga hari-hari seterusnya. Marsha melayan mereka dengan baik sekali. Misha kelihatan sangat bahagia.

Khairul Daniel mengeluh sendiri. Sudah tiga hari dia tidak dapat menghubungi Misha. ‘Dia pergi mana ? Takkan dia langsung tak rindu aku?’, ucapnya sendiri. Khairul Daniel terlopong. ‘Apa aku cakap tadi? Aku ada sebut rindukah? Apalah aku ini. Sah aku penat sangat ini sebab tu fikir yang bukan-bukan. Emm..Kath, Kath kalaulah kau datang masa aku nak lamar kau hari itu mesti sekarang kita bahagia’, telahnya. Secara jujurnya, sejak dua menjak ini nama Katherina mula hilang dalam hatinya. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari kereta dan berjalan masuk kedalam rumah. ‘Kenapa rumah aku gelap ini? Mana nenek dan pembantu rumah’, soalnya sendiri.  Tiba-tiba mulutnya di tekup oleh seseorang dari belakang. Dia cuba mempertahankan diri dengan menyiku perut orang itu. ‘Auchhh! Sakitlah. Kau nak bunuh akukah apa ini?’, marah wanita itu. Khairul Daniel berpaling kearah wanita itu. Misha sedang mengerang kesakitan. ‘Kau buat apa kat sini?’, soal Khairul Daniel. Dasar lelaki tak guna, aku tengah dalam kesakitan tapi dia sibuk tanya aku buat apa kat sini pula. ‘Diamlah, kejap lagi kau tahulah. Dah mari sini’, dengus Misha sambil menarik Khairul Daniel untuk berdiri di sebelahnya. Misha mengambil kek cawan yang telah terhias cantik dan menghulurkan kepada Khairul Daniel. ‘Birthday siapa hari ini?’, soalnya bingung. Hampir terlopong mulut Misha. Biar betul mamat ini, birthday orang rumah dia sendiri pun tak tahu. ‘Pegang jaklah’, arahku. Khairul Daniel hanya menurut.

Seketika kemudian, kedengaran pintu hadapan di buka. ‘Surprise!!!’, jerit semua tetamu. Khairil Daniel terkejut. Ramai teman-teman dari sekolahnya datang walaupun dia tidak mengenali mereka. ‘Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Khairil, happy birthday to you’, semua tetamu menyanyikan lagu hari jadi kepada Khairil Daniel. Khairil Daniel memandang Datin Linda di belakangnya. Kemudian dia memeluk wanita tua itu. Terharulah tu, akhirnya nampak juga emosi budak tu. Selepas acara memotong kek, bayang Khairul Daniel langsung tidak kelihatan. Khairil Daniel sedang sibuk melayan teman-teman yang baru diketahui namanya. Datin Linda yang menjemput teman-teman dari sekolah Khairil Daniel supaya cucunya dapat bergaul dengan mereka tetapi aku lihat Khairil Daniel langsung tidak gembira. Marsha dan Farina sibuk melayan karenah teman-teman Khairil Daniel. Seketika kemudian, Khairil Daniel keluar dari kumpulan teman-temannya dan berjalan menuju ke taman belakang. Dia duduk di sebuah buaian sambil memandang langit. ‘Saengil chuka hamnida’, ucapku. Khairil Daniel langsung tidak menoleh. ‘Macam mana awak tahu saya ada kat sini?’, soalnya. Aku duduk di sebelahnya. ‘Sebab kak ada kuasa’, jawabku. Khairil Daniel hanya mendiamkan diri. ‘Khairil nak kak ajar magic tak?’, aku cuba mengambil perhatiannya. Dia masih mendiamkan diri. ‘Orang yang kena magic ini akan jadi rapat dan suka dengan kita tahu’, aku tidak mahu mengalah. ‘Magic apa?’, Khairil Daniel mula menunjukkan minat. ‘Kak namakan ini sebagai Magic Spell. Kejap ya, kak bagi demo’, ujarku. Khairil Daniel semakin tertarik.

Aku meletakkan hadiah di sisi Khairil Daniel lalu berdiri di hadapannya. Aku memandang sekeliling. Takut-takut kalau ada yang ternampak, malu pula nanti. ‘Khairil, hafal tahu step ne’, arahku. Khairil Daniel hanya mengangguk. ‘Mula-mula jalan tiga langkah kehadapan, selepas itu pusing satu kali dan goyangkan badan. Letakkan tangan ke belakang dan buat bentuk love besar. Akhir sekali, tunjuk kearah orang yang kita nak spell dan jerit ‘Saranghae’, terangku sambil membuat demo. Tiba-tiba kedengaran suara ketawa dari arah belakangku. ‘Kau buat apa kat sini?’, marahku. Khairul Daniel masih tidak henti ketawa. Khairil Daniel pula menahan ketawa. ‘Apa tu? Magic Spell?’, Khairul Daniel semakin giat menyakat. ‘Stop it! It’s not funny at all’, malu pula rasanya. Khairul Daniel tetap tidak mahu berhenti.  Aku berlalu dan kembali seketika kemudian dengan krim kek. Aku mengenakan krim kek di muka Khairul Daniel yang sedang leka ketawa. Kali ini giliran aku pula ketawa. Khairul Daniel mengetap geram. ‘Berani kau ya’, ucapnya geram seraya meramas semua krim kek dan mengejarku. ‘Arghh..Shirheo, Khairil tolonglah kak’, rayuku namun Khairil Daniel langsung tidk mengendahkanku. Matanya kini tertumpu dengan sebuah bungkusan yang berada di sisinya.  Ada sebuah kad terselit diatas hadiah itu.

‘Saengil chuka hamnida, Khairil. Kadangkala ada yang tidak dapat diluah oleh bibir tapi kita mampu tulis dengan tangan. Semoga awak sentiasa di berkati dan senyum selalu baru tak nampak tua. Love  Misha Unni’. Khairil Daniel tersenyum membaca kad ucapan itu. Dia memandang kearah Khairul Daniel dan Misha yang asyik berkejaran sambil bermain krim kek. Tanpa disedari, ada mata lain yang turut sama melihat situasi yang membahagiakan itu. Datin Linda tersenyum gembira. ‘Sejak kehadiran Misha dalam hidup kami, dunia yang dulu gelap seakan menjadi cerah semula. Lisda, Riduan, anak korang dah besar. Tak lama lagi nak bergelar suami orang dan dia juga semakin hari semakin mula menerima adiknya Khairil’, ucap Datin Linda dalam hati. ‘Khairil marilah sini’, jerit Misha. Khairil Daniel yang sedari tadi asyik memandang telatah mereka mula menunjukkan minat untuk turut serta. Dia berlari arah Misha dan mula bermain sama. Kedengaran ketawa mereka bersatu. Buat pertama kalinya, Khairil Daniel merasa seperti sebuah keluarga yang bahagia. ‘Terima kasih, kak tukang urut. Kehadiranmu sangat bererti’, ucapnya dalam hati sambil tersenyum memandang Misha.  ‘Ini adalah hadiah hari jadi yang sangat bermakna’,  tambahnya lagi. Khairul Daniel juga turut merasa bahagia. Dua hari hatinya tidak keruan kerana tidak dapat bertemu dengan Misha. Bukan dia tidak mahu menghubungi Misha tetapi kerana ego dia sanggup mengetepikan kehendak hatinya.

‘Maafkan aku Azri tapi aku tak mampu untuk meneruskan perhubungan ini. Aku dah penat dengan semua ini Azri’, luahnya diiringi dengan air mata. Azri hanya mendiamkan diri. ‘Aku nak kembalikan cincin ini kepada kau semula. Aku tak layak memilikinya’, ujarnya seraya menanggalkan cincin yang terhias cantik dijarinya. Azri berpaling. ‘Kenapa begitu cepat awak nak mengalah Intan? Setelah apa yang kita tempuhi selama ini, Kenapa baru sekarang awak nak ucapkan kata putus? Kenapa Intan? Kenapa?’, bentak Azri. Intan menunduk seraya berpaling dari memandang wajah Azri. ‘Maafkan aku. Keputusan aku muktamad’, putusnya seraya melangkah pergi meninggalkan Azri yang penuh dengan tanda tanya. ‘Cut!! Bagus Dania, Bagus Jeffry’, teriak pengarah mereka. Dania Ayerina mengelap airmatanya dan bersalaman dengan semua krew penggambaran mereka. ‘Well done Dania’, ucap Jeffrey. ‘Yeah, you too. Awak memang bagus’, puji Dania Ayerina. ‘Tapi masih banyak yang saya perlu belajar. Terima kasih kerana awak tak lokek ilmu dengan saya’, ucapnya penuh kesyukuran. Dania Ayerina hanya membalas dengan senyuman. ‘Okay ready untuk scene seterusnya’, teriak director.

Jauh di sudut lokasi penggambaran, ada sebuah kereta sedang memerhati mereka. ‘You already make me proud with you’, ucapnya sendiri. ‘Okay wrap for today’, jerit direktor. Dania Ayerina tersenyum puas melihat bakat lakonannya. Selesai menukar pakaian, dia mengucapkan terima kasih diatas kerja keras semua krew sebelum dia pamit untuk pulang. Pengurus dan make up artist sudah menunggu di dalam kereta miliknya. Dia berjalan menuju ke tempat parking kereta. Seketika dia terhenti melihat kereta yang dikenalinya. Dia memandang sekeliling tetapi pemilik kereta itu tiada. ‘Mungkin dia ada dinner dekat sini kot’, desis hatinya. Kemudian, dia berlalu kearah keretanya dan selepas memasuki perut kereta, mereka berlalu pergi. Edryan menegakkan kedudukan kerusinya. Dia sedar dengan apa yang berlaku tetapi untuk mengelak dirinya di tangkap, dia menyembunyikan diri di dalam kereta. ‘Kau masih lagi pengecut yang sama Ed’, ujarnya sendiri. Tidak berapa lama, dia pun berlalu pergi.







Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2