Cinta Satukan Kita 5
‘Mwo?’, jeritku. Semua staff memandang
kearahku. Aku hanya tersengih. Farina datang menghampiriku. ‘Eh, kalau kau tak
jerit tak boleh kar?’, marah Khairul Daniel didalam talian. ‘Kau dah gila kar?
Aku tengah kerja ne. Lagipun, dia tu adik kau bukan adik aku pun’, marahku. Khairul
Daniel mengigit bibir. ‘Pandai juga kau berfikir ya. Kau dengar sini, kau tu
orang upahan aku. So, apapun arahan aku kau kena turuti. Kau dah lupa kar
hutang kau dengan aku?’, ungkitnya. Riak wajahku mula berubah. ‘Arasso’, aku mengalah seraya mematikan
talian. Farina memandangku tidak sabar mahu mengetahui apa yang telah terjadi.
‘Kwaenchanayo Misha ssi?’, soal Farina prihatin. Aku
tergelak mendengar Farina berbicara dalam bahasa korea. ‘Ne, Cheonuen gwaenchana’, ujarku seraya berdiri. ‘Odi ngoya?’,
soal Farina lagi. ‘Aku nak pergi jemput Khairil Daniel dekat sekolah. Dia sakit
perut’, terangku. ‘Tapi dia bukan adik kau’, marah Farina. ‘Nenek pergi meeting
dekat Ranau, ‘tunang’ aku pula tak tahu buat apa. Maklumlah aku kan kuli dia’,
sengajaku tegaskan perkataan tunang. ‘Aku beritahu Abang Bob kejap ya’, ujarku
seraya berlalu. ‘Misha’, panggil Farina. Aku berpaling semula kearah Misha. ‘Fighting!’,
katanya sambil mengenggam kelima-lima jarinya. ‘Kamsahamida’, ucapku seraya berlalu.
Kelihatan
Khairil Daniel sedang duduk di pondok sekolah. ‘Annyeong’, sapaku. Khairil Daniel menjelingku seraya melihat di
belakangku seperti sedang mencari seseorang. ‘Kenapa awak yang datang? Abang
saya mana?’, soalnya. ‘Entah, dia yang suruh saya datang jemput awak’,
terangku. Riak wajah Khairil Daniel berubah. Pelik, dia betul-betul harapkan
abang dia yang jemputkah? Nak buat macam mana Khairil Daniel, abang kau tu
memang tak guna. Nasib baiklah dia ada ‘tunang’ macam aku ne, kalau tak entah
siapalah dia suruh untuk jemput kau. ‘Kaja’,
ajakku. Khairil Daniel menjelingku. ‘Boleh tak awak cakap bahasa melayu, saya
benci bahasa korea’, ucapnya terus terang. ‘Well, awak beruntung sebab dapat
bakal kak ipar yang pandai banyak bahasa’, pujiku seraya tersengih sendiri. Khairil
Daniel hanya berdiam diri. ‘Awak parking kat mana?’, soalnya. ‘Huh?’, hampir
terlopong mulutku mendengar soalannya. ‘Saya tak ada kereta, tadi saya datang
naik bas’, ucapku terus terang. Nak buat macam mana, aku tak mampu nak beli
sebuah kereta. Daripada beli kereta lebih baik aku guna duit tu untuk perubatan
mak. ‘Awak langsung tak layak nak jadi kak ipar saya’, ujarnya. Aku mendengus
geram. Ingat aku nak sangatkah bertunang dengan abang kau tu. Tak apa, tunggu girlfriend abang kau datang, lepas tu
aku akan pergi. Marahku dalam hati.
Hampir
setengah hari aku menghabiskan masa bersama Khairil Daniel. Bermain di taman
permainan, makan aiskrim dan berlumba lari. Semua ibu-ibu mengetawakan aku
apabila aku berlari tanpa kasut. Takkanlah aku nak lari dengan heels aku, tahan malu jak lari dengan
pakaian pejabat. Aku berehat seketika di bangku taman. ‘Anak sulung kar?’, soal
satu suara. Aku hanya tersenyum. ‘Bukan..’, kata-kataku mati di situ apabila
Khairul Daniel muncul di taman permainan. Dari tadi aku mesej baru sekarang dia
nak sampai. Kak tadi tersengih. ‘Suami adik kar?’, soal Kak tu lagi. ‘Handsomelah’,
puji kak tu. ‘Okaylah kak balik dulu ya, dah nak maghrib ne. Kena masak lagi
untuk suami’, ujar Kak tu. Aku hanya
menghantar pemergiannya dengan senyuman. Khairul Daniel duduk di
sebelahku. ‘Sorry lambat’, ucapnya. Aku
hanya mendiamkan diri. Mataku tertumpu kearah Khairil Daniel yang sedang
memandang kanak-kanak lain bermain. Dia hanya bersendirian. ‘Eh kau dengar tak
aku cakap dengan kau ne?’, bentak Khairul Daniel. ‘Huh?’, aku menjadi bingung. ‘Bengap
betullah kau ne’, marahnya seraya menepak dahiku yang luas. ‘Auchhh..
sakitlah’,jeritku. ‘Okaylah, saya balik dulu. Tak lama lagi nak masuk waktu
maghrib’, pamitku. ‘Tunggu, biar saya hantar awak balik’, ajaknya. Aku menarik
nafas pelahan. ‘Tak apa, saya boleh balik sendiri. Assalamualaikum’, pamitku. Khairul
Daniel memandang dengan seribu persoalan.
Farina
melihat jam di tangan, sudah hampir jam 7 tetapi dia masih sibuk dengan
kerjanya. Puan Sarimah juga sudah pulang. ‘Relaks Farina, tinggal sikit lagi
ne’, ucapnya sendiri. Adam keluar dari pejabatnya sekitar jam 7.15 petang. Saat
dia turun ke tingkat satu, bilik jahitan masih cerah lagi. Dia menjenguk
gerangan siapa yang masih berada di dalam. ‘Rajin nampak’, tegurnya menyebabkan
Farina terkejut. ‘Astagafirullah Al-Azim, Encik Adam ne mengejutkan sayalah’,
marah Farina. ‘Awak tak nak balik kar? Dah lewat dah ne’, soal Adam. ‘Kejap
lagilah, lepas saya siapkan kerja ne’, terang Farina. Adam mengangkat kening. Kuat
betul wnaita ne bekerja, telahnya dalam hati. ‘Awak balik naik apa?’, soal Adam
lagi. ‘Mungkin teksi’, jawab Farina tanpa memandang Adam. ‘Okay’, putusnya. Adam
mula mengatur langkah untuk pergi, tiba-tiba dia terfikir sesuatu. ‘Awak pernah
dengar tak cerita tentang office
ne?’, soalnya lagi. ‘Ya Allah, aku ingatkan dia dah pergi tadi’, dengus
hatinya. Farina menggeleng kepala. ‘Dulu mak cik cleaner pernah nampak seorang perempuan berdiri bertul-betul di
hujung almari sana tu’, ujarnya mengarang cerita. Bulu roma Farina mula
meremang. ‘Tapi saya rasa awak tak percaya kot dengan benda macam tu’, telah
Adam sengaja mahu menguji Farina. ‘Okay, take care’, pesannya. Farina menoleh
kebelakang. ‘Encik Adam, Chakkanmanyo’,
panggilnya. Adam tersengih walaupun dia tidak memahami bahasa yang dituturkan
oleh Farina.
‘Kenapa
awak pilih Nina Amalina?’, soal Adam membuka cerita. Farina mengerling kearah Adam
yang sedang tenang memandu. Kalau ikutkan hati memang dia tidak mahu menyusahkan
Adam tetapi dia tidak punya pilihan. Nasib baik, Adam mempelawanya kalau tidak
malu juga dia. ‘Sebab saya minat dia’, jawab Farina. ‘Itu saja?’, soalnya lagi.
‘Sebenarnya ada sesuatu yang saya suka dengan Nina Amalina. Walaupun gayanya
nampak agak gedik tapi dia humble dan
gediknya pun taklah over sangat. Pekara yang paling saya suka dengan dia adalah
perwatakannya. Well, kira Nina Amalina ne ada ciri-ciri wanita melayu
terakhirlah. Gaya muslimah yang ditonjolkan juga sangat menarik. Dari situ
tercetus idea saya untuk mereka pakaian muslimah’, celotehnya. Adam hanya
mendengar dengan teliti. ‘Wow, boleh kembang hidung si Nina tu kalau dia dengar
kata-kata awak’, usik Adam. Farina tergelak. ‘Well, parents dia Haji dan Hajah. So, dari kecil dia dah dididik
dengan ajaran agama’, terang Adam. Farina terkejut mendengar kata-kata Adam. ‘Nampaknya
Encik Adam kenal sangat dengan dia’, teka Farina. ‘Well, saya peminat dia juga’,
bohong Adam. ‘Kalau dengan saya tak payahlah nak panggil Encik-encik ne,
panggil Adam saja’, arah Adam. ‘Huh?’, terkejut Farina dengan kata-kata Adam. Akhirnya,
dia hanya mengangguk.
‘Lama
Marsha tak jenguk Mak dan ayah kat kampung. Marsha pergi mana?’, soal Encik malik.
‘Marsha sibuklah ayah dengan praktikal’, bohongnya. Encik Malik pelik apabila
Marsha pulang secara tiba-tiba. Tanpa menghiraukan Encik Malik, Marsha melangkah
masuk kedalam bilik tidurnya. Peristiwa pada minggu lalu, menerjah di
ingatannya. Marsha menangis menekup mukanya kebantal dan menangis sekuat hati. Walaupun
peristiwa itu tidak jelas ingatan namun kejadian pada pagi itu masih segar
diingatannya. Tompok merah di katil adalah bukti bahawa Rahiman telah meragut
kesuciannya. Dia sangat bencikan lelaki itu. Ketukan di pintu mengejutkan
Marsha yang sudah hampir terlena. ‘Apa?’, teriaknya. ‘Marsha, ayah ne. Marsha
tak nak makan kar?’, soal Encik Malik. Eh, orang tua ne kan. ‘Kalau aku lapar,
aku tahulah nak cari makanan. Jangan ganggu aku boleh tak?’, herdiknya. Encik
Malik menahan nafasnya. Sebak hatinya mengenangkan perangai Marsha terhadap
mereka. ‘Baiklah, kalau Marsha lapar. Makanan ada di atas meja ya’, pesan Encik
Malik seraya berlalu pergi. Encik Malik duduk di birai katil. Puan Haliza masih
lagi terjaga. ‘Za, apalah nasib kita ne Za? Kenapa kita dapat anak yang tak
tahu hormat orang tua? Didikan kita dah
berikan tapi kenapa Marsha tak seperti Misha? Walaupun Misha bukan darah daging
kita tetapi dia tetap ambil berat dengan kita. Kita dah banyak susahkan Misha
Za’, luah Encik Malik. Walaupun Puan Haliza tidak dapat bercakap namun di masih
dapat mengerti.
Encik
Malik bangun dan mencapai kotak yang berada diatas almari mereka. Dia
mengeluarkan sebuah kotak kecil yang di gunakan untuk menyimpan rantai Misha. ‘Saya
rasa elok, kita bagi jak rantai ne kepada Misha. Biar dia dapat cari siapa
keluarga kandung dia. Dia ada hak untuk tahu asal usul dia’, ucap Encik Malik
dengan airmata yang mula berguguran. Dia mengenggam rantai pusaka milik Misha. Tanpa
disedari, ada telinga yang mendengar disebalik pintu bilik mereka. ‘Patutlah.
Kau memang anak tak sedar diri Misha’, ucapnya dalam hati. ‘Ayah tak payah
susah-susah, biar Marsha yang uruskan semuanya’, ucapnya sendiri seraya
tersenyum puas. Apabila malam sudah semakin larut, Marsha memulakan misi. Perlahan-lahan
dia masuk kedalam bilik orang tuanya mahu mengambil rantai pusaka Misha. Langkahnya
di atur dengan cermat dan teratur. Kesilapan tidak boleh dilakukan. Dia
tersenyum puas apabila rantai itu sudah berada ditangannya. ‘Macam mahal jak
rantai ne? Takkan budak tak guna tu anak orang kaya?’, fikirnya sendiri. ‘Peduli
apa aku kalau dia anak orang kaya atau miskin, yang penting aku tak nak lihat
muka dia di rumah ne lagi’, Marsha bermonolog sendiri. ‘Tapi macam mana kalau
keluarga kandung dia orang kaya? Rugilah aku’, dia mula keliru. Seketika
kemudian, dia tersenyum semula. ‘Lebih baik, aku siasat dulu. Kalau anak orang
kaya, aku rasa dia tak layak pun jadi orang kaya. Tapi kalau anak orang miskin,
aku sendiri akan hantar dia kepada orang tuanya’, ucapnya sendiri seraya
tersenyum gembira.
Farina
membuntangkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. ‘Oi, Far
kau tengok apa tu?’, soal Misha. Farina mengeluh. Misha memandang ke depan. Kelihatan
seorang wanita bertudung litup sedang merangkul lengan seorang lelaki. ‘Lelaki
itu macam Encik Adam jak’, teka Misha. Farina jadi menggelabah. ‘Mungkin kita
salah orang kot’, nafi Farina. ‘Memang Encik Adamlah Farina. Gediknya wanita di
sebelah dia tu. Mesti girlfriend dia
kan?’, telahku lagi. Farina hanya mendiamkan diri. ‘Mungkin kot?’, jawab Farina
lemah. ‘Patutlah dia tanya macam-macam semalam’, desis hati Farina. Misha
memandang Farina dengan seribu persoalan. Dia ini ada hati dengan Encik Adam
kar?. ‘Kaja’, ajakku seraya menarik
tangan Farina berlalu dari kedai makan tersebut. ‘Awal pagi lagi dah nak sibuk
hal orang’, marahku pada diri sendiri. Adam tiba di office tepat jam 8 pagi bersama wanita yang asyik melekat
dengannya. Farina menjadi penasaran. ‘Sah itu girlfriend dia sebab semua staff
kat sini macam dah biasa nampak jak mereka berdua’, telahnya sendiri. Lima
minit kemudian, Edryan pula masuk kedalam office.
‘Kak, kumpulkan semua pelajar praktikal di hall
ya’, arahnya kepada Puan Sarimah. ‘Baiklah Encik, ada apa-apa lagi?’, soalnya. ‘Kak
dah siapakan refreshment untuk tetamu
kita nanti?’, soalnya lagi. ‘Semuanya sudah teratur Encik’, jawab Puan Sarimah.
‘Hari
ini, kita ada special meeting sikit’, ujar Adam seraya tersenyum. Kami menarik nafas perlahan. ‘Are you ready guys?’, soal Adam. Kami
hanya mengangguk. Encik Edryan hanya mendiamkan diri. Adam keluar sebentar
sebelum kembali semula bersama lima orang lain. Aku, Azlan,Farhan dan
Khairunissa kelihatan begitu teruja melihat wajah-wajah yang berada di hadapan
kami. Farina hanya berlagak biasa. ‘Azlan, saya perkenalkan sahabat baik saya
Kamarul Ariffin seorang photographer yang
awak minati. Dan Kamarul awak bertuah bro sebab bakal jadi seorang model’,
perkenal Adam. ‘Khairunissa, sahabat baik awak Fatihah Abdullah’, sambung Adam
lagi. ‘Farhan, idola awak seorang penulis muda Haryati Hamid’, perkenal Adam
lagi. ‘Misha, pelakon kegemaran awak, Dania Ayerina’, ujar Adam. Aku teruja
melihat wanita yang berdiri di hadapanku. Sangat jelita dan menawan. ‘Dan
Farina ini ialah Nina Amalina, model muslimah gedik kegemaran awak’, ucapnya. Hampir
terlopong mulut Farina. Dia memandang Nina Amalina. ‘Aniyo’, nafinya. Terkeluar bahasa korea. Adam memegang bahu Nina
Amalina. Semua mata memandang mereka. Biar betul Encik Adam ini. ‘Nina Amalina
yang gedik ini merupakan adik bungso saya dan Edryan’, terang Adam. Farina
menjadi malu sendiri. ‘Hari ini korang bolehlah berkenalan dengan bakal model
korang’, arah Adam. ‘Ed, you want to say
something?’, soal Adam. Edryan tersedar dari lamunannya.
Dia
mengangkat muka dan memandang kearah Misha dan Dania Ayerina. Tidak tahu
kenapa? Dia rasa sangat senang bersama Misha. Kehadiran Misha seperti pengubat
rindunya terhadap Eryana. Matanya kemudian memandang Dania Ayerina. Buat
seketika, mata mereka bertembung seperti tersimpan sebuah kisah yang memilukan
hati. Lama mata itu saling bertentangan. ‘Ehem, Edryan’, tegur Adam apabila
menyedari Edryan hanya berdiri kaku memandang Dania Ayerina. ‘Ohh ya, all the best guys’, ucapnya seraya
meminta diri. Adam tersenyum pahit. ‘Maaf
semua, Encik Edryan tak berapa sihat hari ini’, bohongnya. ‘Semua teruskan
kerja, saya minta diri dulu ada hal sikit’, ujar Adam dan berlalu pergi. ‘A..pa
khabar Cik Dania?’, soalku. Dania Ayerina tersenyum. ‘Tak payahlah formal
sangat. Panggil saya Kak pun okay, tak pun awak boleh panggil Unnie’, ujarnya. ‘Mwo? Cik pun minat korea kar?’, soalku hairan. ‘Apa ingat Unnie tak ada masa nak layan drama korea
kar? Unnie paling minat drama korea
ni tahu, banyak membantu lakonan unnie’,
terangnya. Aku tersenyum gembira. Wanita ini sangat ramah dan mesra. ‘Arasso Unnie’, ucapku. Dia tidak
hipokrit seperti kebanyakan artis. Pilihanku memang tepat sekali. Hampir sejam juga kami mengambil masa untuk
mengenali mereka. Oleh kerana masa yang di beri hanyalah tiga minggu kami semua
perlu bekerja keras untuk menyiapkan rekaan ini. Jam 2 petang barulah mereka
beransur pulang kerana mereka masih ada kerja untuk disiapkan.
Dania
Ayerina berjalan menuju ke keretanya. ‘Kenapa kau datang kesini?’, tegur satu
suara. Dania Ayerina berpaling kearah suara itu. ‘Ouh Encik Edryan, apa khabar?
Encik Edryan dah lupakah siapa yang panggil saya?’, jawabnya berbasa-basi. Edryan
tersengih. ‘Come onlah Ayer, kenapa kau masih nak jumpa aku? Selepas apa yang
berlaku empat tahun lalu..kau’, kata-katanya mati disitu. ‘Maafkan saya Encik
Edryan, saya tak suka bercakap tentang hal peribadi saya. Please be professional. Saya hanya nak menjalankan tanggungjawab
saya saja’, tegas Dania Ayerina seraya masuk kedalam perut keretanya. Dania
Ayerina memecut keretanya meninggalkan Edryan yang masih berdiri kaku. Di
simpang jalan, dia memberhentikan keretanya. Pipinya mula terasa panas dan ada
air jernih mengalir keluar dari mata Dania Ayerina. ‘Kau tak tahu betapa aku
rindu dengan kau Edryan. Ini adalah tujuan aku datang kesini. To see you with my own eyes’, ayat itu
terpacul dari mulutnya. ‘Kau dah lupakah
dengan kata-kata kau?’, desis hatinya. Petang yang sangat indah di New York. Kelihatan
ramai pasangan berjalan di tepi pantai. Dania Ayerina tersenyum gembira. ‘Kenapa
dengan awak?’, soal Edryan. ‘Saya nak ucapkan terima kasih untuk hari ini’,
jawabnya. Kalau bukan kerana Edryan, dia tak tahu macam mana dengan masa depannya. Hari ini, Dania
Ayerina mengadakan pementasan teater di mana hampir semua pelajar kolej datang
untuk menonton ceritanya. Namun, pada saat akhir hero lelaki itu tidak dapat
hadir kerana neneknya masuk hospital. Mujur Edryan ada dan sanggup untuk mengantikan
pelakon lelaki itu. Walaupun Dania Ayerina tahu, Edryan tidak minat berlakon
tetapi dia bersyukur kerana ia berakhir dengan jayanya.
‘I don’t know where future may take
us but I still want to remember this moment forever.
Kenangan kita tidak kira masa susah atau senang. Segala yang berlaku diluar
jangkaan. You’re my hero and will always
be’, ucapnya jujur. Edryan tersenyum memerhatikan matahari yang mula
terbenam. ‘Then will you remember this
too?’, soal Dania Ayerina. Edryan memandang Dania Ayerina. ‘No, I don’t want to. Whatever it takes, just
stay by my side. Watch me with your own eyes. In that way, I’ll be able to remember
while looking at you’, ucapnya
lembut. Dania Ayerina terharu dengan kata-kata Edryan. Deringan telefon,
menyedarkan Edryan dari lamunannya. Jam 8 malam, aku dan Farina masih tekun
membuat kerja. Payah juga nak perah idea ini. ‘Farina kau tak lapar kar?’,
soalku memecah suasana. ‘Ne, lapar
jugalah’, rungut Farina. ‘Kaja’,
ajakku. ‘Odi?’, soal Farina bingung. ‘Baliklah,
takkan kita nak tidur sini?’, gurauku. ‘Apa salahnya’, balas Farina. Akhirnya
kami tertawa. ‘Kaja’, panggil Farina
setelah kami selesai mengemas barang. Kami beriringan menuju kearah lif. Farina
memandang ke kiri dan ke kanan. ‘Ehh, Farina kau ne kenapa?’, soalku mula
bimbang dengan kelakuan Farina. ‘Misha, kau tak pernah dengar ceritakah? Encik
Adam beritahu aku kat sini ada..’, Misha mula merasa seram. ‘Ada apa?’, soal
Misha ketakutan. ‘Ha..hantuuuu’, jerit Farina sambil menuding jari kearah lif. Aku
terkejut apabila melihat lembaga hitam yang sedang berdiri berhampiran lif. ‘Arghhhh..
mak, hantuuuu!’, jerit kami serentak. ‘Misha, Farina?’, sapa satu suara. Aku
dan Farina memandang kearah suara itu.
Adam
masih tidak berhenti ketawa. Sejak dari tadi, dia asyik ketawa. ‘Sudah,
sudahlah tu Encik Adam’, marah Farina. Aku dan Farina membuat muka menyampah
namun Adam masih juga tidak berhenti ketawa. ‘Annyeonghikaseyo’, pamit kami dan berlalu. ‘Ehh, Misha Farina
tunggulah. Biar saya hantar korang balik. Dah lewat dah ne’, ujarnya seraya
mengejar kami. Aku tersenyum sinis. ‘Kar Encik Adam takut nak ambil kereta
seorang-seorang’, sindirku. Adam berlagak tenang. ‘Mana ada’, bohongnya. Aku
dan Farina tertawa. ‘Misha, putera idaman kau ada kat sinilah’, ujar Farina
sambil memuncungkan mulutnya kearah Khairul Daniel yang sedang menyandar di
keretanya. Aduii, dia nak apa lagi ne? Tak cukupkah dia menyusahkan hidup aku?.
‘Kau buat apa kat sini?’, soalku. ‘Ehh apasal kau lambat keluar ar? Kau tahu
tak dari jam berapa aku tunggu kau kat sini?’, marahnya. Eh eleh, siapa yang
suruh dia tunggu aku kat sini?. ‘Apasal kau kerja sampai jam 8 ne?’, soalnya
lagi. Sibuk betullah dia ne. ‘FYI, aku kerja lebih masakah, kurang masakah ia
tiada kena mengena dengan kau pun. Lagipun, aku perlukan duit untuk bayar balik
hutang aku dengan kau’, jelasku. Adam dan Farina memerhati dari jauh. ‘Apa yang
mereka bincangkan tu?’ soal Adam kepada Farina. ‘Entahlah Encik Adam, telinga
saya ni tak ada alat kawalan jauh. Kalau ada boleh juga saya adjust sikit supaya boleh dengar
perbualan mereka’, perli Farina. Adam tersenyum terfikir akan kebodohannya.
‘Kau
nak bawa aku kemana ne?’, soalku apabila Khairul Daniel hanya mendiamkan diri
dari tadi. ‘Nenek nak jumpa kau. Ada hal mustahak katanya’, jawabnya. Selepas
itu, kami hanya mendiamkan diri. Apa pula masalah mamat ne?. ‘Assalamualaikum
nenek’, sapaku seraya menyalami tangan Datin Linda. ‘Waalaikumussalam, lama
Misha tak ke sini. Nenek rindulah. Khairul tu asyik kata Misha sibuk saja’,
luahnya. Aku tersenyum pahit. ‘Maaflah nek, Misha memang sibuk sikit sejak
kebelakangan ne’, ujarku. Memang betul aku sibuk tetapi aku juga tahu bahawa
Khairul Daniel sengaja tidak mahu bertemu denganku. ‘Tak apalah, mari kita
makan lepas tu baru kita berborak. Banyak yang nenek nak cerita ne’, ujar Datin
Linda teruja. Khairul Daniel hanya menjadi pemerhati. Rapat betul nenek dengan
Misha, kalaulah nenek tahu siapa Misha sebenarnya. Mesti nenek akan kecewa. Misha,
Misha kenapa kau muncul dalam hidup aku? Soalnya sendiri. ‘Baiklah nek Misha
balik dulu’, pamit Misha. ‘Misha datanglah selalu jenguk nenek’, ujar Datin
Linda. ‘In Sha Allah, Nek’, ucapnya seraya menyalami dan mencium kedua belah
pipi Datin Linda. ‘Khairil, annyeonghikaseyo’,
ucap Misha. Khairil Daniel hanya menjeling Misha. Ego betul budak kecil ne. Misha
mengenyitkan mata kepadanya. Khairul Daniel hanya berlagak macho di sisi Misha.
‘Khairul, hati-hati bawa kereta tu’, pesan Datin Linda. ‘Baik Nek’, jawabnya. Misha
tersenyum sendiri. Khairul Daniel yang cuba berlagak cool mengerling kearahnya. ‘Apa yang nenek cakap dengan awak?’,
soalnya tiba-tiba. ‘Amugotto aniyo’,
jawab Misha. Khairul Daniel tersengih. ‘Kau memang nak kena cium kar?’,
soalnya. Misha hanya mendiamkan diri.
Khairul
Daniel memberhentikan keretanya. Misha terkejut dengan tindakan drastik Khairul
Daniel. ‘Waeyo?’, bentaknya. ‘Aku
rasa kalau aku cium kau dekat sini pun tak ada siapa yang akan nampak’,
usiknya. Misha menyilangkan tangannya didada. ‘Kau nak buat apa ar?’, soalnya. ‘Kau
jangan, aku jerit ne. Aku jerit’, ugut Misha. Khairul Daniel ketawa. ‘Jeritlah,
kalau ada orang yang dengar’, usikannya semakin galak. Misha menjadi tidak
keruan. ‘Apa yang nenek bincangkan dengan aku tak ada kena mengena dengan kau’,
terangnya. Khairul Daniel tersenyum. ‘Habis tu dia cakap pasal apa?’, soalnya
tidak puas hati. ‘Pasal, pasal Khairil Daniel’, jawabnya. Khairul Daniel kembali memandu dengan tenang. Pelik,
kenapa dia tak nak tahu apa yang nenek cakap pasal Khairil Daniel? Apa masalah
dia dengan Khairil Daniel? Misha buntu sendiri tetapi nak buat macam mana
lelaki bernama Khairul Daniel bukanlah lelaki yang suka berterus terang. ‘Esok,
aku hantar kau pergi kerja’, ujarnya. Aik? Tiba-tiba pula. ‘Sejak bila pula
awak jadi ‘tunang’ yang baik ne?’, soalku sengaja menegaskan perkataan
‘tunang’. Khairul Daniel tersengih. ‘Jangan nak perasaan, aku buat ini semua
sebab nenek yang suruh’, ujarnya. Eleh bukan nenek tahu pun kalau kau tak buat
semua tu. ‘Goodnight sayang, sweet dream. Mimpikan saya ya’, ucapnya
sambil mengenyitkan mata. Eh, buat apa aku nak mimpikan kau. Ganggu tidur aku
saja.
‘Marilah,
datang pada mama. Ini mama, Yana’, panggil wanita itu. Aku tidak dapat melihat
dengan jelas wajahnya kerana terlalu disinari cahaya. ‘ Mama rindu Yana. Papa
pun sama’, ujarnya lagi seraya memanggil Misha. ‘Tidak, tidak!!!’, jeritnya
seraya terbangun dari tidur. ‘Asatagafirullah Al-Azim. Mimpi rupanya’, ucapnya.
Kenapa wanita tu selalu muncul dalam mimpi aku? Siapa dia? Misha meraup
wajahnya berberapa kali sebelum bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi
untuk mengambil wuduk. Farina tersenyum sendiri mengingati kisah semalam. ‘Morning
Far, awal pagi lagi kau dah senyum-senyum ne kenapa?’, soalku. ‘Tak ada
apa-apa’, katanya. ‘Apa cerita kau dengan Encik Adam semalam’, soalku lagi. Wajah
Farina merona merah. ‘Amugotto aniyo’,
bohong Farina. Merona merah muka Adam apabila semua mata memandang kearahnya. ‘Farina
awak pastikah kita nak makan di sini?’, soalnya lagi. ‘Kenapa Encik Adam tak
suka makan dekat sinikah? Rugilah Encik Adam, bakso kat sini sedap’, terang
Farina. ‘Encik Adam juga yang nak sahut cabaran saya tadi’, omel Farina. ‘Arasso’, ucap Adam. Farina tergelak. ‘Sejak
bila Encik Adam pandai bahasa Korea ne?’, soal Farina. ‘Sejak awak dan Misha
praktikal di tempat kami’, jawabnya jujur. Farina memandang sekelilingnya,
semua wanita hanya memandang Adam saja. ‘Patutlah dia tidak rasa selesa’,
telahnya. Farina mengerling kearah Adam. Lelaki itu sedang menikmati bakso
daging dengan khusyuk. Dia mula berpeluh. ‘Angin malam ne sejuk apasal pula dia
berkeringat’, desis hati Farina. Dia menarik tisu dari dalam begnya dan secara
spontan mengelap peluh Adam. Tersedak Adam dengan aksi spontan Farina. ‘Terima
kasih’, ujarnya. Wanita yang memandang Adam berasa hampa dan kecewa. ‘Farina!!’Sergah
Misha. Farina tersedar dari lamunan.
‘Misha,
semalam kan aku on facebook. Ada
orang tanya pasal kaulah’, Farina cuba mengubah topik. Misha memandang wajah
Farina yang seperti sedang menyembunyikan sesuatu. ‘Siapa?’, soalnya. ‘Kau
ingat lagi tak senior kita yang dari kursus engineering tu?’, soal Farina pula.
Misha ligat berfikir gerangan siapakah itu. ‘Oh, playboy karat tu? Hisyam? Huh dia nak apa?’. Farina tersenyum. ‘Dia
nak number kau’, ucapnya. Misha membuntangkan mata. ‘Habis tu kau bagi tak?’,
Misha cemas. ‘Mestilah.. tak’, Misha menarik nafas lega mendegar jawapan
Farina. ‘Bagus Farina, bagus!!’, ujarnya sambil menepuk bahu Farina. ‘Kau ne
dah kenapa?’, Farina hairan. ‘Kau nak tumpang tak?’, dia pula mengubah topik. ‘Huh?
Kau naik apa?’, soal Farina pula. ‘Tu ‘tunang’ aku yang baik tu jemput aku’,
ucapku seraya memuncungkan mulut kearah luar rumah. ‘Misha, apasal dia
tiba-tiba baik dengan kau?’, soal Farina hairan. Aku tergelak. ‘Entah, dia kata
nenek dia suruh jemput dan hantar aku setiap hari’, terangku sambil ketawa. Farina
turut ketawa. Khairul Daniel mengerutkan keningnya. ‘Inilah orang perempuankan,
tak kira waktu kalau nak mengumpat’, sindirnya. Riak wajah mereka berubah serta
merta. ‘Inilah orang lelakikan Far, tak kira waktu kalau nak tuduh orang
sembarangan. Far, kau ingat tak ustaz kita kata dulu, tak baik menuduh sebab
kalau tuduhan tu tak betul boleh jadi fitnah’, ujar Misha tidak mahu mengalah. Farina
tertawa. Khairul Daniel mengigit bibir.
‘Dah
cepat sikit naik, tak pasal-pasal lambat pula aku ke office’, marahnya. Misha
dan Farina masih dengan sisa tawa. ‘Tak tahu pula bos pun boleh kena bagi warning letter kalau datang lambat’,
sindir Misha lagi. Khairul Daniel bertambah geram. ‘Saya ne bos yang berdisplin
dan beretika. Tak macam orang lain’, Khairul Daniel mempertahankan diri. ‘Farina
nampaknya ada orang terasalah. Kita tak cakap pasal dia pun kan’, Misha masih
galak meyangkat Khairul Daniel. ‘Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku jahit
mulut perempuan ne’, dengusnya. Khairul Daniel menjeling mereka dengan jelingan
tajam. ‘Opss!’, mereka mula berhenti ketawa. Khairul Daniel hanya mendiamkan
diri sepanjang perjalanan. Begitu juga Misha dan Farina, takut untuk bersuara. Seketika
kedengaran bunyi pesanan mesej masuk. Misha membuka mesejnya.
‘Baiknya “Tunang” kau.. hahahaha’, Misha tersenyum
sendiri. Khairul Daniel mengerling kearah Misha disebelah. ‘Siapa yang mesej? Boyfriend diakah? Sampai
tersenyum-senyum sendiri. Ada jugakah lelaki yang minat dekat dia ne?’,
fikirnya sendiri.
Comments
Post a Comment