Cinta Satukan Kita 4



Shirheo’, jeritku tanpa menyedari ada mata yang memandang kami. Khairul Daniel membuntangkan matanya. ‘Waeyo?’, soalku. Maklumlah peminat drama korea memang begini. Khairul Daniel mendengus geram. ‘Eh, kau boleh tak cakap bahasa melayu dengan aku? Tak payah nak berlagak macam orang korealah. Aku benci tahu tak?’, bentaknya. Eleh, suka hati akulah. Kalau tak suka tutup jak telinga tu tak payah dengar aku bercakap kan senang. ‘Seminggu dari sekarang?’, soalku lagi seakan tidak percaya. Khairul Daniel semakin geram dengan wanita di hadapannya. Kalau ikutkan hati mahu saja, dia jahit mulut wanita ini. ‘Habis tu, kau nak tahun depan kar? Aku dah lamar kau, apa pulak aku nak kata dengan nenek nanti? Dah melamar kenalah bertunang’, ujarnya geram. Siapa suruh kau main lamar tak tengok orang. ‘Keuraeyo?’, hampir terlopong mulut Farina. Tidak percaya dengan perkhabaranku. Selepas bertemu dengan Khairul Daniel, aku terus singgah ke hospital. Alhamdulillah, selepas pembedahan keadaan mak stabil cuma sekarang mak kena menjalani terapi. ‘Esok kita dah nak lapor diri praktikal, kau pura-puralah sibukkan diri. Huh, apa kata kau minta tempoh dengan dia cakap lepas habis praktikal baru bertunang’, cadang Farina. Makin sakit kepalaku mendengar cadangan Farina yang langsung tidak membantu. ‘Kau tak kenal mamat tu. Kalau dia kata sekarang ertinya dia nak sekarang juga’, ujarku. Akhirnya aku dan Farina mengeluh.

Aku dan Farina menjongak melihat bangunan setinggi tiga tingkat yang berada di hadapan kami. ‘Gedung Pakaian Iqram Eifa Enterprise’, aku membaca pelahan. Wah, aku suka sangat dengan suasana syarikat ne. Semua pekerja juga kelihatan mesra dan ramah. Bukan aku dan Farina sahaja yang dapat praktikal di sini, Farhan , Azlan dan Khairunissa juga ada disini. Selepas di beri taklimat, setiausaha Encik Adam membawa kami ke setiap department untuk diperkenalkan kepada semua staff. ‘I hope you’re having a good time here’, ujar satu suara. ‘Encik Edryan. Oh my sarang’, ucap Azlan a.k.a Azie. Kami semua tertawa melihat telatah Azlan dan riak wajah Encik Edryan yang bertukar kemerahan. Sekitar jam 1.00 petang barulah kami di tempatkan di bawah bimbingan Abang Bob, selaku pereka fesyen di syarikat itu. Nampaknya, Abang Bob sangat serasi bersama Farhan dan Azlan kerana Abang Bob juga berjiwa lembut seperti mereka. Edryan tersengih sendiri melihat telatah pelajar praktikal dari luar cermin. ‘Tersengih seorang nampak’, tegur Adam yang baru keluar dari pejabatnya. ‘Aku suka tengok mereka gembira dapat praktikal di sini’, ujar Edryan. ‘Aku juga nampak perhatian kau hanya tertumpu kepada seseorang’, telah Adam. Edryan memandang Adam. Riak wajah ceria berubah serta merta. ‘Ed, aku faham perasaan kau tapi dah 15 tahun berlalu Ed’, Adam mengingatkannya. ‘Kau kenal aku Dam. Aku..’, kata-katanya mati di situ. Hatinya mula terasa sebak. Adam memegang bahunya.

‘Maafkan aku. Aku sayangkan kau. Aku tak sanggup lihat kau kecewa berkali-kali’, pujuk Adam. Edryan tesenyum kelat. ‘Dah, jom kita nak jemput adik kesayangan kita di Airport. Karang kalau lambat, habis kita di bebel dalam kereta’, ujar Adam. Kali ini Edryan tertawa. Siapa lagi yang dimaksudkan oleh Adam kalau bukan adik bongsunya, Nina Amalina. Mereka ne asal berjumpa tak ubah macam anjing dengan kucing. Hati Misha semakin berdebar tatkala mendekati ayahnya yang sedang setia menemani mak. ‘Assalamualaikum, ayah’, sapaku seraya menyalami ayah. ‘Waalaikumussalam, macam mana praktikal?’, soal ayah. Ayah memang prihatin terhadap anak-anaknya. Sejak dari dulu lagi, ayah sentiasa bertanya tentang perkembangan kami. ‘Alhamdulillah, semuanya baik ayah’, ujarku. Aku memandang wajah mak yang sedang tidur lena. Perlahan aku menarik nafas. ‘Misha ada masalah kah?’, soal ayah seperti dapat membaca fikiranku. ‘Ayah, Misha tahu ini bukan waktu yang sesuai untuk berbicara soal ne tapi lagi berat kalau Misha tak luahkan’, ucapku perlahan. ‘Misha ayah tak pernah tetapkan waktu untuk anak-anak ayah berbicara. Ayah sanggup mendengar apa saja yang ingin dibicarakan oleh anak ayah. Pada bila-bila masa.’, terang ayah lembut.

‘Misha ada kenal dengan satu lelaki ini, kitaorang teman rapat tapi tak sangka pulak dari teman boleh bertukar menjadi cinta’, ayah hanya mendengar sambil tersenyum. ‘Dia melamar Misha tiba-tiba , keluarga dia pun berkenan dengan Misha tapi Misha..’, kata-katanya mati di situ. Ayah tersenyum lagi.  ‘Misha terima lamaran dia?’, soal ayah. Aku mengangguk pelahan. ‘Minggu depan, family dia nak  masuk meminang Misha tapi Misha tak nak ..’, belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Encik Malik telah memotong. ‘Ayah faham, faham sangat. Misha tak nak mereka lihat mak dalam keadaan beginikan? Misha tak nak mereka anggap kita ne hanya mengambil kesempatan terhadap mereka sahaja’, telah ayah dan memang tepat sekali. Aku mengangguk lagi, airmata ku sudah mula mengalir. Bukan niatku ingin membelakangi mak tapi aku tidak mahu Datin Linda, Khairul dan Khairil fikir aku cuba untuk mengambil kesempatan. ‘Niat baik tak baik ditangguhkan, kalau dah ini jodoh Misha teruskan sahaja. Buat solat ishtikarah, minta petunjuk dari Allah. Soal mak, pandailah ayah nanti’, kata ayah dengan tenang. Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini kerana telah membohongi insan yang selama ini telah menjaga dan  mendidik ku sejak kecil. ‘Terima kasih ayah’, ucapku seraya mengenggam tangan tua ayah. Aku mengucup lembut tangan ayah. Tiba-tiba kedengaran tepukan tangan dari arah belakang. ‘Kau memang pelakon terhebat Misha. Aku tak sangka dalam keadaan mak yang tak sihat, kau sibuk nak bertunang. Kau memang perempuan tak tahu malu’, herdik Marsha.

Belum sempat aku memberi  penjelasan, Marsha terus berlalu. Marsha kalaulah kau tahu pengorbanan aku terhadap mak. Kalaulah kau tahu apa yang sedang aku lakukan. ‘Biarkan dia Misha, biasalah kak kamu tu panas baran sikit’, pujuk ayah. Aku hanya tersenyum kelat. Majlis pertunangan aku hanya diadakan secara kecil-kecilan di rumah adik mak cik Aznah. Sempat juga Datin Linda bertanya tentang mak tetapi ayah mengatakan bahawa mak berada di kampung untuk berubat sebab tu tak sempat datang tapi di sudah merestui Misha. Walaupun kelihatan Datin Linda seakan tidak percaya namun lama-kelamaan, dia hanya membiarkan saja. Gembira betul Datin Linda apabila cucunya sudah mempunyai tunang. Muat sempurna cincin bertahkta belian yang terhias di jari manisku. Datin Linda juga kelihatan tidak sabar mahu melihat Khairul Daniel berkhawin. Setelah aku sah menjadi tunang kepada Khairul Daniel, mamat tu terus menghilang entah kemana. Tapi bagus jugalah, tiada orang yang akan menganggu aku. Mak juga sudah boleh pulang ke rumah semula. Hujung minggu lalu, aku menemani mak di rumah apabila ayah keluar untuk mencari rezeki. Batang hidung Marsha langsung tidak kelihatan selepas aku bertunang. Mungkin dia sibuk kot dengan latihan industri dia, telahku. ‘Babe, kau apahal ne?’, soal Shila. ‘Aku ada masalahlah babe. Ayah aku tu kedekut sangat dengan aku. Dia dah janji nak bagi aku kereta tapi sampai sekarang langsung tak ada. Kalau budak tak guna tu semua pun dia turutkan’, luahnya geram. Shila ketawa sambil memegang gelas yang berisi arak. ‘Babe, kau tak payah risaulah. Kau boleh pinjam kereta aku. Sekarang kau ambil ne dah kita enjoy!’, jeritnya di ikuti muzik dari kelab malam. Marsha tersenyum puas lalu menyambut huluran Shila. Mereka minum sehingga mabuk. Tanpa Marsha sedari, ada seorang lelaki yang asyik memerhatikannya.

‘Babe, kau balik sendirilah. Aku balik dengan Rizal malam ne’, ujarnya seraya menyerahkan kunci kereta kepada Marsha. Shila sudah mabuk teruk. Marsha hanya mengangguk. ‘Aku park kat basement’, ujar Shila. Marsha berjalan menuju ke basement. Suasana di situ sangat sunyi dan hanya tinggal beberapa kereta sahaja yang masih di sana. Setibanya di kereta Shila, dia di sapa orang seorang lelaki. ‘Hai’, sapa satu suara. Marsha berpaling dan tersenyum. ‘Hello, handsome’, balasnya yang sudah tidak sedarkan diri.  ‘Awak dah mabuk ne, biar saya hantar awak balik’, pelawa lelaki itu. ‘Okay, nah kunci kereta’, ujarnya seraya menyerahkan kunci kereta kepada lelaki itu. ‘Why don’t you naik kereta saya? Esok pagi, baru kita ambil kereta awak kat sini’, cadangnya dan Marsha hanya mengangguk. Lelaki itu tersenyum puas. Dia memandu terus menuju kerumahnya. Setibanya di rumah, dia mengangkat Marsha menuju ke biliknya. Orang tuanya tiada di rumah selama beberapa hari sebab itu dia bebas berbuat apa sahaja. Dia meneliti wajah Marsha yang sedang lena. Kejantanannya mula tercabar. Marsha kelihatan sangat menawan apabila tidur. Namun, pakaiannya menyebabkan jiwa lelaki ini menjadi tidak keruan. Tanpa disedari oleh Marsha, lelaki itu mula menjamah setiap inci tubuhnya. Marsha terjaga dari tidurnya, kepalanya terasa sangat berat. Dia terkejut mendapati ada seseorang yang sedang tidur disebelahnya. Dia membuka gebar yang menutupi tubuh mereka. Air matanya mula mengalir. Kelihatan tompok merah di atas cadar katil. Dia cuba mengingati peristiwa semalam tetapi kepalanya sangat sakit. Wajah lelaki disebelahnya dipandang. Rahiman! Ucapnya.

Marsha meninggalkan rumah banglo itu tanpa disedari Rahiman. Marsha mula rasa jijik dengan dirinya. Lelaki itu telah meragut harta yang paling berharga selama ini. Maruah yang sentiasa dijaga dan dipertahankan kini telah dirampas oleh lelaki bernama Rahiman. Dia sangat mengenali Rahiman kerana Rahiman merupakan seniornya semasa di Uitm dulu. Sejak dari semester satu lagi, Rahiman mengejarnya tetapi dia menolak. Dan kini, lelaki itu juga yang meragut kesuciannya. Dia benci lelaki itu. Rahiman mengiring ke kanan, tangannya mencari sesuatu. Kosong! Marsha sudah tiada disisinya. Dia membuka mata mencari kelibat Marsha. Tiada, wanita itu telah pergi. Dia menyesali peristiwa semalam tetapi  apakan daya dia tidak dapat mengawal nafsunya. Ternyata Marsha masih dara, walaupun dia sentiasa ke kelab malam namun wanita itu masih menjaga kesuciannya. Tompok merah di cadar direnungnya. Seketika kemudian dia tersenyum. ‘Aku lelaki yang pertama dan aku akan pastikan, aku lelaki yang terakhir’, ucapnya dalam hati. ‘Aku akan cari kau Marsha tak kira di mana pun kau berada’, azamnya dalam hati.

Misha dan Farina berjalan beriringan menuju ke pantri. ‘Morning kak sarimah’, sapa mereka seraya tersenyum kearah Puan Sarimah. ‘Morning, amboi berseri-seri nampak pagi ini’, tegur Puan Sarimah. ‘Awet muda kak’, jawab mereka serentak. ‘Kak, kitorang ada masak mee goreng ne untuk sarapan dan adalah kuih muih sikit. Boleh makan sama-sama’, ujar Farina. Puan Sarimah tersenyum. ‘Nak ambik hati bos nampak. Okay, biar kak simpankan untuk Encik Edryan dan Encik Adam’, ujar Puan Sarimah. Misha dan Farina tersenyum. Hampir tiga minggu menjalani praktikal di Gedung Fesyen Iqram Eifa Enterprise mereka langsung tidak mempunyai masalah. Mereka juga banyak belajar daripada staf di sini. ‘Fiza, siapa yang bagi kuih dan mee goreng tu?’, soal Encik Adam kepada setiausahanya. ‘Tadi Kak Sarimah yang letakkan, katanya pelajar praktikal yang buatkan’, terang Fiza. ‘Okay, bawakan fail pentadbiran kepada saya dan cancel semua temujanji saya hari ini’, arahnya seraya masuk ke pejabatnya. Dia merenung kuih karipap dan mee goreng di atas meja rehatnya. Dia mengambil karipap tersebut dan mengunyahnya. ‘Sedap’, pujinya seraya tersenyum sendiri. ‘Karipap tu Cik Farina yang buat’, beritahu Edryan. Hampir tersedak Adam apabila Edryan muncul tiba-tiba. ‘Kalau ya pun bagi salam lah dulu’, marahnya. Edryan hanya tersenyum memandang sepupunya. ‘Macam mana nak perasan kalau terlalu asyik dengan kuih karipap Cik Farina’, usik Edryan. ‘Kau jangan nak mengada sana, kau tahu taste aku macam mana kan’, nafinya. Edryan tersenyum lagi. ‘Aku tahu taste kau macam mana tapi kau tak tahu apa yang Allah dah rancang untuk kau’, jawab Edryan tidak mahu mengalah. Adam terdiam. ‘Aku nak bincang pasal fashion show dan family’s day dengan kau ne’, putus Edryan.

Tepat jam  5, Misha dan Farina keluar dari office. ‘Thanks for the delicious breakfast, Miss Misha’, ucap Adam. Misha tersenyum. ‘Sama-sama Encik Adam’, balas Misha. Farina hanya mendiamkan diri. ‘And thanks for the delicious karipap, Miss Farina’, ujar Edryan pula. Farina hanya tersenyum.  ‘Karipap awak sangat sedap sampai ada satu staff ne tersenyum sendiri menikmati karipap awak’, sindir Edryan sambil mengerling kearah Adam. Dia ne sengaja nak kenakan akulah, dengus Adam. Edryan tersenyum gembira. Adam berdehem-dehem. Misha dan Farina bingung melihat telatah mereka. ‘Kenapa Encik Adam, awak terasa kar?’, usik Edryan lagi. ‘Korang balik naik apa ar?’, Adam sengaja mengubah topik. ‘Naik bas’, jawab Misha. ‘Jom saya hantarkan korang balik’, pelawa Edryan. ‘Putteseoyo’, kata mereka serentak. Habis terkeluar bahasa korea. Adam dan Edryan bingung. ‘Misha’, panggil satu suara yang tidak asing bagiku. Aku berpaling kearah suara itu. Begitu juga dengan mereka bertiga. Omo, apa hal pulak dia datang sini. Farina juga terkejut. ‘Eotteohke?’, bisikku kepada Farina. ‘Encik Khairul Daniel’, sapa Edryan.  Mereka bersalaman begitu juga dengan Adam. ‘Buat apa kat sini’, soal Adam. ‘Well, I need to pick up my fiancée’ jawabnya. Edryan dan Adam saling berpandangan. Tak guna betullah mamat ne. Pergi tanpa pesan, muncul tanpa diundang, dengus Misha.

‘Err.. Encik Edryan, Encik Adam.. sebenarnya dia tunang saya’, akuiku tanpa disuruh. Khairul Daniel tersenyum bangga. Edryan kelihatan terkejut dengan berita itu. ‘Well, congratulations. Jangan lupa jemput time wedding’, ucap Adam. Dia juga terkejut namun masih bisa mengawal perasaan. ‘Congrats, Misha and Khairul’, ucap Edryan. Riak wajahnya berubah serta merta. ‘Sorrylah tak jemput sebab ‘tunang’ saya nak buat secara kecil-kecilan jak. Nanti khawin baru buat besar-besar, kan sayang kan?’, ucapnya seraya memandangku. Aku memberikannya senyuman palsu. ‘Ya’, jawabku. Seketika kemudian, suasana menjadi sepi. ‘Emm.. Ed shall we go? Kita ada dinner malam ne’, kata Adam memecah keheningan waktu. ‘Yes, see you again, Khairul’, ucap Edryan.  Mereka kemudian bersalaman lalu berlalu pergi. Selepas mereka beredar, Khairul Daniel menarik tanganku membawa aku ke keretanya. Patutlah muncul tiba-tiba, rupa-rupanya Datin Linda nak berjumpa dengan aku. Nasib baik ada Farina. Kalau tak memang panas kereta ne dengar pertelingkahan kami. Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke rumah mamat tak guna ne. Well, macam biasalah orang kaya mesti rumah besarkan. Farina juga seakan tidak percaya dia berada di kawasan perumahan orang kaya. Datin Linda sudah menanti di depan pintu rumah semasa kami tiba. Aku menyalami Datin Linda dan mencium kedua belah pipinya. Farina juga berbuat demikian.

‘Misha tidur rumah nenek malam ne ya. Farina pun sama’, pelawa Datin Linda. Esok hari sabtu, memang tiada masalah untuk menginap di sini tapi segan pulak. Khairul Daniel tersedak mendengar pelawaan Datin Linda. Khairil Daniel hanya mendiamkan diri sambil menikmati makanannya. ‘Tak ada masalah nek..’, kata-kataku mati disitu apabila  Khairul Daniel menendang kakiku. Dia membesarkan matanya. Eleh, ingat aku takut kar?. ‘Bagus juga cadangan nenek tu, lagipun esok kitaorang cuti. Cuma masalahnya kami tak bawa baju lebihlah nek’, ujarku. Semakin kuat Khairul Daniel menendang. Peduli apa aku, siapa suruh kau cari pasal dengan aku. ‘Tak payah, risau pasal baju. Biar nenek yang uruskan’, kata Datin Linda. Aku hanya tersenyum. Farina juga banyak mendiamkan diri. Mungkin segan dengan Khairul Daniel. Selesai makan, aku menawarkan diri untuk membasuh pinggan. Datin Linda dan Farina ke tingkat atas untuk menunaikan solat maghrib. Aku pulak ABC (Allah Bagi Cuti), so terpaksalah aku jadi orang gaji sekejap. ‘Aku tak tahu pulak kau ada hati dengan aku’, ujar Khairul Daniel yang muncul dari belakang Misha. ‘Astagafirullah Al Azim. Tak pandai bagi salam kar?’, sindirku. Mamat ne tak solat kar?. ‘Sejak bila kau ada hati dengan aku ar?’, soalnya lagi. Aku mematikan paip sinki dan berpaling kepadanya. Aku merenungnya dengan renungan tajam. ‘Perasan’, ucapku.

Aku cuba melangkah pergi tapi Khairul Daniel menahanku.  ‘Waeyo?’, marahku. Khairul Daniel mendengus geram. ‘Sekali lagi kau cakap bahasa korea, aku cium kau’, ugutnya. Aku membuntangkan mataku. ‘Eleh, macamlah berani sangat’, ucapku. Khairul Daniel tersenyum nakal. ‘Kau jangan nak cabar aku’, ucapnya. ‘Cubalah kalau berani’, cabarku seraya melarikan diri. Khairul Daniel mengejar aku hingga ke ruang tamu. ‘Kau siap kalau aku dapat kau nanti’, ugutnya. Aku menjelirkan lidah seraya mengetawakannya. Khairul Daniel semakin geram. Jarak yang memisahkan kami hanyalah sebuah meja yang disusun di tengah- tengah sofa. Aku masih galak mengejeknya. ‘Khairul babo, Khairul babo’, ejekku. Kali ini dia semakin nekad, dia memanjat meja itu dan cuba untuk menangkapku. Namun dia hilang kawalan semasa hendak menangkap menyebabkan dia terjatuh diatasku. ‘Arghhh’, jeritku. Khairul Daniel tersenyum nakal. ‘Kau cabar aku kan, sekarang juga aku cium kau’, ujarnya.  Matilah aku!. ‘Khairul Daniel! Misha!’, panggil Datin Linda. Serentak kami berdiri. ‘Apa yang telah berlaku?’, soal Datin Linda. Aku membetulkan rambutku. ‘Tak ada apa-apa nek, Misha ne tadi nampak lipas’, terang Khairu Daniel. Ya, Lipas yang ada dua kaki, dua tangan. Aku tersengih memandang nenek. Farina yang masih bertelekung juga turun selepas mendengar ku menjerit. ‘Macam mana lipas boleh ada kat rumah ne pulak?’, soal Datin Linda sendiri. ‘Itulah nek, Daniel pun hairan juga macam mana lipas boleh muncul kat rumah kita ne’, kata Khairul Daniel. Ish, babo. Aku menjeling Khairul Daniel.

Aku tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa yang terjadi di rumah Datin Linda Jumaat lalu. ‘Misha sejak kita balik dari rumah Datin Linda, aku tengok kau asyik tersenyum jak. Apa yang jadi hari tu ar?’, soal Farina. Aku hanya menggeleng kepala. ‘Tak ada apa-apalah’, nafiku. ‘Misha, Farina petang ne pelajar praktikal ada meeting dengan CEO. Tolong beritahu rakan kamu yang lain ya’ pesan Fiza. Aku dan Farina hanya mengangguk.  Kami semua saling berpandangan. ‘Korang tahu kenapa korang di panggil kesini?’, soal Adam serius. Kami semua menggeleng. ‘Stop it, Adam’, tegur Edryan. ‘Kau ne, aku baru nak tunjukkan bakat lakonan aku. Kacau betullah’, dengus Adam. Edryan tersenyum lagi. ‘Hansamudesu’, bisikku kepada Farina. Killer smile betullah Encik Edryan ne. ‘Dalam masa 3 minggu dari sekarang, syarikat kita akan mengadakan pertunjukkan fesyen. Setiap tahun, semua pelajar praktikal juga diberi peluang untuk memperagakan rekaan mereka. Tahun lalu, best trainee kami iaitu, Cik Hafizah Hasan telah mendapat anugerah Best Designer’, terang Edryan. ‘So, ini adalah peluang kamu pulak untuk menunjukkan bakat kamu. Well, saya dah nampak hasil rekaan kamu di Korea dulu and I want to see more on your work’, tambah Edryan lagi. Kami semua mengangguk tanda faham. Aku mula merasa berdebar. Peluang keemasan yang ku tunggu-tunggu selama ini. ‘Dan korang boleh pilih siapa yang akan memperagakan rekaan kamu. Sesiapa sahaja, tidak kira artis or orang biasa. Selepas itu, serahkan nama mereka dengan saya. Saya akan try hubungi mereka. Lebih baik beri list lebih dari seorang sekurang-kurangnya ada back up jika seorang tidak dapat melakukannya’, ujar Adam. ‘Kalau faham, semua boleh bersurai’, arah Encik Edryan.

‘Kau nak pilih siapa?’, soal Farina kepadaku. Aku tersenyum gembira. ‘Kau tahukan artis Malaysia yang paling aku minat siapa?’, soalku semula. ‘Ya aku tahu, tak lain tak bukan..’, Farina tersenyum. ‘ Dania Ayerina’, ucap mereka serentak. ‘Kau pulak pilih siapa?’, soalku pulak. ‘Adalah rahsia’, ucap Farina. Amboii dah pandai berahsia sahabat aku ya. Petang itu, kami memberi senarai pilihan kami kepada Encik Adam. Pelik apabila Encik Adam tersenyum melihat senarai pilihan kami. ‘Ed, dorang dah hantar senarai pilihan mereka. And guess what?’, ujar Adam berteka-teki. ‘What?’, soal Edryan yang masih sibuk menyiapkan kertas kerja. ‘Cuba kau teka siapa pilihan Cik Misha dan Cik Farina kita?’, soal Adam lagi. Edryan memandang kearahnya. ‘Stop it Adam, beritahu sajalah. Tak payah nak berteka-teki. Aku banyak kerja ne’, marah Edryan. Adam tersengih. ‘Aku pun tak tahu kenapa si Farina tu boleh letakkan Nina dalam senarai pilihan dia’, ucap Adam. Edryan ketawa. ‘Jodohlah tu’, usiknya. Adam mengeluh. ‘Alah, bukan dia tahu Nina tu adik kita. Kau bagi sajalah senang kita nak runding dengan Nina. Tak banyak kerja’, kata Edryan. Adam mengangguk setuju. Edryan menyambung kerjanya. ‘FYI, Misha letakkan Dania Ayerina dalam senarai pilihan dia’, sambung Adam lagi. Edryan terhenti. Dia mengangkat muka memandang Adam inginkan kepastian. ‘Dah jodoh nak buat macam mana’, sindir Adam lalu keluar dari pejabat Edryan.

‘Ed, tak nak makan kar?’, soal Hajah Kamariah. ‘Ed kenyanglah ummi, nanti kalau Ed lapar, Ed makan’, katanya seraya melangkah naik ke biliknya. Hajah Kamariah pelik melihat anak buahnya. Sejak beberapa minggu ne, Edryan kelihatan ceria tetapi hari ini wajahnya mendung. ‘Dam, Ed kenapa?’, soal Hajah Kamariah risau. Adam tersenyum melihat umminya. ‘Tak ada apa-apalah ummi, Ed penat saja tu. Maklumlah banyak kerja di office’,  bohong Adam agar umminya tidak risau. ‘Nina mana ummi?’, soal Adam. ‘Ada kat bilik tu’, balas Hajah Kamariah. ‘Adam naik dulu ya ummi’, pamitnya. Edryan selesai membersihkan diri dan menunaikan solat isyak. Dia duduk di birai katil sambil merenung kearah kotak yang tersimpan rapi dibawah meja kerjanya. Perlahan-lahan dia menghampiri kotak berwarna merah. Dia membuka dan mengambil sebuah album berwarna merah. ‘Alkisah Ed & Ayer, Yakin bahawa dia yang tercipta untukku’, Edryan membaca muka hadapan album itu. Dia menyelak setiap gambar kenangannya bersama wanita yang berada dalam album itu. Sejak dari sekolah menengah hingga ke universiti. Edryan memejamkan mata perlahan. Terimbau kenangan lalu. ‘Tak bolehkah awak menyayangi dua wanita dalam hidup awak? Tak bolehkah awak bahagikan kasih dan sayang awak kepada kami berdua?’, soal wanita itu bertubi-tubi. Padang yang kelihatan luas dan tiupan angin langsung tidak dapat memberi ketenangan. Edryan hanya duduk di bawah pohon itu tatkala wanita itu berdiri. Airmata mula mengalir. ‘Ed, saya sayangkan awak’, ucapnya lagi. Edryan hanya mendiamkan diri.

‘Maafkan saya Ayer tapi saya tak boleh’, ucapnya lemah. Wanita itu kecewa. ‘Bagaimana dengan perasaan awak? Bagaimana dengan kita?’, soalnya lagi. ‘Kita masih punya banyak masa, Ayer. Saya punya tanggungjawab sendiri dan saya pun tak boleh pentingkan diri sendiri’, Edryan meninggikan suara. ‘Awak pengecut. Awak tak berani untuk menghadapi cabaran ini. Tiada guna berjanji Ed’, ucap wanita itu.  Kecewa, kecewa teramat sangat. Tanpa memperdulikan Edryan, dia pergi meninggalkan Edryan sendiri. Edryan membuka matanya. Ada manik jernih yang sedang mengalir. ‘Suatu hari nanti, saya nak jadi pelakon yang hebat. Biar Edryan Bin Haji Iqram bangga melihat bakat saya’, ucapnya dengan bangga. Edryan tersenyum. ‘Kenapa mesti awak nak membanggakan lelaki bernama Edryan tu?’, soal Edryan. ‘Sebab, selain Maha Pencipta, selain ibu dan ayah, saya juga sayangkan Edryan Bin Haji Iqram’, bisiknya di telinga Edryan seraya melarikan diri. Dada Edryan semakin berdebar. ‘Saya pun sayangkan awak, Dania Ayerina’, jeritnya lalu mengejar Dania Ayerina. Ya, Dania Ayerina. Wanita yang bertakhta di hati Edryan. Dulu, kini dan selamanya hanya wanita itu yang dirinduinya. Kesilapan masa lalu menyebabkan Dania Ayerina pergi meninggalkannya. Edryan membuka mata, menyimpan kembali album itu. Dia terlihat sebuah kotak berwarna biru. Dia mengambil dan membuka kotak itu. Sekali lagi air matanya jatuh. Rantai pemberian terakhir orang tuanya, agak lama rantai itu di simpan. Dia mengambil rantai itu dan mengalungkan di lehernya. Dengan lafaz Bismillah, Edryan melelapkan mata.



Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2