Cinta Satukan Kita 3
Hari terakhir di Jeju Island kami
diberi penekanan lebih mengenai fesyen. Kelihatan semua sahabatku sedang
menumpukan perhatian. Aku langsung tidak dapat memberikan sepenuh perhatian.
Hari ini Miss Ha Na tidak menyertai kami kerana ada urusan penting. Fikiranku
melayang terkenangkan peristiwa semalam. Lamaran Khairul Daniel dalam bentuk Flashmob, itu adalah impian aku selama
ini tetapi bukan dengan lelaki angkuh seperti Khairul Daniel. Sumpah! kalau aku
tak kenal dia sebelum ne, mesti hati aku dah cair semalam. Well siapa tak cair kalau lelaki buat surprise proposal kan?. ‘Persoalannya, kenapa kami memilih korea?
Kenapa tidak Paris ataupun Hollywood?’, soal Encik Edryan meyedarkan aku dari
lamunan. Bersemangat betul dia ne. ‘Ada sesiapa boleh jawap?’, soalnya lagi. Aku
mengangkat tangan. ‘Silakan Cik Misha’, arahnya. ‘Saya tak pasti samada jawapan
saya betul atau tidak tapi apa yang saya perasan sekarang ne kita banjiri oleh
K-pop. Lebih tepat lagi demam K-pop, banyak remaja di Malaysia tidak kira
lelaki dan wanita masing-masing cuba mengikut gaya ala-ala orang korea. Bukan
sahaja pakaian malah juga gaya rambut turut menjadi ikutan. Jawapan saya
sekarang ne zaman K-pop dan trend K-pop’, jawabku. Mereka semua mengangguk
tanda setuju. ‘Well, that’s right. Thanks you Miss Misha. Nampak gayanya banyak
peminat K-pop di sini ya’, usik Encik Edryan. Selesai aktiviti pagi itu, kami
di bawa berjalan-jalan di tepi pantai.
Sebuah
jamuan kecil-kecilan diadakan di hotel untuk meraikan segala kerja keras kami
selama seminggu. Encik Adam dan Encik Edryan juga mengambil kesempatan itu
untuk memberikan kami cendera kenangan. ‘Farina, Misha. Ini cendera kenangan
dari saya untuk kamu’, aku menyambut pemberian Encik Edryan begitu juga Farina.
Dia menghadiahkan kami sebuah senyuman. ‘Saya minta diri dulu’, pamitnya. ‘Err..
Encik Edryan tunggu’, pintaku. Aku mengeluarkan sebuah sampul surat bersaiz A4
dan menyerahkan kepada Encik Edryan. ‘Ini pula cendera kenangan saya untuk
Encik Edryan’, ucapku sedikit gugup. ‘Apa ne Misha susah-susah saja’, jawabnya.
‘Tak susah pun, harap Encik sudi terima’, ucapku sambil tersenyum. ‘Terima
kasih, Misha’, ujarnya. ‘Encik Edryan, ini dari saya’, sergah Farina sambil
menghulurkan beg kertas bersaiz kecil. Encik Edryan mengucapkan terima kasih
dan berlalu kearah pelajar lain. Aku lihat ramai juga pelajar yang member
cenderahati kepada Encik Edryan. ‘Lah ingatkan kita saja yang nak bagi’,
omelku. ‘Far, aku nak bagi Puan Sarimah dan Miss Ha Na cenderahati ne. Kau nak
ikut?’, ajakku. ‘Okay, jom. Aku pun ada benda nak bagi ne’, katanya. Malam itu
majlis di meriahkan dengan persembahan daripada semua pelajar. Memang saat
perpisahan ni menyayatkan hati. Sedih sangat!
‘Misha,
ini hadiah kemenangan awak seperti yang saya janjikan’, ucap Encik Adam yang
tiba-tiba muncul. ‘Wahh hadiah misteri ne kan. Sempat juga Encik beli hadiah
untuk 20 orang ya’, usikku. ‘Alah yang untuk 15 orang jak tak susah pun. Yang
susah tu untuk top 5 sebab pecah kepala tak tau nak bagi apa’, bebelnya sambil
menepak dahinya. ‘Terima kasih Encik Adam’, ucapku sambil menyambut kotak
bersaiz sederhana besar. ‘Mana kawan awak Farina?’, soalnya. ‘Dia pergi
washroom tadi. Kejap lagi keluarlah tu’, terangku. Encik Adam hanya mengangguk.
‘Huh, tu dia’, kataku sambil menunjuk kearah Farina yang sedang berjalan kearah
kami. ‘Farina, this for you’, ujarnya dan terus menghulurkan kotak besar kepada
Farina. ‘Terima kasih, Encik Adam’, ucap Farina. Dia mengangguk dan terus berlalu.
‘Besarnya, mesti special hadiah dia ne’, ucapku teruja. Wajah Farina mula
merona merah. ‘Tidak kira di manapun kita berada, jangan pernah lupa asal-usul
kita. Jangan berhenti bermimpi dan luaskan daya pemikiran kamu semua. Ingat
kreativiti adaah sebuah keunikan dan mungkin juga kepelikan. Bila kita jadi
pelik, bererti kita adalah luar biasa’, kata-kata terakhir Encik Edryan. Seawal jam 7 pagi kami berlepas pulang ke
Tanah air. Perjalanan yang jauh amat memenatkan. Kira-kira tengah malam, aku
dan Farina sampai di University Apartment. Oleh kerana terlalu penat, kami
meneruskan tidur.
‘Arghhh..
Misha, Mish bangunlah’, jerit Farina awal pagi. Aku memaksa untuk membuka mata.
‘Apa ne Farina? Awal pagi lagi kau memekik karang housemate lain dengar, habis
kau di belasah’, omelku. ‘Alah Misha tengoklah ne’, arahnya sambil menunjukkan
sesuatu padaku. Aku yang masih mamai-mamai hanya melihat sebuah patung besar. ‘Oh,
kau dapat patung ya’, ucapku. ‘Lebih dari patunglah. Aku dapat surat kelulusan
latihan industri di gedung fesyen Iqram Eifa’, jeritnya teruja. ‘Ohh’, jawabku
sepatah lalu cuba memutar kembali kata-katanya. ‘Apa!’, jeritku. ‘Betulkah ne?
Tahniah Farina’, ucapku sayu. Farina mengerti. ‘Alah kau janganlah sedih, surat
ne di sertakan dengan hadiah yang Encik Adam bagi semalam. Cuba kau check hadiah kau semalam’, cadang
Farina. Betul juga. Aku mencari hadiah pemberian Encik Adam semalam. ‘Dia bagi
aku snowball lah. Wahh besarnya snowball ne, first aku dapat snowball
besar macam ne tau ’, ujarku. Farina hanya menggeleng kepala. Didalam kotak
tersebut, terselit sebuah sampul surat. Aku membuka sampul surat tersebut dan
membaca isi kandungannya. ‘Tahniah, permohonan latihan industry Cik telah di
luluskan. Cik di minta melaporkan diri pada hari isnin depan’, bacaku dengan
lantang. ‘Hooray!! Farina impian kita tercapai’, teriak ku. ‘Tak sabar aku nak
beritahu orang tua aku, Far’, kataku lagi. ‘Apa kata hari rabu, lepas exam kita
balik kampung’, cadang Farina dan aku menggangguk setuju.
Oleh
kerana hari ini tiada paper, aku dan
Farina bercadang untuk pergi ke Bandar untuk membeli beberapa barang untuk
dibawa pulang ke kampung. ‘Aku rasa, aku nak belikan mak aku tudung dan kain
bajulah. Lepas tu, aku nak belikan ayah aku baju melayu dan t-shirt’, cadangku.
‘Aku pun sama. Apa kata kita pergi ke Sinsuran, sanakan murah’, ajak Farina. Sejak
kecil sehingga sekarang, Farina adalah sahabat baikku. Ke mana sahaja kami
pergi pasti bersama, cita-cita kami juga sama. Aku tak tahulah kalau tak ada
Farina macam mana aku boleh hidup. Semasa kecil dulu, aku selalu di buli oleh
rakan-rakan kelas yang lain dan Farinalah penyelamat aku. Kalau aku tak ada
duit untuk makan, dia pun rela berkongsi makanan dia. Aku bersyukur Allah
kurniakan kepada aku seorang sahabat seperti Farina. Hari isnin, memang tidak
ramai orang yang mengunjungi kawasan Sinsuran maklumlah semua pun berkerja. Aku
dan Farina memasuki kedai Kain mewah. ‘Nenek, yang ini cantik. Sesuai dengan
nenek’, cadang Khairil Daniel. ‘Pandai kamu pilih ya Ril’, puji Datin Linda. Khairil
Daniel hanya tersenyum. Anak muda ini lebih pendiam dan tidak banyak bercakap
tetapi apabila dia mula bercakap, kata-katanya sangat menyakitkan. Khairil
Daniel juga kelihatan seperti budak sombong dan tidak suka bergaul. ‘Nenek, itu
kak tukang urut’, ujarnya seraya menudingkan jari kearah Misha yang sedang leka
memilih tudung. ‘Ril, Nenek tak pernah ajar kamu bercakap macam tu. Dia tu
bakal kakak ipar kamu tahu. Dah jom kita tegur dia’, ajak Datin Linda seraya
menuju ke tempat Misha dan Farina.
‘Farina
yang ne cantik tak?’, soalku. Farina hanya mengangguk dan tersenyum.‘Assalamualaikum’,
ucap Datin Linda. ‘Waalaikumussalam..’, jawab kami serentak. Gulp! Jantungku
seolah-olah berhenti berfungsi. Kenapalah aku bertemu dengan keluarga ne lagi?.
Aku memandang sekeliling mencari-cari kelibat orang yang cuba ku jauhi. ‘Eh,
Datin Linda. Apa khabar? Ini sahabat saya Farina’, ucapku seraya menyalami
tangannya. Farina juga turut menyalamnya. ‘Apa pulak panggil Datin ne,panggil
Nenek jak. Farina pun sama panggil saya nenek’, ujarnya merendah diri. Farina
mengangguk. ‘Cari tudung ya?’, soalnya berbasah-basi. ‘Ya, hari rabu ne lepas
exam Misha nak balik kampung, so nak belikan tudung dan baju untuk mak dan ayah
kat kampung’, terangku. Datin Linda tersenyum girang. ‘Baguslah tu, nanti bila balik
kampung Misha beritahu orang tua Misha pasal hubungan Misha dengan Khairul. Beritahu
mereka Nenek akan datang meminang Misha bulan depan’, ujarnya. Papp! Kepalaku
terasa bagaikan dihempap oleh batu yang besar. Takkan mamat tu belum beritahu hal sebenar kot?. ‘Nenek’, sapa satu suara
yang sudah tak asing buatku. Kami berpaling kearah suara itu dan buat seketika
mata kami bertembung. Namun, cepat-cepat aku melarikan pandangan. ‘Sayang,
sayang pun ada kat sini? Kenapa tak beritahu, kalau tak tadi hubby jemput’, mesranya panggilan sampai
aku naik meluat. Aku berpura-pura ketawa. Farina disebelahku hampir terlopong mendengar
ucapan mamat ne. ‘Sayang tak nak
susahkan hubby’, jawabku sambil tersengih. Datin Linda terlihat bahagia. Selesai
memilih tudung, Datin Linda membayar semuanya. Aku dah Farina sedaya upaya
menolak tapi Datin Linda tetap berkeras mahu membayarnya. Katanya sebagai
hadiah untuk bakal cucu perempuannya. Hatiku mula rasa serba salah.
Kami
memasuki Imperial hotel untuk makan tengah hari. Ini kira first time aku dapat lunch
di hotel ne. Lunch apanya dah masuk tea time dah ne. Khairil Daniel aku
lihat dari tadi hanya berjalan sambil memeluk tubuh dengan pakaian seragam
sekolahnya. Mesti mereka baru menjemput budak ne dari sekolah. ‘Nenek nak makan
apa?’, soal Khairul Daniel. ‘Emm, nenek nak ke washroom kejap. Why don’t kamu order dulu. Just give me a
hot tea dan brownies’, ujarnya. ‘Nenek, Farina pun nak ke tandas. Misha,
kau order untuk aku okay’, pesannya. Gila! Takkan Farina sangup nak tinggalkan
kami berdua. Opss! I mean bertiga. Mamat
ne sakit kar apa? Apasal dia duduk sebelah aku pulak?. ‘Please give me a cup of coffee and a slice of cheese cake. What about
you, Ril?’, soalnya. ‘Give me a fresh
orange and pudding hot chocolate’, pesannya. Kini semua mata tertumpu
kearah aku. Apa aku nak order ne, bukan
aku faham menu hotel ne. Tak ada yang murah kar kat hotel ne?. ‘Okay, just give three fresh orange and three
pudding hot chocolate’, putusnya tanpa menunggu pesananku. Pelayan itu
kemudian mengulang semula semua pesanan sebelum berlalu. ‘So,
have you thought about my offer?’, bisiknya di telingaku. ‘Aniyo’, terkeluar bahasa korea aku. ‘Peluang hanya
datang sekali Cik Misha Binti Malik’, ucapnya tidak mahu mengalah. ‘Dan peluang
ne bukan milik saya’, tekanku lagi. ‘I
still open my offer. If you change your mind just text me’, putusnya sambil mengenyitkan mata. Dia ne tak
faham bahasa kar? Malas aku nak melayan. Khairil Daniel yang sedari tadi memandang
kami merenung aku dengan penuh makna. Seram betul dua beradik ini.
Akhirnya
aku tiba juga di kampung halaman yang sangat ku rindui. Pulau Banggi memang
sangat cantik. Menaiki feri ke sini hanya memakan masa selama 15 minit. Aku dan
Farina berjiran. Keluarga Farina memang banyak membantu keluarga kami. ‘Anak
kurang ajar’, teriak satu suara dari dalam rumahku. Aku dan Farina saling
berpandangan. ‘Ayah dan Mak ne memang pilih kasih. Apa yang Marsha nak, tak
pernah di tunaikan tapi kalau anak pu..’, kata-kata Marsha mati di situ. Aku
yang sudah masuk kedalam rumah terkejut apabila melihat Marsha terpelojok di
atas lantai sambil memegang pipi kanannya. ‘Kak. Mak, Ayah kenapa ne?’, soalku
mula risau. Ayah dan Mak menyepi. Wajah mak kelihatan sangat sugul dan semakin
kurus. Ada manik jernih yang mengalir dari mata mak. Aku menghampiri Marsha dan
cuba membantunya berdiri namun Marsha menolakku. ‘Kak tak apa-apa?’, soalku
prihatin. Marsha menjelingku dengan jelingan tajam. ‘Dah berapa kali aku kata, jangan
panggil aku kakak. Kita ne seumur dan kau tu tak layak nak jadi adik aku. Kau
fa..ham kar tak !’, herdiknya dan meluru keluar dari rumah. Memang benar
aku dan Marsha seumur tapi dia tua 3
bulan daripada aku sebab itu aku memanggilnya kakak. Aku berpaling kearah ayah.
‘Apa dah jadi ayah?’, soalku. ‘Biasalah Misha, kakak kamu tu kalau keinginan
dia tak dituruti beginilah jadinya. Semalam dia balik rumah terus nak minta
duit, kononnya nak beli kereta supaya senang dia nak ke sana ke mari. Mana ayah
nak cari duit untuk beli kereta? Sedangkan rawatan mak kamu dah mencecah
beribu-ribu ringgit. Dia bukannya membantu malah menyusahkan’, marah ayah
dengan air mata yang jatuh berjujuran. Aku memandang mak yang sedang duduk di
kerusi malasnya.
Aku
membersihkan wajah wanita yang telah membawaku ke dunia ini. Wanita yang telah
menjaga dan mendidikku dari kecil hingga besar. Kini wanita itu sudah tidak
berdaya lagi. Badannya sudah semakin kurus, kepalanya sudah tidak berambut
lagi. Sejak doktor mengesahkan mak mempunyai ketumbuhan di otak, hidup kami
sekeluarga berubah serta merta. Dua kali mak menjalani pembedahan di otak
menyebabkan mak kehilangan upaya untuk bercakap. Sekarang Alhamdulillah, mak
semakin sihat dengan bantuan rawatan susulan tiap-tiap minggu. ‘Mak sihat?’,
soalku. Doktor menyarankan agar kami sentiasa bercerita dengan mak. ‘Tuta
tuta’, jawapnya. Aku tersenyum. Hanya perkataan itulah yang di ketahui oleh
mak. ‘Begitulah keadaan mak kau Misha. Nasib baik mak cik Aznah kau ada
temankan dia hari-hari. Ayah pun sibuk di laut cari rezeki’, terang ayah. ‘Lepas
ini, ayah tak payah risau. Misha akan kerja dan tanggung kita semua’, tuturku. Encik
Malik tersenyum. ‘Ya Allah anak ini memang anugerah-Mu yang terindah’, ucapnya
syukur dalam hati. Marsha mengenggam tangannya. Geram mendengar perbualan Ayah
dan Misha. Niatnya untuk masuk ke rumah dibatalkan. Dia menuju ke sebuah pondok
buruk yang terletak di hujung kampung. ‘Woii Babe, bila kau sampai?’, jerit
Asni sambil menyedut rokoknya. ‘Semalam’, jawabnya. Sejak dari dulu lagi,
pondok buruk ini dijadikan tempat pertemuan rahsia mereka. Di sinilah tempat
mereka melakukan kerja-kerja tak berfaedah seperti menghisap dadah, merokok,
bercumbuan dan berkhalwat. Orang kampung tidak berani mendekati pondok ini kerana
kononnya ada penunggu yang sudah menghuni pondok buruk ini. Penunggulah sangat!
Orang kampung yang kolot. ‘Kau ne kenapa babe, asal datang sini mesti bad mood’, soal Asni. Farid yang sudah
mula khayal selepas menghisap dadah mula menular ketempat Asni. Marsha melihat
sekelilingnya, semakin hari semakin ramai anak mudah yang berpesta di pondok
ini. Kebanyakannya adalah budak sekolah yang datang bersama pasangan mereka.
Dari rumah lengkap berpakaian sopan dan berhijab tetapi apabila tiba di pondok
ini semua pakaian tadi hilang. ‘Macam
biasalah, budak pungut kat rumah aku tu sakitkan hati aku’, luah Marsha sambil
mengigit bibir. ‘Alah kau ne, budak mentah tu pun kau nak layan sangat. Kalau
kau bagi dia ‘barang’ ne, aku gerenti dengan kau syurga pun dia lupa’, ujarnya
sambil membaling pil khayal kearah Marsha.
‘Babe,
kau tak payah fikir pasal budak mentah tu. Malam ini kita enjoy!’, jerit Asni. Farid
mula mencium leher Asni. ‘Sabarlah, aku nak bawa kawan aku ne ke ‘syurga’
juga’, ujarnya lalu menuangkan segelas arak kepada Marsha. ‘Babe, apa ne? Aku
tak ada moodlah’, ujarnya. Kalau
setakat merokok dan minum arak, dia memang tiada masalah tetap malam ne dia
tiada mood. ‘Kalau kau minum ne,
semua masalah kau hilanglah babe. Dah ambil ne’, pujuk Asni sambil menyerahkan
gelas itu kepada Marsha. Kemudian, Asni menuju kearah Farid semula. Asni
memasukkan pil khayal ke dalam minumannya. Beberapa saat kemudian, Asni mula
hilang kewarasan. Menjerit dan menari walaupun tiada lagu. Farid dan beberapa rakannya tersenyum gembira.
Asni mempunyai bentuk badan yang sangat cantik dan sempurna tapi sayang ia di
jamah orang semua lelaki. ‘Eh, lepaslah’, arahku. ‘Alamak, oii perempuan kalau
nak jadi ustazah bukan kat pondok ne. Dah tepi!’, bentaknya. ‘Eh, dia ne kawan
aku. Lepaslah’, lawanku. ‘Babe, kau ne kenapa? Ini ‘syurga’ lah. Kalau kau tak
nak ikut ke ‘syurga’. Kau pergi balik belajar mengaji’, teriak Asni sambil
menolak ku. Marsha berpaling kearah dua remaja perempuan yang datang bersama
pasangan mereka tadi. Terkejut dia apabila melihat, kedua remaja itu sudah hanyut dibuai nafsu. Asni
juga hanyut bersama rakan-rakan Farid. ‘Tak nak join kar?’, soal salah seorang
rakan Farid. Marsha menolak lelaki itu lalu berlari keluar dari pondok itu. Tidak
sanggup untuk melihat lagi. Walaupun dia sering ke kelab malam semasa belajar
tetapi dia tidak pernah tidur bersama lelaki.
Misha
mundar-mandir di depan rumah. ‘Masuklah Misha, kejap lagi baliklah dia tu.
Lagipun dia dah besar pandailah jaga diri’, pesan ayah. Aku masih berasa risau.
Biar apapun, dia tetap kakak aku. Dari jauh kelihatan seorang wanita berjalan
seperti di kejar oleh hantu. ‘Kakak, kakak dari mana?’, soalku cemas. ‘Eh, kau
jangan masuk campur hal aku boleh tak?’, marahnya. Bunyi guruh mula kedengaran,
nampaknya hujan akan turun malam ini. Aku mengurut dada mak perlahan sambil
menggenggam tangannya. ‘Mak, Misha ne. Janganlah macam ne. Tarik nafas
pelahan-lahan’, arahku. Risau melihat keadaan mak yang sedari tadi mengalami
kesukaran bernafas. ‘Ya Allah, kenapa dengan Kak Haiza ne?’, soal Mak cik
Aznah. Mesti ayah yang memanggil mereka sekeluarga. Mungkin ayah perlukan
sokongan daripada Pak cik Aidil dan Mak cik Aznah. Farina juga setia berada di
sisiku. ‘Kita bawa dia ke hospitallah bang’, cadang mak cik Aznah namun hujan
sangat lebat di luar. ‘Memang abang nak bawa dia ke hospital Nah, tapi sekarang
hujan tengah turun dengan lebat’, kata ayah. ‘Tapi kita tak boleh biarkan Kak
Haiza begini. Kasihan dia bang’, ucapnya sayu. Aku mula mengalirkan air mata. ‘Mak,
bertahanlah sebentar’, ucapku lembut. Marsha langsung tidak ambil peduli
tentang Mak. ‘Ayah, marilah kita bawa mak ke hospital. Kasihan mak, ayah. Pasti
ada cara, biarpun hujan lebat’, rayuku, tidak tahan melihat keadaan mak. Farina
memegang bahuku cuba untuk memberi kekuatan. ‘Beginilah Malik, biar saya bantu
awak untuk mengangkat Haiza. Aznah awak pergi ambil payung kita dirumah. Farina
tolong Misha kemaskan pakaian Mak cik Haiza’, arah Pak cik Aidil. Apabila
semuanya sudah selesai, kami membawa mak menuju ke van pak cik Aidil. Biarpun
hujan lebat tetapi kami mengagahkan diri untuk terus melangkah.
Malam
itu, mak di beri bantuan oksigen oleh doktor pakar di hospital Kudat. ‘Kami
mendapati ada ketumbuhan di hati Puan Haiza mengakibatkan beliau menghadapi
masalah kesukaran bernafas terutamanya dalam keadaan yang sejuk. Esok, kami
akan memindahkan Puan Haiza ke Queen Elizabeth Hospital untuk menjalankan
pembedahan’, terang doktor Amran. Aku terduduk mendengar setiap butir bicara
doktor Amran. Ya Allah! Selamatkanlah mak. Doaku dalam hati. Farina memelukku erat. Encik Malik kelihatan
tenang. ‘Berapa kos pembedahan itu doktor?’, soalnya. Pasti ayah berfikir dari
mana mahu mencari wang untuk pembedahan mak. Kalau sebelum ini, duit kwsp ayah
telah di gunakan untuk pembedahan mak manakala hasil derma orang kampung, mak
dapat menjalani rawatan susulan. ‘RM80,000’, jawab doktor Amran. ‘Terima kasih
doktor, In Sha Allah akan saya usahakan’, balas ayah tenang. Doktor Amran menepuk bahu ayah sebelum berlalu
pergi. ‘Malik, biar aku uruskan proses pemindahan Haiza ya’, ujar pak cik
Aidil. ‘Sabarlah bang, kita akan usahakan RM80,000 untuk pembedahan Kak Haiza’,
ujar mak cik Aznah pulak. Aku bersyukur kerana mendapat insan yang sebaik pak
cik Aidil dan mak cik Aznah. Andai mereka tiada, mungkin sekarang kami masih
tidur dibawa jambatan. ‘Kalau Misha dan
Marsha nak balik dulu, baliklah. Biar ayah temankan mak di sini. Besuk kita semua
berangkat ke Kota Kinabalu ya’, ucap ayah. ‘Farina temankan Misha dan Marsha
pulang untuk mengemaskan baju mereka’, arah ayah. Farina mengangguk tanda
setuju.
Aku
mengagahkan diri untuk melangkah ke Linda Holding sdn.bhd. Bangunan setinggi
sepuluh tingkat. Namun demi kebaikan mak, aku nekad untuk ke sini. ‘Ya cik,
boleh saya bantu?’, soal kerani berusia yang mungkin seusia ku. ‘Saya nak jumpa
Encik Khairul Daniel’, jawabku sedikit gugup. ‘Ada buat appointment?’, soalnya lagi. Inilah orang kaya ne, asal nak jumpa
kena buat appointment dulu. Aku menggeleng kepala. ‘Tapi tolong bagitahu
dia, Cik Misha Binti Malik nak jumpa dia’, ujarku lalu kerani itu mengangguk. Dia
kemudian membuat panggilan. ‘Cik, sila ikut saya’, arahnya. Aku memandang
setiap ruangan bilik pengarah syarikat. Cantik dan teratur. Sedari tadi,
Khairul Daniel hanya memalingkan kerusinya memandang kearah luar tingkap. ‘What
can I help you, Misha?’, soalnya tanpa berpaling. ‘About your offer, it is
still valid? ‘, soalku lagi. Dia mula memalingkan kerusinya. ‘Kenapa tiba-tiba
kau ubah fikiran?’, soalnya. ‘Berapa kau sanggup bayar aku?’, aku tidak
menjawab soalannya. Khairul Daniel menepuk tangan. ‘Akhirnya, pecah tembelang
juga. Memang perempuan zaman sekarang lebih pentingkan duit’, pedas
kata-katanya namun langsung tidak mengena di hatiku. ‘Tapi maaf Cik Misha,
tawaran saya dah di tutup’, ujarnya lagi. ‘Tolonglah Encik, saya merayu. Saya
sangat perlukan duit sekarang. Saya sanggup buat apa saja yang encik suruh’,
rayuku. Khairul Daniel bangun dari kerusinya dan menuju kearah ku. ‘Kalau aku
suruh kau melutut dan merayu dengan aku sekarang pun kau sanggup?’, soalnya. Diam.
Otakku cuba memproses kata-katanya. Begini rupanya lagak orang kaya. ‘Tak
sanggupkan? Dah baik awak lupakan hasrat awak. Lagipun awak tak layak jadi tunang saya’, katanya seraya berpaling. Aku
mengumpulkan semua kekuatan. Perlahan-lahan aku mula melutut. ‘Saya merayu
kepada awak. Saya perlukan duit sekarang dan saya rela menjadi tunang awak buat
sementara waktu’, ucapku diiringi air mata. Tidak pernah dalam seumur hidupku,
melutut dan merayu kepada sesiapa pun. Khairul Daniel tersentap. Dia berpaling memandang Misha yang tertunduk
sambil melutut.
Ada
sebuah rasa yang tersingkap di hati tatkala mendengar tangisan wanita itu. ‘Berapa
yang awak perlukan?’, soalnya. Aku mengangkat muka dan menghadiahkannya
senyuman. Selepas Khairul Daniel bersetuju membayarku sebagai tunangannya buat
sementara waktu, aku menggunakan wang tersebut untuk membayar pembedahan mak. Aku
tidak memberitahu ayah kerana aku tidak mahu ayah fikir bukan-bukan. Aku
menyamar dan membayar semua perbelanjaan pembedahan mak tanpa di ketahui
identitiku oleh sesiapapun kecuali Farina. Kini masalahku hanya satu, bagaimana
mahu memberitahu kepada ayah tentang Khairul Daniel. Dalam keadaan begini,
mustahil untuk aku memberitahu kepada ayah. Bagaimana pula tentang mak? Apa
kata orang nanti? Mak tengah bertarung nyawa, anak sibuk nak berkhawin lagi. Pening
kepala aku memikirkannya. Namun, aku harus segera mencari iktihar agar aku dapat
keluar dari belenggu ini. Ya Allah, berilah hambamu kekuatan.
Comments
Post a Comment