Rasa Yang Terpendam (Epilog)

‘Ehh, Nadz awak tak pergi airport kar?’, soal Waqie apabila melihat Nadz masih lagi kaku di meja kerjanya. ‘Buat apa bos?’, soal Nadz pula, pura-pura tidak mengerti. Waqie memandang Nadz tanpa berkelip. ‘Nadz peluang datang hanya sekali. Jangan sampai awak menyesal buat kedua kali pula’, nasihat Waqie. ‘Sebab saya tak nak menyesallah, saya tak nak pergi. Mungkin dia bukan pilihan saya’, jawab Nadz. ‘Choice is in your hand, so it’s up to you’, ucap Waqie sambil berlalu pergi. Nadz memandang keluar tingkap pejabat, dia mahu memilih Ismail namun mengapa hatinya tidak gembira?. Dia mengeluh sendiri. ‘Aku harus yakin dengan pilihan aku sebab aku yang tentukan bukan orang lain.’, ucapnya sendiri lalu mula melangkah keluar dari pejabat. Sedang asyik membelek-belek baju, tiba-tiba Nadz ditegur oleh seseorang. ‘Hye, Nadz kan?’, tegur wanita itu. ‘Ya, Amy kan? Lama kita tak jumpa, kau dah semakin cantik sekarang ya’, puji Nadz. ‘Tak adalah biasa jak pun. Ehh, apasala kau tak datang masa Ismail sanding hari itu?’, soal Amy menyebabkan Nadz terlopong. ‘Huh? Ismail dah khawin kar?’, soal Nadz tidak percaya. ‘Ya Allah Nadz, dia dah nikah dah bulan lalu tapi baru bersanding minggu lepas. Aku pun pelik juga kau tak datang padahal ramai juga yang dia jemput’, terang Amy dengan wajah kebingungan. ‘Maknanya masa dia datang merayu-rayu dekat aku, dia sudah pun menjadi suami orang lain. Aku ditipu!!’, teriak hatinya. ‘Nadz, Nadz, kau okay kar ne?’, sergah Amy. ‘Huh? A..a..aku kena pergi sekarang juga. Ada jodoh kita jumpa lagi ya’, ucapnya lalu berlari keluar menuju ke arah tempat letak kereta. Nadz memandu sambil menangis. Tidak sampai setengah jam, Nadz sudah sampai di lapangan terbang. Dia berlari mencari kelibat Reza di bahagian pelepasan namun tidak kelihatan. ‘Reza, tolonglah jangan pergi. Saya dah sampai ne’, jerit hatinya namun tidak bisa diluahkan. Hanya airmata yang membasahi pipi Nadz. Dia menyesal tidak mengikut kata hatinya. ‘Cik, Kapal terbang ke US dah berlepas kah?’, soalnya di bahagian kaunter pelepasan. ‘Sudah Cik, 30 minit yang lalu’, jawabnya lalu tersenyum.  Nadz hampa lalu melihat sekelilingnya. Tiada lagi kelibat Reza lalu dia tertunduk memandang lantai.

‘Relaku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu
Saat ini, Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi
Saat ini, saat ini’

Nadz berpaling kearah suara dan petikan gitar itu. Kelihatan Reza sedang berdiri di belakangnya sambil memegang sejambak bunga. Kini mereka jadi perhatian semua orang yang berada dilapangan terbang. Nadz menuju kearahnya. ‘Sa..saya nak minta..’, ucapnya tersedu namun Reza sudah menahan bibirnya dari terus berbicara. ‘Tak perlu cakap apa-apa sebab sekarang saya yang kena bertanya’, ujarnya seraya melutut. ‘Sudikah awak menjadi permaisuri didalam hidup saya buat selama-lamanya?’, soal Reza. Nadz memandang sekelilingnya, kalau dulu pasti dia malu diperlakukan sebegini dihadapan khalayak ramai tetapi kini dia berasa sangat bahagia. ‘Saya sudi’, terimanya lalu Reza menyarungkan cincin di jari manisnya. Semua penonton bertepuk tangan apabila Nadz menerima lamaran Reza. ‘Tahniah’, ucap keluarga Nadz yang tiba-tiba muncul. ‘Tahniah juga dari kami’, ucap Lara dan Waqie serentak. Nadz memandang Reza. ‘Awak dah plan semua ne ya?’, tekanya lalu kami semua tertawa melihat wajah Nadz yang sedang merah merona. Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana melimpahkan kami nikmat ini. Aku bahagia disamping insan yang bernama Liwauddin Waqie walaupun perhubungan kami bermula tanpa rasa cinta namun terbukti dialah yang tertulis di Luh Mahfuzku. Tidak pernah aku menyangka betapa hebatnya penangan cinta. Cinta adalah anugerah terindah yang dikurniakan kepada setiap manusia namun ada juga yang tak tahu ertinya. ‘PANG!!PANG!!’, terdengar bunyi tembakan dilepaskan.  Aku terkaku dalam pelukan Waqie. Jay yang berada diluar segera masuk untuk memberikan bantuan. Memey tidak menyangka bahawa Jay akan datang juga sebab itu dia tidak menunggu kehadiran Jay. Dia merampas pistol dari tangan Memey apabila Memey sudah terduduk di lantai. Pembantunya Farid pula melarikan diri. ‘Raeyi’,ucapku di telinga Waqie apabila terlihat Raeyi mula rebah ke bumi. Darah mula membasahi tubuh Raeyi. Aku dan Waqie berjalan menuju kearahnya sementara Jay menahan Memey agar tidak terlepas.  Waqie mengangkat kepala Raeyi lalu dibaringkan diatas pahanya.

‘Raeyi, Kenapa awak? Kenapa awak buat macam ne?’, soal Lara diiringi tangisan. Raeyi hanya tersenyum. ‘Waqie, awak lelaki yang sangat bertuah sebab dapat memiliki wanita sebaik Lara. Tolong jaga dia baik-baik, jangan kecewakan dia seperti mana saya pernah lakukan dulu’, ucapnya sambil menggenggam tangan Waqie. ‘Bersabar Raeyi, sebentar lagi ambulans akan tiba’, pinta Waqie. Niat Waqie tadi mahu melindungi Lara daripada terkena tembakan tetapi tidak disangka Raeyi pula melindungi mereka berdua. ‘Lara’, panggil Raeyi. Lara yang sudah dibanjiri air mata memandang kearah Raeyi. ‘Sa..saya nak minta maaf sebab saya kecewakan awak dulu. Saya yang buta kerana tak pernah memahami isi hati awak. Walauapapun, saya redha dengan takdir ini. Mungkin jodoh saya bukan dengan awak’, ucap Raeyi dalam kepayahan. ‘Yiyi, awak kena bertahan. Jangan cakap bukan-bukan sebab walau apapun awak tetap akan menjadi sahabat saya’, ucap Lara memberikan Raeyi kekuatan. ‘Saya rindu sangat nak dengar awak panggil saya dengan nama tu. Lara, saya tak pernah menyesal mencintai awak malah saya berterima kasih kerana di beri peluang untuk berjumpa dan mengenali awak. Izinkan saya menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup awak walaupun hanya sementara. I..in..gat sa..sa..saya se..lalu dalam do..a a..wak’, ucap Raeyi seraya menghembuskan nafas yang terakhir. ‘Raeyi!! Raeyi!! Bangun Raeyi, awak tak boleh pergi. Raeyi!!’, jerit Lara sambil memukul dada Raeyi. Waqie cuba menenangkan isterinya. Tidak lama kemudian, polis dan ambulans tiba di tempat kejadian. Memey diberkas dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sementelah Jay mengiringinya.  ‘Raeyi!!Raeyi!! Raeyi!!’, jerit Lara apabila pihak ambulans membawa mayat Raeyi. Kedengaran tawa Memey bergema. ‘Padan muka kau!’, tempiknya kearah Lara. ‘Lara, sabar Lara’, kata Waqie cuba menenangkannya namun Lara masih juga menangis memanggil nama Raeyi. Akhirnya, dia pengsan dan tidak sedarkan diri. ‘Lara, Lara. Ling bangun Ling. Please stay with me. Lara!!’, teriak Waqie sambil memeluk isterinya.

‘Lara’, panggil Waqie dan seraya itu Lara menoleh kearahnya. Waqie menggenggam tangan Lara dan mencium dahinya.  Hidup ini terlalu indah untuk kita nikmati kerana itulah kita selalu alpa dan lupa akan siapa diri kita yang sebenarnya. Lupa kepada Pencipta dan lupa bahawa dunia ini hanyalah sebuah persinggahan. Aku bersyukur kepadamu Allah kerana memberi aku peluang untuk menikmati keindahan nikmat Mu diatas jalan yang diredhai. Aku bersyukur kerana Engkau menjauhkan aku dari segala perkara yang boleh merosakkan akhlak dan maruahku. Aku bersyukur kerana Engkau berikan aku seorang lelaki yang membimbingku agar lebih dekat dengan-Mu. Terima kasih atas anugerah yang tak terhingga ini. ‘Jom ambil gambar keluarga, nanti merajuk pulak abang kesayangan Lara tu’, ajak Waqie. Lara tersenyum memandangnya lalu mereka berjalan bersama. Alhamdulillah, akhirnya Zairi disatukan dengan pilihan hatinya Nursyafiqah manakala Qira pula bakal bertunang tahun depan. Aku bahagia melihat senyuman disetiap wajah insan yang aku sayang terutamanya kedua-dua orang tua aku dan Waqie. Memey sekarang dimasukkan kedalam rumah sakit jiwa setelah disahkan mengalami gangguan mental oleh doktor. Selain itu, dia juga dia bawah pengawasan yang rapi kerana dia mengandung. Jay juga sudah menyedari kesilapannya dan mahu bertanggungjawab terhadap Memey. Tentunya ibu bapa Memey sangat kecewa dan malu namun kehadiran Mia memberikan mereka kekuatan untuk terus bertahan dengan ujian hidup ini. Mia gembira kerana akhirnya dia dan suami diterima semula oleh keluarganya.  ‘Assalamualaikum’, sapa Nadz. ‘Amboi termenung jauh nampak bakal ibu ne’, gurau Nadz sambil tertawa. Aku turut ketawa sambil memegang perutku yang kini sudah berusia 5 bulan. ‘Kau bila lagi?’, gurauku pula. ‘Pelahan-pelahanlah, aku tak puas honeymoon lagi’, jawabnya lalu kami tertawa. Waqie dan Reza datang menghampiri kami. ‘Amboi mengumpat suami ya’, gurau Reza. ‘Ehh, manada’, jawab Nadz pantas lalu kami semua tergelak.

Kita takkan pernah tahu rahsia Allah. Siapa yang tertulis di Luh Mahfuz juga itu adalah rahsia Allah.  Kita takkan pernah memiliki semua yang kita impikan kerana Allah lebih tahu apa ang terbaik untuk hambanya. Aku gembira melihat Nadz bahagia bersama Reza, lelaki yang sentiasa bersamanya tidak kira suka atau duka. Cinta bertapa hebat penanganmu kerana engkau bisa membuat semua orang jadi gila tetapi aku tak pernah salahkan cinta kerana aku tahu bagaimana cara untuk menghargai cinta. ‘Terima kasih’, ucap Lara kepada Waqie. ‘For?’, soal Waqie bingung. ‘For always being here’, jawab Lara seraya memeluk Waqie. ‘Thank you too’, ucap Waqie pula. ‘For?’, soal Lara hairan. ‘For loving me and accept me as who I am’, tuturnya lembut seraya mencium dahi Lara. ‘Thank you again’, ucap Waqie lagi. ‘Untuk?’, soal Lara. ‘Kerana sudi mengandungkan anak Dar. Dar sangat bersyukur’, ucap Waqie lembut sambil meraba perut isterinya.  Lara tersenyum gembira. ‘Auch’, jerit Lara. ‘Kenapa Ling?’, soal Waqie cemas. ‘Baby Dar tendang Ling’, ucapnya dengan suara manja. ‘Dia tendang kat mana?’, soal Waqie. ‘Kat sini’, jawab Lara sambil menunjukkan tempat yang ditendang oleh bayi mereka. Waqie memegang perut Lara. ‘Baby boy, jangan nakal-nakal tahu. Kesian Mama’, ucapnya membuatkan Lara tertawa. Waqie memandang Lara seraya menariknya dalam pelukan. Hati mereka kini penuh dengan debunga harum yang mekar dengan suburnya. ‘Semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke Jannah’, doa mereka dalam hati.


Rasa yang terpendam...
Akan ku pendam sebuah rasa, demi mencari erti bahagia...


-TAMAT-

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2