Rasa Yang Terpendam 32

Nadz mengetap bibirnya. Betapa geram hatinya diperlakukan sebegini oleh mereka. Dia hanya meneruskan langkah kakinya tanpa mempedulikan mereka dibelakang. ‘Nadz tunggu saya Nadz. Biar saya bawa barang awak ne lepas tu saya hantar awak balik office ya’, pinta Reza. Nadz tersenyum mendengarnya. Dia tahu lelaki ini sangat prihatin terhadapnya. Dia menyerahkan barang-barangnya kepada Reza. ‘Eh, tak Nadz biar saya yang bawa’, pinta Ismail pula lalu merampas barang-barang Nadz dari tangan Reza. Terjadilah perebutan antara dua lelaki dikhalayak ramai. Akhirnya beg plastik itu terkoyak akibat perebutan mereka dan menyebabkan barang-barang peribadi yang dibeli oleh Nadz terkeluar dari plastik tersebut. ‘Korang ne kenapa huh?’, soalnya marah. ‘Tak ada apa-apa, saya Cuma nak bantu awak jak tapi lelaki ne cuba halang saya’, jawab Ismail sambil menudingkan jari kearah Reza. ‘Apa pula saya? Awak jangan nak tuduh sembarangan tahu’, jawab Reza pula membela dirinya. Nadz mula merasa tekanan melihat mereka. ‘Sabar Nadz, sabar’, doanya dalam hati sambil cuba sedaya upaya untuk tetap senyum. Kelihatan Reza sedang sibuk memungut barang yang terjatuh di lantai sedangkan Ismail hanya berdiri disebelah Nadz menjadi pemerhati. Nadz menggeleng kepala memandang mereka berdua bersilih ganti. Sejak dua hari yang lepas, Ismail muncul entah dari mana dan asyik mengekorinya dengan Reza. Rimas pula diperlakukan sebegitu namun semakin di larang semakin mengada-ada si Ismail ne. Nadz memandang Ismail lalu mula membantu Reza memungut barang-barangnya. ‘Awak hantar saya balik office ya’, pinta Nadz dan seraya itu Reza mengangguk. ‘Jom Reza’, pelawa Nadz. ‘Kemana Nadz?’, soal Ismail. ‘Tolong jangan ikut kami sebab kami nak bersendiri’, tegas Nadz seraya berjalan beriringan dengan Reza. Apabila masuk kedalam kereta Reza barulah Nadz berasa sedikit lega.

‘Do you mind if I ask you a question?’, soal Reza sambil memandu dengan tenang. Nadz menarik nafas mengambil kekuatan untuk menjawap segala soalan Reza. ‘Saya tak kisah kalau awak tak nak jawab sebab itu hak awak lagipun kita masih belum ada ikatan apa-apa. So, saya tetap hormati privacy awak’, katanya lagi tidak mahu memberi Nadz satu tekanan. ‘Reza, saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan yang istimewa pun. Dia cumalah seorang lelaki yang saya pernah cintai suatu ketika dahulu’, kata Nadz sejujurnya. Air mata cuba ditahan seboleh-bolehnya agar tidak terjatuh. Dia pun hairan kenapa Ismail muncul secara tiba-tiba sedangkan dia mahu mengecapi bahagia. ‘Mesti awak ada janji sesuatu dengan dia dulu sebab dari tadi dia asyik mengekori kita saja’, kata Reza sambil melihat cermin kereta. Nadz menoleh kebelakang dan ternyata Ismail masih mengekori mereka. ‘Ya Allah, apa pula ne?’, soalnya sendiri. Reza tersenyum memandang Nadz apabila wanita ini dalam situasi yang cemas. ‘Awak nak saya lari dari dia kar?’, soal Reza sambil memandang Nadz. ‘Huh?’, jawab Nadz sedikit terkejut namun belum sempat dia menjawab Reza sudah memecutkan keretanya. ‘Reza, bahayalah awak pandu laju macam ne’, tegur Nadz namun tidak diendahkan oleh Reza. Ismail tetap tidak berputus asa untuk mengejar kereta mereka. ‘Ya Allah. Astagafirullah Al-azim’, ucap Nadz. Hanya ucapan itu yang mampu dia ucapkan kerana sepertinya kedua-dua lelak ini tidak mahu mengalah. Sebaik sahaja memasuki simpang syarikat Nadz, Reza hamper bertembung dengan sebuah kereta. Mujur dia sempat menekan brek keretanya. Sampai sahaja di parking lot, Nadz terus turun tanpa melihat Reza. ‘Nadz, saya minta maaf saya tak sengaja tadi’, ucapnya namun Nadz hanya berjalan. ‘Nadz, saya tunggu awak sampai habis kerja. Hari ini kan awak tak ada bawa kereta, jadi biar saya hantar awak pulang ya’, teriaknya tetapi tetap tidak diendahkan oleh Nadz. Reza mulai berjalan semula ke keretanya. ‘Hello, Suzy hari ini batalkan semua temujanji saya dan saya takkan balik ke office petang ne kalau Datuk tanya kata ini soal hidup dan mati’, arahnya kepada setiausahanya. Ada perkara yang masih dirahsiakan kepada Nadz namun dia masih belum mendapat masa yang sesuai untuk memberitahunya.  Nadz menghempas badannya diatas kerusi. ‘Amboi marah nampak cik Nadz kita ne. Gaduh dengan boyfriend kar?’, soal Lara sambil tersenyum. ‘Kau tengoklah dekat luar office kita tu, macam ada taka da kerja jak. Yang aku sakit hati tu, tadi Reza cuba lari dari Ismail tapi hamper membahayakan nyawa kami berdua. Ish geramlah’, kata Nadz. Lara hanya tersenyum memandang sahabatnya. ‘Itu sayang namanya. Sekarang kau rasalah apa yang aku pernah rasa’, sindir Lara.

‘Abang, kita nak jumpa siapa ne?’, soal Lara kepada Zairi. Abangnya hanya memerhati luar pintu Tutti Frutti. ‘Ish, abang ne membosankanlah’, dengus Lara. Seketika kemudian, seorang wanita berusia lingkungan 20an muncul bersama sahabatnya. Lara yang sedang menikmati Tutti Frutti terkejut apabila tiba-tiba abangnya menarik sudu kedalam mulutnya. ‘Abang ne kenapa?’, tanya Lara. ‘Tak ada apa-apa buat selamba saja ibarat seorang abang dan adik yang mesra’, arah Zairi. ‘Nak  mesra ya, nah’, kata Lara seraya meletakkan sedikit Tutti Frutti di hidung Zairi. Kumpulan wanita itu tertawa melihat telatah kami. Saat itu barulah Lara perasaan kenapa abangnya mengajaknya keluar secara tiba-tiba. Dia tersenyum melihat abangnya yang tidak keruan. ‘Oh abang minat dekat awek tu ya?’, teka Lara. ‘Eh mana ada’, bohongnya seraya berpura-pura menikmati tutti fruttinya. ‘Eleh, nak tipu pun orang yang dah ada suami. Abang nak adik tolong minta number dia kar?’, soal Lara. ‘Eh, tak payah. Abang dah ada number dia’, jawabnya sambil sesekali mencuri pandang kearah wanita itu. Wanita itu juga mencuri pandang ke arah kami. ‘Emm, habis tu abang nak adik buat apa?’, soal Lara geram melihat abangnya hanya berdiam diri. ‘Pergi minta hati dia’, jawabnya tanpa sedar. ‘Betul? Lara pergi sekarang ne’, gurau Lara seraya mahu berdiri namun pantas ditarik oleh Zairi. ‘Ehh, jangan abang gurau jaklah. Just tengok jak reaksi dia’, arah Zairi. Lara mengenggam tangan dan menatap mata abangnya. ‘Adik buat apa ini?’, soal Zairi yang sedikit terkejut dengan tindakan adiknya. ‘Just shut up and Let me do what I want to do’, pinta Lara sambil memberikan isyarat mata kepada abangnya. Zairi mengangguk tanda faham. Jelas sekali perasaan wanita itu tercabar dengan kelakuan Lara. Tidak lama kemudian, dia mula keluar dari tutti frutti. ‘Dia dah keluarlah, entah-entah dia marah kot’, ujar Zairi. ‘Dia cemburu, sekarang abang dah tahu jawapannya. Apa tunggu lagi pergilah kejar’, arah Lara seraya mengekori abangnya dari belakang. Titt, titt! Bunyi telefon bimbit Lara. ‘Waalaikumussalam Dar, Ling dekat Tutti Frutti ne baru jak keluar. Ne tengah kejar abang dengan awek dia ne’, ujar Lara seketika kemudian kelihatan Waqie yang sedang menuju kearahnya.

‘Awak, awak yang berbaju jingga seluar putih dan bertumit tinggi. Tolong berhenti sekejap’, teriak Zairi. Wanita itu terhenti apabila ramai mata yang memandang kearahnya. Dia berpaling ke arah Zairi. ‘Awak nak apa?’, soalnya. Suaranya sangat comel serupa dengan wajahnya yang nampak lebih matang dari usianya. ‘Saya nak hati awak’, jawab Zairi tanpa segan silu. Lara dan Waqie hamper terlopong mendengar kata-kata Zairi, tidak sangka Zairi boleh berbicara sebegitu. Kini semua mata tertumpu kepada Zairi dan wanita yang masih belum kami ketahui namanya. ‘NurSyafiqah binti Mohd Ali, sudi tak awak beri hati awak dekat saya? Saya janji akan menjaganya dengan sebaik mungkin. Saya dah tak sanggup nak berjauhan dengan awak. Please jangan siksa saya lagi. Saya mengaku saya salah sebab takut untuk meluahkan apa yang saya rasa tapi tolonglah beri saya peluang untuk mencintai awak’, ucap Zairi tanpa mempedulikan orang sekeliling yang mendengar. Nursyafiqah mula menjadi tidak keruan, mukanya juga kelihatan merah merona. Dia hanya berdiam diri tanpa membalas kata-kata Zairi dan saat itu Zairi mengambil langkah yang seterusnya. Zairi mula berjalan menghampiri Nursyafiqah. Apabila Zairi mendekati Nursyafiqah seraya itu dia melutut  dengan sebentuk cincin ditujukan kepada wanita itu. Semua yang melihat terkejut dengan tindakan Zairi. ‘Sweet juga awak Ling kan’, puji Waqie seraya mencuit hidung isterinya. ‘Ling pun tak pernah tahu yang abang Ling sweet macam ne’, ujar Lara seraya mereka tergelak. ‘Nursyafiqah Binti Mohd Ali, sudi tak awak menjadi suri didalam hati saya’, soal Zairi sekali lagi. Wanita itu terdiam seribu bahasa, tidak dapat digambarkan perasaannya ketika ini. Air mata kegembiraan mula mengalir dan pelahan-lahan wanita itu mengangguk tanda setuju. Zairi berdiri semula dan menyarungkan cincin itu dijari manis Nursyafiqah. Semua penonton bertepuk tangan. Lara dan Waqie menghampiri Zairi. ‘Tahniah’, ucap Waqie seraya berjabat tangan dengan Zairi. Nursyafiqah kelihatan sedikit bingung melihat keintiman Lara dengan Waqie. ‘Awak, kenalkan ini adik saya Lara Arianna dan itu suaminya Liwauddin Waqie’, perkenal Zairi lalu Lara berjabat tangan dan memeluk bakal kak iparnya.

Malam itu rumah mama riuh rendah dengan suara gurauan serta gelak tawa dari kami  sekeluarga. Nursyafiqah juga dapat meyesuaikan diri dengan mudah. ‘Lara, patutlah abang kamu ne dah pandai balik lewat sejak kebelakangan ne, rupa-rupanya dia dah jumpa soulmates dia’, perli mama menyebabkan Zairi tersipu malu. ‘Mama tak nampak lagi macam mana dia pinang kak Fiqah tadi, semua penonton siap bertepuk tangan lagi’, tambah Lara. ‘Ehh, Ri buatlah sekali lagi depan mama dan papa’, pinta Mama namun Zairi hanya tertunduk malu. Kami semua tertawa dengan setiap cerita yang dikongsi. ‘Abang pergi mana mama?’, soalku seraya melabuhkan punggungku disebelah mama. Waqie dengan papa sedang bercerita diruang tamu, maklumlah urusan bisnes. ‘Tu dekat tepi kolam renang tengah mengenali hati budi masing-masing kot’, jawab Mama seraya tersenyum melihat kebahagiaan anak-anaknya. ‘Mama happy sangat sebab anak dara mama pun dah jadi milik orang lepas tu tak lama lagi anak teruna mama pun akan menjadi milik orang. Mama bersyukur sangat Lara’, ucap Mama dengan megah. Aku hanya menjadi pendengar yang setia. ‘Dulu arwah ibu Waqie memang nak sangat Lara dan Waqie disatukan dan Alhamdulilah korang pun bahagia sekarang’, tambah Mama lagi. ‘Alhamdulillah Ma, Lara bersyukur sangat sebab dapat lelaki seperti Waqie’, ucap Lara tanda bersyukur. Mama memelukku dengan erat. ‘Tapi bila Lara nak bagi mama cucu ne? Mama dah tua teringin sangat nak main-main dengan cucu’, ujar Mama. Wajah Lara merona merah. ‘Eh, mama ne. Tunggulah ada rezeki, buat masa ne belum ada lagilah ma’, jawab Lara. ‘Belum ada rezeki atau Lara tak usaha hari-hari’, usik Mama. ‘Mama?’, jeritku menahan rasa malu. Mama hanya mengetawakan aku lalu masuk semula kedalam rumah. Menjelang jam 9 malam, aku dan Waqie meminta diri untuk pulang kerumah. Mama sempat mengingatkan aku tentang perbualan kami tadi. Aku hanya tersipu malu namun sedaya upaya aku sembunyikan perasaan itu.

‘Ling kenapa ne? Sejak kita pulang dari rumah mama tadi, Dar tengok Ling serba tak kena saja. Kenapa ne? ceritalah dengan Dar’, soal Waqie seraya duduk disisi isterinya yang sedang menyapu losyen badan. ‘Tak ada apa-apalah’, jawab Lara acuh tak acuh. Dia terus menyapu losyen ke seluruh badannya. ‘Takkan aku nak beritahu yang mama nak cucu, nanti dia ingat aku pula yang gatal’, desis hatinya. Waqie terdiam seketika. ‘I know there must be something not right’, teka Waqie. Lara hanya berdiam diri. Waqie menarik losyen dari tangan isterinya dan menggenggam tangan Lara. ‘Kenapa ne? beritahulah dengan Dar’, pujuk Waqie seraya mengucup tangan isterinya. Lara mula jadi serba salah. ‘Emm, mama..mama nak cucu’, jawabnya ringkas seraya menarik tangannya dari genggaman Waqie. ‘Habis tu kenapa malu-malu nak beritahu dengan Dar?’, soal Waqie seraya tersenyum. ‘Malulah nanti Dar ingat Ling pula yang gatal’, jawab Lara menyebabkan tawa Waqie pecah. Lara mencebikkan bibirnya. ‘Itu yang Ling fikir?’, soal Waqie dengan tawa yang masih bersisa. ‘Ketawalah puas-puas. Suka sangatkan’, rajuk Lara. Waqie menghabiskan sisa tawanya dan menghampiri Lara. ‘Mama saja kar yang nak cucu? Ling tak nak ada baby kar?’, soal Waqie lembut. Lar hanya terdiam kaku. ‘Ling..pandang Dar’, pinta Waqie seraya menarik wajah Lara untuk berhadapan dengannya. ‘Ling pun nak baby kan?’, teka Waqie. ‘Dah lama dah nak tapi Dar kan asyik sibuk saja mana ada masa untuk semua tu’, ujarnya dengan nada merajuk. ‘Sorry Ling tapi Dar bukan sengaja nak sibuk’, pujuk Waqie. Lara hanya terdiam. Tidak tahu mahu berkata apa kerana memang itu kebenarannya. ‘Dah, Jom’, pelawa Waqie apabila Lara hanya berdiam diri. ‘Nak pergi mana?’, soal Lara bingung. ‘Kata nak baby, Dar pun nak juga tahu apa rasanya ada baby’, ucap Waqie dengan senyuman manja. ‘Tak nak’, kata Lara. Tanpa mempedulikan kata-kata Lara, Waqie menarik isterinya dalam pelukan dan tanpa bantahan Lara lemas dalam sentuhan suaminya.

Keesokan harinya, Nadz datang ke pejabat dengan wajah yang sangat mencuka. Dia meghempas begnya di atas kerusi. ‘Assalamualaikum Cik Nadz Zahra, kenapa muka awak pagi-pagi lagi dah macam kena tiup putting beliung?’, tegur Lara. Nadz hanya berdiam diri. ‘Nadz jom kita pergi breakfast, boleh cerita dengan aku masalah kau’, ajak Lara lalu Nadz menurut. ‘Begitulah ceritanya’, ucap Nadz. Lara yang mendengar hampir tersedak. ‘Jadi dia CEO syarikat tempat dia berkerja tu? Eh baguslah tu’, kata Lara. ‘Bagus apanya? Selama ne Reza tipu akulah Lara. Kau tahukan aku paling benci orang yang suka menipu ne’, luah Nadz. ‘Tapi Nadz mungkin dia ada sebab dia tersendiri’, pujuk Lara. ‘Kalau dia beritahu aku awal-awal mungkin aku boleh terima lagi Lara tapi aku tahu ne pun dari Ismail. Ismail yang beritahu dan kau tahu tak apa kata Ismail? Dia kata aku Cuma nak kan lelaki yang berpangkat besar saja’, luah Nadz dengan nada sedih. Lara menggeleng kepala melihat sahabatnya yang sedang tersepit. ‘Kenapa kau nak dengar cakap si Ismail tu? Ini soal kebahagiaan kau Ismail tak berhak nak masuk campur’, nasihat Lara. ‘Entahlah Lara, aku bingung sangat. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi’, kata Nadz. Lara bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya lalu memeluk Nadz. ‘Sabar ya Nadz, kau kena kuat dan jangan pernah berhenti untuk berdoa’, nasihat Lara. Kejadian semalam masih segar diingatan Nadz apabila saat dia menunggu Reza menjemputnya pulang, Ismail sudah berada dihadapan pintu syarikatnya. ‘Jadi itu yang kau nak? Lelaki berpangkat besar? Patutlah kau dah tak nak balas mesej aku Nadz’, kata Ismail. ‘Apa maksud kau?’, soal Nadz tidak mengerti. Ismail tersengih memandang Nadz. ‘Eleh kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula’, ucap Ismail dengan nada menyindir. Nadz Zahra langsung tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh Ismail. ‘Mohd Reza Bin Firdaus, CEO kepada RZ shipping company. Mustahil kau tak tahu perkara tu kan’, ujar Ismail sambil tersengih memandang Nadz yang sedang kebingungan. Nadz seakan tidak percaya dengan apa yang didengar namun dia cuba untuk mengumpul kekuatan untuk terus bertahan.

‘Kalau memang betul pun dia tu CEO, apa kaitannya dengan kau?’, soal Nadz cuba tidak menggelabah. Ismail tersengih lagi. ‘Ouh, jadi selama ne memang lelaki macam tulah yang kau nak? Berpangkat tinggi dan banyak duit’, telah Ismail membuatkan Nadz sedikit terkilan. ‘Hye Nadz, kau pandang sini’, arah Ismail seraya menarik wajah Nadz agar berpandangan dengannya. Nadz menepis tangan Ismail yang menyentuh pipinya. ‘Ops sorry, aku lupa pula yang Nadz Zahra ne seorang yang sangat baik, sopan santun dan langsung tak boleh disentuh tapi dalam diam dia sama saja dengan perempuan diluar sana. Tubuh saja bertutup tapi mata mereka tetap mata duitan’, tuduh Ismail seraya itu Nadz menamparnya. Ismail bagaikan tersedar apabila Nadz menghadiahkan sebuah tamparan. Air mata Nadz mula berlinangan. ‘Kau tahu tak apa yang membezakan kau dengan lelaki lain? Kau tahu tak apa kelemahan kau? Kau pernah tak peduli perasaan orang disekeliling kau? Pernah tak?’, teriak Nadz. ‘Reza mencintai aku dengan sederhana dan sanggup terima aku seadanya. Reza lebih memahami perasaan aku, tak pernah dia biarkan aku menangis sendiri. Siapa sebenarnya aku dihati kau Ismail? Kau beri aku harapan namun pada masa yang sama kau juga menghancurkan harapan itu’, terang Nadz dengan airmata yang berguguran. Nadz sangat sensitif apabila orang sewenang-wenangnya berprasangka buruk dengan dia. Isu Reza ditinggalkan ketepi kerana baginya dia harus menyedarkan Ismail dahulu. ‘Nadz, maafkan saya Nadz. Selama ne saya tak pernah sedar bahawa saya cintakan awak’, pujuk Ismail. Nadz hanya berdiam diri. ‘Kenapa baru hari ini kau ungkapkan perkataan cinta? Dulu hari inilah yang aku tunggu tetapi sekarang maafkan aku Ismail, rasa ne dah tak sama macam dulu lagi’, bisik hatinya namun tidak dapat diluahkan. ‘Maafkan saya Ismail, saya tak boleh nak buat keputusan’, ucap Nadz seraya berlalu pergi meninggalkan Ismail dalam senja. ‘Nadz? Hye Nadz’, panggil Lara. Nadz terkejut dari lamunannya. ‘Oh mengelamun ya, ne bunga untuk kau. Siap ada kad ucapan lagi, agaknya dari siapa ya?’, soal Lara sambil tersenyum. Nadz mengambil bunga itu dan melihat nama si pengirimnya. Sektika kemudian, dia mencampak bunga itu ke dalam tong sampah. ‘Kenapa kau buang? Membazirlah, orang tu bagi ikhlas’, kata Lara. ‘Malas nak terima bunga dari seorang penipu’, jawabnya. ‘At least dia tetap nak pujuk kau. Dibandingkan dengan orang yang di sana, jangankan hantar bunga nak hantar mesej pun tak’, sindir Lara membandingkan Reza dan Ismail. Nadz menghela nafasnya perlahan. ‘Walau apapun, kau buatlah keputusan yang terbaik Nadz. Jangan salah pilih’, nasihat Lara seraya menepuk bahu sahabatnya. ‘Cool down, okay’, ucapnya lagi lalu Nadz mengangguk.


Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2