Rasa Yang Terpendam 31
‘Hello,
sayang you kat mana ne? I nak jumpa you ada hal yang I nak beritahu’, suara
Memey di dalam talian. Datuk R menghela nafasnya perlahan sambil memicit
kepalanya yang terasa sakit kerana terlalu banyak bebanan yang terpaksa
dipikul. ‘Sayang, bukannya I tak nak jumpa you tapi sekarang isteri I dah tahu
tentang hubungan kita. You kenalkan isteri I macam mana? Dia takkan lepaskan
you kalau dia dah dapat tahu you yang selama ne berhubungan sulit dengan I’,
tutur Datuk R lembut. Dia tidak menyangka selama ini isterinya mengupah
pengintip untuk mengintip segala aktivitinya. Untung dia belum tahu siapa
Memey. ‘You ne kan sekarang asal I nak jumpa dengan you, macam-macam alasan
yang you bagi. Selama ne tak pernah pulak you takut dengan isteri you tu’,
bentak Memey. Datuk R mengeluh seketika. ‘Sayang, macam mana nasib I lepas ini?
I seorang-seorang kat sini tak ada sesiapa yang nak jaga I, lebih-lebih lagi
sekarang ne I ..’, kata-katanya terputus disitu. Hanya kedengaran suara esakan
sahaja. ‘Datuk R membetulkan posisi duduknya. ‘Sayang, you okay kar ne? Apa
yang tak kena dengan you ne?’, soal Datuk R sedikit cemas apabila Memey mula
teresak-esak. ‘I .. I mengandungkan anak you, dah dua minggu sayang’, ucap
Memey. ‘What? That’s must be impossible sayang. You’re kidding right?’, soal
Datuk R lagi. ‘Hye, I takkan main-main dengan pekara macam inilah. I nak you
bertanggungjawab terhadap I sebab ini anak you’, tempiaknya. ‘Cool down
darling, take it easy’, pujuk Datuk R namun hanya esakan Memey kedengaran di
dalam talian. ‘Sayang..’, kata-kata Datuk R terhenti disitu apabila pintu
pejabatnya diketuk. ‘Hold on’, ucapnya kepada Memey. ‘Masuk’ arahnya.
Setiausahanya masuk dengan membawa sebuah fail. ‘Datuk, semua orang dah tunggu
dekat bilik mesyuarat’, ucapnya dan seraya itu Datuk R mengangguk.
Setiausahanya keluar semula. ‘Emm.. sayang macam ne, petang nanti kita jumpa
dan bincang tentang hal ini okay? Sekarang I ada meeting dengan shareholders.
Take care’, ucapnya seraya mematikan talian. Memey meghempas telefonnya ke atas katil dan tersenyum. ‘Lepas ini aku
akan kikis harta kau secukupnya. Dan Lara kita masih ada urusan yang belum
selesai’, katanya sendiri lalu ketawa sekuat hati.
Nadz
berjalan sambil sesekali matanya menoleh kebelakang. Dirinya merasa seperti
sedang diekori namun apabila dia berpaling tiada sesiapa yang mencurigakan.
‘Perasaan aku saja kot’, desis hatinya sendiri lalu meneruskan perjalanannya.
‘Assalamualaikum awak, saya dah sampai dah ne tapi saya nak pergi toilet dulu
lepas itu baru saya pergi tempat awak, okay?’, ujarnya kepada lelaki didalam
talian itu. Dia pun mematikan panggilan apabila lelaki itu bersetuju. Oleh
kerana tandas yang berhampiran panggung wayang penuh, Nadz mengambil keputusan
untuk pergi ke tandas yang terletak berhampiran dengan car park. Selesai
melepaskan hajatnya, dia membetulkan tudung dan menambah sedikit solekan
sebelum bersua muka dengan lelaki yang telah mencuri hatinya. Saat dia
melangkah keluar dari tandas, tangannya ditarik oleh seseorang menuju
kebahagian tangga pusat beli-belah itu. ‘Hei, lepaslah sakit tahu’, pintanya
namun langsung tidak dipedulikan oleh lelaki itu. ‘Tolong..’, teriak Nadz namun
usahanya sia-sia kerana pintu yang menghubungkan tangga kecemasan dan pusat
beli belah itu kalis suara. Lelaki itu melepaskan tangan dan berpaing kearah
Nadz. ‘Raeyi?, ucap bibir Nadz apabila lelaki itu mengangkat wajahnya. Dia
melihat Raeyi dari atas ke bawa. Ternyata lelaki ini sudah banyak berbeza.
Rambutnya yang kusut masai, badannya yang sudah semkin susut dan bajunya juga
selekeh. ‘What has happened to you, Raeyi?’, soal Nadz sedikit risau melihat
keadaan Raeyi. Dia hanya berdiam diri sambil memandang lantai. Nadz menarik
nafas perlahan. ‘Okay, apa yang kau nak sebenarnya?’, soal Nadz lagi. Raeyi
mengangkat wajahnya memandang tepat ke anak mata Nadz. ‘Aku..Aku nak Lara,
Nadz’, jawabnya dengan suara yang sendu. ‘Tapi, Raeyi kau kena terima hakikat
yang Lara tu sekarang dah jadi isteri orang. Kau cuba macam mana pun kalau
korang tak ada jodoh, tak ada juga Raeyi’, nasihat Nadz. ‘Aku sayangkan dia
Nadz, aku tak sanggup kehilangan dia buat kali kedua. Aku..aku rindukan dia
Nadz’, katanya lagi diiringi airmata. Nadz memejamkan matanya sebentar untuk
mencari sedikit kekuatan. ‘Nadz, tolong beritahu aku kemana Lara dan Waqie pergi,
tolonglah Nadz’, pinta Raeyi sambil memegang bahu Nadz. ‘Stop it Raeyi’, tempik
Nadz sambil menolak Raeyi. ‘Kau dah gila kar? Kalau betul kau sayangkan dia,
doakan kebahagiaan dia. Kenapa susah sangat kau nak terima kenyataan ne huh?’,
soal Nadz namun Raeyi hanya menunduk. ‘Carilah kebahagiaan kau sendiri Raeyi,
Lara bukan untuk kau’, nasihat Nadz dan berlalu pergi. ‘But I want her Nadz, I
Want Lara Arianna’, teriaknya sambil menumbuk dinding. Nadz menarik nafas di
balik py muchintu tangga itu. ‘Lara, terlalu banyak dugaan kau tapi aku harap
kau tabah’, ucapnya dalam hati.
Memey
membetulkan baju sendatnya dan cermin mata yang dipakai. Dia menanti Datuk R
dengan penuh rasa sabar. ‘Honey, thank you very much’, tutur Brian. ‘Taklah,
sayang yang patut berterima kasih dengan awak sebab setia bersama sayang selama
ini. Sentiasa ada dan berdiri bersama-sama sayang tidak kira apa jua keadaan
dan situasi. Thank you Darling,’, ucap Mia seraya mengucup lembut tangan
suaminya. Brian merangkul pinggang isterinya sambil tangannya meraba perut Mia.
‘Ada orang lain didalam ne’, tutur Brian dengan loghat Melayu namun belum
fasih. Mia tertawa mendengar Brian bertutur dengan bahasa Melayu. ‘Nice try,
darling. I’m sure your baby like it’, ujar Mia sambil mengusap perutnya. ‘Anything
for you and our coming baby’, ucapnya sambil mengenyitkan mata. Tiba-tiba Mia
terpandang kelibat seorang wanita yang hamper serupa dengan adiknya namun
bezanya wanita ini lebih seksi berbanding adiknya. ‘Memey?’, ucapnya seraya berjalan kearah Memey. Mia memeluk Memey
menyebabkn wanita itu terkejut dan menolak Mia. Nasib baik, Brian sempat
menyambut isterinya daripada terjelopok dilantai. ‘Hye, Why can’t you show some
respect’, tegur Brian. ‘Kau siapa huh nak peluk aku dan kau siapa nak tegur
aku’, tempik Memey sambil menuding jari kepada Mia dan Brian menyebabkan semua
mata yang berada dihotel tertumpu kepada mereka. ‘Mia ini kakak, dik. Kakak
rindukan adik, mak dan ayah’, ucap Mia diiringi tangisan. ‘FYI, aku tak ada
kakak yang sanggup tipu keluarga dia semata-mata untuk berkhawin dengan lelaki
mat salleh yang tak jelas asal usulnya’, tempik Memey lagi. ‘Adik, maafkanlah
kakak. Adik dah tak sayangkan kakak kar?’, rayu Mia namun Memey langsung tidak
megendahkannya. Mia memegang tangan Memey namun seraya itu dia menepis. ‘Please
get away from me’, tegasnya. Brian memegang bahu isterinya memberi kekuatan
sebanyak mungkin agar dia dapat bersabar dengan situasi itu. ‘Adik, kenapa adik
dah jadi macam ini?’, soal Mia menyebabkan Memey naik darah. ‘Hye, aku nak jadi
apa suka hati akulah. Yang kau sibuk sangat kenapa huh? Kau dengar sini
baik-baik, AKU TAK ADA KAKAK MACAM KAU!! Faham. Sekarang pergi jauh dari aku’,
tempik Memey dan seraya itu Brian menarik isterinya. ‘One day you will regret
it’, ucap Brian lalu membawa isterinya keluar.
Memey
menarik nafas perlahan sambil membetulkan baju sendatnya. Kemudian, dia melihat
menambah sedikit solekan di wajahnya. ‘Merosakkan mekap aku jak’, gumam
hatinya. ‘Sorry I’m late. You tahulah kalau meeting dengan Shareholders,
macam-macam nak kena upgrade’, terang Datuk R sambil menanggalkan kotnya. Memey
hanya mendengus dan menjeling Datuk R. ‘Emm, You dah order makanan? Soal Datuk
R. ‘Can’t we just straight to the point? I tak ada masa nak makan sebab perut I
ne makin hari makin besar tahu’, tegasnya namun dengan nada perlahan takut
didengari oleh pelanggan lain. ‘Boleh tak You cool down sikit? I tak makan lagi
tahu, lepas meeting I terus bergegas kesini. You nak I mati kelaparan kar?
Sekarang ne kalau You tak nak makan I tak kisah tapi I nak’, ujar Datuk R
seraya membuka menu yang terpapar dihadapannya. Memey terdiam namun lama
kelamaan dia menurut juga kehendak Datuk R. ‘Betulkah you mengandung?’, soal
Datuk R setelah lama mereka berdiam diri menikmati makan malam yang telah
dipesan. ‘Kalau you tak percaya, apa kata lepas makan kita pergi klinik buat
check up. Dua tiga kali pun I tak kisah’, jawab Memey. Datuk R menyedut Fresh
Orange yang dipesan olehnya. Cuba untuk mencari ketenangan dalam diri. ‘You
kena bertanggungjawab dengan I sebelum perut I ne makin membesar’, pinta Memey
menyebabkan Datuk R tersedak. ‘What? Bertanggungjawab? You nak I buat
apa?’,soal Datuk R. ‘I nak you kahwin dengan I’, ujar Memey. Datuk R tertawa
mendengarnya. Memey hairan apabila Datuk R hanya tertawa. ‘Masa I pergi
perkhawinan Anak Datuk Luqman hari itu, baru I sedar sebenarnya selama ini I
telah sia-sia masa I untuk bersama dengan isteri dan anak-anak I’, ceritanya
sedikit menunduk. ‘Apa maksud you?’, Tanya Memey yang masih kebingungan. ‘I hairan
macam mana anak Datuk Luqman boleh memilih Anak Zaidin iaitu Lara Arianna
sedangkan dia hanyalah wanita biasa. Taraf mereka jauh sekali tapi institusi
kekeluargaan mereka sangat kuat. I iri hati melihat keluarga dia yang bahagia
dan I tak pernah bagi kebahagiaan tu kepada anak-anak I’, terang Datuk R lagi.
Memey makin meluat lebih-lebih lagi apabila mendengar Datuk R memuji Lara.
‘I
nak bagi masa yang I ada ne untuk bersama isteri I. Walaupun dia dah dapat
hidup hubungan sulit I tapi I akan cuba untuk perbaiki semua tu sebab kata
menantu Datuk Luqman, cinta itu tak semestinya bermula dengan perasaan sayang
tapi ia juga boleh bermula dari perasaan benci. Walauapapun yang datang
menghalang kesudahannya bergantung kepada kita kerana usaha kita yang akan menentukan
kebahagiaan itu’, tambahnya lagi. Itu adalah mutiara kata yang di ucapkan oleh
Lara semasa majlis perkhawinan mereka tempoh hari dan tak sangka ia meresap
kedalam hati Datuk R. ‘Stop it! Jadi sekarang you tak nak bertanggungjawab
dengan I ?’, soal Memey yang semakin muak apabila Datuk R hanya bercakap
tentang Lara. ‘I akan bertanggungjawab dengan you, tapi I takkan khawin you’,
ucap Datuk R sambil mengeluarkan sampul surat berwarna coklat dari kotnya. Dia
memberikan Memey sampul itu. ‘Kalau anak yang you kandung tu anak I, macam mana
pula hubungan you dengan lelaki didalam gambar tu?’,soal Datuk R. ‘Ini..ini..’,
jawab Memey tergagap-gagap. ‘I tahu, dia tunang you. Jadi you tak boleh nak
kata anak dalam kandungan tu anak I sebab you dah bersama dengan dua orang
lelaki’, kata Datuk R. ‘Tapi you orang terakhir yang bersama-sama dengan I’,
celahnya. Datuk R mengenggam tangan Memey. ‘You jangan risau, I akan tanggung
segala perbelanjaan you sepanjang you mengandung tapi please jangan suruh I
khawin dengan you sebab you kata itu anak I’, pinta Datuk R seraya berdiri.
‘Tapi.. tapi ini anak you’, kata Memey sambil memegang tangan Datuk R. Datuk R
menepis tangan Memey. ‘Kira I dah baik hati tahu sebab nak tanggung
perbelanjaan you, jangan sampai I tak tolong you langsung’, ugut Datuk R seraya
berlali pergi. Memey duduk disitu sambil menangis. ‘Hello, aku nak korang terus
siasat tentang perempuan tu, bila masa dia bersendirian tangkap dia dan bawa
ketempat aku, faham!’, arahnya seraya mematikan talian.
‘Lara?’,
tegur Nadz terperanjat dengan perubahan sahabat baiknya. ‘Eh ini kau kar?’,
soalnya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. ‘Nadz,
kau jangan buat aku malulah. Okay tak aku berhijrah ne?’, soal Lara. ‘Ya Allah,
Alhamdulillah akhirnya kau dah berhijrah. Aku suka sangat lagipun kau nampak
cantik dengan penampilan baru kau ne’, kata Nadz teruja sambil memeluk
sahabatnya. ‘Alhamdulilah Nadz’, ucap Lara seraya tersenyum. Penghijrahan yang
membuat hatinya bertambah tenang dan bahagia. Lara kini sudah bertudung selepas
pulang dari Mekah untuk bulan madu mereka. ‘Aku tak sangkalah tapi aku
betul-betul suka. Harap-harap lepas ne kau lebih tenang’, doa Nadz. Lara hanya
tersenyum bahagia. ‘Ehem.. korang berdua taka da kerja lain kar? Asyik nak bergosip
jak awal pagi ne’, tegur Waqie seraya menghampiri mereka. ‘Suka hatilah,
kitaorang nak bergosip tentang bos kitaorang yang tak handsome tapi dapat
khawin dengan bidadari yang tak ternilai kecantikannya’, balas Lara dengan
lagaknya. Waqie dan Nadz tertawa melihat karenah Lara. ‘Perangainya masih
samalah Nadz’, perli Waqie. Lara menghadiahkan sebuah cubitan dilengan Waqie.
‘Saya dengar tu’, katanya lalu mereka tertawa lagi. ‘Waqie masuk kepejabat
saya’, arah Datuk Luqman. ‘Baik Datuk’, ucapnya lalu mula berjalan kepejabat
Datuk Luqman. ‘Awal pagi lagi dah nak kena oleh big bos siapa suruh honeymoon
lama-lama’, gurau Lara. Waqie hanya menjelirkan bibirnya kepada Lara. ‘Kau
tengok dia dah pandai buat macam tu dengan akulah Nadz’, adunya kepada Nadz. ‘Padan
muka kau’, balas Nadz seraya mencubit pipi sahabatnya. ‘Kau pun samalah. Dahlah
aku nak pergi tempat aku’, tegur Lara sambil mengusap pipinya. ‘Eh, Lara’,
panggil Nadz semula. ‘Kenapa?’, soal Lara sepertinya ada hal yang penting mahu
disampaikan. Nadz memandang ke kiri dan ke kanan sebelum meneruskan bicaranya.
‘Raeyi ada hubungi ku lagi kar?’, soal Nadz. ‘Setakat ne tak ada pula,
kenapa?’, jawab Lara sedikit hairan. ‘Eh tak ada apa-apalah, aku tanya jak’,
kata Nadz lalu menolak Lara untuk pergi ke mejanya. ‘Peliklah kau ne Nadz’,
ucapnya sebelum berlalu.
Comments
Post a Comment