Rasa Yang Terpendam 33

Nadz termenung sendiri selepas selesai menunaikan solat istiqarah. Fikirannya jauh melayang mengenangkan kisah antara dia dan Ismail. ‘Owh rupanya awak Nadz Zahra’, kata seorang wanita. Nadz berpaling kearah suara itu lalu menghadiahkan satu senyuman. ‘Ya saya Nadz Zahra’, ucapnya lalu mereka berjabat tangan. Hari itu adalah perjumpaan semula semua trainee dari Syarikat Perbadanan. Oleh kerana Lara memaksa, aku pun ikut serta walaupun aku tidak berapa kenal dengan trainee lain. ‘Saya Aminah, trainee dekat sini juga. Lara tu kira ketua kitaoranglah’, terangnya seraya memandang Lara yang sedang sibuk bercerita dengan teman-teman lain. Nadz hanya mengenali beberapa trainee semasa intake mereka sahaja sebab itu dia tidak bergaul dengan trainee yang baru. ‘Ouh, Lara tu memang ada ciri-ciri kepimpinan’, puji Nadz. Aminah mengangguk. ‘Awak kenal Ismail tak? Alah staff dekat department Lara tu?’, soal Aminah tiba-tiba. ‘Huh? Kenal, mestilah kenal’, jawab Nadz tenang. ‘Dia selalu sebut nama awak sebab tu saya kenal awak’, terang Aminah. ‘Ouh, awak rapat dengan dia kar?’, soal Nadz cuba mengorek rahsia. Aminah tersenyum sambil memandang kiri kanan. ‘Diam-diam tahu, kami berdua cinta antara staff dan trainee’, ucapnya menyebabkan janung Nadz hampir gugur. Kakinya jadi lemah tiba-tiba namun dia masih cuba untuk kuat berdiri. ‘Ouh, patutlah. Korang dah lama declare jad pasangan kar?’, soal Nadz lagi. ‘Dah lama dah tapi tak ada orang yang tahu kecuali best friend saya si Azura tu. Saya pun tak sangka Ismail ada hati dengan saya. Dia start minta nombor telefon saya semasa kami pergi buat marketing. Sejak dari tu, kami mula rapat dan buat keputusan untuk jadi couple’, celotehnya panjang lebar. Nadz terasa dirinya tertipu. Mahu menangis tapi tak mungkin menangis dihadapan Aminah. ‘Apa hubungan awak dengan Ismail ar? Sebab saya tengok dia selalu cerita pasal awak’, soal Aminah. ‘Huh? Emm.. kami tak ada apa-apa hubungan pun Cuma kawan-kawan biasa saja. Lagipun, dia tu suka kacau orang sebab tu dia rapat dengan semua orang’, bohong Nadz. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati dan perasaan Nadz. ‘Dia pernah hubungi awak tak?’, soal Aminah lagi. ‘Eh, tak pernah pun. Sejak saya keluar dari syarikat tu, dia dah tak ada hubungi saya langsung’, bohongnya lagi.  Mahu sahaja dia lari dari situ namun dia masih ingin tahu kisah cinta Ismail dan Aminah.
‘Korang selalu dating kar juga?’, soal  Nadz sahaja mahu mengorek rahsia. ‘Selalu, tiap-tiap hujung minggu. Kadang-kadang saya temankan dia pergi beli barang keperluan dia. Tak pun kami pergi tengok wayang. Kalau saya merajuk dia selalu pujuk tahu, Ismail tu memang boleh tahan jugalah. Care dengan saya’, ucapnya tanpa henti. Nadz memandang Aminah, mencari kebenaran dari paras Aminah namun dia buntu dan keliru. ‘Patutlah selama ne kau jarang hubungi aku Ismail, aku merajuk kau tak pernah pujuk pun. Siapa sebenarnya aku pada kau Ismail?’, soalnya sendiri dalam hati. Air mata Nadz berguguran lagi, tidak disangka Ismail sanggup menipunya. Lamunan terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Reza di skrin telefon namun Nadz tidak mengendahkannya. ‘Ya Allah, siapa yang terbaik untuk aku? Ismail atau Reza?’, soalnya sendiri. ‘Ismail dan Reza, kedua-duanya buat aku menangis tetapi dalam masa yang sama mereka juga boleh buat aku tersenyum gembira. Cuma bezanya.. arghh malas nak fikir lagi’, dengusnya sendiri. Nadz menyembamkan wajahnya ke bantal. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi tetapi dia tetap mengendahkannya. Tidak lama kemudian, telefon Nadz berbunyi lagi menandakan ada mesej masuk.
‘Assalamualaikum  Nadz Zahra, Saya tahu berat bagi awak untuk memaafkan kesalahan saya tetapi percayalah Nadz, saya lakukan semua ini hanya kerana mahu mengenali awak saja. Saya langsung tak ada niat untuk menipu awak Nadz. Saya ikhlas untuk mengenali hati dan budi awak. Saya nak mengenali awak tanpa saya perlu beritahu pangkat dan darjat saya. Andai saya bukan yang terbaik untuk awak, saya reda dan saya berjanji takkan ganggu awak lagi. Untuk itu izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih atas segala kenangan yang telah awak ciptakan bersama-sama saya. Saya hargai semua itu walaupun hanya sementara. Minggu depan saya akan terbang ke US untuk menghadiri persidangan dan andai masih ada ruang dihati awak untuk saya, saya berharap sangat awak menemani saya ke sana. Akhir kata, saya minta maaf sangat-sangat. Betul kata orang, cinta ini boleh buat kita lupa. Lupa akan segalanya saat bersama orang yang dicintai dan disayangi. Love Reza’. Nadz terharu membaca mesej dari Reza. Ini adalah kali pertama seorang lelaki tidak berputus asa memujuknya. ‘Ya Allah, aku serahkan segalanya kepada-Mu kerana sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu’, doa Nadz dalam hati. Tanpa sedar akhirnya Nadz terlena juga dibuai mimpi indah. Mungkin juga mimpi itu adalah jawapan bagi semua persoalannya.

‘Dar, Ling Cuma nak pergi rumah mamalah, bukan nak pergi mana-mana pun’, tutur Lara kepada Waqie. Sejak dua menjak ini, Waqie seperti tidak mahu berjauhan dengannya. ‘Tunggu Dar habis meeting lepas tu kita berdua pergi sama-sama’, cadang Waqie. Dia merasa tidak sedap hati untuk melepaskan Lara pergi sendiri.  ‘Dar, Ling pergi dengan Nadz. Ling tumpang kereta dia, okay?’, kata Lara memberikan kepastian. Waqie berfikir sebentar sambil memandang isterinya. ‘Okay tapi ingat apa-apa pun yang korang nampak dekat tengah jalan, jangan berhenti faham?’, arah Waqie membuatkan Lara mengerutkan dahinya. ‘Dar ne kenapa? Ling okaylah, don’t worry’, ucapnya. Setelah Lara memujuk beberapa kali barulah Waqie mengizinkannya pergi dengan syarat Lara harus memberitahu lokasinya setiap masa. Tepat jam 5petang Lara dan Nadz berkemas untuk pulang. Semasa mereka menuju ke tempat meletak kereta, mereka telah ditahan oleh seseorang. ‘Raeyi?’, kata mereka serentak. Raeyi membuka topinya dan memandang mereka dengan wajah yang sayu. ‘What happened to you Raeyi?’, soal Lara. Lelaki itu semakin tidak terurus dengan jambang yang tidak dicukup serta badannya yang susut. ‘Apa yang telah terjadi Raeyi? Kenapa awak buat diri awak macam ini?’, soal Lara. Jujur dia sangat kasihan dengan lelaki dihadapannya ini. ‘Saya pun tak tahu apa yag dah jadi terhadap diri saya Lara. Sejak awak menjadi milik orang lain, saya rasa dunia saya dah tak secerah dulu lagi. Saya sangat cintakan awak Lara dan saya tak dapat hidup tanpa awak’, ucapnya diiringi dengan air mata. ‘Ya Allah Raeyi, mengucap Raeyi. Awak kena terima kenyataan yang saya bukan ditakdirkan untuk awak. Masih banyak wanita diluar saya yang lebih baik daripada saya Raeyi. Awak Cuma perlu ruang hati awak untuk mereka’, nasihat Lara. Raeyi menyapu air matanya lalu memandang wajah Lara. ‘Kenapa awak tak pernah buka hati awak untuk saya Lara? Dari dulu lagi awak tak pernah pandang saya. Sejak hari pertama saya lapor diri untuk praktikal, saya memang dah jatuh cinta dengan awak tapi awak tak pernah pandang saya. Awak hanya pandang Helmi saja sedangkan dia sudah berpunya. Saya ini langsung tak bernilai dimata awak’, luahnya menyebabkan Lara mengalirkan airmata. ‘Awak silap Raeyi, awak silap. Saya tak pernah sukakan Helmi malah saya hanya anggap dia sebagai sahabat saja tak lebih dari itu. Apa yang berlaku antara saya dan Helmi hanyalah salah faham. Awak yang tak pernah sedar betapa saya sukakan awak dahulu. Dari gaya dan tingkahlaku awak, saya sangkakan kita menyimpan perasaan yang sama tetapi saya salah. Awak sukakan Memey dan itu jelas di mata saya saat awak memilih Memey. Awak pernah fikir tak yang hati saya terguris setiap kali awak bergelak ketawa dengan wanita lain? Tapi saya redha kerana walaupun sakit saya harus akur bahawa itu adalah kebahagian awak.’, terang Lara. Baru kini dia terasa lega apabila rasanya telah terluah.

Raeyi terdiam memandang Lara. Apakah selama ini memang salahnya kerana tak pernah menyedari isi hati wanita ini? Dia bingung sendiri. ‘Saya selalu hantar mesej dekat awak dulu tapi kadang-kadang awak tak balas jadi saya pun cuba untuk lupakan perasaan saya terhadap awak. Saat saya rasa lemah dan jatuh, Helmi seolah-olah memberikan saya kekuatan untuk terus berdiri teguh. Saya tak tahu samada saya yang terlalu bodoh atau awak yang tak pernah melihat semua itu Raeyi’, ujarnya lagi. Raeyi seolah-olah tersedar akan kesilapannya. ‘Saat awak muncul semula dalam hidup saya, perkhawinan saya telah ditetapkan. Mungkin memang sudah takdir kita tak berjodoh Raeyi. Lupakan saya dan teruskan hidup awak’, pintanya sambil berlalu pergi meninggalkan Raeyi sendiri. Nadz memandu dengan tenang sedangkan Lara cuba menenangkan perasaannya. ‘Aku bebas Nadz dari rasa yang terpendam. Aku bebas’, katanya dengan teresak-esak. Nadz hanya mengangguk sambil memegang bahu sahabatnya. ‘Sejak dari tadi kereta belakang ini ekori kita’, omel Nadz. Lara memandang kebelakang namun secara tiba-tiba kereta itu memintas mereka. ‘Taklah Nadz’, ucap Lara lega. Namun semasa mereka masuk ke satu simpang, kereta mereka telah ditahan oleh sebuah Van. ‘Hell..loo, Waqiee’, ucap Nadz sambil menahan sakit dikepalanya. ‘To..lo..ng, La..ra..Ke..na..Kidnap’, ujarnya lalu pitam. ‘Hello, hello, Nadz, Kenapa dengan Lara Nadz? Hello’, suaranya dihujung talian namun Nadz sudah tidak memberikan apa-apa respon. Nadz membuka matanya perlahan. Sakit kepalanya akibat dipukul masih belum hilang. ‘Nadz, are you okay?’, soal satu suara. Dia mencari suara itu. ‘Saya dekat mana ini?’, soalnya. ‘Awak dekat hospital tadi awak pengsan disimpang jalan’, kata Reza yang sejak dari tadi tidak senang duduk. ‘Mana Lara?’, soal Nadz. Reza hanya terdiam sambil memandang Waqie yang sedang memandang keluar tingkap. ‘Reza, Lara diculik. Tolong selamatkan dia Reza. Tolong’, pinta Nadz bagaikan orang yang dirasuk. ‘Bertenang Nadz, sekarang kita tengah tunggu panggilan dari penculik’, ujarnya. ‘Awak nampak tak siapa yang culik Lara, Nadz?’, soal Waqie. Nadz menggeleng. ‘Saya tak nampak mereka pakai topeng. Bila kami masuk simpang kerumah mama Lara, mereka merempuh kereta saya dan menarik Lara keluar dari kereta. Saya cuba membantu Lara tapi saya dipukul dari belakang’, terangnya sambil menangis. ‘Its okay, Nadz. Lara akan selamat’, ucap Reza memberikan Nadz kekuatan.

Suasana rumah Lara begitu sayu dengan berita Lara diculik. Semua ahli keluarga Waqie dan Lara berkumpul untuk sama-sama membantu.  Mereka tidak putus-putus memohon doa kepada Yang Maha Esa agar Lara tidak diapa-apakan. Tepat jam 10 malam, telefon bimbit Waqie berbunyi. Semua mata memandang Waqie. ‘Hello?’, ucapnya pelahan. ‘Hello Waqie, So apa rasanya kehilangan isteri yang tercinta? Best tak?’, soal wanita itu sambil ketawa. ‘Hei, kau nak apa ar? Mana Lara?’, soal Waqie. ‘Dia ada disini, kejap ya’, ujarnya lalu mendekatkan telefonn ke mulut Lara. Dia menumbuk perut Lara. ‘Arghhh, tolong lepaskan saya. Sakitlah’, teriak Lara. Waqie mula tidak keruan. ‘Lara, Lara’, panggil Waqie. ‘Heii, kau nak apa huh? Kau ne siapa? Kalau kau nak duit, aku boleh bagilah asalkan kau lepaskan Lara’, teriak Waqie. Semua mata terkejut memandang Waqie. ‘Tenanglah, aku tak nak duit kaulah bodoh! Aku Cuma nak Lara Ariana mati didepan mata aku sebab dia ne dah banyak sangat menyusahkan aku’, tempiaknya. ‘Apa yang Lara dah buat dengan kau? Tolonglah lepaskan dia, aku merayu’, pinta Waqie sambil menangis. ‘Tak sangka ramai betul lelaki yang tergila-gilakan wanita bodoh ne. Aku nak tengok dia mati tapi jangan risau sebab aku akan pastikan semua lelaki yang memuja-muja dia menyaksikan kematian dia sekali, okay tak?’, cadang wanita itu sambil tertawa lalu menamatkan panggilan. ‘Hello, hello’, teriak Waqie. Datuk Luqman menghampiri Waqie Cuma menenangkannya. ‘Siapa perempuan tu ayah? Kenapa dia nak sakiti Lara?’, soalnya kepada Datuk Luqman. Airmata lelakinya gugur lagi. ‘Perempuan? Apa maksud kau?’, soal Nadz. Waqie memandang Nadz lalu menghampirinya. ‘Nadz, siapa perempuan yang tak sukakan Lara Nadz, siapa?’, soalnya. ‘Qie, sabar Qie jangan paksa Nadz’, kata Pak cik Zaidin. ‘Maafkan saya Waqie, Setahu saya Lara tak pernah ada musuh perempuan. Kalau ada pun dia pasti akan cerita dengan saya’, ujarnya. Waqie duduk dilantai sambil mengaup rambutnya beberapa kali. ‘Lebih baik kita buat laporan polis dahulu’, cadang Datuk Luqman dan dipersetujui oleh ahli keluarga yang lain. Puan Lana tidak henti melihat gambar Lara ditemani Zairi dan Fiqah.

‘Tolonggg..’, teriak Lara. Wanita itu menghampirinya. ‘Diam kalau kau nak hidup lama’, ugutnya. ‘Kau siapa huh? Apa kau nak?’, teriak Lara. Wanita itu menamparnya. Matanya ditutup dan tangannya diikat ke atas. ‘Takkan kau tak kenal aku?’, soalnya lalu ketawa terbahak-bahak. ‘Murad, Farid, Jaga dia jangan sampai terlepas’, arahnya sambil berlalu. ‘Lepaskan aku, tolonglah lepaskan aku. Waqie tolongggg’, teriaknya namun tiada siapa peduli. ‘Lara?’, jerit Waqie yang terjaga dari tidur. Apabila menyedari Lara tiada disisi, Waqie terasa sepi dan sunyi. Dia pun bingkas bangun dan menunaikan solat hajat. Keesokan harinya, Waqie menerima pesanan ringkas daripada wanita itu menyuruhnya pergi ketempat sesuatu tempat. Hanya Waqie yang dibenarkan kesana dan jika Waqie melaporkan kepada polis nyawa Lara akan melayang. ‘Bawa Lara pulang ya’, pinta Puan Lana kepada Waqie. ‘Waqie janji pada mama, papa, ayah, abang zairi, Qira dan semuanya untuk bawa Lara pulang dengan keadaan selamat’, janjinya memberikan mereka semua satu keyakinan. Sebelum berangkat dia sempat menyerahkan sekeping nota kepada Reza. Dengan lafaz bismillah, Waqie memulakan perjalanannya. Sebaik sahaja Raeyi melangkah masuk kedalam apartmentnya, telefon bimbitnya berbunyi. ‘Hello?’, ucapnya. ‘Kalau kau nak wanita idaman kau, Lara Ariana selamat, datang ke tempat ne sekarang’, arahnya seraya mematikan talian. ‘Hello, kau siapa? Kenapa dengan Lara?’, soal Raeyi namun wanita itu sudah menamatkan panggilan. Tidak berapa lama kemudian, dia menerima satu pesanan dan dia terus bergegas keluar.  ‘Assalamualaikum abang’, ucap Memey di dalam talian. ‘Waalaikumussalam, akhirnya kau cari aku juga ya’, sindir Jay. Memey tersengih. ‘Abang, Memey mengandungkan anak abang’,katanya sambil berpura-pura sedih. ‘Wah ini berita gembira. Tahniah bakal ibu’, ucap Jay. Seketika kemudian Memey ketawa terbahak-bahak. ‘Aku ada hadiah untuk kau, hadiah yang sangat bernilai. Kalau kau nak datang ke tempat yang akan aku mesej nanti’, ujarnya namun Jay hanya tertawa. Memey mengerutkan dahinya. ‘Hadiah apa? Penipuan apa lagi yang kau nak cipta ne? Hei kalau kau mengandung pun belum tentu lagi anak tu anak aku tahu’, bentak Jay. ‘Aku tak kisah kalau kau nak datang atau tidak tapi aku takut lepas ini kau tak dapat jumpa lagi hadiah seperti ini’, tuturnya seraya mematikan talian.  ‘Hello, Memey?’, panggil Jay namun wanita itu sudah menamatkan panggilan.

Jay mula merasa tidak sedap hati dengan kata-kata Memey sebentar tadi. ‘Hadiah apa yang sangat bernilai?’, fikirnya sendiri. Seketika kemudian telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. ‘Mungkin itu Cuma perangkap Memey saja. Pedulikanlah’, bisik hatinya. ‘Kau tahu tak apa salah kau?’, soal wanita yang menculik Lara namun dia hanya mendiamkan diri. Wanita itu menjadi berang apabila Lara langsung tidak memberi respon. ‘Heii perempuan! Kau dengar kar tidak?’, marahnya.  ‘Tiada guna bertutup jika perangai sundal kau tu masih tak hilang’, herdiknya sambil menarik tudung Lara. ‘Kau nak apa huh? Kalau kau berani sangat tunjukkan diri kau’, cabar Lara menyebabkan wanita itu tertawa. ‘Berani juga kau ne ya’, tempiknya seraya menampar Lara. ‘Oleh kerana kau nak sangat tahu aku ne siapa, aku akan tunaikan permintaan kau’, ucapnya seraya membuka ikatan mata Lara. Matanya berpinar-pinar kerana terlalu lama ditutup. Dihadapan Lara berdiri seorang wanita berpakaian paras lutut dan bertumit tinggi. ‘Ka..kau siapa?’, soal Lara. ‘Ops lupa pula, kau tak kenal aku begini tapi begini’, ucapnya seraya menyarungkan tudung Lara dikepalanya. ‘Me..Memey?’, tekanya. ‘BINGO!’, kata Memey lalu ketawa terbahak-bahak. ‘Ta..tapi kenapa Mey? Apa salah aku?’, soal Lara. Memey mendekatinya lalu memegang wajah Lara. ‘Salah kau adalah kewujudan kau didunia ini’, jawabnya. ‘Astagafirullah, Memey mengucap mey. Ini bukan Memey yang aku kenali selama ini’, ucap Lara. ‘Memanglah, ini adalah Memey yang baru. Memey yang seksi dan bergaya’, jawabnya seraya tertawa lagi. Memey menghampiri Lara dan menarik rambutnya sambil mengacukan pistol ke leher Lara. ‘Memey, jangan buat perkara bodoh Mey. Segalanya boleh dibawa berbincang. Tolong lepaskan aku’, rayu Lara sambil menangis. Rayuan Lara langsung tidak dipedulikan.

‘Lara!! Lara!!Lara!!’, jerit Waqie. ‘Wa..Waqie??’, ucapnya lemah. Memey memberi isyarat kepada Murad dan Farid agar bersiap sedia. ‘Persembahan akan bermula sebentar lagi. Jangan risau, aku jemput semua kekasih kau’, ujarnya menyebabkan Lara kehairanan. ‘Just wait and see babe’, tuturnya seolah-olah mengerti apa yang tersirat di fikiran Lara. ‘Lara!!Lara!!Lara!!’, jerit Raeyi. Lara memandang Memey sekali lagi. ‘Kau nak buat apa?’, soalnya. ‘Sabarlah’, ucapnya sambil tersengih. Waqie mencari suara lelaki yang menjerit memanggil nama isterinya.  Kemudian kelihatan seorang lelaki muncul dari arah yang bertentangan dengannya. Mereka saling berpandangan. ‘Raeyi? Kau buat apa dekat sini?’, soal Waqie bingung. ‘Aku nak selamatkan  Lara’, jawabnya. ‘So semua tetamu dah datanglah ya?’, ucap satu suara yang sangat asing bagi Waqie. Memey muncul dihadapan mereka sambil memegang pistol. ‘Memey?’, panggil Raeyi namun Memey hanya tersengih.  ‘Mana Lara?’, soal Waqie. ‘Sabarlah, kau tak nak kenal dengan aku kar? Aku ini kawan baik Lara dan Raeyi masa kitaorang praktikal dulu. Tapi Lara tu gatal sangat, satu tak cukup tahu semua dia nak kebas’, fitnahnya menyebabkan Waqie mula berang. ‘Stop talking nonsense about my wife!’, marah Waqie. Memey menjeling Waqie. ‘Bawa perempuan sundal tu keluar!!’, arahnya kepada Murad dan Farid. Sejurus kemudian, mereka membawa Lara keluar lalu diikat di tiang yang berada dibelakang mereka. ‘Lara!!’, jerit Raeyi dan Waqie serentak apabila melihat keadaan Lara yang tidak stabil. ‘Selangkah lagi korang maju, aku tembak perempuan tu!!’, ugut Memey. ‘Tangkap mereka!!’, arah Memey kepada kedua pembantunya. Murad dan Farid menangkap Waqie dan Raeyi. Waqie cuba melawan namun dia tidak mahu membahayakan Lara. ‘Kau nak apa huh?’, tempik Waqie lalu Murad menumbuknya. Memey tersenyum. ‘Mey, aku merayu lepaskan Lara. Dia tak salah apa-apa Mey’, rayu Raeyi namun Memey tidak mengendahkannya. ‘Waqie, Raeyi!! Memey jangan’, teriak Lara apabila melihat mereka dipukul dengan teruk. ‘Biar korang saksikan kematian wanita pujaan korang’, teriak Memey lalu mengacukan pistol kearah Lara.

Kedengaran bunyi papan terjatuh dari luar gudang. Memey memberi isyarat kepada Murad untuk melihat siapa yang berada di luar. Murad menurut lalu melepaskan Waqie yang sudah mula longlai. Waqie sempat memberi isyarat kepada Raeyi. ‘Memey, apa salah aku Mey? Kenapa kau buat begini dengan aku?’, soal Lara diiringi dengan tangisan. ‘Kau nak tahu kenapa? Huh? Kau memang SIAL!! Semua lelaki yang aku cintai memuja kau. Mulut mereka tak henti menyebut nama kau sehinggakan Datuk R tinggalkan aku kerana kata-kata bodoh kau tu’, tempiak Memey. ‘Aku mengandung Lara tapi aku tak tahu ini anak siapa, anak Jay atau Datuk R? Mereka berdua tak nak bertanggungjawab, jadi anak dalam kandungan aku ne macam mana? Siapa nak bertanggungjawab? Siapa Lara, Siapa??’, tempiaknya. Mereka bertiga terkejut mendengar pengakuan Memey. ‘Apapun kau tak boleh salahkan Lara dalam hal ne sebab kau yang pilih jalan macam ne’, ujar Raeyi. Memey menjadi semakin panas mendengar kata-kata Raeyi. ‘Kenapa awak tak pernah hargai saya selepas saya memilih awak? Lara lebih menderita daripada awak, jangan ingat hanya awak seorang sahaja yang menderita’, tempiak Raeyi. Waqie memandang Raeyi. ‘Yang paling penting, Lara bahagia bersama saya sekarang’, ucap Waqie pelahan namun mampu didengari oleh telinga mereka. Kepala Memey mula rasa sakit. Dia memegang kepalanya. ‘Lepaskan Lara, Memey. Lepaskan dia’, jerit Raeyi berkali-kali. ‘Diam!!!’, teriak Memey lalu mengacukan pistol kearah Lara. ‘PANG!PANG!’, terdengar bunyi tembakan dilepaskan. ‘Lara, Lara. Ling bangun Ling. Please stay with me. Lara!!’, teriak Waqie sambil memeluk isterinya. Apapun yang terjadi hidup ini hanyalah sebuah cerita dan ia hanya akan tamat apabila jasad tidak lagi bersatu dengan roh. ‘Amin’, ucap Waqie lalu memegang batu nisan di hadapannya. ‘Semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Bersemadilah dengan tenang’, ucapnya lagi.



-TAMAT-

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2