Posts

Cinta Satukan Kita 17

Katherine menghulurkan sekeping cek kosong kepada Misha. ‘Apa ini?’, soal Misha. Katherine tersengih. ‘Kau boleh tulis berapa jumlah yang kau nak’, kata Katherine. Misha bingung. ‘Apa maksud awak?’, soalnya lagi. Katherine ketawa. ‘Kau ne memang pandai berlakon ya. Bukankah ini yang kau nak selama ini’, ucap Katherine. Misha terkesima. ‘Tak payah nak berpura-puralah, perempuan macam kau ini aku dah lama sangat kenal. Kau dekat dengan Khairul Daniel semata-mata nak dengan duit dia kan? Sekarang ambil duit ini dan jauhkan diri dari Khairul Daniel’, bentak Katherine. Misha memandang kearah cek kosong itu. Katherine tersengih lagi. ‘Kau tulis jak berapa yang kau nak’, katanya. Misha mengambil cek tersebut dan mengoyakkannya. Terbeliak mata Katherine melihat kelakuan Misha. ‘Saya mungkin miskin tapi saya ada maruah. Maafkan saya kerana telah muncul dalam hidup awak dan Khairul tetapi semua ini bukan atas kemahuan saya sendiri. Duit boleh beli segala benda di dunia ini tapi duit tak boleh...

Cinta Satukan Kita 16

Marsha bersorak riang dalam hati. ‘Maksud kak?’, soal Misha. Khairul Daniel, Dania Ayerina dan Farina memandang Marsha dengan seribu satu persoalan. Marsha tersenyum. ‘Taklah, adik lupa ya? Patung kesayangan kak yang dulu adik rampas tu, sampai sekarang tak beri balik’, bohong Marsha. Edryan dan Adam ketawa manakala mereka yang lain hanya tersenyum kaku. ‘Apalah adik ini. Bergurau pula’, kata Edryan. ‘Alah saja nak memeriahkan suasana’, balas Marsha walhal dalam hati dia sangat gembira melihat wajah Misha yang ketakutan.  Permainan diteruskan lagi. Kini giliran Adam pula untuk memusingkan botol. Dalam hati dia berharap sangat agar botol itu berhenti ditempat Farina. Botol berpusing dan mula bergerak perlahan. ‘Farina’, ucap Dania Ayerina. Adam bersorak gembira di dalam hati. Jantung Farina mula berdengup dengan kencang. Dia memandang Adam yang duduk bersebelahan dengannya. Sedia untuk mendengar soalan yang bakal diajukan. ‘Dendanya, awak kena jerit yang awak suka dengan saya seb...

Cinta Satukan Kita 15

Misha duduk di taman permainan kawasan perumahan mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Jalan sudah mula di terangi oleh lampu. Kelihatan beberapa anak muda berlari menuju ke masjid. Azan sudah berkumandang jam 6.15 petang tadi. Mungkin mereka baru pulang dari sekolah sebab itu lewat sedikit ke masjid. Misha tidak dapat menunaikan kewajibannya kerana sedang diserang oleh bendera merah. Akhirnya, dia berdiri dan mula melangkah pergi. Dia berjalan perlahan menuju kerumah sewanya. Dari jauh dia dapat melihat seseorang sedang berdiri di hadapan rumah mereka. ‘Khairul?’, ucap bibirnya. Dia mempercepatkan langkahnya dan apabila semakin hampir dia sengaja berjalan perlahan. Khairul Daniel bersandar di tepi keretanya. ‘Ehem’, Misha berdehem dan Khairul Daniel berpaling. ‘Assalamualaikum’, sindir Khairul Daniel. Misha tersenyum. ‘Waalaikumussalam’, jawabnya sedikit kasar. ‘Amboi garangnya’, perli Khairul Daniel. ‘Saya kan memang garang dari dulu lagi’, balasnya. Misha turut bersandar d...

Cinta Satukan Kita 14

Misha seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. Hatinya mula bersorak gembira. Tidak sabar dia mahu berkongsi berita gembira ini dengan Farina. ‘Far, Far’, panggil Misha. Farina keluar dari dalam rumah dengan penuh persoalan. ‘Apa dia? Apasal kau terjerit-jerit awal pagi ini?’, soal Farina. ‘Nah kau ambil ini’, katanya seraya menyerahkan sampul surat kepada Farina. ‘Apa ini?’, soal Farina sambil menyambut huluran sampul surat tersebut. ‘Bacalah sendiri’, arah Misha sambil memegang surat yang turut di terimanya. Farina membuka sampul surat itu dan membaca isi kandungannya. Hampir terlopong mulut Farina melihat isi surat tersebut. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. Dia memandang Misha yang memang sudah kelihatan teruja. ‘Makkkkk !!!’, jerit mereka serentak. Mak cik Aznah duduk disisi Puan Haliza. ‘Syukur Alhamdulillah. Akhirnya rezeki kamu tiba juga’, ucap Mak Cik Aznah. ‘Ayah kamu pasti bangga dengan kamu’, tambahnya lagi. Misha dan Farina lagilah b...