Cinta Satukan Kita 18


Farina memeluk Misha seerat-eratnya. ‘Kau jaga diri baik-baik tahu’, pesan Farina. Misha ketawa melihat kelakuan Farina. ‘Cik Farina, awak tu Cuma pergi outstation jak bukannya nak pergi honeymoon pun. Lagi satu, awak pergi seminggu bukan bertahun-tahun’, perli Misha. Kolah mata Farina mula berair. ‘Aku tahulah tapi aku tak tahu kenapa aku rasa sedih kali ini. Kau tahulah, kita mana pernah terpisah. Sejak kecil lagi, kemana aku pergi kesitu juga kau pergi. Itu yang aku emosi sikit ini’, luah Farina. Memang dia berasa tidak sedap hati meninggalkan Misha sendiri walaupun Cuma seminggu. ‘Dah, dah tak payah nak emosi pagi-pagi ini. Mari kita makan sarapan, aku ada beli nasi lemak tadi. Karang tunang aku nampak kita berpeluk entah apa yang dia akan fikir’, gurau Misha. Lalu mereka  terketawa. Selesai bersarapan, Farina mencuci pinggan mereka manakala Misha bersiap untuk pergi kerja. Kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah mereka. Farina menjengah keluar melihat gerangan siapa yang tiba. ‘Khairul? Nak ambil Misha lah tu’, telah hatinya sambil menghadiahkan senyuman kepada Khairul Daniel. ‘Selamat pagi, Farina’ sapa Khairul Daniel. ‘Selamat pagi, Khairul’, balas Farina. ‘Misha tengah bersiap sekejap lagi keluarlah tu’, sambung Farina. Khairul Daniel tersenyum. ‘Jam berapa flight awak?’, soal Khairul Daniel. ‘Tengah hari nanti’, jawabnya ringkas. ‘Khairul, masa saya pergi outstation nanti awak tolong jaga Misha baik-baik ya’, pesan Farina. Khairul Daniel terkesima. ‘Tak sangka, Farina sangat sayangkan Misha’, telah hatinya. ‘Awak jangan risau, saya akan jaga kawan baik awak tu seperti mana saya menjaga syarikat nenek saya’, ucap Khairul Daniel bercampur gurauan. Farina terketawa.

‘Hai awal sampai hari ini’, tegur Misha dari arah belakang. Khairul Daniel mengerling Misha lalu mendongak ke langit. ‘Orang zaman sekarang ini kan Far langsung tak tahu nak berterima kasih. Kita datang dari jauh nak hantar dia pergi kerja, bila sampai kita di sindir pula bukan nak pelawa minum atau sarapan’, sindir Khairul Daniel. Farina menggeleng kepala. ‘Dah mula dah’, gumam hatinya. Misha menjeling Khairul Daniel. ‘Kalau korang nak berbahas apa kata berbahas dalam kereta. Bukan apa aku takut nanti jammed, ada pula yang kena buang kerja’, Farina meleraikan pertelingkahan yang hampir terjadi antara mereka. Akhirnya, mereka berdua pun pergi. Farina sempat tersenyum menghantar pemergian mereka. ‘Macam budak-budak, tapi aku suka tengok sebab diorang nampak sangat serasi’, pujinya sendiri. Dalam perjalanan, Khairul Daniel hanya mengerling Misha yang sedari tadi hanya berdiam diri sambil melihat keluar tingkap. ‘Hai, termenung jauh nampak’, tegur Khairul Daniel menyedarkan Misha dari lamunan. ‘Tunang ada depan mata pun awak boleh termenung jauh’, tambahnya lagi. Misha tersenyum. ‘Saya termenung mengenangkan nasib saya yang dapat tunang yang langsung tak menepati ciri-ciri lelaki idaman saya’, gurau Misha. Khairul Daniel mengerutkan dahi. ‘Eh eleh, tolong sikit aku ini lelaki idaman Malaya tahu. Kalau aku buat ujibakat mencari jodoh memang confirm ramai wanita akan berbaris untuk aku’, katanya dengan megah. Misha tersengih. ‘Kecuali akulah, daripada buang masa berbaris untuk kau baik aku berbaris untuk Kim Bum’, balasnya. Khairul Daniel menahan geram.

Misha tiba di pejabat tepat pukul 7.30pagi. Dia keluar dari kereta Khairul Daniel lalu melambai pemergian lelaki itu. Tanpa dia sedar, Katherine dan Marsha melihat situasi tersebut. ‘Kau tengok bukan main happy lagi dia, senyum sampai ke telinga’, kata Marsha. Katherine mendengus geram. ‘Kau rasa bila masa yang sesuai untuk laksanakan rancangan kita?’, soal Katherine. Marsha memandang Katherine sambil tersengih. ‘It’s show time baby’, ucap Marsha. Kelihatan Misha sedang fokus untuk menyiapkan rekaan terbarunya. ‘Misha, Cik Marsha suruh awak kebilik dia’, kata seorang kakitangan. Misha mengangguk lalu berdiri dan menuju ketempat Marsha. Dia mengetuk pintu bilik Marsha. ‘Masuk’, arah Marsha. ‘Ada apa cik Marsha panggil saya?’, soal Misha sambil tersenyum. Marsha menjeling Misha. ‘Saya nak awak temankan saya jumpa klien hari ini’, arah Marsha. ‘Baiklah Cik’, Misha menurut. ‘Lagi satu, esok pagi saya nak awak tolong bank in duit untuk didermakan ke rumah anak-anak yatim piatu’, arah Marsha. ‘Tapi..Kenapa saya yang kena bank in?’, soal Misha. ‘Kenapa? Tak bolehkah? Dah aku suruh, kau buat sajalah’, marah Marsha. Mahu tidak mahu Misha terpaksa akur dengan arahan Marsha. ‘Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu ya cik’, pamit Misha lalu mau melangkah keluar. ‘Mak dan ayah sihat?’, soal Marsha menyebabkan Misha berpaling semula. Matanya kelihatan bercahaya. ‘Ayah sihat Cuma mak jak tak berapa sihat. Ayah kata demam sikit jak’, terang Misha. ‘Kalau dah demam tu, suruhlah ayah bawa keklinik’, ucap Marsha. ‘Dah, ayah memang dah bawa mak ke klinik’, jawap Misha. ‘Kak tak nak balik jenguk mak dan ayah kah?’, soal Misha. Marsha membesarkan mata apabila Misha memanggilnya kakak. ‘Dah kau boleh keluar sekarang’, arah Marsha.

Katherine setia menanti kedatangan Khairul Daniel. ‘Mana pulaklah dia ini?’, marah Katherine. ‘Dah dekat sejam aku tunggu dia kat sini. Kata nak datang tapi tak pulak muncul. Ish geram pulak aku macam ini’, dengus Katherine sendiri. Sesekali dia melihat iPhone miliknya namun langsung tiada mesej atau panggilan dari Khairul Daniel.  ‘Kath?’, tegur seorang lelaki. Katherine mangangkat wajahnya melihat gerangan siapa yang menegurnya. ‘Mick?’, ucapnya. Mick menghadiahkannya sebuah senyuman. ‘I thought you wouldn’t recognize me anymore’, kata Mick. Katherine terketawa. ‘Why would I?’, ucapnya sambil memandang sekeliling takut-takut kalau Khairul Daniel tiba dan melihatnya bersama Mick. ‘Are you waiting for someone?’, soal Mick melihat Katherine yang sedang gelabah. ‘Huh?’, Katherine gagap. Tiba-tiba iPhonenya berbunyi menandakan mesej masuk. ‘Sorry, I can’t make it today. I’m really busy. I will call you later’, Katherine mendengus geram membaca mesej dari Khairul Daniel. Mick tersenyum. ‘I guess that someone couldn’t make it right?’, telah Mick. Katherine tersenyum hambar lalu mengangguk. Mick terus duduk di hadapan Katherine. ‘It’s looked like you haven’t thought about what I’ve said to you before. Why woman so complicated? When decision can be done in a easier way’, ujar Mick. Katherine mengerutkan dahi. ‘What do you mean?’, soalnya. Mick tersenyum. ‘You actually know what you want and you can tell how he feel about you now but there’s something bother you. You can’t bear to see his smile since you can’t make him smile when he with you’, balas Mick. Katherine terdiam. Kepalanya seolah-olah dihempap batu yang sangat besar. Mick berdiri lalu berjalan menuju ke kaunter untuk membayar bil Katherine. Dia meninggalkan Katherine sendiri untuk berfikir tentang apa yang diperkatakan olehnya.

‘Abang jom’, pelawa Marsha. Edryan menghadiahkan Marsha senyuman. ‘Jom’, katanya lalu bingkas bangun dan menghampiri Marsha. ‘Hari ini kita nak makan apa?’, soal Marsha. ‘Abang ikut adik jak, apa yang adik nak makan’, balas Edryan. Marsha tersenyum gembira. ‘Betul ini?’, soal Marsha. Edryan hanya mengangguk dan tersenyum. Mereka menuju ke lif dan kebetulan Edryan terpandang kearah bilik rekaan abang Bob. Kelihatan Misha sedang sibuk menyiapkan rekaannya. Edryan tersenyum. ‘Kalau semua pekerja macam dia, boleh jadi jutawan aku tak lama’, katanya sendiri sambil tersenyum. Marsha berpaling kearah Edryan. ‘Abang cakap dengan adikkah?’, soal Marsha. ‘Tu hah, abang tengah bercakap tentang adik abang yang lagi satu tu. Dia tak tahukah sekarang dah masuk waktu makan tengah hari. Apa lagi yang dia buat kat sana tu? Karang pengsan pulak kalau tak makan’, ujar Edryan risau. Marsha mula berasa geram. ‘Alah abang tak payahlah kacau dia, kan due date dah tak lama lagi sebab tu dia kena siapkan rekaan tu’, Marsha cuba mengalih perhatian Edryan. ‘Cepatlah adik dah lapar dah ini’, pujuk Marsha. ‘No way, abang tak nak pekerja abang sakit sebab tak makan ikut masa. Due date tu lambat pun tak apa asalkan dia sihat’, tegas Edryan lalu menuju kebilik rekaan Misha. Marsha mengigit bibirnya menahan geram. ‘Budak ini memang tak boleh nak tengok aku bahagialah’, gumam hatinya.  Misha hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani mahu memandang awajah Marsha yang seperti mahu menelannya. ‘Makanlah Misha, kenapa tak sedapkah? Nak oppa order yang lain?’, soal Edryan penuh perhatian. ‘Eh, siapa sebenarnya adik dia ini? Aku atau Misha? Apahal dia layan Misha lebih-lebih pula?’, marah Marsha dalam hati. Misha menggelengkan kepala lalu menyuakan nasi goreng nanas ke mulutnya.

‘Ayah, mak sihat tak?’, soal Misha di hujung talian. Encik Malik mengawal suaranya agar tidak ketahuan oleh Misha. Dia melihat tubuh isterinya yang terbaring diatas katil hospital. Sejak semalam, Puan Haliza dimasukkan ke wad kecemasan kerana dipercayai ada ketumbuhan kecil di otaknya. Encik Malik tidak sampai hati untuk memberitahu berita buruk ini kepada Misha kerana khuatirMisha akan risau. ‘Alhamdulillah, mak sihat jak. Misha tak payah risau, fokus jak dengan kerja tu ya’, pesan Encik Malik sebelum menamatkan perbualan. Mak cik Aznah memandang Encik Malik dengan perasaan hiba. ‘Aznah, aku minta kau rahsiakan pekara ini dari anak-anak kita’, pinta Encik Malik. ‘Tapi bang, sampai bila kita nak rahsiakan? Esok lusa bila mereka balik mesti diorang dapat tahu juga’, kata mak cik Aznah. Encik Malik mengurut dahinya. ‘Itu aku tahu tapi sekarang diorang ada kerja penting jadi aku tak nak fokus dorang terganggu’, terang Encik Malik. Mak cik Aznah menganggu tanda bersetuju. ‘Sekarang ini apa macam mana dengan kak Haliza ini bang?’, soal Mak cik Aznah. ‘Apa-apa pun kita tunggu keputusan doktor’, jawab Encik Malik tenang. ‘Kejap lagi abang Aidil balik, biar sama-sama kita ikthiarkan sesuatu’, ujarnya. Encik Malik mengangguk perlahan. Dalam hati dia menitipka doa agar Allah S.W.T memberikannya kekuatan untuk menghadapi semua ujian ini. Misha terdiam sebentar selepas menamatkan panggilan dengan ayahnya. ‘Kau kenapa Misha? Rindu dengan Farinakah?’, sergah abang Bob yang sedari tadi memerhati Misha. ‘Ini lah korang kah, baru berpisah beberapa jam dah mula rindu. Misha, Farina tu pergi seminggu jak. Lagipun bagilah dia chance tuk berduaan dengan Encik Adam tu’, tambah abang Bob lagi. Misha ketawa mendengar kata-kata abang Bob.

Sejak tengah hari tadi, Marsha merasa tidak enak badan. Dia pun dia tahu kenapa tiba-tiba dia merasa mual dan lelah. Dia mengurut perlahan kepalanya yang berdenyut. ‘Kau kenapa babe?’, sergah Asni. Marsha terkejut melihat Asni yang sedang berdiri di hadapannya. ‘Kau ini pun, lain kali ketuklah pintu. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu’, marahnya. Asni tersenyum. ‘Eleh, selama ini aku main masuk jak tak ada pun kau nak marah-marah macam ini’, kata Asni. Marsha hanya mendiamkan diri. ‘Kau kenapa ini? Muka kau nampak pucat jak?’, soal Asni. ‘Entahlah aku rasa salah makan kot. Selepas aku makan tengah hari dengan Edryan dan budak tak guna tu tadi terus aku rasa tak sedap badan’, terangnya. Asni terlopong. ‘Babe, babe jangan-jangan budak tu ada simpan benda dekat makanan kau tak?’, tuduh Asni. Marsha menjeling Asni. ‘Kau tengok muka dia? Adakah muka orang berani jumpa bomoh?’, soal Marsha. Asni tersengih. ‘Manalah tahu kan. Orang zaman sekarang ini kita tak boleh nampak apa yang dorang buat kat belakang kita’, tutur Asni. Marsha hanya mendiamkan diri dan memulakan kerjanya. ‘Atau pun? Entah-entah’, kata-kata Asni menyebabkan Marsha berhenti menaip. Dia menunggu dengan penuh kesabaran apa yang Asni ingin ucapkan. ‘Entah-entah kau mengandung?’, ungkapan tersebut membuatkan jantung Marsha berdengup laju. ‘Mengandung?’, desis hati Marsha. Lidahnya menjadi kelu. Dia kelihatan pucat dan lesu. Teringat kembali perstiwa hitam yang terjadi kepadanya.

‘Babe, babe?’, panggil Asni mengejutkan Marsha dari lamunan. ‘Kau okay kah tak ini?’, soal Asni lagi. ‘Huh?’, Marsha mula tergagap. ‘Aku, aku okay. Ya aku okay’, jawabnya cuba menenangkan diri. ‘Tapi, tak mungkin lah kau mengandung kan sebab kau bukan ada teman lelaki pun’, tambah Asni lagi. Marsha cuba untuk tetap senyum. ‘Tahu tak apa’, jawabnya bersahaja. Walhal dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa terkejutnya dia apabila mendengar kenyataan dari Asni. ‘Okaylah babe, aku keluar dulu. Aku pun banyak kerja kat bawah tu’, pamit Asni. Marsha menarik nafas perlahan sejurus selepas Asni keluar dari biliknya. ‘Macam mana kalau apa yang Asni katakan benar?’, dia berbicara sendiri. ‘Kali terakhir, kali terakhir…’, kata-katanya diiringi air mata. Peristiwa hari itu menjelma kembali. Hari di mana Rahiman merogolnya buat kali kedua. ‘Aku, aku .. aku benci kau Rahiman’, dengusnya dalam hati. Ikutkan hati mahu saja dia berteriak namun mindanya masih dapat mengawal emosi yang sedang membara. ‘Saya tak nak’, bentak Misha. Khairul Daniel mengigit bibirnya menahan geram. ‘Sekarang dah pandai melawan ya, apasal degil sangat ini? Saya kata malam ini awak tidur rumah nenek. Dah titik!’, tegas Khairul Daniel. Misha memuncungkan bibirnya. ‘Apasal pula saya kena tidur rumah nenek, sebelum ini saya okay jak sendiri even Farina tiada’, katanya. ‘Okay, beritahu saya sebelum ini bila masanya awak pernah berpisah dengan Farina?’, soal Khairul Daniel. Misha terdiam. Mindanya cuba mencari moment itu tetapi tiada. Dia tersengih memandang Khairul Daniel.

Sedari tadi, iPhone milik Khairul Daniel berdering namun hanya diendahkan olehnya. Misha jadi penasaran. ‘Siapa pula yang asyik called dia ini? Kenapa dia endahkan?’, desis hatinya sendiri. Sekali lagi, iPhone Khairul Daniel berdering. ‘Angkatlah, sakit telinga saya dari tadi dengar ringtone awak yang tak berapa nak sedap tu’, sengaja Misha menyindir. Khairul Daniel hanya menumpukan perhatian ke arah jalan raya. ‘Ish, memang tak lah mamat ini nak dengar cakap kau Misha’, dengus hatinya. ‘Panggilan tu tak penting pun. Lagipun saya sedang driving ini macam mana nak angkat called’, tutur Khairul Daniel. Terlopong mulut Misha apabila Khairul Daniel bersuara. ‘Eh, dia boleh baca fikiran akukah?’, soalnya sendiri. ‘Kenapa? Terkejut? Itulah jangan asyik mengata orang’, sindir Khairul Daniel. Misha hanya menjeling Khairul Daniel. Terasa dengan sindirannya. Khairul Daniel tersenyum melihat tingkah Misha. Katherine membuang iPhone miliknya ke atas katil. Geram apabila Khairul Daniel tidak mengendahkan panggilannya dari tadi. ‘Semua ini sebab perempuan perampas tu lah. Macamlah aku tak tahu dia nak bolot semua harta Khairul’, marahnya sendiri. Dia menghempas badannya keatas katil. Memandang siling bilik. Bilik yang bertemakan english vintage. Perlahan Katherine memejamkan mata. ‘Ask yourself,is this what you really want? Do you really love him?’, kata-kata Mick terngiang-ngiang di telinga Katherine. Dia membuka matanya kembali. ‘No, I love him and he will always be mine’, tegasnya.

‘Nenek lagi suka kalau Farina pergi outstation 1 bulan’, ujar Datin Linda sambil tangannya lincah memasukkan bahan-bahan masakan kedalam periuk. Misha tersenyum. ‘Amboi nenek ini, macam tak sayang Farina pula, sanggup nak suruh dia outstation  selama sebulan’, gurau Misha. Datin Linda menepak dahinya. ‘Nenek tak maksudkan macam itu. Nenek sayang korang berdua. Nenek lagi suka kalau korang berdua tinggal kat sini.Tak payah nak sewa rumah kat sana. Lagipun bahaya dua anak dara tinggal sendiri’, terang Datin Linda. Misha terketawa. ‘Tak ada apalah nenek, lagipun kawasan perumahan kami tu selamat’, ucapnya cuba melegakan perasaan Datin Linda. ‘Itulah nenek dah kata dengan Khairul Daniel untuk mempercepatkan pernikahan kamu tapi Khairul tu banyak sangat alasannya’, kata Datin Linda menyebabkan Misha terdiam. Andai saja, dari mula Khairul Daniel memang miliknya pasti saat ini dia sudah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Daniel. Mengapa mimpi indah itu hanya sementara?. ‘Kak Misha, jari kak berdarah’, tegur Khairil Daniel yang sedari tadi memerhati Misha memotong sayur sambil mengkhayal. ‘Ya Allah, Mishaaa!!’, jerit Datin Linda menyedarkan Misha dari khayalan. ‘Auch’, Misha mengeran kesakitan. Datin Linda cepat-cepat mengambil peti kecemasan untuk merawat luka Misha. ‘Ya Allah Misha macam mana boleh terluka ini?’, soal Datin Linda risau. Khairul Daniel yang terdengar bunyi riuh dari dapur menjengah.

‘Nek, What’s wrong?’, soal Khairul Daniel seraya terpandang Misha yang terduduk dengan jari yang mengalir darah. Wajah Misha juga pucat. Dengan pantas dia menuju kearah Misha. ‘Misha kenapa ini?’, soalnya namun Misha tidak terdaya untuk menjawab. ‘Jari dia terluka masa potong sayur tadi’, jawab Khairil Daniel. Dia mula menangis melihat Misha. Datin Linda kembali bersama peti kecemasannya. ‘Khairul, basuh luka dia lepas itu letak ubat ini’, arah Datin Linda. Khairul Daniel menurut. ‘Ya Allah, kenapa wajah dia pucat sangat ini? Khairul, kita bawa Misha ke klinik ya’, cadang Datin Linda. Khairul Daniel mengangguk tanda setuju. Namun, Misha menahan Datin Linda. ‘Kenapa Misha?’, soal Datin Linda. ‘Misha tak nak pergi klinik’, jawabnya lemah. ‘Boleh tak jangan degil’, marah Khairul Daniel. Misha mula mengalirkan air mata. ‘Misha tak apa-apa, Cuma jari jak yang luka. Misha memang macam ini kalau nampak darah’, terangnya lemah. Mereka kemudian menarik nafas lega. ‘Dah, Khairul pergi bawah Misha rehat kat bilik. Biar nenek uruskan tempat ini’, arah Datin Linda. Khairul Daniel terkejut. Datin Linda mengerti apa yang Khairul Daniel risaukan. ‘Tak apa, nenek percayakan Khairul’, ujarnya. Dia memapah Misha ke bilik dan meletakkannya di atas katil. Perlahan mata Misha mula terpejam. ‘Cepatnya kau terlelap kan, kau tak tahukah ada lelaki kat dalam bilik kau ini’, omel Khairul Daniel sendiri. Dia menarik gebar dan menutupi tubuh Misha. ‘Siapa awak? Siapa?’, Misha mengigau. ‘Misha, saya ada kat sini’, tuturnya lembut. Dia meletakkan tangannya di dahi Misha mahu memeriksa suhu badan Misha. ‘Panasnya, nampak kebal dari luar tapi rupanya takut dengan darah’, bicaranya sendiri.

Khairul Daniel meletakkan tuala sejuk di dahi Misha. Lalu, dia duduk di sisi katil sambil memerhati Misha tidur. ‘Cantik juga bila kau tidur kan’, pujinya lalu tersenyum. ‘Misha..’, panggilnya perlahan. ‘Don’t ever leave me’, tambahnya lagi. ‘Saya tak tahu sejak bila, tapi hati saya rasa sunyi bila awak tak ada disisi. Saya takut dengan hakikat yang suatu hari nanti awak akan pergi tinggalkan saya. Misha, buat pertama kali seorang perempuan membuat jiwa saya rasa tenang. Mungkin pertemuan kita memang telah ditakdirkan dan takdir itu yang saya nak pertahankan. Melihat awak terbaring begini, hati saya rasa cemas dan risau’, luahnya. ‘Saya cintakan awak, Misha Binti Malik’, ucapnya. Khairil Daniel tergamam dihadapan pintu bilik Misha. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari. Perlahan dia menutup pintu bilik Misha dan berlalu pergi. Terukir senyuman di bibirnya. Misha terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam yang tergantung di dinding biliknya. Jam menunjukkan pukul 4 subuh. Dia cuba untuk bangun kerana lehernya terasa haus. Terkejut Misha apabila melihat Khairul Daniel dan Khairil Daniel tidur sambil berpelukan di atas karpet. Dia tersenyum melihat gelagat dua beradik tersebut. ‘Apalah diorang ini? Bukannya aku sakit teruk sangat pun’, desis hatinya. Dia segera mencapai iPhone miliknya dan mengambil gambar mereka berdua. ‘Aku tak boleh lepaskan moment begini, nanti senang sikit aku nak bahan dia’, katanya.

‘Good morning nenek’, ucap Misha. ‘Good  morning, Misha dah okay? Awal pula Misha bangun’, kata Datin Linda. ‘Nenek terlelap lepas solat subuh tadi, maaflah Misha ya’, tambah Datin Linda lagi. Misha tersenyum. ‘Misha okay.Kenapa pula nenek nak minta maaf? Sepatutnya Misha yang kena minta maaf sebab buat nenek risau semalam’, tutur Misha. Datin Linda tersenyum. ‘Mana nenek tak risau, jari yang luka tapi wajah Misha pucat sangat macam orang yang terpotong tangan’, terang Datin Linda. ‘Huh, Khairil pun sampai menangis tengok keadaan Misha. Semalaman mereka berdua berjaga untuk jaga Misha tahu’, terang  Datin Linda lagi. Misha terdiam. ‘Aduh mak, malaulah aku dengan mamat tu nanti’, desis hatinya. ‘Selamat pagi nenek’, sapa satu suara yang tidak asing lagi. Misha cuba berlagak selamba. ‘Selamat pagi kak Misha’, sapa Khairil Daniel lalu menghadiahkannya sebuah senyuman. Khairul Daniel dan Khairil Daniel saling berpandangan lalu mereka ketawa. ‘Aku dah agak dah mereka berdua ini memang akan bahankan aku’, dengusnya geram. ‘Khairul, Khairil, tak baik ketawakan orang tahu’, marah Datin Linda mengerti akan perangai cucunya. ‘Baik nenek’, jawab mereka serentak sambil mengerling Misha. ‘Kau dah sihatkah?’, soal Khairul Daniel. ‘Dah boleh pergi kerjakan’, jawab Misha. ‘Alhamdulillah, bukan apa aku takut nanti dekat office kau pengsan pula. Maklumlah kau kan kebal diluar tapi nampak darah terus pucat lesu’, perli Khairul Daniel sambil ketawa. Misha menjeling dia.

Setibanya di pejabat,Misha terus kebilik Marsha untuk mengambil beg yang wang tunai yang akan di bank-in hari ini. Dia membawa beg tersebut kebilik rekaannya seperti yang diarahkan oleh Marsha. Khairul Daniel bersiul sambil berjalan menuju ke pejabatnya. ‘Amboii, bahagianya you sekarangkan’, tegur Katherine. Khairul Daniel berhenti melangkah. ‘Jom temankan I breakfast?’, ajak Katherine. ‘Sorry, I dah breakfast kat rumah’, tolaknya. ‘Please, I ada something nak cakap dengan you ini’, rayu  Katherine. Akhirnya, Khairul Daniel setuju. Mereka duduk di sebuah café berhampiran pejabat Khairul Daniel. ‘Apa yang you nak cakap?’, soal Khairul Daniel. Wajah Katherine berubah. Dia mengeluarkan sampul dari beg tangan dan menyerahkan kepada Khairul Daniel. ‘Apa ini?’, soal Khairul Daniel lagi. ‘You tengoklah sendiri’, jawabnya. Khairul Daniel membuka sampul tersebut dan mengeluarkan gambar yang terpampar wajah Misha dan Katherine. ‘Apa semua ini?’, marah Khairul Daniel. ‘Misha datang jumpa I hari tu, dia nak minta duit. Dia kata, dia akan tinggalkan awak selepas saya berikan dia duit’, bohong Katherine. Khairul Daniel mengamati gambar tersebut. Kelihatan Katherine menyerahkan sekeping cek kepada Misha. ‘You, I sayangkan you dan I sanggup buat apa saja untuk you  tapi Misha ini dah melampau. Dia gunakan I untuk kepentingan dia sendiri’, kata Katherine. ‘No, I don’t believe you!!’, bentak Khairul Daniel menyebabkan orang ramai memandang kearah mereka. ‘Fine! If you ddidn’t believe me, go asked Misha by yourself’, jawab Katherine  lalu bingkas bangun dan pergi. Seketika kemudian, Khairul Daniel keluar dari café dan memandu keretanya menuju ke pejabat Misha.

‘Abang, Marsha letak beg tu dekat drawer belakang dan Marsha dah kuncikan’, terang Marsha. Edryan mula buntu. ‘Kunci drawer itu adik letak dekat mana?’, soal Edryan. Marsha menunjukkan kunci drawer yang dipegangnya. ‘Mustahil beg duit tu boleh hilang, mari kita spot check semua kakitangan’, arah Edryan. Kak Sarimah, Edryan dan Marsha mula berjalan kesetiap department. Mereka memeriksa disetiap tingkat dan setiap jabatan. Misha dan abang Bob yang tidak menyedari akan kejadian tersebut hanya fokus dalam menyiapkan rekaan mereka. Sesekali Misha melihat jam di tangan. ‘Dah jam 10 pagi, mana pula Kak Marsha ini. Jam berapa dia nak pergi bank ini’, desis hatinya. Tidak lama kemudian, Edryan memasuki bilik rekaan mereka. ‘Selamat pagi encik Edryan’, tegur Misha dan abang Bob. Terpampar jelas diwajah Edryan bahawa mood nya tidak baik. Tanpa berkata apa-apa, Edryan terus memeriksa bilik rekaan. Marsha dan kak Sarimah tiba selepas itu. Edryan terpandang beg duit yag terletak dibawah meja Misha. ‘Ini meja siapa?’, soal Edryan. ‘Meja saya’, jawab Misha. Edryan memandang tajam kearah Misha. ‘Macam mana beg ini boleh ada di bawah meja awak?’, soal Edryan. ‘Itu.. cik, cik’, kata-kata Misha mati disitu apabila Marsha terus memotong. ‘Abang, cuba cek kalau duit masih ada dalam beg itu’, arah Marsha. Abang Bob dan Kak Sarimah memandang Misha tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Kini dia mengerti niat sebenar Marsha menyuruh dia mengambil beg duit dari biliknya. ‘Saya tak bersalah’, ucapnya dengan bibir berketar-ketar. ‘Misha saya sangat kecewa dengan awak. Selama ini saya percayakan awak tapi hari ini awak dah hancurkan kepercayaan saya terhadap awak’, ucap Edryan. Misha mula mengalirkan air mata. ‘Tapi.. tapi saya tak bersalah’, jelasnya. ‘Abang Bob, kak Sarimah, Misha tak buat semua ini’, terangnya. ‘Habis tu, ini apa Misha? Kenapa beg duit ini ada dibawah meja awak’, bentak Edryan. Misha terdiam. ‘Misha, mak dan ayah tak pernah ajar kita untuk mencuri. Sampai hati awak Misha, awak nak malukan nama baik mak dan ayah’, tambah Marsha. Dania Ayerina menghentikan langkah kakinya. Dia hanya mendengar semuanya dari luar. Saat dia ingin berlalu, dia terpandang Khairul Daniel yang berdiri kaku di belakangnya. ‘Misha Binti Malik, mulai hari ini saya pecat awak dari syarikat saya. Oleh kerana, keluarga awak pernah menjaga Marsha, saya takkan laporkan awak kepada pihak polis atas tuduhan mencuri. Sekarang sila keluar dari syarikat saya’, arah Edryan. Misha menarik beg tangannya dan berlalu keluar. Langkahnya terhenti apabila melihat Khairul Daniel berdiri di luar bilik rekaannya. ‘Khairul, awak dah dengar semuanya kah? Awak percayakan saya kan?’, desis hatinya. ‘Inikah rupa sebenar awak?’, soal Khairul Daniel. Misha terkejut. ‘Adakah di dunia ini, duit lebih penting dari segalanya buat awak, Misha?’, bentak Khairul Daniel menyebabkan kaki tangan di tingkat tersebut keluar untuk melihat mereka. Edryan, Marsha, Kak Sarimah dan abang Bob juga menjengah keluar. Khairul Daniel membuang gambar yang diberikan oleh Katherine kepadanya tadi. Misha memandang gambar yang bertaburan diatas lantai. Dia ingat dengan jelas peristiwa hari itu, hari dimana Katherine mahu memberikannya cek.

‘Ini semua salah faham’, ucapnya. ‘Biar saya jelaskan’, pinta Misha. Khairul Daniel mengurut kepalanya. ‘Nak jelaskan apa lagi Misha? Saya dah dapatkan segala penjelasan. Saya dah dengar segalanya. Misha saya tak sangka awak ini perempuan yang gila harta. Selama ini awak dekati saya sebab awak nak duit kan. Sekarang cakap dengan saya, berapa harga awak Misha? Berapa? Just mentioned it and I’ll pay you’, kata Khairul Daniel. ‘Pakk’, Misha menampar Khairul Daniel. Tidak tahan dengan hinaan itu. Khairul Daniel memegang pipinya yang terasa kebas akibat di tampar. ‘Korang semua memang keterlaluan’, ucapnya dan berlalu. Dia mengesat air mata yang makin laju mengalir. Dania Ayerina yang berada diluar syarikat Edryan terlihat Misha berlari keluar menuju ke perhentian bas. Dia mengekori langkah Misha. Tiba-tiba, langkah Misha terhenti, dia mengeluarkan iPhone dari beg tangannya. ‘Apa?’, setelah menjawab pangilan tersebut Misha mula berlari seperti orang yang hilang akal. Dania Ayerina mengejar Misha dengan keretanya. Dia berhenti di simpang jalan untuk Misha. ‘Kenapa ini Misha?’, soalnya. ‘Kak Dania, tolong Misha. Misha perlu pergi hospital’, pintanya. Dania Ayerina memeluk Misha dan membawanya kedalam kereta. Dia kemudian memecut laju kenderaannya menuju ke hospital Queen Elizabeth. Misha masih tidak berhenti menangis walaupun sudha ditenangkan oleh Dania Ayerina. ‘Ya Allah, dugaan apakah ini?’, soalnya dalam hati. Dania Ayerina menepuk bahu Misha perlahan. ‘Sabar ya, Misha. Kejap lagi kita sampai’, katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2