Cinta Satukan Kita 17


Katherine menghulurkan sekeping cek kosong kepada Misha. ‘Apa ini?’, soal Misha. Katherine tersengih. ‘Kau boleh tulis berapa jumlah yang kau nak’, kata Katherine. Misha bingung. ‘Apa maksud awak?’, soalnya lagi. Katherine ketawa. ‘Kau ne memang pandai berlakon ya. Bukankah ini yang kau nak selama ini’, ucap Katherine. Misha terkesima. ‘Tak payah nak berpura-puralah, perempuan macam kau ini aku dah lama sangat kenal. Kau dekat dengan Khairul Daniel semata-mata nak dengan duit dia kan? Sekarang ambil duit ini dan jauhkan diri dari Khairul Daniel’, bentak Katherine. Misha memandang kearah cek kosong itu. Katherine tersengih lagi. ‘Kau tulis jak berapa yang kau nak’, katanya. Misha mengambil cek tersebut dan mengoyakkannya. Terbeliak mata Katherine melihat kelakuan Misha. ‘Saya mungkin miskin tapi saya ada maruah. Maafkan saya kerana telah muncul dalam hidup awak dan Khairul tetapi semua ini bukan atas kemahuan saya sendiri. Duit boleh beli segala benda di dunia ini tapi duit tak boleh beri kebahagiaan’, tuturnya seraya berdiri. ‘Awak tak perlu risau, saya dan Khairul dah berjanji akan menamatkan hubungan kami. Kalau awak yakin Khairul tu jodoh awak, dia takkan kemana’, pesan Misha sebelum berlalu pergi. Katherine mengigit bibirnya. Geram dengan kelakuan Misha.

‘Eleh, nak tunjuk baik konon’, bentaknya dalam hati. Dari jauh kelihatan seorang lelaki yang sedari tadi sibuk mengambil gambar pertemuan Misha dan Katherine. ‘Kita tengok nanti, sejauh mana kau dapat berlakon’, ucapnya seraya tersenyum kepada lelaki itu. ‘Dapat tak gambar yang aku nak?’, soal Katherine. Lelaki itu tersengih. ‘Setakat hal ini, tak ada masalah lah bos’, katanya lalu mereka berdua tersenyum. Misha singgah di taman permainan berdekatan kawasan perumahannya. Buat seketika, dia berfikir sendiri. ‘Sampai bila aku harus berhadapan dengan semua ini? Aku tahu dia bukan milik aku tetapi mengapa aku tak rela melepaskannya? Adakah hatiku telah benar-benar jatuh cinta?’, soalnya sendiri. ‘Apa yang harus aku lakukan?’, soalnya lagi. Penat dan lelah tidak terasa bila hatinya rasa tak keruan. Senja mula berlabuh, Misha pun mengangkat kaki untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba, iPhone miliknya berbunyi. Tertera nama ayah di skrin. Hati Misha merasa sedikit tenang kerana sekurang-kurangnya dia masih punya mak dan ayah sebagai kekuatan hidupnya.

‘Assalamualaikum ayah’, ucapnya. Encik Malik tersenyum di hujung talian. ‘Waalaikumussalam, Misha apa khabar?’, soal Encik Malik. Misha turut tersenyum. Rindu pula terhadap kedua orang tuanya. ‘Alhamdulillah ayah, Misha sihat’, tuturnya sedikit gugup. Kolah mata mula berair namun di tahan olehnya. ‘Ayah dan Mak pula macam mana?’, soal Misha pula. Encik Malik menarik nafas perlahan. Tidak sampai hati dia ingin memberitahu keadaan isterinya. ‘Ya Allah, sudah terlalu banyak jasa anak ini terhadapku. Berdosakah aku kerana merahsiakan identitinya yang sebenar? Berdosakah aku kerana terlalu sayangkan anak ini?’, desis hatinya. ‘Alhamdulillah, mak dan ayah pun sihat’, bohongnya tidak mahu Misha berasa risau. Misha tersenyum lagi. ‘Syukurlah ayah, jaga mak baik-baik tahu. In Shaa Allah minggu depan kalau tak ada halangan, Misha balik jenguk mak dan ayah ya’, ujarnya. ‘Baiklah, Misha jaga diri di sana tu. Kalau ada apa-apa, telefonlah ayah. In Sha Allah ayah boleh bantu’, pesan Encik Malik. Akhirnya airmata Misha terjatuh juga. Tidak dinafikan  kasih sayang yang dilimpahkan oleh kedua orang tuanya sangat banyak. Biarpun tidak berpelajaran tinggi, ayah dan mak selalu ada untuk dirinya. Misha hanya menjawab sepatah tidak mahu Encik Malik tahu yang di sedang bersedih.

Rahiman menarik tangan Marsha, memaksa Marsha untuk masuk kedalam keretanya. ‘Kau jeritlah kalau kau nak semua orang tahu aku dah rosakkan kau’, ugut Rahiman. Marsha memandang sekelilingnya. Menyesal pula dia kerana mahu bertemu dengan lelaki ini tadi. ‘Apa kau nak?’, bentak Marsha. Rahiman tersengih. ‘Kau dah tahu apa yang aku nak selama ini tapi kenapa kau perlu berpura-pura tidak tahu?’, soal Rahiman. Marsha menarik nafas perlahan. Dia memeluk tubuhnya. ‘Marsha, aku tak nak apa-apa dari kau. Aku Cuma nak bertanggungjawab atas apa yang terjadi malam tu’, terang Rahiman. Marsha menjeling Rahiman. Kenapa perlu diungkit kejadian hitam itu lagi? Setelah dia cuba untuk melupakan segalanya. ‘Aku tak mengandung dan aku tak apa-apa, so kau tak perlu nak bertanggungjawab’, tegas Marsha. Rahiman terdiam sebentar. ‘Tapi aku yang ambil kesucian kau’, balasnya. Darah Marsha semakin naik. ‘Zaman sekarang ini, semua tu dah tak penting. So, kau tak perlu rasa bersalah. Apa yang terjadi hanyalah satu kesilapan’, putus Marsha. Sesungguhnya dia sangat benci dengan lelaki yang bernama Rahiman sejak hari pertama mereka bertemu lagi. Rahiman terdiam dan menunduk. ‘Baiklah, kalau itu yang awak nak. Selepas ini, saya tak akan ganggu awak lagi’, ucapnya perlahan. Marsha tersenyum. ‘Tapi boleh tak awak tunaikan permintaan terakhir saya?’, soalnya. Marsha memandang Rahiman dengan penuh persoalan.

Khairul Daniel duduk dilaman belakang rumah mereka. Lama dia termenung sambil memandang bintang diatas langit. ‘Cantiknya langit malam ini’, pujinya. Perlahan dia menarik nafas. Menghirup udara sejuk di malam hari. Khairil Daniel menghampiri Khairul Daniel bersama buku hadiah pemberian Misha sempena ulang tahunnya. ‘Kenapa Ril tak tidur lagi?’, soal Khairul Daniel. Khairil Daniel hanya berdiam diri. Dia yang jarang bercakap sehinggakan orang sangka dia bisu. Dia membuka buku pemberian Misha lalu memperlihatkan lukisannya kepada Khairul Daniel. ‘Apa yang Ril lukis ini?’, soal Khairul Daniel. Dia melukis semula banglo milik neneknya. Tak sangka dalam usianya sudah pandai melukis lukisanyang seolah-olah benar. Khairul Daniel tersenyum. ‘Ril pun dah terpengaruh dengan kak “korea” tu kan?’, gurau Khairul Daniel. ‘Sekurang-kurangnya, kak Misha bawa pengaruh baik kepada Ril’, jawabnya. Hampir terbeliak mata Khairul Daniel. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya. ‘Sejak bila Ril mula suka kak “korea” tu? Siap Ril sokong dia lagi’, soal Khairul Daniel sambil ketawa. Khairil Daniel memandang abangnya yang sedang galak ketawa. ‘Sejak abang mula ambil berat dengan Ril’, jawabnya lalu berlari masuk kedalam rumah. Tawa Khairul Daniel terhenti. Dia melihat kelibat Khairil Daniel yang berlari masuk kedalam rumah. Kemudian dia tunduk memandang lantai bumi dan mendongak memandang langit. ‘Misha, Misha apa yang kau dah buat dengan aku ini?’, soalnya sendiri lalu tersenyum.

Marsha mula berasa pening. Pemandangannya mula kabur. Rahiman yang berada dihadapannya tersenyum. ‘Hari tu kau tak mengandung kan? Mungkin kalau aku buat kau mengandung betul-betul, kau akan jadi milik aku selamanya’, kata Rahiman sendiri. Dia memapah Marsha ke tempat letak kereta lalu memecut laju menuju ke banglo milik keluarganya. Oleh kerana, ayah dan mamanya pergi kursus di Singapore selama seminggu dia bebas melakukan apa saja yang dia mahu. Perlahan tubuh langsing Marsha diangkat dan dibawa ke biliknya. ‘Marsha, Marsha aku akan pastikan kau jadi milik aku. Aku akan pastikan aku lelaki pertama dan terakhir yang sentuh tubuh kau’, ucapnya lalu tersenyum sambil membuka butang baju Marsha. ‘Oi Asni, Marsha tak balikkah malam ini? Dah pukul berapa ini? Soal Shila risau. Asni menjeling kearah Shila. ‘Alah kau ini, Marsha tu bukan budak kecil lagilah. Dia tahulah nak jaga diri dia. Aku rasa di pergi rumah abang Edryan dia kot sebab tadi dia suruh aku balik dulu’, terang Asni. Shila masih berasa risau. ‘Tapi selalunya dia beritahu kita kan kalau dia nak pergi sana. Aku nak call dialah’, kata Shila. Asni hanya mengangguk. Shila mendial nombor Marsha namun tiada jawapan. ‘Dia tak angkat pula’, rungut Shila. Asni yang sedang sibuk bermain dengan smartphone miliknya mengerling Shila. ‘Alah, mungkin dia dah tidurlah tu. Tak pun tengah ada family meeting. Kau bukan tak tahu keluarga Edryan tu macam mana’,  kata Asni. Shila mendengus geram. Asni berhenti menekan telefon dan memandang kearah Shila. ‘Kau kenapa?’, soal Shila bingung dengan sikap Asni. ‘Entah, entah . . sekarang Marsha tengah . .’, Shila mula merasa suspen. ‘Tengah apa?’, soalnya lagi. ‘Tengah belajar mengaji kot’, sambung Asni lalu ketawa.

Shila membaling bantal sofa kearah Asni. ‘Kau ini buat orang suspenlah’, marah Shila. Asni masih lagi galak ketawa. Shila membayangkan kalau betul tekaan Asni. Maklumlah keluarga Edryan sangat kuat agamanya. Shila turut ketawa. ‘Oi babe, aku tak dapat bayangkan Marsha mengaji macam mana’, tutur Shila disertai ketawa. ‘Kau bayangkan bapa Edryan duduk di hadapan Marsha sambil memegang rotan manakala Marsha macam rupa tikus nak mati cuba membaca ayat Al-Quran tu’, tambah Asni lagi. Lalu, kedua-dua tawa mereka bergabung memecah ruang tamu apartment milik Shila. Marsha memegang kepalanya yang terasa sakit. Perlahan dia membuka matanya lalu memandang disekeliling. ‘Aku di mana ini?’, detik hatinya. ‘Good morning, sayang’, ujar satu suara. Marsha berpaling kearah suara tersebut. Kelihatan Rahiman sedang berdiri di pintu bilik tersebut dengan hanya memakai tuala. Saat itu Marsha terfikir sesuatu. Dia memandang tubuhnya yang hanya dibaluti selimut. Tanpa sedar, air mata Marsha gugur. Rahiman menghampiri Marsha sambil tersengih. ‘Semalam aku dah pastikan apa yang aku tanam di benih kau berbuah’, ucap Rahiman sambil menyapu air mata Marsha. ‘Kenapa kau buat aku macam ini?’, soal Marsha berserta esakan. Rahiman menjeling Marsha. ‘Aku minta cara baik, kau jual mahal. Sekarang aku nak tahu sejauh mana keegoan kau. Aku sayang kau Marsha tapi kenapa kau tak boleh terima cinta aku?’, soal Rahiman.

‘Sebab ini bukan sayang? Ini bukan cintalah BODOH!! Ini NAFSU!!’, bentak Marsha. Rahiman rasa tercabar. ‘Setelah apa yang kau lakukan, kau nak mengaku yang kau cintakan aku? Kau memang tak ada beza dengan jantan di luar sana itu. Jantan yang hanya tahu merosakkan wanita’, tambahnya lagi. ‘Pakkkk!!’, satu tamparan hinggap di pipi Marsha. Rahiman mengenggam tangan kanannya. Marsha terkedu. Dia bingkas bangun dan mengambil pakaiannya lalu masuk kedalam tandas. Seketika kemudian, Marsha keluar semula. ‘Marsha, aku tak sengaja. Maafkan aku’, kata Rahiman menyedari sikapnya yang melebihi batasan. Dia memegang kuat lengan Marsha. ‘Lepaslah bodoh. Kau memang jantana tak guna. Kau nak aku terima cinta kau selepas kau kasari aku? Memang tak lah’, herdik Marsha. Rahiman terdiam seketika. ‘Apa salah aku Marsha? Kenapa selama ini kau tak pernah pandang aku? Sejak dari semester satu lagi aku menyimpan perasaan terhadap kau tapi kau langsung tak nampak aku’, luah Rahiman. Perlahan dia melepaskan genggaman di lengan Marsha. ‘Bila aku cuba mendekat, kau tetap nak menjauh. Kadang-kadang aku terfikir apa sebenarnya kau nak dalam hidup kau? Lelaki macam mana yang boleh beri kau kebahagiaan?’, suara Rahiman mula berketar-ketar. ‘Kalau kau nak harta, aku boleh beri. Kau nak apa pun, aku sanggup buat demi kau tetapi aku Cuma minta satu, pandang aku sebagai seorang lelaki bukan sebagai orang asing’, sambungnya.

Marsha menarik nafas perlahan. ‘Kau memang boleh dari semua aspek. Kau ada segalanya tapi kau tetap tak dapat nak menarik hati aku. Bagi aku kau hanyalah seorang lelaki yang tak ada haluan hidup. Hanya tahu menghabiskan harta mak bapa kau. Aku tak boleh hidup dengan lelaki macam kau’, jawabnya tegas. Rahiman tertunduk memandang lantai biliknya. ‘Cinta kau hanyalah nafsu semata-mata. Sekali aku benci kau, selamanya aku akan tetap benci!!’, tegas Marsha dan berlalu pergi meninggalkan bangle milik keluarga Rahiman. Bukan sekali tetapi dua kali Rahiman menodainya. Ini menyebabkan dia makin benci terhadap Rahiman. Dania Ayerina memasuki kafe lalu berjalan menuju kearah Edryan yang sudah setia menantinya. Dengan memakai cermin mata gelap serta sweater yang menutup kepalanya. Edryan hanya tersenyum melihat penampilan wanita yang dicintainya. ‘Kenapa? Buruk sangatkah penampilan I hari ini?’, soalnya sambil mengerutkan dahi. Edryan tersenyum lagi. ‘Awak pakai apa pun tetap nampak cantik. Cuma saya kesian tengok awak terpaksa nak pakai begini sebab takut kena serbu peminat’, kata Edryan. Dania Ayerina mencebikkan bibir. ‘Yalah, nanti karang timbul pulak kontrolversi. Dania Ayerina berskandal dengan CEO gedung fesyen terkemuka di Malaysia. Lepas tu, nanti keluarlah kenyataan yang saya dekat dengan CEO sebab nak duit’, ujarnya panjang lebar. Edryan menarik hidung mancung Dania Ayerina. ‘Sebab tu lah, CEO nak kahwin supaya tak timbul kontrolversi’, kata Edryan.

Tersedak Dania Ayerina mendengar kata-kata Edryan. ‘Apa? Awak nak kahwin? Dengan siapa?’, soal Dania Ayerina. Edryan berfikir sebentar. ‘Hmm..setakat ini saya tak nak komen apa-apa. In Sha Allah kalau tak ada apa-apa halangan, aka nada berita gembira’, gurau Edryan meniru cara Dania Ayerina menjawab soalan wartawan apabila di temu bual. Dania Ayerina mencubit lengan Edryan. ‘Jahat’, katanya. Edryan ketawa. Buat masa ini, Edryan merasa hidupnya lengkap kerana berjaya menemui adiknya dan mendapatkan semula cintanya. Tiada apa lagi yang dia mahukan kerana ini sudah cukup baginya. ‘Ryan, saya nak tanya awak sesuatu boleh tak?’, soal Dania Ayerina sambil mengunyah roti bakar bersalut coklat. ‘Go ahead, princess Ayer’, jawab Edryan. ‘Tapi kalau saya tanya awak jangan marah tahu’, sambungnya lagi. Edryan mengerutkan dahinya. ‘Kenapa pula saya nak marah, tanyalah’, kata Edryan. ‘Awak betul-betul pastikah adik awak yang hilang masa kemalangan dulu ialah Marsha?’, soal Dania Ayerina. Edryan berhenti dari meneguk kopi panasnya. ‘Kenapa pula tiba-tiba awak tanya saya macam itu?’, soal Edryan. Dania Ayerina tersenyum paksa. ‘Bukan awak, saya tak awak ditipu dah terluka’, ujar Dania Ayerina. Edryan tersenyum. ‘Awak jangan risau, saya sangat yakin dan pasti sebab Marsha ada rantai milik arwah mama dan papa dulu. Rantai tu hanya ada dua di dunia ini. Jadi saya sangat yakin dan pasti’, jawabnya penuh yakin. Dania Ayerina hanya tersenyum. Dia teringat peristiwa semalam apabila terlihat Marsha dipapah oleh seorang lelaki. Mahu menegur tetapi dia perlu segera pergi ke lokasi penggambaran.  Ada sedikit rasa curiga terhadap Marsha namun tidak demi Edryan dia membiarkan saja perasaan curiga itu.

Misha melihat Marsha berjalan lemah memasuki pejabat. ‘Kak taka pa-apa?’, soal Misha risau. Marsha menjeling Misha sambil melihat ke kiri dan kanan. ‘Kau ini memang tak faham bahasa kan. Aku dah kata jangan panggil aku kakak dalam pejabat. Kau nak semua orang tahu kah kita pernah jadi adik beradik? Atau kau nak semua orang tahu yang aku terhutang budi dengan mak bapa kau sebab dah besarkan aku?’, katanya pedas. Misha terdiam. ‘Tepilah, aku nak masuk pejabat buat kerja, kau tu pun jangan asyik nak berjalan jak. Pergi buat kerja kau. Apa ingat ini syarikat mak bapa kau yang punya kah?’, sindir Marsha lagi. Dia menolak Misha lalu berjalan menuju ke biliknya. Misha cuba menahan air mata daripada jatuh.Dia menarik nafas perlahan cuba menenangkan hatinya. Tanpa sedar perbualan mereka di dengari oleh Adam. Dia memandang Misha yang berdiri kaku. Mungkin tidak sangka kata-kata tersebut keluar dari bibir Marsha insan yang dianggapnya sebagai kakak kandung sendiri. ‘Kenapa dia layan Misha macam tu?’, detik hati Adam. Semasa makan tengah hari, Adam tetap tidak dapat melupakan peristiwa yang dilihatnya pagi tadi. ‘Kenapa makanan kat sini tak menepati selera makan awak kah?’, soal Farina yang perasan sedari tadi Adam langsung tidak menyentuh makanannya. ‘Huh? Eh, taklah sedap. Makanan ini sangat sedap Cuma mungkin saya tak ada selera sebab banyak sangat kerja yang saya nak buat’, bohong Adam. Farina menghadiahkan Adam senyuman. ‘Apa kata awak lupakan semua kerja awak tu selama sejam ini. Sekarang makan dan isi perut awak supaya banyak idea bernas keluar nanti’, cadang Farina. Adam mengangguk lalu menyuap nasi goreng nanas ke mulutnya.

‘Far, saya nak tanya awak sesuatu boleh?’, soal Adam. Farina memandang Adam. ‘Silakan ‘, katanya. ‘Memandangkan awak rapat dengan Misha dan Marsha, awak mesti tahu banyak tentang mereka kan?’, tanyanya. Farina mengerutkan dahi. ‘Apasal pula dia tiba-tiba berminat dengan Misha dan Marsha ini’, desis hatinya. ‘Ya memang saya rapat dengan mereka sejak kecil lagi tapi kenapa tiba-tiba wak nak tahu pasal mereka?’, soal Farina. Adam tersenyum. ‘Eh, tak ada apa-apa. Saya saja jak nak tahu hubungan mereka tu macam mana? Yalah kan Marsha tu bukan kakak kandung Misha yang sebenar. Maksud saya, sebelum Marsha disahkan sebagai adik Edryan, macam mana hubungan mereka berdua?’, soal Adam. Farina tersedak. ‘Erghh, hubungan mereka? Ermm mereka memang tak ada masalah’, bohong Farina. Adam memandang tepat kearah mata Farina. Mencari kebenaran dalam jawapan Farina. ‘Farina, pandang saya bila awak berbicara’, pinta Adam. Sudah tentu salah satu kelemahan Farina adalah dia tidak pandai berbohong. ‘Apa aku nak jawab ini? Takkan aku nak cerita masalah Misha dan Marsha dengan dia pulak? Tapi kalau aku cerita adakah dia akan percaya dengan aku?’, soalnya dalam hati. Perlahan dia memandang kearah Adam. ‘Kalau saya begitahu awak, adakah awak akan percaya dengan saya?’, soal Farina mencari kepastian. ‘Sudah terang lagi bersuluh, awak bukan pandai menipu’, balasnya. Farina menarik nafas perlahan. Tiba-tiba perutnya terasa lapar semula walhal tadi dia sudah menghabiskan semangkuk tom yam. ‘Sebenarnya.. Marsha dan Misha….’, kata-kata Farina terhenti apabila iPhone Adam berdering. ‘Sebentar ya, saya kena jawab panggilan ini’, ujarnya. Farina menarik nafas lega. ‘Fuhh! Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk menceritakan perihal mereka. Sebentar kemudian, Adam mengakhiri panggilannya. ‘Kita kena balik ke pejabat sekarang. Adak lien nak datang sebentar lagi’, katanya lalu mereka bergegas keluar dari restoran nyonya. Farina berasa lega.

‘Saya nak jumpa Misha kejap boleh? Rindu pula nak dengan bahasa korea dia’, pinta Dania Ayerina. Edryan ketawa. ‘Misha ini kan umpama virus’, kata Edryan. Dania Ayerina mengerutkan dahi. ‘Kenapa pula?’, soalnya bingung. ‘Semua orang yang kenal dengan dia suka sangat berkawan dengan dia. Saya pun tak tahu kenapa tapi budak Misha ini sangat istimewa. Dia punya virus kebahagiaan. Kemana pun dia pergi semua orang pasti berasa gembira bila bertemu dengan dia’, puji Edryan. Dania Ayerina menggangguk. ‘Itu saya setuju’, katanya.  ‘Yang ini nanti awak tolong pass dekat Human Resource ya’, arah Marsha. Setelah itu, dia mahu masuk semula ke biliknya namun dia terdengar gelak tawa dari arah bilik rekaan. Perlahan dia melangkah menuju kebilik itu. ‘Unni, Pogo shippeo’, kedengaran kata Misha sambil berpelukan dengan Dania Ayerina. ‘Nado’, balas Dania Ayerina. ‘Nado, Nado’, Farina juga turut serta. Abang Bob hanya memerhati sambil ketawa melihat gelagat mereka. ‘Apa kata lepas kerja ini, kita pergi shopping? Unni belanja’, ajak Dania Ayerina. ‘Joh-ayo’, jawab mereka serentak. Marsha mengigit bibir sambil mengenggam erat tangannya. ‘Misha, dimana pun aku berada kau sentiasa jadi penghalang. Walaupun aku memiliki semuanya tetap aku rasa kehilangan. Kenapa semuanya harus ada pada kau? Apa yang kurang dengan diri aku? Aku akan pastikan kau lenyap dari hidup aku selama-lamanya’, gumam hatinya.

Mereka bertiga keluar dari syarikat dengan perasaan riang. ‘Amboi, bahagianya cik Dania Ayerina’, tegur Edryan yang berada di belakang mereka. Sejak hubungannya dengan Dania Ayerina pulih semula, banyak masa yang diluangkan oleh wanita ini bersama Misha dan Farina. Semua kakitangan syarikat juga sangat suka dengan sikap Dania Ayerina yang sentiasa rendah diri dan mempunyai personaliti yang baik. Dia juga sering hadir di majlis kenduri atau perkahwinan kakitangan Edryan kalau punyai kesempatan. Walaupun ramai yang akan berkata bahawa Dania Ayerina berpura-pura namun Edryan langsung tidak kisah kerana dia lebih kenal hati budi Dania Ayerina. Hatinya berputik bahagia. ‘Mestilah bahagia, kami nak pergi shopping’, kata mereka bertiga serentak. ‘Oppa, Ghachi kaja’, ajak Misha. Edryan Mengerutkan dahinya. ‘Maksudnya, jom pergi sekali’, sampuk Adam yang tiba-tiba muncul. Farina memandang Adam. Dania Ayerina dan Misha tersenyum melihat wajah Edryan. ‘Wah, boleh tahan kau sekarang ya. Aku tak tahu pula yang kau dah pandai cakap Korea’, sindir Edryan. ‘Bahaya betul virus korang ini ya’, sambung Edryan lagi sambil mengerling ketiga-tiga wanita yang berada di hadapannya. Setelah itu Edryan terus berlalu. Adam dan Dania Ayerina ketawa. ‘Cemburulah tu’, kata Adam dan Dania Ayerina serentak. Misha dan Farina hanya memandang dengan seribu persoalan. ‘Misha, Farina, Oppa korang tu dah merajuk dah sebab dia jak tak faham bahasa Korea. Lebih baik korang pergi pujuk’, gurau Dania Ayerina.

‘Wah, wah, wah bukan main bahagia lagi diorang ya. Mesranya aku tengok si Misha tu dengan keluarga kau berbanding dengan kau. Aku rasa mereka lebih sepadan digelar keluargalah’, sindir Asni. Marsha menjeling Asni. ‘Alah, tak payah nak jeling-jelinglah. Ini bukan aku jak yang cakap tahu tapi semua orang kat dalam office ini pun cakap macam tu’, Asni mula menyimbah minyak diatas api yang sedang marak. ‘Sampai ada yang mempertikaikan samada betul kau adik kandung Edryan atau bukan’, tambah Asni lagi. ‘Eh kau boleh diam tak? Rimaslah aku’, bentak Marsha. Asni terlopong. ‘Pulak? Aku bagitahu kebenaran dia bukan nak berterima kasih pun. Ish aku tak fahamlah perempuan ini’, marah Asni. ‘Woi, Marsha tunggulah aku’, panggil Asni seraya berlari menuju ke tempat letak kereta Marsha. ‘Apa aku nak buat sekarang ini?’, soal Marsha. Asni mengeluh. ‘Lah, buat apa lagi? Percepatkan lah rancangan korang tu. Lagi cepat, lagi senang nak halau budak tu’, balasnya. Marsha memandang Asni seolah-olah  mendapat satu idea. Dia mencubit pipi Asni. ‘Eii, kadang-kadang otak kau ini boleh pakai juga kan?’, puji Marsha. Asni bingung melihat perubahan sikap Marsha. ‘Dia ini dah gilakah? Tadi bukan main garang lagi sekarang siap cubit pipi aku pula’, gumam hati Asni. ‘Kau call Katherine suruh dia datang ke apartment malam ini’, arah Marsha. Mahu tidak mahu Asni hanya menurut.

‘Kau yakinkah rancangan ini akan berkesan?’, soal Asni. Katherine dan Marsha memandang Asni dengan jelingan tajam. Shila hanya tersengih memandang mereka. ‘Aku yakin lagipun gambar ini akan memberi impak kepada rancangan kita’, ucap Katherine. ‘Bukan saja Edryan malah Khairul Daniel pun tak akan percayakan dia selepas ini’, tambahnya lagi.Tiba-tiba Asni berasa seram melihat senyuman sinis Marsha dan Katherine. Shila menepuk tangan. ‘Well done, so bila kita nak jalankan rancangan ini?’, soal Shila. Katherine dan Marsha memandang Shila dengan senyuman yang penuh erti. ‘Kadang-kadang aku tengok korang berdua ini pun aku rasa seram’, kata Shila dan di setujui oleh Asni. ‘Betul tu, aku ingat semua ini dalam drama jak ada rupanya realiti lagi dahsyat sebab nampak secara live’, sambung Asni lalu ketawa. Katherine dan Marsha membaling bantal sofa kearah Asni. ‘Woii’, jerit Asni lalu mereka ketawa. ‘Dah, dah yang penting malam ini kita enjoy!!!!’, jerit Shila. Mereka semua pun keluar untuk berhibur. Keesokan harinya, mereka pergi bekerja seperti biasa. Kelihatan Farina yang baru keluar dari bilik Edryan memuncungkan bibirnya. ‘Kau kenapa Far? Soal Misha. Farina menarik Misha masuk ke bilik rekaan mereka. ‘Encik Edryan apsal ar dia tiba-tiba suruh aku outstation dengan Encik Adam. Dia sengaja erk?’, omel Farina. Misha tersenyum.


‘Kau ini Far, orang dah bagi kau peluang apasal pula kau nak muncungkan mulut macam tu?’, soal Misha. ‘Mungkin Encik Edryan puas hati dengan kerja kau sebab tu dia nak bagi kau peluang pergi outstation. Mana tahu ini peluang suapaya kau lebih dikenali’, tambah Misha lagi. Farina mengerutkan dahinya. ‘Aku tetap rasa semua ini rancangan Encik Adam. Dia sengaja nak berdua dengan aku sebab tu lah dia pilih aku’, telah Farina. Misha ketawa mendengar ulasan Farina. ‘Kau boleh tak jangan perasan. Lagipun korang bukan pergi berdua tapi berkumpulan tahu. Kak Sarimah dan kakitangan yang lain pun ada lah’, kata Misha menyedarkan sahabatnya dari bermimpi. ‘Ya kah?’, soal Farina sambil tersengih. Misha menjentik dahi Farina. ‘Perasan, kau tu dah angau sangat dengan Encik Adam sebab tu jadi macam ini’, gurau Misha. Farina mencebikkan bibirnya. Dia terdiam sebentar. ‘Tapi kalau aku pergi outstation, siapa nak temankan kau nanti? Lagipun aku rasa tak sedap hatilah nak tinggalkan kau sorang-sorang’, luah Farina. Hatinya berat untuk meninggalkan Misha sendiri. Misha tersenyum. ‘Alah kau bukan pergi selama-lamanya, dua minggu jak pun. Aku tak apa-apalah. Lagipun aku ada unni dan oppa. Nenek ada dan Khairil pun ada’, ucapnya. Farina tesenyum nakal. ‘Ada Khairul Daniel juga kan’, tambah Farina menyebabkan wajah Misha merona merah. Misha hanya terdiam apabila Farina menyakatnya. ‘Malulah tu, malulah tu’, gurau Farinaa lalu mereka ketawa. Di luar ada yang sedang mendengar perbualan mereka. ‘Bergembiralah selagi kau mampu bergembira’, ucap Marsha seraya berlalu dari situ. Abang Bob hairan melihat Marsha yang berdiri di depn bilik rekaannya sambil tersenyum sinis. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2