Cinta Satukan Kita 16
Marsha
bersorak riang dalam hati. ‘Maksud kak?’, soal Misha. Khairul Daniel, Dania
Ayerina dan Farina memandang Marsha dengan seribu satu persoalan. Marsha
tersenyum. ‘Taklah, adik lupa ya? Patung kesayangan kak yang dulu adik rampas
tu, sampai sekarang tak beri balik’, bohong Marsha. Edryan dan Adam ketawa
manakala mereka yang lain hanya tersenyum kaku. ‘Apalah adik ini. Bergurau
pula’, kata Edryan. ‘Alah saja nak memeriahkan suasana’, balas Marsha walhal
dalam hati dia sangat gembira melihat wajah Misha yang ketakutan. Permainan diteruskan lagi. Kini giliran Adam
pula untuk memusingkan botol. Dalam hati dia berharap sangat agar botol itu
berhenti ditempat Farina. Botol berpusing dan mula bergerak perlahan. ‘Farina’,
ucap Dania Ayerina. Adam bersorak gembira di dalam hati. Jantung Farina mula
berdengup dengan kencang. Dia memandang Adam yang duduk bersebelahan dengannya.
Sedia untuk mendengar soalan yang bakal diajukan. ‘Dendanya, awak kena jerit
yang awak suka dengan saya sebanyak 3 kali’, kata Adam tanpa berasa segan. Mereka
semua terlopong mendengar kata Adam. Wajah Farina merona malu. ‘Mesti soalan
dia ne aku kena jawap sebab tu dia bagi aku denda macam ini’, desis hatinya. ‘Dan
soalannya?’, soal Misha turut disokong oleh Edryan. Khairul Daniel mengerling
kearah mereka berdua. ‘Farina, pernah tak awak jatuh cinta dengan teman awak?
Maksud saya, keinginan untuk menjadi lebih dari sekadar teman’, soal Adam. Farina
tertunduk. Khairul Daniel dan Misha saling berpandangan. Pandangan yang penuh
dengan erti. Marsha hanya tersengih melihat mereka. ‘Perasaan adalah sesuatu
yang lahir dari hati tanpa kita sedari. Sesuatu yang berada diluar kawalan kita
sendiri. Saya pernah mencintai teman saya tapi saya takut dia tak rasa seperti
apa yang saya rasa. Jadi daripada kehilangan seorang teman kerana cinta, saya
rela berada disisi dia walaupun hanya sebagai insan yang bergelar teman’,
Farina menjawap dengan penuh makna tersirat. Dania Ayerina dan Misha menepuk
tangan. Jawapan yang sangat baik. Adam tersenyum lega.
Malam
mula berlabuh. Wanita mula masuk kedalam khemah mereka manakala lelaki akan
berjaga di luar khemah. Oleh kerana Marsha tidak mahu berkongsi khemah dengan
Misha dan Farina, mereka terpaksa mendirikan dua buah khemah. Misha dan Farina
masuk kedalam khemah mereka. ‘Aku dah agak dah’, kata Misha. ‘Agak apa?’, tanya
Farina bingung. ‘Yang Encik Adam tu pun memang ada hati dengan kau’, ucap
Misha. Farina menekup mulut Misha. ‘Kalau kau bercakap tu, tengok dulu kiri
kanan. Khemah kita ne berdekatan jak lagipun Adam ada di luar’, marah Farina.
Misha meronta meminta agar Farina melepaskan tekupan tangannya. Farina
tersengih sambil melepaskan tangannya. ‘Sorry’, ucapnya. Misha menarik nafas
lega. ‘Kau nak bunuh aku ya?’, marah Misha. Farina hanya tersengih. ‘Sorrylah,
mari kita tidur’, ajak Farina seraya menarik selimut menutupi tubuhnya. Misha
baring disisi Farina. ‘Tapi aku nak tanya kau satu soalan’, tutur Misha. ‘Apa
dia?’, soal Farina tanpa menoleh kearah Misha. ‘Kalau Encik Adam meluahkan
perasaan dia dengan kau, kau nak kah terima?’, soal Misha membuatkan Farina
terkaku sebentar. Jantungnya juga berdegup dengan kencang. Farina terdiam.
Tidak tahu apa jawapan yang harus diberi kepada Misha. ‘Aku tak pasti apa yang
ada didalam hati kamu berdua tapi apa yang aku nampak kamu memang memendam rasa
Cuma takut nak meluah sebab takut pihak sana tidak rasa apa yang kamu rasa’,
telah Misha. Farina tersenyum. ‘Memang tak diragui, Misha adalah sahabat yang
sangat memahami. Betul kata kau Misha, aku takut Adam tak rasa seperti apa yang
aku rasa’, desis hatinya. Khairul Daniel hanya memerhati khemah Misha dan
Farina. ‘Jangan risaulah khemah diorang selamat’, sindir Adam yang perasan
sedari tadi perhatian Khairul Daniel hanya tertumpu kepada Misha. Khairul Daniel tersenyum.
‘Kopi?’,
Adam menghulurkan secawan kopi kepada Khairul Daniel. Kemudian mereka menghirup
kopi itu sambil memandang keatas langit.
Cantik sungguh bintang pada malam ini. ‘Rul, apa yang buat kau tertarik
dengan Misha?’, soal Adam secara tiba-tiba. Khairul Daniel memandang kearah
Adam yang masih melihat bintang dilangit. ‘Keperibadian dia. Misha sangat berbeza dengan
wanita yang pernah aku kenali sebelum ini. Dia nampak kasar padahal hati dia
sangat lembut. Nampak kuat sedangkan dia lemah dan perlukan sokongan’, puji
Khairul Daniel sambil tersenyum. ‘Nampaknya kau sangat sayangkan dia. Aku
doakan kamu berdua berbahagia selamanya’, ucap Adam. Khairul Daniel tersenyum
lagi. ‘Kalaulah ia semudah yang kau katakan. Seandainya dapat aku undurkan
masa, aku ingin sekali bertemu dengan Misha sebelum aku bertemu dengan
Katherine’, ucapnya dalam hati. ‘Kenapa kau tanya aku soalan macam tu? Kau dah
ada seseorangkah?’, soal Khairul Daniel pula. Adam tersedak. Khairul Daniel
ketawa. ‘Orang tu dekat atau jauh dari kau?’, tambah Khairul Daniel lagi. Adam
mengerling kearah Khairul Daniel. ‘Takkan dia pun tahu perasaan aku?’, desis
hatinya. Seketika kemudian, Edryan muncul bersama selimut yang diambil dari
dalam kereta. ‘Apa yang kamu bualkan ne? Mengumpat aku ya?’, gurau Edryan. ‘Tak
kuasa kami nak umpat kau. Lagipun tak ada cerita yang istimewa dengan kau ini’,
perli Adam disokong oleh Khairul Daniel. Edryan mengumban selimut yang
dibawanya tadi kedalam khemah. ‘Kamu berdua kalau bergabung memang sangat
serasi. Dah, sekarang aku nak tidur? Kamu jaga khemah’, marah Edryan. ‘Ah, hyung!’, bentak Adam. Khairul Daniel
hanya ketawa memandang tingkah laku mereka. Tanpa memperdulikan mereka, Edryan
masuk kedalam khemah untuk merehatkan diri.
Katherine
menghempaskan diri di katil. Dia berfikir sendiri. Kedengaran bunyi air dari
arah bilik air. Katherine mengenggam tangannya. ‘Patutkah aku buat semua ini?’,
soalnya sendiri. Dia tidak berani untuk membuat keputusan sendiri. Seketika
kemudian, lelaki itu keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai tuala. Katherine
duduk dibirai katil. ‘What are you
waiting for dear? It’s your turn’, arah lelaki itu lalu menyerahkan tuala
kepada Katherine. Dengan perasaan yang
berbelah bagi, Katherine mengambil tuala tersebut dan menuju kebilik air. Lama
dia menghabiskan masa di dalam. ‘Dear,
are you there?’, soal lelaki yang baru dikenali Katherine. ‘Yeah, give me a minute’, jawabnya. Beberapa
minit kemudian, Katherine keluar dengan hanya memakai shower bath. Dia duduk di
birai katil sementalah lelaki itu baring diatas katil. ‘So tell me, are you going to do it or not?’, soal lelaki yang
dikenali sebagai Mick. Katherine mengigit bibirnya. Mick tersengih. ‘It’s okay take your time’, ujar Mick. Katherine
menarik nafas perlahan. ‘I have a
boyfriend’, tuturnya. Mick hanya mendengar luahan Katherine. ‘He suppose to be with me but then he engage
with other woman’, Katherine meneruskan kata-katanya. ‘May I know the reason why he didn’t engage with you?’, soal Mick. Katherine
terdiam sebentar. ‘On the day he makes the proposal, I can’t come because I have an urgent
work. And at the same time, that woman appear so he can’t do anything because
she think that woman is me’, luahnya. Mick ketawa. Katherine berpaling
kearah Mick. ‘It’s funny?’, marahnya.
Mick menghampiri Katherine. Dia meletakkan tangannya di bahu Katherine. ‘Do you really love him?’, soal Mick
sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Katherine. ‘Of course’, jawab Katherine dengan yakin. Sekali lagi Mick ketawa.
‘Then ask yourself, are you willing to
leave your career for him? Are you willing to stay by his side as a housewife?’,
soal Mick sambil berdiri. Katherine mengerutkan dahi. Dia tidak pernah terfikir
akan semua ini kerana selama ini dia belum bersedia untuk bergelar seorang
isteri. Mick tersenyum. Dia mula bersiap untuk keluar. ‘Thanks for today’, ucap Mick. ‘I
know that’s what you’re going to say to me, right?’, tambahnya lagi lalu
berjalan keluar meninggalkan Katherine dengan seribu persoalan.
Kedinginan
pada waktu subuh membuatkan tubuh mereka menggeletar. Walaubagaimanapun, itu
bukan satu alasan untuk mereka tidak menunaikan solat. Selesai solat subuh,
mereka mula memasak untuk sarapan pagi nanti. Tepat jam 6.30 pagi mereka semua
pergi bersenam untuk mencerdaskan minda . Misha berhenti sebentar untuk
mengikat tali kasutnya yang terbuka. ‘Kau pergi dulu Far nanti aku kejar’,
arahnya. Khairul Daniel turut berhenti. Dia menarik tali kasut Misha lalu
mengikatnya dengan ketat agar tidak terbuka semula. Misha terkejut dengan
kelakuan Khairul Daniel. Sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian. ‘Done’, ucapnya lalu menghadiahkan Misha
senyuman. ‘Gumawo’, ucap Misha lalu
mereka menyambung larian semula. Farina berlari sambil mendepakan kedua-dua
tangannya. ‘Assalamualaikum’, ucap Adam mengejutkan Farina. ‘Erghhh,
waalaikumussalam’, jawab Farina. ‘Seorang jak jogging?’, gurau Adam. ‘Ah,
seorang jak. So, Encik tolong jangan dekat-dekat saya sebab mak saya pesan
jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali’, balas Farina sambil melajukan
lariannya. Adam tersenyum. ‘Amboi, garangnya tapi makin garang makin saya
suka’, ucapnya sendiri. Adam mengejar
Farina masih tidak mahu mengalah. ‘Boleh tak saya berkenalan dengan awak?’,
soal Adam lagi. ‘Sorry, mak saya kata kalau ada lelaki nak berkenalan dengan
saya, dia kena melalui mak saya dulu. Kalau mak saya suka, saya pun suka’,
jawab Farina tanpa memandang Adam. Dia meneruskan larian mengejar Edryan, Dania
Ayerina dan Marsha yang berada dihadapan. Adam berhenti seketika. ‘So, itu yang
kau nak ya?’, katanya sendiri. ‘I will
follow your rhythm then’, ucapnya sambil tersenyum. Dania Ayerina
menghulurkan jus oren kepada Marsha. ‘Terima kasih kak’, ucapnya lalu Dania
Ayerina duduk disebelah Marsha. ‘So how
do you feel?’, soal Dania Ayerina.
‘I’m happy’, ucap Marsha. Dania Ayerina
tersenyum. ‘Tapi muka tak nampak happy pun’, perli Dania Ayerina. Marsha
terkejut. ‘Manada , happylah ini sebab dapat camping dengan family’, ucapnya
gugup. Dania Ayerina tersenyum lagi. ‘Boleh kak tanya sikit?’, soal Dania
Ayerina. Marsha hanya mengangguk. ‘Do you
have a boyfriend?’, soalnya membuatkan Marsha tersedak. Dania Ayerina
terkejut. Dia mengurut belakang Marsha. ‘Are
you okay?’, soalnya. Marsha menggangguk sambil menyumpah dalam hati. Dania
Ayerina tidak lagi bertanya apa-apa dengan Marsha. Mereka berdiam diri
seketika. ‘Kau rasa kau boleh bahagiakan abang akukah?’, soal Marsha tiba-tiba.
Perkataan yang diguna juga agak kurang menyenangkan hati Dania Ayerina. ‘Saya
yakin dan pasti’, jawab Dania Ayerina. Marsha tersengih. ‘Sebelum ini pun
korang dah pernah terpisah kan, kau yakinkah rasa cinta kamu dari dulu masih
lagi sama’, soal Marsha lagi. Dania Ayerina mengerutkan dahi. ‘Marsha sayangkan
abang Ed kah?’, soal Dania Ayerina cukup membuatkan Marsha terkesima. Dia
terdiam. ‘Kak faham, Marsha mesti risau abang terluka kan? Sebab Marsha
sayangkan dia dan tak nak kehilangan dia’, ucap Dania Ayerina. Marsha
mengangguk. ‘Jangan risau kak akan jaga dia dengan sebaiknya, In Sha Allah’,
tutur Dania Ayerina seraya berdiri dan melangkah kearah Edryan yang sedari tadi
sibuk memanggang ikan. Marsha menghantar pemergian Dania Ayerina dengan lirikan
mata yang tajam. ‘Jaga konon, aku pun boleh jaga dialah bodoh’, marahnya dalam
hati. Melihat kemesraan Dania Ayerina dan Edryan dari jauh membuatkan hatinya
tambah meluat kepada insane yang bernama Dania Ayerina. ‘Sekarang ini, bukan
sahaja Misha yang menjadi penghalang aku tetapi juga ada perempuan yang tak
tahu malu, Dania Ayerina. Aku akan pastikan kamu berdua hilang dari pandangan
mata aku’, gumam hatinya sambil menggenggam kotak minumannya tadi.
Katherine
sedang duduk di sebuah kafe sambil menikmati kopi kegemarannya. Kelihatan Shila
sedang menuju kearahnya. ‘Morning’,
sapa Shila sambil tersenyum. ‘Morning,
babe’, balas Katherine. ‘So how was
tonight?’, soal Shila dengan senyuman nakal. Katherine mengerutkan dahinya.
‘Nothing happened last night’, jawab
Katherine acuh tak acuh. Shila menjeling dengan senyuman yang nakal.
‘Mustahillah, tak kan tak ada apa-apa yang terjadi?’, Shila seakan tidak
percaya. ‘Betullah, selepas I meluah dengan dia. Dia terus blah’, kata
Katherine lagi. Shila berfikir sebentar. Setahunya, Mick adalah lelaki yang
pasti akan mendapatkan apa saja yang dia mahu dan Mick juga adalah lelaki yang
sentiasa dikelilingi oleh wanita. Mustahil Mick tidak terpikat dengan Katherine
semalam. ‘Kau kenapa pandang aku begitu?’, marah Katherine. ‘Kau pun satulah,
yang kau kenalkan aku dengan lelaki kenapa?’, tambahnya lagi. Shila tersengih.
‘Alah kau ini, kau juga kata nakkan seorang teman sebab tu aku bawa Mick tapi
kau dah lepaskan peluang bersama dia’, ucap shila sedikit kecewa. Katherine
mencubit tangan Shila. ‘Peluang apa?’, marahnya. ‘Auchh, sakitlah babe. Peluang
untuk mengenal hati budi masing-masinglah’, jawabnya sambil menyapu tangannya
yang masih sakit. ‘Kalau Rizal tahu, you cubit tangan I habis you dia marah’,
kata Shila. Katherine ketawa. ‘Amboii, manjanya. Mentang-mentanglah Rizal tu
sayang dia setengah mati’, gurau Katherine lalu mereka ketawa. Namun, tawa
Katherine terhenti. ‘Kenapa?’, soal Shila. Katherine hanya menggeleng kepala.
‘Marsha pulang hari ini kan?’, soalnya tiba-tiba. Shial mengangguk. ‘Kenapa rindu
boyfriend yang dah bertunang dengan orang lainkah?’, sindir Shila. Riak wajah
Kaatherine berubah serta merta. ‘Chilllah
babe, aku jumpa kau pagi-pagi ini pun sebab aku ada satu rancangan yang baik
punya’, tutur Shila sambil tersengih. Katherine mula menunjukkan minatnya. ‘Rancangan
apa?’, soalnya. Shila hanya tersenyum.
Marsha
memuatkan bonet kereta dengan barang-barang miliknya. ‘Farina biar saya hantar
awak balik ya’, pelawa Adam. Farina memandang kearah Misha dan Khairul Daniel. ‘Tak
apalah, biar saya tumpang Khairul jak’, tolaknya. Adam mengigit bibirnya. Dia
memberi isyarat kepada Khairul Daniel agar tidak membawa Farina. ‘Apa?’, soal
Khairul Daniel. ‘Kau jangan bawa tumpangkan Farina. Biar aku yang hantar dia’,
bisiknya. ‘Habis tu, kau nak aku bagi alasan apa?’, soal Khairul Daniel lagi. ‘Apa-apa
jaklah, yang penting aku nak hantar Farina pulang kerumah’, ucapnya titik.
Khairul Daniel menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik betullah mamat ne. Dia
mengeluarkan iPhone miliknya. ‘Waalaikumussalam nek, apa dia? Ya, ya Khairul na
balik dah ne? Misha? Ada dekat sini, nenek nak cakap dengan dia?’, ujar Khairul
Daniel. Misha mengertukan dahi apabila namanya disebut. ‘Oh, nenek nak jumpa
dia? Boleh, boleh lepas ini Khairul bawa dia pulang ke rumah. Apa? Nenek nak
bawa dia pergi dinner? Dengan persatuan’, ucap Khairul Daniel panjang lebar. Adam
tersenyum gembira. Farina hanya memuncungkan mulutnya sepanjang perjalanan.
Lelaki disebelahnya pula sedang bersiul dengan riang. ‘Amboi, gembiranya’,
perli Farina. Adam tersenyum. ‘Mestilah gembira, sebab saya ada teman pulang.
Taklah boring drive sorang-sorang’, jawabnya. Farina menjeling Adam. Khairul
Daniel memandu sambil tersenyum sendiri. ‘Yah, gwaenchanayo?’, soal Misha
kerana risau melihat Khairul Daniel yang tidak henti tersenyum sendiri dari
tadi. ‘Gwaenchana’, jawabnya sambil tersenyum. Misha memerhati kelakuan Khairul
Daniel. ‘Betulkah nenek nak bawa saya dinner dengan persatuan?’, soal Misha. Dia
tahu kelakuan Khairul Daniel semasa bertelefon tadi agak kaku sedikit. Khairul
Daniel menggelengkan kepala. ‘Adam nak hantar Farina, so dia minta tolong
dengan saya’, jelas Khairul Daniel. Misha ketawa. ‘Oh, sebab itulah ya. Biar
saya mesej Farina’, ugut Misha sambil mengeluarkan iPhonenya. Khairul Daniel
menarik iPhone Misha. ‘Janganlah, awak tak kasihan dengan mereka kah? Berilah
mereka peluang untuk meluahkan perasaan mereka sendiri’, kata Khairul Daniel.
Misha meletakkan iPhonenya semula.
‘Adik
malam ini apa kata adik tidur di rumah Baba?’, cadang Edryan. Marsha
mengerutkan dahi. ‘Emm, tapi adik dah janji dengan Shila dan Asni untuk tidur
di rumah malam ini. Lagipun, mereka rindu sangat dengan adik’, bohongnya. Sebenarnya
dia tidak suka tinggal di rumah Baba sebab dia terpaksa solat dan terpaksa
berkongsi bilik dengan Nina Amalina. ‘Oh macam itukah? Abang ingat nak ajak
adik tidur sana sebab kak Dania pun bermalam di sana. Ummi ajak’, katanya cukup
membuatkan darah Marsha melonjak tinggi. Dania Ayerina hanya tersenyum. ‘Ummi
masak makanan kegemaran adik tu, tak apa kalau tak dapat tidur sana. Tapi adik
kena dinner di rumah malam ini’, tegas Edryan. Mahu tidak mahu Marsha terpaksa
menurut. ‘Lama tak jumpa Nina, rindu rasanya’, ucap Dania Ayerina. ‘Lepas ini
kalau jumpa peluk dan cubit pipi dia’, sambung Edryan pula lalu mereka berdua
ketawa. Marsha menutup mata pura-pura tidur sedangkan hatinya sedang sakit. Farina
berasa sangat geram dengan Adam. ‘Kita buat apa disini?’, soal Farina. ‘Ummi
ajak makan malam bersama’, jawab Adam. Farina mengigit bibirnya. Ikutkan hati
mahu sahaja dia mencubit lengan Adam kerana dia berasa sangat geram. ‘Kenapa?’,
soal Adam perasaan dengan perubahan riak wajah Farina. ‘Kenapa awak tak
beritahu dari tadi? Saya nak pergi makan malam dengan keluarga awak dengan
pakaian saya ne? T-shirt dan seluar jeans?’,
ucap Farina cemas. Adam ketawa. ‘Farina, awak tahu tak yang awak comel
bila awak sedang marah’, puji Adam. Aduii, dia ne sempat lagi nak puji aku. ‘It’s not funny at all’, marah Farina.
Adam ketawa lagi. ‘Tak ada apa-apalah. Lagipun makan malam di rumah jak
bukannya di hotel. Jomlah turun mereka dah tunggu dah tu. Just be yourself’, ucap Adam. Farina terdiam. ‘Tak ada apa yang
awak perlu risaukan’, tambahnya lagi. Farina tertunduk sebentar. ‘Memanglah tak
ada apa yang patut aku risaukan. Tapi kenapa aku rasa macam kau nak bawa aku
jumpa mama mentua pula? Kenapa kali ini perasaan ini berbeza bila pergi kerumah
kau?’, soalnya sendiri dalam hati. Dia menarik nafas perlahan lalu mengagahkan
dirinya untuk turun dari kereta.
Marsha
menghempaskan begnya di sofa. Shila dan Asni yang sedang menonton drama
terkejut dengan kelakuan Marsha. ‘Woii, kau ini dah kenapa?’, soal Shila. ‘Kenapa
diorang tak boleh biarkan aku hidup bahagia? Lepas satu, satu’, marahnya. Shila
dan Asni saling berpandangan. ‘Eh, Marsha boleh tak kau cerita dengan aku apa
masalah kau? Ini datang-datang terus nak mengamuk. Apa hal?’, marah Asni. Shila
menarik Marsha untuk duduk di sofa. ‘Aku tak habislah dengan masalah si Misha
budak tak guna tu. Sekarang si Farina tu pula buat hal’, luahnya. ‘Apa yang
Farina buat?’, soal Asni. ‘Si Adam tu pun satu, banyak-banyak perempuan kenapa
dia nak pilih si Farina pula?’, marah Marsha lagi. Shila bingung kerana dia
tidak mengenali Adam. Mulut Asni terlopong mendengar cerita Marsha. ‘Maksud
kau? Adam suka Farina?’, soal Asni. Marsha mengangguk sambil mengenggam
tangannya. ‘Macam mana kau tahu?’, soal Asni lagi. ‘Adam dah minta izin dengan
orang tua dia untuk merestui hubungan dia dengan Farina. Dia beritahu tadi
semasa makan malam di rumah mereka’, jelas Marsha. Shila dan Asni terdiam. ‘Lama
Misha tak jenguk nenek’, kata Datin Linda. Misha jadi serba salah. ‘Maafkan
Misha nek, sibuk sangat sebab tu tak ada masa nak jumpa nenek’, pintanya. Datin
Linda tersenyum. ‘Tak apa nenek faham’, ucapnya. Khairul Daniel hanya menjadi
pemerhati. ‘Misha tahu tak? Sejak nenek kenal Misha, nenek dah banyak layan
cerita Korea. Betullah cakap Misha drama Korea memang best’, luah Datin Linda. Misha
ketawa. ‘Sebab tulah saya dah kata, awak ini bawa pengaruh buruk bukan jak
dengan Khairil tapi juga dengan nenek’, sampuk Khairul Daniel. Datin Linda
mencubit paha Khairul Daniel. ‘Siapa kata tengok drama Korea tu pengaruh buruk?
Nenek tengok drama tu pun nenek tak pernah tinggal solat tahu’, marah Datin
Linda. Khairul Daniel memuncungkan mulutnya. ‘Nenek kalau dah jumpa Misha mesti
nenek sebelahi dia. Inilah yang Rul malas bawa Misha jumpa nenek ne’, guraunya.
Sekali lagi Datin Linda mencubit paha Khairul Daniel. ‘Rupanya Rul yang tak nak
bagi Misha jumpa dengan nenek sebab Rul cemburu ya?’, marah Datin Linda. Khairil
Daniel dan Misha ketawa melihat gelagat mereka berdua.
Farina
terdiam seribu bahasa. Tidak tahu apa harus dia lakukan. Dia tidak mempunyai
keberanian untuk memandang lelaki disebelahnya. Apa yang terjadi tadi seakan
mimpi. Mimpi yang diidamkan oleh setiap wanita didunia. ‘Sekarang awak jelas
tentang perasaan saya?’, soal Adam membuka bicara. Farina berdehem lalu
mengangguk. ‘Kenapa awak diam jak? Saya dah minta restu dengan Baba dan Ummi tapi
awak masih belum kata apa-apa lagi’, kata Adam. Farina gugup. ‘Err.. apa dia?
Err.. tak ada apa-apalah’, ucapnya gugup. Adam ketawa. ‘Comel’, pujinya
menyebabkan telinga Farina terasa panas. ‘Saya faham, awak masih terkejut
dengan tindakan saya tadi. It’s okay take
your time.’, tutur Adam. Farina menarik nafas lega. ‘Terima kasih’, ucap
Farina. Adam mengerutkan dahinya. ‘Untuk apa?’, soal Adam. Farina memegang
kedua belah pipinya. Nasib baik sekarang sudah malam kalau tidak pasti
kelihatan wajahnya yang sedang merona merah. ‘Sebab berterus-terang tentang
perasaan awak’, katanya. Adam tersenyum. ‘Saya buat macam tu sebab saya tak nak
kehilangan awak’, tuturnya jujur. Jantung Farina berdegup dengan kencang
mendengar kata-kata Adam. Hari ini terlalu banyak kejutan buatnya. Kelihatan
Misha sedang duduk di ruang tamu sambil menonton drama korea. Farina tiba
dengan senyuman yang lebar di bibir. Misha memandang dengan seribu satu
persoalan. ‘Kau kenapa? Dah gila?’, soal Misha. Farina duduk disebelah Misha. ‘Entahlah
aku pun tak tahu kenapa dengan aku ini. Jantung aku ini dari tadi berdegup
dengan kencang jak. Macam sedang berpesta’, jawabnya. Misha menyentuh dahi
Farina. ‘Normal jak suhu badan kau. Apa yang Encik Adam dengan kau ini sampai
dah jadi macam ne?’, soal Misha lagi. Farina tersenyum lagi apabila mendengar
nama Adam. ‘Ceritalah kenapa ne?’, soal Misha penasaran. Farina bingkas bangun
dan berjalan menuju ke biliknya.
Misha
mengekori langkahnya dari belakang. ‘Kau ini dah kenapa?’, Misha jadi tidak keruan
melihat sikap Farina. ‘Encik Adam lamar kau kah?’, soalnya lagi. Farina
menggeleng kepala. ‘Habis tu?’, Misha mula memuncungkan bibirnya. ‘Tadi kami
dinner dengan keluarga dia’, kata Farina sambil tersenyum. ‘Lepas tu?’, Misha
menjadi tidak sabar. ‘Apa yang terjadi?’, tambahnya lagi. ‘Dia minta restu
dengan Baba dan Umi untuk jadikan aku kekasihnya’, luah Farina. Misha terkejut
seakan tidak percaya dengan apa yang didengar olehnya. ‘Mwo? Jinjja yo?’, soal Misha sambil memegang bahu Farina. ‘Jadi dah
officiallah ne?’, soal Misha lagi.
Farina menutup mukanya menahan malu. ‘Belum lagilah,, aku belum beri jawapan’,
kata Farina. Misha menampar bahu Farina. ‘Yang kau ini lembap sangat kenapa?
Apasal kau tak kata ya jak? Bukankah ini peluang yang kau tunggu-tunggu selama
ini?’, marah Misha. Farina mengadu kesakitan. ‘Kau ini pun, macam mana aku nak
beri jawapan kalau aku pun terkejut masa tu? Mana aku tahu dia nak cakap macam
tu dengan Baba dan Umi’, omel Farina. Misha tersengih. ‘Sorry’, ucapnya. Farina
membuang muka. ‘Tapi apa-apapun, aku gembira sebab akhirnya kawan aku dah dapat
kepastian. Aku doakan kau temui kebahagian’, ucap Misha sambil memeluk
Farina. Kedua-dua sahabat itu kelihatan
sangat bahagia. ‘Aku tak sangka pula , dia pun rasa yang sama macam aku’, kata
Farina. Misha mencuit pipinya. ‘Kan aku dah kata Encik Adam tu pun suka kau.
Korang dua jak tu yang malu-malu nak mengaku’, kata Misha lalu mereka berdua
ketawa.
Keesokan
harinya, dipejabat seperti biasa suasana amat meriah dengan senda gurau
kakitangan yang lain. ‘Amboi, Farina berseri-seri jak muka Farina hari ini. Ada
apa-apakah?’, soal Kak Sarimah. Farina menyentuh wajahnya. ‘Tak ada apa-apalah
kak, biasa jaklah’, jawabnya sambil tersenyum malu. Misha hanya tersenyum
disebelahnya. ‘Tak perlulah nak tipu kak, Farina. Kak ini lagi dulu makan garam
dari kamu. Kak tahulah. Farina dah ada kekasih hatikah?’, soal Kak Sarimah.
Misha terketawa sedangkan jantung Farina seakan hendak gugur. Wajah Farina
semakin merah. ‘Tak apalah kak, Farina masuk dulu ya’, pamitnya mahu melarikan
diri dari disoal dengan lebih mendalam lagi. ‘Eh, eh budak ini. Kak belum habis
cakap lagi dia dah pergi dah. Misha tengoklah kawan Misha tu’, omel Kak
Sarimah. Misha hanya ketawa. Kak Sarimah memandang Misha. ‘Farina dah ada
kekasihkah?’, giliran Misha pula disoal. Tanpa sedar, Marsha sedang mendengar
perbualan mereka. ‘Opss! Itu kak kena tanya Farina sendiri. Misha tak tahu
apa-apa’, balasnya dan berlalu pergi. Kak Sarimah menggeleng kepala lalu
tersenyum. ‘Budak berdua ini kan, ada-ada jak karenah mereka’, ucap Kak Sarimah
sendiri. Marsha mengenggam jarinya. ‘Dah mula rasa bahagialah tu’, gumam
hatinya. ‘Well too bad, happiness doesn’t
means forever. It’s only beginning ’, katanya dalam hati. Marsha melangkah masuk ke
dalam bilik pejabatnya. Semasa waktu makan tengah hari, Marsha keluar untuk
bertemu dengan Katherine dan Shila. Oleh kerana, Asni tidak bekerja hari ini,
dia terpaksa pergi sendiri. Setibanya di kereta, seorang lelaki turut mengikutnya
masuk kedalam kereta lalu merampas kunci keretanya. ‘Rahiman!!’, bentaknya.
‘Kau nak apa lagi?’, marahnya. Rahiman menarik nafas perlahan. ‘Aku nak kaulah,
apa lagi!’, balasnya. Ingatan Marsha kembali kepada peristiwa itu lagi. Apa
yang telah terjadi antara dia dengan Rahiman masih segar diingatan.
‘
Aku tak ada apa-apa na cakap dengan kau lagi, so aku minta kau keluar dari
kereta aku sekarang’, jerit Marsha. Rahiman ketawa. ‘Aku tak fahamlah dengan
perempuan macam kau ini. Aku dah rosakkan kau dan aku nak bertanggungjawab tapi
kau masih nak jual mahal’, perli Rahiman. Marsha tersengih. ‘Aku tak nak kau
bertanggungjawab sebab aku jijik dengan kau. Kau faham tak? Aku jijik dengan
kau !!’, herdiknya. Rahiman menggenggam erat tangan Marsha. ‘Lepaslah, sakitlah
bodoh’, teriak Marsha. ‘Hina sangatkah aku di mata kau Marsha?’, soal Rahiman. ‘Kau
tak faham lagikah? Dari dulu sampai sekarang. Tak sampai bila-bila pun aku
tetap takkan terima kau! Sekali aku benci, selamanya aku akan benci!’, balasnya
cukup membuatkan Rahiman tersentap. Bagaikan sebuah batu besar menghempap
kepala. ‘Sekarang juga aku minta kau keluar dari kereta aku. Dan buat sekali
lagi, aku nak minta agar kau tak tunjukkan lagi muka kau didepan aku. Aku
takkan lupa apa yang telah kau buat dengan aku sampai bila-bila pun’, jelasnya.
Rahiman tertunduk. Perlahan Rahiman melepaskan genggaman tangannya. ‘Aku harap
kau tak menyesal dengan apa yang telah kau katakan. Semoga kau bahagia, lepas
ini aku takkan ganggu kau lagi’, ucapnya lalu keluar dari kereta Marsha. Misha
yang kebetulan sedang menunggu Khairul Daniel telihat kelibat Rahiman yang baru
saja keluar dari kereta Marsha. ‘Siapa tu? Kenapa dia kelihatan sedih?’,
soalnya sendiri. Dia mula berjalan menghampiri Rahiman. ‘Assalamualaikum’ ,
sapanya. Rahiman menoleh kearah suara tersebut. Misha menghadiahkannya sebuah
senyuman. ‘Waalaikumusalam’, jawab Rahiman sambil tertunduk. ‘Encik ini siapa?
Apa hubungan Encik dengan kak saya?’, soal Misha. Rahiman memandang kearah
Misha. Bunyi hon kereta Khairul Daniel menyebabkan Misha terpaksa beredar dari
situ. ‘Maaf saya kena pergi, jumpa lagi. In Sha Allah. Assalamualaikum’, pamit
Misha. ‘Waalaikumussalam’, jawab Rahiman sambil menghantar pemergian Misha.
Khairul
Daniel memandang kearah Misha. ‘Siapa tu?’, soal Khairul Daniel. ‘Entah, kawan
kak Marsha kot’, jawab Misha. ‘Kawan Marsha kah, skandal awak’, tambah Khairul
Daniel lagi. Misha tersenyum lalu mengerling kearah Khairul Daniel. ‘Kenapa
awak cemburukah?’, soal Misha. Khairul Daniel jadi gugup. ‘Tak kuasalah saya
nak cemburu’, bohongnya. Misha tersenyum melihat tingkah Khairul Daniel.
‘Comel’, pujinya dalam hati. Kelihatan Farina sedang sibuk menyiapkan kerjanya.
‘Amboi, kenapa cik Farina kelam kabut ini? Nak pergi dating kah?’, sindir
Misha. Abang Bob yang mendengar perkataan dating terus meluru kearah mereka.
‘Kenapa Farina dah ada boyfriend kah?’, soal Abang Bob. Misha dan Farina saling
berpandangan lalu mereka ketawa. ‘Amboi, abang Bob kalau dengar pasal
gossip-gossip ni cepat betul abang ya’, perli Misha. Abang Bob tersengih. ‘Okaylah,
Misha aku balik dulu ya. Abang Bob, Farina balik dulu’, pamitnya. ‘Jangan
dating sampai lewat malam ya, esok nak kerja lagi’, pesan Abang Bob. Setelah
Farina pulang, abang Bob pula menyusul. Tepat jam5.30 petang barulah Misha keluar dari
pejabat. Hari ini dia akan menaiki bas
kerana Khairul Daniel ada meeting dengan klien. Setibanya, di luar bangunan
Misha di tegur oleh seseorang. ‘Hai Misha’, tegur Katherine. Misha berpaling
kearah suara Katherine. ‘Hai Katherine’, balasnya. Katherine menghadiahkannya
sebuah senyuman yang sinis. ‘Ada apa yang boleh saya bantu?’, soal Misha. ‘Banyak
sangat yang awak kena bantu’, ucapnya sambil tersengih. Misha memalingkan
wajahnya.
Comments
Post a Comment