Cinta Satukan Kita 15


Misha duduk di taman permainan kawasan perumahan mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Jalan sudah mula di terangi oleh lampu. Kelihatan beberapa anak muda berlari menuju ke masjid. Azan sudah berkumandang jam 6.15 petang tadi. Mungkin mereka baru pulang dari sekolah sebab itu lewat sedikit ke masjid. Misha tidak dapat menunaikan kewajibannya kerana sedang diserang oleh bendera merah. Akhirnya, dia berdiri dan mula melangkah pergi. Dia berjalan perlahan menuju kerumah sewanya. Dari jauh dia dapat melihat seseorang sedang berdiri di hadapan rumah mereka. ‘Khairul?’, ucap bibirnya. Dia mempercepatkan langkahnya dan apabila semakin hampir dia sengaja berjalan perlahan. Khairul Daniel bersandar di tepi keretanya. ‘Ehem’, Misha berdehem dan Khairul Daniel berpaling. ‘Assalamualaikum’, sindir Khairul Daniel. Misha tersenyum. ‘Waalaikumussalam’, jawabnya sedikit kasar. ‘Amboi garangnya’, perli Khairul Daniel. ‘Saya kan memang garang dari dulu lagi’, balasnya. Misha turut bersandar di kereta Khairul Daniel. ‘Kenapa datang kesini?’, soal Misha. ‘Kenapa tak boleh kah?’, soalnya pula. ‘Dah solatkah? Atau uzur juga?’, Misha mengubah soalan. Khairul Daniel menggangguk. ‘Dah lama tunggu?’, soal Misha lagi. ‘Lama jugalah sampai naik lenguh kaki ini. Awak pergi mana tadi?’, soal Khairul Daniel. Misha pura-pura berfikir. ‘Pergi mengurat dekat masjid tadi mana tahu ada yang sangkut’, guraunya. ‘Kalau sangkut pun mesti sangkut dengan saya’, tambah Khairul Daniel. Misha menyiku lengan Khairul Daniel. ‘Perasan’, gurau Misha. Seketika mereka terdiam. Khairul Daniel menarik nafas perlahan. ‘Kenapa awak undur diri tadi?’, soal Khairul Daniel. Misha menghadiahkan sebuah senyuman. ‘Sebab saya rasa itu adalah jalan yang terbaik untuk menghindarkan pertelingkahan’, jawab Misha tenang. ‘Jalan yang terbaik? Tapi kenapa saya rasa sedih apabila melihat awak pergi?’, soal Khairul Daniel.

Farina hanya mendiamkan diri. Adam meneguk jus orennya sambil mengerling kearah Farina. ‘Kenapa diam?’, Adam membuka bicara. Farina memandang Adam. ‘Emm, nak cakap apa?’, soal Farina. ‘Takkan awak tak nak tanya khabar saya? Saya sihatkah tidak? Takkan awak tak rindu saya?’, balasnya. Farina tersentap. ‘Saya Cuma nak tahu Adam apa status saya dalam hati awak’, desis hatinya. Adam mengerutkan dahi menanti jawapan dari mulut Farina. ‘Kenapa pula saya nak tanya soalan bonus. Awak ada depan mata saya ini sebab awak sihat walafiat. Rindu? Sekarang saya dah ada kat sini, hari-hari saya boleh jumpa awak dan semua orang yang saya rindu’, jawabnya cukup membuatkan Adam tersentak. ‘Bukan itu jawapan yang saya nak’, desis hatinya. Farina tersenyum lagi. ‘Awak dah selesai makan? Jom kita balik. Saya belum solat Isyak lagi ne’, pinta Farina. Adam menggangguk. Dia memanggil pelayan dan membayar bil. Farina berjalan keluar mendahului Adam. Sepanjang perjalanan pulang, Farina hanya mendiamkan diri. ‘Misha kemana tadi?’, soalnya berbasa-basi. ‘Rumah nenek Linda’, jawab Farina. Selepas itu mereka berdiam lagi. Adam mengigit bibirnya. Geram dengan situasi yang sedang dialaminya. ‘Di rumah tu awak dengan Misha sejaklah yang tinggalkan? Sebab Marsha kan tinggal dengan Shila’, Adam mencuba nasib lagi. ‘Ya’, jawabnya sepatah. Adam menggaru kepala. ‘Aduii, kenapa pula dengan dia hari ini?’, soalnya sendiri. Farina hanya memandang keluar tingkap. Deringan iPhone Adam menghentikan lamunan Farina. Dia mahu berpaling tetapi hatinya menahan. Ingin sekali dia melihat siapa nama pemanggil tersebut. Adam hanya membiarkan iPhone itu berdering kerana dia tidak membawa handfree . Setibanya, di hadapan rumah, Farina terus keluar dari kereta. Adam turut keluar. ‘Farina’, panggil Adam. Niat Farina untuk membuka pagar terhenti. Tanpa berpaling, dia menunggu apa yang Adam ingin perkatakan. Bibir ada seolah-olah terkunci. ‘Sa.sa…’, Adam gugup. ‘Apa?’, soal Farina. ‘Selamat malam, mimpi indah’, ucapnya lalu mengetuk kepala. Farina terus masuk kedalam rumah. Adam mengigit bibir. ‘Aduhh!! Apasal itu yang terkeluar pula’, marahnya sendiri.

‘Woii, babe bangunlah dah malam dah ne’, ujar Asni. Nampaknya Marsha sudah mabuk teruk. Shila sudah terlelap sejak dari petang tadi. Asni mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mencapai telefon bimbit jenama Samsung miiliknya. Mencari nama untuk dihubungi. ‘Katherine’, ucapnya sendiri lalu mencari nombor Katherine. Nasib baik mereka sudah bertukar nombor semasa pertama kali bertemu. Dia menghubungi Katherine dan setengah jam kemudian, Katherine tiba. ‘What’s wrong?’, soal Katherine. Asni hanya menggeleng kepala. Katherine mengeluh melihat kedua-dua sahabatnya sudah tidak sedarkan diri. Terpaksa Asni dan Katherine berhempas pulas memapah mereka berdua kedalam kereta. ‘Awak pandai drive?’, soal Katherine. Asni tersengih. ‘Pandai tapi saya tak ada lesen’, jawabnya. Sekali lagi Katherine mengeluh. ‘Tak apalah, biarkan kereta mereka disini. Pandailah esok mereka urus’, ujar Katherine. Asni hanya menurut. Katherine memandu keluar dari pusat karaoke tersebut dan memecut pulang ke apartment Shila. Setiba di Apartment Shila, Katherine dan Asni menarik nafas perlahan. Penat kerana terpaksa memapah Shila dan Marsha naik ke atas. Untung saja apartment mereka mempunyai lif. Asni kemudian bangkit dan menuju ke dapur. Beberapa minit kemudian, dia keluar membawa minuman. Dua kopi pahit dan dua gelas jus oren buatnya dan Katherine. ‘Thanks, babe’, ucap Katherine lalu meneguk jus oren tersebut. Sekali lagi, mereka mengejutkan Marsha dan Shila. Dalam keadaan yang samar-samar Shila terjaga. Asni menyerahkan kopi pahit kepada Shila. Begitu juga dengan Marsha. Mereka menghirup kopi pahit tersebut sambil memegang kepala yang terasa berat. ‘Aku kat mana ne?’, soal Marsha. ‘Aik Rumah sendiri kau dah tak ingat’, sindir Asni. Katherine tergelak. ‘Babe, apa lagi masalah kau kali ini?’, soal Asni. Marsha tersenyum. ‘Biasalah budak tak guna tu buat hal lagi’, kata Marsha. ‘Babe, kan aku dah kata kau tak payah peduli dengan budak hingusan tu. Kau ini degil betullah’, marah Shila.

‘Aku setuju dengan Shila. Pedulikan dia dan teruskan hidup kau’, sokong Asni. Katherine menggelengkan kepala. ‘Bukan mudah babe. Korang tak tahu macam mana rasanya sakit hati. Aku faham sangat perasaan Marsha. Apa yang sedang dia lalui’, luah Katherine. Marsha mengangkat wajahnya cuba untuk memandang kearah Katherine. Perlahan Marsha mengangguk. ‘Babe, kau pun ada masalah lagi dengan boyfriend kau tu?’, soal Shila. Katherine tersenyum. ‘Masalah itu memang akan sentiasa timbul selagi dia tak tinggalkan perempuan tak guna tu’, bicaranya sambil tersenyum. Asni mengerutkan dahinya. ‘Habis tu kenapa kau tersenyum?’, soal Asni bingung. Sangkanya Katherine sudah hilang kewarasan. ‘Sebab hari ini, aku dapat nampak muka perempuan tu. Aku nampak bertapa tersiksanya jiwa dia apabila dia harus akur dengan aku. Dia sedar apa yang sedang dia miliki sekarang bukanlah milik dia yang abadi. Aku puas melihat dia tersiksa’, terangnya sambil ketawa terbahak-bahak.  Shila menggelengkan kepala. ‘Tak faham betullah aku dengan hidup kamu berdua ini. Seorang masalah keluarga, seorang lagi masalah cinta. Korang tengok aku dengan Asni, relax jak, cool jak. Kan babe’, ucap Shila yang separuh sedar. Asni mengangguk. ‘Kath, aku ini ada boyfriend juga tahu tapi tak adalah sampai jadi macam kau. Mungkin kau yang tak beri apa yang dia nak selama ini’, kata Asni. Shila ketawa manja. ‘Betul tu, macam mana boyfriend kau tak cari pengganti kalau kau tak mampu nak beri dia segalanya. Entah-entah perempuan tu ‘layan’ dia dengan baik tahu sebab tu dia berpaling dari kau’, tambah Shila lagi. Katherine membuntangkan matanya. ‘No, Khairul is not like that’, sangkalnya. Marsha turut ketawa dengan gurauan Shila dan Asni. ‘Babe, all man are the same’, kata Shila lagi. ‘But not Khairul. Selama kami bercinta, dia tak pernah pun cium I apalagi sentuh I’, sangkalnya. Marsha terdiam. ‘Itu dulu.. sekarang dah lain babe’, Shila semakin galak mengenakan Katherine. ‘Wait..tunggu, siapa nama boyfriend kau?’, soal Marsha. Katherine mengerutkan dahi. ‘Khairul’, jawabnya. ‘Khairul?’, ucap Marsha lagi. ‘Ya, Khairul Daniel. Kenapa babe?’, soal Katherine. Marsha seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Semua mata kini tertumpu kearah Marsha. Perlahan dia ketawa sendiri.

‘Good Morning’, sapa Misha dan Farina serentak. ‘Morning’, jawab seorang kakitangan syarikat.  ‘Amboi, apasal muka dua anak dara ini berseri-seri jak pagi ini’, tegur Puan Sarimah. Misha dan Shila tersenyum. ‘Mestilah kak, awet muda sambil bersedekah diawal pagi’, jawab Misha. Puan Sarimah mencuit lengan Misha. ‘Kau ini Misha sepatutnya jadi lawyer bukan Fashion designer. Yalah, ada saja yang kau jawab asal kak menyoal’, gurau Puan Sarimah. Lalu, mereka ketawa. ‘Ehem, Selamat pagi’, sapa Adam dari arah belakang mereka. ‘Eh, Selamat pagi Encik Adam’, jawab Puan Sarimah dan Misha. Farina hanya mendiamkan diri. Misha menyiku Farina lalu dia sekadar menunduk sebagai tanda hormat. Puan Sarimah mengerutkan dahinya. ‘Kami minta diri dulu Encik Adam, ada kerja nak dibuat’, pinta Misha. Adam mengangguk. Puan Sarimah juga kembali semula ke mejanya sambil tersenyum sendiri. Dia seolah-olah dapat meneka apa yang sedang terjadi. ‘Kau kenapa Far?’, soal Misha. Farina meletakkan beg tangannya. ‘Aku okay jak. Kenapa?’, Farina cuba menafikan. ‘Apasal kau layan Encik Adam macam tu tadi? Kau nak kena buang kerjakah?’, marah Misha. Farina sekadar tersengih. ‘Tak adalah. Aku mengelamun tadi’, bohongnya. ‘Yalah tu. Kau..’, kata-kata Misha mati disitu apabila Farina memotong. ‘Dahlah, aku ada kerja ini. Abang Bob nak aku siapkan secepat yang mungkin’, ujarnya lalu bingkas bangun menuju ke bilik rekaan mereka. Misha terdiam sebentar. ‘Diorang gaduhkah?’, soalnya sendiri lalu menjongketkan bahu. Kemudian, Misha juga turut keluar mahu menuju ke bilik rekaan. Dia bertembung dengan Edryan di koridor. ‘Morning bos’, sapanya. ‘Morning Misha, Aik mana hilangnya gelaran ‘oppa’ tu?’, soal Edryan. Misha tersengih. ‘Dalam office mestilah panggil bos, nanti apa pula kata pekerja lain. Di luar barulah panggil ‘oppa’, jawab Misha. Edryan ketawa mendengar jawapan Misha. Marsha yang kebetulan baru masuk kerja ternampak situasi mereka yang kelihatan sangat mesra. Hatinya jadi sakit. ‘Oh, Kak Marsha’, tegur Misha apabila ternampak Marsha.

Marsha pantas mengubah riak wajahnya. Edryan turut berpaling. ‘Morning adik, Shila macam mana? Dia okay tak?’, soal Edryan. Marsha terkaku. ‘Huh? Shila? Kenapa dengan Shila?’, soalnya. Edryan mengerutkan dahi. ‘Bukankah kemarin Asni kata Shila tak sihat sebab tu adik keluar awal’, tutur Edryan. Marsha tergumam. ‘Mampus aku, kenapalah si Asni tak beritahu aku pasal ini’, omelnya dalam hati. Edryan menanti jawapan dari Marsha. Secara tidak langsung, Misha terlibat dengan perbualan mereka. ‘Ah..ah, betullah tu. Ini, kemarin Shila pengsan semasa dia buat photoshoot. Dia okay dah, Marsha lupa sebab tadi pagi dia dah pergi kerja’, ucapnya sedikit gugup. Edryan mengangguk. ‘That’s good’, balas Edryan. ‘Emm, kalau gitu abang masuk kerja dulu. Misha, oppa minta diri ya’, pamit Edryan. ‘Araso oppa’, kata Misha. Marsha menjeling Misha dengan pandangan yang tajam. Setelah Edryan berlalu, Misha menegur Marsha. ‘Kak okay tak? Kenapa muka kak pucat jak?’, soal Misha risau. Marsha tersengih. ‘Aku okay jak, masih hidup lagi. Masuk kepejabat aku sekejap’, arah Marsha. Misha menurut. Marsha duduk di kerusi empuk miliknya sedangkan Misha hanya berdiri. ‘Apa perasaan kau dapat kerja disini?’, soal Marsha. ‘Mestilah suka sebab akhirnya Misha dapat kerja. Boleh tolong ayah nanti lepas tu Misha boleh bayar hutang-hutang Misha’, jawabnya teruja. Marsha berdiri dan menghampiri Misha. ‘Hutang apa?’, soal Marsha. Misha tergumam. ‘Err.. PTPTN’, jawabnya. Marsha tersengih. ‘Mesti kau suka kerja sini sebab kau tahu aku ada disini. Kau pun nak Edryan layan kau seperti mana Edryan layan aku kan’, tuduh Marsha. Senyuman Misha mati. ‘Apa maksud kak?’, soalnya. Marsha ketawa. ‘Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau nak. Kau sebenarnya nak tumpang kekayaan aku jak kan sebab itu kau bukan main baik lagi dengan Edryan’, tambahnya lagi. Misha terdiam. ‘Kau tak payah berpura-puralah Misha. Aku tahu perangai kau dan tujuan kau yang sebenar’, pelbagai tuduhan dilemparkan. ‘Kak Marsha, Misha tak pernah..’, ayatnya di potong. ‘Aku bukan Kakak kau’, ucap Marsha perlahan namun cukup menyengat di telinga Misha. ‘Biar macam mana pun, kita tetap adik beradik sebab kak pun pernah menyusu dengan mak’, tegas Misha. ‘Tidak pada aku’, kata Marsha. Sekali lagi Misha tergumam. ‘Misha, kau dengar sini baik-baik. Mulai dari hari ini, jangan pernah panggil aku kakak lagi. Terimalah hakikat bahawa kita tak ada pertalian darah. Dan jangan cuba goda Edryan demi kepentingan kau sendiri. Jangan cuba nak tunjuk baik depan semua pekerja Edryan, kau faham?’, soalnya.

Kolah mata Misha mula berair namun sedaya upaya dia cuba menahan. Perlahan dia mengangguk. ‘Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri Cik Marsha’, pamitnya seraya berjalan keluar. Marsha tersengih. ‘Padan muka. Biar kau sedar kedudukan kau. Misha ini baru permulaan. Selepas ini, akan ada lebih banyak kejutan buat kau’, ucapnya sendiri. Misha menuju ke tandas untuk menenangkan hatinya. Dia menyapu airmata yang mula jatuh. Beberapa minit kemudian, dia keluar dan membasuh mukanya. Lalu, dia kembali ke meja untuk memakai bedak agar tidak ketahuan dia baru saja menangis. Misha melakukan kerja seperti biasa tetapi dia lebih banyak berdiam. Farina juga sama. Abang Bob yang perasaan dengan situasi dingin tersebut mula berasa risau. ‘Diorang gaduhkah?’, telah Abang Bob sendiri. Marsha dan Asni ketawa. ‘Kau patut tengok muka dia tadi’, kata Marsha. ‘Alah, apasal kau tak rakam. Aku nak juga tengok muka dia yang minta simpati tu’, Asni menyambung. Marsha merasa bahagia. ‘Kalau Katherine tahu mesti dia pun gembira ini’, telah Asni. ‘Itu sudah tentu’, balas Marsha lalu mereka ketawa lagi. Semua mata direstoran tersebut memandang kearah mereka. ‘Ops! Sorry’, ucap Marsha sambil menutup mulutnya. Farina dan Misha masih tekun menyiapkan kerja mereka. ‘Oii, Farina, Misha dah lunch time dah ini. Korang tak pergi rest kah?’, tegur Abang Bob. ‘Kitaorang dietlah abang Bob’, jawab Farina. Misha hanya tersenyum.‘Pula nak berdiet. Korang tu dahlah kurus kering lagi nak diet? Yang patut diet tu, abang Bob. Tengok ni lemak dekat perut abang Bob ne’, gurau Abang Bob seraya menunjuk perut buncitnya. Farina dan Misha tergelak. Deringan telefon menghentikan gurauan mereka. Misha menyambut panggilan tersebut sebelum berlari keluar. ‘Aik? Takkan si Misha dah nak jogging?’, gurau Abang Bob. ‘Buah hati datanglah tu bang’, jawab Farina. ‘Oh, habis tu kau tak ada buah hatikah?’, soal Abang Bob pula. Farina terkejut dengan soalan Abang Bob. ‘Mana ada yang suka dekat saya ini bang’, jawabnya merendah diri. ‘Mustahillah’, Abang Bob tidak percaya.

‘Farina, aku nak tanya ini. Kau gaduh dengan Mishakah? Sejak tadi pagi, aku tengok korang senyap jak. Selalunya, korang kalau kerja bukan main mulut tu bercerita tentang drama korea’, soal Abang Bob. Farina mengerutkan dahi. ‘Takkan Misha ambil hati dengan sikap aku pagi tadi?’, desis hatinya. ‘Abang bukan apa, abang suka sangat tengok korang berdua ini. Tak nak lah gaduh-gaduh’, pesan Abang Bob. Farina tersenyum. ‘Jangan risaulah Abang Bob. Kitaorang mana pandai bergaduh’, ujar Farina. Misha berlari keluar menuju ke tempat letak kenderaan. Setelah apa yang terjadi pagi tadi, dia ingin sekali menemui lelaki itu. Walaupun, dia tidak dapat luahkan apa yang dsedang dia lalui namun cukuplah jika wajah itu memberi sedikit ketenangan terhadapnya. Dia berhenti berlari dan berjalan dengan tenang. Tidak mahu Khairul Daniel menyakatnya apabila melihat dia berlari. Dia masuk kedalam kereta Khairul Daniel. ‘Kenapa nak jumpa? Rindu ya?’, soal Misha. Khairul Daniel mengerutkan dahi. Dia perasaan ada yang tidak kena dengan nada suara Misha. ‘Taklah, saja kebetulan lalu dekat sini tadi’, jawab Khairul Daniel. Misha mengangguk. ‘Awak dah solatkah?’, soal Misha lagi. ‘Mestilah dah’, balas Khairul Daniel. ‘Awak dah makan tengah hari?’, giliran Khairul Daniel pula menyoal. Misha menggeleng kepala. ‘Kenapa tak makan?’, soalnya lagi. ‘Saya kenyanglah, tapi saya rasa macam nak makan aiskrim. Perisa strawberi dan vanilla, tak pun strawberi dan keladi’, kata Misha. Khairul Daniel pelik dengan sikap Misha. Ada yang tidak kena dengan kelakuannya hari ini. Ini adalah pertama kali Misha menyuarakan kemahuannya. ‘Kalau gitu, mari saya belanja baskin robbin’, pelawa Khairul Daniel. ‘Kaja’, ucap Misha teruja. Khairul Daniel tersenyum. Edryan meneguk jus oren yang dipesan olehnya. Dari jauh, kelihatan Adam mula menghampiri Edryan. ‘Kenapa dengan kau ini? Dari jauh aku tengok mukakah macam bermasalah jak’, soal Edryan. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Entahlah, aku pun tak tahu apa kena dengan aku hari ini’, jawabnya. Edryan tersenyum. ‘Masalah kerjakah? Atau masalah cinta?’, soal Edryan lagi. Adam buntu. ‘Ed, kau pernah nampak aku ini bermasalahkah dalam kerja?’, marahnya. ‘Kalau macam tu masalah cintalah kan’, telah Edryan sambil tersenyum.

‘Cinta? Girlfriend pun tak ada’, ujarnya sambil ketawa. ‘Sebab tulah kau runsing. Tak ada girlfriend tapi kau dah ada seseorang di hati’, ujar Edryan. Adam tertunduk. ‘Ed, macam mana aku nak fahami wanita? Aku peninglah. Kenapa dia macam mengelak jak dengan aku?’, soal Adam. Edryan ketawa. ‘Kenapa pula kau ketawa? Aku bukan buat lawak sekarang ini’, marah Adam. ‘Aku ketawa sebab kebodohan kau,keegoan kau. Aku dah kata kan tapi kau tak dengar’, giliran Edryan pula memarahi Adam. ‘Kau tengok sekarang apa jadi? Macam mana dia tak mengelak kalau kau tak beritahu apa yang kau rasa. Dia pun tak nak mengharap Dam sebab dia takut kecewa’, nasihat Edryan. Adam meraup wajahnya. ‘Ed, What should I do?’, soal Adam dengan nada sedih. Edryan mengeluh perlahan. Dia sangat faham dan tahu apa yang sedang dirasakan oleh Adam sekarang. ‘Siapa suruh ego sangat’, gumam hati Edryan. Misha berjalan masuk kedalam pejabat selepas bertemu dengan Khairul Daniel. ‘Far, this is for you’, ujarnya seraya menyerahkan makanan yang dibeli kepada Farina. ‘Terima kasih, kau ini susah-susah jak. Kau dah makan?’, soal Farina. Misha mengangguk sambil tersenyum. Farina mengerutkan dahi. ‘Amboi, jumpa siapa tadi? Senyum sampai ke telinga nampak’, tanya Farina walaupun sudah tahu siapa yang Misha temui. ‘Jumpa Lee Jong Hyun tadi’, jawabnya sambil tersengih. ‘Gatalnya’, kata Farina sambil mencuit lengan Misha. Abang Bob yang kebetulan baru masuk ke pejabat terdengar suara dua sahabat tersebut ketawa. ‘Aik, apa kena dengan kamu ne? Tadi pagi bukan main sepi korang. Sekarang dah ada bunyi pulak’, sergah Abang Bob mengejutkan Misha dan Farina. ‘Lah abang Bob ne, kalau ya pun beri salamlah. Terkejut saya’, marah Farina. ‘Ops! Sorry!’, ucap abang Bob lalu Misha dan Farina ketawa. Petang itu Dania Ayerina menunggu kehadiran insan yang sangat dirindui olehnya. Semua pekerja dari syarikat tersebut mula beransur pulang. Dania Ayerina menanti dengan penuh sabar dari dalam keretanya. ‘Mana pula prince charming aku ini’, telah hatinya.

Tiba-tiba dia terlihat Misha keluar dari bangunan tersebut. ‘Lama tak jumpa Misha, pergi tegur sekejaplah’, katanya lalu keluar dari kereta. Misha berdiri di luar bangunan mungkin menunggu Farina. Langkah Dania Ayerina dipercepatkan namun dia berhenti apabila Marsha terlihat Marsha keluar dan menarik Marsha kebelakang bangunan. ‘Sakitlah’, bentak Misha. Marsha melepaskan pegangan tangannya. ‘Kau kenapa?’, soal Misha. Marsha tersengih. ‘Kau dah pandai marah sekarang?’, soal Marsha. ‘Kau nak apa lagi? Apa lagi yang kau nak katakan?’, ucap Misha dengan penuh sabar. ‘Tak ada apa-apa, aku cuma nak pastikan kau ingat apa yang aku cakap tadi’, jawab Marsha. Misha tersenyum walaupun perih. ‘Kau tak payah risau. Aku dengar sebab aku bukannya pekak’, kata Misha. ‘Okay, fine. That’s my girl’, tuturnya sambil memegang pipi Misha. Marsha kemudian mula mahu melangkah pergi. ‘Marsha’, panggil Misha menyebabkan langkahnya terhenti. ‘Aku tak faham apa sebenarnya yang kau mahu. Aku tak faham kenapa kau boleh berubah sekelip mata. Aku ingatkan kau betul-betul boleh terima aku sebagai adik kau selama ini. Rupanya aku silap. Kau dah hancurkan perasaan mak dan ayah aku’, luah Misha. Marsha berpaling. ‘Aku harap kau dah orang tua kau pergi jauh dari hidup aku’, balasnya sambil berlalu pergi. Dania Ayerina berlalu dari situ. Tidak mahu kehadirannya diketahui oleh mereka. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengari. ‘Kenapa Marsha berkelakuan seperti itu?’, soalnya sendiri. Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat Edryan menuju kearahnya. Dia menghadiahkan Edryan sebuah senyuman. ‘Lama tunggu?’, soal Edryan. ‘Emm, lama jugalah’, gurau Dania Ayerina. Marsha menghampiri mereka. Dia menyalami Dania Ayerina. ‘Awak tak apakan kalau kita bawa Marsha dinner sekali’, kata Edryan. ‘Huh? Of course. The more the merrier’, ucap Dania Ayerina. Lalu, mereka masuk kedalam kereta.

Dari jauh kelihatan Misha dan Farina mula berjalan keluar dari kawasan syarikat. Terpampar jelas di wajah Misha kesedihan yang sedang dia sembunyikan. Namun, kehadiran Farina membuatkan dia seolah-olah lupa dengan apa yang dialaminya tadi. ‘Kenapa tak bawa Misha jumpa nenek? Dah lama sangat nenek tak jumpa dia. Rindu’, kata Datin Linda. Khairul Daniel hanya mendiamkan diri menonton drama korea. Datin Linda mengetap bibir. ‘Khairul’, bentak Datin Linda mengejutkan Khairul Daniel. ‘Kenapa nek?’, soalnya. Khairil Daniel yang sedang sibuk membuat kerja rumah bergegas lari ke ruang tamu apabila mendengar suara Datin Linda. ‘Itulah kamu ini. Dulu benci sangat drama ini. Sekarang nenek tengok bukan main khusyuk lagi kau tengok drama korea sampai nenek bercakap dengan kau pun, kau tak dengar’, omel Datin Linda. Khairul Daniel tersengih. ‘Nenek tanya ini, kenapa kau tak bawa Misha jumpa nenek?’, sekali lagi Datin Linda menyoal. Khairul Daniel bingung. ‘Masalahnya sekarang, kalau nenek jumpa Misha mesti dia akan tanya soal kahwin’, desis hati Khairul Daniel. ‘Nantilah nek, sekarang dia busy tu banyak design nak buat’, dia memberi alasan. ‘Kau ini, banyak alasan’, rajuk Datin Linda seraya berdiri dan menuju kebiliknya. ‘Kau tengok tu Ril, nenek dah merajuk’, tuturnya kepada Khairil Daniel. ‘Abang pergilah pujuk’, arah Khairil Daniel lalu berdiri dan menuju ketingkat atas. Khairul Daniel menggeleng kepala sendiri. Dania Ayerina lebih banyak berdiam diri. ‘Are you okay?’, soal Edryan yang perasan dengan sikap Dania Ayerina. ‘Yeah, I’m fine’, jawabnya sepatah. ‘Abang ne, maybe Kak Dania tu penat. Dahlah flight selama 12 jam. Sampai jak terus jumpa abang’, kata Marsha walaupun dia agak menyampah. Dania Ayerina tersenyum. ‘Ya mungkin penat sikit’, bohongnya lalu meneruskan suapan. Edryan memegang tangan Dania Ayerina. ‘Lepas kita makan, saya hantar awak pulang ya’, kata Edryan lalu Dania Ayerina mengangguk. Marsha yang menyaksikan situasi itu  merasa iri.

Rahiman asyik memandang wanita di hujung meja restoran tersebut. Memang tak lain tak bukan itu ialah Marsha. Namun, agak sukar untuknya menegur kerana Marsha mempunyai teman. ‘Tak apa, ada jodoh kita akan bertemu Marsha’, ucapnya dalam hati. Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan Misha dan Farina berkhidmat di syarikat Edryan sebagai pekerja tetap. Alhamdulillah mereka bersyukur dengan rezeki yang mereka terima. Marsha tetap melayan mereka dengan dingin. Datin Linda pula, tidak habis-habis berbicara soal perkhawinan. Katherine kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjanya, dia jarang balik ke Sabah. Dania Ayerina berjalan masuk kedalam pejabat Edryan. Hari ini, syarikat mereka mengadakan jamuan kecil-kecilan sempena pelancaran baju baru mereka. ‘Unni’, jerit Misha. Dania Ayerina yang teruja melihat Misha berlari lalu memeluknya. ‘Pogo shippeo’, ucap Dania Ayerina. ‘Nado’, jawab Misha. Farina turut menghampiri mereka dan ikut memeluk. Tentunya Marsha tidak senang melihat keakraban mereka. ‘Nanti weekend ikut unni pergi camping ya. Don’t worry unni belanja semuanya’, cadang Dania Ayerina. ‘Camping? Di mana?’, soal Farina teruja. ‘Dekat-dekat sini jak. Unni cadang pergi Karambunai Resort jak. 2hari 3malam’, terang Dania Ayerina. ‘Emmm, kalau unni belanja memang tak ada alasan nak pergi’, kata Misha lalu mereka ketawa. Marsha berlalu dari situ dan masuk kedalam pejabatnya. ‘Kalau dia nak pergi camping, kenapa nak bawa budak kampung tu? Dia boleh bawa aku juga’, marah Marsha. Kedengaran pintu biliknya di ketuk. ‘Adik, jum pergi jamuan tu. Kak Dania pun ada sekali tu’, ajak Edryan. ‘Oh yakah? Wahh rindulah dengan Kak Dania. Jom abang’, balasnya dengan senyuman walaupun dalam hati sangat benci. Edryan mengapai tangan Marsha. Perbuatan itu membuatkan jantung Marsha berdegup dengan kencang. Semakin lama, dia rasa semakin sayang dengan Edryan. Dia senang apabila Edryan memegang tangan, memeluk dan mencuit pipinya.

‘Awak dah beritahu merekakah?’, soal Dania Ayerina. ‘Saya dah ajak Adam, tapi macam dia tak nak ikut jak. Nina tak dapat join sebab dia ada final exam. Marsha saya belum sempat nak beritahu’, terang Edryan. Dania Ayerina tersenyum. ‘Saya rasa kalau Adam tahu, Farina turut serta memang gerenti dia akan ikut’, Dania Ayerina yakin. Edryan membuntangkan matanya. ‘Amboi, cepatnya awak bertindak’, katanya. Dania Ayerina tersenyum. ‘Haruslah’, balasnya sambil tersenyum. ‘Emm, rasanya kena ajak Khairul sekali sebab kan ada Misha. Lagipun, Khairul tu kalau dia tahu Misha pergi dengan saya memang dia akan ikut serta’, ujar Edryan. ‘Amboi’, rajuk Dania Ayerina. ‘Alah awak ini, saya anggap Misha tu macam adik saya jak lah’, terangnya tidak mahu Dania Ayerina tersalah anggap. Marsha memandang mereka berdua dengan pandangan yang tajam. Dari tadi mereka asyik berbual dan ketawa. Hujung minggu yang di nanti pun tiba. Mereka tiba di Karambunai Resort agak malam sedikit kerana mereka bertolak dari tempat kerja selepas maghrib. Seperti yang dijangka oleh Edryan, Khairul Daniel juga turut serta begitu juga Adam. Apabila dia mengetahui Farina akan turut serta langsung dia bersetuju. Mereka pun sibuk mendirikan khemah dan menyalakan api. ‘Bolehkah?’, soal Khairul Daniel apabila melihat Misha memasang khemah sendiri. ‘Orang yang tak ada sekolah jak tu yang tak pandai pasang khemah’, sindir Misha. Khairul Daniel ketawa. ‘Tepilah, pergi tolong mereka cari kayu dan masak air’, marah Misha. ‘Garangnya’, ucapnya sambil berlalu. Marsha hanya duduk disebuah kayu memerhatikan mereka membuat kerja. Malas mahu membantu. Akhirnya dua buah khemah siap didirikan. Edryan menjerang air untuk mereka minum manakala Farina menyediakan hidangan mi segera dibantu oleh Dania Ayerina. Adam dan Khairul Daniel mencari kayu untuk dibuat api. Malam mula berganti. Kesemua mereka duduk berhampiran dengan api sambil menikmati mi segera. Selesai makan, Khairul Daniel dan Adam mengeluarkan gitar yang mereka bawa.

‘Beribu bintang dilangit kini menghilang, meraba aku dalam kelam’, Khairul Daniel memetik gitar mendendangkan lagu ‘Kau ilhamku’ nyanyian Manbai. Misha kelihatan sangat teruja mendengar suaranya. Lagu ini memang sangat popular zaman sekolah dulu terutamanya semasa camping. ‘Wow’, jerit Dania Ayerina dan Farina. Edryan mengerling Dania Ayerina begitu juga Adam. ‘Rembulan mengambang kini makin suram, pudar ilhamku tanpa arah’, Adam menyambung rangkap seterusnya. Kali ini, Farina terdiam. Hanya Misha dan Dania Ayerina yang teruja. ‘Sedetik wajahmu muncul dalam diam, ada kerdipan ada sinar. Itukah bintang ataupun rembulan, terima kasih kuucapkan’, sambung Edryan. Marsha mula menunjukkan minatnya.  Lalu serentak mereka menyanyikan bahagian korus lagu tersebut. ‘Izinkan ku mencuri bayangan denganmu. Maafkanlah ohh.. andai lagu ini menganggu ruangan hidupmu. Kau senyumlah ohh.. Sekadar memori kita di arena ini. Kau ilhamku, kau ilhamku’, malam kini mula berlabuh bersama mereka. Misha mencuri pandangan kearah Khairul Daniel yang sedang menyanyi dengan penuh penghayatan. ‘Ya Allah, semakin hari aku semakin terjatuh. Jatuh cinta kepada lelaki itu’, desis hatinya. Buat seketika mata mereka bertemu dan Khairul Daniel mengenyitkan mata kepada Misha. ‘Mampukah aku menafikan perasaan yang sudah tumbuh  didalam hati ini? Aku sangat sayang dia dan kini hatiku menginginkannya’, desis hatinya lagi sambil tersenyum. Adam hanya mengerling kearah wajah yang asyik tersenyum mendengar nyanyian Khairul Daniel dan Edryan. Wanita itu langsung tidak memandang kearahnya. Tujuannya kesini adalah untuk memperbaiki hubungannya dengan Farina. Lagu itu diakhiri dengan petikan gitar.

Mereka semua bertepuk tangan. ‘So apa kata kita main game?’, cadang Dania Ayerina. Semua mengangguk tanda setuju. ‘Game ini adalah betul atau salah. Botol akan di putar yang terkena akan bertanya soalan kepada sesiapa yang mereka kehendaki. Selepas itu, orang itu boleh memilih samada mahu menjawab atau jalani hukuman’, Dania Ayerina menerangkan peraturan permainan. Semua mengangguk tanda faham. Mereka semua bertukar tempat duduk agar dapat bermain dengan adil. Farina duduk bersebelahan Adam dan Khairul Daniel. Misha duduk diantara Khairul Daniel dan Edryan dan Dania Ayerina duduk diantara Edryan dan Marsha. Permainan bermula, Dania Ayerina memulakan putaran. ‘Farina’, botol itu menunjuk kearah Farina. Adam mengerling kearah Farina. ‘Beritahu hukumannya dulu’, kata Dania Ayerina. ‘Hukumannya, kamu kena cium spesis kamu sendiri’, tutur Farina. Dia menarik nafas perlahan. Adam berharap agar Farina akan bertanyakan soalan kepadanya. ‘Khairul’, panggil Farina menyebabkan riak wajah Adam berubah. Khairul Daniel berpaling kearah Farina. Misha juga turut memandang Farina. ‘Do you really love my friend, Misha?’, soalnya. Khairul Daniel tergumam. Belum pernah dia meluahkan rasa hatinya sebelum ini. Semua menantikan jawapan dari Khairul Daniel. Hanya Marsha sahaja ang tidak ambil peduli. Khairul Daniel buntu. Jawapannya boleh menyebabkan Misha menaruh harapan tinggi. Perlahan dia menarik nafas. ‘Farina sebenarnya dah lama saya nak try benda ini’, katanya sambil berdiri menuju ketempat Edryan. Dia memegang muka Edryan lalu mencium pipinya. ‘Eiii’, Edryan merasa geli. Mereka semua ketawa. Permainan diteruskan. Kini giliran Marsha. ‘Hukumannya, lompat katak 10kali. Misha?’, Marsha tersenyum. Misha mengangkat wajahnya. Terkejut dengan soalan yang akan Marsha tanya. ‘Adakah sesuatu yang awak miliki sekarang yang tak sepatutnya awak miliki?’, soal Marsha. Semua mata tertumpu kepada Marsha. Khairul Daniel memandang wanita disebelahnya. ‘Apa maksud Marsha?’, soalnya sendiri. Dania Ayerina merenung kearah Marsha. Kejadian itu bermain difikirannya kembali. Marsha bersorak gembira didalam hati.



Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2