Cinta Satukan Kita 14
Misha
seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. Hatinya mula bersorak
gembira. Tidak sabar dia mahu berkongsi berita gembira ini dengan Farina. ‘Far,
Far’, panggil Misha. Farina keluar dari dalam rumah dengan penuh persoalan. ‘Apa
dia? Apasal kau terjerit-jerit awal pagi ini?’, soal Farina. ‘Nah kau ambil
ini’, katanya seraya menyerahkan sampul surat kepada Farina. ‘Apa ini?’, soal
Farina sambil menyambut huluran sampul surat tersebut. ‘Bacalah sendiri’, arah
Misha sambil memegang surat yang turut di terimanya. Farina membuka sampul
surat itu dan membaca isi kandungannya. Hampir terlopong mulut Farina melihat
isi surat tersebut. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. Dia
memandang Misha yang memang sudah kelihatan teruja. ‘Makkkkk !!!’, jerit mereka
serentak. Mak cik Aznah duduk disisi Puan Haliza. ‘Syukur Alhamdulillah.
Akhirnya rezeki kamu tiba juga’, ucap Mak Cik Aznah. ‘Ayah kamu pasti bangga
dengan kamu’, tambahnya lagi. Misha dan Farina lagilah bertambah teruja.
Alhamduillah setelah seminggu lebih menganggur akhirnya, syarikat Edryan
mengambil mereka untuk bekerja semula. Misha menggenggam iPhone miliknya, tidak
sabar mahu berkongsi berita gembira ini dengan Khairul Daniel.
‘What is wrong with you Khairul?’, soal
Katherine. Khairul Daniel hanya mengurut kepalanya yang tidak sakit. ‘I am
okay. The problem is you. Why can’t you give me a time to settle this matter?
Tiap kali jumpa you nak bawa I gaduh, gaduh, gaduh. I stress tahu’, marah Khairul Daniel.
Katherine mengigit bibirnya. ‘For how
long Khairul? Apa yang susah sangat you
nak jelaskan dengan nenek you tentang
status perempuan tu?’, kata-kata Katherine dipotong. ‘Her name is Misha, Misha!’,
tegas Khairul Daniel. ‘Whatever, I don’t
care. If you can’t tell your grandma, I will’, ugut Katherine. Khairul Daniel terdiam. Katherine
tersenyum sinis. Tiba-tiba iPhone Khairul Daniel berbunyi. Dia tersenyum
melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon tersebut. Katherine
mengerutkan dahi melihat senyuman Khairul Daniel. ‘Okay, go ahead. Beritahu nenek I,
tapi kalau apa-apa terjadi dengan nenek I
selepas you beritahu dia. I takkan
maafkan you’, tegas Khairul Daniel. Katherine
mengalah. Dia tergumam mendengar kata-kata Khairul Daniel. ‘You betul-betul dah berubah’, luah
Katherine. ‘No, Kath. Saya masih ada rasa cinta dan sayang terhadap awak tapi
awak tu.. dah mula hilang rasa percaya terhadap saya’, tutur Khairul Daniel. ‘Kemana
rasa percaya yang pernah awak simpan untuk saya dulu? Sikap awak sekarang buat
saya keliru, buntu dan tak tahu nak buat apa’, tambahnya lagi. ‘Awak ingat
semua ini adalah atas kemahuan saya kah? You
never know what I have been through before’, kata Khairul Daniel. Akhirnya,
Katherine tertunduk malu.
Misha
menanti dengan penuh rasa sabar. Tepat jam 9 malam, iPhonenya berdering dan
seperti biasa dia hanya akan menjawab selepas deringan kedua.
‘Assalamualaikum’, dia memberi salam. Khairul Daniel tersenyum di hujung talian.
‘Waalaikumussalam, lama tunggu?’, soalnya. Misha pura-pura berfikir. ‘Emm, lama
jugalah. Tapi saya bukan tunggu awak yang call, saya tunggu Kim Bum. Malangnya,
Kim Bum yang saya tunggu, orang lain yang call’, guraunya. Khairul Daniel
berpura-pura merajuk. ‘Kalau macam tu, awak tunggulah Kim Bum awak tu sampai
awak tua. Okay selamat malam’, rajuknya. Misha ketawa. ‘Dah maju dah sekarang.
Dah pandai merajuk ya’, sindir Misha. Kali ini Khairul Daniel ketawa. Dalam
tawanya, Misha dapat menangkap ada sesuatu yang tidak kena. ‘Gwaenchanayo?’, soal Misha lembut. Khairul
Daniel menarik nafas perlahan. ‘Awak
rasa kenapa kita ditemukan?’, soalnya. ‘Emm, mungkin dah jodoh kita bertemu.
Walaupun bukan pada waktu yang sesuai’, jawab Misha. Khairul Daniel mengangguk.
Misha seolah dapat merasa apa yang sedang menganggu fikirannya sekarang. ‘Tapi
walauapapun terjadi, saya akan tetap respect keputusan awak’, ucapnya
mengurangkan bebanan yang Khairul Daniel tengah rasakan. ‘Gumawo’, ucap Khairul Daniel. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Misha
merasa apa yang sedang dia rasakan sebab tu dia mahu menamatkan cerita itu. Niat
Misha untuk berkongsi berita gembira dengan Khairul Daniel terbantut. ‘Biarlah
rahsia dulu, tak pun biar aku beri kejutan. Baru best sikit’, fikirnya sendiri.
Marsha
bergegas masuk kedalam pejabat. Hatinya menjadi panas dengan perkhabaran yang
didengar dari staff bawahannya. ‘Kenapa dia nak bawa masuk budak tak guna tu?
Aku dah cuba menjauh, dia pula nak mendekat’, marah Marsha dalam hati. Seketika
kemudian, iPhone pemberian Edryan kepadanya berdering. Tertera nama Asni di
skrin iPhone. ‘Kau nak apa pagi-pagi buta ini?’, soal Marsha. Asni tersengih.
‘Apasal kau tinggalkan aku? Sekarang macam mana aku nak pergi kerja ini? Kau
ini mentang-mentanglah aku ini cuma store keeper jak’, rajuk Asni. Marsha
ternganga. Dia lupa akan Asni yang turut tinggal sama di rumah sewa miliknya
kerana mahu cepat datang kepejabat. ‘Sorrylah, kau naik teksi nanti aku bayar
ya. Aku panggilkan kau teksi ya’, Marsha serba salah. Nasib baiklah Asni senang
dibawa berunding walaupun perwatakannya agak kasar sedikit. Berkat pertolongan
Marsha, Asni berjaya bekerja di syarikat Edryan. Marsha juga tidak tinggal
serumah dengan Edryan kerana alasannya, Shila tiada teman untuk membayar sewa
rumah itu sendiri. Walupun Edryan kurang bersetuju tetapi akhirnya dia terpaksa
memberi kebenaran kerana dia rasa Marsha masih perlukan waktu untuk
menyesuaikan diri bersama keluarganya. Marsha duduk dikerusi sambil memegang
kepalanya yang mula terasa sakit. ‘Apa aku nak buat dengan budak tak guna ne
nanti? Dia ini memang tak suka tengok aku hidup senanglah’, marahnya dalam
hati. Dia mengumpal jari tangannya. ‘Aku mesti singkirkan dia dari pandangan
mata aku buat selamanya’, tegasnya.
Edryan
tersenyum. ‘Kenapa abang tak beritahu dengan adik dulu?’, soal Marsha inginkan
penjelasan. Edryan mengerutkan dahi. ‘Adik, tugas adik adalah pegawai pemasaran
bukannya sumber manusia. Lagipun, apa salahnya, abang nak ambil diorang
bekerja. Diorang ada potensi untuk berjaya. Abang tak nak kehilangan orang yang
berbakat macm diaorang’, terang Edryan. Marsha bertambah geram. ‘Yalah kalau ya
pun, abang beritahulah adik. Misha tu kan adik Marsha juga’, rajuknya. Edryan
ketawa. ‘Alolo, jadi adik ne nak merajuk dengan abanglah ya’,pujuk Edryan. Marsha
duduk disisi Edryan. ‘Tak apalah, siapalah adik ini kan. Semua pun abang tak
nak kongsi dengan adik. Adik ini pun tahu dari orang lain dulu’,ucapnya. Edryan
menjadi serba salah. Dia menghampiri Marsha. ‘Maafkan abang, adik. Ini bukan
niat abang. Abang janji lepas ini abang akan lebih bersikap terbuka dengan
adik’, pujuknya sambil memegang tangan Marsha. Edryan menghadiahkannya sebuah
senyuman. Marsha menjadi tidak menentu. Hatinya mula berombak kuat. Genggaman
tangan Edryan sangat menghangatkan. ‘Marsha jangan sampai terjerat dalam
perangkap kau sendiri’, bisik satu suara ditelinganya. Perlahan dia melepaskan
tangannya dan meminta diri untuk kembali ke tempat kerjanya.
Sejurus
selepas Marsha keluar dari pejabat Edryan, Adam pula menjenguk Edryan. ‘Huh,
kau nak apa pula?’, soal Edryan. Adam hanya tersengih. ‘Minggu depan diorang
Misha lapor dirikan?’, soal Adam berbasa basi. Edryan tersenyum. ‘Kau ne cakap
jaklah kalau kau dah tak sabar nak jumpa Farina. Tak perlu nak
berbunga-bungalah’, sindir Edryan. Wajah Adam mula merona merah. ‘Eh, mana
adalah. Saya saja jak nak tanya. Mana tahu CEO ada buat perubahan tarikh kan’,
ujarnya. Edryan mengerling Adam. ‘You know what?’, soal Edryan. ‘What?’, tanya Adam bingung. ‘I think you already fallen for her. Just
admit it!!’, telah Edryan. Adam membetulkan tali lehernya yang tidak senget
sambil berdehem beberapa kali. ‘Mana ada’, nafinya lagi. Edryan tersenyum lagi.
Tanpa mempedulikan Edryan, Adam mula mahu melangkah keluar. ‘Jangan sampai dia
terlepas. Ketepikan ego tu, Dam. Mungkin Farina juga rasa yang sama tapi dia
tak berani nak luahkan sebab dia tak tahu apa yang awak rasa’, pesan Edryan. Langkah
Adam terhenti dan tanpa menoleh dia mendengar setiap kata-kata Edryan. ‘Bak
kata Irwansyah dan Acha Septriasa, ucapkanlah kasih satu kata yang ku nantikan
sebab ku tak mampu membaca matamu, mendengar bisikmu’, Edryan menyanyikan lagu
“Ada Cinta” dendangan Irwansyah dan Acha Septriasa. Adam tersenyum lalu
melangkah keluar. Dia menarik nafas perlahan sambil meletakkan tangan di
dadanya yang bidang. Hatinya kata ya tetapi mulutnya tak bisa berbicara. Perih
memang perih.
Shila
duduk di sebuah kafe sambil menghirup kopi. Tidak lama kemudian, Marsha muncul
dengan muka yang monyok diiringi oleh Asni. Shila mengerutkan dahi. ‘Apa pula masalah dia
kali ini?’, soalnya sendiri. Marsha menghempaskan beg tangannya di sofa empuk
milik kafe tersebut. Asni mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Shila.
‘Apa hal tu? Muka dia jadi macam tu? Korang gaduhkah?’, soal Shila kepada Asni.
‘Kau nie babe, sepanjang persahabatan kami belum pernah lagi kami bergaduh
tahu. Entah aku pun tak tahu apa masalah dia, dari tadi aku tanya tapi langsung
dia tak nak beritahu’, kata Asni. Marsha hanya mendiamkan diri. ‘Woii, babe!
Kalau ya pun kau beritahulah apa masalah kau. Janganlah berdiam diri jak’,
marah Shila. ‘Yalah Marsha, risau aku tengok kau macam ini’, tambah Asni pula. Marsha
mula mengeluh. ‘Macam mana aku tak jadi begini. Kau tahu tak, aku mati-matian
nak berjauhan dengan budak tak guna tu. Senang-senang jak si Edryan nak ambil
diorang bekerja di syarikat tu’, luahnya. Shila dan Asni terlopong. ‘Maksud kau
Misha?’, soal Shila. ‘Yalah, siapa lagi?’, marah Marsha. Kali ini Shila ketawa.
Marsha dan Asni terkejut. ‘Kenapa kau ketawa?’, soal Asni. ‘Tak adalah, kawan
kita ini, stress sebab budak hingusan tu. Apalah dia ne’, jawab Shila. ‘Babe,
dia tu seumur aku tahu. Kalau dia budak hingusan ertinya aku pun budak hingusan
juga’, marah Marsha lagi. ‘Opss!! Sorry’, kata Shila. ‘Dah tak payah nak stress
sangat, pasal budak tu nanti kita plan nak buat apa untuk kenakan dia. Lagipun,
Misha tu tak ada apa-apa jika nak dibandingkan dengan kau. Dia Cuma anak
nelayan jak, kau adik kepada CEO. Apa nak risau kan, babe?’, ujar Asni. Shila
menggangguk tanda setuju. ‘Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati?’, luah Marsha. ‘Babe,
itu semua perasaan kau jaklah’, kata Shila dan disokong oleh Asni. Marsha hanya
mengeluh perlahan.
Dari
jauh kelihatan Katherine sedang menuju kearah mereka. Shila memberi isyarat
kepada Katherine. Asni dan Marsha memandang dengan bingung. ‘Sorry babe, I’m late’, pinta Katherine.
Shila tersenyum. ‘It’s okay, as long as
you come’, balasnya. Katherine pun mengambil tempat disebelah Marsha. ‘Oh
ya, lupa pulak nak kenalkan. Babe, this is my best friends, Marsha and Asni’,
perkenal Shila. Marsha dan Asni kemudian, bersalaman dengan Katherine. ‘Muka
awak nampak familiar’, kata Asni. ‘Ya betul tu. Tapi di mana ya?’, sokong
Marsha. Katherine dan Shila ketawa. ‘Pernah tak nampak dia di dalam majalah?
Atau pernah tak nampak dia di kaca televisyen semasa iklan?’, soal Shila. Asni
membuntangkan mata. ‘Katherine?’, jeritnya sehingga semua orang di kafe
memandang kearah mereka. Shila memukul paha Asni. ‘Kau ini, tak pasal-pasal
kita di serang peminat nanti’, bisik Shila. Asni tersengih. ‘Sorry’, ucapnya. Katherine dan Marsha
hanya menggelengkan kepala. Akhirnya, mereka semua bercerita tentang kehidupan
masing-masing. Nampaknya, Katherine sangat selesa bergaul dengan Marsha dan
Asni. ‘Serious babe?’, soal Shila.
Katherine menggangguk. ‘I don’t know what
to do, babe. Perempuan itu memang perampas betullah’, marah Katherine. Marsha
dan Asni mendengar dengan penuh perhatian. ‘Macam mana dia boleh rampas kekasih
kau? Kau ini dahlah cantik lepas tu model terkenal lagi. Apa yang kurang?’, soal
Marsha pula. ‘Itulah pasal. Entah ubat guna-guna apa yang perempuan tu dah bagi
dengan kekasih aku tu. Aku tak kira, walauapapun terjadi aku akan pastikan
hubungan mereka berakhir’, Katherine bertekad. ‘Aku setuju babe, perempuan tu
memang nak kena betullah’, marah Asni. Shila tersenyum seolah-olah terfikirkan
sesuatu. ‘Babe, kalau kau nak kami boleh tolong’, cadang Shila. Marsha dan Asni
juga turut bersetuju.
Misha
dan Farina berdiri megah dihadapan Gedung Fesyen Iqram & Eifa. Perasaan
yang sangat teruja. Tak sangka rezeki mereka masih ada disini. ‘Misha, mari
kita selfie guna iPhone kau tu’, cadang Farina. Misha tersenyum tanda setuju. ‘Okay,
letak caption “First day at work”.
Jangan lupa tag aku tahu’, arah Farina. Misha ketawa. ‘Ya cik Farina’, balas
Misha. Lalu, mereka berdua masuk kedalam untuk melaporkan diri. Seperti biasa,
mereka di sapa mesra oleh security serta bahagian reception. ‘Demam Korea
merebak lagi dengan kehadiran kita’, bisik Farina. Kakitangan syarikat mula
mengerumuni Misha dan Farina. ‘Misha, Farina sejak korang tak ada. Dah hilang
dah keceriaan office ne. Lepas tu, tak ada orang lagi yang nak panggil mak cik
ne “ahjumma”. Semua pun back to normal’, luah Mak cik cleanear. Misha dan
Farina ketawa. ‘Ahjumma ini ada-ada jak lah’, jawab Farina. Suara deheman
menghentikan tawa mereka. Kelihatan Adam sedang berdiri tegak sambil memandang
Misha dan Farina. Hampir dua minggu Farina tidak bertemu dengan lelaki dihadapannya
ini. Hari ini, rindunya terubat. Jantungnya juga berdegup dengan kencang. Misha
menyiku Farina untuk menyedarkannya dari lamunan. Farina mengalihkan
pandangannya. ‘Kau apahal pandang bos kita lama-lama?’, soal Misha. ‘Tak ada
apa-apa’, jawabnya gugup. Adam menghampiri mereka selepas situasi yang
memalukan itu. ‘Jam 9 nanti masuk kedalam office saya’, arah Adam. ‘Baiklah
Encik Adam’, jawab mereka. Edryan turut tiba selepas Adam. Misha dan Farina
menghadiahkan sebuah senyuman kepada Edryan. ‘Morning’, sapa satu suara. Misha
dan Farina memandang kearah suara tersebut. Kelihatan Marsha sedang berdiri
dibelakang Edryan. Senyuman Misha mati serta merta. Mereka tidak pernah tahu
bahawa Marsha akan bekerja di syarikat yang sama.
Selepas
diberi taklimat oleh Puan Fatimah dari bahagian sumber manusia, Misha dan
Farina di hantar ke jabatan yang telah ditetapkan. Sekali lagi, mereka
diletakkan dibawah Abang Bob sebagai pereka fesyen baru. ‘Guys, miss you so much’, ucap Abang Bob. ‘Ouh oppa, nado’, ucap Misha sambil tersenyum. ‘Oppa nado’, Farina tidak mahu mengalah. ‘Araso’, marah Abang Bob. ‘Korang inikan , sebab koranglah kedut aku
tumbuh’, katanya. Misha dan Farina hanya ketawa. ‘Okaylah, sebab hari ini first day korang. Nanti lunch dengan oppa ya. Oppa belanja.
Banyak ne oppa nak cerita dengan
kamu’, pelawa Abang Bob. ‘Yeahhh, oppa
belanja’, jerit mereka. ‘Shh, diamlah. Karang orang terdengar semua pulak nak
minta belanja’, tutur Abang Bob. Misha dan Farina kemudian, menekup mulut
mereka lalu ketawa dengan karenah sendiri. Abang Bob hanya menggelengkan
kepala. ‘Oppa jjang’, puji Misha. ‘Oppa daebakk!!’, puji Farina pula lalu
mereka ketawa. Tanpa mereka sedar, ada mata yang sedang memandang dengan penuh
kebencian. ‘Kemana pun kau pergi, semua orang sangat sukakan kau. Itu yang buat
hati aku sakit’, desis hatinya. Dia kemudian mula melangkah dari situ dan
berjalan menuju ke Administration Department.
Belum pun dia melangkah masuk, sudah terdengar pujian kakitangan tentang Misha
dan Farina. ‘Lepas ini, makin happeninglah
office kita’, ujar satu kakitangan. ‘Aku
memang setuju sangat dengan keputusan Encik Edryan tu. Sejak mereka praktikal disini, Encik Edryan
lebih banyak tersenyum dan tak murung’, ujar satu kakitangan pula. Marsha menggenggam tangannya. Dia melangkah
masuk kedalam jabatan tersebut. ‘Saiful, tolong berikan saya satu fail baru’,
arahnya menyebabkan semua kakitangan terdiam. Terkejut dengan kehadirannya
secara tiba-tiba. ‘Baiklah cik’, jawab Saiful.
‘Saya
keluar sebentar sebab ada hal emergency. Nanti kalau Encik Edryan cari, awak
suruh jak dia call saya, okay?’, pesannya kepada penolong pemasaran. Dia hanya
menggangguk tanda faham. Marsha berjalan keluar menuju ke tempat letak
keretanya lalu memecut keluar dari perkarangan syarikat. Dia kemudian
menghantar mesej kepada Shila untuk berbohong bagi pihaknya. Dia menuju
kesebuah pusat karaoke. Selepas memesan minuman keras, dia menyanyi sepuas
hati. Sejam kemudian, Shila tiba di tempatnya. Dia terlihat Marsha yang mula
mabuk akibat meminum minuman keras. ‘Babe, yang kau minuman siang-siang ini
apahal?’, marah Shila. ‘Babe, kau juga yang kata. Minum ini masa ada masalah’,
kata Marsha. Shila menggaru kepala yang tidak gatal. ‘Apa lagi masalah kau ini?
‘, soal Shila. Marsha ketawa. ‘Tak ada apa-apa, masalah dah selesai. Mari kita
minum babe’, ajak Marsha seraya meghulurkan gelas berisi alcohol kepada Shila.
‘Kalau aku minum macam mana kita nak balik nanti?’, soal Shila. ‘Alah, kau
mesejlah Rizal, suruh ambil kita’, Marsha memberi idea. ‘Pandailah kau, habis
kalau abang kau call aku macam mana pula?’, tanya Shila lagi. ‘Kau ini, kau
cakap jak dengan dia, kau tengah sakit sebab tu aku keluar awal’, ideanya lagi.
‘Memang pandai, sebab masalahnya sekarang bukan aku yang sakit tapi kau’, marah
Shila. Marsha mendengus geram. ‘Alah kau ini babe, tak puas hati. Nah kau mesej
dia sekarang. Biar dia tak call aku lagi. Lepas tu kau call Asni beritahu
perkara yang sama. Lepas kerja, suruh Asni datang sini. Tak pernah lagi aku
bawa Asni enjoy sejak dia datang’, arahnya seraya menyerahkan iPhone kepada
Shila. ‘ You are really something babe’,
ujar Shila.
‘Assalamualaikum,
buat apa tu?’, Misha menaip mesej lalu menghantarnya kepada Khairul Daniel. Lama
dia menunggu balasan tetapi langsung tiada. Berulang kali, Misha menjenguk
iPhonenya namun tetap tiada balasan. Akhirnya, dia membiarkan saja iPhone di
dalam meja. Khairul Daniel menanggalkan earpod dari telinganya. Dia mencapai
iPhone diatas meja. ‘Wow banyaknya notification’,
bicaranya sendiri. Dia langsung tidak menyedari mesej yang dihantar oleh Misha
melalui aplikasi ‘Whatsapp’. Dia
membuka akaun Instagram lalu menaip nama Instagram Misha. Sejak Misha sudah
punyai iPhone, dia telah menjadi stalker kepada Misha. Hampir setiap hari, dia
stalk Misha di Facebook, Twitter dan Instagram untuk memastikan Misha sentiasa
dalam keadaan yang baik. Dia terkejut apabila melihat gambar Misha dan Farina
di hadapan syarikat Edryan. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat
olehnya. ‘Gambar ini baru saja dimuat naik hari ini, so ertinya..’,
kata-katanya mati di situ. Dengan pantas, dia menutup aplikasi tersebut dan
mendail nombor telefon Misha namun tiada jawapan. ‘Alah, dia tak jawab pula’,
katanya lalu cuba mendail lagi. Setelah penat mendail, dia pun membuka aplikasi
‘Whatsapp’. ‘Dia dah mesej rupanya tadi’, ucapnya sambil memukul dahi. Dia
berfikir sebentar lalu mula menaip mesej. ‘Sorry, saya ada kerja sikit tadi. Meet me at my favourite restaurant after
work’, dia membaca beberapa kali sebelum menghantar kepada Misha. Selesai
menghantar mesej, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Kelihatan Katherine sedang
tersenyum di depan pintu biliknya dengan tangannya sarat dengan buah-buahan. ‘Hai,
you nak pergi lawat siapa?’, soal
Khairul Daniel. Katherine tersengih.
‘Bukan
I tak nak tapi I memang tak boleh. I ada janji dengan kawan I lepas kerja’,
ujar Khairul Daniel. Katherine membuang muka. ‘Siapa lebih penting, I atau
kawan you tu?’, soal Katherine. Khairul Daniel menarik nafas perlahan. ‘Masalahnya,
yang sakit tu pun produser you. Kenapa pula I kena ikut sekali?’, soal Khairul
Daniel pula. Kali ini Katherine tersenyum. ‘Sebab I nak kenalkan you dengan
produser I’, jawabnya. Khairul Daniel membuntangkan matanya. ‘No still means no’, balas Khairul
Daniel. ‘Lagipun, I ada meeting kejap lagi. So mungkin I akan ambil masa yang
lama’, dia memberi alasan. Katherine mengalah. ‘So sekarang baik you balik. I
tengah busy ne’, arah Khairul Daniel sambil melangkah keluar dari biliknya.
Katherine mengalah. Sedang dia mahu melangkah keluar, tiba-tiba iPhone Khairul
Daniel berbunyi. Dari paparan hadapan, dia dapat melihat mesej dari ‘Princess
Korean M’. ‘Your favourite restaurant??
Hihi Araso’, bacanya. ‘Princess
Korean M? Siapa pula tu? Kenapa mereka nak berjumpa di restoran kegemaran
Khairul?’, soalnya sendiri. ‘You still
here?’, tegur Khairul Daniel. Katherine terkejut lalu menjauhkan diri dari
iPhone Khairul Daniel. ‘I’m about to
leave’, katanya lalu melangkah pergi. Khairul Daniel mengerutkan dahi. ‘Apa
yang dia tengok tadi?’, soalnya sendiri. Dia mengambil iPhone yang tertinggal
lalu keluar semula. Katherine masuk kedalam keretanya. Mesej itu masih
menganggu fikirannya. ‘Takkan dia nak pergi jumpa perempuan tu?’, telahnya
sendiri.
Tepat
jam5 petang, Misha dan Farina keluar beriringan dari pejabat. ‘Far, aku balik
lewat sikit hari ini sebab aku nak jumpa neneklah’, ucap Misha. Farina
tersenyum. ‘Yalah tu, nenekkah atau cucu nenek?’, perli Farina. Wajah Misha
merona merah. ‘Kau inikan buat aku jeleslah. Kalaulah ada yang sudi masuk
meminang aku kan seronok’, tutur Farina. Misha mencuit pipi Farina. ‘Tentulah
ada. Takkan tak ada yang berkenan dengan kawan aku yang comel ne kan’,
sindirnya. Farina menolak tangan Misha. ‘Yalah, tapi jangan balik lewat sangat
tahu’, pesan Farina. ‘Araso, ahjumma’,
jawab Misha. Kelihatan Asni tergopoh-gopoh keluar dari pejabat. Dia tidak mahu
bertembung dengan Edryan kerana dia pasti banyak soalan yang akan di tanya. Baru
dia mahu melangkah keluar tiba-tiba namanya di panggil. ‘Asni’, panggil Edryan.
Mahu tidak mahu, dia terpaksa berpaling. ‘Yes bos’, jawabnya. ‘Kenapa awak
tergopoh-gopoh ne?’, soal Edryan. Asni cuba menenangkan diri. ‘Saya nak kena
balik cepat bos sebab Shila kan tak sihat. Tadi Marsha mesej saya beritahu’,
ucapnya. Edryan mengalah. ‘Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu ya bos’,
pamit Asni. ‘Awak tak nak saya tumpangkan, boleh juga saya lawat Shila sebentar
nanti’, pelawa Edryan. Gulp! Asni menelan air liurnya. ‘Err, dia tu bos ada
satu masalah sikit. Dia tak suka orang lawat dia masa dia tak sihat sebab dia
tak suka orang tengok dia lemah. Lagipun, tadi Marsha dah panggilkan teksi
untuk saya’, terangnya. Akhirnya, Edryan mengangguk lalu membiarkan Asni pergi.
‘Kenapa tu?’, soal Adam. ‘Astagafirullah Al-Azim! Kau ini kalau ya pun bagilah
salam dulu. Terkejut aku’, marah Edryan. ‘Opss !! I’m sorry’, pinta Adam sambil tersengih.
Adam
memandu perlahan sehingga ke simpang perhentian bas. Kelihatan Farina sedang
berdiri menunggu bas. Lelaki yang ada di situ memandang Farina dari atas
kebawah. Walaupun berasa tidak selesa namun Farina tetap tegar menunggu bas. Seorang
lelaki berdiri menghampiri Farina. ‘Hai seorang jak?’, tegurnya namun Farina
hanya mendiamkan diri. ‘Eleh, sombongnya’, marah lelaki itu. Tiba-tiba sebuah
kereta berhenti di hadapan Farina. Adam membuka tingkap keretanya. ‘Sayang
jom’, kata Adam. Naik merah telinga Farina mendengar perkataan sayang dari
mulut Adam. Tanpa mempedulikan degupan jantungnya, dia menaiki kereta Adam.
Lelaki yang menganggunya tadi terkejut melihat Adam lalu pura-pura bercerita
dengan sahabatnya yang lain. Khairul Daniel sudah siap menanti Misha. Makanan
juga sudah dipesan. ‘Sampai hati dia tak beritahu aku yang dia dah ada di
sini’, desis hatinya. ‘Ataupun, dia nak bagi surprise aku? Alah menyesalnya aku mengaku yang aku dah tahu’,
gumamnya lagi. ‘Tak apalah, yang penting dia dah ada di sini and I can’t wait to meet her after a while’,
bicaranya sendiri sambil tersenyum. Misha berjalan dengan perlahan sambil
mencari kelibat Khairul Daniel. Akhirnya, dia dapat mengesan lelaki itu sedang
duduk di meja paling hujung yang terletak di luar restoran tersebut. ‘Pandai
dia pilih tempat’, puji Misha. Dia pun berjalan sambil cuba menahan
senyumannya. Tidak mahu kelihatan teruja didepan Khairul Daniel. Kehadirannya,
mula disedari oleh Khairul Daniel lalu dia berdiri. Degupan jantung semakin
kencang. Khairul Daniel menghadiahkannya sebuah senyuman. Saat dia semakin
hampir, tiba-tiba.. ‘Sayang’, panggil satu suara. Langkah kaki Misha terhenti. ‘Katherine?’,
ucap Khairul Daniel terkejut. Misha berpaling dari arah Khairul Daniel. ‘Kenapa
you berdiri?’, soal Katherine lalu memandang kebelakang. Misha melangkah pergi
sambil memegang dadanya yang terasa sakit. Khairul Daniel terduduk. Katherine
tersenyum dalam hati sambil mengerling langkah Misha.
Comments
Post a Comment