Posts

Cinta Satukan Kita 15

Misha duduk di taman permainan kawasan perumahan mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Jalan sudah mula di terangi oleh lampu. Kelihatan beberapa anak muda berlari menuju ke masjid. Azan sudah berkumandang jam 6.15 petang tadi. Mungkin mereka baru pulang dari sekolah sebab itu lewat sedikit ke masjid. Misha tidak dapat menunaikan kewajibannya kerana sedang diserang oleh bendera merah. Akhirnya, dia berdiri dan mula melangkah pergi. Dia berjalan perlahan menuju kerumah sewanya. Dari jauh dia dapat melihat seseorang sedang berdiri di hadapan rumah mereka. ‘Khairul?’, ucap bibirnya. Dia mempercepatkan langkahnya dan apabila semakin hampir dia sengaja berjalan perlahan. Khairul Daniel bersandar di tepi keretanya. ‘Ehem’, Misha berdehem dan Khairul Daniel berpaling. ‘Assalamualaikum’, sindir Khairul Daniel. Misha tersenyum. ‘Waalaikumussalam’, jawabnya sedikit kasar. ‘Amboi garangnya’, perli Khairul Daniel. ‘Saya kan memang garang dari dulu lagi’, balasnya. Misha turut bersandar d...

Cinta Satukan Kita 14

Misha seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. Hatinya mula bersorak gembira. Tidak sabar dia mahu berkongsi berita gembira ini dengan Farina. ‘Far, Far’, panggil Misha. Farina keluar dari dalam rumah dengan penuh persoalan. ‘Apa dia? Apasal kau terjerit-jerit awal pagi ini?’, soal Farina. ‘Nah kau ambil ini’, katanya seraya menyerahkan sampul surat kepada Farina. ‘Apa ini?’, soal Farina sambil menyambut huluran sampul surat tersebut. ‘Bacalah sendiri’, arah Misha sambil memegang surat yang turut di terimanya. Farina membuka sampul surat itu dan membaca isi kandungannya. Hampir terlopong mulut Farina melihat isi surat tersebut. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. Dia memandang Misha yang memang sudah kelihatan teruja. ‘Makkkkk !!!’, jerit mereka serentak. Mak cik Aznah duduk disisi Puan Haliza. ‘Syukur Alhamdulillah. Akhirnya rezeki kamu tiba juga’, ucap Mak Cik Aznah. ‘Ayah kamu pasti bangga dengan kamu’, tambahnya lagi. Misha dan Farina lagilah b...

Cinta Satukan Kita 13

Awal pagi lagi kelihatan Misha, Marsha dan Farina sibuk memeriksa barang-barang mereka untuk di bawa balik ke kampung. Tepat jam7 pagi, Khairul Daniel datang menjemput mereka. Edryan dan Adam juga turut serta. Sepanjang perjalanan ke terminal bas, Misha dan Khairul Daniel hanya mendiamkan diri. Manakala, di kereta Adam pula Edryan tidak henti-henti memberikan pesanan. ‘Nanti adik balik sana, kirim salam dengan mak dan ayah adik tahu’, pesan Edryan. Marsha hanya menggangguk. Sesekali Adam mengerling Farina melalui cermin belakang. ‘Kan bagus aku naik kereta Khairul tadi’, rungut Farina dalam hati. ‘Betulkah adik tak nak abang ikut adik ini?’, soal Edryan. Marsha bersahaja. ‘Berilah kami masa abang untuk menerima kenyataan ini. Lagipun adik kesian dengan Misha, Cuma adiklah satu-satunya kakak yang dia ada’, ucap Marsha menyakinkan Edryan. Farina mengerling kearah Marsha. ‘Kenapa aku rasa, dia macam tak ikhlas dengan kata-kata dia ar?’, gumam hati Farina. ‘Kau ini Ed, kan Marsha dah ...

Cinta Satukan kita 12

Misha terkaku. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. ‘ Who is she ?’, bentak Katherine sambil memandang Misha yang sedang menunduk. Perasaan Misha mula bercampur baur. Dia berasa malu apabila dia perasan semua mata mula memandang mereka. Khairul Daniel mengeluh pelahan. Dia kasihan melihat wanita dihadapannya yang terpaksa berhadapan dengan situasi ini. ‘Misha, please be strong ’, ucapnya dalam hati dan seraya itu Misha mengangkat mukanya lalu mata mereka bertemu seketika. Pandangan Misha seolah dia dengar isi hati Khairul Daniel. ‘ Okay, let me explain it to you ’, pujuk Khairul Daniel. ‘ Let’s go somewhere else ’, ajak Khairul Daniel sambil mengerling Misha. Cuba untuk melihat reaksi Misha. Katherine mula hilang sabar. ‘ No , kenapa tak boleh explain disini? Kenapa perlu pergi ketempat lain?’, soal Katherine berbi-tubi. Khairul Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lantas Misha berdiri. ‘Maafkan saya tapi saya kena pergi sekarang’, ucapnya seraya mula melangkah. Katherine ...