Cinta Satukan kita 12


Misha terkaku. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. ‘Who is she?’, bentak Katherine sambil memandang Misha yang sedang menunduk. Perasaan Misha mula bercampur baur. Dia berasa malu apabila dia perasan semua mata mula memandang mereka. Khairul Daniel mengeluh pelahan. Dia kasihan melihat wanita dihadapannya yang terpaksa berhadapan dengan situasi ini. ‘Misha, please be strong’, ucapnya dalam hati dan seraya itu Misha mengangkat mukanya lalu mata mereka bertemu seketika. Pandangan Misha seolah dia dengar isi hati Khairul Daniel. ‘Okay, let me explain it to you’, pujuk Khairul Daniel. ‘Let’s go somewhere else’, ajak Khairul Daniel sambil mengerling Misha. Cuba untuk melihat reaksi Misha. Katherine mula hilang sabar. ‘No, kenapa tak boleh explain disini? Kenapa perlu pergi ketempat lain?’, soal Katherine berbi-tubi. Khairul Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lantas Misha berdiri. ‘Maafkan saya tapi saya kena pergi sekarang’, ucapnya seraya mula melangkah. Katherine turut berdiri. ‘Kenapa awak nak melarikan diri? Awak takut dengan kenyataan yang awak akan dengar? Awak takut untuk mengaku yang awak dah rampas boyfriend saya!’, tengking Katherine. Air mata Misha mula mengalir. Dia tidak mahu berpaling kerana dia tidak punya kekuatan. Malu, memang malu sebab semua orang sedang memandang. Khairul Daniel turut berdiri. ‘Stop it Kath’, arah Khairul Daniel. Katherine berpaling kearah Khairul Daniel sambil tersengih. ‘Kenapa? Kenapa awak nak sangat sokong perempuan perampas ini? Kenapa you dah tidur dengan perempuan perampas inikah?’, soal Katherine lagi. Misha berpaling semula. Khairul Daniel menumbuk meja makan tersebut. Katherine terkejut. ‘Jangan sesekali you cakap yang bukan-bukan tentang Misha. She’s a nice girl. Kalau you tak nak dengar penjelasan I, It’s okay. I’m off’, marah Khairul Daniel dan buat pertama kali dia menuding jari kearah Katherine.

Khairul Daniel berjalan menghampiri Misha lalu mencapai tangannya. ‘Let’s go’, ucapnya lalu membawa Misha keluar dari tempat itu. Katherine terlopong. ‘Khai, Khai’, panggilnya namun Khairul Daniel mengendahkan. Misha melepaskan pegangan. Khairul Daniel berpaling. ‘Kenapa?’, soalnya. Misha tersenyum sambil menggeleng kepala. Dia memandang kedalam restoran tersebut. ‘Saya yang sepatutnya pergi. Awak kena bagi penjelasan dengan dia’, ucap Misha. Khairul Daniel mengerutkan dahi. ‘Saya nak jelaskan apa lagi Misha? Dia tak nak dengar apa-apa pun. Lepas tu, dia boleh cakap bukan-bukan pasal awak’, marah Khairul Daniel. Misha sedar semua itu tetapi baginya Katherine tidak bersalah. Itu adalah perasaan cemburu yang memang wujud dalam hati setiap manusia. ‘Biar macam mana pun, awak kena jelaskan status dan keadaan kita yang sebenar. Biarlah saya balik dulu’, pinta Misha berharap agar Khairul Daniel mengerti. Khairul Daniel mengeluh perlahan. ‘Siapa hantar awak balik?’, soal Khairul Daniel risau. Misha menjadi serba tak kena. ‘Emm, ar..na.nanti’, kata-katanya mati disitu apabila Khairul Daniel tersenyum. ‘Kenapa?’, soal Misha sambil mengerutkan dahi. Khairul Daniel menarik tangan Misha. ‘Kenapa ini?’, soal Misha. Khairul Daniel ketawa. ‘Ada hati nak orang bagi penjelasan tapi awak nak balik jalan kaki. Katherine tu tak apa esok saya pujuk cairlah tu’, terang Khairul Daniel. Mahu tidak mahu Misha terpaksa melangkah. ‘Tapi, Katherine?’, tutur Misha. ‘Katherine ada kereta pandailah dia balik sendiri. Paling penting keselamatan awak sebab awak kan tunang saya’, ucap Khairul Daniel. Wajah Misha terasa panas. Walaupun kenyataan ini hanya sementara tetapi sekurang-kurangnya dia bahagia apabila Khairul Daniel mengakui dirinya sebagai tunang.

Shila ketawa. ‘Babe, really?’, soal Shila terlopong. Marsha tersengih. ‘Jadi selama ini budak itu anak orang kaya? Wow! Awesome!’, ujar Shila seakan tidak percaya. Mereka berdua ketawa. Shila memandang Marsha yang sedang meraih kemenangannya. ‘Habis tu, ‘abang’ kau tak marahkah kau keluar malam?’, soal Shila lagi. Marsha menggeleng kepala. ‘Abang’ aku tu pun satu, sama bodoh dengan adik kandung dia. Aku cakap aku belum dapat sesuaikan diri tinggal di rumah diorang sebab itu aku minta masa dengan dia. Itu pun dia percaya’, terang Marsha lalu mereka tertawa. Shila mengerutkan dahi. ‘Orang tua kau macam mana?’, tanya Shila. Marsha memandang Shila lalu menghadiahkannya sebuah senyuman yang penuh makna. Misha masuk kepejabat dengan senyuman yang manis dituruti dengan Farina. Dia cuba tersenyum walaupun sebenarnya hatinya diulit resah. ‘Babe, hari ini hari terakhir kita kat sini. Emm sedih pula nak tinggalkan syarikat ne. Cepatnya masa berlalu kan’, ucap Azlan a.k.a Azie. ‘Yalah, lepas ini kita akan berada di dunia pekerjaan yang sebenar’, tambah Farhan. Khairunissa juga turut bersedih. ‘Tak apalah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Janji lepas ini kita keep in touch tahu’, ucap Farina. Misha tersenyum melihat rakan seperjuangannya. ‘Lepas ini korang pergi mana?’, soal Misha. ‘Aku continue studies lagi, maybe aku ambil pengajian jarak jauh. Study sambil kerja’, jawab Khairunissa. ‘Kami pula, rancang nak buka butik sendiri. Business partner’, ujar Farhan sambil teruja. Misha dan Farina hanya tersenyum. Mereka berdua langsung tiada apa-apa tujuan lepas praktikal. ‘Aku dan Misha balik kampunglah tanam jagung’, gurau Farina menyebabkan kami semua tergelak. Abang Bob yang mendengar perbualan mereka turut tersenyum. ‘Macam-macamlah dorang ini’, desis hatinya. Sebuah jamuan secara kecil-kecilan diadakan sempena hari terakhir pelajar praktikal. ‘Ingat, ini bukanlah pengakhiran kerjaya kamu. Jangan pernah berhenti untuk mencuba didunia ini. Selagi adanya matahari, selagi itu kamu jangan mengalah’, nasihat Adam. Kelihatan semua pelajar praktikal mula mengalirkan air mata.

‘All the best guys, saya yakin dengan bakat dan semangat yang kamu ada tak mustahil kamu tak boleh berjaya’, tambah Edryan. Hadiah juga turut diberikan sebagai tanda menghargai usaha keras mereka. Mereka semua kemudian, bersalaman dengan kakitangan syarikat. Setiap yang manis pasti akan ada yang pahit. Selepas waktu tengah hari, pelajar praktikal menyiapkan saki baki kerja mereka. Semuanya sibuk menulis laporan dan meminta markah penilaian praktikal mereka. ‘Misha, Encik Edryan panggil’, ujar Puan Sarimah. Misha hairan. Farina memandang Misha. ‘Pergi jaklah, mana tahu dia offer kerja’, telah Farina. ‘Kau ini ada-ada jaklah’, kata Misha seraya berdiri dan menuju ke bilik pejabat Edryan. Misha mengetuk pintu. ‘Masuk’, arah Edryan dari dalam. Misha masuk dengan seribu pertanyaan. Adam juga ada di dalam bilik Edryan. ‘Duduk’, arah Edryan lagi. Misha menurut. Adam hanya menyibukkan diri dengan iPhone. Apabila Edryan berdehem barulah Adam berhenti bermain iPhone. ‘Ada apa Encik Edryan panggil saya?’, soal Misha. Adam berdehem. ‘Awak tahu apa kesalahan yang awak telah lakukan?’, soal Adam. Misha memandang Adam dengan seribu satu persoalan. Wajah serius Adam juga menggerunkannya. Misha menggeleng kepala. ‘Awak tak tahu atau awak buat-buat tak tahu?’, tanya Adam dengan nada yang sedikit tinggi. Misha terkejut dengan sikap Adam namun dia masih cuba berlagak tenang. ‘Kalau Encik tak beritahu macam mana saya nak tahu’, jawab Misha. Edryan terketawa. Misha memandang Edryan. ‘Dah gilakah bos aku ini?’, gumamnya dalam hati. Adam juga turut ketawa. ‘Tak adalah Misha, oppa gurau jak’, tutur Edryan. ‘Fuhh! Kecut perut aku’, ucapnya dalam hati. Edryan dan Adam masih ketawa. Sejak kebelakangan ini, wajah ceria Edryan sering terlihat. Mungkin bahagia dengan kehidupannya sekarang. ‘Muka Misha dah pucat dah tadi’, perli Adam. Misha menjeling Adam. Edryan berdehem lagi agar Adam berhenti ketawa. Adam menarik nafas perlahan lalu membetulkan duduknya.

‘Begini Misha, oppa nak beri sedikit sumbangan kepada keluarga Misha kerana selama ini telah menjaga Marsha ataupun nama sebenarnya Eryana dengan baik. Untuk itu, oppa rasa oppa perlu bertemu dengan keluarga Misha’, terang Edryan. Misha tersedak mendengar cadangan Edryan. ‘Apa aku nak buat ini?’, soalnya dalam hati. ‘Kami tahu wang ringgit tidak dapat membalas jasa baik keluarga Misha tapi sekurang-kurangnya dengan sumbangan ini tanda penghargaan oppa’, tambah Edryan lagi. Adam turut menggangguk tanda setuju. Misha hanya mendiamkan diri. ‘Misha, janji dengan kak jangan pernah beritahu mak dan ayah tentang semua ini’, terngiang-ngiang kata Marsha kepadanya. Edryan dan Adam memandang Misha yang hanya mendiamkan diri. ‘Kak bukan apa, kak tak nak mak dan ayah berasa sedih. Misha tahukan bagaiman keadaan mak sekarang’, kata-kata Marsha ada benarnya. Misha lantas berdiri. Edryan dan Adam terkejut dengan kelakuan Misha. ‘Maafkan saya Encik, saya rasa ini bukan saat yang sesuai untuk bertemu dengan kedua orang tua saya. Lagipun, saya yakin Marsha juga belum dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Orang tua saya juga tak pernah sekali pun merungut apabila membesarkan kami berdua’, ucap Misha. Edryan terdiam. ‘Misha, maksud Ed bukan macam itu’, Adam cuba menjelaskan. ‘Saya faham niat Encik tapi perkara ini masih terlalu baru buat kami semua. Lagipun saya tak nak kedua orang tua saya bersedih. Berilah kami masa untuk menjelaskan kepada mereka’, pinta Misha. Adam cuba menenangkan Misha namun Edryan menegah. ‘Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu’, pamit Misha. Edryan menyandarkan diri di kerusinya. Adam mengeluh. ‘Aku dah kata Ed, ini bukan masanya. Kau tengok sekarang budak tu dah merajuk. Last day pula tu merajuk’, omel Adam. Edryan hanya mendiamkan diri. Ada betul juga kata Adam. Perlahan Edryan mula rasa bersalah.

Katherine hanya memandang keluar kafe tersebut. ‘Listen, this is not like what you think’, ujar Khairul Daniel. Pertemuan hari ini adalah untuk menyelesaikan salah faham antara dia dan Katherine namun wanita di hadapannya ini terlalu ego. Khairul Daniel mengeluh. ‘Kalau awak tak nak dengar, sampai bila-bila pun masalah kita tak selesai. Kalau awak dah tak percayakan saya, itu terpulang. Sekarang ini semua keputusan di tangan awak’, Khairul Daniel mula mengalah. Dia menyandar di sofa empuk milik kafe tersebut. Buat seketika, mereka berdua berdiam diri. Memberi ruang untuk mereka berfikir. Katherine menjeling kearah Khairul Daniel yang hanya mendiamkan diri sambil memandang keluar. Perlahan hatinya diulit rasa bersalah. ‘I’m ready to listen to your explanation’, ucapnya tanpa memandang Khairul Daniel. Hati Khairul Daniel sedikit lega apabila mendengar kata Katherine. Dia pun mula menceritakan segalanya. Katherine mendengar dengan wajah yang serius. ‘Jadi sebab tulah awak ambil dia jadi tunang awak?’, soal Katherine. Khairul Daniel menggangguk. ‘Saya upah dia sebenarnya sebab masa tu dia sangat perlukan duit. Dan saya tak nak tengok nenek kecewa’, terang Khairul Daniel. Katherine tersengih. ‘Rupanya, dia cuma nak duit’, tuturnya. ‘Ingatkan baik sangat. Habis tu sekarang kita macam mana?’, soal Katherine lagi. Khairul Daniel menarik nafas perlahan. ‘Beri saya masa untuk menjelaskan semua ini dengan nenek. Untuk lebih adil lagi, biar saya selesaikan masalah ini dulu’, pintanya. Katherine tidak puas hati. ‘Sampai bila? Macam mana kalau perempuan tu dah jatuh hati dengan awak? Senang cerita, awak suruh dia bayar balik duit awak lepas tu awak beritahu nenek yang selama ini dia Cuma nakkan duit awak jak’, cadang Katherine sambil membuang muka. Khairul Daniel menarik tangan Katherine lalu menggenggamnya. ‘Tiada siapa yang mampu gantikan tempat awak. Saya tak pernah ada hati dengan dia. Kalau awak betul-betul sayangkan saya, awak akan mengerti maksud saya’, pujuk Khairul Daniel.

Walaupun hatinya menidakkan kata-kata yang terkeluar dari bibirnya. Perlahan dia mengeratkan genggaman tangannya. ‘Betulkah apa yang kau lakukan ini Khairul?’, soalnya sendiri. Katherine berpaling dan turut menggenggam tangan Khairul Daniel. Kedua-dua mereka tersenyum. ‘Janji lepas semua ini selesai, awak kembali kepangkuan saya’, ucap Katherine. Biarpun perit, Khairul Daniel menggangguk. Farina sedang sibuk mengemas mejanya. Kelihatan Misha hanya berdiam diri sejak keluar dari bilik Edryan. ‘Misha, kau dah siapkah?’, soal Farina namun tiada jawapan dari Misha. Farina menghampiri meja Misha seraya berdehem. ‘Assalamualaikum’, ucap Farina. Misha terkejut apabila Farina berada di hadapannya. ‘Eh, kau ini terkejut aku’, marah Misha. Farina mencebik. ‘Siapa suruh asyik mengelamun, teringatkan buah hati ya?’, sindir Farina. ‘Mana ada’, nafi Misha. Farina mengalah. ‘Far, esok aku nak balik kampung. Kau nak ikut tak?’, soal Misha. ‘Mestilah, itu pun kampung aku tahu’, gurau Farina seraya mereka ketawa. Akhirnya, mereka siap mengemas barang-barang peribadi mereka. Lalu, mereka mula berjalan keluar dari jabatan tersebut. ‘Khairul jemput kau kah?’, soal Farina. Misha menggangguk seraya tersenyum. Senyuman itu amat pahit. ‘Bestnya ada tunang. Dahlah handsome, kaya ada kereta lagi’, puji Farina. Misha menyiku Farina. ‘Itu semua tak menjamin kebahagiaan tahu’, pesan Misha. Farina hanya ketawa. Semasa berada di hadapan lif, mereka bertembung dengan Adam. ‘Emm, korang balik naik apa?’, soal Adam seraya mengerling kearah Farina. Misha dapat menangkap niat Adam. ‘Saya kena jemput oleh Khairul. Farina, emm.. entahlah dia nak balik naik apa’, sindir Misha. Farina membuntangkan matanya. ‘Apa punya kawanlah dia ne’, gumamnya dalam hati. ‘Tapi kalau Farina nak, dia boleh tumpang saya juga’, tambah Misha lagi. Adam berdehem. ‘Misha, aku tumpang kau jak lah’, pinta Farina. Misha mengerling Adam sebelum dia mengangguk.

‘Amboii, bukan main lagi ya. Cakap jaklah dari tadi nak hantar Farina balik. Tak perlu berbunga-bunga’, marah Misha sendiri sambil menghantar pemergian Farina dan Adam ketempat letak kereta. Dia tersenyum sendiri. ‘Bukan main merah lagi wajah Farina, bila Encik Adam tolong angkat barang dia. Diorang ini dah jatuh cinta pun masih na menafikan perasaan tu lagi’, perli Misha lagi. Tiba-tiba, kedengaran suara seseorang berdehem dibelakangnya. ‘Ehem’, Edryan berdehem untuk mengejutkan Misha yang sedari tadi tak berhenti berbicara sendiri. Misha terkejut dengan kehadiran Edryan. Seketika kemudian, dia mengingati kelakuannya tadi. ‘Alamak, dia nampakkah?’, soalnya dalam hati. Wajahnya mula merona merah. ‘Encik Edryan’, sapanya. ‘Dah nak balik?’, soalan bonus dia tanya. Edryan menahan geli hati. ‘Taklah, baru nak pergi kerja ini’, jawabnya. Misha, Misha apalah bengapnya soalan kau tu. Kepalanya bagaikan dihempap oleh batu. Dia tersengih. Lalu mereka berdua terdiam. Mula rasa kekok apabila hanya mereka berdua yang berdiri di sana. ‘Misha, apa yang terjadi tengah hari tadi..Saya betul-betul minta maaf’, ucap Edryan. Misha menggeleng kepala sambil tersenyum. ‘Encik tak salah, saya yang patut minta maaf’, katanya. ‘Tapi saya yang mulakan so memang salah saya. Maafkan saya Misha’, tutur Edryan lagi. Misha tersenyum lagi. ‘Tak apa saya dah maafkan Encik dan saya harap pun Encik dapat maafkan saya’, pinta Misha. Edryan tersenyum. ‘Saya takkan maafkan awak’, tegas Edryan. Misha berpaling kearahnya. ‘Kenapa?’, soal Misha bingung. ‘Sebab awak dah tak anggap saya sebagai ‘oppa’ dan awak dah tak panggil saya ‘oppa’ lagi. Saya tak boleh maafkan kesalahan itu’, rajuk Edryan. Misha memandang lantai bumi. ‘Mianhae Oppa’, ucap Misha. ‘Bolehkan awak jadi ‘oppa’ saya lagi?’, soal Misha. Edryan makin tersenyum lebar. ‘Of course’, ucap Edryan dengan semangat. Mereka berdua berpandangan lalu ketawa.

Khairul Daniel mencebik. ‘Eh, kau tak malukah nak ketawa dengan tunang orang’, tegur Khairul Daniel menyebabkan Edryan dan Misha tersentak. Misha mula risau. ‘Kenapa? Dia ini tunang kau jak, belum jadi isteri kau lagi’, Edryan tidak mahu mengalah. Misha memandang mereka berdua bersilih ganti. ‘Enough okay’, pinta Misha. Khairul Daniel makin galak. ‘Tapi dia ini tunang aku’, jelasnya sambil menunjuk kearah Misha. Edryan mengigit bibir. ‘So..’, kata-katanya mati apabila ditegur oleh seorang perempuan. ‘Korang berdua ni tak malukah bergaduh depan public?’, tegur Dania Ayerina seraya menghampiri mereka. ‘Oh, Unnie’, sapa Misha. Dania Ayerina memberi pandangan maut kepada mereka berdua. Edryan pura-pura melihat kearah lain. Begitu juga Khairul Daniel. Misha tersenyum melihat gelagat mereka. ‘Unnie, mereka ini asyik bergaduh jak. Boleh tak unni hantar Misha balik?’, soal Misha dengan nada manja. ‘Tak boleh!!’, jawab Edryan dan Khairul Daniel serentak sebelum sempat Dania Ayerina menjawap. Dania Ayerina dan Misha saling berpandangan. Dania Ayerina memandu dengan tenang dan cermat manakala Edryan hanya tersengih disebelahnya. ‘Do you mind sharing?’, soal Dania Ayerina yang ingin tahu. Edryan tersenyum. ‘Lagi satu, kenapa awak tak bawa kereta hari ini?’, soalnya lagi. ‘Sebab saya nak awak jemput saya. Lagipun dah lama nak tengok awak drive’, jawab Edryan. Dania Ayerina tersenyum bahagia. Edryan juga tak lekang dengan senyuman. ‘Sekarang ini saya rasa sangat bahagia. Saya dah jumpa adik saya dan juga kekasih yang selama ini saya rindu’, sambungnya lagi. Dania Ayerina jadi tidak keruan. ‘Kalau awak nak berjiwang, janganlah sekarang. Saya tengah drive ini. Silap-silap kita accident nanti’, marah Dania Ayerina. Wajahnya mula merona merah. Edryan ketawa menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi. ‘Gwiyo’, pujinya. Dania Ayerina terketawa. ‘Sejak bila awak pandai bahasa Korea ini?’, soalnya. Edryan tersenyum lagi. ‘Sejak Misha praktikal dengan saya’, jawabnya dengan riang. ‘Amboii, saya tengok awak dengan Misha memang sangat sesuai kalau jadi adik beradik. Ada chemistry’, kata Dania Ayerina. ‘Macam kita juga, ada chemistry’, tambahnya lagi menyebabkan wajah Dania Ayerina semakin merona merah.

Kelihatannya Edryan sangat bahagia. ‘It’s been a while since I lasted see you smile’, ucap Dania Ayerina. ‘For now on, you will be sick seeing me smile everyday’, gurau Edryan. Dania Ayerina tersenyum lebar. ‘We will see then’, balasnya lalu mereka menuju ke café kegemaran Edryan. Khairul Daniel dan Misha hanya berdiam diri. Tidak tahu apa yang harus dibicarakan. Selalunya setiap kali bertemu ada saja jenaka atau perselisihan yang terjadi antara mereka namun kali ini berbeza. ‘Emm, esok saya balik kampung?’, Misha mula membuka bicara. ‘Berapa lama awak dekat sana?’, soal Khairul Daniel.  Misha tersenyum. ‘Lama jugalah’, jawabnya. ‘Jangan lama sangat nanti saya rindu’, tutur Khairul Daniel. Misha tertunduk malu. Dia hanya mendiamkan diri. ‘Awak tak nak saya ikutkah? Saya belum pernah jumpa mam awak lagi’, kata Khairul Daniel. Misha terkedu. ‘Emm, er.. taka pa suatu hari nanti saya akan perkenalkan mama saya dengan awak tapi bukan sekarang. Lagipun awak tak boleh pergi jauh. Katherine kan ada’, ujar Misha. Khairul Daniel terdiam. ‘Sejujurnya, kemunculan Katherine membuat aku rasa resah, membuat aku rasa takut. Takut untuk kehilangan wanita yang berada disisiku sekarang. Adakah ini ketentuan Illahi atau hanya ujian semata?’, desis hatinya sambil mengerling Misha. ‘Kenapa perasaanku mula berbelah bagi? Antara sayang dan kasih, aku terperangkap sendiri’, tambahnya lagi. Misha menjeling Khairul Daniel yang memandu dengan tenang. ‘Kemunculan Katherine juga membuat aku rasa resah, rasa gelisah dan takut. Takut untuk kehilangan lelaki yang berada disebelahku. Adakah ini yang dinamakan cinta atau Cuma rasa sementara?’, desis hati Misha. ‘Namun aku harus akur, kau buan milikku yang hakiki. Kau hanyalah pinjaman Allah kepadaku buat sementara waktu. Pertemuan kita ini mungkin merupakan satu kesilapan’,sambungnya lagi. Lantas dia memandang keluar tingkap kereta melihat keindahan dunia luar yang penuh dengan kesesakan. ‘Lepas ini awak nak buat apa?’, soal Khairul Daniel menyebabkan Misha tersedar dari dunianya sendiri. Misha menghadiahkan senyuman. ‘Cari kerjalah’, jawab Misha. ‘Kalau awak nak, awak boleh kerja dengan saya. Jadi setiausaha saya’, ucapnya sambil tersengih. ‘Amboii, habis tu setiausaha awak tu, awak nak simpan kat mana?’, gurau Misha. ‘Kat luar’, balasnya lalu mereka ketawa.

Akhirnya mereka tiba di hadapan rumah sewa Misha. Khairul Daniel membantu Misha mengeluarkan barang kepunyaannya dari bonet kereta. ‘Aik? Farina belum sampaikah?’, soalnya. Misha membuka beg tangannya untuk mencari kunci rumah. ‘Alamak, saya tak ada bawa kuncilah’, ucapnya panik. Khairul Daniel meletakkan barang Misha ditepi pagar. ‘Kunci dengan Farinalah, Kak Marsha pula tak balik hari ini’, katanya. Khairul Daniel tersenyum melihat telingkah Misha. ‘Kejap biar saya call Farina’, katanya seraya mencari telefon bimbitnya. Kali ini Khairul Daniel menghalang. Dia mengambil telefon bimbit Misha. ‘Kenapa?’, soal Misha bingung. ‘Tak payahlah ganggu Farina. Siapa suruh tak bawa kunci rumah sendiri’, jawabnya. Misha mencebikkan bibir. ‘Habis tu takan saya nak tunggu kat luar sampai Farina balik?’, marahnya. Khairul Daniel tersenyum lagi. ‘Tak apa saya akan temankan awak’, gurau Khairul Daniel. Misha mendengus geram. Khairul Daniel tesenyum lagi. Di menarik Misha masuk semula kedalam kereta lalu memasukkan semula barang Misha kedalam bonet. Setelah itu, dia memandu keluar dari kawasan perumahan Misha dan menuju ke suatu tempat. ‘Kita nak pergi mana? Saya nak packing barang lagi, esokkan nak balik kampung’, kata Misha. ‘Kita pergi makan ice cream kejap’, jawabnya. Misha mendengus lagi sambil memeluk tubuh. ‘Kemanalah Farina pergi?’, soalnya. Farina mendepakan tangannya. Menghirup udara petang yang segar. Bunyi ombak dan tiupan angin mula bersatu menyapa gegendang telinga Farina. Adam menangkap gambar Farina secara senyap. ‘Cantik’, pujinya sendiri lalu berjalan menuju kearah Farina. ‘Kenapa awak bawa saya kesini?’, soal Farina. ‘Saja, saya nak awak temankan saya tengok matahari tenggelam’, jawabnya. Farina tersengih. ‘Apa buat apa lepas ini?’, soal Adam. ‘Lepas ini? Kalau awak hantar saya balik, saya akan packing barang sebab esok saya dan Misha akan balik ke kampung’, balasnya separuh bergurau. Riak wajah Adam berubah. ‘Tak sabarnya nak balik kampung’, ucap Farina teruja. ‘Bila awak akan kembali kesini?’, soal Adam lagi. Farina berfikir sejenak. ‘Tak tahulah, kalau rezeki saya ada disini, saya akan kembali semula kesini kalau tak saya akan cari kerja dekat kampung saya tu’, jelas Farina. Adam menggangguk dengan penjelasan Farina. ‘Saya yakin rezeki dan jodoh awak ada disini’, ucapnya seraya tersenyum. Farina menjeling Adam lalu turut tersenyum. ‘In Sha Allah’, tuturnya. Matahari pun mula tenggelam. Jantung Adam mula berdebar.

Dirinya merasa resah. ‘Come on Adam, you can do it’, dia memberi semangat kepada dirinya sendiri. Farina masih asyik menyaksikan keindahan matahari. ‘Farina’, panggil Adam. Farina berpaling kearah Adam. ‘Emm’, jawabnya sambil memandang Adam. ‘Err.. err awak, awak’, Adam mula bergetar. Farina masih memandang Adam menanti apa yang Adam hendak perkatakan. Dada Adam terasa semakin sesak. ‘Awak.. rasa..’, ucapna terketar-ketar. ‘Rasa apa?’, soal Farina bingung. ‘Awak rasa lapar tak?’, tutur Adam. Farina ketawa. Adam mengetap bibirnya. ‘Lapar jugalah’, jawab Farina. Adam tersenyum. ‘Kalau lapar jom kita pergi makan’, ajak Adam. Farina masih ketawa. ‘Ingatkan apa awak nak cakap tadi. Sampai terketar-ketar lagi’, sindir Farina. Adam benci dengan dirinya. ‘Stupid’, gumam hatinya lalu mereka berjalan menuju ke restoran yang terletak di Tanjung Aru. ‘Kalau macam ini, sampai bila-bila pun kau tak dapat luahkan isi hati kau Adam’, marahnya sendiri dalam hati. ‘Boleh tak awak berhenti senyum?’, marah Dania Ayerina. ‘Dari tadi pekerja restoran ini asyik pandang awak jak’, sambungnya lagi. Cemburu apabila semua mata tertumpu kearah Edryan. ‘Biarlah diorang pandang, saya Cuma pandang awak seorang jak. Lagipun senyum tu kan sedekah’, jawabnya sambil tersengih. Dania Ayerina mendengus geram. ‘Suka hati awaklah’, tutur Dania Ayerina. Edryan tersenyum. ‘Gwiyo’, pujinya lagi menyebabkan Dania Ayerina terketawa. ‘Gemanhae’, marah Dania Ayerina sambil cuba menahan senyumannya. ‘Araso, unnie’, gurau Edryan lagi. Dania Ayerina ketawa. ‘Daebak Oppa!!’, puji Dania Ayerina. Edryan tersenyum. Mereka menikmati makanan yang dipesan dengan senyap. ‘Awak rasa okay tak kalau saya ambil Misha sebagai adik angkat saya? Mesti dia sunyi selepas Marsha bertemu dengan keluarga kandung dia’, ujar Edryan. Dania Ayerina berfikir sebentar. ‘Awak kena ambil kira juga perasaan Marsha kalau awak nak jadikan Misha adik angkat. Perasaan ibubapa Misha juga awak tak boleh lupakan’, pesan Dania Ayerina.Edryan mengangguk tanda setuju. ‘Sekarang ini saya tengah tunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan keluarga Misha. Saya juga bercadang nak ambil Misha dan Farina berkerja di syarikat saya’, jelasnya lagi. ‘Itu saya sangat setuju lagipun mereka sangat berbakat dan pekerja yang sangat berdisiplin’, tambah Dania Ayerina. Edryan tersenyum. ‘Amboii, awak kalau pasal Misha dan Farina semua pun awak setuju. Mentang-mentanglah korang satu geng’, sindir Edryan. Dania Ayerina menampar bahu Edryan.

Khairul Daniel dan Misha duduk di kerusi yang disediakan di Baskin Robbin. Khairul Daniel menghulurkan aiskrim yang dipilih oleh Misha. ‘Wahhh, machi khuta’, puji Misha. Khairul Daniel tersenyum. Misha menyuap aiskrim kedalam mulutnya. ‘Nanti awak balik tahu nenek tahu, saya balik kampung. Saya tak naklah nanti dia cari saya’, pesan Misha. ‘Beritahulah sendiri’, marah Khairul Daniel. ‘Saya ni bukan posmen’, tambahnya lagi sambil membuang muka. Misha mencebikkan bibir. ‘Awak ingat awak handsomekah buat muka macam tu’, perli Misha sambil ketawa. ‘Okaylah, kalau macam itu lepas ini saya nak singgah tempat nenek’, ucap Misha. Khairul Daniel menggangguk. ‘Misha, awak masih ingat tak masa birthday Khairil dulu?’, soal Khairul Daniel tiba-tiba. ‘Ingat, kenapa?’, jawab Misha. Khairul Daniel tersengih. ‘Awak masih ingat tak Magic spell yang awak ajarkan Khairil?’, soal Khairul Daniel lagi. Kali ini Misha tersedak. ‘This is not what I am thinking right?’, soal Misha. Khairul Daniel tersengih sambil mengangkat keningnya yang tebal. ‘Ande, aniyo, shirheo’, ucapnya separuh menjerit. Khairul Daniel ketawa. Selepas itu, mereka menuju kerumah Datin Linda. Lama Misha dan Datin Linda bercerita. Khairul Daniel menanti di ruang tamu dengan penuh sabar. Dia kemudian keluar menuju ke keretanya lalu mengambil meletakkan sesuatu di kerusi penumpang disebelahnya. ‘Kalau Misha tak dapat kerja, Misha kerja jak lah dengan nenek’, ujar Datin Linda sambil menghantar Misha keluar rumah. ‘In Sha Allah nek, ada rezeki adalah’, ucap Misha. Selesai bersalaman dan memeluk Datin Linda, Misha masuk kedalam kereta. Khairul Daniel buat tidak tahu. ‘Apa ini?’, soal Misha lalu menarik benda keras yang mengena punggungnya.

Khairul Daniel hanya memandu dengan tenang. ‘To Misha’, bacanya sambil menjeling Khairul Daniel. Dia membuka bungkusan tersebut dan mendapat sebuah iPhone 5s berwarna gold ada didalam. Misha terkejut sambil memandang Khairul Daniel. ‘Apa ini?’, soalnya Misha mahu penjelasan. ‘Takkan tak nampak. Itukan iPhone’, jawab Khairul Daniel. Misha menjadi serba salah. ‘Tapi saya tak boleh terima pemberian ini’, ujar Misha. ‘Kenapa?’, soal Khairul Daniel. Nada suaranya mula berubah. ‘Mahal sangat ini’, jawab Misha. Khairul Daniel menghentikan keretanya di bahu jalan. Dia memandang Misha yang sedang tertunduk.‘Misha, pemberian ini tak seberapa besar dibandingkan dengan apa yang awak dah lakukan terhadap keluarga. Ini sebagai tanda penghargaan saya kepada awak’, ucapnya. ‘Tapi..’, kata-kata Misha terputus disitu. ‘ Ya saya tahu awak ikhlas dan tak harapkan apa-apapun’, kata Khairul Daniel. Misha terdiam. Khairul Daniel meneruskan perjalanan. Misha menjadi serba salah. Sudah lupakah Khairul Daniel dengan hutang Misha terhadapnya? Seribu satu persoalan timbul di minda Misha. Bunyi iPhone milik Khairul Daniel berbunyi. Sempat Misha melihat nama pemanggil tersebut. Khairul Daniel hanya membiarkan panggilan itu tidak terjawab. ‘Kenapa tak jawab?’, soal Misha. ‘Saya kan tengah memandu’, jawabnya.


Tidak lama kemudian, mereka tiba di rumah Misha. Sekali lagi, Khairul Daniel mengeluarkan barang milik Misha dari bonet kereta. Misha hanya berdiri di depan pagar sambil memegang hadiah pemberian Khairul Daniel. Dia berfikir apa yang harus dilakukan. ‘Esok saya hantar awak ke terminal bas’, ucap Khairul Daniel dengan nada serius.  ‘Terima kasih’, ucap Misha. ‘Emm’, jawab Khairul Daniel seraya mahu masuk kedalam kereta. Misha menarik nafas perlahan. ‘Oppa’, panggilnya menghentikan langkah kaki Khairul Daniel. Dia berpaling semula kearah Misha. . ‘Mula-mula jalan tiga langkah kehadapan, selepas itu pusing satu kali dan goyangkan badan. Misha mula berjalan tiga langkah kehadapan lalu membuat satu pusingan. Dia meletakkan tangan di belakang dan membuat bentuk love yang besar sambil menunjuk kearah Khairul Daniel. ‘Saranghae Oppa, gumawo’, jeritnya. Khairul Daniel tersentak. Misha menahan malu. Senyuman mula terukir dibibir Khairul Daniel. Deringan iPhone didalam kereta dibiarkan tanpa sahutan. Khairul Daniel ketawa. Misha berpusing sambil mengangkat barangnya masuk kedalam rumah. ‘Misha, nado’, balas Khairul Daniel sambil tersenyum. Dia masuk kedalam kereta dan meletakka tangannya didada. Misha turut berpaling semula melihat Khairul Daniel. Lantas bibirnya turut menguntum senyuman. ‘This is what they called love right?’, desis hati mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2