Cinta Satukan Kita 13
Awal
pagi lagi kelihatan Misha, Marsha dan Farina sibuk memeriksa barang-barang
mereka untuk di bawa balik ke kampung. Tepat jam7 pagi, Khairul Daniel datang
menjemput mereka. Edryan dan Adam juga turut serta. Sepanjang perjalanan ke
terminal bas, Misha dan Khairul Daniel hanya mendiamkan diri. Manakala, di
kereta Adam pula Edryan tidak henti-henti memberikan pesanan. ‘Nanti adik balik
sana, kirim salam dengan mak dan ayah adik tahu’, pesan Edryan. Marsha hanya menggangguk.
Sesekali Adam mengerling Farina melalui cermin belakang. ‘Kan bagus aku naik
kereta Khairul tadi’, rungut Farina dalam hati. ‘Betulkah adik tak nak abang
ikut adik ini?’, soal Edryan. Marsha bersahaja. ‘Berilah kami masa abang untuk
menerima kenyataan ini. Lagipun adik kesian dengan Misha, Cuma adiklah
satu-satunya kakak yang dia ada’, ucap Marsha menyakinkan Edryan. Farina
mengerling kearah Marsha. ‘Kenapa aku rasa, dia macam tak ikhlas dengan
kata-kata dia ar?’, gumam hati Farina. ‘Kau ini Ed, kan Marsha dah kata beri
mereka masa. Sabarlah tak larilah adik kau ini’, ujar Adam. Edryan menjeling
Adam. ‘Memang tak lari tapi adik aku ini dah pernah hilang dulu’, marah Edryan.
Adam tersengih. ‘Mianhae hyung’, ucap
Adam sambil mengerling kearah Farina yang hanya melihat keluar jendela. Khairul
Daniel berdehem mengejutkan Misha dari mamai. ‘Aik semalam tak cukup
tidurkah?’, soal Khairul Daniel. Misha menutup mulut sambil menguap. ‘Macam
mana aku nak tidur lena kalau kau asyik muncul dalam tidur aku’, tutur
bibirnya. Khairul Daniel terkejut mendengar penyataan Misha. ‘Betulkah?’,
soalnya sambil tersenyum. Misha yang menyedari keceluparan mulutnya terdiam. ‘Aduii,
apa kau dah cakap ini Misha?’, gumam hatinya sambil memegang kedua belah
pipinya.
Misha
memandang keluar tingkap. ‘Itulah mimpi lagi disiang hari’, marahnya dalam
hati. Khairul Daniel tersenyum. Misha hanya berpeluk tubuh menahan malu. ‘Boleh
tak awak ambil beg kertas di tempat duduk belakang?’, arah Khairul Daniel. Misha
hanya menurut tanpa sebarang bantahan. ‘Lepas tu awak tolong keluarkan apa yang
ada dalam kotak tu’, arah Khairul Daniel lagi. Misha menurut lagi. ‘iPhone
5s?’, ucapnya. Khairul Daniel tersenyum. ‘Boleh tak sepanjang awak kat kampung
awak guna iPhone ini? Senang saya nak tengok muka awak nanti’, ujar Khairul
Daniel. ‘Tapi..’, Misha masih cuba menolak. Khairul Daniel mengeluh. ‘Emm, tak
apalah kalau awak tak sudi nak terima pemberian saya’, ucapnya perlahan. Misha
memandang Khairul Daniel yang mula mendiamkan diri. Terbit perasaan bersalah
dihatinya. ‘Emm, cantik jugakan iPhone ini. Buat pertama kali dalam hidup saya,
saya mampu memiliki sebuah iPhone. Oppa
gumawo’, ucapnya riang sambil tersenyum. Namun, Khairul Daniel masih tetap mendiamkan
diri. ‘Oppa, oppa, oppa Saranghae’,
pujuk Misha sambil membuat bentuk hati di kepala. Khairul Daniel terketawa.
Misha berasa lega. ‘Boleh tak cakap lagi sekali?’, pinta Khairul Daniel. Misha
mencebikkan bibir. ‘Bagi betis nak paha’, marah Misha. Khairul Daniel ketawa
lagi. ‘Oh ya, mana iPod shuffle yang beri tu?’, soal Misha. ‘Ada di office’,
jawabnya. ‘Awak dah dengarkah lagu 10 lagu terawal dalam iPod tu?’, soal Misha
lagi. Khairul Daniel mengerutkan dahinya. ‘Hmm, mestilah tak kan’, telah Misha.
Khairul Daniel tersengih. ‘Saya akan dengar apabila saya pergi office nanti. Janji’, ujarnya. Misha
berpeluk tubuh. ‘Hmm, tak ada yang penting pun. Awak tak dengar pun tak apa’,
rajuk Misha. ‘Comel’, puji Khaiurl Daniel dalam hati.
Tidak
berapa lama kemudian, mereka tiba di Bandaran. Khairul Daniel mengeluarkan
bagasi Misha dan meletakkan didalam kereta sewa mereka untuk ke Kudat. Begitu
juga dengan Adam dan Edryan. Tepat pukul, 7.30 pagi bas mereka mula bertolak.
Ketiga-tiga jejaka menghantar wanita yang mereka cintai dengan lambaian tangan.
Khairul Daniel adalah orang yang paling merasa sunyi dengan pemergian Misha. ‘Ed,
kau tak ambil diorang kerja di syarikat kita kah?’, soal Adam. Edryan
tersenyum. Khairul Daniel menanti jawapan Edryan. ‘Tengoklah’, jawab Edryan. ‘Kalau
kau tak nak ambil dorang, aku akan ambil dorang berkerja dengan aku’, ucap
Khairul Daniel. Adam terkejut dengan pengakuan Khairul Daniel. ‘Siapa kata aku
tak nak ambil mereka kerja? Aku nak bagi mereka rehat dulu selepas praktikal’,
marah Edryan. Adam dan Khairul Daniel saling berpandangan sambil ketawa. ‘Ed,
apa kata kau belanja kami breakfast’, cadang Khairul Daniel. ‘Itu aku setuju’,
sokong Adam. Edryan tersenyum lalu mereka berjalan menuju kekereta mereka
menuju ke sebuah restoran untuk sarapan. Kelihatan Dania Ayerina sedang sibuk
bersolek untuk sesi bergambar dengan majalah hiburan. ‘Kulit Cik ini cantiklah,
apa rahsia cik?’, soal jurusolek tu. Dania Ayerina tersenyum. ‘Mana ada rahsia
apa-apa. Maybe sebab saya selalu
makan buah dan minum banyak air sebab tu kulit saya cantik’, jawabnya. ‘Lagi
satu, tak payahlah nak berformal dengan saya. Panggil Dania pun boleh. Nama
awak siapa?’, soal Dania Ayerina. ‘Saya Miela, ini first time saya mekap artis
ini. Umur saya baru 23 tahun’, balasnya. Dania Ayerina tersenyum. ‘Kalau macam
itu, Miela panggil saya kakak jak. Saya lagi selesa. Tak apa kakak suka, there’s always a first time in whatever we
do’, nasihat Dania Ayerina. Miela mula kagum dengan sikap merendah diri
Dania Ayerina.
‘Miela,
Katherine dah sampai?’, soal juru gambar. Miela menggeleng kepala. ‘Mana pula
dia pergi ini’, marah jurugambar tersebut. Dania Ayerina mengerutkan dahi. ‘Partner
saya hari ini, Katherine kah?’, soalnya. Miela menggangguk. Dania Ayerina hanya
tersenyum. ‘Sorry, Eddy I’m late. You
tahulah KK ini pun pandai jammed’, ucap Katherine. ‘Dah,dah pergi bersiap
cepat’, arah Eddy lalu Katherine masuk kedalam bilik persalinan. Dia meletakkan
beg tangannya di atas meja solek. ‘Hi,
It’s been a while babe’, tegurnya seraya bersalaman dengan Dania Ayerina. ‘Yeah and you’re so gorgeous’, puji Dania
Ayerina pula. ‘You too’, ucapnya. Lantas
Miela beralih kearah Katherine untuk menyolek wajahnya. Berbanding dengan Dania
Ayerina, Katherine lebih banyak merungut. ‘Sabarlah dik, diva popular memang
macam tu’, sindir Dania Ayerina. Katherine menjelingnya. ‘You know me right, everything got to be perfect for me’, tegasnya. Dania
Ayerina hanya menjongketkan bahu. ‘Sorry,
sorry I’m late’, ujar satu suara. Semua mata memandang kearah Shila. ‘Hi,
saya model sambilan untuk hari ini’, ucap Shila. Ikutkan hati dia memang tidak
mahu menjadi model sambilan namun kerana Rizal dia sanggup berbuat apa sahaja. ‘Shila
it’s that you?’, soal Katherine. Shila
memandang Katherine. ‘Yeah, why? Do you
know me?’, soalnya pula. Shila cuba mengimbas memorinya. ‘Kath?’, ucapnya. Katherine
menggangguk. ‘Oh My God, It’s you Kath.
Long time no see’, ujar Shila teruja. Rupa-rupanya Shila dan Katherine
adalah jiran semasa mereka tinggal diluar negara dulu. ‘I tak sangka jumpa you
kat sini. Korang tinggal mana sekarang?’, soal Katherine. ‘Okay babe, apa kata
lepas ini kita cerita panjang lebar. Now,
let’s just finished our work’, cadang Shila. Katherine setuju. Sesi
bergambar berakhir dengan jayanya. Ketiga-tiga model memberikan kerjasama yang
baik. Selesai sesi bergambar, Dania Ayerina meminta diri kerana dia masih ada
penggambaran manakala Shila dan Katherine meneruskan sesi jejak kasih mereka.
Betapa
bahagianya hati Encik Malik dan Puan Haliza apabila kedua-dua anak mereka
pulang kekampung bersama. Ibu bapa Farina juga turut gembira. Puan Haliza
sekarang sudah mula menunjukkan tanda positif. Misha sangat gembira dapat
bertemu dengan orang tuanya. Marsha hanya berlakon untuk menyakinkan kedua-dua
orang tuanya. ‘Senang hati ayah tengok kedua-dua anak ayah berbak’, ucap Encik
Malik. ‘Amboii, ayah sejak bila pula kami bergaduh ini?’, perli Misha. Marsha
tersenyum. ‘Dah, dah mari kita masuk makan. Mak cik Aznah kau ada masak ketam
dengan udang masak sos. Kegemaran kamu’, ujar Encik Malik. Mereka masuk kedalam
rumah teruja. ‘Lepas ini korang nak buat apa? Dah ada tawaran kerjakah?’, soal
Encik Malik kepada anak-anaknya. ‘Alhamdulillah, Marsha dah dapat kerja ayah,
minggu depan Marsha akan melaporkan diri’, jawab Marsha. Misha dan Farina
saling berpandangan. ‘Misha belum dapat apa-apa tawaran lagi ayah’, ucapnya
pilu. ‘Farina pun’, sambung Farina. Pak cik Aidil ketawa. ‘Tak apalah, Misha
Farina. Belum ada rezeki. Jangan putus asa ya’, pesan pak cik Aidil. ‘Betul tu
Far, Misha. In Sha Allah adalah rezeki kamu tu’, tambah mak cik Aznah. Encik
Malik menarik nafas lega. Keluarganya bahagia dan isterinya semakin sihat. Dalam
hati dia memanjatkan kesyukuran terhadap ilahi atas kebahagiaan ini.
Khairul
Daniel menghempaskan punggungnya di kerusi empuk pejabat. Dia menarik nafas
perlahan. Tiba-tiba ada rasa rindu menerpa di hatinya. Sunyi dan sepi. Dia
menutup mata sebentar. Perlahan bayangan wajah Misha menjelma. ‘iPod Shuffle’, ucapnya lalu membuka mata
dan membuka laci meja kerjanya. Kelihatan iPod Shuffle itu masih berada dalam
keadaan yang baik. Dia mengeluarkannya dan menyarungkan earpod ke dua belah
telinganya. Seketika kemudian, dia menarik earpod itu kembali. ‘Apasal dia bagi
aku lagu korea ne? Dia ingat aku fahamkah?’, bicaranya sendiri. Khairul Daniel berfikir sebentar. ‘Tapi best
juga muzik korea ini’, ujarnya seraya kembali mendengar lagu tersebut. Misha
selesai mengurut kaki Puan Haliza. Dia masuk kedalam bilik dan membuka jendela
biliknya. Memandang keatas langit. Mala mini bulan kelihatan sangat cantik. Dia
memandang tilamnya yang lusuh. Kelihatan dua telefon bimbit diatasnya. ‘Mana
dia ne? Kenapa dia tak call aku. Kalau tak nak call tak payahlah belikan aku
iPhone. Buang masa jak’, omel Misha sendiri.
Serentak itu, telefon nokianya yang lama berbunyi. Tertera nama Farina
di skrin telefon. Misha menjawab panggilan tersebut. ‘Assalamualaikum’, ucap
Misha. ‘Waalaikumussalam’, jawab Farina. Misha mengerutkan dahi mendengar suara
Farina. ‘Kenapa?’, soal Misha. ‘Emm, jom lepak di luar rumah’, ajak Farina. ‘Malam-malam
buta ini? Karang ada yang kena silat oleh pak cik Aidil’, sindir Misha. Farina
ketawa. ‘Jangan risau dia dah turunkan semua ilmu dia dengan aku. Dahlah jum,
aku rindulah dengan kau’, Farina memaksa. Akhirnya Misha akur. ‘Yalah, yalah’,
jawab Misha. Mereka berdua keluar dari dalam rumah dan duduk di bangku depan
rumah Misha. ‘Amboii, sejak bila kau ada iPhone ini?’, soal Farina apabila
ternampak iPhone di tangan Misha.
‘Sejak
pagi tadi’, jawab Misha. ‘Emm, untunglah tunang belikan’, perli Farina. Misha
menekup mulut Farina. ‘Kau boleh tak cakap perlahan sikit, karang satu kampung
dengar. Takkah kecoh. Silap-silap aku jadi famous dekat kampung ini’, marah
Misha. Farina hanya tersengih. ‘Alah , kau memang famous pun. Kau kan menantu
idaman setiap mak cik-mak cik di kampung kita ini’, tambah Farina lagi. Misha
hanya mendiamkan diri. Kedua-dua mereka menarik nafas perlahan sambil memandang
sepi telefon bimbit di tangan. ‘Misha, kau tak rindukah dengan orang di sana?’,
soal Farina. Misha memandang Farina. ‘Mestilah aku rindu. Tipulah kalau aku tak
rindu’, jawab Misha. ‘Kau rasa kita ada peluang lagi tak untuk bertemu dengan
dorang?’, tanyanya lagi. Kali ini Misha tersenyum. Dia sangat mengerti dan
mengetahui siapa yang Farina rindukan. ‘In Sha Allah, jodoh takkan kemana’,
balas Misha. Farina tersenyum pahit. ‘Kenapa siapa yang kau rindu kat sana?’,
perli Misha. Wajah Farina mula merona merah. ‘Aku rindulah dengan kak Dania,
dengan orang-orang tempat praktikal kita, Encik Edryan dan Nina Amalina’,
jawabnya dengan gagap. Misha tersenyum. ‘Abang Nina Amalina kau tak rindukah?’,
soal Misha sambil mencuit pipi Farina. ‘Buat apa aku nak rindu, dia bukannya boyfriend aku pun’, nafinya. ‘Tapi
nampaknya cik Farina kita berharap sangat agar Encik Adam tu jadi boyfriend dia’, Misha tidak mahu
mengalah. Farina semakin malu. Bunyi tapak kasut menghentikan kata-kata mereka.
‘Siapa pula yang keluar malam-malam buta ini?’, soal Farina mulai takut.
Semakin lama, bunyi tapak kasut itu semakin dekat. Mereka berdua saling
berpandangan. ‘Korang buat apa diluar ini?’, tegur satu suara. Mereka berpaling
kearah suara tersebut. ‘Astagafirullah Al Azim, Marsha??’, ucap mereka
serentak. Marsha tergumam. ‘Ya ini aku, kenapa?’, soal Marsha. Mereka berdua
berlagak tenang. ‘Kau dari mana?’, soal Misha. Marsha duduk di sebelah Farina.
‘Rumah Asni, aku tanya khabar dia. Dia nak ikut aku ke Kota Kinabalu minggu
depan. Nak kerja sana’, terang Marsha. Misha dan Farina hanya menggangguk.
Khairul
Daniel mula merasa lelah. Sedari tadi, Katherine asyik keluar masuk dari satu
kedai ke kedai yang lain. ‘You, yang
ini okay tak?’, soal Katherine.
Khairul Daniel sekadar mengangguk lalu melihat iPhonenya. Katherine mula
memuncungkan bibir. Geram dengan layanan Khairul Daniel terhadapnya. Akhirnya,
dia meletakkan semula pakaian tersebut dan berjalan keluar dari kedai tersebut.
Khairul Daniel mengekori langkah Katherine tanpa perasan akan perubahan sikap
kekasihnya. ‘Kenapa tak beli?’, soal Khairul Daniel tanpa memandang kearah
Katherine. ‘Malaslah, awak pun saya tengok dah penat nak temankan saya
shopping’, rajuk Katherine. ‘Emm, kalau macam tu jom kita balik’, ajak Khairul
Daniel. Telinga Katherine seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengar.
Selama mereka bercinta tidak pernah Khairul Daniel melayannya sebegini.
Katherine terasa hati. ‘Adakah Misha penyebab Khairul Daniel berubah? Adakah di
hati Khairul Daniel sudah tiada ruang untuknya?’, fikirnya sendiri. Sepanjang
perjalanan pulang. Khairul Daniel lebih banyak mendiamkan diri. Soalan
Katherine pun hanya di jawab sepatah perkataan. Hatinya merasa sunyi dan sedang
berperang dengan perasaan sendiri. Kehadiran Katherine mencelarukan lagi
perasaannya. Katherine semakin sakit hati dengan semua ini. Kini dia sangat
membenci Misha dan kini wanita itu adalah saingannya. ‘Apa yang lebih dengan
dia sampaikan Khairul boleh terpikat? Jangan-jangan semua ini adalah rancangan
dia agar dapat merampas Khairul dari aku’, fikirnya lagi. ‘I know what you want Misha’, desis hatinya sambil mengerling
Khairul Daniel. Setiba di lobi apartment Katherine, dia terus meluruh keluar
tanpa memperdulikan Khairul Daniel. Pintu kereta juga di tutup dengan kuat.
Khairul Daniel tersenyum melihat tingkah Katherine. ‘Sikit-sikit merajuk,
sekarang aku nak tengok sampai bila kau nak merajuk. Selama ini, aku pujuk
berminggu-minggu. Kali ini aku nak tengok berapa bulan kau merajuk’, ucapnya
sendiri lalu memandu keluar dari situ.
Misha
tersenyum melihat nama yang tertera di skrin iPhone miliknya. Sengaja dia
membiarkan panggilan pertama tidak dijawap. Walaupun hatinya teruja tetapi dia
tidak mahu perasaannya diketahui oleh Khairul Daniel. Sekali lagi, iPhone
berdering dan kali ini dia menyambut sambil berlagak tenang. ‘Yeobosayo’, ucapnya selamba. Khairul
Daniel tersenyum. ‘Nasib baik, ingatkan tadi salah nombor’, perli Khairul
Daniel. Misha mencebikkan bibir. ‘Awak nak apa ne?’, marah Misha. Kali ini
Khairul Daniel ketawa. ‘Amboii, garangnya. Ingat aku takutkah?’, sakatnya.
Misha mengigit bibir tanda geram. ‘Saya ne memang garang orangnya. Kalau encik
tak tahu’, rajuk Misha. Khairul Daniel ketawa lagi. ‘Apa yang lucu? Saya ada
buat lawakkah?’, soal Misha. Khairul Daniel berfikir sebentar. ‘Emm, sebab awak
memang lucu. Dan saya ketawa sebab saya rindu nak gaduh dengan awak’, ujarnya.
Misha terdiam. Wajahnya terasa membahang. ‘Betulkah apa yang aku dengar ini?
Tak kan mamat ini dah jatuh cinta dengan aku? Sejak bila pula dia pandai
merindu ini?’, pelbagai persoalan timbul di fikirannya. ‘Misha, are you there?’, panggil Khairul Daniel.
‘Misha, Misha’, panggilnya. ‘Huh? Yes I
am here’, ucap Misha yang baru tersedar dari lamunan. Khairul Daniel ketawa
lagi. ‘Emm, mengkhayallah tu. Awak khayalkan sayakah?’, telahnya. Misha menahan
ketawanya daripada pecah. ‘Perasan’, nafinya. Mereka berbicara menerusi
panggilan telefon sehingga larut malam. Ini merupakan kali pertama sepanjang
pertemuan mereka, berbicara melalui telefon dalam tempoh yang sangat panjang.
Pejam
celik pejam celik genaplah sudah seminggu Misha dan Farina menganggur di
kampung halaman mereka. Hari ini, Marsha akan kembali ke Kota Kinabalu kerana
esok dia akan melapor diri untuk kerja di syarikat Edryan sebagai eksekutif
pemasaran. Asni sudah sedia menunggu di hadapan rumah Marsha. ‘Sampai sana
nanti selalulah telefon ayah’, pesan Encik Malik. Marsha menghadiahkan
senyuman. ‘In Sha Allah ayah’, ucapnya. Misha memapah Puan Haliza keluar untuk
menghantar pemergian Marsha. ‘Misha, jaga mak dan ayah baik-baik tahu’,
pesannya. Walaupun sebenarnya hati Marsha sedang bersorak gembira dengan nasib
Misha sekarang. Misha hanya mengangguk. Dia kemudian menyalam dan memeluk
Marsha dengan erat. Asni tersengih melihat situasi mereka. Keluarga Farina
turut keluar dari rumah. Marsha kemudian, menyalam mak dan ayahnya lalu mereka
bertolak pergi. ‘Untungnya Marsha kan’, ucap Farina sambil memandang belakang
Marsha. ‘Dah rezeki dia, kamu pun sabarlah. Ada juga tu nanti’, ucap Mak cik
Aznah lalu memegang bahu dua sahabat baik tersebut. ‘Yalah mak cik’, sokong
Misha. ‘Dah jom kita masuk, lepak rumah Misha sekejap. Mak cik ini bosan kalau
sorang-sorang kat rumah. Ayah Farina tu nak keluar pergi laut sebentar lagi’,
ajak Mak cik Aznah. Farina berdehem. ‘Amboii, mak pun pandai bosan ya’, perli
Farina lalu mereka ketawa. Bukan apa semasa ketiadaan Misha, Marsha dan Farina,
Mak cik Aznah selalu menemani Puan Haliza di rumah sementara Encik Malik
mencari rezeki. Asni meletakkan beg galasnya di kerusi papan sementalah
menunggu feri tiba untuk membawa mereka pergi ke Kudat. Dia perasan sedari tadi
Marsha asyik tersenyum. ‘Woi, babe? Kau dah gilakah?’, soal Asni. Marsha
mengerutkan dahinya. ‘Mana ada’, jawabnya. ‘Habis tu kenapa kau dari tadi aku
tengok asyik senyum sendiri jak?’, soal Asni lagi. Marsha tersenyum lagi.
‘Adalah’, jawabnya. ‘Eii, meremang pula bulu roma aku tengok senyuman kau ini’,
ujar Asni.
Edryan
keluar dari keretanya dan menunggu disisi pintu kereta. Dia memandang
sekeliling, dari jauh kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain di tepi
pantai. Mahu membina istana pasir. Ada juga anak-anak muda yang sedang
berkhemah dan berpiknik. ‘Zaman remaja memang semuanya indah’, desis hatinya. Dania
Ayerina tersenyum melihat Edryan yang sedang menjadi pemerhati. ‘Dia sangat
tahu sikap Edryan yang suka memerhati apa yang sedang terjadi di kelilingnya.
Perlahan-lahan, dia menuju kearah Edryan dan tanpa Edryan sedari, dia pun turut
sama menjadi pemerhati. Lama mereka begitu. ‘Ehem, jauh memerhati. Ada
bidadarikah didepan sana?’, soal Dania Ayerina. Edryan terkejut dengan soalan
Dania Ayerina. ‘Bila awak sampai?’, soalnya pula. Dania Ayerina hanya
tersenyum. Edryan turut tersenyum. ‘Memang saya tengah memerhati tetapi
bidadari tu tak ada disana’, jawabnya. Senyuman Dania Ayerina semakin melebar.
‘Jadi bidadari tu ada dimana?’, soalnya lagi walaupun dia sudah dapat meneka
jawapannya. Edryan memandang kearah pantai. ‘Emm, entahlah saya pun tak tahu
dia ada dimana’, jawabnya tanpa menoleh kearah Dania Ayerina. ‘Emm, mungkin dia
dah lari kot’, rajuk Dania Ayerina seraya berpaling kearah lain. Edryan
tersenyum dan berbisikdi telinga Dania Ayerina. ‘Tapi yang pasti, bidadari tu
tetap dihati saya’, ucapnya lembut menyapa gegendang telinga Dania Ayerina.
Terasa bahang kepanasan diwajah Dania Ayerina. ‘Awak bawa saya jumpa ini sebab
nak cakap pasal tu jak kah?’, marahnya. Edryan ketawa. ‘Kenapa tak cakap dalam
mesej jak? Call kah? Ini buang minyak jak datang’, omel Dania Ayerina cuba
menahan rasa yang sedang membakar dalam hati. ‘Cakap depan-depan barulah
romantik’, sambung Edryan lagi. Dania Ayerina mengalah. Susah juga berhadapan
dengan Romeo ini.
‘Kenapa
awak tak beritahu awal-awal?’, soal Dania Ayerina. Tengoklah baju yang saya
pakai hari ini? Saya tak ada beli apa-apapun sebagai buah tangan’, ucapnya
panjang lebar. Edryan hanya memandu sambil ketawa. ‘Nanti apa kata ummi dan
abah awak?’, soalnya lagi. ‘Okay, okay, first
sekali baju awak dah cukup elok dah. Second
awak tak perlu nak bagi apa-apa. Dan third,
ummi dan abah saya tu supporting. Just be
yourself, Ayer. Lagipun,saya nak beritahu mereka tentang hubungan kita. Let’s make it official’, terangnya.
Dania Ayerina terharu. ‘Are you serious?’,
tanyanya. ‘Yes I am serious. Saya
rasa ini adalah masa yang sesuai. Saya dah dapat apa yang saya nak, dah jumpa
adik saya yang hilang selama 15tahun. I
think this is a right time to think about us’, tambahnya lagi. ‘But what about your sister?’, soal Dania
Ayerina lagi. ‘She will be home today and
she will know everything’, balasnya. ‘Tapi mungkin dia lebih memerlukan
awak sebab dia baru jumpa dengan awak’, telah Dania Ayerina. Edryan mengangguk.
‘But I don’t want to lose you for a
second time’, katanya. Dania Ayerina terdiam. Dia memandnag keluar tingkap
kereta. ‘Nado’, ucapnya perlahan
tetapi menyapa lembut di telinga Edryan. Seketika kemudian, dua pasangan sejoli
ini tersenyum sendiri. Marsha menyumpah didalam hati. Sejak dari tadi, dia
asyik mendiamkan diri. ‘Marsha, sorrylah abang tak dapat ambil sebab dia ada
hal’, ucap Nina Amalina yang perasan dengan perubahan air muka Marsha. Adam
mengerling kearah Nina Amalina. ‘Tak apalah, saya faham abang tu sibuk’, ucap
Marsha walaupun sebenarnya dia menyampah dalam hati. ‘Kata sayang adik tapi
rupanya hal dia lagi penting. Dahlah aku tak suka dengan si Nina nie terlebih
manja’, marahnya dalam hati. Jikalau ada Edryan senang sikit dia mahu membodek
Edryan. Setelah 15 minit perjalanan, mereka tiba diperkarangan rumah Haji
Idham. Adam membantu Marsha mengeluarkan bagasi dari bonet kereta manakala Nina
Amalina mengiringi Marsha masuk kedalam rumah. ‘Marsha rehatlah, nanti kejap
lagi kita makan malam bersama’, arah Nina Amalina seraya menutup pintu bilik
Marsha.
Sejurus
Nina Amalina menutup pintu bilik tersebut, Marsha menghempapkan badannya diatas
katil. ‘Penat juga hidup berpura-pura ini’, luahnya sendiri. Rahiman mendengus
geram. Di mana lagi di harus mencari Marsha. Sudah berbulan lamanya, dia tidak
bertemu dengan Marsha semenjak kejadian hitam yang berlaku antara mereka
berdua. Perlahan dia mengeluh. ‘Apa nak jadi dengan hidup aku ini? Dari
universiti aku kejar Marsha tetapi Marsha tak pernah pandang aku. Apa
sebenarnya yang perempuan tu nak?’, soalnya sendiri. Dia bingung. Apa yang
harus dilakukan untuk menarik perhatian Marsha. Walauapapun, dia tidak boleh
berputus asa untuk mengejar Marsha. ‘Marsha,aku yakin kau adalah jodoh aku’,
ucapnya penuh semangat. Hajah Kamariah sedang sibuk menghidangkan makanan di
atas meja makan sambil dibantu oleh Nina Amalina. Marsha turun dan menuju ke
dapur. ‘Ummi, ada apa-apa yang Marsha boleh tolong?’, soalnya. Hajah Kamariah
tersenyum. ‘Semua dah siap dah pun. Marsha tolong duduk jak. Kejap lagi abang
Marsha sampai kita makan sama-sama. Ummi pergi solat kejap ya’, ujar Puan
Kamariah. Marsha hanya tersenyum sambil
mengangguk. Nina Amalina masih sibuk menghias puding coklat buatannya sendiri. ‘Nina,
abang Ed kemana? Takkan dari tadi tak balik-balik lagi?’, soal Marsha. Nina
Amalina tersenyum menampakkan lesung pipitnya. ‘Kejap lagi sampailah tu. Abang
kata hari ini dia nak bagi surprise
dengan kita’, jawab Nina Amalina. Marsha mengerutkan dahinya. ‘Surprise? Surprise apa?’, soal Marsha lagi. Nina Amalina berhenti menghias
puding coklatnya dan berpaling kearah Marsha. ‘Dah namanya surprise, kalau dia beritahu tak surpriselah nanti’, omel Nina Amalina. Marsha tersengih.
Tidak
lama kemudian, Edryan tiba bersama Dania Ayerina. Kedengaran suara Haji Idham
mempelawa Dania Ayerina masuk kedalam rumah. ‘Masuk Dania, untung pak cik hari
ini dapat jumpa selebriti’, gurau Haji Idham. Dania Ayerina ketawa. Marsha dan
Nina Amalina keluar dari arah dapur. ‘Jadi inilah ‘hal’ dia tadi?’, desis
hatinya. ‘Amboi, dari atas lagi dah dengan suara orang yang tengah bahagia
sekarang ini’, sindir Adam. Edryan menyiku pinggang Adam. ‘Ouchh, sakitlah’,
marahnya. ‘Opss, sorry tak sengaja’, kata Edryan. Haji Idham hanya menggeleng
kepala melihat karenah Adam dan Edryan. ‘Beginilah kelakuan mereka ini Dania,
dari kecil tak pernah berubah’, terang Haji Idham. Dania Ayerina hanya ketawa. ‘Dah,
dah tak payah nak cerita panjang disitu. Mari kita ke dapur, masakan ummi dah
sejuk dah tu’, ajak Hajah Kamariah yang baru tiba dar tingkat atas. Hajah
Kamariah dengan selamba menarik tangan Dania Ayerina dan mengiringinya ke
dapur. Marsha yang melihat situasi tersebut mula berasa iri. Sepanjang dia
berada disini belum pernah Hajah Kamariah memegang tangan atau membelainya. ‘Adik,
jam berapa sampai tadi?’, soal Edryan. ‘Jam4 petang tadi, oh ya kawan adik dari
kampung ada datang tadi tapi..’, kata-katanya mati disitu apabila Adam
memotong. ‘Hyung, macam mana dengan plan kita tu?’, soal Adam. Marsha mengigit
bibir. ‘Lepas makan ini kita bincang ya’, balas Edryan. Mereka kemudian
menikmati makan malam yang disediakan sendiri oleh Hajah Kamariah. Selesai
makan malam, Dania Ayerina membantu Hajah Kamariah mengemas meja makan. Marsha
mula merasa terpinggir. Sedari tadi, topic mereka hanya berkaitan dengan Dania
Ayerina. ‘Marsha, tolong ummi potong buah dan bawah keruang tamu ya’, arah
Hajah Kamariah. Dia hanya menurut tanpa sebarang bantahan. ‘Keluarkan sekali
puding yang Nina buat tadi’, tambahnya lagi. Marsha menurut sambil tersenyum.
Namun, hatinya sangat benci dengan semua ini. ‘Baba, Ummi, sebenarnya tujuan Ed
bawa Dania Ayerina kesini adalah untuk memberitahu tentang hubungan kami. Kami
dah berkenalan sejak dari sekolah menengah sehingga ke universiti. Kalau boleh
Ed nak minta restu Baba dan ummi’, terang Edryan.
Haji
Idham dan Hajah Kamariah tersenyum. ‘Alhamdulillah, akhirnya doa ummi termakbul
juga’, ucap Hajah Kamariah. Edryan dan Dania Ayerina menunduk malu. ‘Baba tak
pernah halang dengan siapa anak-anak baba nak berkawan. Yang penting, anak baba
tahu jaga diri dan maruah keluarga baba’, pesan Haji Idham. ‘Emm, maksudnya
baba setujulah tu’, sambung Adam sambil mencuit lengan Edryan. Nina Amalina
turut sama gembira. ‘Terima kasih baba, ummi’, ucap Edryan seraya menyalami dan
mencium pipi mereka. ‘Lepas ini, Ed pergi rumah Dania dan beritahu orang tua
dia. Kalau mereka setuju, beritahu baba dan ummi akan datang merisik secepat
yang mungkin’, kata Hajah Kamariah. Edryan mengangguk tanda mengerti. ‘Alamak,
tak lama lagi ada orang yang dah nak bina masjid’, perli Adam. Sekali lagi, Edryan
menyiku pinggang Adam. ‘Sakitlah’, jeritnya. Mereka tertawa. Marsha hanya
mendiamkan diri. ‘Baba lepas ini baba carikanlah jodoh untuk abang Adam. Bukan
apa Nina takut abang ini jadi bujang terlajak nanti’, gurau Nina Amalina. Adam
mengigit bibirnya. ‘Kau mari sini’, arahnya seraya mencubit pipi Nina Amalina.
‘Sakitlah, ummi tengoklah abang ni’, adu Nina Amalina. ‘Suka-suka adik kata
abang ini bujang terlajak. Apa ingat abang ini tak lakukah?’, marah Adam sambil
mencubit pipi Nina Amalina. Edryan menarik Adam supaya melepaskan Nina Amalina.
Dania Ayerina sebagai pemerhati hanya ketawa. Tiba-tiba, Marsha berdiri dan
berjalan keluar. Semua mata memandang
dengan kehairanan. ‘Ed, pergilah tengok Marsha tu’, arah Haji Idham. ‘Yalah, Nina
rasa dia merajuklah dengan abang Ed sebab tadi aban tak jemput dia dari
terminal’, tambah Nina Amalina lagi. Dania Ayerina memandang Edryan. ‘Boleh
saya cakap dengan dia sebentar?’, pinta Dania Ayerina. Edryan mengerutkan dahi.
‘Tapi kenapa?’, soal Edryan. Dania Ayerina tersenyum. ‘Berilah saya peluang
untuk mengenali dia juga’, ujarnya. Edryan mengangguk tanda setuju.
Marsha
duduk di laman sambil memandang keatas langit. Udara yang cukup nyaman namun
langsung tidak menyamankan hatinya. ‘Boleh saya duduk disini?’, soal Dania
Ayerina. Marsha menoleh dan hanya mengangguk. ‘Marsha, saya tahu mungkin
perkara ini adalah satu kejutan yang besar buat awak tapi saya harap awak
faham. Abang awak sangat sayangkan awak. Saya juga nak minta maaf bagi pihak
abang awak sebab kami tak beritahu awak dulu’, tutur Dania Ayerina. ‘Sebenarnya,
banyak yang dah kami lalui dan saya tak sangka kami bertemu semula’, tambahnya
lagi. ‘Apa kau ingat ini macam drama di televisyen kah? Eh tak, kau ingat ini
lakonan yang selalu kau lakonkan kah?’, gumam hatinya. Marsha cuba menenangkan
perasaannya. Dia tidak mahu segala usahanya selama ini menjadi sia-sia. ‘Aku kena bersabar dalam hal ini’, ucapnya
lagi. Marsha memandang Dania Ayerina seraya menghadiahkan sebuah senyuman.
‘Kebahagiaan abang Ed adalah kebahagiaan saya juga. Saya pun restu hubungan
kamu berdua. Sorrylah, saya tahu kelakuan saya tadi agak kurang sopan. Bukan
apa, saya sebenarnya rasa sedih sikit sebab abang tak beritahu saya awal-awal’,
terangnya pula. Dania Ayerina menarik nafas lega. Dia memegang tangan Marsha.
‘Terima kasih’, ucap Dania Ayerina. Marsha tersenyum lagi. ‘Jaga abang saya
baik-baik tahu. Dia dah cukup menderita semasa kehilangan saya dulu’, pesan
Marsha. ‘Sudah tentu’, balas Dania Ayerina seraya mereka berpelukan. Edryan
yang melihat situasi itu berasa terharu. ‘Alhamdulillah, segala puji kepada-Mu
Ya Allah’, Edryan memanjatkan rasa syukur dalam hati. ‘Mungkin tiada guna aku
berprasangka buruk terhadap Marsha kerana dia adalah kebahagiaan Edryan’, desis
hatinya. Walaupun hatinya berasa sangsi dengan Marsha namun kini dia harus
membuang rasa itu demi menjadi keharmonian mereka. ‘Dania, Dania, kau ini pun
sama jak dengan mereka semua. Bodoh dan lembap. Sayangnya kau seorang pelakon
tapi kau tak boleh tahu samada orang itu berkata jujur atau bohong. Rasanya aku
lagi layak digelar pelakon terbaik kot’, ucapnya dalam hati sambil tersengih.
Comments
Post a Comment