Posts

Cinta Satukan Kita 8

Semua pekerja sibuk dengan persiapan pertunjukan fesyen yang akan di adakan esok. Kami pelajar praktikal juga membantu dalam kerja menghias dewan dan menyusun kerusi meja. Hatiku mula berdebar, pentas yang direka khas untuk para model berjalan dengan baju rekaan terbaru gedung fesyen Iqram & Eifa. Tak kisahlah menang atau tidak yang penting pengalaman dan usaha. ‘ So, are you ready for tomorrow ?’, soal Edryan mengejutkan Misha yang sedang berkhayal. Misha tersenyum. ‘ Of course but I’m a bit nervous ’, jawab Misha. Edryan tersenyum memandang tingkah Misha. Buat seketika dia merasa adalah satu talian yang mendekatkan dia dengan Misha. ‘Ed, kejap lagi ada raptai untuk pertunjukkan fesyen esok. Kau dah jemput semua share holder kah?’, soal Adam namun tiada reaksi dari Edryan. Misha memandang kearah Adam dan Edryan. Mata Edryan tidak lekang dari memandang Misha. Adam berdehem namun Edryan masih juga membeku. Misha mula berasa kurang selesa dengan situasi tersebut. ‘Encik Adam, saya...

Cinta Satukan Kita 7

‘Kau tak keluar kemana-manakah hari ini Far?’, soalku. Farina yang sedang sibuk mengemas kini status ‘Facebook’nya hanya mengelengkan kepala. Aku menggelengkan kepala. ‘Amboi, mentang-mentanglahh ada internet satu Malaysia. Bukan main lagi kau, hari- hari kemas kini status ya’, sindirku. Farina hanya tersengih. Aku masuk kedalam bilik dan mengambil komputer ribaku. Aku juga tidak mahu kalah dengan Farina.  Aku membuka ruangan friend request, dah berapa lama aku tak on facebook inilah jadinya. Aku meneliti setiap orang yang mahu menjadi rakanku di facebook. Aku hanya akan approve orang yang aku kenali, yang lain minta maaf bukan sebab sombong tapi malas nak layan terutama yang cuma guna gambar kartun sebagai profil mereka. ‘Amboi,  cepatnya cik Farina menjadi mutual friend Encik Adam’, sindirku. ‘Dah lamalah, kau saja baru tahu tu’, ujarnya. Aku hanya menccebikkan bibir. ‘Khairul Daniel? Biar betul?’, ucapku seolah tak percaya. ‘Dia add aku jadi friend dia?’, Misha seaka...

Cinta Satukan Kita 6

Aku dan Farina sibuk mencari dari satu kedai ke kedai yang lain. ‘Misha, senang lagi design baju tahu. Susahnya nak cari hadiah untuk budak tu’, omel Farina. Misha mengangguk tanda setuju. ‘Aku pun tak tahu nak bagi apalah Far. Khairil tu bukan boleh baca fikiran dia. Aku ingat nak bagi dia mainan yang biasa budak main tapi dia tu macam tak minat saja dengan benda tu semualah’, Misha mula berputus asa. Mereka pun duduk di sebuah kerusi sambil memerhati manusia yang sedang sibuk membeli belah. ‘Misha, itu Marsha kan?’, ujar Farina seraya memuncungkan mulutnya kearah Marsha. Ada seorang lelaki yang asyik mengekorinya. ‘Siapa pula lelaki tu?’, soalku. ‘Entah, boyfriend dia kot’, jawab Farina acuh tak acuh. Misha berfikir seketika. ‘Aku mesti siasat perkara ne’, dia nekad lalu berdiri tetapi sempat di halang oleh Farina. ‘ Mwo ?’, soalku. ‘ Babo , Kau nak dia marah kau dekat sinikah? Biarkan dia, dia dah besar taulah dia jaga diri’, marah Farina. ‘Tapi Far, biar macam mana pun dia tet...

Cinta Satukan Kita 5

‘ Mwo ?’, jeritku. Semua staff memandang kearahku. Aku hanya tersengih. Farina datang menghampiriku. ‘Eh, kalau kau tak jerit tak boleh kar?’, marah Khairul Daniel didalam talian. ‘Kau dah gila kar? Aku tengah kerja ne. Lagipun, dia tu adik kau bukan adik aku pun’, marahku. Khairul Daniel mengigit bibir. ‘Pandai juga kau berfikir ya. Kau dengar sini, kau tu orang upahan aku. So, apapun arahan aku kau kena turuti. Kau dah lupa kar hutang kau dengan aku?’, ungkitnya. Riak wajahku mula berubah. ‘ Arasso ’, aku mengalah seraya mematikan talian. Farina memandangku tidak sabar mahu mengetahui apa yang telah terjadi. ‘ Kwaenchanayo Misha ssi ?’, soal Farina prihatin. Aku tergelak mendengar Farina berbicara dalam bahasa korea. ‘ Ne, Cheonuen gwaenchana ’, ujarku seraya berdiri.  ‘ Odi ngoya ?’, soal Farina lagi. ‘Aku nak pergi jemput Khairil Daniel dekat sekolah. Dia sakit perut’, terangku. ‘Tapi dia bukan adik kau’, marah Farina. ‘Nenek pergi meeting dekat Ranau, ‘tunang’ aku pula t...