Cinta Satukan Kita 8
Semua
pekerja sibuk dengan persiapan pertunjukan fesyen yang akan di adakan esok.
Kami pelajar praktikal juga membantu dalam kerja menghias dewan dan menyusun
kerusi meja. Hatiku mula berdebar, pentas yang direka khas untuk para model
berjalan dengan baju rekaan terbaru gedung fesyen Iqram & Eifa. Tak
kisahlah menang atau tidak yang penting pengalaman dan usaha. ‘So, are you ready for tomorrow?’, soal
Edryan mengejutkan Misha yang sedang berkhayal. Misha tersenyum. ‘Of course but I’m a bit nervous’, jawab
Misha. Edryan tersenyum memandang tingkah Misha. Buat seketika dia merasa
adalah satu talian yang mendekatkan dia dengan Misha. ‘Ed, kejap lagi ada
raptai untuk pertunjukkan fesyen esok. Kau dah jemput semua share holder kah?’,
soal Adam namun tiada reaksi dari Edryan. Misha memandang kearah Adam dan
Edryan. Mata Edryan tidak lekang dari memandang Misha. Adam berdehem namun
Edryan masih juga membeku. Misha mula berasa kurang selesa dengan situasi
tersebut. ‘Encik Adam, saya pergi tolong Farina kat sana ya’, pamitnya. Adam
menyiku pinggang Edryan. Dia tersedar dari lamunannya apabila di siku oleh Adam
dan melihat Misha sudah tiada di hadapannya. ‘Kau buat apa ini Ed?’, marah
Adam. Edryan bingung. ‘Apa yang aku dah buat?’, soal Edryan gagap. Adam
mendengus geram. ‘Dahlah Ed, kau tolong sign kat sini. Lagi satu, Misha tu dah
rasa tak selesa bila kau pandang dia lama-lama tadi’, ujar Adam. Edryan
membuntangkan matanya. ‘Dam, betul apa yang kau cakap tadi?’, soalnya.
Adam
hanya menjongket bahu dan berlalu pergi. ‘Edryan menampar wajahnya. Apa aku
buat tadi?’, soalnya sendiri. Tanpa disedari, Dania Ayerina menyaksikan apa
yang terjadi tadi. Ada sebuah rasa yang tersingkap di hati. ‘Cik Dania, bila
sampai ?’, tegur Kak Sarimah. Dania Ayerina menghadiahkan Kak Sarimah sebuah
senyuman. ‘Baru Saja’, jawabnya. ‘Marilah masuk, kejap lagi cik ada raptai
untuk pertunjukan fesyen esok’, terang Kak Sarimah seraya mengiringi Dania
Ayerina ke belakang pentas. ‘Oh, Unnie wasseo?’, tegur Misha. ‘Ne’, balasnya
dengan ramah. ‘Oh Unnie, pogo shippeo’, kali ini Farina pula menyapa. ‘Nado’,
jawab Dania Ayerina sambil ketawa. Mereka kemudian bercerita tentang hal
masing-masing. Nina Amalina juga turut serta dengan mereka. ‘Okay, model-model
semua siap sedia’, arah seorang pekerja. Selesai raptai, pekerja yang terlibat
dengan penyiapan pentas mula beransur pulang. ‘Far, awak balik dengan siapa?’,
soal Adam semasa Farina sedang sibuk mengemas barangnya. ‘Dengan Misha’, jawab
Farina. ‘Ehem, ehem’, Nina Amalina berdehem. Misha hanya tersenyum melihat
tingkah Adam. ‘Misha, Farina, Nina annyeong hikaseyo’, pamit Dania Ayerina. ‘Annyeong
Adam’, tambahnya lagi apabila dia terlihat riak wajah Adam berubah. Mereka
tersengih melihat kelakuan Adam dan Dania Ayerina. ‘Gwiyo’, puji Misha dan
disetujui oleh Nina Amalina. ‘Kak Dania yang comel bukan abang Adam’, tambah
Nina Amalina lagi. ‘Eh, budak ini kan’, Adam merajuk. Kami semua ketawa
memenuhi ruang belakang pentas. Dania Ayerina yang mendengar suara tawa mereka
turut tersenyum. ‘Adam, Adam perangai macam budak-budak’, desis hatinya.
Dania
Ayerina berjalan menuju ke tempat letak keretanya. ‘Awal balik’, tegur satu
suara mengejutkan Dania Ayerina yang baru mahu masuk kedalam kereta. ‘Astagfirullah,
terkejut saya’, ujarnya. Edryan tersenyum memandang Dania Ayerina. ‘Kenapa
Encik Edryan tersenyum pula? Ada apa-apa yang lucukah?’, soal Dania Ayerina
bingung. Riak wajah Edryan kembali serius. ‘Ada apa awak nak jumpa saya ini?’,
soal Dania Ayerina lagi. ‘Err..sebenarnya..’, Ucap Edryan gagap. Dania Ayerina
mengingati peristiwa yang disaksikan olehnya tadi. Pandangan Edryan terhadap
Misha adalah pandangan yang punyai makna. Dania Ayerina cuba menahan sebak di
dada. ‘Saya nak cakap sesuatu dengan awak’, kata Edryan lagi. Dania Ayerina
cuba mengawal perasaannya. ‘Apa dia?’, soalnya lagi. ‘Tentang kita’, jawab
Edryan. Kali ini, dunia Dania Ayerina seakan menjadi gelap. Dia takut dengan
apa yang akan diucapkan oleh Edryan. ‘Saya nak kita..’, kata-kata Edryan mati
disitu apabila Dania Ayerina memotong. ‘Jangan risau, selepas pertunjukkan fesyen
ini, saya akan bertolak ke New York atas urusan kerja. Mungkin juga saya akan
menetap disana selama-lamanya’, tutur Dania Ayerina sambil menahan sebak. Edryan
terkejut dengan penyataan Dania Ayerina. ‘Tapi..’, kata-kata Edryan terputus
lagi. ‘Ed, maafkan saya kerana muncul dalam hidup awak semula. Saya tahu kita
tak ada jodoh tapi saya harap kali ini awak faham. Kehadiran saya di sini hanya
atas urusan kerja saja’, terang Dania Ayerina. Edryan mengangguk tanda faham.
‘Saya
janji lepas ini, saya takkan muncul dalam hidup awak lagi. Semoga awak bahagia
dengan kehidupan awak dan saya doakan awak bertemu dengan wanita idaman awak.
Goodbye, Ed’, ucap Dania Ayerina seraya masuk kedalam perut kereta. Dia menghidupkan enjin dan terus memecut
keluar dari perkarangan dewan. Edryan tergamam seketika. Dia kaku dan lidahnya
menjadi kelu. ‘Bukan itu yang saya nak cakap dengan awak Ayer’, ucapnya
sendiri. Hatinya sangat sakit. Sekali lagi, dia melihat pemergian Dania Ayerina
di depan matanya sendiri. Sekali lagi, dia tidak mampu untuk menghalang
pemergian wanita yang dicintainya. ‘Hyung’,
panggil Adam seraya menghampiri Edryan. ‘Kau buat apa berdiri di sini?’, soal
Adam. Edryan cuba berlagak selamba. ‘Tak ada apa-apa, saja aku nak ambil udara
segar’, bohongnya. Adam tersenyum sinis. ‘Aku bukan bodohlah Ed, kau tu tak
pandai menipu pun’, desis hatinya. ‘Segarnya udara dekat parking ini kan’,
sindir Adam. ‘Oppa, Ppali’, jerit
Nina Amalina yang sudah sedia menunggu disisi kereta Edryan. ‘Dah jom, adik
kesayangan dah menjerit nak pulang tu’, ujar Edryan. Mereka berjalan beriringan
menghampiri Nina Amalina, Misha dan Farina. ‘Err..oppa, apa kata kita pergi makan malam?’, cadang Nina Amalina. Adam
mengangguk tanda setuju. ‘Misha dan Farina join kami sekali ya’, pelawa Nina
Amalina.
‘Saya
okay jak tapi lepas makan kena hantar saya baliklah. Saya tak ada kereta’, ujar
Farina. ‘Itu, No problem’, ucap Adam penuh semangat. Kami semua terkejut dengan
jawapan Adam. Nina Amalina mencubit pinggang abangnya. ‘Tak tahu malulah abang
ini’, bisik Nina Amalina. Misha dan Farina tersenyum melihat gelagat mereka. Edryan
juga turut tersenyum. ‘Misha, are you
joining us?’, soal Edryan. Misha jadi serba salah. Tidak tahu macam mana
mahu menolak pelawaan mereka. ‘Of course,
but she will go with me’, ujar satu suara. Semua berpaling kearah suara
itu. Misha tersenyum gembira. ‘Takkan dah fall
in love kot’, bisik Farina melihat senyuman Misha. ‘Mana ada’, jawabnya. Edryan
menghadiahkan Khairul Daniel satu senyuman. ‘Well, the more the merrier’, ujar Adam lalu mereka semua bertolak
ke lokasi makan malam yang disetujui. ‘So,
are you coming tomorrow?’, soal Edryan selepas makan di hiding di meja
mereka. Misha mendengar dengan penuh perhatian. Sebenarnya, dia tidak pernah
mempelawa Khairul Daniel untuk datang kerana dia merasakan lelaki ini tidak
pasti tidak mempunyai masa. Khairul Daniel ketawa. ‘It’s a bonus question? Of course, I will come to support my fiancee’,
jawabnya. Misha kelihatan gembira dengan jawapan Khairul Daniel. ‘Jinjja? Daebak’, bisiknya di telinga
Khairul Daniel. Selesai makan, Edryan dan Nina Amalina beransur pulang manakala
Adam menghantar Farina pulang kerumah. Misha pula mengikut Khairul Daniel untuk
menjenguk Datin Linda.
‘So,
awak rasa awak boleh menang tak esok?’, soal Adam setelah lama mereka berdiam
diri. ‘Bagi saya, menang atau kalah adalah adat pertandingan. Kemenangan
bukanlah apa yang saya impikan tetapi saya harap ada orang yang akan nampak
bakat saya’, jawab Farina dengan teratur. Adam bangga dengan semangat yang ada
pada diri Farina. ‘Nice answer’, puji Adam. Farina hanya tersenyum. ‘Awak tak
ada boyfriendkah Farina?’, soal Adam
lagi. Farina terkejut apabila Adam bertanya soalan peribadinya. ‘Boyfriend tu
memanglah ada’, jawab Farina. Adam seakan terkejut dengan jawapan Farina. ‘Ouhh’,
jawabnya berbasah basi. ‘Bukan setakat boyfriend,
girlfriend pun saya ada’, tambah
Farina lagi. Kali ini dia sengaja menekankan perkataan “boyfriend” dan “girlfriend”. Dengan itu, barulah Adam mengerti maksud
Farina. Adam terasa malu. Farina galak mengetawakan Adam. ‘Aduii, kenapalah aku
bengap sangat’, gumam hatinya. Farina masih lagi ketawa. ‘Saya suka dengar bila
awak ketawa’, puji Adam menyebabkan Farina tersedak dan terhenti ketawa. Wajah
Farina terasa hangat. Adam tersenyum melihat Farina yang mula salah tingkah. Ada
getar dihati setiap kali Adam keluar dengan Farina. Tidak tahu mengapa dia amat
menyenangi gadis ini. Sebelum ini, dia tidak pernah rapat dengan mana-man
apelajar praktikal sebagaimana di rapat dengan Farina. Kekecewaan terhadap
cinta pertamanya dahulu membuatkan dia serik. Sejak dari itu,dia membina jurang
antara dirinya dengan wanita lain. Kehadiran Farina seolah-olah meruntuhkan
jurang yang dibina olehnya.
‘Nenek
dengar esok Misha terlibat dengan fesyen
show, betulkah?’, soal Datin Linda. Misha mengangguk. ‘Baguslah tu, ini
peluang Misha untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang Misha.
Pengalaman ini Misha ambil sebagai satu pengajaran’, nasihat Datin Linda. ‘Terima
kasih, nek. Misha nervouslah nek,
esok ramai tetamu VIP yang hadir. Rekaan Misha bukannya cantik mana pun’, luah
Misha. Datin Linda tersenyum seraya memegang pipi mulus Misha. ‘Itu biasalah
Misha. Apa-apapun Misha kena percaya dengan diri Misha’, ujar Datin Linda
menenangkan Misha. ‘Alah nek, gerenti esok tak ada seorang pun yang akan suka
dengan rekaan dia. Khairul pun takkan undi rekaan dia nek’, pintas Khairul
Daniel yang muncul dari tingkat atas bersama Khairil Daniel. Misha menjeling
Khairul Daniel. ‘Tak apa Misha, nenek pasti undi rekaan Misha esok’, bela Datin
Linda. ‘Wahh, Thank you Nek’, ujar Misha seraya memeluk Datin Linda. Khairul
Daniel menarik Misha dari memeluk Datin Linda. ‘Ini nenek akulah’, ujarnya
diiringi dengan ketawa dari Misha. ‘Tua-tua pun ada hati nak cemburu’, sindir
Misha. Khairul Daniel hanya memuncungkan bibirnya. Khairil Daniel menghampiri Misha dan
menyerahkan buku pemberian Misha semasa hari jadinya dulu. ‘Apa ini?’, soal
Misha berbasah basi. ‘Saya nak bagi awak tengok lukisan saya’, ujar Khairil
Daniel. Misha mula menarik minat. ‘Mana?’, soalnya. Khairul Daniel mula menahan
tawa.
‘Ini’,
tunjuk Khairil Daniel. Lukisan seorang puntianak berambut panjang dan bergigi
taring mengejutkan Misha. Kedengaran tawa Khairul Daniel pecah. ‘Ini semua
kerja dia kan?’, soal Misha seraya menuding jari kearah Khairul Daniel. Khairil
Daniel berlari kearah abangnya. Dia bersembunyi di sisi Khairul Daniel. Datin
Linda turut bergembira melihat hubungan Khairul dan Khairil semakin baik. Sejak
kebelakangan ini, Khairul Daniel juga banyak meluangkan masa bersama Khairil
Daniel. ‘Terima kasih Misha, kerana kamulah dua adik beradik ini mula bertegur
sapa. Khairil Daniel juga sudah semakin aktif bercakap dan pandai bergurau’,
desis hati Datin Linda. ‘Kau mari sini’, marah Misha. Datin Linda dan Khairil
Daniel mengiringi Misha ke pintu hadapan. ‘Misha datanglah jenguk nenek selalu.
Kadang-kadang nenek pun bosan kalau tak ada orang perempuan dekat rumah ini.
Lain kali Misha ajak Farina sekali ya. Bermalam kat rumah nenek’, pelawa Datin
Linda. Misha hanya terenum sambil mengangguk. ‘In Sha Allah nek, lepas ini
Misha akan selalu datang sini’, ucapnya. Datin Linda tersenyum gembira. Dia
memeluk Misha dan mencium kedua belah pipi Misha. Manakala Misha pula menyalami
seraya menciumnya. ‘Khairul, bawa kereta tu pelahan-lahan tahu’, pesan Datin
Linda. Khairul Daniel hanya mengangguk. Misha
turut mengusap rambut Khairil Daniel walaupun budak itu hanya berdiri kaku dan
menjeling. Dalam hati dia sebenarnya bahagia.
Khairul
Daniel memandu dengan tenang. Misha juga hanya mendiamkan diri. ‘Malam ini
tidur awal biar esok tak nampak penat. Lagi satu, tak payah nak online or update status Facebook
tu. Buat menyemak saja dekat newsfeed aku’,
ujarnya. Misha terkejut dengan kenyataan
Khairul Daniel. ‘ Dia stalker aku
kah?’, soalnya dalam hati. ‘Kau tak penatkah update status dalam satu malam? Suka sangatlah bila si Hisyam tu
komen kan? Aku tengok bila dia komen status kau, tak sampai 5 minit kau update status baru’, omelnya. Kali ini
ketawa Misha pecah. Khairul Daniel hairan. ‘Apa yang lawak?’, soalnya sambil
mengerutkan dahi. ‘Ehh, Kau stalk
facebook aku ya? Sampai semua komen si Hisyam tu pun kau tengok?’, soalnya
sambil ketawa. Khairul Daniel terdiam. ‘Aduii yang mulut aku ini dah kenapa?’,
dengus hatinya. Misha masih lagi galak ketawa. ‘Ah, ketawalah sampai esok’,
marahnya. Misha menghabiskan sisa ketawanya, lucu rasanya apabila orang macam
Khairul Daniel boleh tahu tentang semua status yang dia post. Seketika
kemudian, sesuatu terlintas di fikirannya. ‘Wait a minute? Did you just
mentioned Hisyam ?’, soal Misha. Khairul Daniel menjeling Misha. ‘Dah nama dia
jak aku nampak komen dekat status kau. Crush
kau eh?’, soal Khairul Daniel ingin tahu. ‘Kenapa kau nak tahu? Kau cemburu
ya?’, telah Misha seraya tersenyum. Khairul Daniel menjadi gelabah. ‘Mana ada.
Buat apa aku nak cemburu. Buang masa dan tenaga jak’, nafinya. ‘Baguslah tu,
lagi satu kalau kau tak nak tengok status aku di news feed kau, kau hide jak kan senang’, cadang Misha. Khairul
Daniel terkesima. ‘Malas’, jawabnya sepatah. Akhirnya mereka berdiam diri
sehingga sampai ke kawasan perumahan Misha. ‘Take care and sweet dream’, ucapnya. Misha memandang penuh
kehairan. ‘Araso, You too’, jawabnya
seraya masuk kedalam rumah.
Keesokan
harinya, hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar praktikal. Hari yang sangat
bersejarah dan mungkin juga hari yang akan menentukan bakat terpendam mereka
selama ini. Semua pelajar praktikal kelihatan berdebar menyaksikan tetamu yang
mula memenuhi ruang dewan. ‘Hye guys’,
sapa Dania Ayerina. Mereka hanya tersenyum melihat Dania Ayerina. ‘Aku
nervouslah’,ujar Farhan a.k.a Fafa. ‘Nado’,
ucap Azlan a.k.a Azie. Dania Ayerina hanya tersenyum melihat tingkah mereka. Dia
menghampiri mereka. ‘Nervous tu
adalah perkara biasa dalam setiap perkara. Come
on, don’t be nervous. Sepatutnya Unnie lagi nervous tahu’, ujar Dania
Ayerina. Mereka tersenyum lega mendengar kata-kata Dania Ayerina. ‘Listen guys, no matter what happen, always
remember that you have done better and you have makes one step ahead than
others. So, lepas ini siapa pun yang menang itu tak kisah yang penting kita
dah usaha’, nasihat Dania Ayerina. ‘Ahh, Unnie’, Misha terharu dengan kata-kata
Dania Ayerina. ‘Morning, kenapa muram semacam jak pagi ini?’, tegur Nina
Amalina yang baru saja tiba bersama Adam dan Edryan. ‘Morning, Nina’, ucap
mereka hampir serentak. Dania Ayerina hanya menghadiahkan senyuman kepada
mereka. Edryan memandang tepat kearah Dania Ayerina sehingga mata mereka berdua
berpaut. Walaupun hanya seketika, pandangan mata itu memberi seribu makna. ‘Encik
Edryan, tetamu jemputan dah sampai’, panggil Kak Sarimah. Edryan mengalihkan
pandangan begitu juga Dania Ayerina. Seketika kemudian, dia meninggalkan bilik
persalinan dan mula berjalan keluar megekori langkah Kak Sarimah. Adam
memerhati tingkah laku Edryan. ‘Diaorang bergaduh lagi kah?’, desis hatinya
lalu berganjak keluar dari bilik persalinan.
Kelihatan
Datin Linda mula memasuki ruang dewan diiringi oleh Khairul Daniel dan Khairil
Daniel. ‘Apa khabar Datin?’, sapa Edryan. Khairul Daniel trut berjabat tangan
dengan Edryan. ‘Mana Adam ?’, soal Datin Linda. Edryan memandang belakangnya,
namun Adam tiada. ‘Mana pula budak tu pergi’, gumamnya. ‘He must be somewhere
here’, jawabnya. ‘Silakan duduk, Datin, Daniel senior dan Daniel junior’, gurau
Edryan. Datin Linda ketawa mendengar nama panggilan yang dicipta oleh Edryan.
Khairul Daniel tersengih. ‘Dia ingat aku ini budak-budakkah?’, marah Khairul
Daniel dalam hati. ‘Ed, mana Misha?’, soal Khairul Daniel. Datin Linda mencuit
Khairul Daniel. ‘Sopanlah sikit, dia tu tua dua tahun dari kau’, bisik Datin
Linda. Edryan hanya tersenyum. ‘It’s okay Datin, kami ini dah seperti kawan
dah’, ujar Edyan. Datin Linda tersenyum menyenangi sikap rendah diri Edryan. ‘Misha
ada dekat bilik persalinan tapi sorry Khairul , tetamu tak boleh masuk kesana’,
terang Edryan. ‘Eleh, jeleslah tu kalau aku nak masuk’, omelnya dalam hati. ‘Tak
apa, aku Cuma nak tahu jak di dekat mana’,
jawab Khairul Daniel. Edryan mengangguk tanda mengerti. ‘Kalau begitu
apa kata Datin minum dulu dan duduk sebentar. Sekejap lagi acara dah nak
bermula . Saya nak ke sana sebentar’, pamitnya. Datin Linda mengangguk. Khairul
Daniel berasa bosan apabila dia tiada teman untuk berbicara. Datin Linda sibuk
berbicara dengan rakan sebelah tentang bisnes. ‘Nenek ini, everywhere business.
Boring’, gumam hatinya.
Dia
membelek-belek iPhone kepunyaannya. Membuka photo gallery, melihat setiap
gambar. Apabila terlihat gambar Misha, dia tersenyum sendiri. Gambar ketika
mereka keluar berasa tempoh hari. Khairil Daniel hanya memerhati tingkah laku
abangnya. ‘Dah angau agaknya abang aku ini’, desis hati Khairil Daniel. Selesai
melihat gambar, dia mula membuka kamera dan mengambil gambar pentas pertunjukan
fesyen hari ini. Selepas itu, dia mula berselfie.
Khairil Daniel juga tidak turut ketinggalan untuk di bawa berselfie. Walaupun Khairil Daniel menolak,
dia tetap memaksa. Akhirnya, Khairil Daniel akur dengan kemahuan abangnya. Selesai berselfie, dia memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram. Seketika
kemudian, kelihatan Edryan dan Adam mulai duduk di meja mereka. ‘Acara dah nak
bermula’, ujar Edryan. Khairul Daniel masih sibuk mengambil gambar. Dia juga
mengambil gambar bersama Adam dan Edryan walaupun hubungannya dengan Edryan
agak dingin sedikit. Datin Linda menggeleng kepala melihat perangai cucunya. ‘Khairul,
sudah-sudahlah tu. Acara dah nak bermula ini’, ujar Datin Linda. ‘Edryan, Adam jangan layan sangat perangai si Khairul
tu’, nasihat Datin Linda. Mereka berdua hanya tersengih. ‘Jangan lupa tag aku
di Instagram tahu’, ujar Adam. Hampir ternganga mulut Edryan mendengar
kata-kata Adam. ‘Okay Dam, nanti aku tag kau dan Edryan’, jawabnya. Edryan
hanya tersenyum sinis. ‘Sejak bila kau ada Instagram? Bukan kau kata, kau tak
sukakah?’, bisik Edryan. Adam tersengih. ‘Baru jak’, jawabnya.
‘Ladies and gentleman, welcome to Iqram &
Eifa fashion show. Today we will show you our new design for October
collection. We have given our best in this design and we work really hard to
complete it on time. First of all, I would like to introduce our Chief
Executive Officer Mr Edryan Hj Iqram. I am very sure, you all know him. A
handsome man who success in a young age. Beside him, Mr Adam Hj Idham, his cousin
who always supports his backs our Chief Operation Officer. We would like to say
thank you to all our share holder and guests who willing to come to our fashion
show. Same like last year, today our trainee also participate in this event and
I can tell how nervous they are now. For trainee outfit judgement will be made
through a vote. Please make a wise choice. So without wasting our time, I would
like to invite Mr Edryan to come to stage to make his speech.’, ujar
pengacara majlis juga salah seorang kakitangan syarikat. Edryan bangun dari
meja dan terus berjalan ke atas pentas diiringi oleh spotlight. Dania Ayerina
yang sedang berdiri di belakang pentas melihat langkah lelaki itu. Penuh dengan
keazaman dan semangat yang tinggi. ‘Aku tak patut ada disini, Ed. Maafkan aku
kerana menyusahkan kau’, desis hatinya. Dia tertunduk cuba menahan air mata
dari jatuh. ‘Unni, gwaenchana?’,
tegur Misha, risau melihat Dania Ayerina. ‘Gwaenchana’,
jawabnya sambil mengangkat muka. Dia sempat menghadiahkan senyuman kepada
Misha. ‘Ingatkan Unnie nak pengsan tadi. Kalau Unnie pengsan siapa nak
peragakan baju Misha’, gurau Misha. Dania Ayerina ketawa. ‘Ini Unnielah, takkan
pernah pengsan sebelum acara bermula. Lepas acara berakhir mungkin Unnie akan
pengsan’, guraunya. Misha memukul lengan Dania Ayerina. ‘Unnie tak baik tahu
cakap macam tu’, ujar Misha. Dania Ayerina hanya tersenyum seraya memaut lengan
Misha.
Semua
tetamu menepuk tangan apabila Edryan mengahbiskan ucapannya. ‘Ladies and gentleman, it’s time to show.’,
jerit pengacara majlis lalu muzik di mainkan. Semua tetamu kelihatan mula
member perhatian diatas pentas. Model pakaian mula keluar satu demi satu
mengikut urutan yang telah ditetapkan. Setiap koleksi pakaian yang keluar juga
mendapat sambutan yang hangat. Rekaan pelajar praktikal akan keluar selepas
rekaan kakitangan Gedung Fesyen Iqram & Eifa. Di belakang pentas, semua
pelajar praktikal mula berpegang tangan. Gementar untuk naik ke pentas kerana
ini adalah pengalamn pertama mereka menyertai pertunjukan fesyen. ‘Kita jalan
macam biasa jak ok’, Nina Amalina cuba menenangkan suasana. Semua mengangguk
tanda setuju. Khairul Daniel kelihatan tidak keruan. Datin Linda yang menyedari
sikap cucunya mula menegur. ‘Kau kenapa ini’, bisiknya di telinga Khairul
Daniel. Rakan semeja mereka mula memandang dengan pelik apabila mereka
berbisik. Datin Linda tersenyum menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik.
‘Cantik sangat rekaan ini. Banyak rekaan muslimah ya’, dia cuba menutupi rasa
malunya. Rakannya mengangguk tanda setuju dengan komen Datin Linda. Adam juga
kelihatan seronok melihat rekaan pakaian terbaru mereka tetapi Edryan
seolah-olah hilang. Matanya melihat kepentas tapi hatinya tiada di sana. ‘Saya
janji lepas ini, saya takkan muncul dalam hidup awak lagi’, kata-kata itu
terngiang-ngiang di kepalanya. Setelah hampir satu jam, pertunjukan fesyen
untuk koleksi oktober berakhir dengan jubah khas buat ibu mengandung. ‘Now it’s
time to see our trainee design. Please welcome our trainee to stage with their
model’, jerit pengacara majlis lagi.
Khairunissa
mula berjalan keluar bersama-sama sahabat baiknya, Fatihah Abdullah. Senyuman
tak lekang dari bibir mereka berdua. Selepas Khairunissa, Farhan turut
mengiringi model pilihannya, Haryati Hamid. Amboii bukan main lagi si Farhan
berjalan. Macam model dengan lenggang lenggoknya. Kelihatan semua tetamu ketawa
melihat cara Farhan berjalan sambil melambai tangan. Hampir semua kakitangan
syarikat menundukkan muka melihat gelagat Farhan. ‘Overnya’, ucap Farhan geram. ‘Kau nanti apa kurangnya’, sindir
Misha seraya berjalan keluar. Dania Ayerina memegang tangan Misha agar Misha
tetap kuat untuk berdiri dihadapan orang ramai. Kali ini, Khairul Daniel
mengambil gambar semampu yang dia boleh. Edryan juga seolah-olah baru tersedar
dari lamunannya apabila Dania Ayerina yang sedang berdiri di atas pentas. Edryan
mula meraba poketnya. ‘Nah’, Adam menghulurkan iPhone milik Edryan. ‘Ehem, mana
kau jumpa ne?’, soalnya cuba berlagak biasa. Walaupun dirinya sudh tertangkap. ‘Kau
yang letak atas meja dari tadi’, jawab Adam. Edryan terdiam mendengar jawapan
Adam. ‘Aku lupa nak gambar trainee kita, tadikan Nina suruh ambil gambar masa
dorang atas pentas’, bohongnya. Adam tersenyum. ‘Habis tu photographer yang
kita upah tu untuk apa?’, sindir Adam. Kali ini, Edryan berpura-pura tidak
dengar. Farina mengakhiri pertunjukkan fesyen dengan rekaannya. Kini masa untuk
tetamu mengundi pakaian yang paling mereka sukai. Sambil mengundi, tetamu
disajikan dengan makanan.
Majlis
juga diteruskan dengan acara cabutan bertuah serta karaoke. Ada juga kakitangan
syarikat yang mempersembahkan tarian mereka. Semua pelajar praktikal mula duduk
di meja yang disediakan begitu juga dengan model-model mereka. Misha menjengah
ke meja tengah dimana Khairul Daniel sedang sibuk bermain dengan iPhone. ‘Ishh,
tak sedar pun orang dekat sini’, tuturnya. ‘Huh? Kenapa Misha?’, soal Farina. ‘Tak
ada apa-apa’, bohongnya. Sejam kemudian, pengacara majlis mula mengumumkan keputusan
bagi rekaan terbaik antara kakitangan syarikat dan pelajar praktikal. Sebelum penyampaian hadiah untuk rekaan
pelajar pratikal, semua pelajar praktikal di minta untuk naik keatas pentas
bersama model mereka. Kami menurut dan berjalan naik keatas pentas. Edryan
memerhati kedua-dua wanita yang sedang naik kepentas sambil berpegangan tangan.
‘Mereka sangat cocok bersama’, desis hatinya. Misha dan Dania Ayerina kelihatan
sangat gembira hari ini. ‘Now, I will announce from the third place. The winner
goes to Miss Misha Malik and Miss Dania Ayerina’, ujar pengacara majlis. Dania Ayerina memeluk Misha apabila nama
mereka disebut. ‘Syukur Alhamdulillah’, ucapnya dalam hati. Misha dan Dania
Ayerina mendapat sijil dan trofi berserta wang tunai sebanyak Rm5000. Misha
mencari kelibat Khairul Daniel yang sedang duduk di meja hadapan. Tiada, yang
kelihatan hanya Datin Linda dan Khairil Daniel.
‘Second
place goes to Mr Farhan Azwani and Miss Haryati Hamid’, jerit pengacara majlis
lagi. Semua tetamu menepuk tangan. Kakitangan lelaki sempat juga menyakat
Farhan. ‘Okay, before I announce the champion, I will announce the fifth and
fourth place’, terangnya. Tempat kelima adalah Azlan manakala Khairunnisa di
tempat keempat. ‘And the winner goes to Miss Farina Mohd Aidil and Miss Nina
Amalina’,teriak pengacara majlis. Semua tetamu berdiri sambil menepuk tangan. Aku
memeluk Farina yang seakan tidak percaya dengan kemenangannya. Ada air mata
jernih yang mengalir dari mata Farina. Nina Amalina juga turut bergembira. Adam
naik ke atas pentas untuk turut sama berkongsi kemenangan Farina. Ingin dia memeluk
wanita itu tetapi dia harus patuh dengan ajaran agama dia. Akhirnya, dia hanya memeluk
Nina Amalina. Edryan ketawa melihat gelagat sahabatnya. Farina mendapat wang
tunai sebanyak Rm10000 berserta sijil dan trofi. ‘Congrate Far, aku happy
sangat. Kau memang sangat berbakat’, kata Misha seraya memeluk sahabat baiknya.
‘Farina, chuka hamnida. Unnie pun
turut gembira’, ujar Dania Ayerina seraya memeluk Farina. ‘Ah, Unnie dah kena
balik sebab malam ini unnie kena bertolak ke New York atas urusan kerja’,
terangnya. Misha menggenggam tangan Dania Ayerina. ‘Bila Unnie pulang?’, soal
Misha. Farina juga menanti jawapan Dania Ayerina. ‘Lepas habis kerja tu, unnie
akan pulang ke sini semula’, bohongnya seraya menghadiahkan senyuman. Misha dan
Farina mengangguk. ‘Misha, terima kasih sebab pilih saya sebagai model awak.
Saya takkan pernah lupa kenangan ini. Hari ini, Unnie sangat gembira’, ujarnya
jujur. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh. ‘Unnie, sepatutnya Misha
yang kena berterima kasih sebab Unnie sudi tolong Misha. Jeongmal gumawo unnie’, kata Misha. Dania Ayerina tersenyum lagi. ‘Okay,
Unnie balik dulu ya. See you again, Misha
and Farina’, pamitnya seraya berjalan keluar dari bilik persalinan.
Comments
Post a Comment