Cinta Satukan Kita 9



Dania Ayerina berjalan keluar dari dewan pertunjukan fesyen menuju ke kawasan letak kereta. Tanpa disangka ada paparazzi yang datang kepadanya. ‘Hello cik Dania’, sapa paparazzi tersebut. Dania Ayerina segera memakai kaca matanya. Kehadiran paparazzi sangat mengejutkan kerana dia tidak pernah memanggil wartawan atau photographer untuk membuat liputan kerjanya hari ini. Dia cuba berlagak tenang dan memberikan senyuman. ‘Boleh saya temu ramah cik Dania sebentar?’, izinnya dengan senyuman sinis. Dania Ayerina melihat sekelilingnya, dia berharapa agar pengurusnya sampai dengan cepat. ‘Emm, tapi saya kena cepat ini sebab saya kena bertolak ke airport’, Dania Ayerina cuba memberi alasan. ‘Alah, manager cik Dania pun belum ada lagi kan. Sekejap jak, 5 minit gitu’, ucapnya separuh memaksa. ‘Ehem, cik Dania kita kena bertolak sekarang kalau tak nanti terlepas kapal terbang’, ujar satu suara. Dania Ayerina berpaling kearah suara itu. ‘Edryan’, ucap bibirnya. Paparazzi tersebut terus mengambil gambar Edryan. ‘Nanti, kalau tak silap saya. Lelaki ini yang dekat Perdana Park hari tu kan? Bukankah manager cik Dania seorang wanita’, soal paparazzi tersebut. ‘Tak salahkan saya ada dua manager’, jawab Dania Ayerina menyebabkan paparazzi tersebut terdiam. Edryan cuba menahan tawa mendengar jawapan Dania Ayerina. Mereka masuk ke dalam perut kereta dan Edryan memandu keluar  menuju ke lapangan terbang.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya berdiam diri. Dania Ayerina menghantar mesej kepada pengurusnya memberitahu bahawa mereka akan bertemu di lapangan terbang. ‘Lamakah awak di New York’, soal Edryan memecah suasana. ‘Mungkin saya takkan balik kesini lagi’, jawab Dania Ayerina selamba. Edryan menekan brek kereta secara tiba-tiba sehingga kereta di belakang mereka menekan hon. ‘Oii, tak reti nak drive kah?’, bentak pemandu tersebut. ‘Kenapa ini? Awak dah gilakah? Dah tak sayang hidup?’, marah Dania Ayerina seraya memegang kepalanya yang sakit akibat terhentak. Edryan mula cemas. ‘Maafkan saya, saya tak sengaja’, ujarnya seraya meneruskan perjalanan semula. Edryan terus memandu sehingga ke Tanjung Aru. Selesai meletakkan kenderaan, dia menarik Dania Ayerina keluar dari kereta dan berjalan menuju kearah pantai. Dania Ayerina menepis tangannya. ‘Kenapa awak bawa saya ke sini?’, soalnya. ‘Sebab awak kan suka dengan suasana dekat pantai’, jawab Edryan tenang. Seketika kemudian, Edryan memegang tangan Dania Ayerina dan menariknya kedalam pelukan. Dania Ayerina terkejut dengan tingkah Edryan. Dia cuba menolak Edryan namun Edryan masih enggan melepaskan pelukannya. ‘Nanti ornag nampaklah’, marah Dania Ayerina. ‘Saya tak kisah. Ayer, walaupun awak nak pergi jauh. Pergilah tapi tolong kembali semula. Jangan menjauhkan diri dari saya lagi. Cukuplah kenangan lalu, memisahkan cinta kita. Saya tak sanggup hidup dibelenggu rasa bersalah terhadap awak. Bencilah saya tapi tolong jangan tinggalkan saya sebab kalau saya lepaskan awak pergi lagi saya tak tahu adakah saya akan dipertemukan dengan awak lagi’, ucapannya sangat jelas di telinga Dania Ayerina. Air mata mula bergenang. Dania Ayerina membalas pelukan Edryan seraya mengangguk. ‘If you asked me to stay, I will stay by your side forever’, tuturnya.

Misha memandang telefon bimbitnya. Langsung tiada pesanan atau panggilan yang masuk. ‘Dia pergi mana ya?’, soalnya sendiri. Misha sedikit terasa dengan kelakuan Khairul Daniel yang menghilang secara tiba-tiba. ‘Dia malu kot, aku cuma dapat nombor tiga’, telah Misha sendiri. Marsha memerhati Misha yang asyik memandang telefon bimbitnya. ‘Kenapa tak siap lagi? Kita kan nak  keluar makan?’, soal Marsha mengejutkan Misha. ‘Huh? Emm, Misha penatlah kak. Tak jadi nak ikutlah. Nanti tapaukan Misha jak ya’, ujar Misha. Marsha hanya mengangguk. ‘Farina dah siapkah?’, panggil Marsha. ‘Dah, dah kejap ya’, balas Farina. Soalan yang sama di tanya oleh Farina kepada Misha dan jawapan Misha tetap sama. Akhirnya, Farina mengalah dan bersetuju untuk membelikan Misha makan malam. Misha duduk di ruang tamu sambil menonton drama korea kegemarannya. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus menjawab panggilan tersebut. ‘Assalamualaikum’, ucapnya. ‘Waalaikumussalam, buat apa tu?’, soal suara lelaki di hujung talian. Misha melihat nama pemanggil di screen telefon. Riak wajahnya bertukar ceria namun masih cuba berlagak biasa. ‘Apasal kau control ayu ini?’, soal Misha dengan nada selamba. Khairul Daniel mengigit bibirnya. ‘Dia tak ada perasaankah? Orang tanyalah aku kemana tadi masa dia ambil trofi. Kenapa aku pergi tanpa tunggu dia? Perempuan ini memang spesis tak berperasaan ya’, gumam hatinya.

‘Kau nak apa?’, soal Misha lagi. Sebenarnya, Misha terasa sangat dengan kelakuan Khairul Daniel. Tak patut dia pergi sebelum acara berakhir. Datin Linda sendiri tak tahu bila masa di keluar. ‘Awak ada dekat rumahkah?’, soal Khairul Daniel. ‘Emm, tengah rehat. Penat satu hari ini’, jawabnya dengan nada menyampah. Khairul Daniel tersenyum di hujung talian. ‘Merajuk ya’, telahnya dalam hati. ‘Sekarang ini, awak pergi bersiap lepas tu keluar dari rumah tu’, arahnya. Misha makin merasa sakit hati. ‘Saya penatlah, malas nak keluar’, marahnya. ‘Amboi garangnya. Dah tak ada alasan, sekarang juga bersiap. Kita keluar’, Khairul Daniel memaksa. Akhirnya, Misha mematikan panggilan. Khairul Daniel terkesim dengan kelakuan Misha. Tidak pernah dia berbuat sedemikian selama ini. Khairul Daniel memandang pintu rumah Misha. ‘Eh, Khairul apa awak buat dekat sini?’, soal Marsha yang baru tiba dengan Farina. Khairul Daniel menjadi serba salah di hadapan mereka. ‘Tu, saya nak pujuk tunang saya tu’, jawabnya seraya memuncungkan mulut kearah pintu rumah mereka. ‘Sweetnya’, puji Farina menyebabkan muka Khairul Daniel mula membahang. ‘Marilah masuk. Kami sepatutnya pergi makan malam tadi tapi Misha dia penat sebab tu kami beli jak. Nak makan sama dengan dia, takut dia tak selera makan seorang’, terang Marsha. Khairul Daniel berfikir sejenak. ‘Marah betul dia dengan aku’, tekanya sendiri. Marsha dan Farina masih menanti jawapannya. ‘Tak apalah, dah lewat ini. Lagipun tak nak ganggu Misha. Esok jak lah saya jumpa dia. Saya balik dulu ya’, pamitnya. Marsha dan Farina hanya mengangguk dan menghantar keretanya pergi.

‘Misha, apasal kau tak buka pintu? Penat Khairul berdiri tunggu kau dekat luar tau’, ujar Farina. Misha terkejut dengan penyataan Farina. ‘Dia tunggu aku dekat luar?’, soal Misha lagi. ‘Apalah adik ini, biarkan tunang tunggu lama dekat luar’, Marsha mencela. Misha menjadi serba salah. ‘Dia tak bagitahu pun dia ada dekat luar’, ujar Misha. Farina tersenyum gembira. ‘Emm, dia nak bagi surpriselah tu’, jerit Farina seraya mencuit pinggang Misha. Marsha turut ketawa sama walaupun dalam hatinya menyampah. ‘Hyung, apa hyung buat dekat airport?’, soal Adam yang menjemput Edryan dari lapangan terbang. Hati Edryan seolah-olah dipenuhi dengan bunga. Senyuman juga tak lekang dari bibirnya. ‘Amboii, dah kena angin apa tadi?’, soal Adam lagi. Terkejut dengan perubahan sepupunya. ‘Aku rasakan Dam, aku dah jumpa salah satu dari kebahagian yang aku cari selama ini’, luahnya kepada Adam. Edryan memandang iPhone miliknya sambil menatap gambar Dania Ayerina. ‘Takkan kau dah berbaik semula dengan Dania Ayerina?’, soal Adam. Edryan hanya tersenyum. Adam memang sangat memahami. Hanya dia yang tahu akan perasaan sebenar Edryan. ‘Ed, baru balik? Ed dari mana tadi’, soal Puan Kamariah. ‘Umi risau tahu tak’, tambah Puan Kamariah lagi. Haji Idham hanya menggeleng kepala melihat gelagat isterinya. ‘Awak ini, dia tu dah besar tahulah jaga diri’, pesan Haji Idham. Edryan tersenyum. ‘Jangan risaulah Umi, Ed tak pergi mana-mana pun. Tadi Ed tolong hantar kawan Ed ke lapangan terbang jak. Sorryylah Ed tak bagitahu Umi dan Baba. Ed lupa’, terang Edryan. ‘Biasalah Umi, Ed kalau dah dengan ‘Kawan’ dia, memang dia lupa semua. Adam pun dia ingat bila dia dah nak pulang jak’, sindir Adam.

Puas Khairul Daniel memujuk namun Misha masih tetap berkeras. Khairul Daniel menghempas iPhonenya ke atas katil. Dia mula mundar mandir didalam biliknya. ‘Khairul’, panggil Datin Linda sambil mengetuk pintu biliknya. Namun Khairul Daniel hanya membatukan diri. ‘Khairul, buka pintu ini kejap’, arah Datin Linda. Akhirnya, dia mengalah dan membuka pintu bilik. Datin Linda melihat keadaan cucunya. ‘Khairul ini dah kenapa? Dari semalam nenek tengok asyik terperap saja dalam bilik ini. Khairul ada masalahkah?’, soal Datin Linda risau. Khairul Daniel berjalan menuju ke katil. Dia duduk dibirai katil. ‘Khairul gaduh dengan Misha kah?’, soal Datin Linda lagi. Kali ini Khairul Daniel mengangguk. Datin Linda menggelengkan kepala. ‘Siapa suruh Khairul ini tak pandai ubah perangai. Kemarin masa Misha ambil trofi, Khairul pergi mana? Khairul tahu tak, dia cari Khairul kemarin. Kasihan nenek tengok. Ikutkan hati dia nak tunggu Khairul tapi nenek dah hantar dia pulang dengan Farina’, terang Datin Linda. Khairul Daniel menjadi serba salah. ‘Khairul bukan sengaja nak tinggalkan majlis kemarin nek tapi tiba-tiba ada hal penting’, ujarnya. ‘Apa yang penting sangat sampai kamu sanggup tinggalkan tunang kamu. Lagi satu, kamu langsung tak hantar mesej atau telefon dia bagitahu keadaan kamu. Jangankan Misha, kalau nenek pun memang gerenti nenek merajuk’, Datin Linda cuba memberi nasihat kepada cucunya. Khairul Daniel terdiam. Datin Linda memegang tangan Khairul Daniel. ‘Wanita ini sangat sensitive lebih-lebih lagi dengan orang yang mereka sayang.  Khairul dah besar dan dah pandai fikir mana yang baik dan buruk. Cuba selami hati wanita’, pesan Datin Linda. Khairul Daniel hanya mengganguk. Datin Linda keluar dari bilik cucunya membiarkan Khairul Daniel berfikir sendiri.
Kelihatan Khairil Daniel sedang duduk dibuaian bersama buku pemberian Misha. Dia kemudian membuka lembaran buku dan membaca kisah yang ditulis didalamnya.  ‘Kehadirannya ibarat seorang pari-pari yang mula menghiasi taman bunga yang telah lama terbiar layu. Dia memberi sinar kepada bunga-bunga itu agar terus mekar dengan wangi’, tutur Khairil Daniel. Ternyata budak kecil ini sangat pandai bermadah. Khairul Daniel menghampiri Khairil Daniel. ‘Kau buat apa di sini?’, soal Khairul Daniel menyebabkan Khairil Daniel terkejut. Dia menutup kembali buku itu. ‘Tak ada apa-apa’, ujarnya seraya berdiri dan masuk ke dalam rumah. ‘Pelik betullah budak ini’, ucapnya sendiri.  Khairul Daniel menghela nafas perlahan. ‘Macam mana aku nak pujuk kau Misha? Aku sebenarnya tengah keliru dengan perasaan aku sendiri. Saat kau ada hatiku sangat gembira namun kegembiraan itu terluah dengan cara yang kasar. Saat kau tiada, hatiku menjadi gundah tetapi rasa gundah ini juga tak dapat aku sampaikan kepada kau’, bicara hatinya.  Khairul Daniel meletakkan tangannya di dada. ‘Kenapa di hati ini ada ruang buatmu sedangkan hatiku dulu milik hanya milik Katherine’, desis hatinya lagi. Tanpa sedar, Datin Linda sedang memerhati kelakuannya. Datin Linda menggeleng kepala sambil tersenyum. ‘Buat pertama kali aku nampak ketulusan hati Khairul terhadap seorang wanita’, tutur Datin Linda lalu melangkah masuk kedalam rumah.

‘Malam ini Misha kena tidur di sini. Nenek tak kira, Misha kena temankan nenek malam ini’, pujuk Datin Linda. Misha jadi serba salah. ‘Tapi Nek, esokkan Misha kerja’, Misha memberi alasan. ‘Macamlah Misha tak boleh kerja dari rumah nenek. Esok biar nenek hantar Misha pergi kerja. Alah bolehlah Misha’, rayu Datin Linda. Misha memandang Farina dan Marsha. ‘Tapi, Kak Marsha dan Farina tak ada teman malam ini’, ujar Misha lagi. ‘Opss!! Kak lupa nak bagitahu Far dan Misha. Malam ini Shila bawa kak tidur di rumah dia’, Marsha mencela. Datin Linda mengukir senyuman. ‘Kalau macam tu, Farina pergi ambil baju untuk kerja esok. Malam ni Misha dengan Farina tidur rumah nenek’, putus Datin Linda. Akhirnya, Misha mengalah. Dia sebenarnya tidak mahu bertemu dengan lelaki bernama Khairul Daniel sebab itu dia cuba mencari alasan. Betapa terkejutnya Khairul Daniel apabila melihat Misha berada di depan matanya. Bibirnya mahu menguntum senyuman namun dia cuba berlagak tenang tidak mahu Misha perasan. Misha pula hanya menyampah melihat lelaki itu. Selepas makan malam, Datin Linda menyertai Misha dan Farina untuk menonton drama korea. Sejurus selepas itu, Khairil Daniel juga menyertai mereka. ‘Apa tajuk drama ini Misha?’, soal Datin Linda. ‘The Heirs nek’, jawab Misha. ‘Drama ini mengisahkan tentang seorang anak orang gaji bercinta dengan anak usahawan. Ibunya tak boleh bercakap manakala kakaknya berkerja di luar negara, sebagai seorang pelayan. Lelaki itu dah ada tunang nek tapi dia tak suka dengan tunang dia sebab itu dia jatuh cinta dengan anak orang gaji tu. Lagi satu, abang lelaki ini tak pernah suka dengan adik tiri dia sebab adik tiri dia adalah anak ayah dan perempuan simpanannya ’, terang Farina pula.

Misha hanya mendiamkan diri. ‘Cerita ini memang sedih tetapi akhirnya mereka semua menemui kebahagiaan sendiri’, tambah Farina lagi. Khairul Daniel yang kebetulan baru turun dari tingkat atas berdiri di belakang Datin Linda sambil mendengar synopsis cerita drama korea tersebut. Dia memandang Misha yang hanya membatukan diri. ‘Tapi mampukah aku mencari kebahagiaan ku sendiri?’, desis hati Misha. Air matanya mula mengalir. ‘Love is feeling..The moment I first see you’, Khairul Daniel membaca lirik lagu tema bagi drama korea itu. Misha mengelap airmatanya takut disedari oleh Farina dan Datin Linda. Khairil Daniel hanya menjadi pemerhati. Dia memandang Misha dan Khairul Daniel bersilih ganti. Khairil Daniel menggenggam tangannya. Seketika kemudian, dia bingkas bangun dan naik ke tingkat atas. Datin Linda dan Farina terkejut dengan kelakuan Khairil Daniel. ‘Khairil’, panggil Datin Linda. ‘Kenapa pula dengan budak tu?’, soal Datin Linda sendiri. ‘Khairul, pergi tengok adik kamu tu’, arah Datin Linda namun Khairul Daniel hanya berdiam diri. Misha dan Farina saling berpandangan. ‘Khairul, dengar tak apa yang nenek cakap ini?’, soal Datin Linda lagi namun Khairul Daniel masih tetap membatu. Misha menjeling Khairul Daniel. ‘Nek, boleh tak Misha yang naik tengokkan Khairil?’, izin Misha. Ada riak kecewa di wajah Datin Linda. ‘Baiklah, Misha pergilah tengok dia’, arah Datin Linda. Misha bingkas bangun dan naik keatas. Sempat dia melanggar Khairul Daniel. ‘Farina, mari kita sambung tengok drama ini’, ucap Datin Linda tanpa mempedulikan Khairul Daniel.

Misha menguak pintu bilik Khairil Daniel yang tidak berkunci. ‘Boleh saya masuk?’, tanya Misha. Khairil Daniel melihat kaki Misha yang sudah berada dalam biliknya. ‘Awak dah masuk pun’, balasnya. Misha hanya tersengih lalu menghampiri Khairil Daniel. Dia duduk dibirai katil milik Khairil Daniel. Kelihatan Khairil Daniel tekun menulis sesuatu di buku. ‘Itu buku yang saya bagi kan?’, soal Misha lagi. Khairil Daniel hanya mengangguk. ‘Boleh saya tengok?’, Misha cuba meminta izin. Khairil Daniel menggeleng kepala. ‘Kedekut’, tutur Misha seraya menutup mulutnya. Khairil Daniel menjeling kearah Misha. ‘Opss! Sorry’, ucap Misha. ‘Saya maafkan awak’, ujar Khairil Daniel. Seketika mereka berdua terdiam.  ‘Khairil, awak rasa dunia ini adil tak? Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita. Walaupun ia memberi kesakitan tapi disebalik kesakitan itu tersembunyi kebahagiaan. Ada yang langsung tak mengerti kesakitan yang kita alami. Ada juga yang cuba memahami namun lebih banyak yang mencaci’, luah Misha penuh dengan makna yang mendalam. Misha cuba menahan airmatanya daripada terjatuh. Khairil Daniel memandang tepat kearah Misha. ‘Macam mana mereka nak faham kalau mereka tak berada di situasi yang kita alami’, tambah Misha lagi. Misha tersenyum apabila menyedari pandangan Khairil Daniel. ‘Tak apalah, awak masih kecil. Bila dah besar nanti baru awak akan faham maksud saya’, ucap Misha. Khairil Daniel bangun dan duduk disisi Misha. Dia memegang tangan Misha seolah-olah memberi kekuatan kepada Misha agar terus tabah menghadapi dugaan hidup. ‘Kenapa awak gaduh dengan abang Khairul?’, soal Khairil Daniel. Misha terkesima. Tidak tahu mahu kata apa. Dia hanya menghadiahkan senyuman kepada Khairil Daniel.

Marsha dan Shila tergelak bersama. ‘Babe, dorang terpedaya dengan lakonan kau?’, soal Shila. ‘Kau tahulah dorang tu bengap’, ujar Marsha diiringi dengan ketawa. Shila turut ketawa sama. ‘Babe kau memang hebat babe’, puji Shila. Muzik dalam kelab seolah-olah meraihkan kebahagiaan mereka. Banyak wanita muda berkunjung ke kelab ini dan kebanyakkan mereka adalah dari anak orang kaya. Bagi Marsha, mereka sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mampu. Dia berkawan dengan Shila kerana hanya Shila yang melayannya dengan baik walaupun dia bukan berasal dari golongan yang berada. Shila adalah anak seorang usahawan dan dek kerana orang tuanya sentiasa sibuk, Shila kekurangan kasih sayang. Sehingga dia berkenalan dengan Rizal, selama ini hanya Rizal yang berada disisinya tidak kira susah atau senang. ‘Tapi aku nak tahu, siapa mak bapak budak tak guna tu’, dengus Marsha. ‘Alah Babe, kau sabarlah tak lama lagi kau akan dapat tahu dia tu anak siapa’, ucap Shila. Marsha tersenyum sinis. ‘Tapi, kalau dia anak orang kaya macam mana Babe?’, soal Shila. Marsha tersenyum. ‘Kalau dia anak orang kaya, aku takkan biarkan dia hidup senang. Dan kalau dia anak orang miskin, aku sendiri akan hantar dia kerumah orang tua dia’, ucap Marsha penuh dengan kebencian. ‘Good job, babe’, Shila menyokong. Rizal menghampiri Shila dan Marsah sambil membawa minuman keras. ‘Hello ladies, here’s your drink’, ujar Rizal seraya menyerahkan minuman tersebut kepada Shila dan Marsha. ‘Let’s dance darling’, ajak Rizal. Shila mengangguk. Mereka berdua berdiri dan menuju ke lantai tari. Marsha hanya duduk sambil menikmati minumannya.

Misha duduk dibuai di bahagian laman rumah Datin Linda. Dia menutup mata cuba menghirup udara malam. Malam ini sangat menyamankan tetapi hati Misha masih berasa tidak tenang. Dia terkejut apabila ada seseorang menyelimutkannya dari belakang. ‘Nenek yang suruh saya bagi awak selimut tu’, ujar Khairul Daniel. Misha hanya mendiamkan diri. Khairul Daniel jadi tidak keruan dengan tingkah Misha. Dia mengambil tempat duduk dihadapan Misha. ‘Awak masih marah dengan saya?’, soal Khairul Daniel. ‘Kenapa pula saya nak marah awak?’, soal Misha. ‘Habis tu, kenapa awak tak jawab panggilan saya? Tak balas mesej saya?’, Khairul Daniel tidak mahu mengalah. ‘Saya sibuk’, bohong Misha. ‘Apa yang awak sibukkan sangat?’, soal Khairul Daniel lagi. Misha mula merasa geram. Dia hanya mendiamkan diri. ‘Kenapa diam?’, tanya Khairul Daniel. Misha bingkas bangun dan mahu berlalu pergi tetapi Khairul Daniel menggapai tangannya. Misha terkejut dengan tindakan Khairul Daniel. ‘Lepaslah, nanti nenek nampak’, marahnya. Khairul Daniel tetap menggenggam tangan Misha dengan kuat. ‘Sakitlah’, ujar Misha namun Khairul Daniel tetap tidak mempedulikan Misha. ‘Apa awak nak?’, soal Misha separuh menjerit. Khairul Daniel menariknya supaya duduk semula. ‘Misha, boleh tak awak berhenti buat hati saya rasa keliru? Boleh tak awak berhenti buat saya rasa tidak keruan?’, soal Khairul Daniel.  Misha membesarkan matanya. ‘Apa maksud awak?’, tanya Misha.

‘Saya sedang sakit’, luah Khairul Daniel. Misha menjadi serba tak kena. ‘Awak sakit apa? Di mana yang sakit?’, soal Misha risau. Misha memandang Khairul Daniel menanti jawapannya. Khairul Daniel berpaling kearah Misha. Dia memegang tangan Misha seraya meletakkan di dadanya. Misha hanya membiarkan tanpa sebarang bantahan. ‘Di sini yang sakit’, ujarnya dengan wajah yang serius. Misha menarik tangannya seraya memandang kearah lain. ‘Kalau awak sakit, awak patut jumpa doktor’, kata Misha tergagap-gagap. ‘Masalahnya, doktor pun tak ubat untuk hilangkan rasa sakit saya ini’, balas Khairul Daniel. ‘Kenapa pula dengan mamat ini. Sejak bila pandai berjiwang ini’, telah hati Misha. Dia tiada jawapan untuk itu. ‘Misha, boleh tak awak pandang saya?’, pinta Khairul Daniel. Misha teragak-agak untuk menoleh. Perlahan-lahan dia berpaling kearah Khairul Daniel. ‘Saya nak minta maaf sebab saya keluar semasa pertunjukan fesyen tu. Kebetulan saya ada hal penting sebab tu saya kena pergi. Saya juga nak minta maaf sebab tak bagitahu awak melalui mesej’, terang Khairul Daniel. Misha mula terharu. ‘Tak apa, saya dah maafkan awak pun’, katanya. Khairul Daniel mengeluarkan sesuatu dari poketnya. ‘Tahniah atas pertunjukan fesyen awak. Walaupun awak tak menang, saya tahu awak dah buat yang terbaik. Lagipun awak dapat top 3. Nahh’, ujarnya seraya menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Misha. ‘Apa ini?’, soal Misha. Khairul Daniel tersenyum. ‘Bukalah dan tengok sendiri’, arahnya. Misha membuka perlahan kotak kecil itu. Sebuah keychain pororo terletak  didalam. Misha tersenyum gembira. ‘Suka tak?’,soal Khairul Daniel. Misha berlagak tenang walaupun Khairul Daniel sudah nampak senyumannya tadi. ‘Biasa jak’, ujarnya.

‘Cuba tengok kat belakang keychain tu’, arah Khairul Daniel. Misha menurut. ‘Don’t leave me alone, bring me whenever you go’, Misha membaca ayat yang terukir dibelakang keychain itu. ‘Gumapta’, ucapnya. Khairul Daniel mengangguk. ‘Misha, boleh tak mulai hari ini kita jadi kawan baik. Selain gelaran tunang, saya nak kita jadi kawan yang sentiasa ada saat kita perlu. Mulai hari ini juga, saya nak jadi tunang awak yang sah’, luahnya. ‘Tapi macam mana dengan Katherine?’, soal Misha. Khairul Daniel terkejut apabila Misha menyebut nama Katherine. ‘Macam mana awak tahu nama dia?’, soal Khairul Daniel. Misha ketawa. ‘Facebook’, jawabnya. Khairul Daniel tersenyum. ‘Apabila Katherine muncul, segalanyanya akan kembali seperti biasa. Kita akan bawa haluan masing-masing’, ujar Misha. Khairul Daniel mengangguk. ‘Sebab tu, sebelum dia datang, saya nak kita berdua punyai kenangan yang terindah. Walaupun kita tak ada jodoh. Mungkin kehadiran awak ada hikmahnya. Bagaimana awak boleh muncul dalam event yang saya buat untuk orang lain. Pasti ada sebabnya’, terang Khairul Daniel. ‘Saya tak tahu bila Katherine akan kembali tapi yang pasti saya nak awak rasa kebahagian apabila berada disamping saya’, ucapnya dengan jujur.  Misha seakan tidak percaya dengan apa yang Khairul Daniel perkatakan. Namun, ada betulnya kata Khairul Daniel. Sampai bila mereka harus bersengketa.  Misha cuba menahan sebak didada. ‘Keurae’, jawab Misha. Khairul Daniel memandang Misha. ‘Saya pun nak juga tahu apa rasanya orang ada tunang’, gurau Misha. Khairul Daniel tersenyum. ‘Promise?’, Misha menghulurkan jari kelingkingnya. Khairul Daniel menurut. ‘Promise, let’s make a wonderful memories’, sambung Khairul Daniel. ‘Ah, kalau macam tu. Awak kena panggil saya oppa juga’, pinta Khairul Daniel.

Tiba-tiba Misha merasa geli dengan permintaan Khairul Daniel. ‘Aniyo’, ujarnya. Khairul Daniel membuntangkan mata. ‘Kenapa pula tidak? Dengan Edryan awak okay jak panggil oppa. Kenapa dengan saya awak tak boleh’, rajuk Khairul Daniel. Misha ketawa. ‘Apa yang lucu?’, soal Khairul Daniel. ‘Rupa-rupanya selama ini awak memang cemburulah kan dengan Encik Edryan?’, tutur Misha. Wajah Khairul Daniel bertukar merah. ‘Mana ada’, marahnya. Misha bingkas bangun dengan tawa yang masih bersisa. Entah kenapa Misha berasa geli hati dengan kelakuan Khairul Daniel. ‘Misha, kau nak pergi mana tu?’, teriaknya. ‘Nak masuk tidurlah’, jawab Misha. Khairul Daniel berlari mengejar Misha. ‘Kau nak panggil aku oppa kah tak?’, soal Khairul Daniel tidak puas hati. Misha menggeleng kepala sambil ketawa. ‘Misha, janganlah macam tu’, jeritnya. Tanpa mereka sedari, ada mata yang melihat mereka dari tingkat atas. Datin Linda tersenyum bahagia. ‘Kamal, Fadila, anak kamu dah besar panjang dah. Wanita itu adalah tunang dia dan dia sedang tersenyum bahagia. Suzana, Khairil juga semakin bahagia. Rumah ini mula dipenuhi dengan seri’, ucapnya sendiri. Air mata Datin Linda mula mengalir. Dia juga turut rasa gembira.Berharap agar hari ini dan seterusnya, tiada lagi kedukaan hanya dipenuhi dengan kegembiraan.



Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2