Cinta Satukan Kita 10
Sejak
Khairul Daniel memujuk Misha, hubungan mereka menjadi lebih rapat walaupun
mereka masih bertelingkah. Misha juga semakin bahagia. Setiap hari, Datin Linda
melihat perubahan sikap Khairul Daniel. Dia juga lebih banyak meluangkan masa
bersama Khairil Daniel. Datin Linda duduk disisi Khairul Daniel. ‘Terima kasih
sebab Khairul dah boleh menerima Khairil’, ucap Datin Linda seraya menepuk paha
Khairul Daniel. Kelihatan Khairil Daniel sedang ketawa bermain layang-layang
bersama Misha. Khairul Daniel hanya tersenyum. ‘Sebenarnya, ayah kamu tak
salah. Mak kamu yang nak Suzana bernikah dengan ayah kamu sebab dia tahu dia
takkan hidup lama. Sebelum mak kamu meninggal dia memang nak beritahu kamu
tetapi masa tu kamu sedang sibuk dengan peperiksaan SPM sebab tu dia
tangguhkan. Nenek tak sangka pula, dia pergi semasa hari terakhir kamu menjawab
soalan SPM’, Datin Linda mula membetulkan salah faham Khairul Daniel selama
ini. Khairul Daniel memandang neneknya. ‘Kenapa nenek tak beritahu Khairul
selama ini?’, soal Khairul Daniel. Datin Linda memegang pipi Khairul Daniel.
‘Sebab nenek tahu kamu takkan percaya dengan apa yang nenek perkatakan’, jawab
Datin Linda. Khairul Daniel terkesima. Memang betul kata Datin Linda. ‘Fadila
kata kamu dah lama nak kan adik tapi dia dah tak mampu nak mengandung kerana
sakit yang dihidapinya. Dia juga tak mahu kamu berasa sunyi sebab itu dia
memilih Suzana, mama Khairil sebagai penggantinya. Nasib juga tak menyebelahi
mereka apabila mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya’, sambung Datin
Linda lagi.
‘Kamu
tengoklah Khairil, dia sebenarnya dia kekurangan kasih sayang sebab itu dia
jadi pendiam. Sekarang nenek bahagia tengok perubahan dia. Semuanya kerana
Misha’, tutur Datin Linda. Khairul Daniel memandang kearah Misha yang sedang
berlari untuk menerbangkan laying-layang Khairil Daniel. Dia tersenyum gembira.
Datin Linda juga turut tersenyum melihat Khairul Daniel gembira. ‘Dah angau
kah?’, soal Datin Linda. Wajah Khairul Daniel bertukar merah. ‘Nenek boleh
nampak cinta yang sedang membara di mata kamu’, tambah Datin Linda lagi
menyebabkan Khairul Daniel berasa malu. ‘Mana
ada’, nafi Khairul Daniel seraya memegang kedua-dua belah pipinya. Datin Linda
ketawa melihat reaksi Khairul Daniel. Dari jauh kelihatan Khairil Daniel dan
Misha sedang menuju kearah mereka. ‘Nenek, layang-layang tu tak nak
terbanglah’, adu Khairil Daniel. Misha menghampiri dengan nafas yang
tercungap-cungap. ‘Korang jak tu tak pandai nak terbangkan’, perli Khairul
Daniel. Misha mendengus geram. ‘Kalau macam tu, apa kata awak cuba terbangkan’,
cabar Misha. Khairul Daniel berdiri dan merampas layang-layang dari tangan
Misha. ‘Learn and see’, ujarnya. Khairil
Daniel mengekori langkah Khairul Daniel yang lari ke tengah padang. Misha duduk
disebelah Datin Linda. ‘Misha okay? Nah minum air ne’, Datin Linda menyerahkan
jus oren kepada Misha. ‘Terima kasih nek, Alhamdulillah basah sikit tekak ini’,
tuturnya. Datin Linda mengelap peluh di dahi Misha. Betapa dia menyenangi
kehadiran Misha dalam hidup mereka. Misha ketawa melihat aksi Khairul Daniel
yang sedang berusaha untuk menerbangkan layang-layang Khairil Daniel. ‘Itulah berlagak pandai’, perlinya. ‘Nek,
tengoklah cucu nenek tu. Tak padan dengan umur berlari macam orang kena kejar
ular’, tambah Misha lagi. Kali ini Datin Linda pun turut ketawa sama dengan
Misha.
Farina
menanti dengan sabar. ‘Sorry lambat’,
ucap satu suara. Farina berpaling kearah suara itu. ‘Tak apa, saya pun dah lama
dah tunggu kat sini’, perli Farina. Adam tersengih. ‘Amboii, sungguh mendalam sindiran
cik Farina ya’, gurau Adam. ‘Memandangkan minggu depan birthday CEO kita, so
saya bercadang nak belikan dia hadiah’, ujar Adam. Farina membuntangkan
matanya. ‘Betulkah?’, soal Farina. Adam menggangguk. Farina berfikir sebentar.
‘Kalau tak silap, minggu depan pun birthday
Khairul Daniel’, tutur Farina. Adam tersenyum. ‘Nampaknya cik Farina pun tahu
bila birthday tunang Misha ya. Mesti
cik Farina selalu stalk dia kan?’,
telah Adam. Misha mencebikkan bibir. ‘Eh, tak ada maknanya nak stalk tunang orang. Lagipun saya tahu
sebab saya tengok birthday dekat facebook tu. Tapi saya tak perasan pula
nama Encik Edryan ada sana sebab saya Cuma tengok sekali imbas jak’, terang
Farina. Adam mengalah. ‘Agak-agaknya, cik Farina tahu tak bila birthday COO
syarikat kita?’,soal Adam. Farina pura-pura batuk. ‘So, apa birthday plan
untuk Encik Edryan?’, soal Farina mengubah topic perbualan mereka. Adam
mengerling kearah Farina. ‘Bagus sangatlah tu Hajah’, kata Datin Linda. Misha
mengerutkan dahi mendengar perbualan Datin Linda dalam telefon. ‘Saya rasa itu memang idea yang baik. Saya
setuju, Hajah. Nanti tolong emailkan saya segala detailnya’, pinta Datin Linda.
‘Okay baiklah, Waalaikumussalam’, putus mereka. Datin Linda mematikan telefon
bimbitnya. ‘Misha, minggu depan kan birthday
Khairul Daniel. So, nenek nak minta
Misha tolong sikit. Boleh kan?’, kata Datin Linda. Misha hampir tersedak
mendengar kata-kata Datin Linda. ‘Birthday
dia?’, soalnya sendiri.
‘Misha
okay tak?’, soal Datin Linda. Misha mengangguk. ‘Boleh tak tolong nenek?’, soal
Datin Linda lagi. Misha terdiam lagi. ‘Misha mesti banyak kejutan untuk Khairul
kan, ya lah selama korang bercinta mustahil Misha tak pernah bagi Khairul surprise kan’, ujar Datin Linda. Misha
tersengih. ‘Ah, ah betul tu nek. Jangan risau, Misha akan surprise birthday yang dia tak boleh lupa’, tutur Misha memberi
jaminan kepada Datin Linda. ‘Eothoke?’,
desis hati Misha. ‘Ouh ya, tadi Hajah Kamariah yang telefon nenek. Diorang
cadang nak celebrate birthday Khairul
dengan Edryan sekali sempena kerjasama kami selama 5 tahun’, tambah Datin
Linda. ‘Kebetulan, Khairul dan Edryan lahir pada tarikh yang sama cuma Edryan
tu tua setahun’, terang Datin Linda lagi. Buat kali kedua Misha terkejut. ‘Apa
punya pekerjalah aku ini. Selama ini aku tak pernah tahu profil Encik Edryan.
Tengok birthday bos sendiri pun tak
tahu. Padahal Encik Edryan sangat prihatin terhadap semua kakitangan termasuk
pelajar praktikal’, gumamnya dalam hati. Misha bertekad akan membuat surprise birthday yang takkan pernah mereka
berdua lupakan. ‘Baba dan Ummi yang bagi idea tu. Saya ikut jak lah’, ujar
Adam. Farina juga seakan tidak percaya. ‘Mesti Misha pun takkan percaya dengan
apa yang Farina dengar’, duga Farina dalam hati. ‘Tapi kan saya perasan Encik
Edryan dengan Khairul tu asal jumpa jak macam tak mesralah’, luah Farina. Adam
ketawa. ‘Alah, mereka tu memang dari dulu macam tu. Khairul tu tak nak mengalah
dengan Ed. Apa lagi Edryan pun dengan egonya juga. Perkara remeh pun mereka nak
besarkan macam budak-budak’, adu Adam. Farina berasa lucu mendengar kata-kata
Adam.
‘Apa
yang lucu?’, soal Adam. Wajah Farina mula merona merah. ‘Muka awak comel bila
awak mengadu’, pujinya tanpa segan. Farina menekup mulutnya. Tanpa sengaja dia
memuji Adam. Telinga Adam mula merona merah. Malu dengan pujian Farina. Suasana
terasa hangat. ‘Jom kita ke kedai tu, saya nak tengok kalau ada hadiah yang
sesuai’, ajak Adam. Farina mengekori dari belakang. Adam tertawa juga mendengar
pujian Farina. Sebenarnya, dia sangat menyukainya. Khairul Daniel berhenti
menerbangkan layang-layang apabila iPhonenya berbunyi. Dia membuka mesej yang
tertera. ‘Darling, I will be back next
week’, Khairul Daniel membaca mesej dari Katherine seraya memandang Misha
yang sedang ketawa dengan Datin Linda. Khairul Daniel memandang tanpa kelip. Senyuman
mula terukir. Dia ingin sekali menatap senyuman itu setiap hari namun apakan
daya, hakikat tidak seindah realiti. Khairil Daniel turut jadi pemerhati. Dia
bahagia melihat abangnya gembira bersama Misha. Khairul Daniel menutup iPhone
miliknya seraya menuju kearah Khairil Daniel semula. ‘No matter where it takes, I will choose this way. I am sure everythings happen for a reason’,
desis hatinya dengan semangat yang berkobar-kobar. Khairil Daniel berhenti
berlari. Dia memandang Khairul Daniel yang tidak pernah berputus asa untuk
menerbangkan layang-layangnya. Selepas itu, dia memandang Misha yang sedang
galak berketawa dengan Datin Linda. Dia kemudian memandang langit yang cerah
seraya berdoa dalam hati. ‘Ya Allah, terima kasih atas kebahagian yang kau beri
sekarang. Ini semua sudah lebih dari cukup’, doa Khairil Daniel.
Misha
menjadi buntu. Dia mula mundar mandir di ruang tamu. Sampai pening Marsha
dibuatnya. ‘Misha, kau boleh tak duduk diam-diam?’, marah Marsha. Misha
menjeling Marsha lalu duduk di sofa rumah sewa mereka. Seketika kemudian, dia
meninjau ke luar pagar rumah. ‘Kak, Farina keluar dengan siapa? Kenapa belum
balik? Dah pukul berapa dah ini?’, soal Misha bertubi-tubi. Ikutkan hati mahu
saja Marsha menengking Misha namun dia harus bersabar agar rancangannya
berjalan lancar. ‘Manalah kak tahu dik’, jawab Marsha perlahan. Farina hanya
mendiamkan diri. Adam memandu dengan tenang. ‘Saya bingunglah. Awak rasa sesuai
tak hadiah tu?’, soal Adam memecah keheningan waktu. Farina berpaling kearah
Adam. ‘Okaylah tu, lagipun itukan jersi pasukan bola sepak yang Encik Edryan
minat’, balas Farina. Adam masih tidak berpuas hati. ‘Saya rasa macam ada yang
kuranglah. Memang Ed selalu terima apa sahaja yang saya beri tapi tahun ini
saya rasa macam hadiah saya ini tak seberapa menarik’, luah Adam. Farina
mengerutkan dahi. Seketika kemudian, Farina tersenyum. ‘Ada tak apa-apa yang
Encik Edryan inginkan dalam hidup dia? Mungkin girlfriend? Or maybe
Encik Edryan nak berumah tangga, awak boleh hadiahkan mereka pakej honeymoon’, gurau Farina. Adam memandang
Farina dengan wajah serius. Farina bingung. Apakah dia tersalah cakap?. ‘Tengok
depanlah, awak tu tengah driving’,
ujar Farina seraya menolak wajah Adam supaya memandang ke hadapan. Adam
terketawa. ‘Saya rasa saya dah tahu nak beri dia surprise apa. Nampaknya cik
Farina ini memang bijaklah’, puji Adam. ‘Takkan Encik Edryan nak khawin? Dia
dah ada girlfriendkah?’, soal Farina
ingin kepastian namun Adam hanya tersengih. Akhirnya, Farina mengalah.
Marsha
mendengar setiap butir bicara Misha dan Farina. ‘Far, aku tak tahu nak buat
macam mana? Surprise birthday apa
yang aku nak buat?’, soal Misha mula menggelabah. Marsha mula mengerutkan
dahinya. ‘Selama korang bercinta, takkan kau tak pernah buat surprise birthday untuk tunang kau?’,
soal Marsha. Misha mengetap bibirnya. Dia dan Farina saling berpandangan. ‘Walauapapun
terjadi, Marsha tak boleh tahu tentang kisah ‘tunang’ aku’, gumamnya dalam
hati. Misha ketawa. ‘Alah kak, selama ini surprise biasa-biasa jak. Kali ini
besar-besaran lepas tu nak gabung pula dengan birthday bos kitaorang. Mestilah Misha bingung’, ucap Misha. Marsha
hanya mengangguk. ‘Tapi boleh tak kak join
birthday party tu nanti?’, soal Marsha lagi. Sekali lagi, Misha dan Farina
saling berpandangan. Marsha tersengih. ‘Yalah, kak nak juga rasa pergi birthday
party orang kenamaan ini. Bolehlah kak ikut ya Misha’, rayu Marsha. Misha
tersengih. ‘Yang itu di luar bidang kuasa Misha’, kata Misha sambil tersenyum. ‘Tapi
aku rasa tak mustahillah Misha sebab kau yang atur acara tu. Lagipun Marsha ini
kak kau so aku rasa tak salah dia
pergi birthday bakal ipar dia’,
terang Farina. Marsha tersenyum gembira. ‘Far, kau memang bijak’, puji Marsha seraya mencuit pipi mulus Farina.
Misha menggangguk. ‘Betul jugakan. So
kalau macam tu, apa kata nanti kita pergi shopping
baju untuk birthday party tu’, cadang
Misha dan dipersetujui oleh Marsha dan Farina. Ketiga-tiga wanita itu ketawa
gembira. ‘Okay, I just want to reminder you. Who knows you might forget since you are
busy with your works’, tutur Adam didalam talian. Edryan memandang Adam
dengan penuh persoalan. ‘Okay, so I will
see you in 3 days before the event?’, soal Adam meminta kepastian. ‘Okay sure’, jawab penerima panggilan
tersebut. Adam menamatkan panggilan dan berpaling untuk masuk kedalam rumah
semula. Dia terkejut apabila dia berpaling, Edryan sudah berdiri dibelakang.
‘Oh,
hyung’, sapa Adam sengaja mahu
berloghat Korea. ‘Kenapa belum tidur?’, soal Adam berbasa basi. Dia memang
tidak pandai berlakon dalam situas begini. ‘Kau bercakap dengan siapa tadi?’,
soal Edryan. Adam tersengih cuba untuk mencari alasan yang sesuai. ‘Emm, emm’,
Adam masih mencari alasan. Edryan tersenyum. ‘Dam, kau seriuskah dengan
Farina?’, soal Edryan tiba-tiba. Adam terkejut dengan kenyataan Edryan. Namun
dalam masa yang sama, dia juga bersyukur kerana Edryan tidak tahu siapa yang
dihubungi tadi. Adam menggaru kepala yang tidak gatal. ‘Dam, kalau kau serius
dengan Farina, aku rasa Baba dengan Ummi takkan melarang. Cuma satu aku minta
dengan kau. Jaga Farina macam mana kita jaga Nina’, pesan Edryan seraya menepuk
bahu Adam. ‘Kenapa pula aku yang kena?’, gumam hatinya. Edryan menghadiahkan
Adam senyuman yang paling manis lalu mereka berjalan beriringan memasuki rumah.
‘Darling, I really miss you’, ucap
Katherine. Khairul Daniel hanya tersenyum dan menamatkan FaceTime mereka.
Ikutkan hati, dia tidak mahu FaceTime
namun Katherine mendesak. ‘Bagaimana harus aku memberitahu kepada Katherine
tentang Misha?’, soalnya sendiri. ‘Adakah dia akan menerima semua ini?’,
soalnya lagi. ‘Kath, kenapa kau nak balik saat aku mulai rasa bahagia dengan
Misha?’, persoalan demi persoalan mengganggunya. Dia membuka galeri gambar di
dalam iPhone. Satu persatu gambar Misha yang di candid olehnya dilihat.
Seketika kemudian, dia ketawa sendiri. Dia menutup gambar tersebut dan membuka
mesej. ‘Good night, have a nice dream.’, Khairul
Daniel mula menaip mesej untuk di hantar kepada Misha. Dia menunggu balasan
dari Misha namun tiada. ‘Dah tidur kot’, ucapnya sendiri seraya meletakkan
iPhone miliknya di meja berdekatan katilnya. Misha membaca mesej tu sambil
tersenyum. Sengaja dia tidak terus membalas mesej Khairul Daniel. 10 minit
kemudian, barulah dia membalas mesej Khairul Daniel. ‘Araso, Chalca oppa’, taipnya sambil tersenyum. Khairul Daniel yang
baru hendak melelapkan mata terkejut dengan bunyi mesej dari iPhonenya.
‘Oppa?’, ucapnya sendiri. Hatinya mula
berbunga. ‘Maknanya dia mahu panggil aku ‘Oppa’?
soal Khairul Daniel. Dia menarik gebar dan menutupi mukanya. Senyuman Khairul
Daniel juga semakin lebar. ‘Ahhh, macam mana nak tidur macam ini?’, omelnya
sendiri. ‘Khairul, Khairul kau dah angau ini’, tambahnya lagi. Keesokan
harinya, saat yang Misha sangat debarkan tiba. Pesiapan untuk birthday party
Edryan dan Khairul Daniel bermula. Adam juga turut membantu. Semua kakitangan
syarikat juga sudah diberitahu tetapi mereka mahu kakitangan lain tetap focus kepada
kerja mereka agar surprise birthday
ini berjalan dengan lancar. Hanya keluarga terdekat yang akan membuat
persiapan. ‘Encik Adam, event ne ada extra mark tak untuk pelajar praktikal’,
gurau Misha. Adam tersenyum. ‘Kenapa nak extra mark? Event ini bukan untuk
Edryan tapi untuk tunang awak juga’, jawab Adam. Misha hanya mencebikkan bibir.
‘Rugilah saya ini. Semua orang buat kerja dekat office saya pula buang markah kat sini’, omel Misha. Adam ketawa. ‘Kalau
awak tak nak buat apa kata awak tukar dengan Farina’, cadang Adam. Misha
terkejut dengan penyataan Adam. ‘Oh, jadi selama ini Farina selalu keluar
dengan Encik Adam lah’, telah Misha. Adam terkesima. ‘Opss! Encik Adam dah
tertangkap’, gurau Misha. Adam menjadi malu. Misha hanya tersenyum dengan
tingkah laku bosnya. ‘Erm, family awak kat mana sekarang?’, soal Adam mengubah topik
perbualan. Misha ketawa. ‘Nak ubah topiklah tu. Family saya ada dekat Kudat.
Saya ada seorang kakak yang seusia dengan saya. Nama dia Marsha. Dia lahir awal
tahun saya lahir hujung tahun’, terang Misha. Adam meneliti hasil kerjanya. ‘Oh,
kak awak ambil course apa?’, soal Adam lagi. Misha masih tekun menulis segala
yang diperlukan di dalam dewan tersebut. ‘Business’,
jawabnya sepatah. Selepas itu, mereka
berdiam diri. ‘Encik Adam tak nak tahu pasal family Farinakah?’, soal Misha
cuba menarik perhatian Adam. Hati Adam melonjak gembira. ‘Abanggg’, jerit Nina
Amalina. ‘Nina ada bawa lunch ini’, ucap Nina Amalina dengan riang. Adam
mengetap bibirnya. ‘Kacau daun betullah budak ini’, marahnya dan didengari oleh
Misha.
‘Waalaikumussalam.
Ayah jangan risau Kak ada ini dengan Misha. Jaga mak elok-elok ya, In Sha Allah
kalau ada masa Misha balik jenguk Mak’, ucap Misha seraya mematikan talian. ‘Siapa
tu ? Ayah?’, soal Marsha. Misha mengangguk. ‘Kak, apa kata minggu depan kita
balik kampung? Minggu ini sibuk sikitlah’, cadang Misha. Marsha menyumpah dalam
hati. ‘Okay’, jawab Marsha pendek. ‘Lambat betullah Farina pergi tandas’, omel
Misha. Tidak lama kemudian, Farina sambil tersenyum. Misha mencebikkan
bibirnya. ‘Kau pergi tandaskah , cuci tandas’, rajuk Misha. ‘Sorrylah, ramai
orang kat dalam tu’, ucap Farina sambil tersengih. Hari ini Centre Point
menjadi tempat mereka untuk membeli pakaian. Sengaja mereka membeli awal agar
tidak kelam kabut di saat akhir. Lagipun, Misha mahu mencari hadiah untuk
Khairul Daniel. Sekurang-kurangnya, dia masih ada masa untuk mencari jika tidak
jumpa hadiah yang sesuai. ‘Misha, kau nak bagi hadiah dengan Encik Edryan juga
kah?’, soal Farina. Misha berfikir sebentar. ‘Entahlah tapi alang-alang aku nak
bagi Khairul apa salahnya aku bagi Encik Edryan jugakan. Lagipun dia oppa kita’, ucap Misha sambil ketawa. Marsha
menyampah dalam hati. ‘Misha, Far kak pergi kedai tu dulu ya. Korang pilihlah
perlahan-lahan’, ujar Marsha sengaja mahu menjauh dari mereka. Misha dan Farina
menggangguk tanda faham. Jam sudah menunjukkan pukul 7 setengah malam namun
Marsha masih belum puas shopping. Misha dan Farian hanya memilih dress paras
lutut dan heels setinggi 5 inci. Lagipun ada potongan harga sebab itu mereka
terus membeli tanpa bicara. ‘Far, agak-agaknya Kak Marsha nak borong semua
barang dalam Centre Point ini’, omel Misha. ‘Banyak duit dia’, tambah Farina. Misha
pun pelik dari mana Marsha dapat duit sebanyak itu sehingga dapat membeli
pakaian yang berjenama sedangkan pelajar praktikal hanya mendapat elaun
sebanyak RM300. ‘Misha, apa kata kita pergi bawah kedai iPhone. Aku nak tengok
iPhone barulah’, ajak Farina. ‘Amboii, kau nak beli iPhonekah? Banyak duit kau’,
perli Misha. Farina ketawa. ‘Nak tengok sajalah’, balas Farina lalu mereka
turun ke tingkat bawah menuju ke kedai Switch yang menjual produk Apple.
Khairul
Daniel mundar mandir di luar rumah. ‘Mana dia pergi satu hari ini? Kenapa tak
call aku?’, soalnya sendiri. Sekali lagi dia cuba menghubungi Misha namun tiada
jawapan. ‘Kenapa dengan dia?’, bicaranya sendiri. ‘Kalau dia ada iPhone or
Smartphone kan senang boleh juga aku video
call dengan dia’, bebelnya lagi. Khairul Daniel meraup wajahnya. ‘Esok juga
aku belikan dia iPhone’, ucapnya lagi. Tiba-tiba iPhonenya berbunyi. ‘Hello?’,
jawabnya. Misha melihat telefon bimbitnya 10 panggilan yang tidak di jawap dan
kesemuanya adalah daripada Khairul Daniel. Misha tersenyum sendiri. ‘Rindu juga
dia dengan aku’, desis hatinya. ‘Okaylah, saya nak yang ini. Satu warna grey, satu lagi warna silver’, ujar Misha. Farina memandang
Misha. ‘Kau yakinkah nak bagi dorang hadiah yang sama? Kau tahulah Encik Edryan
dan Khairul tu bukannya satu kepala. Kadang ada yang tak puas hati’, luah
Farina risau. Misha tersenyum. ‘Sebab aku nak eratkan hubungan merekalah aku
beri hadiah yang sama’, jawab Misha sambil tersenyum. Farina hanya menggangguk.
‘Sekarang, aku dah ada hadiah dan aku dah beli baju. So lepas ini, aku nak focus dengan persiapan surprise birthday tu jak’, tutur Misha
bahagia. Farina turut gembira. Mereka tidak perlu risau dengan baju apa yang
hendak dipakai nanti. ‘Eh, kau tak belikan ‘Oppa’
kita hadiahkah?’, soal Misha. ‘Aku dah beli dah kemarin dengan Adam’, balas
Farina tanpa sedar. Misha membuntangkan matanya. ‘Jadi betullah kebelakangan
ini kau selalu keluar dengan Encik Adam?’, soal Misha ingin kepastian. Farina
menampar bibirnya. ‘Macam mana aku boleh terlepas cakap ini?’, gumam hatinya.
Misha tersenyum melihat wajah Farina. Sama seperti Adam, wajah mereka merona
merah. ‘Nampaknya mereka sedang dilamun cinta’, telah Misha dalam hati.
Khairul
Daniel tiba di burger bakar, cybercity. Dia menuju ke meja Adam dan Edryan. ‘Bro’,
sapa Adam seraya menyalami Khairul Daniel di ikuti oleh Edryan. Mereka bersikap
acuh tidak acuh. Adam pun pelik kenapa Edryan dan Khairul Daniel tidak boleh
berbaik. ‘Ada apa kau panggil aku datang sini ini, Dam?’, soal Khairul Daniel.
Adam tersengih. ‘Saja nak lepak dengan kau. Lagipun bosan juga asyik-asyik
lepak dengan Ed’, perli Adam. Edryan mengetap bibirnya. ‘Kalau tak suka kenapa
kau paksa aku datang sini?’, soal Edryan. Khairul Daniel tersenyum. ‘Relaxlah
Ed. Senyum sikit’, pujuk Adam. Sebenarnya, dia sengaja mengajak Edryan dan
Khairul Daniel untuk lepak di sini agar hubungan mereka bertambah baik. ‘Oh ya,
Dam aku dah follow kau dekat Instagram tu. Jangan lupa follow balik’, pesan Khairul Daniel.
Adam membuka lama Instagramnya dan terus mengikuti Instagram Khairul
Daniel. ‘Okay aku dah follow kau’, ujar Adam. Edryan yang
duduk di antara mereka mula merasa geram.
‘Boleh kita order makanan
sekarang?’, soal Edryan. Adam tersengih. ‘Silakan Encik Edryan. Order jak apa
yang Encik nak. Malam ini saya belanja’, kata Adam sambil menyerahkan menu.
Edryan menarik menu dari tangan Adam. ‘Ed, kau orderkan kami juga ya’, arah Khairul Daniel. Edryan seakan tidak percaya
dengan apa yang didengar olehnya. ‘Ya, apa yang kau order kami ikut jak’, sambung Adam lagi. Edryan seakan tidak
percaya dengan apa yang didengar olehnya. Mereka berdua sibuk melihat laman
sosial masing-masing. Geram Edryan melihat tingkah laku mereka berdua. Selesai
memesan makanan dia pun mengeluarkan iPhonenya. ‘Khai, kau ada Instagram Misha
tak? Aku nak follow dia tapi tak ada.
Farina sajalah ada’, kata Adam. Khairul Daniel terkesima. Edryan mula
menunjukkan minat apabila nama Misha disebut. ‘Buat masa ini dia tak ada
Instagram. Aku pun baru saja buat akaun Instagram ini sebab tu gambar yang aku
post tak banyak’, bohongnya. Sebenarnya ini adalah akaun Instagramnya yang
kedua kerana yang pertama banyak gambar dia bersama Katherine. Di laman sosial
Facebook juga dia sudah menyembunyikan status hubungannya dengan Katherine.
Nasib baik Katherine tiada masa untuk bertanya itu ini.
Edryan
kelihatan kecewa dengan jawapan Khairul Daniel. ‘Kau tak suka ya misha post
gambar dia dekat Instagram?’, soal Edryan secara tiba-tiba. Khairul Daniel cuba
bersikap selamba. ‘Mana ada, kenapa pula aku nak larang. Dia tu baru tunang
aku, belum isteri lagi’, jawab Khairul Daniel tidak mahu mengalah. ‘Mishakan
cantik, kau takut ya dia kena rampas?’, tambah Edryan lagi. Kali ini Adam mula
berasa risau. Khairul Daniel masih berlagak selamba. ‘Buat apa nak takut, Misha
tu setia dengan saya’, balasnya. Nasib baik makanan yang mereka pesan tiba, kalau
tak memang mereka pasti bergaduh besar. ‘Kita makan dulu’, arah Adam meleraikan
pertelingkahan yang hendak bermula. Bukannya bertambah baik malah bertambah
teruk. ‘Baiklah nek’, ujar Misha seraya menamatkan panggilan. Farina memandang
dengan seribu satu persoalan. ‘Kenapa?’, soal Farina. Misha mengeluh perlahan. ‘Nenek
tanya pasal ayah dan mak’, jawab Misha perlahan. Farina menghempaskan badannya
keatas katil. Terasa lenguh badan apabila bekerja seharian lepas itu sambung
lagi shopping balik dari kerja. ‘Pasal
apa pula kali ini?’, soal Farina dengan nada perlahan takut didengari oleh
Marsha. Misha menjadi buntu. ‘Dia nak habis saja praktikal, aku dan Khairul
berkhawin’, ucap Misha. Farina terkejut. ‘Apa? Cepatnya?’, hampir terlopong
mulut Farina mendengar kata-kata Misha. ‘Itulah, aku ini dah pening dah ini.
Mana nak sibuk celebrate birthday. Nak fikir lagi soal khawin. Lagipun, aku
dengan Khairul , Cuma tunang sementara. Nanti kalau kekasih sebenar dia balik
Malaysia, aku akan undur diri juga’, luah Misha. Farina memandang Misha. ‘Tapi
kalau betullah Katherine kembali, kau mampukah nak lepaskan Khairul?’, soal
Farina. Misha terdiam. Dia tiada jawapan untuk soalan itu. ‘Khairul tu memang
milik dia Far, aku tak boleh nak buat apa-apa’, jawab Misha dengan nada yang
sedih. ‘Dulu memanglah Khairul itu milik dia tapi takdir menemukan kau dengan
Khairul disaat Khairul ingin melamar dia. Misha, takkan kau tak pernah ada
perasaan terhadap Khairul Daniel selama ini’, tutur Farina. Misha terkedu. ‘Perasaan?’,
desis hatinya.
Edryan
ketawa terbahak-bahak. Khairul Daniel dan Adam semakin galak bercerita. Tidak
tahu apa yang terjadi dengan mereka. Selesai makan tadi, Adam mula bercerita
tentang cerita yang lawak. Dari situ, Khairul Daniel dan Edryan berubah serta
merta. Kedua-duanya gelak sakan. ‘Dam, dari mana kau dapat cerita in?’, soal
Edryan mula menyapu airmata yang keluar akibat terlalu ketawa. ‘Betul tu Ed,
selama ini aku tak pernah dengan cerita ini’, sokong Khairul Daniel. Mereka
siap bertepuk tangan. Misha melihat telefon bimbitnya. Farina sudah lena
disisinya. ‘Takkan kau tak pernah ada perasaan terhadap Khairul Daniel selama
ini?’, masih terngiang-ngiang di kepalanya. ‘Misha, kenapa kau diam?’, soal
Farina lagi. Dia tiada jawapan untuk itu. Sungguh, dia tidak pernah terfikir
tentang itu. ‘Apa perasaan kau terhadap Khairul? Maksud aku, kalau satu hari
Khairul tak jumpa atau tak call kau, apa kau rasa?’, Farina menyoal tanpa
henti. Misha hanya mendiamkan diri. ‘Adakah jantung kau berdegup dengan laju
apabila kau melihat Khairul?’, Farina tetap mahu mengetahui isi hati Misha. Kali
ini Misha tersenyum. ‘Hak orang kita kena kembalikan Far’, jawabnya. Farina
menggeleng kepala. ‘Khairul Daniel bukan hak sesiapa sebab mereka belum ada
ikatan yang sah. Aku tak nak paksa kau tapi aku harap kau tanya perasaan kau
sendiri. Apa yang ada di hati kau, kau kena luahkan. Jangan pendam’, pesan
Farina. Misha menutup matanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. ‘Chalca, Nae sarang’, dia membaca mesej
yang dihantar oleh Khairul Daniel. Misha membiarkan sahaja mesej itu. Dia
meletakkan tangannya didada. ‘Apa yang ada didalam hati aku? Siapa yang
bertakhta?’, desis hatinya sendiri.
Comments
Post a Comment