Posts

Showing posts from September, 2014

Cinta Satukan Kita 7

‘Kau tak keluar kemana-manakah hari ini Far?’, soalku. Farina yang sedang sibuk mengemas kini status ‘Facebook’nya hanya mengelengkan kepala. Aku menggelengkan kepala. ‘Amboi, mentang-mentanglahh ada internet satu Malaysia. Bukan main lagi kau, hari- hari kemas kini status ya’, sindirku. Farina hanya tersengih. Aku masuk kedalam bilik dan mengambil komputer ribaku. Aku juga tidak mahu kalah dengan Farina.  Aku membuka ruangan friend request, dah berapa lama aku tak on facebook inilah jadinya. Aku meneliti setiap orang yang mahu menjadi rakanku di facebook. Aku hanya akan approve orang yang aku kenali, yang lain minta maaf bukan sebab sombong tapi malas nak layan terutama yang cuma guna gambar kartun sebagai profil mereka. ‘Amboi,  cepatnya cik Farina menjadi mutual friend Encik Adam’, sindirku. ‘Dah lamalah, kau saja baru tahu tu’, ujarnya. Aku hanya menccebikkan bibir. ‘Khairul Daniel? Biar betul?’, ucapku seolah tak percaya. ‘Dia add aku jadi friend dia?’, Misha seaka...

Cinta Satukan Kita 6

Aku dan Farina sibuk mencari dari satu kedai ke kedai yang lain. ‘Misha, senang lagi design baju tahu. Susahnya nak cari hadiah untuk budak tu’, omel Farina. Misha mengangguk tanda setuju. ‘Aku pun tak tahu nak bagi apalah Far. Khairil tu bukan boleh baca fikiran dia. Aku ingat nak bagi dia mainan yang biasa budak main tapi dia tu macam tak minat saja dengan benda tu semualah’, Misha mula berputus asa. Mereka pun duduk di sebuah kerusi sambil memerhati manusia yang sedang sibuk membeli belah. ‘Misha, itu Marsha kan?’, ujar Farina seraya memuncungkan mulutnya kearah Marsha. Ada seorang lelaki yang asyik mengekorinya. ‘Siapa pula lelaki tu?’, soalku. ‘Entah, boyfriend dia kot’, jawab Farina acuh tak acuh. Misha berfikir seketika. ‘Aku mesti siasat perkara ne’, dia nekad lalu berdiri tetapi sempat di halang oleh Farina. ‘ Mwo ?’, soalku. ‘ Babo , Kau nak dia marah kau dekat sinikah? Biarkan dia, dia dah besar taulah dia jaga diri’, marah Farina. ‘Tapi Far, biar macam mana pun dia tet...

Cinta Satukan Kita 5

‘ Mwo ?’, jeritku. Semua staff memandang kearahku. Aku hanya tersengih. Farina datang menghampiriku. ‘Eh, kalau kau tak jerit tak boleh kar?’, marah Khairul Daniel didalam talian. ‘Kau dah gila kar? Aku tengah kerja ne. Lagipun, dia tu adik kau bukan adik aku pun’, marahku. Khairul Daniel mengigit bibir. ‘Pandai juga kau berfikir ya. Kau dengar sini, kau tu orang upahan aku. So, apapun arahan aku kau kena turuti. Kau dah lupa kar hutang kau dengan aku?’, ungkitnya. Riak wajahku mula berubah. ‘ Arasso ’, aku mengalah seraya mematikan talian. Farina memandangku tidak sabar mahu mengetahui apa yang telah terjadi. ‘ Kwaenchanayo Misha ssi ?’, soal Farina prihatin. Aku tergelak mendengar Farina berbicara dalam bahasa korea. ‘ Ne, Cheonuen gwaenchana ’, ujarku seraya berdiri.  ‘ Odi ngoya ?’, soal Farina lagi. ‘Aku nak pergi jemput Khairil Daniel dekat sekolah. Dia sakit perut’, terangku. ‘Tapi dia bukan adik kau’, marah Farina. ‘Nenek pergi meeting dekat Ranau, ‘tunang’ aku pula t...

Cinta Satukan Kita 4

‘ Shirheo ’, jeritku tanpa menyedari ada mata yang memandang kami. Khairul Daniel membuntangkan matanya. ‘ Waeyo ?’, soalku. Maklumlah peminat drama korea memang begini. Khairul Daniel mendengus geram. ‘Eh, kau boleh tak cakap bahasa melayu dengan aku? Tak payah nak berlagak macam orang korealah. Aku benci tahu tak?’, bentaknya. Eleh, suka hati akulah. Kalau tak suka tutup jak telinga tu tak payah dengar aku bercakap kan senang. ‘Seminggu dari sekarang?’, soalku lagi seakan tidak percaya. Khairul Daniel semakin geram dengan wanita di hadapannya. Kalau ikutkan hati mahu saja, dia jahit mulut wanita ini. ‘Habis tu, kau nak tahun depan kar? Aku dah lamar kau, apa pulak aku nak kata dengan nenek nanti? Dah melamar kenalah bertunang’, ujarnya geram. Siapa suruh kau main lamar tak tengok orang. ‘ Keuraeyo ?’, hampir terlopong mulut Farina. Tidak percaya dengan perkhabaranku. Selepas bertemu dengan Khairul Daniel, aku terus singgah ke hospital. Alhamdulillah, selepas pembedahan keadaan m...