Rasa Yang Terpendam 26

'Kau nak apa lagi?', marah Nadz. Sejak dia keluar dari pejabat tadi Waqie tidak berhenti mengekorinya. 'Nadz, saya tahu saya salah sebab tu lah saya nak minta maaf dengan Lara', terang Waqie.  Nadz memandang Waqie dari atas ke bawah. Banyak perubahan lelaki ini apabila ditinggalkan isterinya selama dua minggu. Rambut yang tidak terurus, misai tidak bercukur dan badannya juga agak sedikit susut. Kasihan pula Nadz namun dalam masa yang sama geram dengan sikap Waqie yang langsung tidak mengambil berat akan perasaan sahabatnya. 'Nadz, saya minta tolong sangat kat awak. Tolong bagitahu Lara kat mana', rayu Waqie sambil melutut dihadapan Naz. 'Ehh, boss bangun boss. Karang ada staff yang nampak jadi kontrolversi pulak. Bangun boss, aduii', pinta Nadz namun Waqie langsung tidak berganjak. 'Ehh.. ditelan mati bapa, dibuang mati emak ne. Eyalah, eyalah saya bagitahu dia kat mana tapi please stand up', ucap Nadz. 'Kan best kalau awak cakap awal-awal tadi tak adalah saya nak melutut lagi', gurau Waqie sambil berdiri. 'Ohh rupa-rupanya awak tak ikhlas pun nak minta maaf dengan Lara kan. Okay fine, Goodbye', tegas Nadz lalu masuk kedalam kereta namun belum sempat dia menutup keretanya, Waqie sudah terlebih dahulu menahan. 'Nadz, saya gurau je lah. Janganlah macam ne', kata Waqie mula serius. 'Patutlah Lara kecil hati dengan bos, perangai boss ne tak tentu arah. Okaylah tapi lepas ne kalau Lara disakiti lagi jangan harap saya nak tolong bos',tegas Nadz. 'Okay, saya janji ini yang terakhir', jawabnya sambil tersengih. Nadz tersenyum sendiri memandang Waqie. 'Akhirnya ada juga lelaki yang tahu menghargai sahabat aku', katanya sendiri. 'Hello, Nadz kalau ya pun nak berangan jangan sekarang sebab sekarang ada perkara yang lebih penting lagi nak buat tahu', tutur Waqie. 'Eyalah, eyalah sekarang ne awak balik dulu nanti kita berhubung melalui pesanan ringkas', balas Nadz. Waqie tersenyum gembira, tidak sabar mahu bertemu dengan isteri yang dirindui siang dan malam. 'Okay kalau macam tu, saya balik dulu ya', ucapnya seraya meminta diri.

Waqie memandu dengan tenang menuju kerumah. Dia sudah merancang untuk membawa Lara  pergi berbulan madu buat kali kedua tapi kali ini hanya mereka berdua sahaja yang akan pergi. 'Ya Allah, semoga segalanya berjalan dengan lancar', doanya dalam hati. Waqie pun memandu dan membelok ke simpang menuju ke rumahnya namun dia dikejutkan dengan kehadiran mentuanya. Dia membuka pagar rumah dan mempelawa mereka masuk. 'Assalamualaikum mama, papa. Apa khabar?', sapa Waqie sambil menyalami tangan kedua-dua mentuanya. 'Waalaikumussalam. Alhamdulillah papa dengan mama sihat. Tadi kebetulan kami lalu jalan ini jadi ingat nak singgah sebentar jenguk Qie dan Lara', terang papa. 'Ya, lagipun mama dengar Qie dan Lara ambil cuti sampai sebulan. Nak pergi mana?', tanya mama sambil tersengih. Waqie pun turut tersengih. 'Emm. Papa, mama masuklah dulu. Boleh Qie buatkan air, jangan tak tahu menantu mama ne pakar dalam dapur juga tahu', pelawanya. 'Untunglah mama dan papa dapat menantu macam Qie ne tapi Qie jangan beralah dengan Lara tu. Dia tu isteri sepatutnya dia yang kena buat semua tu', pesan mama. 'Cakap pasal Lara, dari tadi tak nampak batang hidung pun. Dia pergi mana?', tanya Papa. Waqie mula gelabah tidak tahu mahu berkata apa. 'Mati aku kalau mama dan papa tahu', desis hatinya. 'Qiee. Kenapa ne?', tanya mama pula. 'Eh, tak..tak ada apa-apa. Oh Lara, dia..arh dia ada..', ucap Waqie tergagap-gagap. 'Dia ada? tapi kat mana?', tanya mama dengan wajah kehairanan. 'Dia pergi..pergi rumah..huh rumah Nadz. Tadi Qie hantar dia, tu yang baru pulang nanti malam sikit Qie jemput dia', bohongnya. 'Oh patutlah tak nampak', kata papa dan mama serentak. 'Bagus Qie ne memahami isteri', puji mama. Waqie tersenyum kembali dan cuba mencari ruang untuk bernafas. 'Tapi.. papa tak nampak pun kereta dia', tanya papa lagi. Gulp! Waqie menelan liur, kali ini apa pula alasan dia. 'oh..itu kereta Lara, emm..Qie hantar pergi servis. Dah lama sangat dia tak servis', bohongnya lagi. 'Oh..macam tu', ucap mereka serentak lagi sambil masuk ke dalam rumah

'Lara, kau tak rindu suami kau kar?', tanya Nadz hampir membuatkan Lara tersedak ketika minum air. 'Buang masa aku nak ingat dia tu. Tak ada gunanya', kata Lara sambil mencebik bibir. Nadz hanya tersenyum sinis. Dia tahu Lara rindukan Waqie tapi malu nak mengaku. Tit Tit, handphone Nadz berbunyi. Lara memandang dengan penuh kehairanan apabila wajah Nadz berubah tiba-tiba. 'Kenapa Nadz?', tanya Lara bingung. 'Emm.. macam ne Lara, Ma..', belum sempat Nadz menghabiskan ayatnya kedengaran loceng pintu berbunyi. 'Siapa pula yang datang ne?', tanyanya lagi manakala Nadz sudah menggelabah. Dia hanya mampu berdoa dalam hati agar tidak ada perkara buruk yang terjadi selepas ini. 'Nadz, aku tengok siapa yang datang ya', ucap Lara dan Nadz hanya mengangguk. 'Ya Allah, semoga berjalan lancar semuanya', doa Nadz dalam hati. Lara membuka pintu rumah tanpa mengetahui siapa gerangan yang datang. 'Ya, cari sia..', kata-katanya terhenti disitu. 'Sayanggg..', sapa Waqie seraya menarik tangan Lara dan memeluknya. 'Sayang, baru beberapa jam kita berpisah saya dah rindu dekat awaklah', ucap Waqie manakala Lara hampir mahu termuntah mendengarnya. 'Amboii, tengok tu bang, sweetnya dorang kan macam kita juga masa muda-muda dulu', kata Mama. Lara merangkul pinggang Waqie dan mencubitnya manakala Waqie hanya tersenyum menahan kesakitan. 'Ini balasan penipuan kau munyit', bisik hati Lara. 'Sayangg.. mama datang sini sebab nak jumpa kita berdua nak bawa makan',terang Waqie lalu mengeratkan lagi rangkulannya di pinggang Lara. 'Papa dan mama dah lama tak jumpa korang berdua jadi kami ingat nak belanja korang makan hari ini', kata Papa. Lara hanya tersenyum memandang mama dan papanya. Kelihatan Nadz sedang bersembunyi disebalik pintu. 'Ini mesti ada kena-mengena dengan Nadz', bisik hatinya. Masakan Waqie boleh tahu dimana dia berada kalau bukan Nadz yang bagitahu.

'Kejap ya mama, papa, Lara ambil baju kejap', pinta Lara menyebabkan kedua orang tuanya terkejut. 'Huh? ambil baju apa?', tanya Mama. Waqie kebuntuan. Lara pula terpinga-pinga mencari alasan akibat ketelanjuran bicaranya. 'Aduii mampus aku kalau macam ne', desis hatinya sambil mengetap bibir. 'Lara..', panggil Nadz dari dalam rumah. Tidak lama kemudian, Nadz keluar dari rumah dan menyapa mama dan papa Lara. 'Jadi malam ne tak dapat bermalam kat tempat aku lah ne?', tanya Nadz sambil memberi signal kepada Lara dan Waqie. 'Lah tadi kata korang nak bermalam kat sini sebelum pergi honeymoon untuk kali kedua', tambah Nadz lagi. Kali ini Lara mengerutkan dahinya memandang Nadz namun dia hanya menyangka itu tipu helah Nadz sahaja. 'Ouh.. Yalah, lupa pula. Sayang tadi awak kan yang bawa saya bermalam kat rumah Nadz sebab kata nak temankan dia before kita pergi honeymoon', sokong Waqie dengan senyumannya yang semakin melebar. 'Lara, what's going on?', tanya mama. 'Yeah, tell us what's going on?', tanya papa pula. 'Emm.. mama, papa. Actually Lara dan Qie. We're..', jawab Lara tergagap-gagap. 'We're going for a second honeymoon. Just two of us', balas Waqie sambil mengenyitkan mata kepada Lara. Meluat, menyampah dan rasa benci menular difikiran Lara namun di hatinya merasa sangat bahagia tapi ego mengatasi segalanya. 'How could you sweety, you didn't even tell your mom?', kata mama lagi seraya mencuit pipiku. 'Awak ne dah dorang nak peri honeymoon tak kan nak bagitahu awak. Mesti dorang nak buat surprise. Nanti pulang dari honeymoon boleh bagi cucu kat kita',  tambah papa lagi sementelah muka ku sudah merona merah. Nadz tersenyum sipu memandang aku manakala Waqie pula sangat lebar senyumannya seperti ada sesuatu yang dirancangkan. 'Tak lama lagi dapatlah cucu tu aunt', kata Nadz sambil tersenyum. 'Harap-haraplah Nadz, Aunt ne nak juga merasa ada cucu. Harapkan abang Lara ne tak mahu berkhawin lagi', celoteh Mama. Rindu pula mahu bersua dengan abangku seorang itu, tapi aku tidak mahu menanyakan keadaannya dengan mama takut nanti mereka kata aku sengaja mengubah topik. 'Don't worry Mama, papa. You'll having your own grandchild soon', kata Waqie tersengih.

'Kau nak bawa aku kemana ne munyit?', tanya Lara apabila Waqie tidak memandu terus ke rumah mereka. 'Saya nak bawa awak ke suatu tempat. Pendek kata kita nak pergi honeymoon', jawab Waqie sambil tersenyum. 'Dan siapa kata saya nak ikut awak pergi honeymoon? Buat apa nak pergi honeymoon ne? Kita ne bukan ada apa-apa pun', tempiak Lara. Kemarahannya masih belum reda apabila melihat wajah Waqie, dia teringat semula peristiwa April fool tu. Padahal hakikatnya dia sangat merindui lelaki ini namun malu untuk meluahkan rasa rindu itu. 'Lara, untuk kali ini dengarlah cakap saya dulu. Ini sebagai tanda permintaan maaf saya kepada awak', terang Waqie. 'Maaf awak langsung tak di terima', bentaknya. Waqie mengeluh seketika namun tiba-tiba dia tersenyum. Satu senyuman yang penuh makna dan amat menjengkelkan buat Lara. 'Yang awak senyum macam tu kenapa?', tanya Lara menyembunyikan kegugupan suaranya. 'Awak nak marah kan? marahlah. Sekarang ne tinggal kita berdua saja di dalam kereta dan tengok kiri kanan kita hutan jauh dari bandar', ucap Waqie dengan senyuman sinis. 'So?', tanya Lara mula cemas dengan kelakuan Waqie. 'So? saya nak buat apa-apa dekat awak pun tak ada siapa yang akan tahu. Dan awak takkan dapat lari kemana-mana', ucapnya seraya tertawa. Lara mulai cemas namun dia cuba untuk mencari jalan keluar. 'Awak tadi tu saya gurau saja lah. Saya memang dah lama tunggu saat ne, honeymoon kita berdua', bohongnya cuba untuk mengubah niat Waqie. Waqie makin tersenyum lebar, perangkapnya mengena. 'Betul kar ne? atau itu cuma cara awak untuk melepaskan diri saja?', teka Waqie. Dia tahu Lara tidak mudah diperbodohkan. 'Emm..betullah takkan saya nak tipu. Lagipun buat apa awak nak buat dekat hutan ne, carilah tempat yang romantik sikit. Baru best', katanya. 'Okay kalau macam tu awak kena janji dengan saya dulu yang awak akan turuti semua kemahuan saya bila kita tiba ke destinasi cinta kita nanti', ujar Waqie. Kecut perut Lara mendengarnya namun dia tidak punyai banyak pilihan. 'Well cchoice is in your hand, darling', tutur Waqie setelah Lara berdiam diri. 'Okay, sa..saya jan..ji', jawabnya gagap dalam hati Tuhan saja yang tahu. Dia hanya mampu berserah selepas ini.

'Tutup mata dulu', tutur Waqie seraya mengejutkan Lara. 'Huh? kenapa nak kena tutup mata pulak?', tanyanya. Waqie tersenyum memandang isterinya lalu di usap pipi mulus Lara. 'Sayang, kan tadi awak dah janji akan turuti semua kemahuan saya', ujar Waqie mengingatkan Lara akan janjinya. Lara terkesima. 'Apasal aku boleh berjanji dengan dia pulak?', gumam hatinya. Dia memandang Waqie yang tengah tersengih dihadapannya. 'Eyalah, eyalah', ucapnya lalu menutup matanya. 'Jangan intai tahu', kata Waqie seraya membuka pintu chalet mereka. 'Cepatlah, gelap macam mana saya nak jalan ne?', rungut Lara. 'Opss! sorry sayang, mari sini saya pegang tangan awak. Okay masuk, langkah satu kaki', arah Waqie. Apabila Lara sudah berada dalam chalet, Waqie pun melepaskan pegangan tangannya. 'Awak? awak dimana? saya dah boleh buka mata kar?', tanyanya setelah lama Waqie melepaskan genggaman tangannya. Waqie hanya tersenyum melihatnya dari belakang. Dia kembali mendapatkan Lara dan berbisik di telinganya. 'Gelap tak sayang?', tanya Waqie. 'Mestilah gelap. Lainlah kalau mata saya ne ada lampu atau Flashlight, terang jugalah', rungut Lara. 'Macam tulah hidup saya tanpa awak', ucap Waqie lalu Lara membuka matanya. 'HAPPY SIX MONTHSARY SAYANG', jeritnya. Kelihatan kuntuman bunga ros terhias indah dalam bilik itu serta ada hiasan bunga berbentuk hati di atas katil. Lara hampir tidak terkata. Tak sangka Waqie romantik juga. 'Sayang, Qie nak minta maaf sebab selalu sangat buat sayang terluka. Sebenarnya Qie tak ada niat nak buat macam tu. I really love you, Lara Ariana from the moment I saw you. I'm sorry', tuturnya lembut seraya memetik gitar menyanyikan lagu kehilangan nyanyian Firman. Airmata Lara sudah tidak tertahan lagi. Belum pernah seorang lelaki berbuat begini kepadanya, dia rasa terharu dan amat gembira. 'Saya dah lama maafkan awaklah, munyit', jawabnya seraya memeluk dan mencuit lengan Waqie. 'Kalau nak cubit, cubitlah tempat lain', kata Waqie lalu Lara meleraikan pelukannya dan cuba untuk menjauh namun Waqie sempat meraih tangannya. Mereka bertentang mata. Lama seperti sedang berbicara dari hati kehati. Tidak lama kemudia, Waqie mencemperlung Lara ke atas katil dan saat bahagia antara mereka pun bermula.

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2