Rasa Yang Terpendam 23
Memey seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat di halaman Facebook Lara. Tertera gambar Lara dan seorang lelaki yang bernama Liwauddin Waqie. Gambar itu di Tag oleh Lisa Qirana seorang gadis mungkin juga adik perempuan kepada lelaki itu memandangkan wajah mereka seiras. Memey tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lelaki yang bernama Liwauddin Waqie lalu mencari maklumat tentangnya. Hampir terlopong mulutnya tatkala melihat blog tentang lelaki itu yang di update oleh adiknya Lisa Qirana. 'Anak Datuk rupanya. Tapi apa hubungan dia dengan Lara?', tanya Memey sendiri. 'Saudara kali lagipun keluarga Lara kan memang dari keturunan yang berada cuma Lara tidak pernah mengakuinya', fikir Memey. Dia masih tidak puas hati dengan maklumat yang didapatinya ingin sekali dia mengetahui apa hubungan Lara dengan anak Datuk tu lalu dia pun melihat ruangan timeline Lara. Tidak lama kemudian, dia ternampak post dari seseorang yang dikenalinya. 'Lunch time with Lara Ariana & Nadz Zahra at Secret Recipe'- Raeyi Ronnie. Hatinya dihimpit rasa rindu dan cemburu apabila lelaki itu mula rapat semula dengan Lara. Dia sebenarnya cemburu melihat Lara yang sentiasa disenangi oleh semua teman seperjuangan mereka semasa menjalani latihan praktikal dahulu. Apa-apa hal mereka pasti akan bertanya atau bertemu dengan Lara bukan itu sahaja semua kakitangan juga menyenangi Lara. Setiap kali Lara menghantar surat ke department mereka ada sahaja kakitangan yang memuji cara dia bekerja. Lamunan Memey terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk. 'As Salam, Sayang buat apa tu?'. Mesej dari Jay tunangnya namun lambat-lambat dia membalas. Jika difikirkan semula memang dia menyesal mahu bertunang dengan Jay kerana dulu sangkanya Jay seorang yang kaya-raya rupanya biasa-biasa sahaja tapi setiap permintaannya selalu ditunaikan oleh Jay. Itu yang membuatkannya untuk kekal bertahan dengan Jay. 'Wa Salam, sayang tengah online ne. Kejap lagi nak tidur dah.' Balasnya.
Jay mengeluh sendiri apabila menerima balasan sms dari Memey. Terasa dengan sikap Memey seperti mahu mengelak dengannya beberapa hari ini. Dia mula bingung dengan sikap Memey, berbeza dengan Memey yang dulu pernah dia kenali. Terimbau kembali saat pertemuan pertamanya dengan Memey. Sikap wanita itu yang lemah lembut dan sopan santun meruntun jiwanya. Sekali lagi Jay mengeluh memikirkan sikap Memey sekarang dan tiba-tiba terlintas difikirannya tentang pertemuan semula dengan Lara. Kelihatan wajah Lara pucat apabila ditegur olehnya beberapa hari yang lalu. Wanita masih sama seperti dahulu malahan masih cantik namun silap Jay kerana meninggalkannya disaat Lara hanya untuknya. 'Lara, andainya aku kembali adakah kau masih menerima aku?', bicaranya dalam hati. Beribu sesalan mulai merasuk kedalam jiwanya. Semakin hari bayang wanita itu semakin menghantuinya. Senyuman Lara mampu mencairkan hati setiap lelaki yang memandang namun Jay menukar senyuman itu kepada tangisan sehingga membuatkan Lara terkilan. Jay meninggalkan Lara untuk bersama wanita lain walhal cinta wanita itu tidak setulus cinta Lara terhadapnya. 'Maafkan aku Lara, aku bersalah dan aku sangat menyesalinya', katanya sendiri. Penat berfikir dia pun membuka lama sosialnya dan seketika dia teringat dengan Facebook Lara. 'Add as Friend' yang tertera di wall Lara dan sekali lagi dia mengeluh mengenangkan kebodohannya. Dia telah Remove Lara dari Friend list sejak dia mula meninggalkan Lara agar Lara tidak menggangunya lagi. Ternyata hari ini dia menyesali keputusannya namun masih ada harapan kerana dia masih boleh menambah Lara sebagai Rakan Facebooknya. Dia pun menekan butang 'Add as Friend' sambil tersenyum dengan penuh harapan dihati. 'Orang kata kalau takdir menemukan kita semula bererti itu adalah jodoh kita'. Jay tersenyum apabila mengemas kini status itu lalu dia menutup Laptop.
Hujung minggu, rumah Mak Long dipenuhi dengan tetamu jemputan Mak Long. Ayah dan Qira juga turut hadir tetapi mama dan papa langsung tidak kelihatan sedangkan Mak Long kata keluargaku juga turut dijemput namun masih belum kelihatan batang hidung mereka. 'Mesti sesat jalan ne', bisik hatiku seraya tersenyum memandang keluar tingkap. 'Hai senyum seorang nampak?', tegah suara yang sangat ku kenali namun aku langsung tidak menoleh. Aku terus menikmati udara segar yang menyapa wajahku. 'Zara, Aunt tu dah sombonglah kan?', ucapnya kepada Zara. Bayi yang masih tidak tahu apa-apa hanya tersenyum melihat mimik wajah Waqie. Baru aku hendak bepaling, tiba-tiba kereta mama dan papa mula berhenti disimpang jalan rumah Mak Long. 'Mama, Papa', teriakku dari atas tanpa mempedulikan tetamu yang melihat dari bawah. Mama memberi isyarat agar aku mengawal kelakuanku namun aku tidak bisa menahan rasa rinduku. Sudah terlalu lama aku tidak menemui keluargaku kerana mereka asyik sibuk. 'Sayang, janganlah teriak-teriak tetamu tengok tu. Lagi satu sayang tu jangan berdiri dekat sini sebab kata bawah tu orang memasak, karang air liur masuk tak berkat kenduri ini', kata Waqie seraya merangkul pinggangku sambil melambai tangan kearah mama, papa dan abang. Papa dan mama kelihatan gembira melihat kelakuan Waqie sedangkan abang hanya menahan ketawa melihat aku. Akhirnya mama memberi isyarat agar kami turun kebawah. Aku menepis dan mencubit lengan Waqie sebaik saya keluargaku sudah berteduh dibawah kanopi yang terpasang. 'Auchhh! ganasnya Puan Lara Ariana', tuturnya sambl menyeringai kesakitan namun masih bisa tersenyum. Lara melihat dirinya dihadapan cermin lalu bergegas hendak turun menemui keluarganya. 'Puan Lara Ariana', panggil Waqie mematikan hasrat Lara untuk membuka pintu.
'Kurang asam jawa betul munyit ne', teriak hati Lara melihat Waqie yang hanya tersengih-sengih sejak mereka turun dari tadi. Mana tidaknya, saat Lara mahu membuka pintu Waqie memanggilnya dan memuncungkan mulutnya kearah Zara yang tidur bersama kami semalam. Aku hampir lupa tentang Zara dan aku terpaksa membawa Zara turun kebawah. Saat kami turun ramai saudara mara melihat aku dengan Waqie seperti pasangan yang baru dapat cahaya mata. Waqie pula mula mengambil kesempatan dengan merangkul pinggangku sambil mencium dahi Zara. 'Eh, Qie Aunt jealous tengok korang ne, Sweetlah', puji Mak Bedah yang memang dikenali sebagai Mamarazzi kampung. 'Bukanlah Mak Bedah, isteri saya nekalau boleh tak nak mengandung lagi sebab dia nak puas-puas masa bersama dengan saya dulu, kan sayang?', tuturnya sambil mengenyitkan mata kepadaku. Kata-katanya cukup membuatkan muka ku terasa panas lalu aku menyikunya namun senyuman dibibirku masih dikekalkan. 'Amboiii, apasal nak lama sangat. Tak apa Qie kamu tu kena usaha lebih sikit', tambah Mak Bedah lagi lalu semua yang mendengar kata-kata Mak Bedah ketawa. Malu dan geram bercampur baur namun aku tetap tersenyum, dalam hati hany Tuhan saja yang tahu perasaan aku. Aku menjeling Waqie disebelah yang nyata gembira dengan gurauan itu. 'Sudah, sudah ini anak aku jangan nak pandai-pandai berangan jadi anak korang. Kalau nak buat sendiri', ucap Kak Timah yang baru keluar dari dapur. Mereka tertawa lagi. Kak Timah mengambil Zara dari gendonganku dan barulah aku berasa bebas. Aku meminta diri untuk keluar menemui keluargaku kepada tetamu Mak Long. Walaupun malu dengan kata-kata mereka tapi papa dan mama tak pernah ajar aku untuk kurang ajar.
Baru aku hendak melangkah, tanganku ditarik Waqie seraya itu aku berpaling dengan mataku yang membulat memandangnya. Sekilas itu juga Mak Bedah memandang kearah kami. 'Ops! Sorry Darling, I tak lupa you larh. Saya jak nak you pegang tangan I', kataku sambil memegang kedua-dua tangan Waqie. Berpura-pura dihadapan tetamu, aku melebarkan senyumanku. Waqie mencium kedua belah tanganku lalu merangkul pinggangku lagi. 'Darling, you ne malulah orang tengok', kataku menahan malu apabila ramai mata yang memandang. 'I Love you sayang', bisiknya ditelingaku cukup membuatkan bulu roma ku meremang. Aku terpaku seketika mendengar ucapannya manakala anak-anak muda belasan tahu mula tersenyum-senyum malu melihat kemesraan kami. 'Jom sayang', katanya lagi sambil mengetatkan lagi rangkulan pinggangku. Waqie keluar dengan senyuman yang lebar menampakkan lesung pipitnya manakala aku pula dengan hati yang berdebar-debar. Ucapan Waqie membuatkan aku jadi tidak keruan dan berdebar. 'Sayang mama', ucap mama seraya memeluk aku menyedarkan aku dari lamunan. Mama mencium kedua belah pipiku lalu memelukku lama. Aku membalas pelukan mama selepas itu berganti kepada papa dan akhirnya abang mencubit kedua belah pipiku. Kebiasaan yang selalu dia lakukan sejak dari kecil sampai pipiku merah. Walaubagaimanapun, aku tetap gembira kerana hubungan keluarga kami sangat baik selama ini cuma aku sahaja selalu bergaduh dengan abang. Semasa akuu kecil, aku kira abang membenciku namun semakin aku membesar semakin faham dengan sikap abang kerana itu adalah cara dia menunjukkan kasih sayangnya. Waqie menyalami papa dan mama serta abang lalu menjemput mereka makan. Sempat dia mengenyitkan mata kepadaku lalu kami duduk bersama-sama keluarga yang lain menikmati hidangan. Sepanjang hari itu, Waqie tidak pernah jauh dariku. Dia memperkenalkanku kepada semua sanak saudaranya dan langsung tidak melepaskan pegangan tangan. Senyumannya juga tidak pernah lari dari bibir membuatkan jantungku berdegup dengan lebih kencang melihat lesung pipitnya. 'Adakah ini bahagia?', tanyaku sendiri dalam hati.

Comments
Post a Comment