Rasa Yang Terpendam 25
' Alah Sabarlah Lara, mungkin itu semua tak seperti yang kita nampak. Kita tak dengar pun apa yang diaorang katakan', pujuk Nadz. 'Nadz, terang-terang dah depan mata. Dia mainkan perasaan aku lepas tu aku keluar dari rumah dia langsung tak cari aku. Aku kecil hati dengan perbuatan dia Nadz', lauh Lara. Melihat Waqie berpegangan tangan dengan wanita lain cukup membuatkan hatinya sakit. 'Tapi dia memang cari kaulah Lara, untuk pengetahuan kau, dia pun cuti sebulan sama macam kau tahu' pujuk Nadz lagi berharap Lara dapat berfikir dengan lebih baik. 'Dia cuti sebab nak jumpa perempuan tu Nadz', tempis Lara. Nadz hanya menggelengkan kepala. 'Itulah aku dah katakan kalau cinta jangan pendam. Sekarang dah tahu rasa sakitnya cemburu?', sindir Lara. 'Dulu bukan main kau benci dengan dia kan? Huh sekarang Tuhan dah tukar benci tu jadi sayang. Apa rasanya Puan Lara Ariana? bestkan?', tambah Nadz lagi. 'Eh Nadz, aku tak minta kau ceramah akulah', marah Lara. 'Lara, aku bukan nak ceramah kau tapi aku dah laluinya Lara dan kau pun dah pernah rasa sakitkan?. Nasihat aku sementara kau masih ada hak pertahankan hak kau, jangan jadi macam aku Lara', sendu Nadz mengingati kisahnya dengan Ismail. 'Kau masih berhubungan dengan Ismail kar?', tanya Lara sambil memegang bahu sahabat baiknya. 'Aku dah boleh terima hakikat yang kami tak ada jodoh', luah Nadz. 'Sabarlah Nadz, aku pasti ada lelaki yang lebih baik untuk kau diluar sana', pujuk Lara pula. 'Memang ada pun', kata Nadz sambil tersenyum menampakkan giginya. 'Oh, sekarang kau dah pandai berahsia ya Nadz. Siapa lelaki bertuah tu?', tanya Lara teruja. 'Adalah', jawab Nadz lalu tersenyum lagi. 'Eh, pandai berahsia pula Cik Nadz ne', katanya sambil mengeletek Nadz. Mereka ketawa sehingga Lara lupa akan masalahnya pada petang tadi. Lupa tentang Waqie ang dilihat berpegangan tangan bersama seorang wanita yang tak kurang cantiknya.
'Kau betul kar okay sorang-sorang ne?', tanya Nadz. 'Aku okaylah lagipun jangan sebab aku kau pulak hilang kerja nanti', kata Lara. 'Jangan biar rumah ne tak berkunci tahu kebelakangan ne banyak kes kecurian berlaku kat sini', nasihat Nadz. 'Okay boss, lagipun kejap lagi aku nak keluar bersiar-siar nanti petang kita keluar makan ya', ucapnya. 'Okay, jangan keluar berdua dengan lelaki lain tahu, kau tu masih isteri orang', bebel Nadz lagi. 'Aku tahulah', ucapnya sambil tertawa. Lara menghantar bayang Nadz sehingga hilang di telan perut lif. Dia masuk kerumah selepas mengunci pintu, mengemas dan membersihkan pinggan yang kotor. Selepas itu, baru dia membersihkan diri dan bersiap-siap untuk keluar. Inilah rutin hariannya sekarang semenjak dia di permainkan oleh Waqie. Dia memandu keretanya setelah sekian lama dia tukar dengan kereta mamanya apabila secara tidak sengaja dia tersembur Waqie ditepi jalan. Walaupun dia tidak tahu kemana hala tujunya namun dia terus sahaja memandu sehingga ke shopping mall. Untuk pulang kerumah mama itu adalah pekara yang mustahil kerana mama pasti akan membebelnya. 'Baik aku pergi shopping, lepas tu tengok wayang dan makan', fikirnya sendiri lalu menuju ke sebuah kedai pakaian. 'Sayang tak suka yang ne lah, tak ada kelas langsung', tutur satu suara yang dikenali Lara lantas di berpaling kearah suara itu. Kelihatan sepasang kekasih sedang sibuk memilih baju, betapa sabar lelaki itu melayan karenah kekasihnya. Namun dia tidak dapat melihat wajah mereka kerana terhalang oleh susunan pakaian yang teratur di depannya. 'Sayang nampak cantik tahu pakai ini', pujuk lelaki itu. Perasaan kuat mengatakan itu seperti suara Jay. 'Jay? emm.. tak mungkinlah. Kebetulan kot', desis hatinya. 'Hai awak', tegur satu suara. 'Astagafirullah, yiyi awak buat saya terkejutlah', kata Lara. 'Sorrylah saya nampak awak sorang-sorang tadi, awak tak kerja kar?', tanya Raeyi. 'Ahh.. emm kerja tapi saya cuti hari ini', ucapnya gagap. 'Wow, bila masa bos awak tu jadi baik hati bagi awak cuti?', tanya Raeyi lagi namun aku hanya tersenyum.
'Syok kan movie tu? Lucu sangat', ucap Lara gembira. 'Lamakan tak tengok wayang dengan awak', tuturnya. 'Tulah pasal, awak kan semakin sibuk dah, tapi tak apa hari ini memang best sebab saya ingat tadi nak tengok sorang-sorang tahu', tuturku. Raeyi kebingungan. 'Nadz mana? Bukan selalunya korang keluar berdua kar?', tanya Raeyi. 'Dia kerjalah tapi nanti petang kitaorang jumpa', terangku. 'Sorrylah, sejak dua menjak ne saya sibuk sangat dengan urusan pejabat maklumlah makan gaji', ucapnya. 'Kita sama jak larh, makan gaji. Jadi hari ini awak cutilah kan?', tanya Lara. 'Yupz, saya cuti selama dua minggu nak rehatkan diri dari kesibukan bekerja. Lagipun sekarang saya kena kerja kuat sebab nak pinang anak dara orang', katanya seraya mengerling ke arah Lara. 'Ada-ada jak lah awak ne', ucap Lara sambil berlalu. Raeyi hairan dengan sikap Lara, jikalau dulu pasti cubitan hinggap di lengannya namun kini tiada lagi cubitan hanya senyuman. 'Apakah sudah ada orang lain?', bisik hatinya. Mereka beriringan masuk kedalam Mac Donald untuk mengisi perut. Sedang Raeyi memesan makanan, kelihatan Memey dan Jay juga sedang menuju ke Mac Donald. Lara menjadi gugup tiba-tiba namun dia sedaya upaya menyembunyikan kegundahannya. Mahu sahaja dia membawa Raei keluar dari situ kerana dia yakin Raeyi juga pasti tidak mahu bertemu dengan Memey namun sekarang sudah giliran Raeyi memesan makanan. 'Ya Allah, selamatkanlah hambamu', doaku daam hati. Dia pun mengambil telefonnya dan membuka laman sosial Facebook. Sudah agak lama dia tidak mengikuti perkembangan rakan-rakannya melalui Facebook. Dia pun menekan butang Friend request, hampir terlopong mulutnya melihat Jay ingin menjadi rakannya. 'Dulu bukan main lagi kau remove aku ya, sekarang baru terhegeh-hegeh nak add aku balik. Jangan harap', bisik hatinya. 'Hai Lara', Sapa Memey. Lara yang memang sudah menyedari kedatangan mereka berpura-pura terkejut. 'Hye Memey, tak sangka pulak jumpa korang kat sini', ucapnya sambil berjabat tangan dengan Memey. 'Ingat tak? Tunang saya, Jay', perkenal Memey. 'Yeah mestilah', jawabnya ringkas menyampah dia melihat senyuman Jay. 'Sorang jak ker?', tanya Memey. 'Lara Ariana, here your meals', ucap Raeyi sambil memandang Memey.
Seperti yang aku katakan Raeyi pun tak ingin nak bertemu dengan Memey. 'So Raeyi how are you?', tanya Memey setelah sekian lama kami membisu menikmati burger yang aku rasakan susah untuk ditelan. 'Well, I'm fine and still alive', sindir Raeyi membuatkan Memey hampir tersedak. Pandangan mata Jay tidak pernah lari dari aku membuatkan aku rasa ingin muntah. 'Please stop staring at me', gumam hatiku. 'Saya dengar korang dah nak berkhawin kan?', tutur Raeyi apabila menyedari mata Jay tidak lekang dari memandangku. 'Thank you Yiyi', ucapku syukur. 'Emm.. Eya In Sha Allah kitaorang akan khawin hujung tahun ne', terang Jay. 'Itu pun kalau ada jodoh lagilah', pintas Memey seraya tersenyum sinis. Aku dan Raeyi saling berpandangan. 'Tak adalah orang kata, kita hanya mampu merancang tapi segalanya ketentuan Tuhan', tambah Memey lagi lalu tersenyum. Akhirnya kami kembali brdiam diri dan selesai makan kami membawa haluan masing-masing. 'Sayang, apa maksud awak cakap macam tu tadi huh?', tanya Jay. 'Tak ada apa-apa maksud', balasnya. 'Sayang nak tinggalkan abang kar?', tanyanya lagi. 'Ehh.. abang ne boleh tak jangan tanya sayang macam-macam', tempiknya. 'Sayang kita pergi tempat biasa nak tak?', tanya Jay lagi. Memey berjalan sambil berfikir tanpa mempedulikan pertanyaan Jay. 'Sayang nak tak? dah lama dah Abang tak..', kata-katanya mati dekat situ apabila Memey berpaling ke arahnya. 'Sorry, penat dan tak berminat. Lagipun malam ne sayang ada hal jadi sekarang nak balik bersiap-siap. Malam ne dia pasti dapat mengaut banyak keuntungan dengan melayani Datuk R lagipun sudah lama dia tidak memakai baju mahal-mahal. 'Btw abang tak perlulah nak mengharap sangat dengan sayang. Bukan sayang dapat apa-apa pun selepas memuaskan abang. Setakat rm500 berapalah sangat', kata Memey sebelum meninggalkan Jay.
'Hai Datuk, I'm coming and sorry lambat sikit', ucap Memey. Malam ini Memey berpakaian sangat seksi tidak seperti pada waktu siang. Semasa keluar dari rumah tadi dia memakai pakaian yang sangat sopan dan alasannya keluar kerana ingin bertemu dengan kawan-kawannya namun sebaik sahaja sampai di hotel lima bintang pakaiannya bertukar sebelum dia naik ke bilik Datuk R. Ibu bapanya juga sangat percaya bahawa da adalah anak yang solehah berbanding kakaknya. Ini kerana kakaknya sanggup lari ke luar negara untuk berkhawin dengan lelaki pilihan hatinya. Itu menyebabkan kakaknya semakin dibenci oleh kedua orang tuanya dan melebihkan Memey. 'It's okay yang penting you datang', kata Datuk R yang hanya memakai tuala. Dia menarik Memey kedalam pelukannya dan mahu segera membuka baju Memey yang memang kurang dengan kain. 'Ops, sabarlah sayang. I takkan lari lah', ucap Memey dengan suara yang menghairahkan. Datuk R tersenyum lalu melepaskan pelukannya. Dia membuka buku ceknya lalu menandatangani sebuah cek kosong dan diserahkan kepada Memey. 'Tulis jak berapa jumlah yang you nak', arah Datuk R. Memey mengambil cek itu dan tersenyum puas lalu bermulalah aksi-aksi mereka. 'Memey, kau main-mainkan aku ya selepas habis duit aku kau kikis', marah Jay sendiri. Jay mula hilang kawalan terhadap dirinya apabila Memey menolak permintaannya. Nafsu menguasai diri Jay dan dia langsung tidak berdaya untuk melawannya. 'Kalau kau tak nak aku boleh cari perempuan lainlah', marahnya lagi sebelum keluar dari rumahnya. Jay dahulu adalah seorang anak yang sangat soleh dan taat kepada kedua ibubapanya namun sejak dia mengenali Suhaili hidupnya berubah serta merta. Perkenalannya dengan Suhaili hanyalah setakat teman-teman biasa sahaja dan sering kali Suhaili mengajaknya untuk pergi ke kelab malam namun ditolak olehnya secara baik. Waktu itu dia baru sahaja putus cinta dengan kekasihnya yang bernama Shila, perempuan yang merampas Jay daripada Lara. Namun tanpa disangka dia terjebak juga ke kancah maksiat apabila pada suatu hari, Suhaili mengajaknya kerumah dengan alasan itu adalah jamuan hari jadinya. Di sanalah Suhaili mencampurkan pil khayal ke dalam minumannya. 'Kita akan ke syurga, Jay', kata Suhaili sambil ketawa sepuas-puasnya. 'Lepas kau rasa ne, kau pasti nak lagi', katanya lagi lalu membawa Jay ke sebuah bilik dan membiarkannya dengan seorang wanita. Malam itu menjadi titik hitam dalam hidup Jay.
Sejak dari itu Jay mula bertukar-tukar wanita sehinggalah dia bertemu dengan Memey, wanita yang menarik perhatiannya. Dia mula belajar untuk setia apalagi Memey juga boeh memberikan apa yang dia inginkan. Pada mulanya, dia menyangka Memey adalah wanita yang solehah namun ternyata itu semua hanyalah dari luaran sahaja. Tudung yang meliputi kepalanya menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar. 'Abang, termenung jauh nampak', sergah Qira. 'Astagafirullah Al-azim, adik ne buat abang terkejutlah', katanya. 'Hah, macam mana boleh masuk ke sini?', tanya Waqie tiba-tiba. 'Lah, dah abang tak kunci pintu pagar dan pintu depan, Qira masuk je lah. Abang ne bahaya tahu nanti kalau pencuri masuk macam mana?', bebel Qira. Waqie termenung kembali. 'Mana Kak Lara, bang?', tanya Qira setelah abangnya hanya berdiam diri. 'Dia tak ada, abang pun tak tahu dia kat mana sekarang ne. Mungkin kat ruamh Nadz kot', kata Waqie. 'Kenapa? Abang gaduh dengan Kak Lara ya?', tanya Qira lagi. 'Bukan gaduh cuma ada salah faham sikit', tuturnya pelahan. Waqie pun menceritakan sebab Lara lari dari rumah kepada Qira manakala Qira menjadi pendengar yang setia. 'Dan sampai sekarang abang langsung tak cari Kak Lara? kalau Ayah tahu habis abang tahu', marah Qira. Kesal dengan sikap abangnya yang langsung tidak ambil peduli dengan perasaan orang lain. 'Abang, siapa yang tak marah kena buat macam tu? Kalau Qira pun mesti Qira marah. Dah jelas-jelas Kak Lara mula sukakan abang yang abang mainkan perasaan dia kenapa pula?', bebel Qira namun Waqie hanya terdiam seribu batu. 'Abang, Qira tak pandai nak bermadah tapi Qira ne seorang perempuan dan hati kami cepat terguris. Abang fikirlah baik-baik, kalau abang sayangkan Kak Lara do something before its too late', bebel Qira. 'Patutlah cuti sampai sebulan sebab kak Lara pun cuti sebulan juga. Kalau ayah tahu nahas abang', ugut Qira. Waqie memandang Qira dan menggenggam tangannya. 'Dik, abang minta tolong jangan bagi tahu ayah', rayu Waqie. 'Tengoklah nanti macam mana, baik abang cepat-cepat cari kak Lara kalau tak maaf Qira takkan berdiam diri', ugut Qira lalu meminta izin untuk pulang selepas menyalam abangnya.

Comments
Post a Comment