Posts

Showing posts from 2013

Rasa Yang Terpendam (Epilog)

‘Ehh, Nadz awak tak pergi airport kar?’, soal Waqie apabila melihat Nadz masih lagi kaku di meja kerjanya. ‘Buat apa bos?’, soal Nadz pula, pura-pura tidak mengerti. Waqie memandang Nadz tanpa berkelip. ‘Nadz peluang datang hanya sekali. Jangan sampai awak menyesal buat kedua kali pula’, nasihat Waqie. ‘Sebab saya tak nak menyesallah, saya tak nak pergi. Mungkin dia bukan pilihan saya’, jawab Nadz. ‘Choice is in your hand, so it’s up to you’, ucap Waqie sambil berlalu pergi. Nadz memandang keluar tingkap pejabat, dia mahu memilih Ismail namun mengapa hatinya tidak gembira?. Dia mengeluh sendiri. ‘Aku harus yakin dengan pilihan aku sebab aku yang tentukan bukan orang lain.’, ucapnya sendiri lalu mula melangkah keluar dari pejabat. Sedang asyik membelek-belek baju, tiba-tiba Nadz ditegur oleh seseorang. ‘Hye, Nadz kan?’, tegur wanita itu. ‘Ya, Amy kan? Lama kita tak jumpa, kau dah semakin cantik sekarang ya’, puji Nadz. ‘Tak adalah biasa jak pun. Ehh, apasala kau tak datang masa Ismail ...

Rasa Yang Terpendam 33

Nadz termenung sendiri selepas selesai menunaikan solat istiqarah. Fikirannya jauh melayang mengenangkan kisah antara dia dan Ismail. ‘Owh rupanya awak Nadz Zahra’, kata seorang wanita. Nadz berpaling kearah suara itu lalu menghadiahkan satu senyuman. ‘Ya saya Nadz Zahra’, ucapnya lalu mereka berjabat tangan. Hari itu adalah perjumpaan semula semua trainee dari Syarikat Perbadanan. Oleh kerana Lara memaksa, aku pun ikut serta walaupun aku tidak berapa kenal dengan trainee lain. ‘Saya Aminah, trainee dekat sini juga. Lara tu kira ketua kitaoranglah’, terangnya seraya memandang Lara yang sedang sibuk bercerita dengan teman-teman lain. Nadz hanya mengenali beberapa trainee semasa intake mereka sahaja sebab itu dia tidak bergaul dengan trainee yang baru. ‘Ouh, Lara tu memang ada ciri-ciri kepimpinan’, puji Nadz. Aminah mengangguk. ‘Awak kenal Ismail tak? Alah staff dekat department Lara tu?’, soal Aminah tiba-tiba. ‘Huh? Kenal, mestilah kenal’, jawab Nadz tenang. ‘Dia selalu sebut nama aw...

Rasa Yang Terpendam 32

Nadz mengetap bibirnya. Betapa geram hatinya diperlakukan sebegini oleh mereka. Dia hanya meneruskan langkah kakinya tanpa mempedulikan mereka dibelakang. ‘Nadz tunggu saya Nadz. Biar saya bawa barang awak ne lepas tu saya hantar awak balik office ya’, pinta Reza. Nadz tersenyum mendengarnya. Dia tahu lelaki ini sangat prihatin terhadapnya. Dia menyerahkan barang-barangnya kepada Reza. ‘Eh, tak Nadz biar saya yang bawa’, pinta Ismail pula lalu merampas barang-barang Nadz dari tangan Reza. Terjadilah perebutan antara dua lelaki dikhalayak ramai. Akhirnya beg plastik itu terkoyak akibat perebutan mereka dan menyebabkan barang-barang peribadi yang dibeli oleh Nadz terkeluar dari plastik tersebut. ‘Korang ne kenapa huh?’, soalnya marah. ‘Tak ada apa-apa, saya Cuma nak bantu awak jak tapi lelaki ne cuba halang saya’, jawab Ismail sambil menudingkan jari kearah Reza. ‘Apa pula saya? Awak jangan nak tuduh sembarangan tahu’, jawab Reza pula membela dirinya. Nadz mula merasa tekanan melihat me...

Rasa Yang Terpendam 31

‘Hello, sayang you kat mana ne? I nak jumpa you ada hal yang I nak beritahu’, suara Memey di dalam talian. Datuk R menghela nafasnya perlahan sambil memicit kepalanya yang terasa sakit kerana terlalu banyak bebanan yang terpaksa dipikul. ‘Sayang, bukannya I tak nak jumpa you tapi sekarang isteri I dah tahu tentang hubungan kita. You kenalkan isteri I macam mana? Dia takkan lepaskan you kalau dia dah dapat tahu you yang selama ne berhubungan sulit dengan I’, tutur Datuk R lembut. Dia tidak menyangka selama ini isterinya mengupah pengintip untuk mengintip segala aktivitinya. Untung dia belum tahu siapa Memey. ‘You ne kan sekarang asal I nak jumpa dengan you, macam-macam alasan yang you bagi. Selama ne tak pernah pulak you takut dengan isteri you tu’, bentak Memey. Datuk R mengeluh seketika. ‘Sayang, macam mana nasib I lepas ini? I seorang-seorang kat sini tak ada sesiapa yang nak jaga I, lebih-lebih lagi sekarang ne I ..’, kata-katanya terputus disitu. Hanya kedengaran suara esakan saha...

Rasa Yang Terpendam 30

Lara masuk semula kedalam pejabat, hasratnya untuk pulang ke rumah terbantut dek perbuatan Jay. Sungguh dia tidak menyangka Jay sanggup berkelakuan sebegitu. Kini dia dilanda rasa takut, air matanya masih mengalir namun dia cepat-cepat mencuci muka dan memakai bedak agar tidak Datuk Luqman tidak perasaan akan perubahan wajahnya. 'Saya harap lepas ini kita boleh berkerjasama lagi', ujar Datuk Luqman seraya berjabat tangan dengan Tan Sir Bakri. Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat Waqie keluar dari bilik mesyuarat sambil berbicara dengan Osman, anak Tan Sri Bakri. 'Kalau macam tu, kami minta diri dulu. Thank for your time Man. Maafkan buat meeting time macam ne', tutur Tan Sri Bakri. 'Tak ada hal, lagipun kami belum pulang lagi', ujar Datuk Luqman. Selepas bersalaman Tan Sri Bakri dan anaknya pun mengangkat kaki keluar dari syarikat ini. 'Eh, Lara tak pulang lagi?', tegur Datuk Luqman sambil menghadiahkan sebuah senyuman untuk menantu sulungnya. Lara men...

Rasa Yang Terpendam 29

'So, hubungan awak dengan Lara macam mana?', soal Memey setelah hampir lama mereka berdiam diri menikmati makanan yang telah terhidang. 'Should I answer your question?', tanya Raeyi pula. Memey menahan rasa panas yang sedang membakar di dalam hatinya. Dia harus kelihatan lebih tenang dan tidak melatah kalau tidak nanti rancangannya boleh gagal. 'So far kami masih okay.Kenapa?', tanya Raeyi lagi menyebabkan Memey tersengih. 'Actually, saya nak tahu hubungan korang tu dah sampai mana', jawabnya. 'Jawapan saya tetap sama, Lara masih belum bagi kata putus tapi saya yakin dia pun ada perasaan yang sama dengan saya', ujar Raeyi. Memey merasa seperti hendak muntah mendengar jawapan Raeyi. 'Kenapa awak yakin sangat?', soal Memey sambil tersenyum. Raeyi mengerutkan dahinya mendengar soalan Memey. 'Kenapa pula?', tanya Raeyi. 'Tak ada apa-apalah. Saya cuma tertanya-tanya saja, apa keistimewaan Lara sampai awak tergila-gilakan dia?',...